Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO ada.apa.dengan.aiza89.se.org
Showing posts with label hobbies. Show all posts
Showing posts with label hobbies. Show all posts

Monday, April 07, 2014

Hard Rock Cafe, Istanbul

salam ukhuwah,

Hard Rock Cafe di Istanbul terletak di bahagian Europe of Turkey iaitu di bahagian Beyoglu berpusat di Taksim Square yang merupakan area yang paling terkenal dan happening di Istanbul. kalau korang nak tahu, sebenarnya Hard Rock Cafe Istanbul ni baru sahaja di buka tahun ni pada bulan Januari yang lalu so mesti ramai juga yang tak tahu di mana lokasi Hard Rock Cafe ni memandangkan details yang diberikan di dalam website rasmi Hard Rock Cafe tak berapa nak terang penerangannya. oleh itu, marilah saya terangkan satu persatu jalan untuk ke Hard Rock Cafe bergambar agar semua orang boleh cari Hard Rock Cafe, Istanbul ni dengan senang hati tak lost dalam lambakan orang. HEHE.

ini adalah peta anggaran oleh Google Map. tapi sebenarnya peta ni ada sikit-sikit salah, dan dalam peta ni juga, encik Google Map tak jumpa jalan di mana Hard Rock Cafe, Istanbul terletak. aih 
so, saya akan ajar dari arah Taksim Square menuju ke Hard Rock Cafe. 

pertama
dari Taksim Square, korang p Istiklal Avenue. jalan kaki terus dari Taksim Square (jalan ini adalah Istiklal Avenue atau dalam bahasa Turki, Istiklal Caddesi memang penuh butik-butik high end la sonang cerita). pastikan korang jalan-jalan terus tu, jumpa Tudors, Nine West belah kanan korang. pastu ada starbucks di sebelah kiri korang. jalan terus sahaja

kedua
lepas dah jalan terus menyelusuri Istiklal Avenue atau Istiklal Caddesi, korang akan jumpa satu bangunan besar warna kuning, ada bendera di hadapan. pagar dia pun besar. ha tu adalah sekolah ye Galatasaray High School atau dalam bahasa Turkish, Galatasaray Lisesi

ketiga
ni gambar penuh high school tu sumber dari google image. ecewah. depan sekolah ni ada pintu gerbang besau sangat-sangat dan cantik! (korang kalau sesat-sesat tanya je orang sekeliling korang nak pergi Galatasaray Lisesi. kalau sebut Galasaray high school diorang cam blur-blur terkial-kial sikit. English diorang tak berapa nak elok kan)

keempat
depan sekolah ni ada lorong kecil belok kiri. korang belok kiri. nama jalan ni adalah Mesrutiyet Caddesi. kedai dekat corner jalan tu namanya Ayvalik Tostcusu. signboard warna hitam, tulisan warna putih. beso tulisannya. mesti nampak punya! hihihi

kelima
bila korang masuk lorong ni, korang akan jumpa HSBC Bank di sebelah kanan kiri korang. HRC berada di sebelah kiri korang. make sure korang tengok betul-betul HRC ni sebab HRC dia kecil jek. mudah terlepas pandang tak perasan. cenonet je signboard bulat dia ha kat kedai tu. ekekeke

keenam
taraaaaaaa, dah pun sampai HRC! HAHAHA

dah dapat saya punyaaaa! anda bila laaaaaaagi?
(1 baju dalam 25 USD tapi kat sana pakai TL tapi tak ingat berapa TL

ni bukan gempa bumi
ni kekejungan tangan namanya. HAHA

so, semoga penerangan ringkas ni dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya bagi penggemar kipas-susah-nak-mati barang-barang Hard Rock Cafe. jangan missed pergi Hard Rock Cafe, Istanbul, okey!

TATATITITUTU

Saturday, April 05, 2014

Umrah : Pre-departure punya cerita Part I

salam ukhuwah,

alhamdulillah, akhir bulan satu yang lepas saya telah selesai dan selamat melakukan ibadah umrah bersama keluarga. kalau ikutkan perancangan kami berlepas dari Dubai ke Madinah pada tanggal 28 Januari 2014, tapi nak wat macam mana kita hanya merancang Allah yang menentukan. umrah kali ini Allah bagi dugaan dekat kitorang sebelum sampai di rumahNya. mari saya cerita, untuk panduan dan pedoman semua. manatahu berguna untuk korang nanti? manatahu ada yang senasib dengan saya?

ceritanya begini. 

kami ke bumi Saudi tidak dari Kuala Lumpur direct. kami singgah di Dubai dulu. nak murah punya pasal so terpaksalah enroute ke tempat lain. tiket Kuala Lumpur - Jeddah untuk penerbangan Malaysia Airlines (MAS) untuk keluarga staff Malaysia Airlines dah penuh melimpah-limpah. so, disebabkan kitorang memang niat nak pergi juga umrah ketika itu, kitorang pun carilah alternative lain untuk sampai juga di Bumi Anbia' tu. kitorang pun book-lah tiket ke Dubai dengan penerbangan Malaysia Airlines sebab nak juga flight MAS (sebab murah for us. of course nak guna benefit yang ada. Alhamdulillah atas rezeki ni). maka, sempatlah bersiar-siar dekat Dubai dua hari satu malam. terima kasih kepada tuan rumah, Kak Laila dan Abang Min sebab sudi ajak kitorang stay pondokkaseh yang best sangat kat sana. kalau ikutkan, memang nak book hotel lah kan tapi hotel kat sana boleh droppedjaw kalau tengok harga dia. orang kata rezeki jangan ditolak, maka kitorang pun terimalah ajakan dan jemputan Kak Laila dan Abang Min untuk tinggal di rumah diorang je. diorang memang best! (kalau ikutkan nak duduk berhari-hari kat Dubai, tapi segan pula. yelah, first time pula tu kan. lepas ni tak malu dah. Kakyong! nanti aiza teman kat sana! HAHA)

bersama kakyong dan abanglong kawasan Dubai dan jajahan sekitarnya. 
HAHA!

okey, enough cerita tentang Dubai. nanti akan ada entri khas Dubai punya cerita saya karang nanti (nanti katanya. kita tengok jadi tak jadi entrinya. HEHE). so straightforward dengan tragedi yang melanda kitorang di Dubai sebelum ke Saudi. flight kitorang dijadulkan berangkat pada pukul 6.15 petang dari Dubai International Airport. so, kitorang pun berangkatlah dari rumah Kakyong dan Abang Min pukul 3 lebih itupun sebenarnya dah lewat dah. selalunya depan rumah Kakyong dan Abang Min senang nak dapat taxi tapi nak dijadikan cerita, petang tu jarang-jarang pula taxi lalu. kalau ada pun taxi ada penumpang dah. tunggu punya tunggu punya tunggu, last-last dapat dua taxi untuk ke airport. Alhamdulillah.

so, bila sampai airport, agak kelam kabut dibuatnya. tak macam berlari-lari cari kaunter check-in Saudi Airlines memandangkan kitorang agak lewat dah sebenarnya. masa tu jam dah menunjukkan pukul 4.00 petang. sampai-sampai dekat kaunter check-in, staff Saudi Airlines tak bagi kitorang check-in dan naik flight. WHATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT???? masa tu, Allah sahaja lah tahu betapa gelabahnya kitorang. menurut staff tu, kitorang pemegang visa umrah tak boleh transit di Riyadh untuk ke Madinah. masalahnya, kitorang dah tanya dah pihak saudi airlines Malaysia, diorang kata boleh, dan ramai je orang lepas transit di Riyadh tak ada masalah. saya dah terangkan panjang lebar, buat muka kesian semuanya nak bagi naik juga flight. saya siap tunjukkan ada tertera di dalam website Saudi Airlines yang Saudi Airlines membernarkan transit di Riyadh memandangkan tak perlu keluar dari Airport Riyadh pun untuk naik flight seterusnya ke Madinah. staff perempuan kat kaunter check-in tu langsung tak endahkan rayuan dan explanation kitorang. buat tatahu kemudian marah-marah halau kitorang keluar dari barisan check-in. serious masa ni Allah sahaja lah tahu. nak mengamuk tak boleh, nak pergi umrah kan. memang kesabaran diuji tahap maksima masa ni.

tiket Saudi Airlines kitorang. flight kitorang terjejak sebab ada transit di Riyadh sahaja. sedih kan?
burn jugalah dalam RM600 seorang tiket. nasib baik dapat refund after fight macam orang gila

disebabkan kesuntukan masa, kitorang pun pergi lah kaunter pertanyaan Saudi Airlines disitu. haram tak membantu apa-apa. ada ke patut suruh kitorang pergi pejabat Saudi Airlines yang berada di luar airport yang terletak kira-kira 15 minit dari airport yang kitorang sendiri tak tahu kat mana pejabatnya tu? saya minta diorang telefon pejabat sana untuk mendapatkan any suggestion atau apa. diorang tak membantu. siap suruh telefon sendiri. yelah, saya call sendiri. tak berangkat. call berkali-kali. tak berangkat juga. hampa. masa ni saya dah berjuraian air mata. lepastu saya tanya lagi kaunter kalau-kalau boleh saya tukar waktu lain ke kan tapi dijawabnya tak boleh sebab tiket promosi. saya akur lagi. saya tanya lagi, kalau-kalau saya boleh beli tiket baru ke memandangkan haritu ada satu lagi flight ke Saudi iaitu ke Jeddah direct flight. dia kata full. dia suruh saya ke kaunter-kaunter tiket airlines yang lain. Allah sahaja tahu jarak antara satu kaunter tiket tu ke kaunter tiket tu jauh mana. fiuh, bayangkan dengan berjubah kau lari sana sini, angkat jubah tinggi-tinggi nampak seluar sebab dah risau sangat, dah kesuntukkan masa. 

so, kitorang pun pergilah kaunter terdekat Emirates dan menyatakan masalah kitorang. menurut Emirates, sepatutnya itu tak menjadi masalah sebab transit sahaja. tapi dia tolong juga dapatkan tiket. Emirates full pada ketika itu. bussiness atau economy pun full. lepastu, saya tanya kalau-kalau ada tiket lain untuk hari ni juga dari sini untuk je Saudi, dia kata ada. tapi harganya. WOWWWWWWWWW! memandangkan last minit dan bussiness class. perjalanan selama 1 jam, bussiness class, RM25,000? tak berbaloi. masa tu dah buntu. rasa macam tak ada rezeki gila-gila nak pergi umrah masa tu. dah give up sangat-sangat. tiba-tiba taktahulah macam mana kan, saya tengok papan details penerbangan untuk departure. saya nampak MAS ke KUL malam ni,MH163 take off pukul 8.15r malam. kitorang pun dengan lajunya call angah cepat-cepat, untuk membeli tiket dari Malaysia memandangkan kalau tiket staff tak boleh beli sendiri. kena family members yang staff MAS boleh belikan.

tiket baru kitorang ke Jeddah by Qatar Airways. nasib baik Oneworld Airlines.

Dubai (DXB) - Kuala Lumpur (KUL) MH163, 8.15 pm
last minute tiket. nasib baik sempat beli sebab sepatutnya tak boleh check-in dah tu. flight terbang pukul 8.15pm, pukul 8.00 pm kitorang baru nak beratur nak check-in barang.
terima kasih Malaysia Airlines. sayang Malaysia Airlines sangat-sangat!
terima kasih uncle tatahunama (alamak, xsempat tanya nama), Malaysian, staff Malaysia Airlines di Airport Dubai yang banyak membantu kitorang sekeluarga. kitorang mampu bayar dengan doa saja untuk uncle sekeluarga dan staff Malaysia Airlines yang lain.

say nononononolah to Saudi Airlines
kecewa saya tau!

Alhamdulillah, Allah bagi jalan penyelesaian. masa tu tak fikir dah apa-apa. yang penting balik Malaysia baru fikirkan langkah seterusnya, jadi atau tak jadi ke umrah. hati saya tekad nak pergi umrah. belek punya belek saya jumpa flight Qatar Airways ke Jeddah esok tengah malam pukul 3 pagi (maksudnya hari seterusnya pukul 3 pagi) dan harganya tak semahal macam tadi. kitorang pun apalagi, book terus. Alhamdulillah, dalam flight kitorang tidur dengan aman dan tenteram memandangkan duduk di seat Bussiness Class. memang minta Bussiness Class tapi standby la (murah sikit. hehe) sebab otak dah penat sangat, badan dah gelabah sangat, kitorang perlukan tidur yang aman untuk menghadapi hari esok yang lagi panjang.kitorang tidur sampai tak sedar dah sampai Kuala Lumpur sebab otak letih sangat. makanan-makanan sedap, sate main dish pun tak layan. tidur terus. maka, pulanglah kami ke Malaysia. actually bukan pulang, tapi transit di Kuala Lumpur. HAHA!

seating plan for A330-300 plane MH163. memang condusive sampai tak larat nak snap here snap there gambar dalam flight. lebih utamakan tidur dari semua tu. hehe.

kesimpulannya, apa yang cuba saya tekankan disini adalah :

  • saya dan keluarga yang dah biasa melakukan umrah secara sendiri pun masih lagi menghadapi masalah-masalah macam ni. untuk first timer yang ingin mengerjakan umrah, saya harap untuk pertama kalinya, pergilah dengan travel agent. ini baru sikit ni, kat sana nanti lagi mencabar. at least, kalau dah faham selok-belok ke sana, do' and dont, dan perangai pak arab pak arab ni, insyaAllah korang boleh handle umrah sendiri atau diy macam kitorang. actually, dari kat Malaysia lagi kitorang dah expect dah perkara ni jadi sebab cam risau juga nak masuk Riyadh kan, dan betul kata ada seorang blogger tu kata, memang dapat transit atau tak dapat transit kat tanah saudi selain Jeddah/Madinah tu ikut nasibla. kalau angin pak arab ni baik, dia lepaskan je. kalau tak, jadilah senasib baik
  • kitorang ni bernasib baik jugalah, cost tak sebesar mana since tiket-tiket kitorang agak murah. just damage dekat tiket Qatar Airways sebab tak dapat tiket murah dan last minit (tapi taklah semahal tiket dari Dubai tu), tapi agak jawdropped gaklah kan kalau jadi begini. apalagi kalau terjadi dekat korang.
  • sebenarnyanya juga, kitorang tak berapa suka Saudi Airlines ni sebab Saudi Airlines ni memang Airlines yang suka-suka dia, ikut sukahati dia je nak buat apa-apa. sukahati dia nak batalkan flight la, delay sampai 1 2 hari la, or jadi tragedi macam kitorang ni. lepasni, agak susahlah nak yakinkan diri untuk naik Saudi Airlines walaupun tiket dia murah yang teramat-amatlah murah. i prefer local flight gak, which are Malaysia Airlines and AirAsia. thumbs up Malaysia! (so, aku tak faham untuk orang-orang yang condemn flight local kita. cubalah naik airlines lain-lain then bandingkan dengan Malaysia Airlines tengok. kalau setakat Emirates, Etihad, Qatar tu saya fahamlah korang kata diorang ni lagi best, tapi tiket diorang mahal ye dop? cuba naik flight airlines macam Saudi ni ke, Biman Air ke, Srilankan ke, ha baru tahu appreciate)
  • untuk yang nak cuba umrah diy, atau beli tiket sendiri untuk pergi umrah, PLEASE PLEASE PLEASE, elakkan naik saudi airlines ni especially yang route dia ada transit di Riyadh. takut jadi macam kitorang juga
  • walau apapun yang terjadi kalau kita nak pergi umrah ni, korang kena sabar, sebab Allah nak uji nak bagi pahala besau tu. so, keep calm, dan hadapi dengan tenang. heh!
p/s : moga entri kalini memberi pedoman kepada anda semua. plan baik-baik, pilih-pilih airlines anda baik-baik. setiap yang berlaku ada hikmahnya, InsyaAllah :)

Umrah : Rukun Umrah (basic yang perlu anda tahu)

salam ukhuwah,

InsyaAllah, untuk entri pertama umrah, saya akan berkongsi tentang rukun umrah dimana untuk melakukan umrah, korang patut dan mesti tahu rukun umrah ni sebab ini adalah basic atau asas dalam mengerjakan umrah. sebenarnya hendak melakukan umrah tu mudah saja mungkin kalau yang belum pernah melakukan umrah atau tidak berapa tahu umrah akan terasa susah dan tak dapat bayangkan sangat macam mana umrah tu. so, sebagai panduan asas ataupun panduan awal, saya akan berkongsi ilmu tentang rukun umrah untuk semua orang secara bergambar. moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah :)


so, basically untuk melakukan umrah terdapat 5 rukun umrah yang perlu kita lakukan supaya ibadah umrah yang kita lakukan itu lengkap dan diterima Allah. rukun umrah tersebut adalah niat ihram di miqat, tawaf sekeliling kaabah sebanyak 7 kali, saie Safa ke Marwah sebanyak 7 kali, bertahlul atau bergunting helaian rambut sebagai tanda membebaskan diri dari Ihram dan terakhir tertib, iaitu melakukan umrah secara tersusun dan tertib. saya akan terangkan secara teliti satu persatu rukun tersebut di bawah sebagai panduan semua, InsyaAllah. 

1. berniat ihram di Miqat (sempadan)

contohnya di Tana'im (yang paling dekat dengan Masjidil Haram), Masjid Ja'ranah, Masjid Hudaibiyah, Bir'Ali (kalau dari Madinah), Qarnul Manazil (kalau kita naik flight dari Malaysia ke atau arah lain yang lebih kurang Malaysia ke arah Jeddah dan destinasi pertama kita adalah Makkah, maka korang boleh bermiqat atau berniat dari atas flight. kalau yang nanti turun Jeddah kemudian ke Madinah, tak perlulah berniat ihram pula. lama lagi nak wat umrah tu. HAHA. nanti dalam flight diorang akan umumkan bila dah sampai di sempadan untuk melakukan niat ihram nanti dan pastikan yang akan ke Makkah, dah siap-siap pakai ihram sebelum berniat ihram untuk lelaki), Al-Juhfah (kalau dari Mesir/Syria) atau Za'atul Irqin (kalau dari Iraq). ha, masa ni yang lelaki dah boleh pakai ihram tanpa spender tau sebab spender tak boleh sebab bahan berjahit. memang kena berpakaian ihram sahaja. selepas ihram, bolehlah bersolat ihranm dan boleh mulakan perbanyakkan bertalbiah "Labbai Kallahumma Labbaik" dan jaga 13 pantang larang untuk mengelakkan kena dam!

13 pantang larang ketika dalam ihram
  • menggugurkan rambut atau bulu di badan (tak kiralah cukur ke, potong ke, cabut ke atau gunting ke. semua tak boleh. kalau gugur sendirinya tu dimaafkan)
  • pakai perfume (haa, tapayah nak wangi-wangi ye. kita semua sama ja nanti)
  • memakai sarung tangan
  • mengerat kuku
  • memburu atau membunuh binatang yang halal dimakan (nyamuk idoklah dik non. tapi jarang oi jumpa nyamuk kat sana. HEHE)
  • menebang, memotong, atau mencabut tumbuh-tumbuhan di Tanah Haram
  • menutup muka (ha yang ni untuk perempuan paling penting. lepas dah ihram, tak boleh dah ha nak pakai sunglasses-sunglasses ni. takpayah nak cantik-cantik atau takut panas. 
  • menutup kepala bagi lelaki (topi-topi, kain lilit kat pala pun tak boleh)
  • berakad nikah sama da kahwinkan orang atau awak sendiri kahwin sewaktu dalam ihram. manalah tahu. tak boleh!
  • perkara-perkara yang membawa kepada persetubuhan
  • yang ke arah persetubuhan pun tak boleh, apalagi bersetubuh ye dop?
  • kissing-kissing. hehe
  • satu lagi lupa la. hehe. 

Masjid Tana'im. 
dekat saja dari Masjidil Haram. about 10-15 minutes saja. boleh naik teksi ke sini, atau van-van sapu (tapi rasanya macam dah tak ada van-van ni)

Bir' Ali
about 20-30 minit dari kota Madinah. biasanya kalau jemaah yang buat umrah, diorang pergi Madinah dulu, dalam perjalanan ke Makkah, diorang akan berhenti di sini untuk bermiqat.

Masjid Ja'ranah. (Umrah 2014) 
Masjid ni akan kita ziarah kalau kita pergi ke area Mina, dan Muzdalifah tempat jemaah-jemaah haji berkumpul untuk wukuf tu :)

Masjid Hudaibiyah (Umrah 2014)
ini pun termasuk dalam ziarah (biasanya ziarah kedua selepas ziarah kawasan Haji). Masjid Hudaibiyah ni tak jauh pun dari kota Makkah. sekalian ziarah masjid ni, biasanya kita akan dibawa ke ladang unta dan muzium Makkah

2. tawaf sebanyak 7 kali

Kaabah Kiblat kita (Umrah 2011)
mana nak dapat dah pandangan Kaabah macam ni luas. sekarang dah ditutupi dengan deck tawaf yang baru tu, so kawasan bawah ni dah jadi sempit dah. ini adalah suasana di Masjidil Haram waktu Umrah 2011

sebelum memulakan tawaf, make sure dah ada wudhuk tau, masuk ke masjid seeloknya membuat solat sunat tahyatul-masjid, kemudian tengok Kaabah, dan baca doa melihat Kaabah. lepastu mula niat tawaf dan memulakan tawaf dari lampu hijau dimana Hajar Aswad diletakkan. pastikan bahu kiri korang di sebelah Kaabah, dan jangan sampai bahu kiri korang tidak berada di sebelah Kaabah (terpusing ke, terbelakang ke) alamatnya, kena pusinglah lagi sekali. perlu ada air wudhuk. kalau batal, kena amek wudhuk balik dan mulakan dari awal dari lampu hijau sampai ke lampu hijau lagi. sambil tawaf tu sebenarnya ada bacaan-bacaannya (recommended rujuk buku gantung umrah & ziarah tu senang sikit) kalau tak pun, sentiasalah berzikir dan masa ni nak berdoa apa-apa pun boleh. tak ada masalah. masa ni korang kena khusyuk tawaf, jangan fikir lain-lain. kalau buat umrah dengan keluarga, jangan fikir terlepas lah, hilang lah apalah. pesan pada ahli keluarga masing-masing sebelum buat umrah, andai kata terlepas atau terpisah waktu tawaf, habiskan tawaf dan tunggu di tempat keluar di bawah lampu hijau. selepas abis tawaf, boleh solat sunat tawaf dan berdoa :)

Kaabah Kilat kita (Umrah 2014)
inilah suasana di sekitar Masjidil Haram di tempat yang sama saya ambil gambar seperti gambar di atas pada Umrah 2011. dah tertutup dah. dah tak luas dan sangat penuh dengan orang.

gambaran dari tingkat 2 Masjidil Haram (Umrah 2011)
sekarang dah tak nampak secantik dan seluas ni sebab ada deck tawaf yang mengelilingi Kaabah. rasa macam sempit pula masjid sekarang. tak apalah, untuk kemudahan semua jemaah 
:)

3. saie 7 kali dari Safa ke Marwahh

korang jangan pulak buat Marwah ke Safa. tak pernah dibuat orang tau or korang amek short cut dari celah-celah pintu ke Saie tu, korang mulakan tengah-tengah tak start dari Bukit Safa. amatlah salah ye. so, korang start dari Safa, baca doa, hadap kiblat (Kaabah) lambai Kaabah (seolah-oleh je jangan korang cari mana kaabah mana kaabah pulak) kemudian berjalan ke arah Marwah. bila sampai di lampu hijau seperti dalam gambar ni, jemaah lelaki disunatkan berlari-lari anak sampailah lampu hijau satu lagi. nanti kat Marwah baca doa lagi, hadap kiblat, lambai dan teruskan lagi perjalanan ke Safa. dikira 1 perjalanan apabila dari Safa ke Marha, then 1 lagi lagi perjalan Marwah ke Safa. so dah kira dua dah. cukupkan 7 kali, selesai saie. oh ya, waktu saie tak ada wudhuk pun tak apa tau tak macam tawaf. so terkentut waktu saie pun tak apa dah. jangan pula korang tahan tahan plak kentut tu. tak perlu amek wudhuk balik. sebaiknya kalau boleh maintain dalam wudhuk lebih baik, ye dop? nak berhenti tepi-tepi rehat-rehat kaki kejap ke atau minum air ada disediakan tong-tong air zam-zam pun boleh. janji cukup 7 perjalanan.


Bukit Safa (Umrah 2014)
ha mulakan dari sini. ni gambaran kawasan Saie ditingkat atas sebab tingkat bawah penuh so kena pergi tingkat 2. saie ada 3 tingkat ya. tingkat atas sekali lebih panjang lah perjalanan sebab tak ada bukit nak naik, so rasa lebih panjang. hehehe 

Saie (Umrah 2014)
kitorang berhenti sekejap dekat tepi-tepi sebab masing-masing exhausted dan rasa sesak sebab ramai sangat orang dan abah pun kaki sakit sebab ada gaout so kena slow-slow ber-saie

Bukit Marwah (Umrah 2014)
you should end here

4. bertahlul
bila korang dah cukup 7 kali perjalanan (sepatutnya korang berakhir di Marwah), dah boleh baca doa selepas saie, diikuti doa apa-apa yang korang nak doa dan kemudian bertahlul iaitu memotong sedikit rambut kepala sebagai tanda habis umrah dan bebas ihram. kalau yang botak, cukup sekadar mengalurkan gunting di kulit kepala (konon-kononnya macam menggunting rambut macam tu). masa ni korang dah bebas berihram. dinasihatkan korang janganlah duduk di depan-depan tu sebab menganggu jemaah kan since korang dah habis. korang kalau nak duduk ke apa, pergi belakang sikit. mind you, dekat situ kadang-kadang ada budak dan bapak budak yang meng-offer diri untuk mengguntingkan rambut. sekali dia minta duit 10 riyal sudah tuk sehelai rambut. bukan tak boleh, tapi macam tak eloklah kan. kalau jenis tak kisah, niat kita sedekah pada budak-budak tu. sebaiknya, kita minta ahli keluarga kita saja yang tahlulkan untuk kita. jangan potong sendiri pula tau! HAHA.

Tahalul (Umrah 2011)
gunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut ya. rambut bukan bulu-buluan. hehe.
untuk perempuan sebaiknya dipotongkan. kalau lelaki potong sendiri lepastu potongkan ahli keluarga korang

Bukit Marwah (Umrah 2011)
berehat-rehat di Bukit Marwah di tingkat bawah.
dekat tingkat bawah ada batu-batu macam ni macam ni

selepas selesai saie dan sebelum tahlul (Umrah 2011)
jangan lupa banyakkan berdoa ya selepas bertahlul.
jangan miss untuk berdoa di mana saja di Tanah Haram! :)


5. tertib
iaitu dengan syarat kesemua rukun umrah ini dilakukan seperti no 1-4 tu secara berurutan. maksudnya, taklah ikut sukahati nak mulakan saie dulu ke, atau tayah niat ihram ke. ha macam tu. selesai tahlul kira sudah selesai 1 umrah. kalau larat boleh pergi berniat umrah lagi (paling dekat dengan Masjidil Haram atau kota Makkah adalah Masjid Tana'im about 10-15minutes by taxi). dalam RM50 gakla 1 taxi 4 orang. kalau zaman dulu sehingga 2011 harganya RM20 je 1 taxi pergi balik. sekarang dah mahal pula. mungkin sebab ramai kot jemaah sekarang. dulu ada bus-bus shuttle macam bus ting-tong dan van-van sapu tau untuk ke Tana'im dengan bayaran sorang 2 Riyal / RM2 je pergi balik, tapi nampak gayanya bas bas kecil dan van-van tu dah tak ada dah. dah kena sapu kot. hehe.

semoga entri kali ni, ilmu ringkas ini bermanfaat untuk semua. you're free to share with friends and family. kalau ada kekurangan, boleh ditambah, kalau ada yang salah boleh diperbetulkan ya! InsyaAllah :)

last but not least,
ini bukan saie umrah
ini saie balik hotel.
haha
bye!


coming soon : Dubai - Doha - Madinah - Makkah - Istanbul

salam ukhwah,

InsyaAllah, saya akan update sikit-sikit trip saya pada Januari-Februari yang lepas bersama keluarga.
tiga negara
lima buah bandar utama
dua puluh hari mengembara

puas, saya puas travel lama-lama macam ni
:)

nantikan ya! :)

Thursday, April 03, 2014

Northern Thai Backpacking : Masjid Hidayatul Islam Banhaw, Chiang Mai & Night Bazaar Chang Klan Rd, Chiang Mai

salam Ukhuwah,


Masjid Hidayatul Islam Banhaw ini terletak di kawasan yang mudah nak sampai, sebab dia terletak di Night  Bazaar Street, Chang Klan Rd. Pada saya masjid ini best dan unik. kalau dilihat dari segi senibina kalau kita lihat dari luar, ia semacam sekolah-sekolah gitu. tak ada rupa masjid sangat. kadang-kadang orang mungkin boleh terlepas pandanglah kan sebab rupanya tu dari luar. tapi bila kita masuk di perkarangan masjid, baru kita nampak suasana masjid tu.

dari pintu masuk masjid. 


bangunan utama masjid. ini tempat solat bagi lelaki. di bahagian bawah. opposite dari bangunan ni di bahagian bawah ada kantin, ada kerusi meja makan banyak-banyak macam kedai. boleh je nak duduk-duduk rehat-rehat bawah ni. belah atas dari kantin ni adalah tempat solat bagi perempuan. 

masjid ini mempunyai seni bina dan architecture budaya cina sebab dulunya dan pada mulanya dulu, masjid ini dibina oleh masyarakat Cina Yunani yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran Islam di kota Chiang Mai. 

bahagian dapur atau dewan makan masjid Ban Haw. nampak gaya macam diorang ni selalu juga buat masak-masak, makan-makan dekat masjid ni. diorang sangatlah united macam sedara-sedara je bila kita tengok diorang bersama-sama. Alhamdulillah. semangat ini kita mahukan. bersatu! Ha, atas dari dewan makan ni lah ruang solat untuk perempuan. ada lif sebenarnya, tapi macam dah tak berfungsi je. alah, tangga pun okey sebab tak tinggi manapun :)

ruang solat perempuan
sangat luas, besar, selesa, ada kipas ada air-cond, cctv ada, plug pun banyak dan boleh digunakan oleh orang awam

lagi gambar ruang solat perempuan
di dinding di bahagian depan ruang solat ni ada lcd tv yang berfungsi nanti waktu solat dimana pada masa waktu solat dijalankan, tv ni akan on secara automatic dan akan dipaparkan suasana solat jemaah lelaki di bangunan sebelahnya. kalau solat dah selesai, tv tu terus automatic tutup. sound system masjid ini sangat baik dan jelas. 

di bahagian belakang ruang solat perempuan disediakan meja-meja untuk pengajian agama. mesti ada kelas agama kat sini kan. condusive-nya rasa masjid ni tahu tak. jangan risau kalau tak bawa telekung sebab telekung ada disediakan dan bersih-bersih taklah kotor atau berbau. siap ada ruang menukar pakaian lagi tu.

toilet dia sangat bersih dan terjaga siap bau sabun lagi tak ada bau-bau kurang menyenangkan. HAHA

toilet pun bersih dan terjaga. yang penting ada air nak basuh-basuh. hehe

disediakan ruang mandi siap kat belah belakang ada dua tiga bilik mandi. saya rasa masjid ni memang benarkan musafir stay sini la tuk sanggah ke, rehat-rehat ke sebab kemudahan yang dia sediakan memang memuaskan. ada toilet, ada bilik mandi, plug banyak. haritu sementara nak menunggu bas ke Bangkok pukul 9.45 malam, kitorang sanggah sekejap di masjid ni dari Asar sampailah Isyak sempat lelapkan mata. tak ada siapa tegur, tak da siapa marah cuma warga Muslim Chiang Mai yang bertegur sapa dengan kitorang tu dia pesan, jaga barang-barang sebab kecurian memang biasa dalam masjid ni dan kalau nak keluar dari masjid, tutup semua suis. baik kan diorang? :) so, saya rasa kalau korang tak ada tempat nak bersanggah sekejap sementara nak tunggu bas atau flight malam ke sebab tengahari mesti dah check-out kan, saya sarankan korang datanglah masjid Chiang Mai ni. tapi kalau korang nak melanguk masjid ni buat macam rumah sendiri tiap-tiap hari tidur free, rasa macam tak sopan pula kan. EHEHE. :P

tempat wuduk yang banyak, bersih, selesa dan air pun kuat siap ada sabun uols.

so, macam mana nak pergi ke masjid ni?


senang je korang nak pergi sini, kalau naik songthaeww seorang dalam 10-20 BHT (RM1-RM2), tergantung keterean korang menawarlah kan, lepastu cakap nak pergi "Night Bazaar" atau "Kalare Night Bazaar" atau "Night Bazaar Chang Klan Rd" sebab masjid ni betul-betul di kawasan night bazaar, memang strategi sangat-sangatlah area masjid ni. actually masjid ni terletak di Charoen Prahttet Soy (Lorong Charoen Prahttet), tapi tak perlu kot sampai nak berbelit-belit nak sebut nama jalan ni nak pergi masjid ni. oh ya, masjid ni sebenarnya terletak di area Halal Street Chiang Mai, so alang-alang dah menziarah masjid, dah solat, dah shopping-shopping dekat Night Bazaar bolehlah korang mengisi perut yang krakk krukk krakk krukk tu. kalau nak lagi happening, pergi waktu weekend sebab pada waktu weekend, Halal Street tu ada pasar malam tau start dari pukul 5 petang sampai pukul 10 malam. lagi macam-macam juadah yang dijual. sedap dan murah, itu paling penting. HAHA.

okey, korang sampai-sampai je night bazaar, korang cari pintu gerbang ni. opposite pintu gerbang ni adalah Le Maridien Hotel, Chiang Mai. 

masa kitorang sampai tu diorang baru nak set up gerai-gerai masing-masing. kitorang dah rambang mata nak makan itu ini. sebenarnya petang tu pergi masjid ni nak ziarah dan solat tak tahu pula ada pasar malam ni kebetulan kitorang datang tu hari Jumaat. memang rezeki perut kitoranglah dapat makan proper sikit haritu. 
HAHA!

macam-macam ada! harga pun murah-murah saja.

gerai-gerai lagi. masa ni dah naik sheikh dah nafsu syaiton masing-masing. itu ini semua pun nak beli. tapi fikir kitorang kalau travel memang tak ada bajet makan dan minum, maka terpaksalah menahan hawa nafsu, makan saja yang murah-murah asal kenyang. HAHA! itupun sharing is caring. HAHAHA

teh ais pekat kaw-kaw baru 20 BHT (RM2). banyak pulak tu. nasi ayam tu baru 30BHT (RM3). murah kan murah kan murah kan?

Pad Thai atau kalau kat tempat kita mee/kuew tiaw goreng lah. 10 BHT (RM1) sahaja. banyak pula tu. penuh satu polestrin tu

a must eat in any places in Thailand. Pulut Mangga 40 BHT (RM4). sangatlah sedap oi. kitorang beli share 3 orang pun cukup semua merasa. banyak kot dan combination di antara mangga dia yang masam-masam manis dan pulut dan santan yang lemak-lemak manis gitu, feh. mantop!

ingat ya, pasar malam makanan-makanan di Halal street ni weekend (Jumaat malam, Sabtu malam dan Ahad malam) sahaja ada bermula pukul 5 petang sampailah pukul 10 malam. kalau weekdays, ada je kedai-kedai halal disitu, tapi kedailah tapi. apakah ayat saya ni? =______=

alang-alang tu, saya nak cerita sekali Night Bazaar, Chang Klan Rd. yang bestnya Night Market ni, ia dibuka setiap hari. dari pukul 5 sehinggalah pukul 12 tengah malam. Night Bazaar ni bukan sikit tau. Night Bazaar ni besar yang amat meliputi sepanjang-panjang jalan Chang Klan Rd tu dari mula saaaaaaaaampailah hujung jalan. tu tak termasuk bangunan-bangunan bazaar kat tepi-tepi tu juga tau! rambang mata kan? 0____0

sepanjang-panjang Chang Klan Rd ni tahu Night Bazaar tu. panjang wo. saya rasa lokasi ni paling sesuai lah untuk menginap sebab nak dapatkan makanan halal senang, happening pun iya. nak shopping pun senang ye dok? HAHAHA

banyak sangat barang-barang, souvenir-souvenir dijual dekat bazaar ni. tinggal ready duit je nak membaham. harga dahlah murah. tawar-menawar adalah dibenarkan tu yang seronoknya. macam biasa, tawar half price! HAHA. tips ni tips! :P

dekat sepanjang jalan ni banyak bangunan-bangunan kiri kanan kalau korang masuk dalam tu bazaar lagi. memang tak habis pusing lah kalau setakat pergi 1 malam je. kena pergi tiap-tiap malam. sebab tu kalau korang jenis tak kisah bayar mahal sikit, bolehlah stay area sini. :)

Night Bazaar ni dibuka setiap hari tau. dan setiap hari itulah sangat-sangatlah happening.
:)

nanti kita sambung lagi dalam entri seterusnya! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...