Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO ada.apa.dengan.aiza89.se.org
Showing posts with label Bali. Show all posts
Showing posts with label Bali. Show all posts

Friday, August 10, 2012

Bali Gate-away - Part III

salam ukhuwah,

kita sambung lagi, *lambatnya nak update.dah basi pun. adoi*

Uluwatu 

lepas dah pening-pening kepala dalam perjalanan dari Pantai Dreamland, kitorang meneruskan lagi perjalanan yang memutar-mutar dan memeningkan kepala ke Uluwatu. kali ini jalan lagi mencabar, lagi berbelit-belit, lagi lah segala isi perut dah sampai ke esofagus tinggal nak dimuntahkan je. mujur, saya berjaya menahan konon-kononnya hero, dari muntah dalam van sebab takut nanti menimbulkan ketidakkeselesaan pada kawan-kawan yang lain yang ada dalam van kitorang tu. sampai-sampai sahaja di puncak Uluwatu, memanglah aku tinggalkan khazanah dekat sana sebagai kenang-kenangan. saya sarankan mana-mana yang senang mabuk or muntah, tak tahan dengan jalan raya yang berbelit-belit tu, siap-siap makan ubat mabuk. kalau di Indonesia, kauorang pergi lah apotek atau Indomaret atau kedai 24 jam yang lainnya atau mana-mana kedai lah yang agak-agak ada jual ubat, carilah ubat Antimo untuk menyelamatkan anda dari mabuk dan spoil perjalanan anda. ikut nasihat doktor ini, okey? *panjang kau membahas pasal mabuk,muntah, pening kepala kan, aiza?*


bila kauorang sampai-sampai je dekat sini, nanti kauorang akan diberikan sehelai kain warna kuning, kena lilit macam pendekat mustar dekat pinggang. tak sure ini tujuannya apa tapi saya pasti mesti ada kena mengena dengan keagamaan diorang. ikutkan sahaja, asalkan tak membuatkan kita ni, lalai pada agama kita takpa. just pakai kain warna kuning kat macam pendekar mustar, anggap sahajalah new born pendekar. apalah saya merepek ni. disini, kauorang kena berhati-hati. anda semua dinasihatkan jangan membawa handbag atau bag-bag tangan yang cantik-cantik yang boleh menarik perhatian monyet-monyet dekat sini, sebab dalam Uluwatu temple tu kus semangat dia punya banyak monyet dia, menakutkan. saya adalah manusia takut monyet, dan ini suatu cabaran bagi saya. yang mana pakai spec pun, harap dapat tanggalkan la simpan dalam poket, pimpinlah kawan-kawan yang tak rabun untuk masuk ke Uluwatu temple. monyet-monyet dekat dalam ni nakal-nakal belaka. sekali dia rampas barang kauorang, jangan harap nak dapat balik. ada satu adegan waktu saya di Uluwatu, ada spec seorang mat salleh ni kena rampas dek monyet nakal tatahu malu dekat situ. yang lebih menyedihkan dan menggeramkan mat salleh tu, boleh pula monyet tu patahkan spec dia depan mata dia. memanglah geram. kasihan deh lho! so, sekali lagi saya menasihatkan, hati-hati. kamera gedabak-gedabak tu harap dapat gantung dekat leher, pegang kuat-kuat. bag-bag pun sama. siapa yang bawa girlfriend atau bini cantik pun kena pegang kuat-kuat. kotlah, monyet-monyet tu kacau, rampas harta berharga kauorang wahai lelaki, padan muka. eh?

"hai, nama saya john travolta, boleh kita kawan?"
"hai, saya nyetnyet. eh, badan awak sedapnya bau. nak terkam!"
terus mat salleh tu jerit. =_________=


Subhanallah!

budak ni pun nak bergambar juga konon-konon
"hey, aku tatakutla tinggi-tinggi!"
padahal dup dap dup dap je jantung kencang.
*GEMUKNYAAAAAAAAAAAAAAA*

upacara sembahyang di Uluwatu temple

Uluwatu ini sebenarnya adalah satu puncak dimana terletaknya salah satu kuil suci bagi penganut Hindu di Bali. kalau sekilas pandang je, orang-orang Bali ini memang nampak macam melayu. susah nak differentiate yang mana Islam atau tidak. memang susah. sebab muka Melayu, tapi Hindu. nak tengok orang-orang dia bertudung di Bali pun susah apatah lagi orang kita, ye dok? kat sana memanglah bersepah mat salleh. naked show itu memang bersepah, cuma nampak tak nampak je. siapa ternampak tu, bonuslah kan? haip, bonus pula. bonus dosalah! puncak Uluwatu ini juga adalah salah satu hotspot untuk sunset watching di Bali. tapi kitorang masa tu, tak tunggu sampai sunset dekat sana. kitorang mengharapkan sunset di Pantai Jimbaran tapi kesudahannya, sunset dalam van sahaja gamaknya. 

dekat sini pun ada satu kejadian tak dingini. seekor monyet telah berjaya merampas spec mata seorang cina dekat sini, dan dengan selambanya campak terus ke dalam lautan yang terbentang luas dekat belakang tu
monyet dekat situ nakaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaal sangat.
*berhati-hati, kawan-kawan*

Ayana Resort and Spa, Bali

kitorang menetap dekat sini. Tunehotels, tu sampingan saja. apa kelas. hahahhahampeh. tipu saja. manalah mampu nak duduk hotel 7 stars. satu malam RM2000, celah mana nak mampu duduk kan? pembaziran. saya duduk di Tunehotels, baru RM40 satu malam. murah, bukan? sebenarnya, Mas Erick yang bawa kitorang ke resort ni. katanya, tempatnya cantik, menarik untuk posing sana posing sini. resort ini juga adalah resort termahal di Bali, dan antara resort terbaik di dunia. bukan calang-calang orang boleh masuk dalam resort ni. dikawal rapi dan ketat. dapat masuk resort ni pun sebab Mas Erick ada privillage. tah macam mana dia dapat privillage tu pun saya tatahu. yang kitorang tahu, kitorang ikut sahaja. berangan-angan macam orang kaya.ptuih. tapi, seriously, memang cantik dan menarik!

cantikkan? awesome-kan?
salah satu tarikan dekat Ayana Resort and Spa ini adalah pub dia yang berada di tepi pantai. memang cantik dan menarik. malangnya, ia adalah sebuah pub. apabila ia adalah sebuah pub, kita tak boleh masuk. memang nampak berderet botol-botol arak dekat situ. jangan langkah ke sana, okey?
hanya yang ada access sahaja dibenarkan ke pub bawah tu. nak ke pub tu, ada semacam tram tau ke sana. ala, macam kat Bukit Bendera tu. tram jalan slow-slow tu. awesome!
*tapi jadi tak awesome, sebab tempat haram. zzz*

cantik. sangat cantik. rumput yang menghijau. bunga yang memutih. memutih?

penat punya pasal. aku tak peduli. aku tak peduli. aku penat

sekitar kawasan Ayana Resort & Spa, Bali yang cantik sangat-sangat
kalau mampu, memanglah saya duduk sini
apakan daya, mampu memijak kaki sahaja. nasib baik gratis

so, siapa-siapa yang nak ber-honeymoon disini, bolehlah try
*saya nak honeymoon dekat Makkah & Madinah.huhu*

Jalan Karang Mas Sejahtera
Jimbaran 80364, Bali
tel : 006236170222 

Pantai Jimbaran

selepas dah puas berposing sana berposing sini dekat Ayana Resort & Spa, Bali, kitorang pun lekas-lekas lah bergerak ke arah Pantai Jimbaran dengan harapan dapat sampai di sana sebelum sunset sebab teringin sana nak tengok sunset bersama yang tercinta kawan-kawan saya. malangnya, gara-gara macet dalam perjalanan dari Ayana Resort & Spa nak ke Pantai Jimbaran, kitorang tak sempat sampai ke sana sebelum sunset. sampai-sampai je dah gelap. lagipun, masa tu memang dah gelap juga macam nak hujan. sedih, sebab bukan rezeki kitorang nak tengok sunset. tak apalah, bukan bermakna tak ada sunset lepastu dah kan? HAHA. masing-masing masa sampai di Pantai Jimbaran excited sebab masing-masing dah lapar, nak duduk cepat-cepat and makan cepat-cepat sebab dah kebulur sangat. tapi saya? saya jadi paranoia, sebab saya takut pantai. saya takut pantai diulangi saya takut pantai. mana tak paranoid, sebab malam tu, kitorang akan makan betul-betul di gigi pantai. memang seram. macam-macam worst-case-scenario dah terbayang-bayang dalam kepala. saya jadi paranoid air ni since tsunami, 2004. ada kisah disebaliknya tapi tak mahulah cerita. tapi overall, dekat sini memang cantik, memang best. memang sesuai buat candlelight dinner. memang pun kitorang ber-candle-light-dinner bersama-sama.

memang bukan photographer yang mahir.  harap ada dslr je, pakai tak reti
bergegar gambar. cahaya bersepah sana sini. bapak-bapak baju biru itu nyanyi lagu sedap sangat

kami dah lapar. kami nak makan. kami dah lapar. kami nak makan

candle-light dinner ya'll.
tengah feeling-feeling candle-light dinner, tiba-tiba hujaaaaaaaaan
*SPOILED*


ada persembahan barongan juga dekat sini. tapayah bayar sampai 100,000 rupiah nak tengok barongan. haha. maaf, gambar gegar. sewaktu mengambil gambar ni, penulis dah hypoglycemic attack.
(kebuluran)


perempuan ini berjaya memukau dua orang jejaka dalam group kitorang. tengok tak berkelip mata. 
astagfirullahal'azimmmmmmmmm

makanan dia memang menyelerakan. memang sedap-sedap masuk dalam perut yang memang penuh jus gaster. memang lepas makan terus tersandar sambil dengar lagu-lagu best pakcik-pakcik baju biru tu. memang dibuai-buai rasa macam separuh sedar. mata nak lelap dekat situ juga. tak senonoh punya perangai

saya difahamkan, ada yang mengatakan, makan dekat Jimbaran ni mahal. well, tergantung. pada saya, tak mahal pun, cuma standard macam hotel lah. tapi tak rugi kalau makan dekat sini. tergantung menu apa yang kauorang pilih. sayur kauorang tak payah order, sebab dia dah bagi free sayur kangkung masak belacan free memang sedap gila. kitorang haritu tak tahu, so kitorang orderlah sayur campur, memang tak habis. ikan pun kauorang minta je yang paling kecil dan ringan gramnya, sebab ikan tu, walaupun kecil, tapi sebenarnya besar kot. macam kitorang makan haritu, tak habispun. haritu kitorang habis dalam 200,000 rp (RM70) makan di pantai Jimbaran ini untuk berlima. masa kita mula-mula datang sana, mereka akan menyediakan minuman dan kacang free. so, kalau kauorang nak datang lepak sambil minum air, dan makan kacang goreng, boleh sahaja. diorang tak halau pun. :)

p/s : kita sambung lagi pada entri seterusnya. tak larat nak menaip dah. letih. almaklum, lama dah tak menaip. :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...