Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO ada.apa.dengan.aiza89.se.org
Showing posts with label travel : Jepun. Show all posts
Showing posts with label travel : Jepun. Show all posts

Thursday, October 08, 2015

Sapporo, Hokkaido : Internet Connection in Sapporo

salam ukhuwah,

kali ini saya nak share sikit pasal internet connection in Sapporo. saya dah explain in brief dekat dalam entri Sapporo, Hokkaido : Pre-departure  tapi ni saya explain lagi sekali dengan lebih lancar lagi untuk dikongsi bersama. alah, mesti ada antara korang ni jenis tak boleh berenggang dengan internet connection kan? termasuklah saya. dah macam nyawa jugalah gamaknya kalau time travel. hehehe.

ada banyak option untuk internet connection kat sana. basically, sama je macam area lain dekat Jepun. so kat sini saya precise-kan kepada lima option so senanglah korang semua buat pilihan ke apa kan? 

1. free wifi in New Chitose International Airport, Hokkaido

yang ni tinggal log-in then terus connected. wifi mati setiap 1 hour usage. so reconnected je balik,  tak ada masalah. power plug banyak dekat airport. salah satunya di area duduk-duduk dekat departure hall, Level 3F dan area lepak-lepak kerusi hijau dekat Arrival Hall Level 2F seperti gambar di bawah :


2. ID Card FREE-WIFI 

yang ni korang dapatkan ID Card FREE Wifi dekat JR Information Desk, Level B1, which is actually dekat New Chitose JR Station (dekat sini korang akan naik train untuk ke Sapporo City dan sebagainya). ID Card tu for FREE. location yang ada WIFI tertakluk kepada tempat-tempat yang ditentukan, mostly dekat area 7Eleven, Lawson Shop etc. (cari logo cam gambar kat bawah ni untuk spot area ada FREE WIFI)


 kalau korang terlepas dapatkan code free WIFI ni kat airport, boleh refer url ni untuk tempat-tempat lain untuk dapatkan free wifi code tu http://flets.com/freewifi/common/h_hokkaido.pdf
untuk lebih lanjut, boleh refer ni : http://flets.com/freewifi/spot.html

3. rent portable WIFI via online, lebih jimat!

yang mana jenis tak boleh tinggal internet or owner apartment (Airbnb) tak provide portable wifi susah nak dapat wifi on the spot kan, boleh rent portable WIFI via online bayar guna credit card. make sure korang buat early reservation at least a month before. macam saya aritu, saya dah reserve two weeks earlier pun tak dapat, sebab main hub syarikat ni dekat Tokyo so diorang cakap stock dekat Hokkaido dah habis dan diorang takde spare untuk pos ke Hokkaido dari Tokyo. rent online lagi murah dari rent on the dot dekat airport i tell you. tak payah rent modem gempak-gempak mahal-mahal, cukup sekadar rent EcoWIFI 21Mbps = 780yen/day (RM28/day) tu pun dah berdesup laju. boleh share up to 10 devices. yang mana pi dalam group dah berbaloi dah nak share-share bersama. bila korang langgan via online, device korang boleh ambil di Post Office Level 2F, tunjuk receipt yang korang akan terima via email nanti. nak pulangkan nanti pun sama, masukkan je dalam post box dimana-mana yang korang jumpa di sekitar Sapporo tapi kalau nak mudah, korang masukkan je dalam post box Post Office Level 2F bila korang nak balik nanti. masa korang rent nanti, dia akan bagi sampul surat sekali untuk isikan device dan charge dalam sampul tu then sumbat je dalam post office di airport.

boleh check website di :  http://www.globaladvancedcomm.com/ 
(ada banyak lagi website online reservation, tapi ni paling berbaloi, murah dan recommended)

masukkan dekat dalam post box merah macam kat tepi kiri tu ha.

takyah rent mahal-mahal kak ui. yang Eco Wifi tu pun dah berderau laju nak compare dengan internet connection kita, jauh beza kak oi. HAHA

4. rent portable wifi at Arrival Hall, Level 2F, New Chitose International Airport, Hokkaido

Mobile WIFI Rental Shop
Level 2F International Arrival Hall. keluar dekat Arrival Hall, belok kanan tau.

disebabkan tak dapat nak rent portable wifi murah via online, saya rent dekat airport. takde la mahal sangat tapi boleh lah dalam sehari RM45, tapi 75mbps tau dan unlimited! memang laju! so, kalau nak rent, bila korang kuar-kuar je arrival hall, belok ke kanan, korang akan jumpa kedainya warna biru and ada tulis signboard 'portable rental shop'. paling rendah device yang diorang ada adalah 75mbps dan harganya adalah 1296Yen/day (RM45) sama juga, boleh share up to 10 devices and unlimited usage. kalau katakanlah korang overuse data internet korang, tak ada extra charge, just connection akan slowing down lah, tapi paling-paling slow pun jadi 20mbps je. still laju okey? actually, memang tak akan lebih kuota akan lembab pun. dalam train pun sempat download and tengok movie. (mind you, train ride ke Otaru dari Sapporo Station agak mendayu-dayu mengantuknya. HAHAHA). 



kalau nak ambil insurans dia sekali pun boleh memang staff dia syorkan ambil in case kalau hilang ke rosakke tak lah kena bayar mahal gilaaaaa tapi kalau tak ambil insurans make sure jaga baik-baiklah, jangan rosak and jangan hilangkan, jangan jatuhkan! kalau balik naik AirasiaX flight balik ke Kuala Lumpur adalah pada awal pagi pukul 9 pagi, kedai ni tak buka lagi so kalau korang nak pulangkan, just drop je kat dalam return box dekat kedai tu je, tak susah pun. diorang ada juga jual simcard tapi macam mahal pula rasa, lagi berbaloi beli portable WIFI.

so, bila korang rent portable WIFI ni, ni yang korang akan dapat. make sure masa pulang ada semua-semua ni kalau tak nanti kena charge barang hilang. bag, portable WIFI, charge and manual.

bila nak pulangkan, just masukkan saja bag portable WIFI tu dalam returning box dekat kedai tu. senang dan mudah tak payah tunggu kedai buka. hehe

masa kitorang rent dekat kedai tu, diorang charge for three days (2Oct-4 Oct) tapi memandangkan masa 4 Oct tu kitorang pagi-pagi dalam pukul 8 pagi dah pulang, diorang just charge for two days. i is happy. save duit. HAHA

5. Sapporo City Free WIFI at Subway Station

Sapporo City FREE WIFI

yang ni, korang boleh dapatkan dekat subway-subway station. tapi tak banyak pun. saya dapatkan di kaunter beli tiket self-service dekat Sapporo Subway Station. korang pun nanti dapatkan kat situ okey? free WIFI for 30 minutes each, boleh log in banyak-banyak kali pun. dekat belakang pamplete ni ada map kat mana ada WIFI connection ni.

haa, biasanya diorang letak kat tepi tu. tepi beli tiket.

sharing is caring. semoga bermanfaat :)

feel free to ask anything via Facebook, (Aiza D Undefined)

Wednesday, October 07, 2015

Sapporo, Hokkaido : Pre-departure

salam ukhuwah,


bulan Julai yang lepas, AirAsia buat promosi new route ke Sapporo, Hokkaido direct dari Kuala Lumpur buat julung-julung kalinya. sebelum ni AirAsia ada route ke Sapporo, Hokkaido cuma direct dari Bangkok, Thailand. disebabkan keterujaan, dan ketagihan nak travel yang membuak-buak, saya pun sekali sangkut dalam promosi ni. untuk pengetahuan korang, tiada flight direct ke Kuala Lumpur tau sebelum ni dari Kuala Lumpur. paling-paling pun, korang kena transit di Tokyo atau Osaka via Malaysia Airlines, ANA atau JAL airlines, dan kemudian naik domestik flight dari Jetstar, Peach Air  ke Sapporo, Hokkaido. disebabkan transit-transit ni, dah tentu harga tiket flight mahal. paling murah pun total return adalah RM2k lebih. oleh sebab itu, saya tak teragak-agak beli tiket ke Sapporo, Hokkaido menerusi promosi AirasiaX kali ni. walaupun tiket saya taklah semurah harga opening price iaitu RM295 return ticket, dapat ticket bawah RM1k pun saya dah rasa murah yang amat, dan yang penting direct flight. masa kitorang beli tiket ni pun, currency Yen sangat murah. 100Yen = RM3.09, tapi malangnya waktu kitorang berlepas ke Sapporo, Yen ketika itu dah mencecah 100Yen = RM3.74. memang tutup mata jelah dengan harga yang komain tinggi tu. sobs

so, basucally, saya dan husband (eh, dah lama tak update blog budak ni tup tup dah kahwin dah? HAHA) pergi dua hari penuh je. tak lama pun disebabkan husband tak boleh ambil cuti lebih dua hari dalam department kali ni. so terpaksalah akur pergi 3D2N. tu pun dah syukur habis dah dapat memenuhi ketagih travel mak buyung (kahwin tak cerita, sekarang pregnant pula dah. you see berapa lama saya tak update blog? HAHAHA). makanya, trip kali ni ala-ala babymoon la gamaknya. macam biasa, sebelum pergi mana-mana trip, preparation memang buat selengkap mungkin. first thing first, mestilah itinerary dan budget. macam-macam saya study pasal Hokkaido ni, to make sure tiap kali trip saya berjalan dengan lancar, dan menggunakan kos bajet dan tak overbudget. travel cheapskate macam saya macam nilah. tak berani terjah saja kalau nak kemana-mana. tak mampu. hewhew.



download here for Microsoft Word format : Hokkaido Itinerary 

untuk trip singkat ni, kitorang cuma cover Sapporo City dan Otaru saja memandangkan kitorang ada dua hari penuh sahaja di sana. itupun dah lumayan best dah pergi sana just jalan-jalan dalam city. sebenarnya, yang seronok adalah sewa kereta dan pusing-pusing satu Hokkaido, pergi area outskirt sebab di sekitar Hokkaido banyak tempat-tempat menarik dan cantik untuk dilawati cuma semuanya di luar kawasan Sapporo, contohnya Lavender Farm, Hakodate, Asahikawa dan sebagainya. sewa kereta kat sana pun sebenarnya tak mahal dalam lebih kurang RM200 sehari termasuk insurans. pendek cerita, Hokkaido ni macam Perth dan New Zealand, dia more to sightseeing dan scenery instead of modern city sebab tulah kalau kita pergi Hokkaido, expenses dia tak sebesar kita pergi ke Tokyo dan Osaka, dan bandarnya lebih tenang dan sistematik berbanding bandar sibuk macam Tokyo dan Osaka. ala-ala bandar pencen gitu.

Yasu & Aki Airbnb Apartment


macam biasa, saya dan family lebih suka menginap di apartment berbanding hotel. kitorang selalu book apartment menerusi Airbnb.com. bila duduk apartment ni, takdela rasa macam terperap dan rasa macam duduk rumah sendiri. boleh masak-masak, boleh basuh baju, ruang pun lebih luas biasanya studio apartment atau apartment berbilik. waktu di Sapporo, kami menginap di sebuah studio apartment di Nakajima Koen, Sapporo betul-betul di tengah bandar Sapporo lebih kurang 2 station dari Sapporo Station. alhamdulillah, apartment yang kitorang duduk ini sangat selesa, sangat cantik, spacious dan cosy. owner apartment ni pun sangat friendly and fast-respond. sangat cooperative and banyak membantu kitorang plan kitorang punya trip ke Sapporo. memang recommended-lah apartment diorang ni. selain dari apartment studio ni, diorang ada satu lagi apartment di Sapporo Station dan satu apartment di Tokyo. subway tak jauh pun dari rumah. jalan kaki tiga minit saja menyeberang jalan raya. sangat-sangat convenient nak kemana-mana, just grab subway pass saja. 

macam mana rupa apartment yang korang tengok dalam Airbnb tu, macam tu jugalah yang korang dapat bila rent apartment ni. sangat memuaskan!

kitorang dapat rent apartment ni dengan harga RM368 untuk 3D2N lebih kurang RM184/malam untuk dua orang. kira murah jugak la untuk harga sebuah apartment di bandar Jepun sebab kalau kita book hotel, satu bilik standard room pun berharga lebih dari RM200 termasuklah di Tokyo, Osaka dan Sapporo. tahu-tahu jelah expenses dekat Jepun kan tinggi, so bila dapat rent entire apartment dengan harga RM184/malam pada saya sangat murah dan berbaloi-baloi! dahlah luas, bersih, peralatan pun cukup. pinggan mangkuk, periuk belanga semua ada, mesin basuh, water heater, tv, wifi laju (500mbps okey?!), katil empuk dan sebagainya. sebenarnya apartment ni boleh duduk up to 3 person. tapi boleh je negotiate dengan owner apartment kalau nak duduk 4 persons tapi kena extra charge sorang dalam 10USD kalau tak silap.


soal apartment, nanti saya cerita lebih panjang dalam entri khusus Yasu & Aki Sapporo Airbnb Apartment !

transportation : Sapporo-Otaru Welcome Pass

(husband hilangkan pula kad kitorang. baru nak simpan wat souvenir.hehe)

disebabkan kitorang dua hari sahaja di sana, dan hanya melawat di sekitar Sapporo City dan Otaru, untuk mereka yang nak pergi Otaru dan Sapporo, sangat recommended untuk ambil Sapporo-Otaru Welcome Pass ni. Welcome pass ni mengandungi 1 ticket 1 day JR Pass yang meliputi JR train station dari Kami-Napporo sehingga ke JR Otaru Station dan 1 day subway Pass yang meliputi ketiga-tiga subway line di Sapporo iaitu Tozai Line (Orange), Nanboku Line (Green) dan Toho Line (Blue). korang tak perlu guna kedua-dua pass ni dalam hari yang sama. JR pass boleh digunakan sehari, dan subway pass boleh digunakan pada hari esoknya. kedua-duanya ni berharga 1700Yen (RM60). korang boleh beli welcome pass ni di JR Information Tourist Desk di Level B1 New Chitose International Airport, Hokkaido, dekat situ jugalah nanti korang akan naik train untuk ke Sapporo City iaitu New Chitose Station.


memandangkan welcome pass free area ni bermula dari Kaminapporo Station sehingga Otaru Station, dari New Chitose Airport Station hingga ke Kaminapporo Station tu kena bayar extra sebanyak 780Yen (RM27) dan korang tak perlu tukar-tukar train. just naik je train dari new chitose airport, dan terus duduk sampailah ke Sapporo Station atau kalau nak direct terus ke Otaru Station, sampailah ke Otaru Station. dah cover the whole journey dah.

then esoknya, korang bolehlah guna subway 1 day pass ni, unlimited subway ride ke seluruh tempat di Sapporo seperti dalam map di atas. pada saya welcome pass ni berbaloi tau. sebab kalau korang beli 1 way ticket dari Sapporo Station ke New Chitose Airport pun dah 1070Yen (RM38) tak termasuk JR ticket lain ke Otaru dan sebagainya. so, bagi yang nak pergi sampai Otaru, recommend sangat ambil Sapporo-Otaru Welcome Pass


makanan halal?

saya secara peribadi jenis tak makan di luar sangat bila travel. jenis suka bawa makanan dari Malaysia siap-siap. lagipun, kos makan di luar dekat Sapporo ni boleh tahan lumayan mahal. saya pun jenis tekak melayu tak suka makanan pelik-pelik tak kenyang so, sepanjang dua tiga hari di Sapporo, kami masak sendiri dengan membawa makanan dari Malaysia. kitorang tak declare pun dalam borang custom declaration waktu arrival dekat New Chitose Airport, dan alhamdulillah, lepas je diorang pun jenis tak strict tak macam di Australia dan New Zealand. in case diorang nak buka bag dan tengok, just bagi je diorang buka dan beritahu yang korang bawa makanan halal dari Malaysia disebabkan kat sana susah nak dapat makanan halal. lepas punya tak ada masalah.

sarapan pagi day 1 di Sapporo. meriah kan? ketupat rebus siap-siap dari rumah, ayam masak merah Brahim, serunding, kuah kacang, milo dan kopi tuah. kenyang sekenyang-kenyangnya. kalau travel lama sikit, saya jenis bawa frozen food masak sendiri contohnya ayam masak cili api, sambal tumis, ayam masak merah, masak kicap yang saya froze kan dalam fridge dua tiga hari sebelum bertolak sampai betul-betul beku then pack dalam ice bag masuk dalam luggage besar. serius tahan tau. hihihi. kampung sangat kan? hew hew


tapi, kalau korang jenis nak try-try makanan di sekitar Sapporo, tak ada masalah sebenarnya sebab dekat Sapporo ada kedai-kedai makanan halal cuma limited tak banyak macam di Korea dan di Tokyo. korang boleh refer map di bawah :


untuk restoran halal dan makanan halal di Jepun, boleh refer di website ni : htttp://www.halalmedia.jp dan untuk senarai makanan dan minuman yang boleh dimakan di Jepun, korang boleh selalu update di Facebook Japan 100% Halal Product and Service Media - JHPSM

internet connection

untuk internet connection, ada free-WIFI throughout New Chitose International Airport so tak perlu risau boring ke apa menunggu flight. untuk di bandar juga, banyak free-WIFI disediakan tapi kena dapatkan code sebelum gunakan. untuk dapatkan free-wifi ni, korang boleh pergi dapatkan code free-wifi sewaktu membeli welcome pass di JR Information Tourist Desk di JR New Chitose Station Level B1, New Chitose Airport.

ha, korang dapatkan voucher ni dekat JR Information Desk, Level B1 New Chitose International airport for FREE! tapi tak semua kawasan dekat Sapporo ada coverage tau. ada kawasan-kawasan tertentu. kalau korang terlepas dapatkan code free WIFI ni kat airport, boleh refer url ni untuk tempat-tempat lain untuk dapatkan free wifi code tu http://flets.com/freewifi/common/h_hokkaido.pdf

untuk lebih lanjut, boleh refer ni : http://flets.com/freewifi/spot.html

yang ni kitorang ambil dekat subway station. pun ada guide cemana nak dapat free wifi. 

kalau korang jenis memang nak kena ada internet connection sentiasa macam saya, mudah nak google ke apa, nak update-update instagram ke kan, saya rent portable wifi. dekat apartment ada wifi, tapi bukan portable la so terpaksa rent juga portable wifi untuk mudah sikit jalan-jalan. pada mulanya saya nak rent secara online menerusi website http://www.globaladvancedcomm.com/ memandangkan harga portable wifi dia boleh tahan murah, tapi sebab tempat saya pergi ni Hokkaido which is jauh sikit dari Tokyo, stock di Hokkaido dah habis dan diorang tak sempat nak pos portable wifi dari Tokyo ke Hokkaido. untuk rent portable wifi melalui website ni, korang kena apply online di website dan bayar dengan menggunakan credit card. lepastu, nanti masa sampai di airport korang kena cari Post-Office untuk ambil portable wifi korang. tapi make sure kalau nak rent online, kena buat reservation at least sebulan awal takut stock habis sebab company Global Advance ni kira recommended gak throughout Japan so ramai gila orang rent dari dia.

tak payah rent sampai super premium Wifi. pakai je yang Eco Wifi 21 Mbps tu, tu pun dah cukup laju dan unlimited tau. kalah internet connection kita dekat Malaysia paling tinggi pun 8mbps. hehe. 870Yen/day (RM31)

sekiranya korang macam tak berminat sangat nak purchase online, korang boleh je rent bila sampai di airport nanti. di Arrival Hall, ada company untuk rent portable wifi dengan harga yang berpatutan tapi taklah semurah rent online tapi berbaloi lah. korang keluar-keluar je dekat Arrival Hall tu belok kanan.

ha, cari kedai ni. nak beli simcard pun boleh tapi mahal lah simcard. lagi berbaloi sewa portable wifi boleh share device up to 10 devices. so sesiapa pergi beramai-ramai tu, boleh la share together-gether. kedai ni di sebelah kanan anda. keluar je arrival hall, korang belok ke kanan. nanti jumpa kedai ni :)

pakej yang disediakan. saya ambil yang tengah tu je tu pun dah berbaloi-baloi. dah la 75mbps dan unlimited. sambil duduk-duduk dalam train pun boleh men-download, tengok drama Melayu. HAHAHAHAHAHAHAA. saya suggest ambil insurance tu sekali, incase kalau rosak atau hilang ke apa, dah cover dah. saya just ambil standard cover je tapayah plus-plus sangat.

ini yang korang akan dapat. bag, charger dan device. simple.

soal internet connection nanti saya explain panjang lebar dalam entri khusus : Sapporo, Hokkaido : Internet Connection in Sapporo.

cukuplah entri pasal Pre-depature ke Sapporo. nanti kita sambung lagi dengan entri-entri lain untuk dkongsi bersama. semoga bermanfaat! macam biasa, kalau ada apa-apa persoalan, tanya je saya di Facebook (Aiza D Undefined ). sharing is caring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...