Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO ada.apa.dengan.aiza89.se.org
Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Thursday, April 03, 2014

Northern Thai Backpacking : Masjid Hidayatul Islam Banhaw, Chiang Mai & Night Bazaar Chang Klan Rd, Chiang Mai

salam Ukhuwah,


Masjid Hidayatul Islam Banhaw ini terletak di kawasan yang mudah nak sampai, sebab dia terletak di Night  Bazaar Street, Chang Klan Rd. Pada saya masjid ini best dan unik. kalau dilihat dari segi senibina kalau kita lihat dari luar, ia semacam sekolah-sekolah gitu. tak ada rupa masjid sangat. kadang-kadang orang mungkin boleh terlepas pandanglah kan sebab rupanya tu dari luar. tapi bila kita masuk di perkarangan masjid, baru kita nampak suasana masjid tu.

dari pintu masuk masjid. 


bangunan utama masjid. ini tempat solat bagi lelaki. di bahagian bawah. opposite dari bangunan ni di bahagian bawah ada kantin, ada kerusi meja makan banyak-banyak macam kedai. boleh je nak duduk-duduk rehat-rehat bawah ni. belah atas dari kantin ni adalah tempat solat bagi perempuan. 

masjid ini mempunyai seni bina dan architecture budaya cina sebab dulunya dan pada mulanya dulu, masjid ini dibina oleh masyarakat Cina Yunani yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran Islam di kota Chiang Mai. 

bahagian dapur atau dewan makan masjid Ban Haw. nampak gaya macam diorang ni selalu juga buat masak-masak, makan-makan dekat masjid ni. diorang sangatlah united macam sedara-sedara je bila kita tengok diorang bersama-sama. Alhamdulillah. semangat ini kita mahukan. bersatu! Ha, atas dari dewan makan ni lah ruang solat untuk perempuan. ada lif sebenarnya, tapi macam dah tak berfungsi je. alah, tangga pun okey sebab tak tinggi manapun :)

ruang solat perempuan
sangat luas, besar, selesa, ada kipas ada air-cond, cctv ada, plug pun banyak dan boleh digunakan oleh orang awam

lagi gambar ruang solat perempuan
di dinding di bahagian depan ruang solat ni ada lcd tv yang berfungsi nanti waktu solat dimana pada masa waktu solat dijalankan, tv ni akan on secara automatic dan akan dipaparkan suasana solat jemaah lelaki di bangunan sebelahnya. kalau solat dah selesai, tv tu terus automatic tutup. sound system masjid ini sangat baik dan jelas. 

di bahagian belakang ruang solat perempuan disediakan meja-meja untuk pengajian agama. mesti ada kelas agama kat sini kan. condusive-nya rasa masjid ni tahu tak. jangan risau kalau tak bawa telekung sebab telekung ada disediakan dan bersih-bersih taklah kotor atau berbau. siap ada ruang menukar pakaian lagi tu.

toilet dia sangat bersih dan terjaga siap bau sabun lagi tak ada bau-bau kurang menyenangkan. HAHA

toilet pun bersih dan terjaga. yang penting ada air nak basuh-basuh. hehe

disediakan ruang mandi siap kat belah belakang ada dua tiga bilik mandi. saya rasa masjid ni memang benarkan musafir stay sini la tuk sanggah ke, rehat-rehat ke sebab kemudahan yang dia sediakan memang memuaskan. ada toilet, ada bilik mandi, plug banyak. haritu sementara nak menunggu bas ke Bangkok pukul 9.45 malam, kitorang sanggah sekejap di masjid ni dari Asar sampailah Isyak sempat lelapkan mata. tak ada siapa tegur, tak da siapa marah cuma warga Muslim Chiang Mai yang bertegur sapa dengan kitorang tu dia pesan, jaga barang-barang sebab kecurian memang biasa dalam masjid ni dan kalau nak keluar dari masjid, tutup semua suis. baik kan diorang? :) so, saya rasa kalau korang tak ada tempat nak bersanggah sekejap sementara nak tunggu bas atau flight malam ke sebab tengahari mesti dah check-out kan, saya sarankan korang datanglah masjid Chiang Mai ni. tapi kalau korang nak melanguk masjid ni buat macam rumah sendiri tiap-tiap hari tidur free, rasa macam tak sopan pula kan. EHEHE. :P

tempat wuduk yang banyak, bersih, selesa dan air pun kuat siap ada sabun uols.

so, macam mana nak pergi ke masjid ni?


senang je korang nak pergi sini, kalau naik songthaeww seorang dalam 10-20 BHT (RM1-RM2), tergantung keterean korang menawarlah kan, lepastu cakap nak pergi "Night Bazaar" atau "Kalare Night Bazaar" atau "Night Bazaar Chang Klan Rd" sebab masjid ni betul-betul di kawasan night bazaar, memang strategi sangat-sangatlah area masjid ni. actually masjid ni terletak di Charoen Prahttet Soy (Lorong Charoen Prahttet), tapi tak perlu kot sampai nak berbelit-belit nak sebut nama jalan ni nak pergi masjid ni. oh ya, masjid ni sebenarnya terletak di area Halal Street Chiang Mai, so alang-alang dah menziarah masjid, dah solat, dah shopping-shopping dekat Night Bazaar bolehlah korang mengisi perut yang krakk krukk krakk krukk tu. kalau nak lagi happening, pergi waktu weekend sebab pada waktu weekend, Halal Street tu ada pasar malam tau start dari pukul 5 petang sampai pukul 10 malam. lagi macam-macam juadah yang dijual. sedap dan murah, itu paling penting. HAHA.

okey, korang sampai-sampai je night bazaar, korang cari pintu gerbang ni. opposite pintu gerbang ni adalah Le Maridien Hotel, Chiang Mai. 

masa kitorang sampai tu diorang baru nak set up gerai-gerai masing-masing. kitorang dah rambang mata nak makan itu ini. sebenarnya petang tu pergi masjid ni nak ziarah dan solat tak tahu pula ada pasar malam ni kebetulan kitorang datang tu hari Jumaat. memang rezeki perut kitoranglah dapat makan proper sikit haritu. 
HAHA!

macam-macam ada! harga pun murah-murah saja.

gerai-gerai lagi. masa ni dah naik sheikh dah nafsu syaiton masing-masing. itu ini semua pun nak beli. tapi fikir kitorang kalau travel memang tak ada bajet makan dan minum, maka terpaksalah menahan hawa nafsu, makan saja yang murah-murah asal kenyang. HAHA! itupun sharing is caring. HAHAHA

teh ais pekat kaw-kaw baru 20 BHT (RM2). banyak pulak tu. nasi ayam tu baru 30BHT (RM3). murah kan murah kan murah kan?

Pad Thai atau kalau kat tempat kita mee/kuew tiaw goreng lah. 10 BHT (RM1) sahaja. banyak pula tu. penuh satu polestrin tu

a must eat in any places in Thailand. Pulut Mangga 40 BHT (RM4). sangatlah sedap oi. kitorang beli share 3 orang pun cukup semua merasa. banyak kot dan combination di antara mangga dia yang masam-masam manis dan pulut dan santan yang lemak-lemak manis gitu, feh. mantop!

ingat ya, pasar malam makanan-makanan di Halal street ni weekend (Jumaat malam, Sabtu malam dan Ahad malam) sahaja ada bermula pukul 5 petang sampailah pukul 10 malam. kalau weekdays, ada je kedai-kedai halal disitu, tapi kedailah tapi. apakah ayat saya ni? =______=

alang-alang tu, saya nak cerita sekali Night Bazaar, Chang Klan Rd. yang bestnya Night Market ni, ia dibuka setiap hari. dari pukul 5 sehinggalah pukul 12 tengah malam. Night Bazaar ni bukan sikit tau. Night Bazaar ni besar yang amat meliputi sepanjang-panjang jalan Chang Klan Rd tu dari mula saaaaaaaaampailah hujung jalan. tu tak termasuk bangunan-bangunan bazaar kat tepi-tepi tu juga tau! rambang mata kan? 0____0

sepanjang-panjang Chang Klan Rd ni tahu Night Bazaar tu. panjang wo. saya rasa lokasi ni paling sesuai lah untuk menginap sebab nak dapatkan makanan halal senang, happening pun iya. nak shopping pun senang ye dok? HAHAHA

banyak sangat barang-barang, souvenir-souvenir dijual dekat bazaar ni. tinggal ready duit je nak membaham. harga dahlah murah. tawar-menawar adalah dibenarkan tu yang seronoknya. macam biasa, tawar half price! HAHA. tips ni tips! :P

dekat sepanjang jalan ni banyak bangunan-bangunan kiri kanan kalau korang masuk dalam tu bazaar lagi. memang tak habis pusing lah kalau setakat pergi 1 malam je. kena pergi tiap-tiap malam. sebab tu kalau korang jenis tak kisah bayar mahal sikit, bolehlah stay area sini. :)

Night Bazaar ni dibuka setiap hari tau. dan setiap hari itulah sangat-sangatlah happening.
:)

nanti kita sambung lagi dalam entri seterusnya! :D

Thursday, March 24, 2011

sushi Angry Bird

salam ukhuwah,

Angry Bird bukan saja sebuah permainan yang sedap untuk dimain, sedap untuk menghilangkan stress (tapi, kenapa saya rasa lagi stress main?), sedap untuk bersuka-ria, sedap untuk mengisi masa lapang tatahu nak buat apa, sedap untuk menambahkan kerabunan mata, malahhhhhh, ia sedap untuk dimakan! 

tak percaya ?




mempersembahkan
sushi ANGRY BIRD yang comel
sampai tak sampai hati nak makan sushi-sushi comel-comel ni (apa ayat ni?)
sepupu saya rizza yang handsome (katanya =.=) yang buat
so, siapa-siapa nak sushi bentuk Angry Bird yang comel ni, pergilah mengorat dia. 
KAH KAH KAH KAH

tak sabar nak tengok sepupu saya tu buat satu set keenam-enam burung yang sangat optimis menentang binatang hijau bulat-bulat tu
tapi, tak adalah nak buat sushi bentuk binatang hijau bulat-bulat tu
jadi tak halal kang makan. hep! haram okey makan menyerupai makanan yang haram
heeeeeeeeeeeee
reza cepat balik Malaysia buatkan sushi Angry Bird! 

*chop. apepasal entri ni macam nak kipas-kipas si rizza ni?*
=.=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...