Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO ada.apa.dengan.aiza89.se.org
Showing posts with label travel : Chiang Mai. Show all posts
Showing posts with label travel : Chiang Mai. Show all posts

Tuesday, April 01, 2014

Northern Thai Backpacking : Chiang Mai Backpack House

salam ukhuwah,

setelah lama tak meng-update blog, tiba-tiba harini dapat angin kus-kus rajin nak meng-update. Southern Thai tak habis lagi update, tiba-tiba nak update Northern Thai backpacking pula. tamak kau Aiza, tamak. orang tamak selalu rugi. bila rugi, akhirnya tak update-update entri. eh?

dipendekkan cerita, sebagai mukadimah Northern Thai backpacking saya yang telah saya lalui beberapa minggu yang lalu, saya nak mem-promo-lah satu hostel murah dekat Chiang Mai yang memang worth to stay. untuk poket nipis macam saya, hostel-hostel macam ni memang jadi pilihan. selain dari jimat poket, yang penting selesa dan selamat. 


Chiangmai Backpack House, Chiang Mai

Chiangmai Backpack House ini terletak di luar dari old city berhampiran dengan South Gate of Old City di mana kalau area gate ini actually bukanlah area lambakan tourist. untuk pengetahuan korang semua, biasanya tourist-tourist banyak memilih untuk tinggal di North dan East gate di mana disitulah letaknya Tae Phae Gate yang merupakan attraction utama yang tak boleh missed-lah kalau ke Chiang Mai. maka, disebabkan area situ area utama Chiang Mai, harga-harga hotel dan hostel di area sana agak wow jugalah. ada memang ada, kena cari. tapi kalau nak hostel harga RM12 semalam, memang tak dapat kecuali Chiangmai Backpack House ni. hehe!

map ke Chiangmai Backpack House

Chiangmai Backpack House dari depan

ala, jangan risau. walaupun hostel ini bukan terletak di main area, tidak bermakna hostel ni jauh dari semua-semua attraction. bandar Chiang Mai dan Old City area tu sebenarnya tak besar manapun. sebesar bandar Batu Pahat je lebih kurang. kalau setakat dalam bandar sahaja, satu hari boleh cover sebab Chiang Mai ni yang best-nya attraction-attraction area outskirt tau. so, my advise korang spend-lah about 3-4 days dekat Chiang Mai. kalau nak lajak ke Chiang Rai dan Golden Triangle (border Myammar, Laos dan Thailand) korang boleh spend about 5-6 hari at least, untuk cover main attraction di Northern area of Thailand. back to location matter, cara paling mudah untuk ke main area di Chiang Mai dari Chiangmai Backpack House ini adalah dengan menaik Songtthaew (sebut semacam Song-tiau) dengan harga antara 10-20 BHT (RM1, RM2) sahaja. alah, Songtthaew ni lebih kurang macam angkutlah kalau di Medan. ala-ala van comel pintu belakang dia bolong. HAHA!

ha inilah Songtthaew (Song-tiau ya kawan-kawan). warna merah. dari jauh dah nampak. kau diri sahajalah depan hostel tu, nampak saja bendalah comel ni lalu, korang tahan. diorang mesti berhenti punya with love. 

ini adalah tuk-tuk yang boleh memuatkan seramai 2 orang sahaja untuk 1 tuk-tuk. saya tak advise-lah untuk kauorang naik tuk-tuk di Chiang Mai malah di sekitar Thailand juga (especially Bangkok) sebab driver (pembonceng lebih sesuai kot?) tuk-tuk ni suka pau kaw-kaw tourist yang naik tuk-tuk. so, untuk kepentingan poket anda, dinasihatkan untuk naik Songthaeww dari naik tuk-tuk. alah, Songthaew tu bukan sentiasa penuh macam kat Indonesia. selalu sangat-sangat kosong. ini sebenarnya advice dari Encik Tony, owner Chiangmai Backpack House yang sangat friendly dan coperative.

actually kan, kalau korang larat, bak kata Encik Tony, "walking lover" katanya, korang boleh sahaja jalan kaki sahaja pusing old-city dan bandar Chiang Mai ni. dari satu attraction ke satu attraction tu tak jauh benar. macam kitorang haritu, dari Night Market tu, kitorang jalan kaki balik ke hostel about 40 minit jalan lenggang kangkung mak limah. kitorang ada jalan kaki gak dari temple paling besau dan cantik di Chiang Mai, Wat Chedi Luang just 20-30 minit je jalan kaki straight sahaja untuk sampai ke hostel. malam-malam pula tu. Alhamdulillah, tak de kena kacau, takde orang mabuk-mabuk dan jalan santai-santai saja. rasa macam mat salleh sangat uols. HEHE

    
This photo of Chiangmai Backpack House is courtesy of TripAdvisor
yang kanan tu adalah Encik Tony. sekali pandang korang tengok dia ni macam pelakon gangster kaki pukul cerita Red ke atau The Expendibles. nampak gagah sangat dan macam kasar. sekali dah kenal, Encik Tony ni friendly dan sangat-sangat baik tau! punyalah dia concern sebab kitorang ni Muslim, siap minta maaf sebab tak ada sediakan pinggan mangkuk, sudu dan garfu asing untuk Muslim siap tanya nak dia belikan ke tak? kitorang just cakap, "eh, takpa.takpa. kitorang tak guna pun sebab bawa sendiri" (of course cakap inggelis, nyah. takkan cakap meleyu). kalau korang check-in sini, kalau ada papa nak tanya, tak sure naik bas apa ke, route apa ke, nak pergi sini situ macam mana semua, korang tanya je Encik Tony ni. nanti dia akan explain panjang lebar dan sangat-sangat informative.

Thumbs up, Encik Tony!

ha inilah harga rasmi Chiangmai Backpack House. murah sangat-sangat kan? sorang baru RM12 / RM13 apedehal ye dop? kalau nak privasi, boleh ambil single room (katil queen) cuma RM25 sahaja untuk 2 orang. murah kan, murah kan?

ini bilik kitorang haritu, shared dorm. kitorang tak dapat female dorm sebab female dorm full. nasib baik dorm ni tak ada orang so buatlah macam dorm sendiri. HAHA. minimalis, sangat bersih dan kemas dan yang penting tilam dan bantal dia sangat comfy sampai bangun lewat esoknya. Ya Rabbiiii. 

This photo of Chiangmai Backpack House is courtesy of TripAdvisor
yang ni contoh bilik single room samada untuk sorang atau dua orang. RM25 je. sangat comfy okey. setakat nak melelapkan mata, nak merehat-rehatkan badan, nak lunjurkan kaki, memang selesa sangat dah ni.

This photo of Chiangmai Backpack House is courtesy of TripAdvisor
omel je locker dia bawah katil. tapi tak disediakan manggalah. senang cerita, kalau korang travel dan duduk di hostel-hostel, biasakan diri bawa mangga atau padlock ya. baru secure sikit :)

This photo of Chiangmai Backpack House is courtesy of TripAdvisor
mini lobi dia a.k.a reception area. simple sahaja. area ni lah tempat owner, Encik Tony selalu lepak-lepak dengan traveller-traveller yang lain. kitorang pula duk guna area ni untuk makan-makan bekalan kitorang bawak dari Malaysia secara kenduri mewah gitu. pamplete memang banyak kat sini. ambil sahaja for FREE. 

This photo of Chiangmai Backpack House is courtesy of TripAdvisor
yang ni cafe dia. kalau korang nak makan pape, nak minum apa-apa boleh order sini. ice-coffee blended dia sangatlah sedap uols! harga pun lumayan, tak makan tak murah. kalau setakat ice-coffee blended tu baru 50 BHT (RM5). murah ye dop? kalau nak pinjam pinggan mangkuk sudu garfu (kalau korang jenis tak kisah nak guna) pinjam je dekat adik manis kat dapur ni. seriously, staff-staff dia semua friendly. oh ya, di area ni juga ada computer boleh guna sukahati mu.

additional info :
  • wifi is FREE dari tingkat bawah, sampai tingkat atas dan sangatlah laju! tapi tak ada masa nak download-download. asal boleh tengok youtube tu tak henti-henti tu kira laju lah kan? HAHA
  • dalam bilik, tak boleh makan dan minum. cuma boleh bawa mineral water je. so kalau korang ada bawa ketupat ke, berahim ke, mee goreng mamak ke, maggie ke, nasi beryani ke apa-apalah jenis makanan, korang makan dekat bawah. lagi sedap, lagi selesa. sedaaaaap angin Chiangmai.
  • sebelah hostel ni ada massage & spa yang sangat muraaaaaaaah. korang jangan miss ber-massage kat kedai makcik sebelah ni macam saya. saya geli urut-urut ni. HAHA
  • boleh sewa motor atau sewa basikal dari Encik Tony ni. dalam RM15 je kot sehari kalau motor. basikal RM5. murah bukaaaaaaan
  • kalau nak book tour ke, atau book bas ke Bangkok, Chiang Rai atau tempat-tempat lain, korang boleh beritahu sahaja Encik Tony, dia mesti akan uruskan. tapi kalau korang nak naik Nakhonchai Air Bus, yang ni Encik Tony tak boleh tolong sebab kena pergi kaunter dia sendiri di Arcade Bus Station Terminal 2. nanti ada entri menyusul, ecewah!
  • harga-harga Songthaeew dari hostel : 
    • hostel - Tae Pae Rd / Night Bazaar / sekitarnya = 10-20 BHT (RM1-RM2) /orang
    • hostel - Arcade Bus Station = 30-40 BHT (RM3-RM4) /orang
    • hostel - Maesae area = 600 BHT(RM60)/hari (kitorang chartered satu hari naik Songthaeww tiga orang je ke Elephant Camp, Tiger Valley, Maesae Waterfall, dengan area bandar. murah gila!)
  • harga taxi dari airport ke mana-mana area di sekitar bandar Chiang Mai dan Old City adalah flat rate iaitu 120 BHT (RM12)/taxi. taxi dia 4WD okey macam CRV, Pajero. kelas gitu uols!
last but not least,
Chiang Mai Backpack House, 
Rat Chiang Saen Rd, Muang,
Mueang Chiang Mai District
เชียงใหม่ 50100, Thailand
http://www.chiangmaibackpackhouse.com/ (webpage dia macam tak hidup je)
053449188, 0818688994 (nak book, rasa-rasanya sebaiknya call la senang. direct)

semoga bermanfaat! :)

coming soon : travelist 2014

salam ukhuwah,

travel list yang telah selesai 2014 dah menjelma
travelog 2013 dan 2012 tak kunjung tiba siapnya

InsyaAllah, akan cuba update secara laju-laju 
:')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...