Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO June 2012 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Friday, June 15, 2012

Korea Backpacking Part IV - Ittaewon & Insadong

salam ukhuwah,

sambungan dari Nami Island.

Ittaewon & Ittaewon Mosque 

lepas dah berhabis masa separuh hari dekat Nami Island, kitorang pun bergegas lah balik ke Seoul sebelum Maghrib sebab masa tu kitorang tak solat lagi tau. memandangkan dah niat Jamak Ta'hir, memanglah kena cepat-cepat sampai ke Seoul untuk solat. destinasi seterusnya adalah ke Ittaewon. dekat Ittaewon ada satu masjid yang famous-lah dekat Seoul. actually, ada banyak masjid dekat seluruh South Korea, ada 9-10 buah jugalah. tapi masing-masing masjid terletak jauh antara satu sama lain. kira macam satu daerah satu. Alhamdulillah, at least, ada kan?

untuk ke Ittaewon dari Nami Island, macam waktu kita gerak dari Seoul jugak untuk ke Nami Island, memanglah panjang perjalanannya. tapi kali ini, lebih singkat dan dekat memandangkan Ittaewon tu dekat tengah-tengah bandar and lagipun, tak banyak kali tukar train untuk ke Ittaewon dari Nami Island. rujuk gambarajah di bawah. *macam soalan peperiksaanlah pula*

eh, bila tengok dekat map ni rasa macam sama je pon jarak pergi dan balik. hahaha. mungkin sebab kepenatan and siap tertidur lak tu dalam train, tu rasa cepat je sampai ke Seoul. masa pergi kan dalam mood excited, tu lambat sikit kot? HAHA

so, untuk ke Ittaewon dari Nami island Gapyeong Station 가평역, ambil Korail balik ke Mangu Station  망우역 dan kemudian tukar train, then tukar lagi train dekat Wangsimni Station, dari Wangsimni Station 왕십리역, tukar lagi train di Cheonggo Station dan terus ke Ittaewon Station 이태원역. berapa banyak kali tukar train ni? ingat tau! jangan lupa bawa map subway ke sana ke mari senang sikit nak rujuk. siapa yang ada gadget canggih-canggih, boleh save map ni dalam gadget anda. kalau nak lagi mudah, subcribe siap-siap free WIFI dekat Incheon Airport, so that boleh guna WIFI dimana sahaja anda berada. dengan pantas, laju dan tak ada block sana sini macam kat China. =_________________________= perjalanan memakan masa selama 84 minit dengan bayaran 1950 won (RM5.30). yep, exactly sama macam harga tiket pergi ke Nami Island. so, pergi balik dalam RM12 je. murah kan? 

bila dah sampai Ittaewon Station, korang exit ke Exit 3. dari Exit 3 jalan sahaja terus, nanti nampak gitar Hard Rock di sebelah kiri, dan ada kedai Mr. Kebab dan Dunkin Donut di sebelah kanan. jalan sahaja terus sampai lah jumpa persimpangan macam dalam gambar bawah ni.

ada gitar hard rock je. Hard Rock Cafe-nya dah lama tutup dah. sobs. tak ada tshirt Hard Rock original kubeli di Korea. beli yang ciplak dekat deretan jalan ni. tapi tu pun 10,000 won gak la (RM30)
=________________________________=

jalan sahaja straight nanti juma Mr.Kebab dengan Dunkin Donut. lepastu straight lagi
dekat Mr.Kebab tula kitorang kena marah dengan arab sombong tu. sombong gila. tahulah muka kitorang macam tak mampu beli kebab RM30 sebatang. sobsss. *padahal sebenarnya dia yang tak faham Bahasa Inggeris. kita order lain, dia wat lain, memanglah marah. ==*

lepastu, belok kanan dekat simpang ni. dan bermulalah perjalanan mendaki bukit. saya ingatkan awal-awal okey, jalan kat Korea memang berbukit-bukit. memanglah exercise keluar peluh banyak-banyak okey.

lepas dah belok simpang tu, korang jalan je terus sampailah jumpa simpang ni di kiri kauorang.
kemudian, terus lagi mendaki dan mendaki dan mendaki sampailah jumpa masjid ni disebelah kiri korang. selamat bersenam! HAHA



selepas Solat Jamak, kitorang pun ambil lah peluang untuk berposing here and there dekat sekitar Masjid Ittaewon sambil-sambil tengah kumpul tenaga nak turun bukit balik untuk ke subway. untuk pengetahuan kauorang juga, disinilah tempat orang-orang kita selalu makan, especially for those yang datang ke Korea ikut travel agent. diorang akan bawa group diorang makan dekat kedai-kedai makan arab di sekitar Ittaewon. tapi, macam biasalah, harganya mestilah mahal. RM40 sepinggan nasi beryani. fiuh. tak termasuk dalam budget kitorang, so tidaklah kitorang mencuba makan di Ittaewon. tapi, sebab lapar jugak, kitorang belilah kebab dekat Mr.Kebab, dan disitulah tempat kitorang kena marah-marah dengan pak arab yang besar-besar belaka tu. geramnya. =____________________________= *hati-hati, orang arab memang kasar sikit. especially orang Iran and Turkish. adoi.*

nak naik bukit punyalah kejang kaki, ketar lutut. bila turun bukit, macam tak ada handbreak. haha.
kat tepi-tepi jalan ni ada Salam Bakery. Halal product. cubalah try!

inilah kebab 10,000 won (RM30) yang lenguh gila nak habiskan sebab besar gila. memang kenyangla gamaknya. cuma tak ada sos cili je. adoi. =______________=

Insadong

dari Ittaewon, tanpa membuang masa kitorang terus bergerak ke Insadong. memandangkan dah malam masa tu, kaki pun dah tak larat, maka tak banyak jalan sangat kat Insadong. macam banyak sight-seeing and window shopping je. Insadong ni sebenarnya best. banyak benda kita boleh terokai kat Insadong ni. ecewah ayat nak gempak. tapi, memang betul pun. Insadong sebenarnya best. Insadong ni actually macam art & culture centre. so memang tempat ni cantik dengan macam-macam lukisanlah, rekaanlah, patung-patung comel-comel lah, macam macam lah. tapi disebabkan kitorang sampai dah malam, kaki pun da letih, memang tak larat nak explore satu Insadong. 

untuk ke Insadong, naik subway ke Anguk Station (Line 3) then keluar ke Exit 6. dari exit ni terus je then Insadong area berada di kiri kauorang. bila kauorang keluar sahaja dari Exit 6, nanti kauorang akan nampak satu cafe ni, kalau tak silap saya, menurut kawan-kawan sepermergian dengan saya ni, cafe tu adalah cafe tempat berlakon YongSeo Couple berlakon dalam We Got Married apatah. tatahu. tapi somehow, cerita tu agak popular-lah and Koreandrama freak mesti tahu.

inilah cafe yang saya cakap tu. 

inilah Ssamziegil. kompleks kraftangan dekat Insadong. semacam Pasar Seni jugalah tapi obviously, mestilah sini lagi best kan. HAHA

dalam kompleks Ssamziegil. tempat dia agak crowded dengan macam-macam benda yang cantik, comel, menarik and sedap nak snap gambar sana sini. masa kitorang pergi haritu, dah nak tutup, so tak macam banyak tempat yang boleh pergi.

kuih poopoooo ! siapa tak geli bolehlah makan! dalam dia peanut butter. saya tak berani cuba sebab cerewet sikit bab makan eventhough dalam dia tak de makanan yang haram kan. sebaiknya, elakkan
credit to : iggumiyeyo

you're free to write, to draw, doodle-ing anything on the wall of Ssamziegil!
for them, grafitti, vanderlism itu adalah seni.
credit to : usagi

patung-patung mengerikan ni sangat comeeeeeeeeeeeeeel. memang dah banyak kali keluar masuk kedai ni dengan harapan nak beli, tapi mahal sangat. tak dapat nak beli. sobs
credit to : usagi

tertarik dengan brother ni sebab dia hebat mempromosikan kuih yang dia buat ni. kuih ni sedap tau. dia. macam kuih kacang ketuk tu. tapi semacam ada honey. just pakai tepung, gula, honey dengan kacang. 
so, belilah sebab yakinkan insyaAllah takde bahan yang meragukan, lagipun orang yang buat ni pakai gloves siap. so, lagi confident. :)

masa kat Insadong, tak banyak sangat gambar yang ditangkap, sebab masing-masing pun dah penat, keletihan dan exhausted sangat, maka, kitorang hanya jalan-jalan je. dahlah ada kejadian yang berlakon masa dekat Insadong sampai tak boleh jalan langsung! nak ber-shopping pun tak mampu dah buka mata. dah tak larat sangat. tapi, apa yang kitorang nampak, souvenir-souvenir dekat Insadong macam mahal lagi dari Namdaemun Market. so, my suggestion, korang beli je souvenir dekat Namdaemun Market. murah-murah. cuma, kalau kauorang nak beli perhiasan rumah, macam frame, jam dinding ke apa, beli kat Insadong, sebab hasil seni barang-barang dekat Insadong memang sangat cantik dan menarik!

nak tahu apa yang terjadi dekat Insadong?

nampak tak tuuuuuuuuuuuuuu? nampak tak tuuuuuuuuuuuuu?
sampai tak mampu pijak tanah tahu tak. begitu sekali melecet. HAHA

bila kaki dah melecet macam ni, maka langsunglah pulang ke Bangrang Hostel tanpa berfikir panjang. sampai-sampai hostel terus tidur. nak naik katil kat tingkat atas pun menggeletar lutut sebab sakit gila, penat sangat gamaknya. 

to be continue.. :)

Korea Backpacking Part III - Nami Island Part II

salam ukhuwah,

apa yang menarik dekat Nami Island?

scenery yang cantik untuk ber-camerawhore di semua celah yang ada di sekitar Nami Island. kat sini nak bergambar, kat situ nak bergambar. percayalah, kauorang turun je feri, dah start bergambar. jangan nak tipulah tak buat kan. mana taknya. dekat pintu gerbang Nami Island pun dah bergambar, apatah lagi yang kat dalam tu. maka, memanglah Nami Island ni tempat berposing sana sini sesambil feeling-feeling macam Winter Sonata. memang syioklah siapa yang pergi tu berlaki bini. pakwe-makwe takbuleh ha, haip!

tatahu nak bercerita secara literally macam mana pengalamannya dekat Nami Island, maka marilah kita sekadar menonton gambar. kalau ada gambar yang agak best, nanti saya gebanglah apa yang best-nya tu. HAHA. entri tak ada modal ni kali ni.

spot the 'selamat datang'

tatahu benda apa ni. asal macam cantik je saya snap. since masa kitorang pergi tu summer, panas terik, memanglah sangat cukup cahaya untuk mendapatkan hasil gambar yang cantik.
*ecececewah cakap macam photographer yang hebak konon*

tatahu kenapa dekat Nami Island banyak patung-patung macam ni yang mana kalau kita selami betul-betul la setiap karakter tu, dia macam menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain dalam keluarga. ada emak, ada ayah, ada anak-anak. tapi yang tak seronoknya patung-patung ni, kalau yang emak tu, dia bogel tak pakai baju. memang terjuntai la sumber susu. terjuntai dan besar lak tu dia buat sumber. susu tu. nenenla maksud saya.adooooi.
=______________________________=
ini adalah rough map sekitar Nami Island. nampak sahaja macam hutan lipur biasa, tapi percayalah, sangaaaaaatt besar. lepastu dengan setiap dua tiga langkah, berhenti ambil gambar, memanglah memakan masa yang lama dekat Nami Island. waktu kitorang pergi haritu, sepatutnya sampai tengahari je. tapi akhirnya melalut sampai ke pukul 3 lebih. sebab seronok bergambar sampai tak sedar. HAHA

kauorang boleh pilih samada nak pusing Nami island ni by foot, cycling atau by bus macam yang dekat Zoo Negara tu. macam kitorang, kitorang pilih berjalan kaki je sebab confirm-lah nak berhenti sana sini nak snap gambar kan. lepas lutut da bergegar, barulah kitorang decide sewa basikal konon-konon nak berbasikal macam dalam cerita Winter Sonata. 

nak naik basikal comel-comel ada bakul kat depan pon boleh, nak naik basikal untuk dua orang pun boleh, nak naik macam kereta pon boleh. yang penting sediakan duit jelah. tapi syok gak masa cycling. redup. rasa tetiba lasak sekejap. lasak pemendalah sangat. =='


Prayer room di Nami Island


satu perkara yang saya rasa kagum dekat Nami Island ni adalah kat sini ada disediakan Prayer Room. lebih spesifik, Muslim Prayer Room tau bukan multi-religion room macam disesetengah tempat. Alhamdulillah, Islam adalah agama yang dihormati di Korea. semasa saya pergi ke Nami Island haritu, kami tak menyinggah ke Prayer Room tu sebab memang dah niat Jamak Ta'hir di Ittaewon. rasa macam menyesal pula tak pergi menjengah macam mana keadaah Prayer Room tu. walaubagaimanapun, di sini saya nak share dan kongsi beberapa gambar yang saya dapat dari blog kak Zarina, Budgettravel2korea.

Prayer room tu terletak di dalam bangunan ni. di tingkat 2. di tingkat 1 kita boleh nampak kedai Napoli Pizza. Halal tau. jangan risau, ada logo Halal Korea.


ni dia Napoli Pizza. kitorang haritu tak makan kat sini, makan kat kedai satu lagi. nasi goncang-goncanglah sayangggg. HAHAHA

Muslim Prayer Room tu dekat dalam ni. Gallery N

dari luar Prayer Room. dari luar dah nampak bersih, kemas, cantik


bersih kan? ada tempat wudhuk di bahagian dalam Prayer Room. tapi saya tak sure ada separator tak between bahagian perempuan dan lelaki. biasanya tak ada. tapi, tak apalah, dah cukup dah kemudahan nak Solat kat sini. 

so, tak ada alasanlah tak solat dekat Nami Island, bukan? 

makanan halal di Nami Island

selain dari disediakan Muslim Prayer Room, untuk kita-kita ni as umat Islam tak menjadi masalah bab makanan dekat Nami Island kalau lapar sebab dekat Nami Island disediakan dua kedai makan yang halal. jangan risau, ada logo Halal Korea, so agak confident sikit nak makan. satu tu western food seperti saya mention dekat gambar atas tadi, Napoli Pizza. satu lagi tu, Korean food, nama kedai tu Drama Cafe terletak di sebelah Gallery Winter Sonata. kitorang makan kat sinilah, konon-konon nak makan makanan Korea lah katakan. nak makan kat kedai-kedai kat bandar Seoul, mahal memanglah lari bajet kitorang. so, kitorang pun tak lepaskan peluang try nasi goncang-goncanglah sayang dekat Drama Cafe ni. HAHA! *shake baby shake shake!*

inilah dia Drama Cafe. comel molek je. konsep open-air. makan bawah canopy sambil shake shake kotak nasi sampai lenguh tangan perut pun tak larat tunggu. HAHAHA.

yeay! ada tanda Halal Korea so confident sikit nak makan. kalau tak, was-was gakla nak makan. bab-bab makan bila backpacking ni saya memang cerewet sikit. benda nak jadi darah daging kita kan, mestila kena cerewet bukan main tibai je. haram wo.

ready nak ber-shake-shake gebum gebummm. padahal dah lapar tak leh tahan dah. tiga hari tak makan nasi tau. cayalah!

nanti jadi macam ni la nasi dia lepas dah goncang-goncang sana, goncang-goncang sini
dalam lunchbox ni ada nasi, telur dengan kimchi. perfect. memang cukup untuk alas perut selepas tiga hari tak makan nasi dekat Bumi Korea. nama Lunchbox ni, Dosirak. 5,000 won (RM13.60) je dah cukup mengenyangkan

dah makan, dah kenyang, apalagi nak buat. camerawhore sahaja! semua pun berkaitan dengan Winter Sonata. saya tatahu apa-apa. main pergi je lepastu kawan-kawan pun bercerita pasal tempat tu tempat ni dalam scene cerita Winter Sonata. HAHA
*tengok gambar jelah. tak reti nak bergebang macam mana.haha*


tak ada husband nak bergambar bersama, gambar sorang dekat first kiss dalam cerita Winter Sonata pun jadilah. HAHA. 

ha, ameklah gambar dekat sini. cantik-cantik. patung pelakon Winter Sonata-lah juga. tak kenal =__=

pucat gila muka. muka kepenatan. muka dehydrated. muka lapar. semua ada.
ada budak Korea tak tahu malu sibuk nak bergambar dengan saya. haha

ada Gallery UNESCO gak dekat Nami Island. comel-comel. siapa nama laki tu? bukan saya kenal pon. HAHA

vandalisme di Nami Island. kalau korang pergi, cubalah spot nama saya. HAHA! :P

last but not least,
yang ni lah yang dipanggil Metasequoia lane tu.
cuma gambar tak cantik je sebab kitorang tak pandai amek gambar boombastik. 
HAHAHAHApekah

kan aku cakap. patung-patung ni lucah. apa gayut-gayut tah ni. siap gelongsong-gelongsor. HAHA
LUCAAAAAAAAAAAAAAAAHAHAHA

itu sahaja untuk part Nami Island. kita sambung entri tentang Korea Backpacking pada entri-entri seterusnya. macam biasa, ada apa-apa yang nak ditanya, you're welcome to private chat me on FB, or YM :) insyaAllah, saya tolong :)

Thursday, June 14, 2012

Korea Backpacking Part III - Nami Island Part I

salam ukhuwah,

lama punya cerita. dah basi sangat. tapi nak cerita gak manatau berguna?

Nami Island 남이섬. kalau siapa tak tengok drama Korea macam saya mesti tak tahu Nami Island tu apa. seriously, saya memang tak tahu apa special-nya Nami Island. since kawan-kawan seperjalanan saya nak pergi Nami island, maka saya pergi jugalah kan. rupanya Nami Island ni tempat rakaman cerita Winter Sonata, drama Korea yang agak popular suatu ketika dulu. ye, memanglah saya tak tahu pasal semua tu. noob-kan saya? no wonder kawan-kawan seperjalanan dengan saya masukkan tempat ni as our place to go sebab diorang memang aim melawat tempat-tempat drama Korea dilakukan. alah, korang semua pergi Korea pun tujuannya tu juga kan? eleh eleh. 

Winter Sonata. idk =______________='

since kitorang pergi ke Korea ni waktu Summer, so sewaktu kitorang menjejakkan kaki di Nami Island tak terasa macam 'WOW' sangatlah. semacam kita pergi hutan lipur atau kawasan rekreasi je macam tu sebab summer kan. tak ada yang menarik sangat. the best season nak pergi Nami Island ni pada pendapat saya ada dua, iaitu winter and autumn. winter sebab ada snow bagai, memang feel-lah semacam berlakon Winter Sonata kan while on the other hand, kalau pergi waktu autumn, dia punya scenery memang cantik sebab semua daun-daun kat pokok, kat atas lantai, kat kiri kat kanan anda semua warna merah, oren, kuning. memanglah cantik. dekat Malaysia memang tak ada scenery ni unless kau photoshop-kan gambar kauorang. tak lawak langsung. bila time autumn, bolehlah nak feeling-feeling, baring-baring, golek-golek atas daun-daun kuning oren yang berguguran. kalau pergi time Summer? memanglah macam pergi berpiknik di Bukit Ayaq, Peghelih. acah jelah. dahlah panas, bahang, berpeluh basah baju, feh memalukan padahal orang -orang Korea tak pun sebab waktu summer kauorang akan tengok semua orang Korea tu pakai senipis, sependek yang mungkin. memang taklah kan kita nak berpakaian camtu. hep!

fe-feeling konon-konon Autumn in My Heart. haktui. 

macam mana nak pergi Nami Island ?

contoh sahaja.

untuk ke Nami Island, cara paling pantas, paling mudah, paling murah adalah macam biasa, naik Seoul Metro. disebabkan Nami Island ni terletaknya di hujung, maka perjalanan nak ke Nami Island memang jauh. sewaktu kitorang pergi dulu, mengambil masa dalam 1 jam lebih juga dari Bangrang Hostel, tempat kami tinggal iaitu di Chungjeongno Station 충정로역 (Line 2). so, station yang perlu anda pergi untuk ke Nami Island adalah Gapyeong Station 가평역 (Line Gyeongchun) . saya bagi contoh. kalau kauorang tinggal di Bangrang Hostel iaitu dari Chungjeongno Station (Line 2), kauorang kena pergi ke Wangsimni Station (Line 2) untuk transfer ke Wangsimni Station 왕십리역 (Line Jungang) kemudian dari Wangsimi Station (Line Jungang) kita tukar lagi train kat Mangu Station 망우역 (Line Jungang) ke Mangu Station 망우역 (Line Gyeongchun) then barulah kita turun dekat Gapyeong Station 가평역. perjalanan kira-kira mengambil masa 82 minit dengan bayaran 1950 won (RM5.32). murah kan? okey tu contoh je kalau kauorang tinggal di Bangrang Hostel. untuk perjalanan lain, dari station lain yang berdekatan dengan tempat anda mula, macam yang saya pernah ajar dulu, rujuk dekat website https://www.seoulmetro.co.kr/station/eng/linemap.action. dari website tu nanti akan diajar dari mana nak kemana, transfer kat mana, brapa minit and fare. mudah je :)

naik Korail nak ke Nami Island, memang penumpang dia warga tua belaka. masa kitorang naik pun, ahjumma-ahjumma ni tengok pelik je. apehal la bebudak ni dengan beg besar-besar, pakai tudung  naik train ni. nak kemana la ni. fyi, Jungang Line dengan Gyeongchun Line memang warga tua yang mendominasi sebab dua-dua line ni dekat daerah luar bandar. heee. 

next station, Mangu Station 망우역
jangan risau, kat Korea mostly semuanya disiapkan dengan translation English. sangat mudah
*tapi kalau nak selamat, siap-siap sekali itinerary dengan tulisan Hangul*

okey, nanti dalam train kauorang akan nampak bangunan ni. pastu nanti kat train, ada suara bunyi next station Gapyeong. maka, turunlah kalian dekat sini. jangan nak macam-macam. hee

dari Gapyeong Station ke Nami Island

selepas berhempas pulas tukar train tu tukar train ni, maka seterusnya bila kauorang dah sampai kat Gapyeong Station, keluar dari Station pergi kat luar kita akan nampak dereta taxi berhadapan dengan kita. pergi je deretan taxi tu tanpa ragu-ragu dan cakap, "Nami Island". nanti dia terus suruh masuk. jangan risau, driver taxi di Korea semuanya ramah-ramah belaka. pulun diorang bercerita itu ini, konon-konon sembang-sembanglah bersama, tapi sepatah haram pun tak faham. kadang-kadang kesian sebab dia ketawa senyum sendiri, padahal kitorang blur pejadah dia cakap pun tatahu. the only thing yang kitorang paham dia tanya adalah, "Malaysia?" then kitorang akan jawab, "YES! Malaysian!" HAHA. nanti taxi ni akan bawa kita ke perlabuhan tempat nak naik feri ke Nami Island. harga taxi dalam sekitar 2500-4000 won (RM6.80-RM11). tapi kalau tak silap saya, 3000 won sebab pakai meter. melainkan kalau kauorang goda-goda sikit, dia bagi diskaun, rezeki kauoranglah kan. haha. :) tak jauh pun perjalanan dari Gapyeong Station nak ke jeti tu. dalam 5-10 minit. sat je sampai.

dalam cab. mata asyik tengok meter je. kotlah mahal taxi charge kita. haha.

okey, dahpun sampai kat jeti nak pergi Nami Island
dekat deretan kedai bawah signboard biru besar tu ada jual jagung sedap gila. memang membaham terus kejenya.

ada dua cara tau nak menyeberang untuk ke Nami Island either pakai feri yang mengambil masa dalam 10-15 minit atau nak lebih mencabar, gunalah Zip-Wire Jara-Nami Skyline. fiuh, memang mencabar. tapi untuk orang Korea tak mencabar sangat kot. mana taknya, makcik pakcik umur 60 tahun 70 tahun pun pakai Zip-Wire tau nak seberang pergi Nami island. fiuh fiuh. memanglah tercabar. try-lah. tapi macam biasa, mestilah mahal kan. 38,000 won (RM103) termasuk tiket balik naik feri and entrance ticket.  tapi why not, pengalaman kot. :) 

mampu bergambar je. tak mampu nak naik atas tu. bukan tak mampu sebab tak berkemampuan duit tapi sebab tak berkemampuan mental dan fizikal. dahla muka macam "aku nak bergambar tapi aku penat". HAHA


ni contoh Zipwire saya ambil dari Youtube. for your information, zipwire skyline dari Gapyeong ke Nami Island ni adalah terpanjang di Asia tau mengambil masa 1 minit  30 saat. sila cuba kalau berani ! weee! :) 

bagi mereka yang nak naik feri ke Nami Island, boleh membeli tiket di kaunter dan terus naik feri yang disediakan. tiket feri serta entrance berharga 8,000 won (Rm21.80). feri dia selang 10 minit masa saya pergi haritu. tengok waktu juga kot. feri sangat selesa, besar dan cantik. feri dia jenis open bukan feri macam nak pergi Langkawi. feri dia jenis takde kerusi, dua tingkat, kita bebas nak bergerak sana sini dalam feri, amek-amek gambar, posing sana posing sini, sambil menikmati jagung yang kita beli tadi masa kat entrance, remember? *tetiba*

macam nilah dalam feri. bersih, luas, cantik, sambil tengok pemandangan air yang membiru, awek-awek Korea yang putih melepak seksi-seksa. ehem.ehem

dekat atas feri boleh posing-posing ala-ala Titanic. tetiba masa ni emo sebab tak jumpa bendera Malaysia. kalau bawak bendera, memangla kupacakkan dengan megahnya. sincerely by Aiza. =____='

pemandangan. yang senget.

pemandangan lagi

setelah 10-15 minit kemudian

Welcome to Republic of Naminara
남이섬

apa yang menarik di Nami Island? kita sambung next part. rasa macam panjang pula entri ni. hee!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...