Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO ada.apa.dengan.aiza89.se.org
Showing posts with label travel : Hatyai. Show all posts
Showing posts with label travel : Hatyai. Show all posts

Friday, February 01, 2013

Southern Thai Backpacking : Day 1 Part 1

salam ukhuwah,

Bukit Kayu Hitam - Dannok - Hatyai - Trang - Krabi
(24/1/13)

*entri kali ni panjang, ambil coklat, ambil makanan, mehla baca sambil makan. sangat sedentary kan? :P*

perjalanan yang panjang. perjalanan yang memenatkan tapi memuaskan. kami berlima memanglah enjoy betul dalam perjalanan hari pertama yang berliku-liku, berbengkang-bengkok tu. segala sakit ada, sakit perut lapar, sakit kepala pening, sakit badan berhimpit-himpit cam sardin, sakit segala macam sakit. sakit hati je takde sebab tak ada yang sakitkan hati. semua dalam mood riang-ria gumbira. apakah? kali ini saya nak update blog berupa travelog, mengikut flow-time sepanjang trip kali ni. sedap sikit nak bercerita. maaflah kalau entri-entri lepasni lebih panjang ke bawah eseinya. almaklumlah, penulis tengah rancak bercerita. memang mudah lupa tanda noktah nak letak kat mana. hehe. berceritalah sangat, melalut kelaut adalah. tak apalah, moga readers tak jemu membaca. makin skema ya penulisan saya sekarang? hairan. =_______=

dua puluh empat januari dua kosong tiga belas pukul lima pagi, kami memulakan perjalanan kami. saya dan kak Liyana, gerak dari Kangar sekitar pukul lima pagi ke Bukit Kayu Hitam untuk mengangkut tiga lagi kawan saya yang tiba dari Kuala Lumpur. pagi tu sahaja, dah memakan masa banyak sebab duk mencari-cari kat manalah bas ni tinggalkan diorang. saya fikir, bas turunkan mereka di Changlun sebab biasanya bas akan stop di Changlun, tapi rupanya tidak. mencari lagi dimana. dahlah budak bertiga tu tatahu tah kat mana-mana diorang sekarang. halamak. dugaan pertama. duk pusing-pusing, barulah jumpa diorang. rupanya bas berhentikan diorang dekat area Duty Free, jalan kearah Bukit Kayu Hitam, which is not Changlun okey. tak apala. maka bergegaslah kami ke border Bukit Kayu Hitam-Dannok.

plan-nya, nak singgah solat Subuh dulu di Shell Bukit Kayu Hitam, tapi dalam gelap-gelap pagi hari dekat highway Bukit Kayu Hitam tu, terlepas pula Shell yang kitorang nak singgah tu. alih-alih sampai dah kat border. tak apalah, kitorang pun terus berjalan kaki sepanjang 100-200meter ahead ke arah border Dannok-Sadao selepas kawan kitorang dropped kitorang di The Zone, Bukit Kayu Hitam. oh ya, perjalanan kitorang dari Bukit Kayu Hitam ke border sahaja dah memeritkan punggung masing-masing sebab terpaksa berhimpit, bersempit-sempit dalam kereta ya. empat orang in a row kat tempat duduk belakang. gasak kaulah nokkk. HAHA

assalamualaikum pakcik, kami berlima ni nak merempat kat Thailand nih. tumpang lalu ye, pakcik?
*pening pakcik tu ha tengok budak-budak ni. nak kemana la bawak beg beso-beso jalan kaki ni*


berjala kaki ke arah sempadan Thailand. ha masa nilah nak call, message mak ayah, makwe pakwe masing-masing cakap lepasni nak sms kena roaming. HAHA

eh, dah sampai Thailand dah. baru jalan kaki 15 minit. ni kenapa gambar gegar ni, gempa bumi ke apa? hihihi
+_____________________________________________________+

memanglah bersesak-sesak masa ni. mungkin sebab public holiday semua pun berpusu-pusu masuk Thailand kan. hampir sejam gaklah duk beratur sini, itulah menyebabkan kitorang Subuh gajah. dugaan kedua.
*oh, ini gambar terakhir sebelum pakcik kastam dalam kaunter tu marah sebab amek gambar kat area imigresen."hey you, no photos!" HAHA!*

tips berguna :
  • make sure, before masuk custom sempadan, passport dah disiapkan dengan departure card berwarna putih, dengan selit RM2 sekali sebagai wang kopi diorang. kira rasuah gakla. kalau tak selit, nanti diorang minta juga macam manapun. so bagi jela, untuk tidak merumitkan keadaan. ada ja kes, diorang buat hal bila kita tak selit duit. entahlah =_____=
  • departure card putih tu boleh dibeli di kedai Lima-Lima, atau Lima-Enam di Changlun. macam mana nak pergi kedai tu? kalau dari arah selatan (Alor Setar) mengarah ke Bukit Kayu Hitam, dekat Changlun, lepas Stesen Bas Changlun (belah kiri), and Changlun Mall kot (belah kanan) ada traffic light, lepas traffic light tu slow down, tengok belah kiri. kedai ni dekat belah kiri. kat sini boleh beli departure card tu berharga 50 sen sahaja. kalau beli kat border, kena charge RM2-RM3 sekeping. melampau kan? alahai. oh, kat sini boleh tukar duit juga :)
haritu masa pergi kedai tu, lupa nak snap gambar, so kebetulan jumpa gambar and GPS location kedai ni kat blog orang. so, boleh lah refer sini. :)

departure-arrival card tu bentuk dia macam nilah. alah, yang biasa kalau kita naik flight dia agih-agih dalam flight suruh isi siap-siap before landing tu. ha, samalah macam ni. :)

  • then, kalau kauorang plan nak cross border by walking sahaja, tak bawak transport, nanti sampai kat Dannok baru pick-up transport, tu takde masalah. senang sahaja. apa yang perlu korang buat ialah 
    • first, lepaskan diri dari custom Malaysia (ecey, lepaskan diri macam penyangak je bunyinya). masa kat custom Malaysia ni dia tak check apa pun, check passport sahaja and tanya nak kemana. jawab saja, "hattt-chaii, hatttt-chaaaai" dengan slang thai gedik-gedik sikit, mesti abang kastam tu pening tengok korang. hihihihi. masa ni, kawan korang, atau apa-apa transport Malaysia boleh lepas lagi, so takyah drop siap-siap dekat kastam Malaysia, jauh nak jalan nanti.
    • korang suruh siapa yang hantar korang tu, dropped korang dekat The Zon, Duty Free belah kiri. ha, dari situ, korang bolehlah berjalan kaki sahaja dalam sekitar 10-15 minit, mengikut pecutan masing-masing ke border Siam.
    • nanti korang akan melalui satu gerbang, yang ada pakcik-pakcik askar banyak kat situ. senyum sahaja. 
    • lepastu, barulah nampak pintu gerbang "JUMPA LAGI!" ha, maknanya, dah dekat dah tu ke border Thailand. dah nampak dah dari pintu gerbang ni, custom Thailand
    • lepastu lagi, sampailah ke imigresen Thailand. bagi pemegang passport, sila ke arah kiri okey, beratur beramai-ramai. 
    • kalau yang membawa kenderaan, make sure kereta ada gran, insurans kereta dah dibeli. insurans kereta pun boleh didapatkan di kedai Lima-lima tu. apek tu katalah dia ada jual juga. then masa kat border Siam, semua penumpang kena keluar, dia nak check. tak boleh letak passport secara berlonggok satu family ya. 

panjang pula tips kau bagi, Aiza. pening readers nak membaca karangan cuti sekolah kau ni. HAHA. bertabahlah ye para readers. rugi tak baca sepenuhnya, banyak tips saya include dalam karangan sekolah tu. kena highlight-kan tu, nak dapatkan isi penting! HAHAHA. okey, sambung lagi. lepas dah cop passport semua, kitorang pun memulakan perjalanan kitorang ke arah Hatyai, dengan menaiki CRV yang kitorang dah hire menerusi abang Ya, seperti yang dah di-explain dalam entri sebelumnya. berhimpit lagi dalam kereta. macam tak biasa.

memulakan perjalanan. bismillahirrahmanirrahim
awal-awal lagi dah cakap dengan bang Ya, "bang, singgah surau atau masjid eh, kitorang tak Subuh lagi ni. cepat-cepat!sempaaaat!"

Masyid Darulhuda, tatahu kat mana, but somewhere between Dannok-Hatyai
20 minutes, from Dannok, 20 minutes from Hatyai. tengah-tengahlah. 
Alhamdulillah.

dah nak sampai dah ni. dah nak sampai. haha. assumed saja sebenarnya.

dah sampai Hatyai, kitorang pun di berhentikan depan Jomtanaphyatour (apamacamlah mau sebut nih)
plan asalnya, nak berhenti di Cathay Tour. tapi menandangkan Abang Ya dah berhentikan kitorang disini,
malas nak suruh dia gerak lagi kan. punggung pun dah bengkak. hehe

kitorang di-charge 270BHT which is around RM27 untuk perjalanan dari Hatyai-Krabi. harga sebenar 300BHT/RM30. tapi lepas slow-slow talk, kenyit-kenyit mata sikit, dapatlah kurang. biasanya harga RM25. tapi mungkin sebab peak season kot, and kitorang pun malas berkira, ikutkan sahaja. janji van jalan. HAHA

kalau ikutkan jadual masa ni, memang biasanya timing dia sama je, kalau naik dari tour agent memana pun. memang waktu gerak dia sama. mungkin, masa  perjalanan dia je berbeza. bolehlah, jadikan ini rujukan, boleh adjust-adjust plan nak gerak bila kan. tapi, saya rasa the best time is, gerak dari Malaysia subuh, banyak sket masa kan. :)

so ini alamat tour kitorang amek :

Jomtanaphya Tours
214-9hotivitayakul 5 Rd, Hat Yai, Songkla
074-428510/09-545098
(terminal bus Hat Yai)

tips berguna lagi :

  • make sure bargain tau, jangan tak bargain. kalau dia dah bagi RM25, cuba juga bargain, manatahu ada rezeki dapat murah, korang juga untungkan? 
  • makesure, mintak resit, sebab nanti masa nak naik van tu, dia minta resit. so, jangan lupa tau!
  • kalau naik dengan Abang Ya, dia berhenti dekat area travel agent ni lah, which is located dekat area Stesen Bus Hatyai. if korang rasa nak naik bas, pon boleh amek dari sini. macam-macam bas ada, just pilih. masa ni kitorang tak terfikir pula nak masuk ke stesen bas ni and snap gambar-gambar bas-bas yang ada. kalau tak, dah boleh share ngan korang semua. sobs. maafkan saya.
  • pasal transport dari Hatyai to anywhere, jangan risau. hampir seluruh kawasan Hatyai tu ada travel & tours untuk transportation. paling banyak dekat area Stesen Bas, Stesen Keretapi dengan area Lee Garden Hotel, dekat tengah bandar Hatyai. :) just pick, and go, okey?
  • kalau naik bas direct dari Malaysia ke Thailand, biasanya dia akan berhenti dekat area-area Lee Garden Hotel, atau di centre city Hatyai, dekat depan tour agent. ha, kat situ pun boleh beli terus tiket ke destinasi seterusnya yang ditujui. jangan risau. memang banyak. berdereeeet. just pilih sahaja :)

dekat deretan tour kitorang ambil minivan tu, ada tour-tour agent lain. kalau rajin, boleh survey-survey dulu kotla tempat lain lagi murah kan? rezeki masing-masing. ha, depan tour kitorang tu, ada kakak jual ayam goreng sedap gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! tak sah kalau pergi Hatyai tak makan ayam goreng, okey?
and dekat situ juga ada Tesco Lotus. boleh lah kalau nak beli cemilan-cemilan, makanan-makanan untuk makan dalam van selama 4 jam perjalanan ke Dannok. hihihihi

tuk-tuk comel. warna biru lak tu.comelnya

ayam goreeeeeeeeng! HAHAHA

ayam goreeeeeng! breakfast ayam goreng kau tahu. so calori-cious! :P

so, dalam pukul 8.30 pagi van yang kitorang dah booking sampai di tempat kejadian (eh, kejadian? HAHA). kami pun disumbat dibahagian belakang sekali berempat. sorang lagi duduk solo dekat baris depan kitorang. aih. apalah nasib. kitorang nak duduk depan, tapi menurut pakcik Siam tu kata, pay more to seat front. apakah? =_________________________= lepas kitorang dah naik semua, kitorang pun bergeraklah ke Krabi. bermulalah perjalanan panjang 4 jam ke Krabi. tidur, celik mata, tidur, celik mata, tak sampai-sampai. bertahanlah. HAHA. oh ya, sebelum tu, pakcik driver ni ada gak berhenti kat tour-tour lain, untuk ambil passenger lain. mostly, foreigners-lah. mat-mat salleh je ramai. kitorang, mat-minah pan-Asia ni je kat belakang van. (Pan-Asia gituu. :P)

eh, tiba-tiba terlalu TuneHotels Hatyai. entah kat mana tah. HAHA

dah start bersesak-sesak dalam van dah. HAHAHAHAHA

beginilah suasana dalam van. alah, macam naik van biasa tu taklah van huduh tu. selesa van ni, cuma kalau duduk ramai-ramai kat belakang, sempit sikitlah. aircond pun sejuk gila. siap pasang lagu Siam mendayu-dayu memang sesuai untuk tidurlah. memang tidur betul dalam van ni. HAHA

sepanjang dalam perjalanan tu, kitorang berlima tidur sahaja. tidur-tidur-tidur, buka mata, tak sampai lagi. tidur balik.tidur-tidur-tidur, tak sampai juga. macam tula keadaannya. rasa dah lama tidur, tapi rupanya baru 2 jam perjalanan. HAHAHA. perjalanan ke Krabi dari Hatyai mengambil masa 4 jam. on the way ke Krabi ni nanti, van akan berhenti sekejap rehat selama 20 minit macam tu di R&R Trang. ha, dekat sini, bolehlah kalau siapa-siapa nak solat, nak buang air, nak makan, nak minum. jangan risau, tempatnya selesa,surau besar, toilet pun banyak tak payah que-que. makanan, air pun murah. memang kenyang perut sukahati.


lepas dah siap berehat selama 20 minit, perjalanan diteruskan lagi ke Krabi. okey, sambung tidur lagi. lepastu bangun lagi, tak sampai-sampai juga. tengok member-member lain pun dah tak boleh tidur,semua start bersembang kosong. kitorang berlima di belakang, memanglah paling bising dalam van tu. agak-agak apalah mat-mat salleh tu katakan dengar kitorang ni memekak je. HAHA. tiba-tiba, nak dijadikan cerita, bunyi KEBABOMMM. ingatkan langgar periuk api ke apa, rupanya, tayar pancit lah pula. van berhenti dan driver tengok apa yang dah terjadi. oh, tayar okey lagi, cuma dah lembik. dia pun teruskan perjalanan lagi, sampai satu saat, tayar van tu dah nazak sangat, maka meletuplah sekali lagi. kali ni, tayar pecah berderai. terkandaslah kitorang di tepi ladang kelapa sawit. aiseyman.

dugaan ketiga

satu demi satu dugaan. Allah bagi peringatan kat kitorang jangan bersuka-suka sangat. tak pa, kami alert semua ni. lama jugala terkandas kat sini. spoiled program sebab dijangka sampai kul 1 di Krabi. akhirnya, pukul 2 lebih jugalah sampai di Krabi. kesihan juga driver tu duk repair sorang-sorang. kitorang termasuk foreigners tu tatahu nak tolong macam mana. hanya mampu menonton saja dan tunggu kereta siap. malang tidak berbau, bukan? sampai Krabi masa tu, dah pukul 2 lebih. kitorang check-in di Sawasdee Guesthouse, Krabi Town. sepatutnya check-in di JP Mansion, sebab kitorang book through Agoda di JP Mansion. tapi disebabkan JP Mansion dah penuh (saya tahu, sebenarnya penuh dengan geng Backpackers Buddies Malaysia (BBMers) juga)  HAHA, kami pun dipindahkanlah ke Sawasde Guest House. tak jauh pun dari JP Mansion. boleh jalan kaki. Alhamdulillah, hotelnya sangat selesa seperti yang dah saya jelaskan dalam entri sebelum ni. apa lagi, kitorang pun berehat-rehat secara instant, solat dan kemudian memulakan pengembaraan kitorang di bumi Krabi, Thailand.

apa yang kitorang buat selama di Krabi? nantikan entri seterusnya. capek deh, asyik menaip. boleh runcing jejari saya macam ni uuuu. :P

Monday, January 28, 2013

Southern Thailand Backpacking (pre-departure)

salam ukhuwah,

ye, saya tahu saya dah lama tak update blog. makin menjadi-jadi kemalasan untuk meng-update ditambah pula dengan kerja dan tugas-tugas yang menimbun, memanglah asyik tak sempat saja untuk meng-update. oh, maafkan saya. tapi, memandangkan saya masih lagi dalam travel mode, tiba-tiba harini dapat aura untuk meng-update blog dengan lincahnya. izinkan saya membebel panjang-panjang pasal trip kali ni. oh,  maafkan saya lagi, sebab previous trip pun banyak yang tak ter-update. takpa, kalau free or ada apa-apa nak ditanya, ke apa ke, mehlah private message me at Facebook or, email me, nanti kalau free saya reply, okey? (skemanya mukadimmah kali ni).

eheeeem, sebenarnya baru saja balik dari bumi Thailand malam tadi. masih fresh gitu, update kali ni. so, macam mana trip kali ni? ye, memang superb best. Alhamdulillah, Allah mempermudah urusan kami sepanjang empat hari berada di sana walaupun adalah beberapa dugaan yang tak dapat dielakkan berlaku kat sana. Allah nak bagi reminder tu, supaya jangan terlalu happy-happy sangat dekat sana. Alhamdulillah, atas dugaan-dugaan itu, dan kami berlima sangat enjoy okey trip kali ni. trip backpacking kali ni pergi secara kumpulan besar sebenarnya terdiri dari kami, geng-geng Backpackers Buddies Malaysia (BBM). tapi, kami yang terdiri dari lima orang bdak nakal ni, kira group kecil dari group besar BBM tu. kalau ikut plan asal, memang nak sekalian geraklah dengan geng BBMers kan, macam rombongan cik gitu ke Thailand tapi memandangkan kitorang agak strict dengan masa, masa yang diperuntukkan kat sana cuma empat hari, and geng-geng BBMers pun tiba di Thailand agak lewat dari kami berlima sebab diorang naik train, maka kami terpaksa berpecah menjadi kumpulan kecil. kami hanya berjumpa di sana, and sesekali bergerak sama and pergi Island hopping pun sama-sama. sweet gitu. so total of us actually, 18 orang. ramai bukan? HAHA.

so, sebelum saya cerita panjang-panjang pasal trip kali ni, (introduction pun dah panjang lebar), nak ceritalah dulu macam mana planning, budget semua kan untuk tantapan semua seisi keluarga manatahu nanti-nanti boleh buat rujukan, boleh membantu kauorang yang membaca blog ini untuk manage trip ke Southern Thailand nanti. terima kasih kepada semua yang masih sudi baca blog ini. dah bersawang dah blog ni. tengoklah previous update pun August 2012. lamanya ditinggalkan =__________________________= so, sebelum kitorang berangkat ke Thailand, ada beberapa preparation yang telah kitorang ready-kan. first-first sekali book for hotel. kitorang booking beramai-ramai di JP Mansion, Krabi Town sebenarnya, tapi memandangkan JP Mansion penuh, terpaksalah kami berlima berpindah ke Sawasdee Guest House, block belakang dari JP Mansion. so harga kitorang dapat adalah RM30 untuk satu malam. murah kan?

happy-nya muka masing-masing. muka excited to the max. 


kenapa hotel ni best?
  • bilik yang bersih, luas gila, ada aircond ada kipas, ada LCD TV Channel Thai lebih dari 100 channel (channel uncensored pun ada weeei!), katil empuk sampai bangun lambat tiap hari. HAHA!

  • toilet dia tiptop. sangat-sangat bersih. ada hot shower, ada syampoo and shower gel siap tak payah bawak dari rumah, toilet ada paip, toilet bowl dia pun enak untuk morning bussiness, okey! HEHE

  • ada wifi berdesup dekat bawah, bilik takdop lah unfortunately-nya
  • bilik dia kalau kauorang bawak toto, memang muat 4 orang sebilik. HAHA!
  • peaceful bila waktu malam. korang boleh balik sukahati kul brapa pun, takde curfew, nanti dia bagi kunci extra for pintu belakang. buat macam rumah sendiri okey?
  • location dia dekat Krabi Town, depan hotel ada morning market. nak cari makanan halal tak ada masalah. even dekat morning market tu ada gerai-gerai halal. kedai-kedai makan pun ada. untuk pergi Krabi Weekend Night Market (Jumaat-Ahad) just jalan kaki je dalam 10 minit. best-best. tempat dia sangat peaceful waktu malam, takde pub, takde disko berdekatan dan sangat safe.
morning market depan hotel je. pagi-pagi ada banyak gerai-gerai kat sini. meriah u know.

  • ada tour agent dekat bawah tu. so takyah susah-susah nak book van/bas awal-awal. book je kat bawah ni to anywhere, any places dekat makcik Siam kat kaunter tu. makcik yang membebel cakap Siam masa kitorang lambat siap and turun nak ke Phuket haritu. =___________=

  • yang penting, murah gila. RM30/malam. murah kan kan kan kan ? :D


okey, enough cerita pasal hotel kitorang booking dekat Krabi. terpanjang lebar pula bercerita. itula gamaknya bila ada aura dan mood nak meng-update blog. jari-jari akan lincah menaik dengan lajunya, macam-macam idea nak dicurahkan maka panjanglah entri macam tulis karangan nak jawab exam sekolah, "percutian saya bersama rakan-rakan ke Selatan Thailand". LALALALALALA. untuk accomondation di Phuket pula, kami memilih Tunehotels, Patong Beach. rezeki kami untuk dapat merasa duduk di Tunehotels, Patong Beach ni as antara customer yang terawal sebab Tunehotels, Patong Beach ni tak sampai sebulan lagi tau. tu rasa macam bangga gila tu. HAHA! harga yang kami dapat adalah RM79.90 satu malam untuk satu bilik. quite pricy sebenarnya. tapi kalau nak compare dengan hotel-hotel lain di Phuket, hotel ni antara termurah tau. yang lain mahal cam haram.  kalau nak duduk cam mansion-mansion pula macam tak berani, sebab sanakan kota seks. if, you know what i mean. 



so, kenapa pilih Tunehotels Patong Beach, Phuket?
  • saya memang suka mencuba Tunehotels. HAHA. so, Tunehotels Patong Beach, Phuket ni antara Tunehotels baru yang saya mencubalah kan dengan kadar yang termahal yang pernah saya book melalui Tunehotels. HAHA. selalu dapat sen-sen kan, kali ni mahaaaaai HAHA
  • murah. yes, Tunehotels memang murah IF korang book awal. our price dapat haritu RM79.90 for 1 room, supposed RM49.90 but since kitorang lambat purchanse, tanggunglah risikonya sendiri kerana dik mahalnya. =______________________=
  • lokasi dia dekat Ratt-tut-Hitt 200 Pee Rd (sebenarnya salah eja ni, sila check di Tunehotels.com) which is main road dekat Patong Beach, jalan belakang dia adalah Patong Beach! :D so, nak g pantai memanglah in walking distance ya!

  • hotel ini family-friendly-type hotel. ini sangat penting di Patong Beach  untuk memilih budget hotel di Phuket. KENAPA? sebab dekat Patong Beach ni kan terkenal dengan sarang sex. so, salah pilih hotel, termasuklah dekat sarang sex ni. HAHA. bukan masalah safety, selamat je dekat sana, dia tak ganggu tourist, the thing is sebab masalah keamanan waktu malam. kalau korang duduk hotel area Bangla Rd, memanglah havoc area tu sampai ke pagi. sangat tak sesuai untuk family with kids. if korang mampu duduk hotel mahal, silakan. sebab hotel mahal memang jauh dari kawasan havoc-havoc itu.heee.
  • just few steps, betul-betul sebelah hotel ada Family Mart, ada restoran Seafood Melayu orang Pattani-Terengganu, yes of course Halal. memanglah ramai Malaysian saje makan situ, and a few Whites. :D

  • depan hotel, ada money changer, rent a bike-r-car shop, sederet Tune memang kedai-kedai saja. BUKAN tempat sunyi. so memang best, cuma taklah sebising sangat-sangat to compare dengan area Son Sabai dan Bangla Rd. if korang duduk dekat area Soi Nanai Rd pula, macam jauh kebelakang, so tak best. sunyi sangat.
fiuh, habis bercerita pasal hotel-hotel yang kitorang booking. lama gila nak menulis pasal hotel saja. almaklumlah, macam-macam nak bercerita macam mak kepoh gila. HAHAHA. selain hotel, kitorang dah booking siap-siap Island Hopping Tour. kitorang memilih Package Phi Phi Island instead of 4 Island Tour. untung Phi Phi Island tour lebih banyaklah pulau-pulau yang dibawa berbanding 4 Island Tour. Package ni bukan saya yang booking-kan. teman se-backpacking saya dari geng Backpackers Buddies Malaysia (BBM), saudara Adree yang booking-kan melalui Baracuddas, dari Pak Up Hostel. menurut dia, dia just call Pak Up Hostel tu untuk booking Island Tour ni, mungkin kauorang boleh lah menghubungi Pak Up Hostel untuk Island Tour. walaubagaimanapun, sebenarnya dekat bawah JP Mansion dengan Sawasdee Guest House pun ada Tour Package cuma kitorang tak tanya harga berapa tapi rata-rata yang kitorang nampak diantara 1200BHT-1800BHT for speedboat. kitorang punya 1000BHT je since dalam satu group yang besar kan dapatlah murah. kitorang tak tanya pula harga untuk longtail boat which is sebenarnya lagi murah, cuma dari segi keselesaan, lebih selesa speed boat lah, of course. 

Barracudas Tour Krabi
(kalau book through online, mahal gila kot. baik telefon leh tawar-tawar)

oh ya, selain dari hotel dan tour, saya juga ada survey tentang transportation dari border ke Hatyai. plan awal-awal nak cross border by walk, then grab van shuttle RM5.90 ke Hatyai dekat depan 7Eleven Dannok. tapi, memandangkan kitorang mengejar masa, and lagipun van tu start agak lewat dari kitorang sampai, so kitorang decide untuk hire a car, bawa sampai ke Hatyai. so, setelah mengkaji dalam internet, jumpalah contact number ini :


untuk memendekkan masa perjalanan, dan tidak membuang masa untuk men-survey dulu, mencari-cari transport masa sampai kat border Dannok-Sadao, kitorang pun hire-lah Bang Ya nih, dengan harga RM80 dari border sampailah ke Hatyai. menurut dia juga, kalau sampai Krabi terus RM200. tu harga tak bertawar-tawar lagi. kitorang naik Honda CRV. mmg selesa lah kan and of course laju. if kalau korang ramai, nanti dia akan pick korang guna van besarlah kan. since kitorang berlima sahaja, CRV pun dah okey. 

okey, yang lain-lain tak buat pre-booking, just study, explore and kaji sikit-sikit pasal transportation, location, attraction semua tu and then macam biasa, buat rough itinerary dan planning budget. our budget sorang RM500 tau for 4 days. memanglah agak strict disitu ya. so, disini saya nak berkongsi lah, rough itinerary and planning yang kitorang dah rancang and almost 90% kitorang mengikut plan kitorang, adalah ubah-ubah sikit mengikut masa kitorang yang agak lari sikit dari yang dijangkakan. HAHAHA.

nah, ini dia :
Southern Thailand Backpacking Itinerary & Budget Flow

so, expenses saya sepanjang 4 hari ini adalah :
total damage : RM403.80 (transport, makan, shopping,blablabla)
pre-departure damage : RM172 (hotel 3 malam & Island Tour)
Grand total : RM575.80
(terlebih RM75.80 gara-gara tshirt Hard Rock! HAHA)

okey, sampai sini sahaja dulu la ye entri ni. kita sambung lagi entri depan-depan lebih mengancam gitu. HAHA. banyaknya nak di-type kat sini. macam-macam nak bercerita. nantikan okey! *bajet retis lah kononnya. ptuuuuih!*

p/s "buku merah, jangan lupa bawak, moga belum tamat tempoh" HEHE.

kalau nak ke border melalui Bukit Kayu Hitam (BKH), singgah kedai lima enam dekat Changlun sebelah kiri otw ke border. beli arrival card, kat sini 50 sen saja. kalau beli kt border, RM2-3. sebelah kedai ini, kedai Lima-Lima, bleh tukar duit dengan rate yang sangat okey. oh, insurance kereta dan motor pn boleh dapat kat dua-dua kedai ini, kalau settle kat border of course lebih mahal ;)

TATAAAAAAAAAAAAAA! :D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...