Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO 2013 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Monday, November 25, 2013

Xi Di Wan Hotel dan sekitarnya

salam ukhuwah,

untuk entri tentang Southern China ni first-first sekali aiza nak share tempat penginapan yang aiza selalu duduk di Guangzhou yang menepati citarasa backpacker-backpacker dan budget traveller macam aiza juga. selesa untuk tidur, kemudahan dan kelengkapan pun ala kadar tapi okeylah dan memadailah dengan harga yang ditawarkan. harganya dalam lingkungan RM50-RM70 tergantung bilik yang korang nak. ada yang bertingkap, ada yang tak bertingkap. ada yang besar, ada yang kecil. aiza biasanya ambil bilik paling murahlah, yang tidak bertingkap. disebabkan di Medan dulu dah biasa duduk bilik gua tak nampak siang malam hujan panas, so tidak menjadi masalahlah untuk aiza. agak-agak kalau korang tak selesa bilik macam penjara camtu, korang boleh book bilik yang bertingkap. selalunya aiza book hotel ni melalui agoda.com. ada satu tips disini aiza nak kongsikan. jangan sekali-kali sampai di China tak book hotel sebab harga walk-in dengan harga di agoda.com berbeza tau. bukan sikit-sikit, tapi obvious punya beza. contohnya, kalau di agoda.com Xi Di Wan Hotel ni dalam RM60, kalau walk-in beratus-ratus ringgit tau. sangatlah rugi kalau walk-in. so, seboleh-bolehnya book-lah before berangkat ke China. banyak dah kawan-kawan backpacker aiza mengalami nasib ni. serious punya cerita. lagi awal booking, lagi murah hotel ini. alah, lagipun sekarang nak mohon visa China dah ketat. mesti ada dokumen hotel booking untuk buat visa. maka, before korang pergi apply Visa China, make sure ada salinan tiket penerbangan pergi balik, rough itinerary dan hotel booking receipt okey?


ha, cari hotel ni dekat agoda.com, okey? :)

lebih kurang macam ni lah harga dia. tak sampai RM100 pun semalam. murah kan? berbaloi oi berbaloi. kalau tengok di website dia, harga tak sama tau. semuanya beratus-ratus RMB which is, beratus-ratus RM jugalah sebenarnya. aisey.

so, mari kita tengok sekitar hotel ni. amaran ni, hotel ini bukan hotel 5 stars tau yang menyediakan penginapan mewah. ni murah-murah ja tetapi berbaloi. :)

pintu depan hotel. biasa-biasa ja hotelnya. ala-ala motel pun ada. dekat dalam hotel ni opposite kaunter reception tu ada kedai makcik jual-jual air, ada arak juga sebenarnya. kalau setakat nak beli air mineral malas nak seberang jalan, beli je dekat makcik ni. harga sama je dengan FamilyMart depan hotel. makcik ni tak faham sangat English, tapi nak juga tu sembang-sembang dengan kita. layankan aja lah dia kekononnya sembang dengan kita dalam Mandarin. wat-wat paham sudah. hehe.

hotel dari deretan kedai depan hotel. *apakah ayat ini =____=* dekat depan ni, kalau pagi dan malam sekitar pukul 6-7 malam memang sesak sikit. tapi mudah nak tahan teksi. kalau pagi-pagi tu, banyak ja teksi tunggu depan ni. cuma kalau belah malam susah sikit sebab semua teksi pun ada penumpang. agak-agak susah nak cari teksi, beritahu je receptionist nanti dia call kan taxi. :)

nama jalan hotel ini terletak. belakang hotel ni Pearl River, malam-malam boleh la naik cruise, menyaksikan cruise-cruise dengan jambatan-jambatan berlampu warna-warna. syok! 


ni bilik no window double bed. selalunya kalau book awal bilik ni berharga sekitar RM50-RM60 ja through Agoda. katil dia besar sebenarnya boleh baring 2 orang. tapi hotel ni cam skema pula tak boleh sumbat. bolehhhh sumbat tapi kena ada taktik. bila nak check in, dua orang je yang check-in. yang sorang tu pergi ja jalan-jalan. receptionist dia bukan 24hours ada pun. kalau ketahuan *ayat indonesia kali dik* maka kena bayar dalam 50RMB (RM25) sorang. lepak je. haha. cuma, katil dia agak keraslah. tapi memang katil-katil dekat negara china ni keras-keras sebab diorang memang mengamalkan tidur katil keras baik untuk tulang belakang katanya. alah, asal boleh tidur, layaaaaan.

ada tv lcd tapi kebanyakkannya channel tv china-lah tak ada subtitle. chongchengchongcheng buat-buat paham je. banyak tau channel diorang. malam-malam ada gaklah movie-movie english boleh tengok. tak adalah boring sangatkan. oh, disediakan set kondom juga ya. =______=  tidak gratis!

 pintu masuk bilik. yang belah kiri tu toilet.toilet dia tak ada bath tub, sempit sikit tapi lengkap dengan toiletries ada sikat, sabun, syampu, berus gigi, ubat gigi semuanya gratis! kalau lima hari tidur hotel ni, lima-lima hari korang kena amek toiletries ni sebab tiap-tiap hari dia tukar yang baru. boleh buat souvenir, kan? hehe!

mula-mula dulu kitorang pilih hotel ni sebab hotel ni antara yang murah tau di Guangzhou dan terletak di tengah-tengah bandar Guangzhou. ada je sebenarnya hotel-hotel lain yang murah cuma lokasi dia tak best, jauh dari bandar, susah dapat sumber makanan, susah nak dapat teksi apatah lagi subway lepastu kalau hotel-hotel yang kurang-kurang famous ni biasanya owner or receptionist dia tak pandai English, maka nanti macam ayam dan itiklah kauorang bergelut depan reception masa nak check-in nanti. nampak simple, tapi stress wo bila communication breakdown. HAHA! kebanyakan hotel di Guangzhou ni jauh dari subway station walaupun kalau kita baca review-review hotel tersebut kata subway location 5 minute-lah dari hotel, jalan kaki pun boleh. memanglah boleh jalan kaki but mind you that, 5 minute mat salleh/ orang cina di China tu bersamaan dengan 10 minute orang kita berjalan. serious berbeza. aiza dan kawan-kawan dah banyak kali terkena. dekaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat sangat.

masa first time booking hotel ni pun dulu tipah tertipu dengan locationnya yang menurut reviewer-reviewer hotel ni kata very verrry near to subway station (Haizhu Square). ada yang kata about 5 minute je berjalan kaki. sekali bila kita jalan kaki lenggang mak limah, 10-15minutes gak lah nak sampai ke station nak nak tepi-tepi jalan kaki tu kedai-kedai. banyak benar pitstop-nya. tapi tak terasa sangat jauh tau sebab jalan dia tepi-tepi kedai, so boleh kira dekatlah bak kata orang-orang China. iyelah, nak. in fact, hotel-hotel yang betul-betul dekat-dekat dengan subway, ataupun bawah hotel adalah subway semuanya mahal. memang taklah aiza pilih sebagai destinasi melabuhkan badan waktu malam. 

apa yang menarik dan dekat dari hotel ni?

Pearl River Cruise



belakang hotel je Pearl River ni. sungai yang terpanjang, terbesar, terkenal dekat Guangzhou sampai ke Shenzhen kalau tak silap. maaf, kalau salah tapi memang terkenal pun. HAHA. tiket berharga sekitar 48RMB (RM24) -78RMB (RM39) dan ada jadualnya mengikut wharf-wharf yang berbeza (jeti nak naik bot tu)dan jenis bot yang berbeza bermula pukul 6 petang sampailah 10 malam bot yang terakhir kalau tak silap. so, bila naik bot ni korang pergi lah naik dekat rooftop dia baru best sebab boleh tengok pemandangan kiri kanan sepanjang sungai tu. kalau duduk dalam bot tak nampak sangat dan tak best. sebenarnya tiket dia yang mahal tu beserta makanan, tapi takperlulah makan. hehe. perjalanansepanjang dalam cruise ni mengambil masa 2 jam jugalah dia jalan sampai agak-agak hujung Pearl River, dia patah balik ke tempat kita naik bot tadi. cantik sangat pemandangan waktu malam. nanti nampak Guangzhou Tower warna-warni tukar-tukar lampu, bangunan mencakar-cakar langit berwarna-warni dan sebagainya. memang tenanglah gamaknya. apalagi, bergambarlahkan! :)

Onelink Plaza


Onelink Plaza ni bukan saja boleh buat kaum-kaum wanita saja rambang mata kalau boleh semua pun nak beli malah menggerunkan buat mak-mak dan ayah-ayah sekelian sebab mall ni banyak barang permainan yang mampu buat anak masing-masing guling-guling kat lantai melalak minta beli. kalau sesiapa peminat tegar kereta control atau helikopter control yang besar-besar belaka kalau kat Malaysia harga dalam RM300 tu, korang bolehlah borong kat sini. bawah RM100 pun dapat jangan tak percaya. tapi itulah, sebenarnya Onelink Plaza ni barang-barang dia dah mahal sebab sekarang dah famous kan. bersepah Malaysian aiza jumpa dalam mall ni. sayangnya, masing-masing bila aiza senyum wat dont know je padahal sama-sama makan belacan kat Malaysia. adoilah. in fact, menurut owner sebuah kedai dalam mall ni cakap, sewa kedai dekat Onelink Plaza dah mahal, sebabtu diorang tak boleh rendahkan harga macam dulu. kalau ikutkan, harga barang-barang kat sini dah nak menghampiri harga yang biasa jual kat Malaysia dah. dahlah tak boleh tawar-menawar. kalau tawar nanti kena halau. tak macam masa first-first time aiza pergi sini setahun lepas. dah tak sedap nak membeli sangat. so, ada satu lagi mall ala-ala Onelink Plaza satu deret dengan mall ni. korang pergi je sepanjang Yide Lu, banyak mall-mall yang jual-jual barang macam ni. laaaaaagi murah especially barang-barang kanak-kanak macam stationaries, barang comel-comel yang dijual kat Living Cabin, Typo semua tu, barang-barang rumah, hiasan rumah dan sebagainya.

ha yang ni mall lagi satu di Yide Lu. sederet dengan Onelink Plaza. pendek cerita, kalau setakat nak beli payung-payung comel, lampu-lampu ala-ala i-city tu ke, barang-barang mainan, barang sekolah anak beli banyak-banyak, pergi je Yide Lu (Jalan Yide) bersepah kedai-kedai tak larat nak p satu persatu. pengumpul-pengumpul figure anime, star wars ke sailormoon ke, ha korang boronglah bannyak-banyak kat sini. sinilah lubuknya dengan harga borong. online jual beratus, kat sini puluh je dah dapat. beli banyak lagi murah nakkkk.

mana tak rambang mata mak-mak orang kalau datang Onelink Plaza ni. semua barang-barang hiasan rumah pun ada. cantik-cantik belaka. aiza syorkan,korang spend-lah sehari untuk explore the whooooooole kedai-kedai yang ada sepanjang Jalan Yide Lu tu. serious. tak mungkin balik tangan kosong punya. bargain hard okey!

Electronic Centre

 electronic centre ni terletak di Jiefang Rd, jalan kaki about 10 minutes untuk ke sini. besar-besar belaka bangunan-bangunan dia. adalah dalam 5 buah kesemuanya. spare part electronic lah paling banyak kat sini.selain dari sparepart handphone, juga dijual disini powerbank pelbagai jenis, pelbagai rupa dan warna dan kualiti. ada yang kualiti so-so, ada yang good kualiti, dan ada yang original. vary in prices. kat sini lah tempatnya orang-orang kita beli-beli powerbank, casing-casing handphone untuk dijual di Malaysia. lagi banyak korang beli, lagi murah harganya. 

clothing whosale market



belakang dari area electronic centre tu, kalau korang lalu disepanjang jalan bawah fly-over tu ke belakang, di belah kiri korang, korang akan jumpa satu kawasan yang serabut sangat-sangat. inilah kawasan gudang jual pakaian-pakaian. kalau korang jalan masuk kekiri tu, especially time winter, banyak dijual winter-winter coat yang baru-baru tau, baru kuar dari gudang serendah harga RM30 sahaja! pilih jangan tak pilih. kalau korang beli dekat online shopping, mesti berpuluh ringgit malah cecah ratusan ringgit. percayalah. sinilah lubuknya.
borong jangan tak borong!

macam-macam style ada. yang panjang, yang pendek, yang trenchcoat, yang kain baju sejuk, yang branded tak branded, cap ayam, cap kambing semua ada. ala-ala Korea K-pop bersepah kat jalan ni. semuanya murah-murah. bawah RM100 je semuanya. macam kat atas ni semuanya in the range of RM50-RM60. murah kan?

Burberry i ni RM90 ye uols. tu pun lepas tawar gila-gila punya chongchengchongcheng dapatlah RM90. azab kau tahu nak tawar-menawar kalau kat China ni. tapi mesti dapat punya! HAHA

so, pendek cerita area Xi Di Wan Hotel ni dekat dengan area shopping dan gudang sebenarnya. maka, sesuailah kepada mereka yang nak datang Guangzhou untuk ber-bussiness atau personal shopping. memandangkan entri kali ni dah terlalu panjang, aiza akan sambung entri ini pada entri seterusnya tentang makanan-makanan halal di sekitar Xi Di Wan Hotel. inilah topik paling penting kan kalau nak book hotel kan kan kan? so Malaysian. HAHA! InsyaAllah, aiza akan sambung pada next entri. semoga entri ni bermanfaat bagi semua readers. macam biasa, ada apa-apa yang musykil nak bertanya, jangan malu-malu ya! boleh add langsung di Facebook Aiza. InsyaAllah aiza reply :)

Southern China (Guangzhou, Shenzhen, Hong Kong, Macau) - mukadimah

salam ukhuwah,

lama-lama blog ni ditelan zaman juga karang kalau tak di-update. bersawang je setiap hari tapi alhamdulillah, walaupun takda latest update, masih ada lagi readers yang sudi menjengah, menjenguk blog usang yang ditinggal lama ni. terima kasih banyak-banyak. harap-harap info yang ada dalam blog ni berguna untuk korang semua. anyway, sekarang Aiza agak banyak masa free memandangkan department-department besar posting Aiza sebagai Clinical Year Student semuanya dah selesai. Tinggal 3 posting department yang minor sahaja sebelum tamat belajar akhir bulan Januari ni, InsyaAllah. doakan Aiza ye! so, disebabkan banyak masa melingkor atas katil ni, maka gagahkan juga diri ini untuk meng-update. 


so, insyaAllah entri kali ini aiza nak update secara pukal tentang Southern China yang meliputi negara China iaitu Guangzhou dan Shenzhen (banyak orang aim tempat ni wooo), Hong Kong dan Macau. Aiza selalu juga ke area Southern ni, dah banyak kali sebab ada urusan dan bawa orang macam jadi tour guide lah kesana so mana-mana yang aiza boleh tolong, aiza share dekat entry ni okey?  kalau ada apa-apa kemusykilan boleh email aiza, atau pm aiza di Facebook (Aiza D Undefined) takut kalau komen dekat entry ni Aiza terlepas pandang and tak terbaca pula. jangan malu-malu, mana aiza boleh tolong, aiza tolong okey? macam biasalah, no hal lah! :)

harap-harap berjayalah update selengkap-lengkapnya. asyik tertangguh je kejenya bila tah nak habis. HAHA. oh ya, aiza sertakan sekali kat sini itinerary simple masa first-first time aiza pergi Southern China ni dulu. mana tahu, boleh digunapakai oleh korang semua wahai readers sekalian. maaf kalau macam serabut sangat itinerary ni. HAHA. harap-harap berguna untuk semua :)


maka, kita sambung ke entri seterusnya! :)

Friday, April 26, 2013

Baju Kurung Lycra cantik-cantik!

salam ukhuwah,

tiada entri berkaitan tips berkelana kali ini. cuma nak mempromosi sahaja, membantu mak berniaga kecil-kecilan. yelah, mak abah dua-dua dah pencen, so ni kira berniaga sikit-sikitlah menampung kehidupan. 
siapa yang berminat, comment dibawah, atau Whatsapp atau call aiza okey? 012-7444004. :)

cuci-cuci mata pun boleh.

Baju Kurung Manik Bercorak Jenis Lycra
Saiz S
RM170

Baju Kurung Manik Bercorak Jenis Lycra
Saiz M
RM170

Baju Kurung Manik Bercorak Jenis Lycra
Saiz L
Rm170

Baju Kurung Manik Bercorak Jenis Lycra
Saiz XL
RM170

Baju Kurung Manik Bercorak Jenis Lycra
Saiz XXL
RM170


harga boleh negotiate. with postage tau. 
kalau berminat, beritahulah.
terima kasih.

maaf, sebab lama sangat tak update. liku-liku kehidupan buat saya payah nak update.
ecewah. 








Saturday, February 16, 2013

Southern Thai Backpacking : Day 2 Part 1

salam ukuwah,

Island Hopping punya cerita
 (25/1/13)

yummmmmmmmmmmmyyyy!

harini semua orang bangun awal. semua bangun dalam keadaan excited, senyum selebar-lebarnya sebab harini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua orang. harini kitorang ber-island hopping atau dalam istilah lainnya, melawat pulau ke pulau. semua orang pun tahu kan pulau-pulau di sekitar Andaman Sea adalah sangat cantik dan menarik. jujur saya katakan, pulau-pulau di sekitar Krabi dan Phuket adalah lebih cantik kalau nak dibandingkan dengan pulau-pulau di Bali. air dia sangatlah jernih, warna kebiru-biruan, pasir yang memutih, halus bila dipijak, sangat mengasyikkan okey! so, kalau kauorang datang ke Krabi atau Phuket, jangan lepaskan peluang untuk ber-island hopping dan menikmati pemandangan yang sangat cantik dan berbaloilah. 

tour yang kitorang guna untuk island hopping
memang terbaaaaaaaaaaaik!
(make sure masa survey tour tu, carik yang menyediakan makanan halal di Phi Phi Island, contohnya macam Barracudas Tour ni)

mana lagi baik, island hopping dari Krabi atau dari Phuket? ye, persoalan tu pernah terlintas dalam kotak pemikiran saya sebelum trip ni sebab tak tahukan nak ambil dari Krabi atau Phuket. tapi, selepas buat survey-survey, meneliti blog-blog orang lain, baca forum-forum sikit, saya mendapati, ramai bersetuju mengatakan kalau nak island hopping, better dari Krabi daripada ambil di Phuket. faktor ekonomi adalah faktor utama, sebab ramai mengatakan kalau ambil tour dari Phuket lebih mahal dari di Krabi memandangkan mat-mat salleh memang lagi ramai di Phuket berbanding di Krabi, so dia kenakan higher charge lah untuk tour island hopping. so, sebab itu kitorang memilih island hopping di Krabi instead of Phuket. terima kasih kepada abang Adree, geng Backpackers Buddies Malaysia (BBMers) yang menyelesaikan soal mem-booking tour untuk island hopping. Alhamdulillah, disebabkan group kitorang ramai, kitorang dapat harga RM110/person dengan menaiki boat untuk Phi Phi Island Tour. ingat, untuk Island Tour, ada beberapa jenis island hopping tau, tapi yang paling famous samada 4 island tour, atau Phi Phi Island tour. kitorang memilih Phi Phi Island Tour. RM110/person adalah termasuk dengan makan tengah hari di Phi Phi Island, alatan untuk snorkelling, snacks dalam boat, insurans dan life jacket.

yang ni Island Hopping with Speedboat. lebih selesa tapi bila dia laju, terhentak gakla punggung. HAHA
kitorang dapat RM110/person tapi jangan terkejut during peak season (November-March) diorang boleh charge sampai RM180/person. kena bargain habis-habisan! kalau bukan peak season, RM90/person pun dapat

yang ni longtail boat.lebih traditional gitu. lebih murah package dari speedboat. cuma, tah, tak berani. HAHA lagi selesa dengan speedboat rasanya? tapi boleh je try bagi yang lasak. not for me. mabuk laut. HAHA

seawal pukul 8 pagi waktu Thailand, kitorang dah diminta untuk berkumpul di JP Mansion. rupanya janji Siam ni sama je lebih kurang janji Thailand, agak lewat juga diorang datang untuk pick-up kitorang ke Aonang Beach dengan menaiki tuk-tuk besar sangat atau nama lain dia Songthaew kot? entah, lupa sudah. HAHA. perjalanan dari JP Mansion, atau Krabi Town ke Aonang Beach memakan masa hampir 20 minit jugalah dengan menaiki tuk-tuk, sambil-sambil ada berhenti-henti sekejap pick-up orang lain dekat hotel lain. tapi best gaklah naik tuk-tuk ramai-ramai. berangin gitu. pening pun ia, bawa laju macam wow. =___=

BBMers semua menunggu tuk-tuk tak kunjung tiba. haiyaaaaaa

orang kuat team. bro Adree

kitorang semua termasuklah penumpang-penumpang lain. eh, pakcik misai tu pun tengok camera

eh, pakcik ni peace, peace pula

okey, tatahu nak bercerita apa. maka, biar gambar saja bercerita. hehe

dah pun sampai Aonang Beach. taraaaaaa.

itu boat kitorang semua. before depature. ecewah

mana-mana pun nak bergambar je kerjanya

island hopping  ini akan berlangsung dari pagi dalam pukul 9 pagi sehinggalah pukul 4 petang. nanti, pada waktu tengahari, lebih kurang kul 1 petang atau 2 petang diorang akan berhenti di Phi Phi Island untuk sesi makan siang eh tengahari. tersasul cakap indonesia pula. heh. mereka bagi kita masa dalam 2-3 jam di Phi Phi Island untuk makan dan bersiar-siar dan kemudian pukul 3 petang dah berkumpul untuk balik semula ke Aonang Beach dan trip pun selesai.  untuk Phi Phi Island Tour, ada beberapa pulau yang akan kita lawati antaranya Hong Island, Monkey Island, Maya Bay dan macam-macam lagi tapi dah lupa namanya. mungkin boleh semak semula website Barracudas Tour, dekat situ ada di senaraikan tempat yang diorang bawa kita melawat. so far, semua pulau yang di bawa memang cantik dan menarik sangat. nak-nak masa tu panas terik kan, memang air membiru yang memukau pandangan!

sakit gak la punggung kena hentak air. gedegang gedegang gitu. memang sepanjang perjalanan makan mentos je. mabuk katanya HAHA 

perhentian yang pertama. tah apa nama dia. tula dah mabuk, dia sebut apa nama tempatnya pun dah tak dengar. kasihan deh loh

kulit album apa ni?

kitorang lagi

dekat sana saya memang tukang snap gambar pakai camera gabak saja. tak mampu nak melompat macam ni. nanti gempa bumi, semua tuding jari kat saya. heh

free-style yang pertama

free-style yang kedua

free-style yang ketiga

letih bergambar sampai kena panggil suruh balik masuk boat untuk ke pulau seterusnya. orang ramai kat situ pun mungkin meluat tengok budak-budak ni melompat-lompat, terkinja-kinja agaknya. who cares, bang? HAHA

keluarga bahagia. family potrait. HAHA.meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya. port untuk snorkelling! (tapi saya tak pandai snorkelling pun. HAHA)
*bulatnya pipi saya masa ni. =____=*

fantastic scenery

glup.glup.glup. serious tak pandai berenang kat laut. cuak

oololololololo comel-comelnya nemo

glup.glup.glup. dalam air pun nak peace peace. 

buaya darat melintas

HELLOOOOOOOO UNDERDERSEAAAAA

diorang lagi

teriknya matahari. rosak kulit mak, nyah!

okey, habis snorkelling sikit-sikit. panas terik. sambung ke tempat lain!

kat sini Leonardo DiCaprio ada belakon cerita The Beach. tapi tatahu apa nama tempat ni. HAHA
google-lah. :P

Maya Bay

cantik!

next stop, bergambar lagi. Monkey Island. 
tapi monkey tak ada. bercuti mungkin

cantiknya aaaaaaiirrrr!

dahpun sampai Monkey Island

bermula sesi memenuhkan memory camera

budak-budak ni memang suka melompat-lompat. tahulah ringan. =___=

happy happy happpy

bergambar lagi

semua nak masuk dalam lense camera

bulatan gembira di Monkey Island :)

kitorang lagi

me.myself. gambar dah cantik dah, sekali ada spoiler kat belakang tu nak tumpang bergambar. 
=____________________=

masing-masing dah kebulur, dah dua hari tak makan nasi, just makan roti dengan peanut, and minum susu sebagai alas perut, harini rasa bersyukur dapat makan nasi. HAHAHA (budget backpacker memang macam ni. jimat duit)

mari kita ke Phi Phi Island untuk makaaaaaaaaaaan!

welcome to Phi Phi Island! 
eh mana tempat makan yang disediakan tu? kebulur nih. HAHA
muka-muka kebuluran. tak tahan lapar

makanan disediakan secara buffet. diorang tak marah kalau kauorang ambil lebih-lebih. diorang faham kauorang kebulur. tak apa

bukti kebuluran.

sesungguhnya makanan Thailand memaaaaaaang sedaaap!

gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, jom jalan lagi!
sambung jalan-jalan di Phi Phi Island





mana-mana pun bergambar kerjanya. HEHE

signboard ni memang merata-rata di sekitar Phi Phi Island. 
tahukah anda Phi Phi Island adalah antara pulau yang paling teruk dilanda Tsunami pada tahu 2004?
hampir separuh dari Phi Phi Island musnah. Phi Phi Island sebelum tsunami dengan selepas tsunami berbeza ya. nanti tengok gambar.

the other side of Phi Phi Island. 
kira belakang Phi Phi Island. tempat ni tak da pape pun, tempat mat-mat salleh berjemur je banyak

warning. kat sini ramai sangat naked. FULL NAKED pun ada. tak payah nak lama-lama sangatlah kat sini
kitorang pun pergi sekejap je, nampak bersepah begini terus patah balik. HAHA


so, kitorang melepak di Phi Phi Island ni sampailah pukul 3petang. pukul 3.15 petang, abang speedboat tu pun dah bising panggil kitorang balik. ye, kitorang antara terakhir naik ke boat ya. hehe. setelah 20 minit macam tu, kitorang pun sampailah semula di Aonang Beach, dan kemudian ambil tuk-tuk yang sama for free disediakan oleh Barracudas Tour untuk balik ke Krabi Town. sampai sahaja Krabi Town, kitorang pun pulangkan balik semua motor kitorang ke owner kedai di depan Pak Up Hostel as mentioned before sebab esoknya, seawal 5 pagi, kami dah bertolak ke Phuket.

yang terakhir,
sebelum masing-masing balik ke bilik masing-masing dan berehat
gambar Backpackers Buddies Malaysia (BBMers) secara beramai-ramai kecuali saya
*nyonya tu dengki ada ke tak snap gambar saya masa second time shoot. sedih*

overall, we had a lot of fun and excitement for the whole day while Island Hopping. it was a great and pleasure experience! (apepasal tiba-tiba speaking ni?). balik sahaja dari island hopping, masing-masing pun membongkang dalam bilik sekejap, dan malam tu beronggeng lagi untuk kali teraakhir sebab esoknya dah ke Phuket.

apa yang kitorang buat malam tu? nantikan next entri! dah panjang sangat entri ni. semangatnya menulis entri kan. HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...