Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO ada.apa.dengan.aiza89.se.org
Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Monday, November 25, 2013

Xi Di Wan Hotel dan sekitarnya

salam ukhuwah,

untuk entri tentang Southern China ni first-first sekali aiza nak share tempat penginapan yang aiza selalu duduk di Guangzhou yang menepati citarasa backpacker-backpacker dan budget traveller macam aiza juga. selesa untuk tidur, kemudahan dan kelengkapan pun ala kadar tapi okeylah dan memadailah dengan harga yang ditawarkan. harganya dalam lingkungan RM50-RM70 tergantung bilik yang korang nak. ada yang bertingkap, ada yang tak bertingkap. ada yang besar, ada yang kecil. aiza biasanya ambil bilik paling murahlah, yang tidak bertingkap. disebabkan di Medan dulu dah biasa duduk bilik gua tak nampak siang malam hujan panas, so tidak menjadi masalahlah untuk aiza. agak-agak kalau korang tak selesa bilik macam penjara camtu, korang boleh book bilik yang bertingkap. selalunya aiza book hotel ni melalui agoda.com. ada satu tips disini aiza nak kongsikan. jangan sekali-kali sampai di China tak book hotel sebab harga walk-in dengan harga di agoda.com berbeza tau. bukan sikit-sikit, tapi obvious punya beza. contohnya, kalau di agoda.com Xi Di Wan Hotel ni dalam RM60, kalau walk-in beratus-ratus ringgit tau. sangatlah rugi kalau walk-in. so, seboleh-bolehnya book-lah before berangkat ke China. banyak dah kawan-kawan backpacker aiza mengalami nasib ni. serious punya cerita. lagi awal booking, lagi murah hotel ini. alah, lagipun sekarang nak mohon visa China dah ketat. mesti ada dokumen hotel booking untuk buat visa. maka, before korang pergi apply Visa China, make sure ada salinan tiket penerbangan pergi balik, rough itinerary dan hotel booking receipt okey?


ha, cari hotel ni dekat agoda.com, okey? :)

lebih kurang macam ni lah harga dia. tak sampai RM100 pun semalam. murah kan? berbaloi oi berbaloi. kalau tengok di website dia, harga tak sama tau. semuanya beratus-ratus RMB which is, beratus-ratus RM jugalah sebenarnya. aisey.

so, mari kita tengok sekitar hotel ni. amaran ni, hotel ini bukan hotel 5 stars tau yang menyediakan penginapan mewah. ni murah-murah ja tetapi berbaloi. :)

pintu depan hotel. biasa-biasa ja hotelnya. ala-ala motel pun ada. dekat dalam hotel ni opposite kaunter reception tu ada kedai makcik jual-jual air, ada arak juga sebenarnya. kalau setakat nak beli air mineral malas nak seberang jalan, beli je dekat makcik ni. harga sama je dengan FamilyMart depan hotel. makcik ni tak faham sangat English, tapi nak juga tu sembang-sembang dengan kita. layankan aja lah dia kekononnya sembang dengan kita dalam Mandarin. wat-wat paham sudah. hehe.

hotel dari deretan kedai depan hotel. *apakah ayat ini =____=* dekat depan ni, kalau pagi dan malam sekitar pukul 6-7 malam memang sesak sikit. tapi mudah nak tahan teksi. kalau pagi-pagi tu, banyak ja teksi tunggu depan ni. cuma kalau belah malam susah sikit sebab semua teksi pun ada penumpang. agak-agak susah nak cari teksi, beritahu je receptionist nanti dia call kan taxi. :)

nama jalan hotel ini terletak. belakang hotel ni Pearl River, malam-malam boleh la naik cruise, menyaksikan cruise-cruise dengan jambatan-jambatan berlampu warna-warna. syok! 


ni bilik no window double bed. selalunya kalau book awal bilik ni berharga sekitar RM50-RM60 ja through Agoda. katil dia besar sebenarnya boleh baring 2 orang. tapi hotel ni cam skema pula tak boleh sumbat. bolehhhh sumbat tapi kena ada taktik. bila nak check in, dua orang je yang check-in. yang sorang tu pergi ja jalan-jalan. receptionist dia bukan 24hours ada pun. kalau ketahuan *ayat indonesia kali dik* maka kena bayar dalam 50RMB (RM25) sorang. lepak je. haha. cuma, katil dia agak keraslah. tapi memang katil-katil dekat negara china ni keras-keras sebab diorang memang mengamalkan tidur katil keras baik untuk tulang belakang katanya. alah, asal boleh tidur, layaaaaan.

ada tv lcd tapi kebanyakkannya channel tv china-lah tak ada subtitle. chongchengchongcheng buat-buat paham je. banyak tau channel diorang. malam-malam ada gaklah movie-movie english boleh tengok. tak adalah boring sangatkan. oh, disediakan set kondom juga ya. =______=  tidak gratis!

 pintu masuk bilik. yang belah kiri tu toilet.toilet dia tak ada bath tub, sempit sikit tapi lengkap dengan toiletries ada sikat, sabun, syampu, berus gigi, ubat gigi semuanya gratis! kalau lima hari tidur hotel ni, lima-lima hari korang kena amek toiletries ni sebab tiap-tiap hari dia tukar yang baru. boleh buat souvenir, kan? hehe!

mula-mula dulu kitorang pilih hotel ni sebab hotel ni antara yang murah tau di Guangzhou dan terletak di tengah-tengah bandar Guangzhou. ada je sebenarnya hotel-hotel lain yang murah cuma lokasi dia tak best, jauh dari bandar, susah dapat sumber makanan, susah nak dapat teksi apatah lagi subway lepastu kalau hotel-hotel yang kurang-kurang famous ni biasanya owner or receptionist dia tak pandai English, maka nanti macam ayam dan itiklah kauorang bergelut depan reception masa nak check-in nanti. nampak simple, tapi stress wo bila communication breakdown. HAHA! kebanyakan hotel di Guangzhou ni jauh dari subway station walaupun kalau kita baca review-review hotel tersebut kata subway location 5 minute-lah dari hotel, jalan kaki pun boleh. memanglah boleh jalan kaki but mind you that, 5 minute mat salleh/ orang cina di China tu bersamaan dengan 10 minute orang kita berjalan. serious berbeza. aiza dan kawan-kawan dah banyak kali terkena. dekaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat sangat.

masa first time booking hotel ni pun dulu tipah tertipu dengan locationnya yang menurut reviewer-reviewer hotel ni kata very verrry near to subway station (Haizhu Square). ada yang kata about 5 minute je berjalan kaki. sekali bila kita jalan kaki lenggang mak limah, 10-15minutes gak lah nak sampai ke station nak nak tepi-tepi jalan kaki tu kedai-kedai. banyak benar pitstop-nya. tapi tak terasa sangat jauh tau sebab jalan dia tepi-tepi kedai, so boleh kira dekatlah bak kata orang-orang China. iyelah, nak. in fact, hotel-hotel yang betul-betul dekat-dekat dengan subway, ataupun bawah hotel adalah subway semuanya mahal. memang taklah aiza pilih sebagai destinasi melabuhkan badan waktu malam. 

apa yang menarik dan dekat dari hotel ni?

Pearl River Cruise



belakang hotel je Pearl River ni. sungai yang terpanjang, terbesar, terkenal dekat Guangzhou sampai ke Shenzhen kalau tak silap. maaf, kalau salah tapi memang terkenal pun. HAHA. tiket berharga sekitar 48RMB (RM24) -78RMB (RM39) dan ada jadualnya mengikut wharf-wharf yang berbeza (jeti nak naik bot tu)dan jenis bot yang berbeza bermula pukul 6 petang sampailah 10 malam bot yang terakhir kalau tak silap. so, bila naik bot ni korang pergi lah naik dekat rooftop dia baru best sebab boleh tengok pemandangan kiri kanan sepanjang sungai tu. kalau duduk dalam bot tak nampak sangat dan tak best. sebenarnya tiket dia yang mahal tu beserta makanan, tapi takperlulah makan. hehe. perjalanansepanjang dalam cruise ni mengambil masa 2 jam jugalah dia jalan sampai agak-agak hujung Pearl River, dia patah balik ke tempat kita naik bot tadi. cantik sangat pemandangan waktu malam. nanti nampak Guangzhou Tower warna-warni tukar-tukar lampu, bangunan mencakar-cakar langit berwarna-warni dan sebagainya. memang tenanglah gamaknya. apalagi, bergambarlahkan! :)

Onelink Plaza


Onelink Plaza ni bukan saja boleh buat kaum-kaum wanita saja rambang mata kalau boleh semua pun nak beli malah menggerunkan buat mak-mak dan ayah-ayah sekelian sebab mall ni banyak barang permainan yang mampu buat anak masing-masing guling-guling kat lantai melalak minta beli. kalau sesiapa peminat tegar kereta control atau helikopter control yang besar-besar belaka kalau kat Malaysia harga dalam RM300 tu, korang bolehlah borong kat sini. bawah RM100 pun dapat jangan tak percaya. tapi itulah, sebenarnya Onelink Plaza ni barang-barang dia dah mahal sebab sekarang dah famous kan. bersepah Malaysian aiza jumpa dalam mall ni. sayangnya, masing-masing bila aiza senyum wat dont know je padahal sama-sama makan belacan kat Malaysia. adoilah. in fact, menurut owner sebuah kedai dalam mall ni cakap, sewa kedai dekat Onelink Plaza dah mahal, sebabtu diorang tak boleh rendahkan harga macam dulu. kalau ikutkan, harga barang-barang kat sini dah nak menghampiri harga yang biasa jual kat Malaysia dah. dahlah tak boleh tawar-menawar. kalau tawar nanti kena halau. tak macam masa first-first time aiza pergi sini setahun lepas. dah tak sedap nak membeli sangat. so, ada satu lagi mall ala-ala Onelink Plaza satu deret dengan mall ni. korang pergi je sepanjang Yide Lu, banyak mall-mall yang jual-jual barang macam ni. laaaaaagi murah especially barang-barang kanak-kanak macam stationaries, barang comel-comel yang dijual kat Living Cabin, Typo semua tu, barang-barang rumah, hiasan rumah dan sebagainya.

ha yang ni mall lagi satu di Yide Lu. sederet dengan Onelink Plaza. pendek cerita, kalau setakat nak beli payung-payung comel, lampu-lampu ala-ala i-city tu ke, barang-barang mainan, barang sekolah anak beli banyak-banyak, pergi je Yide Lu (Jalan Yide) bersepah kedai-kedai tak larat nak p satu persatu. pengumpul-pengumpul figure anime, star wars ke sailormoon ke, ha korang boronglah bannyak-banyak kat sini. sinilah lubuknya dengan harga borong. online jual beratus, kat sini puluh je dah dapat. beli banyak lagi murah nakkkk.

mana tak rambang mata mak-mak orang kalau datang Onelink Plaza ni. semua barang-barang hiasan rumah pun ada. cantik-cantik belaka. aiza syorkan,korang spend-lah sehari untuk explore the whooooooole kedai-kedai yang ada sepanjang Jalan Yide Lu tu. serious. tak mungkin balik tangan kosong punya. bargain hard okey!

Electronic Centre

 electronic centre ni terletak di Jiefang Rd, jalan kaki about 10 minutes untuk ke sini. besar-besar belaka bangunan-bangunan dia. adalah dalam 5 buah kesemuanya. spare part electronic lah paling banyak kat sini.selain dari sparepart handphone, juga dijual disini powerbank pelbagai jenis, pelbagai rupa dan warna dan kualiti. ada yang kualiti so-so, ada yang good kualiti, dan ada yang original. vary in prices. kat sini lah tempatnya orang-orang kita beli-beli powerbank, casing-casing handphone untuk dijual di Malaysia. lagi banyak korang beli, lagi murah harganya. 

clothing whosale market



belakang dari area electronic centre tu, kalau korang lalu disepanjang jalan bawah fly-over tu ke belakang, di belah kiri korang, korang akan jumpa satu kawasan yang serabut sangat-sangat. inilah kawasan gudang jual pakaian-pakaian. kalau korang jalan masuk kekiri tu, especially time winter, banyak dijual winter-winter coat yang baru-baru tau, baru kuar dari gudang serendah harga RM30 sahaja! pilih jangan tak pilih. kalau korang beli dekat online shopping, mesti berpuluh ringgit malah cecah ratusan ringgit. percayalah. sinilah lubuknya.
borong jangan tak borong!

macam-macam style ada. yang panjang, yang pendek, yang trenchcoat, yang kain baju sejuk, yang branded tak branded, cap ayam, cap kambing semua ada. ala-ala Korea K-pop bersepah kat jalan ni. semuanya murah-murah. bawah RM100 je semuanya. macam kat atas ni semuanya in the range of RM50-RM60. murah kan?

Burberry i ni RM90 ye uols. tu pun lepas tawar gila-gila punya chongchengchongcheng dapatlah RM90. azab kau tahu nak tawar-menawar kalau kat China ni. tapi mesti dapat punya! HAHA

so, pendek cerita area Xi Di Wan Hotel ni dekat dengan area shopping dan gudang sebenarnya. maka, sesuailah kepada mereka yang nak datang Guangzhou untuk ber-bussiness atau personal shopping. memandangkan entri kali ni dah terlalu panjang, aiza akan sambung entri ini pada entri seterusnya tentang makanan-makanan halal di sekitar Xi Di Wan Hotel. inilah topik paling penting kan kalau nak book hotel kan kan kan? so Malaysian. HAHA! InsyaAllah, aiza akan sambung pada next entri. semoga entri ni bermanfaat bagi semua readers. macam biasa, ada apa-apa yang musykil nak bertanya, jangan malu-malu ya! boleh add langsung di Facebook Aiza. InsyaAllah aiza reply :)

Friday, February 01, 2013

iklan sebentar. HEHE

salam ukhuwah,

ops, ops, nak iklan sikit. kepada yang berminat ya,
yang tak berminat pun tak apa, tengok je. :)

cantik tak?

menarik kan?

cantik kan?

LAST LAST LAST





begini ceritanya. mak aiza jual handbag and purse cantik-cantik ni. so disebabkan tinggal empat unit sahaja yang tinggal, nak clear-kanlah siapa-siapa yang berminat. this is not ORIGINAL COPY for sure. kalau original copy, mestila aiza jual beribu-ribu kan. HAHA so, ni high grade quality. quality baik macam original, taklah nampak fake sangat. 

if anyone interested, 
PM ME through Facebook (neoneweirdo@gmail.com)
you can email me through neoneweirdo@gmail.com
sms/ whatsapp me at 012-7444004
or reply je comment kat bawah ni. hehe

jangan risau, harga boleh deal, boleh tawar-tawar, okey? 
thanks kawan-kawan! :D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...