Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO ada.apa.dengan.aiza89.se.org
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, April 07, 2014

Hard Rock Cafe, Istanbul

salam ukhuwah,

Hard Rock Cafe di Istanbul terletak di bahagian Europe of Turkey iaitu di bahagian Beyoglu berpusat di Taksim Square yang merupakan area yang paling terkenal dan happening di Istanbul. kalau korang nak tahu, sebenarnya Hard Rock Cafe Istanbul ni baru sahaja di buka tahun ni pada bulan Januari yang lalu so mesti ramai juga yang tak tahu di mana lokasi Hard Rock Cafe ni memandangkan details yang diberikan di dalam website rasmi Hard Rock Cafe tak berapa nak terang penerangannya. oleh itu, marilah saya terangkan satu persatu jalan untuk ke Hard Rock Cafe bergambar agar semua orang boleh cari Hard Rock Cafe, Istanbul ni dengan senang hati tak lost dalam lambakan orang. HEHE.

ini adalah peta anggaran oleh Google Map. tapi sebenarnya peta ni ada sikit-sikit salah, dan dalam peta ni juga, encik Google Map tak jumpa jalan di mana Hard Rock Cafe, Istanbul terletak. aih 
so, saya akan ajar dari arah Taksim Square menuju ke Hard Rock Cafe. 

pertama
dari Taksim Square, korang p Istiklal Avenue. jalan kaki terus dari Taksim Square (jalan ini adalah Istiklal Avenue atau dalam bahasa Turki, Istiklal Caddesi memang penuh butik-butik high end la sonang cerita). pastikan korang jalan-jalan terus tu, jumpa Tudors, Nine West belah kanan korang. pastu ada starbucks di sebelah kiri korang. jalan terus sahaja

kedua
lepas dah jalan terus menyelusuri Istiklal Avenue atau Istiklal Caddesi, korang akan jumpa satu bangunan besar warna kuning, ada bendera di hadapan. pagar dia pun besar. ha tu adalah sekolah ye Galatasaray High School atau dalam bahasa Turkish, Galatasaray Lisesi

ketiga
ni gambar penuh high school tu sumber dari google image. ecewah. depan sekolah ni ada pintu gerbang besau sangat-sangat dan cantik! (korang kalau sesat-sesat tanya je orang sekeliling korang nak pergi Galatasaray Lisesi. kalau sebut Galasaray high school diorang cam blur-blur terkial-kial sikit. English diorang tak berapa nak elok kan)

keempat
depan sekolah ni ada lorong kecil belok kiri. korang belok kiri. nama jalan ni adalah Mesrutiyet Caddesi. kedai dekat corner jalan tu namanya Ayvalik Tostcusu. signboard warna hitam, tulisan warna putih. beso tulisannya. mesti nampak punya! hihihi

kelima
bila korang masuk lorong ni, korang akan jumpa HSBC Bank di sebelah kanan kiri korang. HRC berada di sebelah kiri korang. make sure korang tengok betul-betul HRC ni sebab HRC dia kecil jek. mudah terlepas pandang tak perasan. cenonet je signboard bulat dia ha kat kedai tu. ekekeke

keenam
taraaaaaaa, dah pun sampai HRC! HAHAHA

dah dapat saya punyaaaa! anda bila laaaaaaagi?
(1 baju dalam 25 USD tapi kat sana pakai TL tapi tak ingat berapa TL

ni bukan gempa bumi
ni kekejungan tangan namanya. HAHA

so, semoga penerangan ringkas ni dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya bagi penggemar kipas-susah-nak-mati barang-barang Hard Rock Cafe. jangan missed pergi Hard Rock Cafe, Istanbul, okey!

TATATITITUTU

Saturday, April 05, 2014

Umrah : Rukun Umrah (basic yang perlu anda tahu)

salam ukhuwah,

InsyaAllah, untuk entri pertama umrah, saya akan berkongsi tentang rukun umrah dimana untuk melakukan umrah, korang patut dan mesti tahu rukun umrah ni sebab ini adalah basic atau asas dalam mengerjakan umrah. sebenarnya hendak melakukan umrah tu mudah saja mungkin kalau yang belum pernah melakukan umrah atau tidak berapa tahu umrah akan terasa susah dan tak dapat bayangkan sangat macam mana umrah tu. so, sebagai panduan asas ataupun panduan awal, saya akan berkongsi ilmu tentang rukun umrah untuk semua orang secara bergambar. moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah :)


so, basically untuk melakukan umrah terdapat 5 rukun umrah yang perlu kita lakukan supaya ibadah umrah yang kita lakukan itu lengkap dan diterima Allah. rukun umrah tersebut adalah niat ihram di miqat, tawaf sekeliling kaabah sebanyak 7 kali, saie Safa ke Marwah sebanyak 7 kali, bertahlul atau bergunting helaian rambut sebagai tanda membebaskan diri dari Ihram dan terakhir tertib, iaitu melakukan umrah secara tersusun dan tertib. saya akan terangkan secara teliti satu persatu rukun tersebut di bawah sebagai panduan semua, InsyaAllah. 

1. berniat ihram di Miqat (sempadan)

contohnya di Tana'im (yang paling dekat dengan Masjidil Haram), Masjid Ja'ranah, Masjid Hudaibiyah, Bir'Ali (kalau dari Madinah), Qarnul Manazil (kalau kita naik flight dari Malaysia ke atau arah lain yang lebih kurang Malaysia ke arah Jeddah dan destinasi pertama kita adalah Makkah, maka korang boleh bermiqat atau berniat dari atas flight. kalau yang nanti turun Jeddah kemudian ke Madinah, tak perlulah berniat ihram pula. lama lagi nak wat umrah tu. HAHA. nanti dalam flight diorang akan umumkan bila dah sampai di sempadan untuk melakukan niat ihram nanti dan pastikan yang akan ke Makkah, dah siap-siap pakai ihram sebelum berniat ihram untuk lelaki), Al-Juhfah (kalau dari Mesir/Syria) atau Za'atul Irqin (kalau dari Iraq). ha, masa ni yang lelaki dah boleh pakai ihram tanpa spender tau sebab spender tak boleh sebab bahan berjahit. memang kena berpakaian ihram sahaja. selepas ihram, bolehlah bersolat ihranm dan boleh mulakan perbanyakkan bertalbiah "Labbai Kallahumma Labbaik" dan jaga 13 pantang larang untuk mengelakkan kena dam!

13 pantang larang ketika dalam ihram
  • menggugurkan rambut atau bulu di badan (tak kiralah cukur ke, potong ke, cabut ke atau gunting ke. semua tak boleh. kalau gugur sendirinya tu dimaafkan)
  • pakai perfume (haa, tapayah nak wangi-wangi ye. kita semua sama ja nanti)
  • memakai sarung tangan
  • mengerat kuku
  • memburu atau membunuh binatang yang halal dimakan (nyamuk idoklah dik non. tapi jarang oi jumpa nyamuk kat sana. HEHE)
  • menebang, memotong, atau mencabut tumbuh-tumbuhan di Tanah Haram
  • menutup muka (ha yang ni untuk perempuan paling penting. lepas dah ihram, tak boleh dah ha nak pakai sunglasses-sunglasses ni. takpayah nak cantik-cantik atau takut panas. 
  • menutup kepala bagi lelaki (topi-topi, kain lilit kat pala pun tak boleh)
  • berakad nikah sama da kahwinkan orang atau awak sendiri kahwin sewaktu dalam ihram. manalah tahu. tak boleh!
  • perkara-perkara yang membawa kepada persetubuhan
  • yang ke arah persetubuhan pun tak boleh, apalagi bersetubuh ye dop?
  • kissing-kissing. hehe
  • satu lagi lupa la. hehe. 

Masjid Tana'im. 
dekat saja dari Masjidil Haram. about 10-15 minutes saja. boleh naik teksi ke sini, atau van-van sapu (tapi rasanya macam dah tak ada van-van ni)

Bir' Ali
about 20-30 minit dari kota Madinah. biasanya kalau jemaah yang buat umrah, diorang pergi Madinah dulu, dalam perjalanan ke Makkah, diorang akan berhenti di sini untuk bermiqat.

Masjid Ja'ranah. (Umrah 2014) 
Masjid ni akan kita ziarah kalau kita pergi ke area Mina, dan Muzdalifah tempat jemaah-jemaah haji berkumpul untuk wukuf tu :)

Masjid Hudaibiyah (Umrah 2014)
ini pun termasuk dalam ziarah (biasanya ziarah kedua selepas ziarah kawasan Haji). Masjid Hudaibiyah ni tak jauh pun dari kota Makkah. sekalian ziarah masjid ni, biasanya kita akan dibawa ke ladang unta dan muzium Makkah

2. tawaf sebanyak 7 kali

Kaabah Kiblat kita (Umrah 2011)
mana nak dapat dah pandangan Kaabah macam ni luas. sekarang dah ditutupi dengan deck tawaf yang baru tu, so kawasan bawah ni dah jadi sempit dah. ini adalah suasana di Masjidil Haram waktu Umrah 2011

sebelum memulakan tawaf, make sure dah ada wudhuk tau, masuk ke masjid seeloknya membuat solat sunat tahyatul-masjid, kemudian tengok Kaabah, dan baca doa melihat Kaabah. lepastu mula niat tawaf dan memulakan tawaf dari lampu hijau dimana Hajar Aswad diletakkan. pastikan bahu kiri korang di sebelah Kaabah, dan jangan sampai bahu kiri korang tidak berada di sebelah Kaabah (terpusing ke, terbelakang ke) alamatnya, kena pusinglah lagi sekali. perlu ada air wudhuk. kalau batal, kena amek wudhuk balik dan mulakan dari awal dari lampu hijau sampai ke lampu hijau lagi. sambil tawaf tu sebenarnya ada bacaan-bacaannya (recommended rujuk buku gantung umrah & ziarah tu senang sikit) kalau tak pun, sentiasalah berzikir dan masa ni nak berdoa apa-apa pun boleh. tak ada masalah. masa ni korang kena khusyuk tawaf, jangan fikir lain-lain. kalau buat umrah dengan keluarga, jangan fikir terlepas lah, hilang lah apalah. pesan pada ahli keluarga masing-masing sebelum buat umrah, andai kata terlepas atau terpisah waktu tawaf, habiskan tawaf dan tunggu di tempat keluar di bawah lampu hijau. selepas abis tawaf, boleh solat sunat tawaf dan berdoa :)

Kaabah Kilat kita (Umrah 2014)
inilah suasana di sekitar Masjidil Haram di tempat yang sama saya ambil gambar seperti gambar di atas pada Umrah 2011. dah tertutup dah. dah tak luas dan sangat penuh dengan orang.

gambaran dari tingkat 2 Masjidil Haram (Umrah 2011)
sekarang dah tak nampak secantik dan seluas ni sebab ada deck tawaf yang mengelilingi Kaabah. rasa macam sempit pula masjid sekarang. tak apalah, untuk kemudahan semua jemaah 
:)

3. saie 7 kali dari Safa ke Marwahh

korang jangan pulak buat Marwah ke Safa. tak pernah dibuat orang tau or korang amek short cut dari celah-celah pintu ke Saie tu, korang mulakan tengah-tengah tak start dari Bukit Safa. amatlah salah ye. so, korang start dari Safa, baca doa, hadap kiblat (Kaabah) lambai Kaabah (seolah-oleh je jangan korang cari mana kaabah mana kaabah pulak) kemudian berjalan ke arah Marwah. bila sampai di lampu hijau seperti dalam gambar ni, jemaah lelaki disunatkan berlari-lari anak sampailah lampu hijau satu lagi. nanti kat Marwah baca doa lagi, hadap kiblat, lambai dan teruskan lagi perjalanan ke Safa. dikira 1 perjalanan apabila dari Safa ke Marha, then 1 lagi lagi perjalan Marwah ke Safa. so dah kira dua dah. cukupkan 7 kali, selesai saie. oh ya, waktu saie tak ada wudhuk pun tak apa tau tak macam tawaf. so terkentut waktu saie pun tak apa dah. jangan pula korang tahan tahan plak kentut tu. tak perlu amek wudhuk balik. sebaiknya kalau boleh maintain dalam wudhuk lebih baik, ye dop? nak berhenti tepi-tepi rehat-rehat kaki kejap ke atau minum air ada disediakan tong-tong air zam-zam pun boleh. janji cukup 7 perjalanan.


Bukit Safa (Umrah 2014)
ha mulakan dari sini. ni gambaran kawasan Saie ditingkat atas sebab tingkat bawah penuh so kena pergi tingkat 2. saie ada 3 tingkat ya. tingkat atas sekali lebih panjang lah perjalanan sebab tak ada bukit nak naik, so rasa lebih panjang. hehehe 

Saie (Umrah 2014)
kitorang berhenti sekejap dekat tepi-tepi sebab masing-masing exhausted dan rasa sesak sebab ramai sangat orang dan abah pun kaki sakit sebab ada gaout so kena slow-slow ber-saie

Bukit Marwah (Umrah 2014)
you should end here

4. bertahlul
bila korang dah cukup 7 kali perjalanan (sepatutnya korang berakhir di Marwah), dah boleh baca doa selepas saie, diikuti doa apa-apa yang korang nak doa dan kemudian bertahlul iaitu memotong sedikit rambut kepala sebagai tanda habis umrah dan bebas ihram. kalau yang botak, cukup sekadar mengalurkan gunting di kulit kepala (konon-kononnya macam menggunting rambut macam tu). masa ni korang dah bebas berihram. dinasihatkan korang janganlah duduk di depan-depan tu sebab menganggu jemaah kan since korang dah habis. korang kalau nak duduk ke apa, pergi belakang sikit. mind you, dekat situ kadang-kadang ada budak dan bapak budak yang meng-offer diri untuk mengguntingkan rambut. sekali dia minta duit 10 riyal sudah tuk sehelai rambut. bukan tak boleh, tapi macam tak eloklah kan. kalau jenis tak kisah, niat kita sedekah pada budak-budak tu. sebaiknya, kita minta ahli keluarga kita saja yang tahlulkan untuk kita. jangan potong sendiri pula tau! HAHA.

Tahalul (Umrah 2011)
gunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut ya. rambut bukan bulu-buluan. hehe.
untuk perempuan sebaiknya dipotongkan. kalau lelaki potong sendiri lepastu potongkan ahli keluarga korang

Bukit Marwah (Umrah 2011)
berehat-rehat di Bukit Marwah di tingkat bawah.
dekat tingkat bawah ada batu-batu macam ni macam ni

selepas selesai saie dan sebelum tahlul (Umrah 2011)
jangan lupa banyakkan berdoa ya selepas bertahlul.
jangan miss untuk berdoa di mana saja di Tanah Haram! :)


5. tertib
iaitu dengan syarat kesemua rukun umrah ini dilakukan seperti no 1-4 tu secara berurutan. maksudnya, taklah ikut sukahati nak mulakan saie dulu ke, atau tayah niat ihram ke. ha macam tu. selesai tahlul kira sudah selesai 1 umrah. kalau larat boleh pergi berniat umrah lagi (paling dekat dengan Masjidil Haram atau kota Makkah adalah Masjid Tana'im about 10-15minutes by taxi). dalam RM50 gakla 1 taxi 4 orang. kalau zaman dulu sehingga 2011 harganya RM20 je 1 taxi pergi balik. sekarang dah mahal pula. mungkin sebab ramai kot jemaah sekarang. dulu ada bus-bus shuttle macam bus ting-tong dan van-van sapu tau untuk ke Tana'im dengan bayaran sorang 2 Riyal / RM2 je pergi balik, tapi nampak gayanya bas bas kecil dan van-van tu dah tak ada dah. dah kena sapu kot. hehe.

semoga entri kali ni, ilmu ringkas ini bermanfaat untuk semua. you're free to share with friends and family. kalau ada kekurangan, boleh ditambah, kalau ada yang salah boleh diperbetulkan ya! InsyaAllah :)

last but not least,
ini bukan saie umrah
ini saie balik hotel.
haha
bye!


coming soon : Dubai - Doha - Madinah - Makkah - Istanbul

salam ukhwah,

InsyaAllah, saya akan update sikit-sikit trip saya pada Januari-Februari yang lepas bersama keluarga.
tiga negara
lima buah bandar utama
dua puluh hari mengembara

puas, saya puas travel lama-lama macam ni
:)

nantikan ya! :)

Friday, February 01, 2013

iklan sebentar. HEHE

salam ukhuwah,

ops, ops, nak iklan sikit. kepada yang berminat ya,
yang tak berminat pun tak apa, tengok je. :)

cantik tak?

menarik kan?

cantik kan?

LAST LAST LAST





begini ceritanya. mak aiza jual handbag and purse cantik-cantik ni. so disebabkan tinggal empat unit sahaja yang tinggal, nak clear-kanlah siapa-siapa yang berminat. this is not ORIGINAL COPY for sure. kalau original copy, mestila aiza jual beribu-ribu kan. HAHA so, ni high grade quality. quality baik macam original, taklah nampak fake sangat. 

if anyone interested, 
PM ME through Facebook (neoneweirdo@gmail.com)
you can email me through neoneweirdo@gmail.com
sms/ whatsapp me at 012-7444004
or reply je comment kat bawah ni. hehe

jangan risau, harga boleh deal, boleh tawar-tawar, okey? 
thanks kawan-kawan! :D




Thursday, March 24, 2011

sushi Angry Bird

salam ukhuwah,

Angry Bird bukan saja sebuah permainan yang sedap untuk dimain, sedap untuk menghilangkan stress (tapi, kenapa saya rasa lagi stress main?), sedap untuk bersuka-ria, sedap untuk mengisi masa lapang tatahu nak buat apa, sedap untuk menambahkan kerabunan mata, malahhhhhh, ia sedap untuk dimakan! 

tak percaya ?




mempersembahkan
sushi ANGRY BIRD yang comel
sampai tak sampai hati nak makan sushi-sushi comel-comel ni (apa ayat ni?)
sepupu saya rizza yang handsome (katanya =.=) yang buat
so, siapa-siapa nak sushi bentuk Angry Bird yang comel ni, pergilah mengorat dia. 
KAH KAH KAH KAH

tak sabar nak tengok sepupu saya tu buat satu set keenam-enam burung yang sangat optimis menentang binatang hijau bulat-bulat tu
tapi, tak adalah nak buat sushi bentuk binatang hijau bulat-bulat tu
jadi tak halal kang makan. hep! haram okey makan menyerupai makanan yang haram
heeeeeeeeeeeee
reza cepat balik Malaysia buatkan sushi Angry Bird! 

*chop. apepasal entri ni macam nak kipas-kipas si rizza ni?*
=.=

Wednesday, March 02, 2011

family - L O V E them. H U G them KISS them :)

salam ukhuwah,

"when you look at your life, the greatest happinesses are family happinesses"
Joyce Brothers

LOVE.HUG.KISS
them
they are mine
a part of my family. treasure of my life

LOVE.HUG.KISS
them
dear Allah
do bless them and keep them in happiness with their mum and dad
their families
indeed, a part of my family too



 Nur Athirah binti Khairul Rizal  
♥ Nur Aliah binti Khairul Rizal 
♥ Ahmad Irsyad bin Khairul Rizal 





♥ Muhammad Nur Imaduddin bin Mohd Sheeril Azri 
♥ Nur Ikmaluddin bin Mohd Sheeril Azri 

cikjott miss you so much. yes, i do
:( :( :( :( :( :(

**benci betul kalau balik-balik Malaysia je dari tak boleh cakap, jalan, jumpa-jumpa dah boleh bebel, dah boleh lari. rasa macam tak nampak kauorang budak-budak membesar.tup tup BESAR**
=__________________________=

mereka sangat comel, kan?
tengok makcik dialah
bak kata peribahasa lama dibarukan,
"like aunty, like nieces and nephew-lah"
kalau rasa nak muntah sekarang, dipersilahkan muntah
KAH KAH KAH KAH

siapa lagi nak puji, kalau bukan diri sendiri, ye tak?
*wink*wink*wink*

and welcome to the world, and to the family
to our newborn


Nur Irdina Hafizah binti Mohd Sheeril Azri 
Dina's First Picture
macam manalah anak-anak saudara saya tak jadi pandai posing ewah-ewah depan camera kalau lahir-lahir je dah didedahkan dengan lensa kamera. tengok Dina, comel je first attempted posing dia depan camera
macam makcik dialah. camerawhore juga dia ni
LALALALALALALLAALALALA

seriously, cik jott yang jauh di mata dekat di hati kauorang (kalau dekatlah dengan hati kauorang wahai monster-monster-ku ==') sangat merindui anda semua
cik jott loves you sooooooo fa mi re do much !

semakin bertambah anak saudara, semakin tua umur makcik dia
ALAMAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAK!


Tuesday, January 04, 2011

asam pedas oh!

salam ukhuwah,

sejak duduk rumah ni, hari-hari makan sedap. apalagi, mestilah makin membulat macam bola. hari-hari makan sedap tambah-tambah lagi, hari-hari dapat makan asam pedas. wow, heaven-nya rasa hidup ni kau tahu bila dapat makan asam pedas. kat Medan mana ada asam pedas? nak harap saya masak? boleh memang boleh. tetapi, pengalaman saya mencuba masak asam pedas beberapa kali disana, tak pernah mendapat asam pedas macam mak ab
ah masak. tambah-tambah lagi, jenis ikan yang agak LIMITED di sana, membuatkan rasa asam pedas tu lagi tak sedap. asam pedas yang paling sedap pada saya adalah asam pedas ikan duri, ikan semilang, ikan pari.siapa setuju angkat kaki cepat! asam pedas dan saya agak sinonim dikalangan keluarga, saudara-mara dan rakan ketat. saya tak tahu kenapa saya suka sangat-sangat asam pedas, tetapi, seriously yer, saya tak pernah jemu dengan asam pedas. kenapa suka asam pedas? TATAHU. describe suka?

kenapa asam pedas?


kenapa asam pedas bukan kari, bukan gulai Kedah (ehemm..), bukan ayam lemak cli api, bukan pecel lele blablabla? sebab asam pedas menjatuhcintakan saya pada asam pedas.apa ayat saya ni? maksud saya, aroma, bau, rasa asam pedas sudah cukup mencairkan hati saya. tak kisahlah asam pedas bentuk macam manapun. mungkin, sebab saya orang Johor? yelah, kalau orang selatan ni, suka asam pedaslah, kalau orang nogori, suka lemak cili api, kalau orang Kedah, suka gulai Kedahlah. typical kan sebab dibesarkan dengan lauk itu, maka lidah ni memang peka dekat lauk tu jelah.seperti saya, mungkin asam pedas tidak akan pernah lekang dari juadah wajib saya berbanding lauk-lauk lain berbeza pula dengan orang Kedah atau Negeri Sembilan, Gulai Kedah dan lomak cili api mesti always in heart, kan? kalau sayakahwin dengan orang bukan Johor pun, saya tak peduli. asam pedas tetap lauk utama hidang atas meja. kena makan juga! HAHAAHA


apa yang menarik tentang negeri Johor (ehem, nak kipas-kipas Johor ni kenapa?) adalah anak-anak daranya yang cantik-cantik belaka. like me? eh, tidak. memanglah anak-anak dara dia cantik-cantik belaka, tetapi yang lebih menarik dari itu, Johor ni seakan-akan syurga makan
bagi orang-orang yang suka makan macam saya. (no wonder kau tembam montel,Aiza =='). so, kalau nak rasa pelbagai makanan sedap-sedap sampai termimpi-mimpi, atau mungkin sampai tidur pun mengigau, boleh pula makan sambil tidur tu, marilah datang Johor. eh, saya tak cakap tau masakan negeri lain tak sedap. bukan-bukan, maksud saya, Johor diantara negeri yang buaaanyak makanan best-best. percayalah. ceruk mana pun datang kat negeri ni, mesti ada makanan. kitorang ada laksa Johor, otak-otak kempas yang syiok gila, mee bandung Muar, nasi beryiani gam Batu Pahat, telur pindang, and banyak lagilah (takkan nak senarai semua kan?). yang paling penting, asam pedas! apa beza asam pedas Johor dan Melaka? mak saya cakap, beza dia kepedasan, kemasaman, dan kepekatan lauk dia. entah, saya tatahu. tapi yang penting, memang berbeza. hee.

okey, kalau nak senang lagi, kahwinlah dengan orang Johor agar anda mendapat privillage untuk makan makanan sedap-sedap hari-hari tak perlu sampai mengigau makan kat dapur masa tidur. eh, saya tak bermaksud kenen-kenen dengan saya tahu! orang Johor tu buaanyakk.so pilihlahhhh. heeee!



p/s : sejak cuti ni asyik rasa nak makan je. tak lapar pun nak makan juga. lapar pun memanglah akan makankan. bahaya ni.habislah =='

Saturday, July 11, 2009

hari kesebelah bulan Julai

salam ukhuwah,

biological clock saya telah berubah secara tiba-tiba
saya tidur petang plus jam 8-10 malam
kemudian berjaga macam burung hantu dari jam 12-sampai pagi.
even sampailah sekarang
siapalah punya angkara menukar jam biologi saya ni kan?

sebenarnya, mood jiwa saya masih dalam keadaan menyongsang
tapi saya songsangkan lagi dengan merapu tah papa
semalaman saya menyanyi dengan yakinnya
nak tahu lagu apa?
saya nyanyi lagu HATARAKI MAN! yeay!
(terima kasih kepada zahida kerana memerkenalkan lagu yang ntah pape tapi sangat sihat ni)

一つ人より働いて
(hitotsu hito yori hataraite)

二つ不満は口にせず
(futatsu fuman wa kuchi ni sezu)

三つ未来と 四つ世のため
(mittsu mirai to yottsu yo no tame)

五ついつまでも
(itsutsu itsu made mo)

今日も働き働き働く 力の限り
(kyo mo hataraki hataraki hataraku chikara no kagiri)

荒波超えて山超えて
(aranami koete yama koete)

ゆくぞ働きマン
(yukuzo hataraki man)

HAPPY BIRTHDAY 11th JULY

kakak saya, Dr Sheerine Azlin bt Mohd Tahar

zuriana a.ka keyek a.k.a comot gila jepun. jiran bilik paling best. sayang kau keyek! ;)

p/s terasa sangat hipokrit pabila berlagak cool padahal jiwa cam bergoncang. sila somebody, repair dan fix jiwa saya ini.terima kasih

Friday, May 15, 2009

aim.high.MODE

salam ukhuwah,

budak ini kan sangat gila. tidur non-stop 16 jam. Malaysian Book's of Record? mati-mati ingat kamu sakit atau apa. hohoi. sedapnya tidur lama-lama. nak tidur macam tu gak. tapi, saya ni kaki bangun tiap jam. kaki yang bangun?


Dr.House in Action. semua notes aku dicover dengan muka House yang kene selotep mulut dia. sebab saya sangat suka suka sangat itu House.my idol always.

a i m . h i g h . m o d e
musim examination starting this monday, 18 may
haematologic & immunologic system
i smell to score in that paper.my favourite.macam house. suka suka.yeay

doakan kejayaan saya okeh!!
malas pikir pasal indonesia ini. saya pikir mau setadi then mau balik malaysia dan lepak!



Monday, May 11, 2009

happy birthday budak cumel!


hari ini birthday si budak comel ini

Muhammad Nur Imaduddin bin Mohd Sheeril Azri
(kene highlight nama bapak dia skali kang kata aku ni zzzzzzzzzzzzzzzz...)

HAPPY BIRTHDAY BABY DEEN!! 
SWEET 3th! 

nanti cik Jott balik Malaysia cik Jott belanja JCo n beli hadiah eh!
cayang baby Deen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...