Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO ada.apa.dengan.aiza89.se.org
Showing posts with label doktorlah. Show all posts
Showing posts with label doktorlah. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

doctor-in-making

salam ukhuwah,

*please mind to ignore the awkward face  up there*

tanggungjawab utama
BELAJAR
tanggungjawab lebih utama
BELAJAR untuk MAK ABAH
tanggungjawab yang lebih utama
BELAJAR sebagai MEDICAL STUDENT untuk jadi DOKTOR untuk MAK ABAH

"pahit, getir hidup, dan pengorbanan. terpaksa dialami demi kejayaan" 
- Standing In The Eyes Of The World, Ella

maaf atas ketidak-update-an blog 
hampir bersarang ya blog usang ni.
will update soon
ada tugas dan tanggungjawab yang perlu diletak di tingkat teratas
bukan sahaja letak, but do it!

kalaulah exam itu, hanya sekadar 'google-it, read blogs, share forum'
easier ? worsen ? 
hahahaha. sempat merepek !



Sunday, August 21, 2011

yes,im fat.i've reason why.

salam ukhuwah,

entri kali ini bukan entri berunsur tidak puas hati
atau nak menunjukkan emo atau marah
tetapi, ini kisah hati dan realiti
yes, it's me. totally it's me
that fat girl, yang dulu kurus sekarang gemuk tu?

ya, saya gemuk. saya mengaku. saya gemuk. saya tidaklah secantik dahulu (ops, dulu cantik ke? perasan.menyampah.okbai). bukan nak angkat bakul, heret bakul sendiri, tapi saya akui penampilan saya dulu, jauh lebih menarik dari sekarang. jauhlah. jauh. macam dalam iklan turunkan berat badan kat tv-tv tu. sebelum dan selepas.tahu? bezanya, kalau iklan dalam tv tu, sebelum gemuk selepas kurus. terbalik dengan saya, sebelum kurus, selepas gemuk. terima kasih.

kauorang pernah hadapi situasi ini ?

si makcik A : ek eh, cik blabla. lama tak jumpa!
si makcik B : haah lah lama tak jumpa! kau apa khabar sekarang?
si makcik A : biasa-biasa jelah. eh, ini siapa. anak kau ke cik blabla?
si makcik B : haah.anak aku yang nomo tiga. 
si makcik A : dah kahwin ke belum ni? belajar ke kerja?
si makcik B : eh, belum lagi. baru habis belajar ni ha. kejap lagi sambung belajar lagi katanya
si makcik A : eh, belum kahwin lagi badan dah melebar ni ha. londeh sana sini. jagalah badan sikit !

si makcik A dan si anak hanya tersenyum tawarlah juga. =___________________='

tapi perasaan si anak? hanya Allah sahaja yang tahu. tahu tak?

situasi kedua

minah A : alah, aku dah gemuklah.tengok ni pipi aku ni (padahal kurus kering macam lidi.tatahulah gemuk apa tahnya)
minah B   : kau gemuk apanya. tak gemuk pun (dalam hati si minah B, sedihnya aku.nak perli aku ke apa. aku gemuk ni)
minah A  : cuba kau tengok pipi aku ni. tengok. tembam. tak suka. buruknya kalau pipi tembam! oh gosh, huduhnya aku

dan kemudian, minah B membelek-belek pipi sendiri. aku tembam. aku huduhlah? sedihnya. 

apa agaknya perasaan minah B itu ?

saya ada sebab kenapa saya begini. 
SAYA SAKIT
tiga tahun kebelakangan ini 
SAYA SAKIT

disebabkan sakit, saya makan ubat. semorang tahu kan kalau sakit makan ubat? ha, bagus kalau tahu.kalau tatahu nanti saya bagi ubat.kaw-kaw punya nanti effect sama dapat macam saya sekarang dapat. tahniah. takut kan nak berubat dengan saya? hey please. trust me, im a future doctor,hokey! (boleh lempang sekarang budak ni sebab terlalu naik sheikh poyo dia.mengarutlah). so, sebab saya sakit, saya makan ubat. unfortunately-nya, saya diberi ubat yang orang kata tak secocoklah dengan saya. tak ngam dengan badan. kebiasaanya, saya makan ubat sekian sekian. tetapi memandangkan selama tiga tahun tu saya tak berubat di Malaysia, dan berubat di sana. alah, sana. tempat saya belajar tu. maka, terdapatlah perubahan dari segi pengambilan ubat. nak-nak, sekali saya sakit, dia bagi ubat paling kaw kaw punya. i guess, medical student tahu ubat apa, memandangkan ubat ni popular sebagai "King of Medicine". 

dan disebabkan "King of Medicine" itulah, saya mengalami beberapa perubahan yang ketara. salah satunya paling paling ketara adalah inilah. lemak sana sini seperti mana yang kauorang tengok saya. ya, dulu saya tiaada pipi yang montel. sekarang ada. dulu saya ada pinggang okey-okey size. sekarang saya ada pinggang lebar. dulu saya ada thights yang power sebab saya ahli taekwondo kerjanya suka tendang-tendang, sekarang saya ada drumstick macam peha ayam saiz jumbo punya.

agak-agak kauorang, saya suka tak benda-benda ni jadi macam ni?
"so try put yourself in others shoes. cuba rasa apa yang saya rasa.agak-agak, mahu?"

pernah dengar Cushing's Syndrome ?
okey cuba google apa tu Cushing's Syndrome. 
then, after that, kauorang dapatlah jawapan ubat apa saya makan, dan kenapa saya jadi begini.
taraaaa. belajar Medicine senangkan? 
HA HA HA HA
kalaulah dalam exam boleh ber-google, jangankan Medicine, semua course pun senang
macam tu, google jelah sorang-sorang pandai dalam dunia ni!
HA HA HA HA
gile tak kelakar. pffff.

so, yes. i've that syndrome. it's Cushing's Syndrome
so, disebabkan saya dijangkakan ada sindrom ini oleh doktor saya consult dulu
saya mempunya tanda-tanda ini
walaupun belumlah teruk, sebab berjaya tempis awal-awal
tapi, at least, hampir 90% saya ada tanda-tanda ni



dan salah satunya, adalah GEMUK
so, bagi beberapa masyarakat yang tiada sopan-santun tu.
terima kasihlah sebab selalu buat saya menitis air mata bila dengar kata-kata kurang sedap didengar tu
tapi, saya tak kisah pun.cuma yelah, hati perempuan
tergurislah juga.
BUT


as long as orang-orang yang memahami dan tersayang saya kata, "it's okey"
Mr.doctor pun kata it's okey.so okeylah.
yerp. i'll be okey. 



so, SAYA TAK GEMUK
saya cuma TAK SIHAT

oh satu lagi
"i hate when somebody thinner than me said that he/she is fat"

please, put yourself in others shoes. tolonglah jaga perasaan orang-orang disekeliling anda.
tak semua ada hati yang kebal. ada juga hati ada taman.
oleh itu, marilah kita berbudi bahasa, menjaga perasaan antara satu sama lain

tak salah GEMUK kan?
:)

Allah bukan tengok kita gemuk ke kurus, cantik ke tidak. Allah tengok amal dan iman kita. 
itu yang penting sekali
noktah




Wednesday, March 02, 2011

medicine - ebooks Neurology & Psychiatry

salam ukhuwah,

asyik-asyik kita berceloteh, berkongsi tentang benda-benda yang tak berapa nak manfaat lagi-lagilah untuk peringkat umur sepert saya, iaitu pelajar, kita beralih kepada yang lebih bersifat knowledge dan fiction. yelah, asyik mencoret pasal jalan sanalah, jalan sinilah, tengok-tengok sanalah, tengok-tengok sinilah, sampai lupa pula saya ni pelajar perubatan (ehem,tak berapa nak sesuai sebenarnya nak dipanggil budak Medicine, look at me, am i qualify ?) hoi hoi hoi, cakap beragak ar, sekali saya suntik, pengsan kauorang. trust me, i am a doctahhhhh!

dah mula merepek. BLUUUUURGHHHH

memandangkan saya sekarang berada di blok Brain & Mind System (BMS) di mana ia meliputi pembelajaran dalam subjek neurology, psychiatry dan psychology, so saya nak share disinilah beberapa ebook yang sempat saya upload sepanjang saya guna broadband internet laju yang tersayang, WIGO. saya tak panggil dia burukband atau berukband sebab dia laju. bias kan? HAHA.kini WIGO tinggal kenangan setelah masa percubaan atau trial version dah expired dua hari yang lepas, saya dah pun kembali ke internet asal saya, yang tak berapa nak nyambung terusssssssssssssss tu. dah tak dapat tengok AnwarHadi dengan Matlutfi dekat youtube tu tanpa pergi toilet lama-lama, semata-mata nak tunggu buffering habis. =____=

okey, inilah beberapa buku yang boleh kauorang download especially untuk medical students sekalian. eh, jangan ingat medical students je boleh download tau. no limit. makcik pakcik kat luar sana kalau nak download pun boleh. siapa cakap buku Medicine tu mesti budak Medicine yang kononnya brilliant gila tu je yang boleh baca. selagi itu ilmu, siapa-siapa pun boleh baca. 

meh men-download! ;)

okey, ni adalah ebook-ebook yang saya selitkan dalam entri kali ni. selamat men-download ;)

here's the link. kalau link mati  kasitau saya nanti saya charge dia bagi dia hidup balik.chewah

Anatomy Of Anxiety, Hans Bellmer

Anti-anxiety Drugs (Drugs the Straight Facts), Donna Toufexis and Sayamwong E. Hammack

Psychological Disorders - Anxiety Disorders, Suchetta Connolli

Automated EEG-Based Diagnosis of Neurological Disorders, 2010

Biological Psychiatry, 3rd Edition

Cambridge Textbook Of Effective Treatment In psychiatry

Childhood Epilepsy Language, Learning And Behavioural Complication

Clinical Neurology, Mc GrawHill, 5th Edition

Clinical Pediatric Neurology, 3rd Edition

Imsomniac And Anxiety, Colleen E. Carney & Jack D. Edinger

Essential Of Personality Disorders

Essential Of Psychiatry

Examination Notes in Psychiatry, 4th Edition

First Aid for the Psychiatry Clerkship (Clinical Clerkship)

Handbook of Anxiety and Fear (Handbook of Behavioral Neuroscience)

Lippincott Textbook of Neurology, 10th Edition

Little Black Book of Psychiatry (Jones and Bartlett's Little Black Book)

Mosby's Handbook of Medical Psychiatry 2nd Edition 2004

Neuropsychology of Epilepsy and Epilepsy Surgery (Oxford Workshop)

Paediatrics Epilepsy

Personality-Disordered patients Treatable and Untreatable

Pharmacotherapy for Mood, Anxiety And Cognitive Disorder

Sleep Disorder and Psychiatry

Sleep Disorder- A Practical Approach

Social Anxiety Disorder, Medical Psychiatry, 29

Springer, Anxiety in Health,Behaviour And Physical Illness

The Cambridge Handbook Of Personality Psychology

Treating Health Anxiety

kawan-kawan jangan risau, semuanya dalam bentuk Mediafire, so lajulah sikit nak download kan lagi-lagi kalau kauorang guna IDM, insyaAllah tiada masalah. tambahan lagi (eceh, tambahan lagi.skema) ebook-ebook ini dalam format file kecik-kecik je paling-paling pun puluh-puluh MB je. saya faham, kauorang mesti mengalami masalah kalau nak download tambah-tambah lagi kalau internet korang lagi laju sikit je dari siput bab*. HAHAHAHA. oh ya, siapa nak request ebook-ebook yang kauorang hajati pun boleh manalahtahu saya ada ebook tu boleh kongsi-kongsi.so, selamat men-download! nanti saya upload untuk ebook-ebook lain pula. mana tahu saya upload ebook resepi pula, kot-kotlah tukar profession. lalalalalalala

pergi sambung buat tutorial, Aiza!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...