Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO ada.apa.dengan.aiza89.se.org
Showing posts with label travel : Bandung. Show all posts
Showing posts with label travel : Bandung. Show all posts

Monday, February 07, 2011

backpacking - jalan-jalan Bandung ! nak pergi mana ek? Part- II

salam ukhuwah,

okey, kali ini saya sambung pada bahagian kedua jalan-jalan Bandung. sebelum ini saya bercerita tentang hotspot-hotspot di area-area bandar Bandung kan? kali ini saya akan berkongsi pula tentang hotspot-hotspot yang menarik and perlu kauorang pergi di Bandung, tapi di bahagian luar bandar Bandung pula. shopping-shopping juga kan, alang-alang dah sampai Bandung, baik kita khatamkan terus Bandung kan, so lepas ni kalau datang Bandung lagi, tak perlulah pergi hotspot-hotspot di luar kawasan Bandung, and fokus pada aktiviti shopping saja di bandar. heee.

KAMPUNG DAUN
Kampung Daun Gallery Culture Cafe
(sumber : google image)


 Wilujeng sumping! dalam bahasa Sunda, yang maksudnya selamat datang. sila abaikan makhluk tatahu malu berdiri tengah-tengah pintu masuk Kampung daun tu.

bila kauorang masuk je dalam Kampung Daun ni, kauorang akan rasakan semacam masuk hutan lipur. kiri kanan akan nampak pokok-pokok hijau merimbun, pastu dengan bunyi desiran air terjun nak-nak tambah pula dengan bunyi-bunyi angklung orang main lagu Jawa. phewwwit. menarik!

bila masuk Kampung Daun, tak sahlah kan kalau kauorang setakat jalan-jalan tawaf satu Kampung Daun sekejap pastu blah kan. apakata kauorang ambil kesempatan untuk berehat-rehat di pondok-pondok kecil yang cantik dan comel ni,, sambil menikmati kehijauan ciptaan Allah.kauorang pun boleh baring tau dekat pondok ni sebab disediakan bantal dan bantal guling you know!

selain dari pondok-pondok kecil untuk berehat-rehat dan makan terdapat juga pondok-pondok kecil macam galeri la atau macam mana nak cakap eh? dia macam tunjuk demostrasilah macam buat kopi jawa ke, masak apa-apa masakan Sunda ke, macam tulah.hee.

lagi pemandangan sekitar Kampung Daun. memang penuh daun saja sekitar kawasan ni.tenang sangat. romantik pun iya jugak.AHAHAHA.

ini juga salah satu contoh pondok yang disediakan di sana. pondok dia memang comel-comel.ada yang lantai kayu, ada yang macam rumah kayu, kena naik tangga sikit macam gambar ni.  kauorang abaikan budak berahaaaaaangan, berposingg sambil mulut terbuka nak bagi lalat masuk kot tu. kat tepi tu nampakkan macam bambu kan? bambu tu digunakan bila kauorang nak pesan makanan, kauorang tak boleh panggil pelayan dia "bro, nasi lemak teh tarik satu!" tak macholah abang kalau panggil waiter macam tu. di Kampung Daun, kalau kauorang nak panggil waiter, kauorang kena ketuk kuat-kuat bambu tu, nanti waiter datang. waiter dia segak kautahu. pakai macam ala-ala Sunda, baju pagoda dengan kain pelekat menyimpang kat badan.phewit.

ini adalah antara makanan yang kitorang pesan masa makan dekat Kampung Daun haritu. harga makanan? susah nak cakap, taklah mahal sangat tapi sekali sekala cuba apa salahnya kan? total bayaran untuk makanan di atas ini adalah 100,000 rp lebih lebih kurang RM40 lebih lah.taklah mahal kan?

makanan dia memang menyelerakan.okey, tengah update blog pun rasa kecur tengok gambar atas ni. oh ya, kalau makan disini, jangan lupa untuk mencuba air cendol dia. sangat sedap and rugi tak try!

lagi pemandangan di Kampung Jawa. cantik kan? cantik kan?

haaa.lebih kurang macam tu lah waiter dia berpakaian.tapi adalah lagi smart, yang macam saya cakap tu, siap kain pelekat menyempang kat badan, pakai pagoda.phewwwiitttt. 
(sumber : google image)

kat sini jugak ada air terjun yang cantik, bolehlah nak celup-celup tangan tapi tak bolehlah nak mandi. air terjun kecik je pun takkan jakun kan? AHAHHA. untuk berangan-angan buat short-drama puteri gunung ledang bolehlah nak berasmaradana bersama. i mean, photoshoot-lah. heee.

KAMPUNG GAJAH

welcome to Kampung Gajah. berhati-hati sepanjang berada di dalam kampung ini, sekali kauorang langgar peraturan atau berperlakuan tidak elok, lantas kauorang akan dipijak sampai lenyek oleh gajah-gajah disini. HAHAHAHA tak kelakar. tipu tipu. Kampung Gajah ni macam pusat rekreasi yang best juga. sebelum kauorang sampai Kampung Daun di puncak bukit, kauorang akan jumpa Kampung Gajah dulu 



papan tanda ni menunjukkan beberapa aktiviti-aktiviti yang di sediakan di Kampung Gajah. keren loh di sini! kapan-kapan kalian free, bisa aja ajak teman-temannya liburan disini! HEEE. anak muda sukalah. cuba ajak mak saya, mesti my mum said "shopping kat FO lagi bagus" KEHKEHKEH




pemandangan di sekitar kawasan Kampung Gajah. jangan risau, tak ada pun gajah-gajah besar-besar belaka disini. 

siapa nak cuba memandu kereta ni, bolehlah mencuba di kampung Gajah. boleh naik berdua atau berempat. best tau naik kereta ni. rasa cam gagah gila. apa yang gagahnya pun tatahulah =='

kalau dalam gambar tadi kan kereta apatahnamadiatah versi orang dewasa kan. anak-anak juga boleh mencuba untuk berlagak memandu kereta ni. tapi, janganlah bapak budak pun nak main kereta ni macam dalam gambar tu. adoi.

kayuh-kayuh angsa sampai sengal kaki pun ada disni. bolehlah kayuh-kayuh manja angsa comel-comel sambil sembang-sembang di waktu petang. letih kot kayuh angsa ni.permainan yang paling tak disukai oleh saya.

tong sampah di Kampung Daun ni sangat menarik sampai tak sampai hati nak melontarkan sampah dalam tong sampah di kawasan Kampung Daun ni. rasa macam nak bawak balik rumah je. dekat IKEA pun tak jual tau jangan main-main

selain berpeluang untuk berwisata atau bersuka ria di Kampung Gajah, kauorang juga berpeluang untuk bergambar dengan budak serba hitam bajet comel tu.eh tak tak. kauorang berpeluang untuk bergambar dengah gahnya dengan gajah besaaaaaaaaar di entrance Kampung Daun ni.

lagi-lagi tentang Kampung Daun dan Kampung Gajah?

  • Kampung Daun dengan Kampung Gajah ni sehala, saya tak ingat nama jalan dia. tapi jaraknya dari bandar lebih kurang 10 KM mungkin, di kawasan bukit-bukit banyak tanaman-tanaman seperti teh, sayur-sayuran, bunga-bunga segar pendek kata macam Cameron Highlands lah
  • dinasihatkan untuk membawa baju sejuk atau sweater sebab memandangkan ia terletak di atas bukit, dan cuaca sejuk seperti di Cameron Highland lebih-lebih kalau masa pergi tu hujan atau sebelum hujan. memang GRRRR.
  • di atas situ juga terdapat hotel dan resort dari yang berharga murah sehinggalah yang mahal-mahal belaka. selain dari bershopping di Bandung, kauorang juga bolehlah menikmati percutian ala-ala tanah tinggi. syok kan!
  • Kampung Daun dan Kampung Gajah dikenakan bayaran untuk masuk, cuma saya kurang pasti harganya berapa.tak ingatlah.salah saya tak take notes haritu.syok sangat bercuti mungkin.hee!
  • sepanjang di jalan menuju Kampung Daun, banyak jual orkid-orkid cantik-cantik.bagi peminat orkid boleh lah beli! mak abah mesti suka pergi tempat ni because they love orkid so much!


TANGKUBAN PERAHU
Tangkuban Perahu merupakan salah satu tempat perlancongan kalau kauorang datang Bandung dengan travel agent, mesti diorang akan bawak pergi sini. Tangkuban Perahu ni merupakan tempat gunung berapi. masih aktif kalau nak tahu.heee.
sewaktu saya ke Bandung hari tu, saya tak sempat ke kawasan ni memandangkan waktu pack tambah-tambah lagi sewaktu tu, pergi untuk menonton Bandung games sebenarnya and tempat ni pun agak jauh, lebih kurang 1 jam mungkin menurut kawan saya, sebab tulah saya tak ke sini. menurut abah dengan mak, diorang pernah pergi sini, kita perlu berjalan kaki agak jauhlah untuk sampai di kawasan kawah-kawan gunung berapi ni.sempat lenguh kakilah jugak.HEHEHE

inilah rupanya kawah-kawah tu.suhu boleh menjangkau 17 darjah selsius kalau waktu siang, and pada waktu malam suhu boleh mencecah 2 darjah selsius tau. nampak je lepak je kan kawah tu, tapi kalau dia meletus, fiuuuuhhh panasnya tuuuuuuu.

okey, sampai disini sajalah untuk jalan-jalan Bandung. insyaAllah saya akan meng-update lagi tentang backpacking. oh ya,mungkin ada satu lagi entri tentang Bandung ni. nantikan okey! saya harap, blog saya membantulah untuk meng-plan tentatif jalan-jalan kauorang :)


Sunday, February 06, 2011

backpacking - jalan-jalan Bandung ! nak pergi mana ek? Part- I

salam ukhuwah,

okey kelmarin saya dah promote-promote hotel mana nak duduk kalau pergi Bandung. kali ini saya akan promote or introduce lah dekat kauorang semua kalau pergi Bandung, tempat mana je yang mesti kena pergi. seperti yang kauorang suma maklumkan, pergi Bandung ni memang tak ada benda lain yang lagi penting selain SHOPPING. so, untuk menambahkan budget shopping, sebab tulah saya recommend hotel yang murah-murah tapi selesa. lainlah kalau kauorang pergi Bali, yes,yes, and yes, memang saya suruh kauorang tidur hotel mahal-mahal untuk keselesaan ! ;)

so, sebelum jari jemari giat men-typing tak tahu nak berhenti, baik saya beritahu secara cepat-cepat kat mana je hotspot-hotspot di Bandung.kali ni saya kongsi pengalaman dekat area-area bandar dulu okey ;)

CIHAMPELAS WALK

pintu utama Cihampelas Walk. orang cakap tempat ni agak gempak ala-ala Bintang Walk waktu malam. entah, yang tu tak sure sebab pergi waktu siang-siang.kalau pergi malam, camera tak cukup up nak ambil gambar cantik waktu malam.HAHAHA tak kelakar
(sila abaikan budak tak comel bajet tugu negara depan bangunan kuning tu)

kaki lima Cihampelas Walk. banyak kedai-kedai dekat sini. banyak kedai-kedai makan juga. 

pemandangan sekitar Cihampelas Walk. macam-macam ada kat sini. supermarket ada. fast food macam kfc, jco, texas chicken ada disini. even, bioskop or wayang and karaoke pun ada kat sini.sebabtu lovely live kot waktu malam dekat sini.hee.

bersih, cantik, kemas teratur, aman and selesa jalan-jalan.yang tak selesa duit, sebab kebanyakan kedai-kedai area ni mahal-mahal belaka. tengok-tengok boleh. tidak dikenakan charge

ni the original Jalan Cihampelas. kat sini banyak factory-factory outlet yang kalau kita dongak atas dekat atas kedai-kedai diorang ada banyak patung-patung kartun macam dragon ball, superman, batman, spiderman, BLABLABLABLABLABLABLABLAAHHH
mula-mula saya ingatkan, kalau kedai tu gambar superman, dalam kedai tu jual suma barang-barang superman.rupanya tidak.nama je kedai superman, tapi macam-macam ada dalam ni. murah-murah!

lagi-lagi tentang Jalan Cihampelas?
  • Jalan Cihampelas ni macam main road lah dekat Bandung, bukanlah jalan yang besar tapi di antara jalan yang terkenal dekat Bandung. so, nak naik taxi kan kalian bilang aja, "ke cihampelas,pak!" 
  • petang-petang and especially waktu weekend and cuti sekolah tak kisahlah cuti sekolah Indonesia or Malaysia mesti jalan jam dekat sini.so pandai-pandai adjust masa shopping anda disini.sini kalau jam memang lama, dahlah one way. lu fikirlah sendiri ya. hee
  • kat tepi-tepi jalan banyak jual tshirt-tshirt Bandung murah. dalam 10,000rp boleh dapat. tawar dan tawar dan tawar lagi sampai dapat 8,000rp! AHAHHAHA.and orang cakap,kalau nak beli jeans sini murah.so, apalagi, jenguk-jenguklah harga.
  • banyak hotel-hotel dekat Jalan Cihampelas ni. but, not recommended-lah sebab busy road. mcm tak sedaplah duduk kawasan macam ni. tapi, ada je hotel 3-5stars serata jalan ni contohnya macam Grand Aston, Citin dan lain-lain. yang murah-murah pun ada dong!
RUMAH MODE, JALAN SETIABUDHI


okey, nampak je signboard ni, maknanya kauorang semua di area factory outlet. rumah mode adalah di antara yang popular disana. masa pergi haritu, agak berpusing-pusing ye cari Rumah Mode ni, almaklum jalan-jalan sendiri. GPS tak bawak, nak tanya orang segan.hamek kau.

orang kalau pergi Rumah Mode, takkan sah kalau tak ambil gambar depan entrance dia ni. semua orang mesti ambil gambar kat sini termasuk budak gemuk kat dalam gambar atas ni. GULP

Rumah Mode ni selain daripada kawasan cam best untuk shopping, murah dan banyak barang, tempat dia pun memang cantik gila and banyak landscape-landscape yang menarik untuk ber-photoshoot. untuk kaum Adam, advantage korang kat sini adalah terdapat kerusi-kerusi di luar kedai untuk berehat-rehat sambil menunggu girlfriend ke, bini ke ber-shopping sakan kat dalam.hee

lagi-lagi kawasan sekitar Rumah Mode, Jalan Setiabudhi

lagi-lagi kawasan sekitar Rumah Mode. ada kolam ikan boleh main-main celup celup kaki. eh, tangan. boleh bergambar-gambar, berahangan-rahangan. hee!

lagi-lagi tentang Jalan Setiabudhi?

  • selain Rumah Mode, terdapat juga factory outlet dekat area-area ni. senang cerita, sini memang area factory outlet-lah. murah-murah belaka ecpecially yang branded-branded thinggy!
  • kat sini pun ada hotel-hotel juga. tapi mahal lah. sebab area hotspot yang mahal. hee.
JALAN DAGO

kalau kauorang nampak monumen (eh, monumen ke) tak kisahlah janji tanda macam dalam gambar atas ni, maka korang dah masuk ke area Jalan Dago. area sini pun berlambak sangat Factory Outlet yang best-best. cantik-cantik plak tu. cantik luar cantik dalam, barang-barang pun cantik-cantik.heee!

contoh factory outlet di Jalan Dago

Dago Plaza. tapi, kalau dah datang Bandung wat pe pergi shopping mall kan, kat KL pun berlambak kan. HEHEHEKELEH. senang cerita, Jalan Dago ni macam kat Jalan Ampang, KL. macam uptown gaklah di Bandung. hotel-hotel pun banyak dekat sini. yang penting, ada fulus tinggal check-in saja.HEE

PARIS VAN JAVA

another new hotspot dekat Bandung. sebuah mall yang boleh tahan besar and happening juga. tapi, almaklumlah mall kan. mestilah mahal.tapi kalau nak jenguk-jenguk apa salahnya.banyak butik-butik branded dekat sini. heee! best mall ni!

konsep Paris Van Java mall ni kalau tak silap macam curve lah. dia ada yang open, ada yang dalam bangunan macam tu lah. macam-macam ada dalam ni.heee! yang penting ada Solaria. tempat makan yang saya selalu pergi.sedap, murah, selesa dan buanyaaaaaaaaaaaaak.

dalam mall pun boleh jumpa sawah padi tau.jangan main-main tau

acah jelah. takkan lah ada sawah padi tengah-tengah mall kan.tu sebagai attraction je. replika sawah padi. heee. di centre mall ni.boleh lah kalau nak tangkap-tangkap gambar

yang best kat Paris Van Java ni adalah ada ice-skating which is, in Medan you cannot get this chance,okey. kalau kat KL kita boleh main dekat Sunway kan. kalau kat Indonesia, kita boleh main dekat Bandung and Jakarta! bila lah Medan nak ada ice-skating ni.syiok tau mainn. tapi, kalau tak silap harga dia mahal sikitlah dari kat sunway. tak ingat


another attraction to Paris Van Java, ada cafe Machester United wei! kebetulan masa pergi tu, ada match Manchester main, tak macam semua merah-merah belaka orang-orang dalam cafe tu. semua KAKI BOLA especially Manchester freak okey.harga tatahu. HEHEHE

bersambung lagi di part II nanti!

p/s : kenapa entry banyak pasal jalan-jalan? sebab saya suka jalan-jalan and sekadar berkongsi pengalaman dengan semua orang. :) pengalaman kan untuk dikongsi, mana yang baik diambil, mana yang tak baik buanglah.hee!

backpacking - Bandung recommended hotel! Cherry Homes Hotel & Residence

salam ukhuwah,

okey, disini saya nak me-recommend satu hotel yang murah, tapi yang penting selesa, bergaya dan best. layanan dia pun best dengan kakitangan-kakitangan, kaki dan tangan mereka semua yang ramah-ramah belaka. hee. walaupun kedudukan dia agak jauh dari hotspot-hotspot di Bandung, but i dont think so its a big matter sebab kalau kauorang duduk di area-area hotspot Bandung, contohnya di Jalan Chihampelas, mesti kauorang tak aman tidur sebab bunyi hon tin ton tin ton yang memekak telinga tak pernah kenal siang ke malam. tambah lagi jalan jam, suasana yang tak menarik so, memang tak bestlah tidur dekat hot-hot spot ni. meh tengok hotel ini, mana tahu sedap mata kauorang memandang juga macam saya?

ini adalah antara brocher and bussiness card yang boleh di dapati di kaunter lobi hotel. 
budak ini memang tak ada kerja kalau pergi mana-mana memang suka amek brocher. pergi carrefour pun
amek brocher =='

pandangan hotel dari pintu depan hotel.heee.luar nampak menarik kan? HEE!
(sumber : Facebook  Cherry Homes Hotel & Residence)


Search Results


pemandangan hotel Cherry Homes Residence dari carpark hotel

pemandangan landscape dekat area bilik-bilik hotel
cantik kan? boleh duduk-duduk amek amek gambar lagi tau. favourite spot
(sumber : Facebook  Cherry Homes Hotel & Residence)


pemandangan di sudut jalanan ke bilik-bilik hotel dan tangga hotel.bersih je kan.tenang dan menyamankan tak ada bunyi bising-bising yang penting.
(sumber : Facebook  Cherry Homes Hotel & Residence)

SUPERIOR ROOM
dari sudut tingkap bilik
harga 250,000 rp untuk weekdays, dan 270,000 rp untuk weekend
 RM85 (weekdays) dan RM93 (weekend)

SUPERIOR ROOM
dari sudut pintu bilik.bersih kan?

DELUXE ROOM
dari sudut pintu bilik. bilik deluxe boleh tahan besarlah boleh bentang toto lagi kat bawah tu
muat lagi 3 orang tidur atas toto.AHAHAHA
harga 295,000 rp untuk weekdays dan 315,000 rp untuk weekend
RM100 (weekdays) dan RM107 (weekend)

TOILET BILIK 
simple saja takdalah sampai ada bathtub, sauna segala bagai. tapi still macam shampoo sabun, toilet accessories hotel disediakan tau. 

DINING HALL
bila tidur hotel ni, walaupun murah kan tapi breakfast disediakan jugak tau.walaupun just basic breakfast, tapi sedap sangat!


breakfast yang korang dapat.simple je kan tapi sedap.berbaloi lah dengan harga rm80. hee! siap boleh tambah-tambah kau tahu. telur goreng dia sedap. sekali breakfast ada nasi goreng, mee goreng, soto medan (dekat bandung pun ada soto medan), roti bakar, susu, orange and hot water!

 DINING HALL
dari sudut lobi hotel. konsep free and easy secara terbuka siapa duduk bilik depan dining hall memang best lah. tak gosok gigi lagi pun boleh terus pergi breakfast.AHAHAHA

DINING HALL 
pemandangan pada waktu malam

oh ya untuk STANDARD ROOM harganya ialah 238,000 rp (RM81) untuk weekdays dan 258,000 rp (RM88) untuk weekend.

apa yang best hotel ni eh?
  • murah, selesa, kemas,aman, sedap blablabla
  • kedudukan dia jauh sedikit dari bandar. dalam 5-10 minit je dah boleh sampai centre city of Bandung.
  • kalau dari Jakarta, tak payah masuk bandar, dah jumpa hotel dulu
  • kawasan stratergi di taman perumahan, sebab tu tak bising
  • ada kedai runcit macam 7 Eleven buka 24 hours, carpark yang sangat besar dan selamat ada security guard, ada gelanggang futsal yang boleh disewa mana tahu sekali datang Bandung buat family day kan? ada meeting room, ada penyambut tetamu hensem-hensem (oops..), perkhidmatan taxi dan kereta sewa pun ada. bitau je diorang, nanti diorang arrange-kan
  • yang best, dalam bilik ada internet service! senang cerita, satu bangunan ada internet service. 
  • ada housekeeping. nanti ada orang kemas-kemas bilik. balik penat-penat shopping, tengok-tengok taraaaa bilik dah bersih
  • setiap level ada dapur untuk masak-masak air ke.idok lah nak masak nasi beriyani kat dapur tu kan?
  • ada free-laundry. advantage untuk backpackers yang bawa baju sikit-sikit nak save luggage untuk shopping items.HAHAHA
  • bilik air ada air panas. advantage jugak untuk orang yang takut mandi pagi sebab kesejukan.HEHE
apa yang tak best hotel ni ek?
  • jalan nak masuk ke kawasan hotel ni jalan agak tak baik masa saya pergi haritu. agak berbatu-batu.tapi taklah setengah jam jalan berbatu-batu.hopefully, mesti lepas ni dia turap jalan.
  • breakfast dia setiap hari macam tak banyak berubah.tapi tak apa, sedap je breakfast dia hari-hari!
  • tak ada swimming pool.celah mana nak letak swimming pool kan. kalau ada, mesti dah perfect hotel ini. HAAHHA
  • malam-malam, kalau nak pergi shopping, kalau tak ada transport agak susah. unless, kita ada no phone taxi bluebird, now everyone can go anywhere! AHAHAHA

okey, kalau siapa-siapa berminat boleh lah contact hotel ni ;)





p/s : okey, insyaAllah lepas ni saya akan update pasal tempat-tempat menarik di Bandung, and tips macam mana nak travel secara budget tak payah nak mahal-mahal unless kau banyak fulus, boleh lahhhhhhhhhh. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...