Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO ada.apa.dengan.aiza89.se.org
Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Friday, June 12, 2009

yeay, jumpa kekasih lama!

salam ukhuwah,

hampir sudah sekian lama x berronggeng-ronggeng sama kekasih lama. ops. silap okeh. bukan kekasih. tetapi, sahabat yang paling lekat di dalam hati ini, akhirnya, Allah memakbulkan permohonan aku. kami dah kawan lama. masing-masing pun sudah kenal hati, perut masing-masing. sangat best. bila berborak itu, kami non-stop. makcik kepoh bising satu kampung pun kalah sebab kami lagi kepoh. ini baru dua orang bertemu. belum lagi kroni-kroni nyah yang lain bertemu. sekali lagi silap. nyah tu bukanlah bermakna kami ni berjantina songsang. kami pure perempuan. tapi entah macam mana timbulnya geng 'nyah' tu ya. oh, mungkin kami kepoh sangat kot. silap lagi. kepoh ke aku ni? fyi, aku pendiam tau. dulu, tidak sekarang. eh, salah lagi. sekarang pun pendiamlah.ok stop.



jangan pandang belakang congkak



okey, tiba-tiba kitorang nak tengok wayang. dan aku yang sedikit 'jakun' dengan filem melayu ni pun teringinlah tengok filem melayu memandangkan filem yang lain tertempek kat skrin dekat kaunter tu semua aku dah tengok masa di medan. samaada tengok wayang atau dvd. almaklumlah, dvd rm2.50 dekat medan. beli banyak-banyak pun tak kering kocek.yelah tu! filem Jangan Pandang Belakang Congkak ni so far boleh la termasuk di dalam rank "okeylah". okeyla kalau boleh buat aku yang super blur ni menjadi ketawa eventhoe tak lah terlalu terbahak-bahak kan. okeyla, walaupun ada lagi unsur-unsur macam nampak gila tipunya. ahaha. tapi, lagi sekali. okeylah. malas nak bercerita tentang sinopsis.aku bukan berbayar okey. sila tengok sendiri. 

dah lama tak main bowling, tapi tere la pula?

game pertama - taklah terrer mana kan?

game kedua - wah? tere jugak eh? (ada cerita disebalik 'tere' tersebut.kah kah kah)

sesi imbas kenangan





agak 'jakun' kedua kali aku. first time makan chicken rice shop. almaklum, tak reti aku fast food fast food ni. (awak tipu aiza! kah kah kah) okey, first time makan chicken rice shop sumpah sedap lagi nasi ayam mak. aku tidak suka. tamau lagi pergi CRS.kah kah kah. kami pun bebrorak-bebrorak.eh, apa tu? maksud saya, beborak. typing error la pula. mengimbas kenangan lama time-time sekolah dulu. seronoklah pula.mengimbau zaman kegemilangan dulu. almaklum, dulu homequeen coming. banyaklah kau permaisuri rumah datang kau. sorila sikit. tidaklah sampai begitu. tapi agaklah popular ye kan. almaklum, anak emas sekolah. yelah tu! sekali lagi pembohongan. tidak. aiza tipu. eh yelah. saya budak tersayang cikgu-cikgu sekolah lama. tanya cikgu-cikgu saya. sudahlah kau. tiba-tiba sedang rancak berborak tu, ternampak seorang lagi kroni nyah. bersama pasangannya. dia agak segan disitu. almaklum, diam diam berisi okeh. sekarang si kroni sorang ni menuntut di UiTM Sarawak. jauhnya kitak. ahaha. bestla kalau jumpa kawan-kawan lama ni kan, lagi-lagi kekasih lama kan. syadap. mana da.

yang penting, aku happy hari tersebut. sebab saya happy. sebab saya happy. dan sebab saya happy.

p/s saya dengan BESAR HATI dan DESPERATELY-nya mahu berjumpa dengan mereka yang penting. siapa? nanti!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...