Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO January 2013 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Monday, January 28, 2013

Southern Thailand Backpacking (pre-departure)

salam ukhuwah,

ye, saya tahu saya dah lama tak update blog. makin menjadi-jadi kemalasan untuk meng-update ditambah pula dengan kerja dan tugas-tugas yang menimbun, memanglah asyik tak sempat saja untuk meng-update. oh, maafkan saya. tapi, memandangkan saya masih lagi dalam travel mode, tiba-tiba harini dapat aura untuk meng-update blog dengan lincahnya. izinkan saya membebel panjang-panjang pasal trip kali ni. oh,  maafkan saya lagi, sebab previous trip pun banyak yang tak ter-update. takpa, kalau free or ada apa-apa nak ditanya, ke apa ke, mehlah private message me at Facebook or, email me, nanti kalau free saya reply, okey? (skemanya mukadimmah kali ni).

eheeeem, sebenarnya baru saja balik dari bumi Thailand malam tadi. masih fresh gitu, update kali ni. so, macam mana trip kali ni? ye, memang superb best. Alhamdulillah, Allah mempermudah urusan kami sepanjang empat hari berada di sana walaupun adalah beberapa dugaan yang tak dapat dielakkan berlaku kat sana. Allah nak bagi reminder tu, supaya jangan terlalu happy-happy sangat dekat sana. Alhamdulillah, atas dugaan-dugaan itu, dan kami berlima sangat enjoy okey trip kali ni. trip backpacking kali ni pergi secara kumpulan besar sebenarnya terdiri dari kami, geng-geng Backpackers Buddies Malaysia (BBM). tapi, kami yang terdiri dari lima orang bdak nakal ni, kira group kecil dari group besar BBM tu. kalau ikut plan asal, memang nak sekalian geraklah dengan geng BBMers kan, macam rombongan cik gitu ke Thailand tapi memandangkan kitorang agak strict dengan masa, masa yang diperuntukkan kat sana cuma empat hari, and geng-geng BBMers pun tiba di Thailand agak lewat dari kami berlima sebab diorang naik train, maka kami terpaksa berpecah menjadi kumpulan kecil. kami hanya berjumpa di sana, and sesekali bergerak sama and pergi Island hopping pun sama-sama. sweet gitu. so total of us actually, 18 orang. ramai bukan? HAHA.

so, sebelum saya cerita panjang-panjang pasal trip kali ni, (introduction pun dah panjang lebar), nak ceritalah dulu macam mana planning, budget semua kan untuk tantapan semua seisi keluarga manatahu nanti-nanti boleh buat rujukan, boleh membantu kauorang yang membaca blog ini untuk manage trip ke Southern Thailand nanti. terima kasih kepada semua yang masih sudi baca blog ini. dah bersawang dah blog ni. tengoklah previous update pun August 2012. lamanya ditinggalkan =__________________________= so, sebelum kitorang berangkat ke Thailand, ada beberapa preparation yang telah kitorang ready-kan. first-first sekali book for hotel. kitorang booking beramai-ramai di JP Mansion, Krabi Town sebenarnya, tapi memandangkan JP Mansion penuh, terpaksalah kami berlima berpindah ke Sawasdee Guest House, block belakang dari JP Mansion. so harga kitorang dapat adalah RM30 untuk satu malam. murah kan?

happy-nya muka masing-masing. muka excited to the max. 


kenapa hotel ni best?
  • bilik yang bersih, luas gila, ada aircond ada kipas, ada LCD TV Channel Thai lebih dari 100 channel (channel uncensored pun ada weeei!), katil empuk sampai bangun lambat tiap hari. HAHA!

  • toilet dia tiptop. sangat-sangat bersih. ada hot shower, ada syampoo and shower gel siap tak payah bawak dari rumah, toilet ada paip, toilet bowl dia pun enak untuk morning bussiness, okey! HEHE

  • ada wifi berdesup dekat bawah, bilik takdop lah unfortunately-nya
  • bilik dia kalau kauorang bawak toto, memang muat 4 orang sebilik. HAHA!
  • peaceful bila waktu malam. korang boleh balik sukahati kul brapa pun, takde curfew, nanti dia bagi kunci extra for pintu belakang. buat macam rumah sendiri okey?
  • location dia dekat Krabi Town, depan hotel ada morning market. nak cari makanan halal tak ada masalah. even dekat morning market tu ada gerai-gerai halal. kedai-kedai makan pun ada. untuk pergi Krabi Weekend Night Market (Jumaat-Ahad) just jalan kaki je dalam 10 minit. best-best. tempat dia sangat peaceful waktu malam, takde pub, takde disko berdekatan dan sangat safe.
morning market depan hotel je. pagi-pagi ada banyak gerai-gerai kat sini. meriah u know.

  • ada tour agent dekat bawah tu. so takyah susah-susah nak book van/bas awal-awal. book je kat bawah ni to anywhere, any places dekat makcik Siam kat kaunter tu. makcik yang membebel cakap Siam masa kitorang lambat siap and turun nak ke Phuket haritu. =___________=

  • yang penting, murah gila. RM30/malam. murah kan kan kan kan ? :D


okey, enough cerita pasal hotel kitorang booking dekat Krabi. terpanjang lebar pula bercerita. itula gamaknya bila ada aura dan mood nak meng-update blog. jari-jari akan lincah menaik dengan lajunya, macam-macam idea nak dicurahkan maka panjanglah entri macam tulis karangan nak jawab exam sekolah, "percutian saya bersama rakan-rakan ke Selatan Thailand". LALALALALALA. untuk accomondation di Phuket pula, kami memilih Tunehotels, Patong Beach. rezeki kami untuk dapat merasa duduk di Tunehotels, Patong Beach ni as antara customer yang terawal sebab Tunehotels, Patong Beach ni tak sampai sebulan lagi tau. tu rasa macam bangga gila tu. HAHA! harga yang kami dapat adalah RM79.90 satu malam untuk satu bilik. quite pricy sebenarnya. tapi kalau nak compare dengan hotel-hotel lain di Phuket, hotel ni antara termurah tau. yang lain mahal cam haram.  kalau nak duduk cam mansion-mansion pula macam tak berani, sebab sanakan kota seks. if, you know what i mean. 



so, kenapa pilih Tunehotels Patong Beach, Phuket?
  • saya memang suka mencuba Tunehotels. HAHA. so, Tunehotels Patong Beach, Phuket ni antara Tunehotels baru yang saya mencubalah kan dengan kadar yang termahal yang pernah saya book melalui Tunehotels. HAHA. selalu dapat sen-sen kan, kali ni mahaaaaai HAHA
  • murah. yes, Tunehotels memang murah IF korang book awal. our price dapat haritu RM79.90 for 1 room, supposed RM49.90 but since kitorang lambat purchanse, tanggunglah risikonya sendiri kerana dik mahalnya. =______________________=
  • lokasi dia dekat Ratt-tut-Hitt 200 Pee Rd (sebenarnya salah eja ni, sila check di Tunehotels.com) which is main road dekat Patong Beach, jalan belakang dia adalah Patong Beach! :D so, nak g pantai memanglah in walking distance ya!

  • hotel ini family-friendly-type hotel. ini sangat penting di Patong Beach  untuk memilih budget hotel di Phuket. KENAPA? sebab dekat Patong Beach ni kan terkenal dengan sarang sex. so, salah pilih hotel, termasuklah dekat sarang sex ni. HAHA. bukan masalah safety, selamat je dekat sana, dia tak ganggu tourist, the thing is sebab masalah keamanan waktu malam. kalau korang duduk hotel area Bangla Rd, memanglah havoc area tu sampai ke pagi. sangat tak sesuai untuk family with kids. if korang mampu duduk hotel mahal, silakan. sebab hotel mahal memang jauh dari kawasan havoc-havoc itu.heee.
  • just few steps, betul-betul sebelah hotel ada Family Mart, ada restoran Seafood Melayu orang Pattani-Terengganu, yes of course Halal. memanglah ramai Malaysian saje makan situ, and a few Whites. :D

  • depan hotel, ada money changer, rent a bike-r-car shop, sederet Tune memang kedai-kedai saja. BUKAN tempat sunyi. so memang best, cuma taklah sebising sangat-sangat to compare dengan area Son Sabai dan Bangla Rd. if korang duduk dekat area Soi Nanai Rd pula, macam jauh kebelakang, so tak best. sunyi sangat.
fiuh, habis bercerita pasal hotel-hotel yang kitorang booking. lama gila nak menulis pasal hotel saja. almaklumlah, macam-macam nak bercerita macam mak kepoh gila. HAHAHA. selain hotel, kitorang dah booking siap-siap Island Hopping Tour. kitorang memilih Package Phi Phi Island instead of 4 Island Tour. untung Phi Phi Island tour lebih banyaklah pulau-pulau yang dibawa berbanding 4 Island Tour. Package ni bukan saya yang booking-kan. teman se-backpacking saya dari geng Backpackers Buddies Malaysia (BBM), saudara Adree yang booking-kan melalui Baracuddas, dari Pak Up Hostel. menurut dia, dia just call Pak Up Hostel tu untuk booking Island Tour ni, mungkin kauorang boleh lah menghubungi Pak Up Hostel untuk Island Tour. walaubagaimanapun, sebenarnya dekat bawah JP Mansion dengan Sawasdee Guest House pun ada Tour Package cuma kitorang tak tanya harga berapa tapi rata-rata yang kitorang nampak diantara 1200BHT-1800BHT for speedboat. kitorang punya 1000BHT je since dalam satu group yang besar kan dapatlah murah. kitorang tak tanya pula harga untuk longtail boat which is sebenarnya lagi murah, cuma dari segi keselesaan, lebih selesa speed boat lah, of course. 

Barracudas Tour Krabi
(kalau book through online, mahal gila kot. baik telefon leh tawar-tawar)

oh ya, selain dari hotel dan tour, saya juga ada survey tentang transportation dari border ke Hatyai. plan awal-awal nak cross border by walk, then grab van shuttle RM5.90 ke Hatyai dekat depan 7Eleven Dannok. tapi, memandangkan kitorang mengejar masa, and lagipun van tu start agak lewat dari kitorang sampai, so kitorang decide untuk hire a car, bawa sampai ke Hatyai. so, setelah mengkaji dalam internet, jumpalah contact number ini :


untuk memendekkan masa perjalanan, dan tidak membuang masa untuk men-survey dulu, mencari-cari transport masa sampai kat border Dannok-Sadao, kitorang pun hire-lah Bang Ya nih, dengan harga RM80 dari border sampailah ke Hatyai. menurut dia juga, kalau sampai Krabi terus RM200. tu harga tak bertawar-tawar lagi. kitorang naik Honda CRV. mmg selesa lah kan and of course laju. if kalau korang ramai, nanti dia akan pick korang guna van besarlah kan. since kitorang berlima sahaja, CRV pun dah okey. 

okey, yang lain-lain tak buat pre-booking, just study, explore and kaji sikit-sikit pasal transportation, location, attraction semua tu and then macam biasa, buat rough itinerary dan planning budget. our budget sorang RM500 tau for 4 days. memanglah agak strict disitu ya. so, disini saya nak berkongsi lah, rough itinerary and planning yang kitorang dah rancang and almost 90% kitorang mengikut plan kitorang, adalah ubah-ubah sikit mengikut masa kitorang yang agak lari sikit dari yang dijangkakan. HAHAHA.

nah, ini dia :
Southern Thailand Backpacking Itinerary & Budget Flow

so, expenses saya sepanjang 4 hari ini adalah :
total damage : RM403.80 (transport, makan, shopping,blablabla)
pre-departure damage : RM172 (hotel 3 malam & Island Tour)
Grand total : RM575.80
(terlebih RM75.80 gara-gara tshirt Hard Rock! HAHA)

okey, sampai sini sahaja dulu la ye entri ni. kita sambung lagi entri depan-depan lebih mengancam gitu. HAHA. banyaknya nak di-type kat sini. macam-macam nak bercerita. nantikan okey! *bajet retis lah kononnya. ptuuuuih!*

p/s "buku merah, jangan lupa bawak, moga belum tamat tempoh" HEHE.

kalau nak ke border melalui Bukit Kayu Hitam (BKH), singgah kedai lima enam dekat Changlun sebelah kiri otw ke border. beli arrival card, kat sini 50 sen saja. kalau beli kt border, RM2-3. sebelah kedai ini, kedai Lima-Lima, bleh tukar duit dengan rate yang sangat okey. oh, insurance kereta dan motor pn boleh dapat kat dua-dua kedai ini, kalau settle kat border of course lebih mahal ;)

TATAAAAAAAAAAAAAA! :D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...