Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO Musafir Travel Cooker | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Monday, February 13, 2012

Home » , , , » Musafir Travel Cooker

Musafir Travel Cooker

salam ukhuwah,

kalau kita pergi travel ni, perkara utama yang paling dirisaukan adalah MAKAN. tak percaya? cubalah konon-konon planning-planning dengan mak-mak kita ke, ayah-ayah kita ke, kawan-kawan ke, perkara pertama yang ditanya mesti, "nanti nak makan macam mana? ada makanan halal ke kat sana?" HAHA. typical Malaysian. 

actually, sekarang ni kalau travel kemana-mana senang sebenarnya dapat makanan halal. for serious. Islam itu dimana-mana sahaja. pergilah kemana pun, mesti ada at least 10 orang Muslim dekat kawasan tersebut dan bila ada orang Muslim dekat situ, mesti ada kedai makanan halal. kalau setakat ke Korea, Europe, Australia, New Zealand dan sebagainya, sebenarnya senang sahaja nak cari makanan halal. bersepah kedai-kedai orang Turki, Pakistan atau bangsa-bangsa arab yang lain yang ada. even kedai makanan orang Malaysia dan Indonesia pun ada ta dekat negara-negara lain. cuma, masalahnya adalah harganya. sekali duduk, satu pinggan nasi dah hampir RM40. tu dah kira murahlah tu. kalau sehari tiga kali makan, mahu tak RM120 melayang untuk makan. mahal bukan? sedangkan kalau setakat nasi campur dekat warung dalam negara kita, RM7 pun orang dah bising mahal. haha. sebab itulah, orang cakap, time travel-lah masa yang terbaik untuk ber-diet. tapi masalahnya, saya diet diet juga, makan semua catu, even tak makan nasi pun kalau travel especially masa pergi Korea, tapi tak kurus-kurus pun? *salahkan fatty cell sebab degil taknak mengecil!*

so, oleh itu, saya nak introduce-lah suatu produk yang sangat recommended untuk semua pengukur-pengukur tanah dunia untuk membeli produk ini sebagai kemudahan untuk mengisi perut anda, sesuai dengan taste ke-Malaysia-an anda dan menjimatkan duit makan-makan sepanjang program jalan-jalan anda.

Muslim Traveller Cooker


pening juga nak cari benda alah ini sebab tak banyak kedai yang menjual produk ini. kalau tak silap saya, di Malaysia ni yang saya tahu ada dua tempat iaitu di Shah Alam dan di Bukit Antarabangsa. kalau kita duk cari-cari dekat emporium atau mall-mall berdekatan, memang tak jumpa. and kalau nak beli dekat dua tempat tu pun kena order awal-awal sebab stok macam senang nak habis mungkin sebab produk ini macam popular jugalah kan especially untuk traveller-traveller. 


Muslim Travel Cooker ni sebenarnya taklah besar dapur tu. cooker ini hanyalah sebesar segenggam tangan. tangan saya lah. kalau tangan anda besar, so kecil sikitlah dari tangan anda. apakah? so dalam kotak Muslim Travel Cooker ni, anda bukan sahaja dapat dapur gas semata-mata. anda juga akan mendapat periuk yang comel siap ada tangkai yang boleh ditutup buka (kalau kauorang nak masak, pastikan dah kangkangkan tangkai dia sebelum masak. nanti dah panas, macam mana nak buka kangkang dia, and angkat?HAHA), lepastu ada tupperware comel jugalah boleh buat bekal jalan-jalan. siap ada sudu yang double twist. atas garfu, bawah sudu so bila makan tu memang twist-twist lah tangan kau macam main pusing-pusing pen. apakah lagi.


dengan adanya benda alah ini, maka perjalanan travelling anda menjadi lebih meriah dan mudah. ecewah. so, kauorang bolehlah nak masak maggie ke, panaskan Brahim ke, masak nasi goreng simple-simple ke, masak nasi pun boleh tapi macam lambat sikitlah dalam 45 minit kot, rebus nasi impit ke, goreng telur ke, rebus telur ke, ala macam-macam lah asalkan yang simple-simple la. janganlah kau pergi menumis asam pedas pula dalam hotel. meriah bau satu hotel kautahu. HAHA! harga dia dalam range antara RM140-RM170. negotiate-lah kasi dapat murah. haritu, saya beli tawar-tawar dapat RM148 beli dekat Shah Alam. 

taaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapiiiiiiiiii !!!

janganlah message saya, or facebook saya or ym saya cakap,
 "dik/kak nak order sebiji boleh?" 
sebab saya bukanlah stokis atau pengedar Muslim Travel Cooker ni. saya cuma recommend-kan sahaja. bagi siapa-siapa berminat bolehlah ke alamat seperti tertera di bawah

Restoran Mukmin
No 20, Jalan Nelayan B, 19/B,
Seksyen 19 Shah Alam,
40000 Selangor, Malaysia
(no phone tak ada, sebab no phone yang diberikan tu enggage sahaja. kena pergi kedai terus tanya ada stok ke tak)

atau

No 1, Lorong Wangsa 5A, 
Bukit Antarabangsa, Ampang
68000 Kuala Lumpur, Malaysiaa
0126854101

atau

boleh lawati laman web
dan facebook

3 comments:

  1. wah!!! yag ini bagus.... baru-baru ni pegi korea bwak bende ni byk membantu kita org kat sana....

    ReplyDelete
  2. Hi, May I know if we can still cook food with it even if the content is lesser than it's minimal line on the pot, like frying omelette, fish fillet, chicken slices? Will it cause overheating and fire should I heat the pot with some cooking oil prior to adding the meat/egg?
    Please advise soon, ya.

    Thanks,
    Janice

    ReplyDelete
  3. janice, you could manually control the on/off switch if you sense it is about to overheat. stewardess mas ramai yang pakai. kat mas academy pun ada jual. saya pi travel pung bawak jugak, saving beb.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...