Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO ada.apa.dengan.aiza89.se.org
Showing posts with label Swissbell Inn Medan. Show all posts
Showing posts with label Swissbell Inn Medan. Show all posts

Friday, June 03, 2011

Swissbell Inn, Medan

salam ukhuwah,

UPDATED : Mydream Hotel, Medan is now known as Swissbell Inn Medan. 

asyik berceritalah pergi Bandung lah, pergi Bali lah, pergi Korealah, kenapa saya tak recommend pergi Medan eh? HAHA. okey, kali ni saya nak recommend sebuah hotel yang murah, tapi jangan risau, hotel tu sangat cantik dan awesome. terletak di tengah-tengah bandar Medan, memang memudahkan pelancong-pelancong untuk ke sana ke mari. senang saje, tahan beca, tahan angkut, tahan taxi semua senang dekat sini. bila waktu malam, tempat ni taklah seserabut tempat lain. agak peaceful dan jangan risau, aman ya dong! :) awal tahun haritu, dua orang sepupu saya ke Medan, dan disinilah saya tempatkan setelah men-survey beberapa hotel di sekitar Medan. macam biasa, saya nak murah tapi nak cantik dan awesome. HAHA.

apa kenalah kau ni Aiza pagi-pagi dah update blog cerita-cerita pasal Medan? HAHA. itulah namanya aura Medan makin menebal mungkin sebab lagi 22 hari saya akan meninggalkan Medan? oh, apakah kau nih. baiklah. marilah kita tonton gambar-gambar hotel ini. manalah tahu, kauorang semua teruja dan berkenan untuk stay di hotel ni? nak-nak sekarang ni musim cuti sekolah kan? memang ramailah orang dekat Medan tu lagi-lagi dekat hotspot-hotspot shopping-shopping area. memang penuh orang Malaysia saja. HAHA. kali ni, saya cerita dulu pasal penginapan, lepas ni, insyaAllah saya akan review tempat mana best untuk dilawati di Medan and tempat makan yang halal, sedap dan bersih :) Medan mudah saja nak jalan-jalan dan taklah sesibuk di Jakarta. aman-aman aja :) 

MyHotel atau nama panjang dia Mydream Hotel
pandangan hadapan hotel yang tersergam indah berwarna hitam yang sangat smart dan cossy! jangan risau, depan hotel tu memang banyak pakguard-pakguard yang mengawal keluar masuk orang ramai dengan tolong angkatkan barang-barang kita. hihihihi

suasana di luar hotel kalau waktu malam memang sunyi sepi. tapi jangan risau, selamat dekat kawasan ni. tapi kalau siang-siang hari, memanglah kawasan traffic jam. agak bingitlah juga dengar hon sana hon sini. tapi tak mengapa, hotel ni pasang siap-siap kalis bunyi segala bagai. HAHA

bahagian lobi hotel yang awesome gila. hotel ini memang bertemakan warna orange, hitam dan putih. memang sangat cool dan cossy-lah. masuk-masuk je hotel tengok lobi je dah rasa suka sangaaat!
di bahagian hotel, di belah kanan gambar, disediakan free internet access yang sangat laju wei! 

entrance door hotel. tiba-tiba ada motor besar kat depan tu tatau siapa punya tak tuntut. terlupa kot?

pandangan tepi sudut hotel. memang cool kan? :)

pandangan dari atas lobi hotel yang sangat awesome dan bersih sangat-sangat sangatlah saya suka hotel ni sebab konsep dia macam Tunehotels. murah, menarik, cantik, bersih :)
hotel macam 5 stars, tapi bayar macam 1 star. smart kan?

macam Tunehotels, dekat Myhotel pun ada kedai runcit kecil nama dia Macan dekat lobi. Macam tu harimau. haha saja nak bagitahu. kedai runcit? haha. taklah. dia semacam 7-Eleven. 7-Eleven tu dalam kategori apa eh? kedai runcit? mini market? supermarket? HAHA

ruang Cafetaria Myhotel yang sangat cuuuuuuuuuuuuuun! memang orange saja sana sini.
makanan dia pun sedap dan menarik. dua orang sepupu saya cakap, pagi-pagi breakfast dia bagi nasi dengan lauk kari ayam. BREAKFAST tu. each room akan dapat breakfast for 2 FREE :)

sudut lain Cafetaria Myhotel yang sangat cool dan cantik. bersih gila kan? rasa sangat cool bila makan dekat sini. sedap makanan, selesa duduk. kan seronok?

lagi ruang Cafetaria Myhotel yang smart dan cool. semuanya orange dan hitam. memang smartlah.
 i suka nyah!


Meeting Area Myhotel yang sangat kemas. kalau siapa-siapa yang nak datang Medan untuk bussiness trip, bolehlah tempah di hotel ni. mesti murah-murah je :)
SUPERIOR ROOM

sangat simple tapi semuanya ada. siap ada LCD 32inci yang tak perlu bayar lebih kalau nak pakai. 
HAHAHA

DELUXE ROOM
bilik ni semacam superior room juga. semua ada. bezanya bilik ni lebih besar sedikit dari Superior Room.
awesome kan? sangat kemas. i like!

STUDIO ROOM
okey bilik ni memang lagi cool dari bilik biasa-biasa macam superior dengan deluxe room
sesuailah yang datang untuk berbulan madu yang HALAL. :)

JUNIOR SUITE ROOM
bilik ni besar lagi sikit dari studio room. ada living room tapi rasanya macam tak ada katil. saya pun tak sure. tapi takkanlah tak ada katil kan. HAHAHA

MYDREAM SUITE ROOM
yang ni extra lagi suite dari Junior Suite. lagi besar tahap tak ingat. ada dapur segala bagai. memang cool rasa macam duduk rumah sendiri yang sangat awesome. HAHA :)

ini pula bahagian room dia bagi Mydream Suite room. sangat cool kan? serius rasa macam tanak dah keluar bilik. tidur je dekat bilik yang super-super comel dan menarik ni. HAHA. datang Medan untuk perap dalam bilik je? HAHAHA

kalau kauorang book bilik Mydream Suite, dia sediakan sekali bathtub jacuzzi yang besar gila boleh berendam lama-lama sampat kulit pun kecut. HAHA. sangat cool kan. memang bilik air dalam hotel Myhotel warna hitam. sangat-sangat cozzy rasa.

see, bilik air dia memang hitam. simple but nice dan yang paling penting. SANGAT-SANGAT BERSIH. memandangkan saya agak cerewet memilih hotel dengan meletakkan toilet sebagai kriteria utama yang perlu dipertimbangkan, maka, hotel ni memang pass lah :)

menarik bukan? bukan itu saja, Mydream Hotel pun ada menyediakan Gym dengan Spa urut-urut bagi sapa-sapa yang dah lenguh kaki, badan segala bagai lepas ukur bandar Medan kan, haa bolehlah urut-urut. HAHA.

berapa harganya, cik Aiza?
jangan risau, harganya di antara 30 - 50 USD dalam range RM90 - RM 150. tak lebih dari RM200 :) nanti saya akan update tentang harga sebab kertas brocher harga dah bawak balik Malaysia. =='

so, seperti biasa untuk maklumat lanjut sila lawati laman web rasmi Mydream Hotel yang jugak awesome! memang menarik perhatian kita sejak dari click website tu. HAHA



  • Jl. Surabaya 88 Medan
  • Phone: +62 61 410 77 777
  • Fax: +62 61 452 05 05
  • Email: reservation@myhotel.co.id

selamat mencuba kawan-kawan! HAHA :) 

p/s : nanti saya recommend satu apartment untuk famili yang besar plak kalau datang Medan untuk entri berikutnya. InsyaAllah :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...