Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO ada.apa.dengan.aiza89.se.org
Showing posts with label Hard Rock Cafe. Show all posts
Showing posts with label Hard Rock Cafe. Show all posts

Monday, April 07, 2014

Hard Rock Cafe, Istanbul

salam ukhuwah,

Hard Rock Cafe di Istanbul terletak di bahagian Europe of Turkey iaitu di bahagian Beyoglu berpusat di Taksim Square yang merupakan area yang paling terkenal dan happening di Istanbul. kalau korang nak tahu, sebenarnya Hard Rock Cafe Istanbul ni baru sahaja di buka tahun ni pada bulan Januari yang lalu so mesti ramai juga yang tak tahu di mana lokasi Hard Rock Cafe ni memandangkan details yang diberikan di dalam website rasmi Hard Rock Cafe tak berapa nak terang penerangannya. oleh itu, marilah saya terangkan satu persatu jalan untuk ke Hard Rock Cafe bergambar agar semua orang boleh cari Hard Rock Cafe, Istanbul ni dengan senang hati tak lost dalam lambakan orang. HEHE.

ini adalah peta anggaran oleh Google Map. tapi sebenarnya peta ni ada sikit-sikit salah, dan dalam peta ni juga, encik Google Map tak jumpa jalan di mana Hard Rock Cafe, Istanbul terletak. aih 
so, saya akan ajar dari arah Taksim Square menuju ke Hard Rock Cafe. 

pertama
dari Taksim Square, korang p Istiklal Avenue. jalan kaki terus dari Taksim Square (jalan ini adalah Istiklal Avenue atau dalam bahasa Turki, Istiklal Caddesi memang penuh butik-butik high end la sonang cerita). pastikan korang jalan-jalan terus tu, jumpa Tudors, Nine West belah kanan korang. pastu ada starbucks di sebelah kiri korang. jalan terus sahaja

kedua
lepas dah jalan terus menyelusuri Istiklal Avenue atau Istiklal Caddesi, korang akan jumpa satu bangunan besar warna kuning, ada bendera di hadapan. pagar dia pun besar. ha tu adalah sekolah ye Galatasaray High School atau dalam bahasa Turkish, Galatasaray Lisesi

ketiga
ni gambar penuh high school tu sumber dari google image. ecewah. depan sekolah ni ada pintu gerbang besau sangat-sangat dan cantik! (korang kalau sesat-sesat tanya je orang sekeliling korang nak pergi Galatasaray Lisesi. kalau sebut Galasaray high school diorang cam blur-blur terkial-kial sikit. English diorang tak berapa nak elok kan)

keempat
depan sekolah ni ada lorong kecil belok kiri. korang belok kiri. nama jalan ni adalah Mesrutiyet Caddesi. kedai dekat corner jalan tu namanya Ayvalik Tostcusu. signboard warna hitam, tulisan warna putih. beso tulisannya. mesti nampak punya! hihihi

kelima
bila korang masuk lorong ni, korang akan jumpa HSBC Bank di sebelah kanan kiri korang. HRC berada di sebelah kiri korang. make sure korang tengok betul-betul HRC ni sebab HRC dia kecil jek. mudah terlepas pandang tak perasan. cenonet je signboard bulat dia ha kat kedai tu. ekekeke

keenam
taraaaaaaa, dah pun sampai HRC! HAHAHA

dah dapat saya punyaaaa! anda bila laaaaaaagi?
(1 baju dalam 25 USD tapi kat sana pakai TL tapi tak ingat berapa TL

ni bukan gempa bumi
ni kekejungan tangan namanya. HAHA

so, semoga penerangan ringkas ni dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya bagi penggemar kipas-susah-nak-mati barang-barang Hard Rock Cafe. jangan missed pergi Hard Rock Cafe, Istanbul, okey!

TATATITITUTU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...