Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO ada.apa.dengan.aiza89.se.org
Showing posts with label hotel. Show all posts
Showing posts with label hotel. Show all posts

Saturday, September 27, 2014

Indonesia : Karibia Boutique Hotel, Medan

salam ukhwah,

sambungan dari entri : 511 Ideal Stay Hotel, Medan

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
Karibia Boutique Hotel, Medan

kalini nak recommend satu lagi hotel baru di Medan, Sumatera yang murah dan selesa serta lebih sesuai nak duduk berbanding 511 Ideal Stay Hotel, Medan untuk mereka yang datang ke Medan bersama keluarga besar, dua tiga family, warga tua malah kanak-kanak juga sebab kalau 511 Ideal Stay Hotel tu semacam guesthouse atau ala-ala backpacker, berbanding Karibia Boutique Hotel ni lebih berkonsep proper big hotel berbintang 2. of course, harga dia lebih mahal sedikit tapi lebih selesa. tengok keadaan jugalah. kalau setakat pergi dengan kawan-kawan ala-ala bajet ciput macam saya, backpacker-type, nak santai-santai, 511 Ideal Stay Hotel lagi better dari Karibia Boutique Hotel ni. terpulang pilihan masing-masing. saya bagi dua option untuk membuat pemilihan. wiwit! :)


Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
exterior hotel yang modern, unique dan retro.
yang penting, warna biru. my always favourite colour.
tengok luar je dah rasa best, kan?
imbluedabedidabedai

saya book hotel ni through agoda.com setelah membuat comparison harga between harga kita call direct hotel, harga website dan harga agoda.com. ternyata, harga kalau kita book guna agoda.com jauh lebih murah dari dua lagi option. 

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89 agoda harga
total payment saya dan keluarga masa menginap di Karibia Boutique Hotel, Medan.
kitorang stay for 5 days 4 nights, dan ambil 3 bilik Deluxe Room (with window) 
so dalam RM97.52/night/room. lepastu, ada point Agoda lebih-lebih, kitorang redeem point dapatlah murah sikit dari harga tu. hewhew. RM100/malam, murahlah kan? serious, berbaloi.
tak percaya? baca sampai habis entri ni.

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89 screencapture
harga dalam official website
800,000 rp tu lebih kurang RM217. mahal kan? 
Superior room tu no window room tau
bila saya call direct hotel, diorang bagitahu yang superior room 550,000 rp (RM149), still mahal dari agoda.com. apalagi, book agoda terus. hehe

lobi Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
lobi Karibia Boutique Hotel
rasa macam masuk perut cruise. dahlah biru lip-lap-lip-lap
macam masuk pusat karaoke atau bar pun ada. haha!
receptionist dia sangat friendly dan laju. family saya sampai dari Kuala Lumpur di hotel masa tu macam awal dari waktu suppose tuk check-in dalam pukul 12 dah sampai tapi pihak hotel bagi early check-in without bayar apa-apa. best betul, bellboy dia pun sangat helpful, kita datang je dia dah siap-siap buka pintu, barang-barang semua diorang angkat sampailah ke bilik dan tak minta-minta wang tips. tapi saya bagi juga buat belanja makan nasi ayam pop okey? HAHA

lobi Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
tak faham kenapa dekat tengah-tengah lobi dia tiba-tiba ada satu motor besar shine bright like a diamond rasa nak rompak je bawak balik. owner hotel ni punya kot buat nunjuk-nunjuk. hahaha

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
semua pun biru dekat hotel ni. lobi dia sangat besar dan banyak sofa nak duduk-duduk tau. kat bawah ni Wifi paling laju yang amat. alah, tak payah nak wifi sangat kalau duduk Medan. beli je simcard 5,000rp (RM1.50) pastu subcribe internet seminggu 15,000rp (RM4.50) unlimited lagi tau.

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
Dante Cafe
kat sinilah setiap pagi makan breakfast yang dah inclusive dalam room purchase kita. breakfast dia taklah mewah mana, tapi okeylah ada nasi putih, nasi goreng, mee goreng, ada roti, bubur, cereals, variety juices and hot drinks, scramble eggs. kira kenyang perutlah. menu pun bertukar-tukar setiap hari dan sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap! cafe ni satu level dengan lobi. dekat level ni juga ada lounge rasanya untuk minum-minum kot? entah, tak pergi menengoklah pula. 

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
setiap level dia macam ni. bersih, kemas dan karpet tenggelam. ala-ala hotel mewah gitu. bilik memang banyak setiap level. hotel ni tak banyak level pun. ada gym dan spa siap. lift dia kena pakai kad. tak ada kad tak boleh naik. secured.

type of room yang diorang ada?

hotel ni ada 6 jenis bilik dari superior room yang tak ada tingkap sampailah bilik yang paling mahal dan besar Karibia Suite. masa saya pergi ritu saya dan family ambil deluxe room sebab mak jenis kena ambil bilik ada tingkap kalau tak rasa macam gua tak tahu siang malam so kitorang pun ameklah tiga-tiga bilik Deluxe room. disebabkan kitorang duduk tiga bilik, makanya dapatlah rasa tiga bilik yang berlainan susunan bilik dan keluasannya.

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
pilih-pilih bilik mana yang nak. you get what you pay.
exactly like photos seriously said.
kipas habis ni. hahahahaha

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
bilik mak abah saya. king size bed deluxe room. boleh guling tiga orang gitu. hotel ni kalau nak tahu, korang sumbat tiga-empat orang pun dia tak kisah. janji bayar. lol
(no extra charge. tapi kalau nak lagi secure, sorang pandai-pandai la hide kan takut ketahuan gitu loh? so far, memang diorang tak kisah pun)

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
bilik abang saya. twin bed deluxe room. single bed dia sangat besar boleh baring dua orang tau. siap ada bantal spare. so bilik ni boleh juga kalau nak sumbat empat orang i guess bagi siapa-siapa jenis tak kisah sempit-sempit. hewhewhew

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
bilik saya sama macam bilik abang saya. twin bed deluxe room. sangat spacious, kemas, bersih dan selesa. 

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
ada minibar with kettle, tea,coffee creamer, tisu, dengan menu boleh call and order. sukalah kerusi biru tu. futuristik betul. oh lupa nak cakap, wifi ada di setiap bilik. dekat keysack tu nanti dia letak password wifi setiap level

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
shower yang sangat best, air kuat ada hot and cold as usual. bersih adalah sangat priority sebab saya memang agak cerewet bab toilet ni. disediakan toiletries macam sabun, shampoo, sikat dan berus gigi. setiap hari kauorang amek, setiap hari gaklah dia tambah baru. serious cakap. so, memang banyaklah saya kumpul bawa balik Malaysia. normal-lah, village people macam saya memang macam ni. ahahhahahahaha. siapa ada hobi macam ni? 

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
toilet pun disediakan. hari-hari tukar. tempat melabur pun sangat selesa. sedap je melabur tanpa gangguan teknikal. hehe

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
tv dia up-to-date. lcd-type (bagi yang eager nak tahu tv dia modern ke kuno.hehe). channel banyak international dan local. saya layan local je sebab memang suka tengok channel local. hahaha. woredrobe dia sangat besar, ada extra pillow. kalau tak cukup juga, boleh call receptionist nak extra lagi pillow diorang tetap akan bagi with no charge bebeh. kalau tilam tu ya ada charge. pastu ada safety box juga. satu jelah kelemahan hotel ni, dia tak ada fridge. tapi in the future diorang akan letak fridge katanya. masa saya pergi ni pun, hotel ni tak sepenuhnya siap lagi. baru sangat-sangat


location dia kat mana?

selain dari hotel dan bilik yang cantik dan selesai, location dia yang strategik buat saya tertarik untuk recommend kat semuaorang. hotel ni centrally located, adjacent to newly-open biggest mall in Sumatera Island, Centrepoint Mall. mall tu memang sebelah je. just jalan kaki about 2-3 minit sampai. ibaratnya macam tunehotel Kota Kinabalu dengan 1 Borneo Mall lah macam tu. belakang je. so, bila dekat dengan mall ni mudahlah kalau nak beli apa-apa macam maggie ke, air ke, makanan ke, and nak makan-makan pun mudah sebab banyak restoran kat dalam ni samada foodcourt, fast-food atau restoran-restoran menarik tapi murah meriah! kalau macam saya, saya pilih hotel ni sebab dekat dalam centrepoint tu ada kedai makan favourite saya iaitu Solaria Restaurant. hampir setiap hari kot pergi makan kat situ sampai staff kedai tu pun dah kenal kitorang. murah, tempatnya yang cosy, cantik dan kemas, portion makanan yang besar. a must try place tau! dekat level bawah sekali, sama level dengan LotteMart sebelah Kenny Rogers Roster.

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
sebelah hotel ni kolej swasta nama dia Raffles. sebelah Raffles tu jalan ke mall belakang tu je.
kalau dari pintu entrance hotel, korang belok kiri, kemudian kiri lagi masuk lorong, then jalan depan sikit, then kanan. dah sampai. 

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
dalam Centre Point Shopping Mall, belakang hotel. ada Lotte Mart macam Tesco Hypermarket macam tu. harga murah sangat-sangat. siap bawak balik indomie maggie dan makanan-makanan lain yang saya selalu beli masa kat Medan ke Malaysia. lol

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
ada XXI Bioskop atau cinema. dekat Indonesia diorang panggil bioskop. 
"nonton bioskop bareng, yuk pas kita lagi makan-makan sambil ngobrol-ngobrol!"
bukan tengok wayang baring tau. bareng tu maksudnya sama-sama. hehe
XXI Bioskop ni premium cinema. so slightly mahai dari cinema biasa. ada VVIP room lagi.

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
hipster-style food court dekat level atas sekali sama level dengan XXI cinema

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
ha, nilah Solaria Restaurant. bersih, cosy, ada style, yang penting murah dan sedap. portion dia besar especially kalau ambil nasi goreng. boleh makan berdua tau.

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89 Solaria
ni namanya nasi goreng Moderen.
lebih kurang 20,000 rp (RM5.40) tapi portion dia sangat besar boleh makan dua orang dan sedap

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89 Solaria
ni namanya nasi goreng ayam mentega
rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


okey, kalau dari hotel, kita masuk mall ni dari belakang mall kan? so, kalau kita pergi kat entrance mall ni di bahagian depan, opposite dengan mall ni adalah stesen keretapi untuk Airport Rail Link untuk ke Kuala Namu International Airport. dekat kan? so kalau korang naik train ke bandar Medan, memang mudahlah untuk ke hotel ini. either boleh jalan kaki, atau set shuttle van time. diorang ada free shuttle tau untuk ambil dan hantar ke stesen keretapi. ala tak jauh pun. heret je bag masuk mall, pastu keluar dah sampai. :)

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89 Solaria
Centre Point Shopping Mall dari pandangan Stasiun Keretapi, Medan
belakang mall tu lah, Karibia Boutique Hotel. tu bertingkat-tingkat lagi bangunan tak siap. hotel apartment tu belum siap. hotel lain.

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89 SolariaCity Railway Station tu depan tu je. lintas jalan depan mall ni dah sampai. so kalau nak jalan kaki ke hotel pun boleh. lintas jalan, masuk mall, pergi pintu belakang sekali keluar ke jalan besar belah kanan. kalau sesat, tanya orang. hee.

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89 Solaria
kalau korang keluar-keluar je dari pintu ketibaan City Railway Station tu, belok kanan, korang akan nampak satu tokong cina tau. kalau korang nak ke hotel, belok ke kiri ikut signboard ni. signboard ni terletak di belah kiri jalan sebelah hospital baru. hotel tu sebelah hospital ni je. oh ya, kalau korang belok ke kanan, ada jambatan, naik jambatan tu turun lepas tu jalan straight sikit, pastu belok kiri, dah sampai Pajak Ikan. dekat tak? semua within walking distance je. kalau korang belok kanan, pergi Merdeka Walk. tempat makan-makan yang meriah waktu malam macam Bintang Walk gitu. 
tips : jangan lupa makan siomay dan dimsum dekat Nelayan Chinese Restaurant, Merdeka Walk ni tau! SEDAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAP SANGAAAAT!


Karibia Boutique Hotel Medan aiza89 Solaria
pandangan dari atas jambatan. jambatan ni agak buruk tapi tak lah kotor sangat ke apa. kalau korang jenis redah dan tak kisah, redah saja. kadang-kadang jumpa homeless juga. bawah jambatan ni banyak jual buku second hand. murah tau. so dari jambatan ni nanti korang akan nampak Centre Point Mall belah kanan korang. sebelah kanan mall tu la hospital yang saya cakap tadi. sebelah hospital tu, Karibia Boutique Hotel, Medan. so sebelah jambatan ni Stesen Keretapi. so korang kena turun jambatan ni ke kiri.

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89 Solaria
yang ni yang korang akan nampak bila dah belok kiri dan turun dari jambatan. jalan straight, kalau nak ke Pajak Ikan, ke kiri tau. kalau nak ke Merdeka Walk, bila dah nampak logo Mcdonald belah kanan, tu lah Merdeka Walk. lintas jalan ke kiri dah sampai. dekat kan? oh ya, hotel ada free shuttle ke Merdeka Walk tau. apalagi, gunakan semaksimal mungkin. opposite Merdeka Walk ni Grand Aston City Hall Hotel, Medan. sebelah kiri Grand Aston ni, dekat seberang jalan ada karaoke Nav. bolehlah korang melalak kat Nav ni sampai pukul 12 tengah malam. untuk pengetahuan korang, pusat karaoke sana jenis family-friendly tau. tak heran kalau kita pergi sana, ada budak-budak, family besar. memang tu lifestyle diorang. yang ada bilik-bilik dia ada theme-theme gitu, contohnya macam theme hello kitty, theme futuristic. Nav Karaoke ni murah dan sangat-sangat selesa. atok nenek pun boleh join sekali lagu Malaysia banyak tau. hihihihi

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
shuttle bus disediakan. kalau setakat railway station, merdeka walk tu GRATIS aja. ke tempat lain bisa diaturkan untuk kalian :)

Karibia Boutique Hotel Medan aiza89
nak request kereta untuk ke airport pun ada. bilang aja sama receptionist. ga usah risau, dek!


so, kesimpulannya,

  • hotel sangat selesa, kemas, bersih dan murah. ingat tips saya? book via agoda.com untuk lebih murah
  • in-room facilities tip-top, almost total kecuali tak ada fridge. hopefully ada in the future. iron pun boleh request for free of charge usage.
  • location memang centrally located dekat bandar. walking distance je semua-semua area. mudah access. kalau tanak jalan kaki pun, boleh tahan beca. make sure beca tak kena ketuk. tips-nya : jangan tanya berapa harga. kita yang letakkan harga. maksimum 20,000rp. kalau 25,000 rp better naik bluebird cab. download app bluebird di iTunes atau PlayStore.
  • nak makan memang mudah. sana sini boleh makan. takpayah bawak megi dari kampung, sini maggie indomie sedap dan mudah dapat. 1,000 je pun sepeket dalam 30 sen je?
  • shopping area memang senang. 
  • family-friendly type hotel. 
  • nak tuju dari airport pun senang, either cab, kereta sewa atau train Airport Railway Link.
untuk further information :
Karibia Boutique Hotel
Timor Blok J No. I-IV, 
Sumatera Utara 20231, Indonesia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...