Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO ada.apa.dengan.aiza89.se.org
Showing posts with label Travel : Istanbul. Show all posts
Showing posts with label Travel : Istanbul. Show all posts

Sunday, September 27, 2015

Turki : The Ambassador Hotel In Historical Center, Istanbul

salam ukhuwah,

aduhaaaaaaaii! agak lamanya lahai tak update blog usang ni. ni tiba-tiba dapat semangat nak update blog yang dah lama tak meriah ni. sebenarnya, banyak yang nak dikongsi, di-share, dan dah banyak juga tempat saya travel dalam beberapa bulan ni yang nak di-share tapi sebab asyik tertangguh saja, maka tak ter-share-lah akhirnya. in fact, entri-entri tahun lepas pun tak habis di-update. maafkan saya. maafkan kemalasan dan ketidakdisiplinnya saya meng-update blog. ewah.

saya nak sambung tentang Istanbul memandangkan saya suka nak share macam-macam tentang Istanbul. sebenarnya rindu dekat Istanbul so as a part of rindu Istanbul, saya luahkan dekat dalam blog saya dengan share info-info yang mungkin bermanfaat kepada reader-reader-lah kan. tiba-tiba rasa skema pula saya menulis kali ni. alahai. mungkin sebab dah lama tak ber-blogging, maybe? 

The Ambassador Hotel In Historical Center, Istanbul

saya suka nak share accomondation yang saya dan keluarga tinggal masa dekat Istanbul ni sebab banyak kelebihannya sebenarnya especially untuk yang datang ke Istanbul bersama family khususnya, yang bawa warga tua dan anak-anak. of course kalau bawa warga tua dan anak-anak location adalah point paling priority kan kalau nak pilih hotel? so, here we are. one of the best hotel with superb location in Sultanahmet area, The Ambassador Hotel in Historical Centre, Istanbul. mai sini ceq nak share semuaaaaaaaaaaa benda pasal hotel ni. 


cantik takkkkkkkkkkkkkkkk ?
haaa, ni adalah view dari terrace the upmost level dekat The Ambassador Hotel in Historical Center, Istanbul. breathtaking and awesome enough, kan? 


fast reply, warm response!

belum pergi lagi dah jatuh cinta. saya ni sebenarnya jenis tak berapa suka sangat booking hotel through third-party, contohnya macam agoda.com ke atau booking.com so biasanya, saya akan usha-usha dekat agoda.com dulu mana-mana hotel berkenan, lepastu saya tengok official website dia. compare harga samada agoda.com murah lagi atau through website atau contact hotel lagi murah. so saya pun usha-usha website official hotel ni di http://www.hotelambassador.com/ tengok website sahaja dah jatuh cinta. saya pun email hotel ni, dan rasa lagi teruja sebab lepas beberapa minit saya hantar email, about 10 minutes macam tu, dapat direct reply dari staff hotel. in fact, harganya lebih murah dari agoda.com dan booking.com. dahlah murah, lepas tu diorang siap inform kalau kita bayar masa check-in, dapat lagi 5% discount lagilah murah, ye tak? lepastu siap bagi free airport pick-up one way transport dari airport sebab kitorang duduk enam hari. memang best. serious diorang sangat-sangat friendly, sangat-sangat welcome dan yang paling kagum, English diorang sangat teraturlah (saya ada email a few hotel dan apartment lain, English sangat so-so, siap ada yang reply apatah saya pun tak faham English dia. terabur. HAHA!).  so, pendek kata, kalau nak booking, booking through email di info@ambassador.com 

location hotel yang superb!


suka saya nak ingatkan yang keadaan di sekitar Sultanahmet area ni berbukit-bukit even pavement dia pun sebenarnya tak rata. so, bayangkan pavement yang tak rata dek kerana batu-bata yang kejap tinggi kejap rendah (yelah, bandar lama kan dari zaman purba kala lagi) lepastu berbukit-bukit so untuk warga tua memang agak problem-lah pada saya. since abah ada gout, tambah-tambah pula Istanbul ni destinasi terakhir kitorang setelah 20 hari travel dari Dubai-Qatar-Saudi dan baru selesai menunaikan umrah, so kitorang tak rasa nak duduk dekat hotel yang jauh-jauh dari main attraction. energy saver-lah. kira datang Istanbul ni nak berehat-rehat sahaja lah tambah-tambah pula mak saya nak duduk hotel yang ada terrace yang boleh nampak view Sultanahmet yang cantik, so saya pun carilah hotel yang paaaaaaaaaaling dekat dan yang penting murah. 

basically, ni lah lakaran map saya lukis sendiri. sorilah kalau nampak huduh. senget pulak tu. hihi

 okey, nak dimudahkan cerita, hotel ni sebelah je dengan train station Sultanahmet Station so, siapa-siapa nak ke sini by train which is more cheaper rather than hire a taxi, memang mudahlah kan? lepastu, semua main attraction dekat Sultanahmet tu semuanya within 2-3 minutes walking distance dan jalan rata tak ada bukit-bukit. paling-paling jauh pun nak kena jalan kaki pun ke Topkapi Palace sebab dia bahagian belakang Hagya Sophia tu. fyi, dalam banyak-banyak hotel sekitar area 2-3 minutes walking distance tu, The Ambassador Hotel lah yang paaaaaaaaaaaaaaaaaling murah. yang lain-lain tu semua 4-5 stars okey? you pay what you get-lah kan? hehe

pandangan dari terrace hotel. you see, bawah tu je tram station Sultanahmet Station. 
ni main road dekat Sultanahmet. nama dia Divanyolu Boulevard. kat Istanbul, line tram dia atas jalanraya tau, so bila tram lalu, kereta-kereta stop or diorang akan lalu je sebelah jalan yang tak ada tram lalu. menarik kan? hehe.

Divanyolu Boulevard
semua ada kat sini. bank, pharmacy, kedai kebab bersepah, money changer, pendek kata semua adalah kat sini. memang mudah. sebelah hotel je.



Bağcılar- Kabataş tram 
tram dia moden okey? bukan yang macam dulu-dulu tu. efisien dan sangat cepat. interval time dari satu tram ke satu tram tu just about 10 minutes je. so tak ada masalahlah kalau terlepas tram. hehe. 

Firuz Aga Mosque
masjid depan lorong masuk ke hotel. 


kalau naik shuttle atau cab, diorang akan stop kat tepi je sebab lorong ke hotel tu pavement untuk jalan kaki sahaja. tapi jangan risau! nanti staff hotel dah menunggu korang untuk angkat semua luggage korang sampailah ke bilik. tak yah susah-susah dah. 

ha you see, pavement macam ni. sebelah kiri tu hotel, kanan cafe-cafe. boleh makan. tapi kitorang tak makan pun sebab takut mahal. mewah semacam je kan? HAHA

lobi 

korang sampai-sampai je dekat hotel nanti, korang akan diberi welcome drink and cakes yang sangaaaaaaaaaaaat sedap. cukup aih untuk basahkan tekak. kalau nak mintak cake tu lebih pun boleh. biasalah, Malaysian kan? asal boleh sajo. HAHA

disebabkan kitorang berempat, kitorang book family suite with 2 rooms yang terletak di tingkat atas sekali, setingkat dengan rooftop dan cafe. kalau sesiapa pergi anak beranak, boleh lah book bilik atas sekali ni seriously dia punya pemandangan sangat-sangat tip top! setiap hari duduk dekat sana, saya akan pastikan waktu sunset tu, saya duduk di rooftop luar untuk menyaksikan sunset sambil dengar alunan azan Maghrib sahut menyahut dari satu masjid ke satu masjid. seronok sangat tau! 

pemandangan setiap petang menjelang Maghrib dari rooftop The Ambassador Hotel in Historical Center, Sultanahmet Istanbul. amazing kan? SubhanaAllah!


rooftop terrance. since kitorang pergi Winter, memang taklah kitorang menyantap breakfast di luar ni. sejuk bekulah gamaknya. kalau pergi musim lain, mesti enjoy the scenery kan?

mak kita happy betul sampai tidur-tidur kena snap gambar. hehe. sorry, mak!

bilik yang sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat nice dan condusive! 

so, as mentioned above, kitorang book Family Suite with 2 rooms lah. satu bilik tu king size bed, satu bilik lagi tu actually 1 single bed, tapi dia bagi extension bed satu, so jadi 2 rooms with 1 king size bed and 2 single beds. biliknya tak besar sangat, tak kecil sangat. just nice! toilet dia sangaaaaaaaaaaaaaaat besar kau tahu. disediakan juga bukan setakat basic toiletries, malah diorang bagi kita spa set tau setiap hari diorang tukar-tukar sabun dia. dahlah spa set tu bukan satu jenis sabun je dia bagi, tiga jenis sabun ye setiap hari. makanya, tiap harilah saya simpan dalam bag untuk bawa balik Malaysia. typical Malaysian kan? HAHAHA. kitorang memang berpuas hatilah dengan bilik yang kami dapat. nak-nak dapat pula dekat rooftop with nice view tiap-tiap hari, cafe luar bilik je untuk bersarapan pagi, memang syukur sangat. alhamdulillah. infact, bilik dia sebiji macam dalam gambar dalam website rasmi hotel. memang tak mengecewakan langsung!

Family Suite

sebiji macam layout bilik kitorang dapat haritu. sebiji sangat-sangat.
cantik kan? cantik dan murah!

dari sisi lain

toilet dia. cantik kan? lebar tauuuu toilet dia. sangatlah condusive nak melabur saham di Istanbul bukan? HAHA


actual picture taken guna handphone saya. bergegar-gegar. almaklumlah, ambil gambar ni pagi-pagi hari lepas bangun tidur. hehe. tilam dia memang sedap tidur. nak-nak badan penat after travel 20 hari kan. memang syioklah melingkor dalam duvet tu. winter pula kan. warm je rasa bila heater on.

king size bed at main room.

toilet dia. haaa sama kan dengan gambar dalam website? cuma gegar jelah. HEHE

eh budak ni?

breakfast yang pelbagai, view best, rasa pun sedap!

bab makan di Turki tak ada masalah sebab mostly adalah Halal. in fact, hotel ini menyediakan makanan halal juga. muka-muka diorang ni kalau kita tengok macam mat salleh europe, tapi sebenarnya diorang pun Muslim juga cuma faham-fahamlah diorang Muslim Sirkular. cuma yang tak seronoknya diorang ni, botol arak memang bersepah. for them, arak tu tak apa. kita pula janganlah gatal nak try-try pula tau? tapi makanan diorang memang non-alcoholic dishes itu yang penting. setiap hari breakfast memang lain-lain, semua Turkish delight. memang makanan pelik-pelik tah tak tahu nama tapi sedap tau! yang paling sedap sekali pancake! pancake fresh dia masak kat situ juga tau. sambil makan, sambil menikmati panorama Sultanahmet yang amazing sangat memanglah best dan rasa tenang sangat dekat Istanbul ni. rindu!

rooftop cafe

yummy! yummy!

nasi lemak, roti canai, nasi goreng, mee goreng. HAHAHAHAHAHARAPAN

cheese macam-macam jenis cheese. Europe kan? standard

Abah dan Mak.
abah cakap makan banyak-banyak sampai penuh. so kenyang sampai esok pagi. hahaha


cereals yang pelbagai dan sangat-sangat sedap. roti roti turkish memang sedap-sedaplah. serious!

haaa, kalau nak pancake sedap or scrambled egg yummy-yummy mintak kakak ni. she's so nice!


yang baju putih tu merangkap anak angkat mak saya sepanjang berada di hotel ni. setiap hari pun panggil mama. sesukahati dia je nak mama kita kan. HEHE












Monday, April 07, 2014

Hard Rock Cafe, Istanbul

salam ukhuwah,

Hard Rock Cafe di Istanbul terletak di bahagian Europe of Turkey iaitu di bahagian Beyoglu berpusat di Taksim Square yang merupakan area yang paling terkenal dan happening di Istanbul. kalau korang nak tahu, sebenarnya Hard Rock Cafe Istanbul ni baru sahaja di buka tahun ni pada bulan Januari yang lalu so mesti ramai juga yang tak tahu di mana lokasi Hard Rock Cafe ni memandangkan details yang diberikan di dalam website rasmi Hard Rock Cafe tak berapa nak terang penerangannya. oleh itu, marilah saya terangkan satu persatu jalan untuk ke Hard Rock Cafe bergambar agar semua orang boleh cari Hard Rock Cafe, Istanbul ni dengan senang hati tak lost dalam lambakan orang. HEHE.

ini adalah peta anggaran oleh Google Map. tapi sebenarnya peta ni ada sikit-sikit salah, dan dalam peta ni juga, encik Google Map tak jumpa jalan di mana Hard Rock Cafe, Istanbul terletak. aih 
so, saya akan ajar dari arah Taksim Square menuju ke Hard Rock Cafe. 

pertama
dari Taksim Square, korang p Istiklal Avenue. jalan kaki terus dari Taksim Square (jalan ini adalah Istiklal Avenue atau dalam bahasa Turki, Istiklal Caddesi memang penuh butik-butik high end la sonang cerita). pastikan korang jalan-jalan terus tu, jumpa Tudors, Nine West belah kanan korang. pastu ada starbucks di sebelah kiri korang. jalan terus sahaja

kedua
lepas dah jalan terus menyelusuri Istiklal Avenue atau Istiklal Caddesi, korang akan jumpa satu bangunan besar warna kuning, ada bendera di hadapan. pagar dia pun besar. ha tu adalah sekolah ye Galatasaray High School atau dalam bahasa Turkish, Galatasaray Lisesi

ketiga
ni gambar penuh high school tu sumber dari google image. ecewah. depan sekolah ni ada pintu gerbang besau sangat-sangat dan cantik! (korang kalau sesat-sesat tanya je orang sekeliling korang nak pergi Galatasaray Lisesi. kalau sebut Galasaray high school diorang cam blur-blur terkial-kial sikit. English diorang tak berapa nak elok kan)

keempat
depan sekolah ni ada lorong kecil belok kiri. korang belok kiri. nama jalan ni adalah Mesrutiyet Caddesi. kedai dekat corner jalan tu namanya Ayvalik Tostcusu. signboard warna hitam, tulisan warna putih. beso tulisannya. mesti nampak punya! hihihi

kelima
bila korang masuk lorong ni, korang akan jumpa HSBC Bank di sebelah kanan kiri korang. HRC berada di sebelah kiri korang. make sure korang tengok betul-betul HRC ni sebab HRC dia kecil jek. mudah terlepas pandang tak perasan. cenonet je signboard bulat dia ha kat kedai tu. ekekeke

keenam
taraaaaaaa, dah pun sampai HRC! HAHAHA

dah dapat saya punyaaaa! anda bila laaaaaaagi?
(1 baju dalam 25 USD tapi kat sana pakai TL tapi tak ingat berapa TL

ni bukan gempa bumi
ni kekejungan tangan namanya. HAHA

so, semoga penerangan ringkas ni dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya bagi penggemar kipas-susah-nak-mati barang-barang Hard Rock Cafe. jangan missed pergi Hard Rock Cafe, Istanbul, okey!

TATATITITUTU

Saturday, April 05, 2014

coming soon : Dubai - Doha - Madinah - Makkah - Istanbul

salam ukhwah,

InsyaAllah, saya akan update sikit-sikit trip saya pada Januari-Februari yang lepas bersama keluarga.
tiga negara
lima buah bandar utama
dua puluh hari mengembara

puas, saya puas travel lama-lama macam ni
:)

nantikan ya! :)

Tuesday, April 01, 2014

coming soon : travelist 2014

salam ukhuwah,

travel list yang telah selesai 2014 dah menjelma
travelog 2013 dan 2012 tak kunjung tiba siapnya

InsyaAllah, akan cuba update secara laju-laju 
:')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...