Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO ada.apa.dengan.aiza89.se.org
Showing posts with label livelifecool. Show all posts
Showing posts with label livelifecool. Show all posts

Saturday, September 27, 2014

Indonesia : 511 Ideal Stay Hotel & Dr Owl Coffee Shop, Medan

salam ukhuwah,

setelah berzaman lamanya saya tak ke Medan, tempat yang pernah saya berhijrah selama tiga tahun lamanya untuk menuntut ilmu, akhirnya bulan Jun yang lepas saya kembali ke sana untuk majlis graduasi saya sebagai pelajar perubatan Universitas Sumatera Utara (USU), Medan. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. since dah lama tak pergi Medan kan, agak terkejut gaklah Medan banyak gaklah perubahan. cafe-cafe hipster tumbuh macam cendawan sana sini. cantik dan murah. mall-mall baru pun banyak. kalau dulu ada dua tiga mall je saya selalu pergi sekarang ni banyak gila mall-mall best baru buka. tak kurang juga lambakan hotel-hotel di Medan dari yang murah sampailah yang ke mewah. serious, Medan banyak berubah! kalau zaman saya belajar sana Medan tu macam sekarang, mesti saya tak merengek asyik nak balik Malaysia je tiap bulan. HAHA!

so, masa saya pergi Medan haritu, saya sempat try dua buah hotel baru di Medan dan saya nak share lah kat semua memandangkan saya berpuas hati dengan kedua-dua hotel ni yang mempunyai kelebihan masing-masing yang berbeza. so, mula-mula saya nak share info tentang 511 Ideal Stay Hotel dulu, lepastu saya akan share hotel yang satu lagi saya duduk bersama keluarga.

511 Ideal Stay Hotel, Medan

memang kerja saya kutip brochure dengan bussiness card je kalau pergi mana-mana. nah kau, berlambak sekali ambil. HAHA

entrance 511 Ideal Stay Hotel, Medan.
hotel ni kecik je. 3 tingkat dengan setiap tingkat tu ada 3 bilik. 
semua sekali ada 10 bilik sahaja

511 Ideal Stay Hotel, Medan ni adalah sebuah hotel bajet yang berkonsep macam guesthouse atau kalau di Indonesia kita panggil rumah kost. hotel ni ada tiga tingkat dan TIADA LIFT. saya ulang, TIADA LIFT so saya tak galakkanlah kalau yang travel bersama warga tua untuk menetap disini sebab macam kesian gaklah nak memanjat sampai tingkat 3. kalau nak, kena request tingkat 2 iaitu tingkat terbawah yang ada bilik guest but still kena menapak tangga juga. tangga dia tak tinggi pun about 5-6 steps macam tu je. alah separuh dari tangga rumah biasa. hotel ni rendah je, tapi yelah, kalau untuk warga tua, dah cukup memenatkan untuk menapak tangga kan? so, again, ikut kemahuan dan keselesaan masing-masing.

sekitar dalam hotel

tangga naik ke bilik. sangat nice dan kemas! sebelah tangga bilik air. setiap level macam tu

haaaaa, ni lah tangga saya kata. saya rasa macam tak sesuai untuk warga tua kot. takut penat pula. kalau nak juga duduk hotel ni, boleh rquest 2st floor, okey? better sikit kan? (1st floor tak ada bilik tau? just lobi je dengan office)

setiap level ada ruang ni. ada mini dapur. ada meja makan, ada microwave, ada toilet, pinggan mangkuk semua disediakan. so kalau korang nak makan-makan kat sini pun boleh. buat macam rumah sendiri. diorang tak kisah pun janji kemas balik cantik-cantik.

water cooler pun ado. takpayah nak mengangkat berat-berat botol-botol air mineral (dengan Indonesia, air mineral kita panggil air Aqua tau.)

ni pun nak amek gambar. tak faham betul lah kau ni, Aiza. HAHA

sebenarnya design hotel ni sebiji macam hostel saya masa kat Medan. serious sama. dapur, tangga, ada dua bilik setiap tingkat pastu toilet sebelah tangga.susunannya memang sebiji cuma tak secantik ni lah kan? HAHA tetiba rindu pula. 

dalam bilik pula

sebelum saya tunjuk gambar-gambar bilik, so saya nak bagitahulah siap-siap harga dan jenis bilik hotel ni kan. hotel ini ada dua jenis bilik je iaitu standard room dan deluxe room. standard room tak ada tingkap, bilik dia kecik tapi masih selesalah, dan kalau deluxe room ada tingkap dan bilik luas. harga untuk standard room adalah 260,000 rp (RM70) dan deluxe room 290,000 rp (RM78). murah kan? ha, beza pun tak banyak, so alang-alang tu kalau korang dalam 3 orang ambil bilik yang deluxe room. tapi haritu kitorang bilik standard room pun sumbat 3 orang. hewhew.

walaupun harga bilik hotel ni lumayan murah, dianya bilik serious 5 stars kau tahu. dahlah katil sedap, aircond memang sejuk, facilities bilik pun lengkap. hampir semua benda ada tau. itu yang syoknya duduk hotel ni. antara facilities bilik yang dia sediakan adalah :

katil king size yang empuk, bantal yang sangat bam-bam memang sedap baringlah senang cerita. sampai jadi malas nak keluar bilik. HAHAHAHHAHA. katil King Size, bolehlah nak tidur bertiga. memang luas sangat untuk yang badan kecik-kecik ni (hotel ni tak kisah pun kau nak sumbat tiga orang satu bilik. HAHA!)

bilik dia minimal luas untuk standard room. kalau deluxe room memang luas (tak ada gambar deluxe room pula). ada woredrobe besar dua pintu, ada safety box, ada cawan, piring, sudu, coffee tea, mineral water, ada kettle (ala, amek dekat water cooler kat luar jelah). and jangan tak tahu, bawah meja tu, ada peti ais. saya dah nak balik baru jumpaaaaa sebab dia tutup dengan pintu laci camtu. HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

gambar ni nak tunjuk lah bilik ni ada TV. LCD lagi uols. ada setengah orang, kalau tv dia tv gemok yang lama-lama punya tu tanak duduk hotel tu. hotel lama katanya. tak cool. HAHA. (percayalah, memang ada orang judge bilik based on tv yang disediakan weeeeeei!). TV dia banyak siaran. ada international channel lagi macam HBO, Star World. aircond dia sangat best, boleh control tak statik.

toilet dia sangat bersih, minimalis dan selesai nak menunaikan hajat. toiletries dia tak sediakan lah as 'souvenir' nak bawa balik kampung, tapi dia sediakan shampoo dan body wash yang jenis lekat kat dinding kita picit-picit tu kat tepi shower. shower dia mantap. laju, air kuat dan ada hot & cold water. flush berfungsi dengan baik. tak ada masalah. tuala dua helai disediakan jangan risau.

pintu bilik air dia simple je. macam sliding door almari. HAHA

boleh request makanan dia hantar ke bilik tau. makanan dari cafe sebelah hotel ni yang merupakan anak syarikat hotel ni juga. cafe dia comel gila, cara dia serve and hiasan makanan dia pun cute dan makanan dia pun sedap. lupa nak cakap, harga hotel tu with 1 person breakfast free. additional fee untuk breakfast cuma 25,000 rp (RM7) je pun. ada 3 choices breakfast either nasi goreng with hot tea/coffee, mee goreng Indonesia with hot tea/coffee atau western food (burger dan fries kalau tak silap) with hot tea/coffee. dia hantar ke bilik okey breakfast. tak payah turun bawah makan.
best tak? 

kiblat pun ada tau. owner hotel ni muslim katanya. makanan pun halal.

ni senarai rancangan TV yang ada. tak macam hotel mewah pula semua channel pun ada kan? seronok apa. seronok laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. murah kot hotel nih! oh lupa nak bagitahu juga, ada wireles yang sangat-sangat-sangat laju. boleh siap download movie sedas okey? HAHAHAHHAHA. jangan lupa minta password-nya ya!

Dr Owl's Coffee Shop

depan kedai dia. omel je

interior cafe ni. comel takkkkkkkkkkkkkkkk? comel kan!
credit to : makanmana.net

ololololo bekas tisu dia pun comel rasa nak copet bawak balik rumah tau buat souvenir. LOL

acah-acah hipster gitu

tengok. siapa tak geram. nak makan pun sayang ha. dah lah sedap pula tu! jangan risau, harga affordable tuk lepak-lepak acah-acah hipster. hehe.

eh, burung hantu mana pulak ni? HAHAHHAHAA


cerita location pula

dekat business card dia ada map yang sangat mudah nak faham dan tepat. so saya akan explain based on gambar ni jelah ya.

so satu lagi point kenapa hotel ni saya recommend untuk stay adalah sebab lokasi dia yang strategik. centrally located. nak makan senang. nak tahan taxi or beca senang. nak shopping senang. nak pergi bank senang. nak tuju dari train station Airport Rail Link pun senang (boleh jalan kaki tapi agak jenuhlah nak jalan). okey, so saya nak tunjukkanlah beberapa tempat yang boleh tuju dari hotel ni. merujuk kepada gambar di atas ni, hotel ni terletak di Jl. Pemuda II. dekat hujung jalan Jl. Pemuda II ni berhadapan Jl. Pemuda ni ada rumah makan. so boleh makan kat situ. tapi kalau korang nak murah, korang cross jalan, masuk ke Jl Mangkubumi tu (landmark dia, kat ujung jalan ada Hermes Palace Hotel). lepastu jalan kat Jl Mangkubumi tu, then belok kanan terus ada kedai makan jenis open air punya nama dia Wajir Seafood. tapi malam jelah buka. kedai makan ni memang selalu saya pi masa saya duduk di Medan dulu tiga tahun sampai gemok gini. HAHAHHA. makanan seafood yang sangat murah dan sangat sedap! kalau kauorang makan kat sini, cumi atau udang masak telur masin dengan masak nestum a must-try dish kat kedai ni. serious murah tau!

ni lah Wajir Seafood. dulu Wajir Seafood ni femes di kalangan student Malaysia je. tapi lately macam tourist dari Malaysia pun dah banyak makan sini. sapa tah yang mempopularkan tempat ni tah? ehem ehem ehem.

last time masa saya pergi sini dengan 8 orang kawan saya, ni lah yang kami order. banyaaaaaaak sangat lauk-lauknya. semua macam singa lapar sebab tak makan dari sampai ke Medan sebab banyak urusan, so malam tu kitorang makan banyak sangat-sangat. bayangkan, makan banyak-banyak macam ni, dengan Ikan Guraminya masak Steam, pastu ada Ikan Siakap masak tiga rasa, dengan tomyamnya, cumi (sotong) goreng nestum, telur dadarnya, kangkung la, daging masak apetah lagi, semua-semualah baru RM80 je makan. air jangan cakap lah macam-macam kaler. murah takkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk? murah meriah kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!! kenalah cubaaa!

okey, cukup cerita tentang Wajir Seafood. buat saya rasa nak terbang pergi Medan sekarang juga nak makan. HAHA. selain dari Wajir Seafood dan rumah makan dekat corner lorong hotel ni, ada lagi kedai-kedai makan area situ. banyaklah senang cakap. boleh try. selain dari akses isi perut yang mudah, hotel ni sebenarnya jalan kaki je ke tempat shopping utama Medan iaitu Pajak Ikan. jangan tak tahu, nama je Pajak Ikan tapi sebenarnya tempat jual-jual kain lace, kain baju, telekung, kain batik, kain pelikat senang cerita barang typical Indonesia yang selalu mak-mak beli tuk souvenir bawak balik kampung tu. Pajak Ikan ni terletak di Jl Mt Haryono. so dari Jln Pemuda tu, korang jalan terus, lepastu belok ke Jl Mt. Haryono. dekat jalan tu, nanti jumpa rumah makan Garuda. tepi rumah makan tu ada lorong. lorong tu lah tempatnya Pajak Ikan. oh ada satu tips kat sini nak share, siapa siapa yang suka buat langsir tu, buatlah kat sini dengan pelbagai design boleh siap dalam sehari je tau dan sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat murah. macam rumah saya ni ada 7 tingkap semuanya. kalau buat kat Malaysia mau RM12-15ribu jugalah kalau buat tiga layer. kalau kat Medan, dalam 6-7ribu je. beza wo harga! kalau korang buat kat sini, boleh siap sehari and diorang dah siap pack dah dalam kotak tinggal campak masuk kapal terbang je takpayah seal-seal dah. mudah kan?



Jl. Perniagaan di mana tempatnya Pajak Ikan berada
dibuka dari seawal 8 pagi hingga 5 petang

haa, ni contoh langsir yang diorang boleh buat. setakat langsir macam ni, 1 juta dapat ni. dalam RM200-RM300 satu tingkap sebab dua layer je.

inilah langsir mak kita buat tahun ni. tahun ni tema Turkish Touch. mostly banyak beli masa kat Istanbul dulu. termasuklah sarung bantal tu ha. ancient-ancient gitu. katanyalah. HAHA


ni pula langsir tahun lepas. lebih berat sebab ada manik-manik ropol-ropol tu yang membuatkan dia berat. nak basuh pun payah. tu tahun ni punya tak letak ropol. ceteka mana si gemuk empunya blog ni? siapa betul dapat doa free.

so, apa lagi? boronglah langsir! HAHAHAH

selain dari Pajak Ikan, kalau korang jalan kaki pelan-pela melalui Jalan Pandu tu straight ke Jl Kesawan tu, korang akan jumpa Merdeka Walk di sebelah kanan korang. Merdeka Walk ni tempat makan. kalau macam penat atau malas nak jalan kaki, tahan je becak untuk ke Medanwalk. korang kena bagi harga dekat Pak Becak tu. suggestion saya minta 5,000 rp (RM1.50) je sebab jalan straight dan dah dekat sangat dah pun. okey, dari Jl Pandu pula, kalau korang belok kiri masuk ke Jl MT Haryono belah kiri, kalau korang straight je korang akan jumpa Sun Plaza. alah, naaik beca je jangan jalan kaki. kalau jalan kaki jauh wooooo. selain itu sebenarnya, lokasi hotel ni dekat je dengan Airport Rail Link Station untuk menaiki train ke Bandara / Airport Kuala Namu. airport dia sangat efficient dan selesa okey. kagum rasa Medan ada train system tau. nak jalan kaki pun boleh tak jauh tak dekat je nak g Airport Rail Link ni. about 15 minutes jalan kaki. korang ikut je map dalam business card tu, ke arah keretapi. opposite dengan station keretapi ni ada satu mall baru namanya Centrepoint Mall. best juga mall tu, boleh singgah juga cuci mata. hehehehehe.

okey, saya dah cerita panjang lebar dah pasal 511 Ideal Stay Hotel ni. semoga memberi manfaat kepada semua tau. nanti saya share pasal satu lagi hotel yang saya duduk di Medan plak. sebelum saya tutup entri ni, saya sertakan sekali alamat dan no phone hotel ni. korang book by phone tau untuk dapatkan harga macam saya bagitahu di atas. mudah sikit.

511 Ideal Stay Hotel, Medan
Jln.Pemuda Baru II No. 5, Medan 20151
Ph. 061. 455 7451
Email. idealstay511@yahoo.co.id
www.511idealstay.com

adios! :)


Monday, April 07, 2014

Hard Rock Cafe, Istanbul

salam ukhuwah,

Hard Rock Cafe di Istanbul terletak di bahagian Europe of Turkey iaitu di bahagian Beyoglu berpusat di Taksim Square yang merupakan area yang paling terkenal dan happening di Istanbul. kalau korang nak tahu, sebenarnya Hard Rock Cafe Istanbul ni baru sahaja di buka tahun ni pada bulan Januari yang lalu so mesti ramai juga yang tak tahu di mana lokasi Hard Rock Cafe ni memandangkan details yang diberikan di dalam website rasmi Hard Rock Cafe tak berapa nak terang penerangannya. oleh itu, marilah saya terangkan satu persatu jalan untuk ke Hard Rock Cafe bergambar agar semua orang boleh cari Hard Rock Cafe, Istanbul ni dengan senang hati tak lost dalam lambakan orang. HEHE.

ini adalah peta anggaran oleh Google Map. tapi sebenarnya peta ni ada sikit-sikit salah, dan dalam peta ni juga, encik Google Map tak jumpa jalan di mana Hard Rock Cafe, Istanbul terletak. aih 
so, saya akan ajar dari arah Taksim Square menuju ke Hard Rock Cafe. 

pertama
dari Taksim Square, korang p Istiklal Avenue. jalan kaki terus dari Taksim Square (jalan ini adalah Istiklal Avenue atau dalam bahasa Turki, Istiklal Caddesi memang penuh butik-butik high end la sonang cerita). pastikan korang jalan-jalan terus tu, jumpa Tudors, Nine West belah kanan korang. pastu ada starbucks di sebelah kiri korang. jalan terus sahaja

kedua
lepas dah jalan terus menyelusuri Istiklal Avenue atau Istiklal Caddesi, korang akan jumpa satu bangunan besar warna kuning, ada bendera di hadapan. pagar dia pun besar. ha tu adalah sekolah ye Galatasaray High School atau dalam bahasa Turkish, Galatasaray Lisesi

ketiga
ni gambar penuh high school tu sumber dari google image. ecewah. depan sekolah ni ada pintu gerbang besau sangat-sangat dan cantik! (korang kalau sesat-sesat tanya je orang sekeliling korang nak pergi Galatasaray Lisesi. kalau sebut Galasaray high school diorang cam blur-blur terkial-kial sikit. English diorang tak berapa nak elok kan)

keempat
depan sekolah ni ada lorong kecil belok kiri. korang belok kiri. nama jalan ni adalah Mesrutiyet Caddesi. kedai dekat corner jalan tu namanya Ayvalik Tostcusu. signboard warna hitam, tulisan warna putih. beso tulisannya. mesti nampak punya! hihihi

kelima
bila korang masuk lorong ni, korang akan jumpa HSBC Bank di sebelah kanan kiri korang. HRC berada di sebelah kiri korang. make sure korang tengok betul-betul HRC ni sebab HRC dia kecil jek. mudah terlepas pandang tak perasan. cenonet je signboard bulat dia ha kat kedai tu. ekekeke

keenam
taraaaaaaa, dah pun sampai HRC! HAHAHA

dah dapat saya punyaaaa! anda bila laaaaaaagi?
(1 baju dalam 25 USD tapi kat sana pakai TL tapi tak ingat berapa TL

ni bukan gempa bumi
ni kekejungan tangan namanya. HAHA

so, semoga penerangan ringkas ni dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya bagi penggemar kipas-susah-nak-mati barang-barang Hard Rock Cafe. jangan missed pergi Hard Rock Cafe, Istanbul, okey!

TATATITITUTU

Saturday, April 05, 2014

coming soon : Dubai - Doha - Madinah - Makkah - Istanbul

salam ukhwah,

InsyaAllah, saya akan update sikit-sikit trip saya pada Januari-Februari yang lepas bersama keluarga.
tiga negara
lima buah bandar utama
dua puluh hari mengembara

puas, saya puas travel lama-lama macam ni
:)

nantikan ya! :)

Thursday, April 03, 2014

Northern Thai Backpacking : Masjid Hidayatul Islam Banhaw, Chiang Mai & Night Bazaar Chang Klan Rd, Chiang Mai

salam Ukhuwah,


Masjid Hidayatul Islam Banhaw ini terletak di kawasan yang mudah nak sampai, sebab dia terletak di Night  Bazaar Street, Chang Klan Rd. Pada saya masjid ini best dan unik. kalau dilihat dari segi senibina kalau kita lihat dari luar, ia semacam sekolah-sekolah gitu. tak ada rupa masjid sangat. kadang-kadang orang mungkin boleh terlepas pandanglah kan sebab rupanya tu dari luar. tapi bila kita masuk di perkarangan masjid, baru kita nampak suasana masjid tu.

dari pintu masuk masjid. 


bangunan utama masjid. ini tempat solat bagi lelaki. di bahagian bawah. opposite dari bangunan ni di bahagian bawah ada kantin, ada kerusi meja makan banyak-banyak macam kedai. boleh je nak duduk-duduk rehat-rehat bawah ni. belah atas dari kantin ni adalah tempat solat bagi perempuan. 

masjid ini mempunyai seni bina dan architecture budaya cina sebab dulunya dan pada mulanya dulu, masjid ini dibina oleh masyarakat Cina Yunani yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran Islam di kota Chiang Mai. 

bahagian dapur atau dewan makan masjid Ban Haw. nampak gaya macam diorang ni selalu juga buat masak-masak, makan-makan dekat masjid ni. diorang sangatlah united macam sedara-sedara je bila kita tengok diorang bersama-sama. Alhamdulillah. semangat ini kita mahukan. bersatu! Ha, atas dari dewan makan ni lah ruang solat untuk perempuan. ada lif sebenarnya, tapi macam dah tak berfungsi je. alah, tangga pun okey sebab tak tinggi manapun :)

ruang solat perempuan
sangat luas, besar, selesa, ada kipas ada air-cond, cctv ada, plug pun banyak dan boleh digunakan oleh orang awam

lagi gambar ruang solat perempuan
di dinding di bahagian depan ruang solat ni ada lcd tv yang berfungsi nanti waktu solat dimana pada masa waktu solat dijalankan, tv ni akan on secara automatic dan akan dipaparkan suasana solat jemaah lelaki di bangunan sebelahnya. kalau solat dah selesai, tv tu terus automatic tutup. sound system masjid ini sangat baik dan jelas. 

di bahagian belakang ruang solat perempuan disediakan meja-meja untuk pengajian agama. mesti ada kelas agama kat sini kan. condusive-nya rasa masjid ni tahu tak. jangan risau kalau tak bawa telekung sebab telekung ada disediakan dan bersih-bersih taklah kotor atau berbau. siap ada ruang menukar pakaian lagi tu.

toilet dia sangat bersih dan terjaga siap bau sabun lagi tak ada bau-bau kurang menyenangkan. HAHA

toilet pun bersih dan terjaga. yang penting ada air nak basuh-basuh. hehe

disediakan ruang mandi siap kat belah belakang ada dua tiga bilik mandi. saya rasa masjid ni memang benarkan musafir stay sini la tuk sanggah ke, rehat-rehat ke sebab kemudahan yang dia sediakan memang memuaskan. ada toilet, ada bilik mandi, plug banyak. haritu sementara nak menunggu bas ke Bangkok pukul 9.45 malam, kitorang sanggah sekejap di masjid ni dari Asar sampailah Isyak sempat lelapkan mata. tak ada siapa tegur, tak da siapa marah cuma warga Muslim Chiang Mai yang bertegur sapa dengan kitorang tu dia pesan, jaga barang-barang sebab kecurian memang biasa dalam masjid ni dan kalau nak keluar dari masjid, tutup semua suis. baik kan diorang? :) so, saya rasa kalau korang tak ada tempat nak bersanggah sekejap sementara nak tunggu bas atau flight malam ke sebab tengahari mesti dah check-out kan, saya sarankan korang datanglah masjid Chiang Mai ni. tapi kalau korang nak melanguk masjid ni buat macam rumah sendiri tiap-tiap hari tidur free, rasa macam tak sopan pula kan. EHEHE. :P

tempat wuduk yang banyak, bersih, selesa dan air pun kuat siap ada sabun uols.

so, macam mana nak pergi ke masjid ni?


senang je korang nak pergi sini, kalau naik songthaeww seorang dalam 10-20 BHT (RM1-RM2), tergantung keterean korang menawarlah kan, lepastu cakap nak pergi "Night Bazaar" atau "Kalare Night Bazaar" atau "Night Bazaar Chang Klan Rd" sebab masjid ni betul-betul di kawasan night bazaar, memang strategi sangat-sangatlah area masjid ni. actually masjid ni terletak di Charoen Prahttet Soy (Lorong Charoen Prahttet), tapi tak perlu kot sampai nak berbelit-belit nak sebut nama jalan ni nak pergi masjid ni. oh ya, masjid ni sebenarnya terletak di area Halal Street Chiang Mai, so alang-alang dah menziarah masjid, dah solat, dah shopping-shopping dekat Night Bazaar bolehlah korang mengisi perut yang krakk krukk krakk krukk tu. kalau nak lagi happening, pergi waktu weekend sebab pada waktu weekend, Halal Street tu ada pasar malam tau start dari pukul 5 petang sampai pukul 10 malam. lagi macam-macam juadah yang dijual. sedap dan murah, itu paling penting. HAHA.

okey, korang sampai-sampai je night bazaar, korang cari pintu gerbang ni. opposite pintu gerbang ni adalah Le Maridien Hotel, Chiang Mai. 

masa kitorang sampai tu diorang baru nak set up gerai-gerai masing-masing. kitorang dah rambang mata nak makan itu ini. sebenarnya petang tu pergi masjid ni nak ziarah dan solat tak tahu pula ada pasar malam ni kebetulan kitorang datang tu hari Jumaat. memang rezeki perut kitoranglah dapat makan proper sikit haritu. 
HAHA!

macam-macam ada! harga pun murah-murah saja.

gerai-gerai lagi. masa ni dah naik sheikh dah nafsu syaiton masing-masing. itu ini semua pun nak beli. tapi fikir kitorang kalau travel memang tak ada bajet makan dan minum, maka terpaksalah menahan hawa nafsu, makan saja yang murah-murah asal kenyang. HAHA! itupun sharing is caring. HAHAHA

teh ais pekat kaw-kaw baru 20 BHT (RM2). banyak pulak tu. nasi ayam tu baru 30BHT (RM3). murah kan murah kan murah kan?

Pad Thai atau kalau kat tempat kita mee/kuew tiaw goreng lah. 10 BHT (RM1) sahaja. banyak pula tu. penuh satu polestrin tu

a must eat in any places in Thailand. Pulut Mangga 40 BHT (RM4). sangatlah sedap oi. kitorang beli share 3 orang pun cukup semua merasa. banyak kot dan combination di antara mangga dia yang masam-masam manis dan pulut dan santan yang lemak-lemak manis gitu, feh. mantop!

ingat ya, pasar malam makanan-makanan di Halal street ni weekend (Jumaat malam, Sabtu malam dan Ahad malam) sahaja ada bermula pukul 5 petang sampailah pukul 10 malam. kalau weekdays, ada je kedai-kedai halal disitu, tapi kedailah tapi. apakah ayat saya ni? =______=

alang-alang tu, saya nak cerita sekali Night Bazaar, Chang Klan Rd. yang bestnya Night Market ni, ia dibuka setiap hari. dari pukul 5 sehinggalah pukul 12 tengah malam. Night Bazaar ni bukan sikit tau. Night Bazaar ni besar yang amat meliputi sepanjang-panjang jalan Chang Klan Rd tu dari mula saaaaaaaaampailah hujung jalan. tu tak termasuk bangunan-bangunan bazaar kat tepi-tepi tu juga tau! rambang mata kan? 0____0

sepanjang-panjang Chang Klan Rd ni tahu Night Bazaar tu. panjang wo. saya rasa lokasi ni paling sesuai lah untuk menginap sebab nak dapatkan makanan halal senang, happening pun iya. nak shopping pun senang ye dok? HAHAHA

banyak sangat barang-barang, souvenir-souvenir dijual dekat bazaar ni. tinggal ready duit je nak membaham. harga dahlah murah. tawar-menawar adalah dibenarkan tu yang seronoknya. macam biasa, tawar half price! HAHA. tips ni tips! :P

dekat sepanjang jalan ni banyak bangunan-bangunan kiri kanan kalau korang masuk dalam tu bazaar lagi. memang tak habis pusing lah kalau setakat pergi 1 malam je. kena pergi tiap-tiap malam. sebab tu kalau korang jenis tak kisah bayar mahal sikit, bolehlah stay area sini. :)

Night Bazaar ni dibuka setiap hari tau. dan setiap hari itulah sangat-sangatlah happening.
:)

nanti kita sambung lagi dalam entri seterusnya! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...