Friday, June 15, 2012

Home » , , , , , , , » Korea Backpacking Part IV - Ittaewon & Insadong

Korea Backpacking Part IV - Ittaewon & Insadong

salam ukhuwah,

sambungan dari Nami Island.

Ittaewon & Ittaewon Mosque 

lepas dah berhabis masa separuh hari dekat Nami Island, kitorang pun bergegas lah balik ke Seoul sebelum Maghrib sebab masa tu kitorang tak solat lagi tau. memandangkan dah niat Jamak Ta'hir, memanglah kena cepat-cepat sampai ke Seoul untuk solat. destinasi seterusnya adalah ke Ittaewon. dekat Ittaewon ada satu masjid yang famous-lah dekat Seoul. actually, ada banyak masjid dekat seluruh South Korea, ada 9-10 buah jugalah. tapi masing-masing masjid terletak jauh antara satu sama lain. kira macam satu daerah satu. Alhamdulillah, at least, ada kan?

untuk ke Ittaewon dari Nami Island, macam waktu kita gerak dari Seoul jugak untuk ke Nami Island, memanglah panjang perjalanannya. tapi kali ini, lebih singkat dan dekat memandangkan Ittaewon tu dekat tengah-tengah bandar and lagipun, tak banyak kali tukar train untuk ke Ittaewon dari Nami Island. rujuk gambarajah di bawah. *macam soalan peperiksaanlah pula*

eh, bila tengok dekat map ni rasa macam sama je pon jarak pergi dan balik. hahaha. mungkin sebab kepenatan and siap tertidur lak tu dalam train, tu rasa cepat je sampai ke Seoul. masa pergi kan dalam mood excited, tu lambat sikit kot? HAHA

so, untuk ke Ittaewon dari Nami island Gapyeong Station 가평역, ambil Korail balik ke Mangu Station  망우역 dan kemudian tukar train, then tukar lagi train dekat Wangsimni Station, dari Wangsimni Station 왕십리역, tukar lagi train di Cheonggo Station dan terus ke Ittaewon Station 이태원역. berapa banyak kali tukar train ni? ingat tau! jangan lupa bawa map subway ke sana ke mari senang sikit nak rujuk. siapa yang ada gadget canggih-canggih, boleh save map ni dalam gadget anda. kalau nak lagi mudah, subcribe siap-siap free WIFI dekat Incheon Airport, so that boleh guna WIFI dimana sahaja anda berada. dengan pantas, laju dan tak ada block sana sini macam kat China. =_________________________= perjalanan memakan masa selama 84 minit dengan bayaran 1950 won (RM5.30). yep, exactly sama macam harga tiket pergi ke Nami Island. so, pergi balik dalam RM12 je. murah kan? 

bila dah sampai Ittaewon Station, korang exit ke Exit 3. dari Exit 3 jalan sahaja terus, nanti nampak gitar Hard Rock di sebelah kiri, dan ada kedai Mr. Kebab dan Dunkin Donut di sebelah kanan. jalan sahaja terus sampai lah jumpa persimpangan macam dalam gambar bawah ni.

ada gitar hard rock je. Hard Rock Cafe-nya dah lama tutup dah. sobs. tak ada tshirt Hard Rock original kubeli di Korea. beli yang ciplak dekat deretan jalan ni. tapi tu pun 10,000 won gak la (RM30)
=________________________________=

jalan sahaja straight nanti juma Mr.Kebab dengan Dunkin Donut. lepastu straight lagi
dekat Mr.Kebab tula kitorang kena marah dengan arab sombong tu. sombong gila. tahulah muka kitorang macam tak mampu beli kebab RM30 sebatang. sobsss. *padahal sebenarnya dia yang tak faham Bahasa Inggeris. kita order lain, dia wat lain, memanglah marah. ==*

lepastu, belok kanan dekat simpang ni. dan bermulalah perjalanan mendaki bukit. saya ingatkan awal-awal okey, jalan kat Korea memang berbukit-bukit. memanglah exercise keluar peluh banyak-banyak okey.

lepas dah belok simpang tu, korang jalan je terus sampailah jumpa simpang ni di kiri kauorang.
kemudian, terus lagi mendaki dan mendaki dan mendaki sampailah jumpa masjid ni disebelah kiri korang. selamat bersenam! HAHA



selepas Solat Jamak, kitorang pun ambil lah peluang untuk berposing here and there dekat sekitar Masjid Ittaewon sambil-sambil tengah kumpul tenaga nak turun bukit balik untuk ke subway. untuk pengetahuan kauorang juga, disinilah tempat orang-orang kita selalu makan, especially for those yang datang ke Korea ikut travel agent. diorang akan bawa group diorang makan dekat kedai-kedai makan arab di sekitar Ittaewon. tapi, macam biasalah, harganya mestilah mahal. RM40 sepinggan nasi beryani. fiuh. tak termasuk dalam budget kitorang, so tidaklah kitorang mencuba makan di Ittaewon. tapi, sebab lapar jugak, kitorang belilah kebab dekat Mr.Kebab, dan disitulah tempat kitorang kena marah-marah dengan pak arab yang besar-besar belaka tu. geramnya. =____________________________= *hati-hati, orang arab memang kasar sikit. especially orang Iran and Turkish. adoi.*

nak naik bukit punyalah kejang kaki, ketar lutut. bila turun bukit, macam tak ada handbreak. haha.
kat tepi-tepi jalan ni ada Salam Bakery. Halal product. cubalah try!

inilah kebab 10,000 won (RM30) yang lenguh gila nak habiskan sebab besar gila. memang kenyangla gamaknya. cuma tak ada sos cili je. adoi. =______________=

Insadong

dari Ittaewon, tanpa membuang masa kitorang terus bergerak ke Insadong. memandangkan dah malam masa tu, kaki pun dah tak larat, maka tak banyak jalan sangat kat Insadong. macam banyak sight-seeing and window shopping je. Insadong ni sebenarnya best. banyak benda kita boleh terokai kat Insadong ni. ecewah ayat nak gempak. tapi, memang betul pun. Insadong sebenarnya best. Insadong ni actually macam art & culture centre. so memang tempat ni cantik dengan macam-macam lukisanlah, rekaanlah, patung-patung comel-comel lah, macam macam lah. tapi disebabkan kitorang sampai dah malam, kaki pun da letih, memang tak larat nak explore satu Insadong. 

untuk ke Insadong, naik subway ke Anguk Station (Line 3) then keluar ke Exit 6. dari exit ni terus je then Insadong area berada di kiri kauorang. bila kauorang keluar sahaja dari Exit 6, nanti kauorang akan nampak satu cafe ni, kalau tak silap saya, menurut kawan-kawan sepermergian dengan saya ni, cafe tu adalah cafe tempat berlakon YongSeo Couple berlakon dalam We Got Married apatah. tatahu. tapi somehow, cerita tu agak popular-lah and Koreandrama freak mesti tahu.

inilah cafe yang saya cakap tu. 

inilah Ssamziegil. kompleks kraftangan dekat Insadong. semacam Pasar Seni jugalah tapi obviously, mestilah sini lagi best kan. HAHA

dalam kompleks Ssamziegil. tempat dia agak crowded dengan macam-macam benda yang cantik, comel, menarik and sedap nak snap gambar sana sini. masa kitorang pergi haritu, dah nak tutup, so tak macam banyak tempat yang boleh pergi.

kuih poopoooo ! siapa tak geli bolehlah makan! dalam dia peanut butter. saya tak berani cuba sebab cerewet sikit bab makan eventhough dalam dia tak de makanan yang haram kan. sebaiknya, elakkan
credit to : iggumiyeyo

you're free to write, to draw, doodle-ing anything on the wall of Ssamziegil!
for them, grafitti, vanderlism itu adalah seni.
credit to : usagi

patung-patung mengerikan ni sangat comeeeeeeeeeeeeeel. memang dah banyak kali keluar masuk kedai ni dengan harapan nak beli, tapi mahal sangat. tak dapat nak beli. sobs
credit to : usagi

tertarik dengan brother ni sebab dia hebat mempromosikan kuih yang dia buat ni. kuih ni sedap tau. dia. macam kuih kacang ketuk tu. tapi semacam ada honey. just pakai tepung, gula, honey dengan kacang. 
so, belilah sebab yakinkan insyaAllah takde bahan yang meragukan, lagipun orang yang buat ni pakai gloves siap. so, lagi confident. :)

masa kat Insadong, tak banyak sangat gambar yang ditangkap, sebab masing-masing pun dah penat, keletihan dan exhausted sangat, maka, kitorang hanya jalan-jalan je. dahlah ada kejadian yang berlakon masa dekat Insadong sampai tak boleh jalan langsung! nak ber-shopping pun tak mampu dah buka mata. dah tak larat sangat. tapi, apa yang kitorang nampak, souvenir-souvenir dekat Insadong macam mahal lagi dari Namdaemun Market. so, my suggestion, korang beli je souvenir dekat Namdaemun Market. murah-murah. cuma, kalau kauorang nak beli perhiasan rumah, macam frame, jam dinding ke apa, beli kat Insadong, sebab hasil seni barang-barang dekat Insadong memang sangat cantik dan menarik!

nak tahu apa yang terjadi dekat Insadong?

nampak tak tuuuuuuuuuuuuuu? nampak tak tuuuuuuuuuuuuu?
sampai tak mampu pijak tanah tahu tak. begitu sekali melecet. HAHA

bila kaki dah melecet macam ni, maka langsunglah pulang ke Bangrang Hostel tanpa berfikir panjang. sampai-sampai hostel terus tidur. nak naik katil kat tingkat atas pun menggeletar lutut sebab sakit gila, penat sangat gamaknya. 

to be continue.. :)

2 comments:

littlenailofar said...

hai ^^

oh, roti poopoo tu dlm dia inti peanut butter ke? hr tu tak berani nk beli sbb ingtkan apa dlm dia...hehe...

aiza89 said...

hai littlelenailofar. sorry lambat reply. haah. dalam dia ada peanut butter. ada gak dalam dia lain-lain. dia macam waffle kt delifresh tu. mcm2 isi ada. hahaha. ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...