Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO Bali Gate-away - Part II | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Monday, February 13, 2012

Home » , , , , , , , , , » Bali Gate-away - Part II

Bali Gate-away - Part II

salam ukhuwah,

bila mood mem-blog-ing datang, saya kembali

dalam pukul 3 4 pagi, adalah seorang hamba Allah ni dah dang dung dang dekat pintu tah bilik mana. dalam keadaan mamai-mamai, saya fikir kedegang kedegang orang ketuk pintu tu datang dari arah bilik saya,  saya pun dalam keadaan sub-conscious, mata sepet-sepet sebab tak pakai spec mata, lalu membuka pintu. oh, rupanya orang depan bilik saya. kau sangat menganggu mimpiku bersama Aaron Aziz sajalah wahai manusia. saya pun tutuplah pintu balik dan dengan harapan bolehlah sambung tidur balik memandangkan saya sempat tengok luar tadi, masih gelap so agak-agak saya dalam pukul 4 pagi kot? lalu, berlabur balik ke atas katil empuk bak hotel five star. hiperbolanya cerita kau, Aiza. tak sampai sejam, tapi sempatla juga saya masuk ke Rapid Eye Movement (REM) Stage, dah sempat sambung mimpi-mimpi lah dengan Aaron Aziz konon-konon pergi Bali sama-sama ececewah, tiba-tiba alarm Samsung Tab saya pula bunyi kuat gila sampai kawan sebelah saya pun dah resah resah macam nak mengamuk. sekali lagi saya bangun, dengan sadar tak sadar. memang bengang betul lah bila nak off-kan alarm tab ni, kena jawab matematik equation yang which is kalau dalam keadaan kita sadar sebenarnya senang gila. tapi dalam keadaan mata kecik, diri pun separuh sadar, what do you expect? 14 + 23 x 4 ? what will you answer? +______________________+

*tatau apa motif kau cerita panjang lebar kisah malam hari kau kat Bali kan. kisah malam hari? OIT, bukan yang biru biru okey. HAHA. sebenarnya nak cakap, malam tu tak cukup tidur, tak cukup rest and tidur macam dalam perang. asyik terbangun je, mata pun separuh panda. kalau panda jumpa pun diorang boleh cakap, "eh, kita samalah!" so, tak kelakar*

pagi keesokkannya, kami berjayalah juga bangun pukul 6 pagi disebabkan sayalah yang mengejutkan mereka yang lain. kalau bukan kerana pengorbanan dan jasa saya, saya yakin, pukul 10 pagi pun tak tentu mereka dah bangun. saya berani jamin. pagi itu, secara minimalis dan budget-nya, kami hanya bersarapan di hotel memakan makanan yang sedia di bawa dengan beratnya dari bumi bertuah, Malaysia. so pagi tu, kitorang breakfast roti disalut dengan kaya yang sedap, ditambah pula kalori lemak dari butter yang yummi. memang berlemak kau punya breakfast, Aiza. and sekalian dah makan-makan tu, kitorang pun buatlah preparation bekal-bekal kot-kot lapar ke tetiba dalam perjalanan nanti. tapi gamaknya, tak sampai setengah hari, bekalan yang kitorang bawak tu dah pun habis dipertengahan jalan. sangat menakutkan bukan?

maka, pagi tu kitorang pun ke pantai Tanjung Benoa di Nusa Dua konon-kononnya nak buat aktiviti air macam scuba-diving ke, sea-walking ke, jetski-lah apalah tapi walaubagaimanapun, cuaca tak mengizinkan memandangkan dari pagi dah hujan renyai renyai. takut juga nak buat aktiviti pantai, kotlah ombak rindu Bali pun tengah kuat. menakutkan je. tapi memandangkan tanak rasa macam membazir pergi ke Tanjung Benoa ni, kitorang pun ambil la juga satu dua aktiviti di situ iaitu melihat ikan-ikan di dasar laut dalam bot dan melawat pulau penyu! *sound so tak fun kan aktiviti yang Aiza pilih? HAHA!* redah saja.

kauorang tengok dekat pantai dia tu, Ya Allah ipadat gila orang dekat tengah pantai tu. semorang pun tengah main aktiviti pantai. terlalu sesak macam menakutkan gaklah. macam manalah boleh main jetski, main banana boat, siap ada yang mandi manda lak tu kt tengah-tengah orang main jetski, banana boat bagai dalam satu tempat? silap-silap boleh buat movie baru Final Destination tau!

biasanya harga yang diletak dalam rate USD. korang kenalah sembang-sembang cakap nak rate rupiah. tawar jugak tau!

so, basically dekat Tanjung Benoa ni, sepanjang-panjang pantai ni memang banyaklah bussiness aktiviti pantai. kena pandai cari and negotiate-lah harga yang ditawarkan. kalau tak pandai nak sembang-sembang, memanglah kena harga mahal. macam-macamlah alasan dia bagi, ombak laut tinggilah kena charge mahal lah, bot baru lah sekali saya tengok macam karam pun ada, bayar duit makan penyu-penyulah. macam-macam alasan dia bagi. so disebabkan diorang bagi banyak alasan-alasan, korang pun kenalah bagi alasan-alasan untuk mem-bargain. agak-agak diorang tanak bagi harga yang kita minta, blah terus, cari tempat lain. bersepah tempat yang menawarkan harga murah. jangan risau. aktiviti tetap sama, even lagi banyak aktiviti best pun ada. HAHA.


melihat ikan-ikan di dasar laut dari boat yang awesome!
*tajuk kononnya macam cerita Doraemon-lah pula kan?*

so actually, inilah aktiviti yang kitorang buat yang nampak macam awesome sangat tu. HAHA. kitorang just sekadar duduk dekat boat yang tengah-tengah dia ada lobang boleh tengok ikan di dasar laut rasa macam cetek saja nak tangkap ikan by hand je bajet hebat sangat. HAHA
awesome kan?
*padahal saya tak nampak pun ikan. ikan semua lari kot*


melawat penyu di pulau penyu!

sepanjang perjalanan yang actually tak berapa jauh dari persisiran pantai Tanjung Benoa ke Pulau Penyu tu agak-agak dalam 15 minit kot memang mencemaskan dan mendebarkan lagi-lagi saya ni memang agak fobia dan trauma dengan laut-laut ni. sebenarnya, saya tak gemar sangat pergi laut-laut ni tatahu kenapa. bukan sebab takut air macam kambing ke apa. just tak berapa nak gembar pergi pantai. macam takut dilambung ombak. HAHA.sepanjang dalam boat tu, sayalah yang paling tak senang duduk. seriau tengok ombak apalagi boat macam terhuyung-hayang dipukul ombak, dalam otak  ni asyik berfikir je, janganlah terbalik. janganlah terbalik. negative thinker sangat kan, saya?

sesi bergambar secara jakunnya bersama penyu. penyu tu steady je ambil gambar. dah biasa kena flash-flash camera. dah glamour sangat

 bila dah sampai pulau penyu, haruslah bermain dengan penyu. dekat pulau penyu tu kauorang bolehlah nak timang-timang dia, cium-cium dia, angkat-angkat dia, snap-snap gambar pastu upload dekat facebook dan macam-macam lagilah asal tak membahayakan penyu tersebut contohnya macam kau cuba nak tanggalkan kerang dia ke, kau paksa dia bertelur sebab teringin sangat nak makan telur penyu ke itu sangat kejam dan tak dibenarkan okey. :) dekat Pulau penyu ni, ada empat bahagian penyu-penyu, iaitu area telur-telur penyu, baby-baby penyu, penyu-penyu remaja *eh, ada ke penyu-penyu remaja* dengan penyu-penyu usia dan lanjut usia. ada satu penyu tu kan, masyaAllah punyalah besar dan berat gila, memang tak terlaratlah nak mengangkat. even penyu tu nak bergerak pun tak larat apatahlagi kita nak mengangkat. HAHA

ada baby-baby penyu, ada penyu-penyu remaja dan penyu-penyu tua dan lanjut usia

selain dari penyu, ada juga binatang-binatang lain semacam mini zoo la antaranya macam burung-buruang, kelawar, vampire eh, buaya, ular dan sebagainya. yang penting, ambil gambar dengan binatang- binatang ni semua tidak dikenakan apa-apa caj tambahan atau bayaran. just, "click! click!"


dah siap-siap selesai berfoto-foto dengan segala binatang yang ada dekat pulau penyu tu, kitorang pun kembalilah ke pantai Tanjung Benoa dengan agak basah kuyup sebab hujan mencurah-curah dengan renyai-renyai, laut pun bergeloraa, dan saya? adrenal rush kembali bertugas membuatkan saya tidak senang duduk sepanjang dalam bot tu. setelah sampai ke darat, sayalah manusia paling girang dan bersyukur dalam banyak-banyak orang disitu serupa macam "oh great, im alive back again!"

warung pun jadilah

disebabkan perut pun dah lapar, dalam keretapun boleh dengar bunyi perut berdangdut, bekalan makanan pun dah habis, kitorang pun dah lapar sangat-sangat, kitorang pun mintalah mas Erick untuk berhenti di mana-mana tempat makanan muslim. kitorang minta kalau boleh takyah mahal-mahal punya tempat sebab makan lunch je pun. warung pun boleh memandangkan perut kitorang dah kebal sebab dah duduk Medan tiga tahun, cacing pun segan nak menumpang dalam usus kitorang, so kitorang berani sahaja makan tepi jalan. Mas Erick pun berhentikan kami di sebuah warung kecil dalam perjalanan balik ke bandar Kuta, Bali
cuba teka kitorang makan berapa rupiah? *jeng.jeng.jeng*
10,000 rp / RM3.4 je dengan air teh oh ais atau coke, murah kan?
heeeee! 

Pantai Dreamland


lepas dah kenyang semorang, kitorang di bawa ke pantai Dreamland. actually tak ada apa yang menarik pun dekat pantai ni. kotor pun iye juga, dengan siap anjing bersepah, so memanglah tak suka sangat pantai ni. cuma yang agak impressed tempat ni adalah, ombak dia memang kuat gila, tinggi gila, memang lagi fobia saya tengok adalah! no wonder tempat ni adalah tempat surfing bagi mat-mat salleh yang datang melepak ke Bali. memang cool la ombak dia. banyaklah kau punya cool.

hati-hati ye kauorang, kalau pergi pantai ni, ada tempat duduk macam kerusi-kerusi pantai dekat tepi-tepi tu. jangan sembarangan duduk atau terus duduk tau sebab nanti tak pasal-pasal kena bayar sebab mostly kerusi-kerusi kat situ kena bayar walaupun kita tatahu, kena bayar juga! APAKAH! and diorang siap meng-offer khidmat urut-mengurut plak. mahal pulak tu. sangatlah tak mahu okey. and kat tepi-tepi jalan untuk ke Pantai Dreamland ni ada kedai-kedai jual-jual souvenir.sangat tak recommend beli kat situ sebab harga dia macam entah pape mahalnya. jauh lagi murah di Krisna. saya cuma recommend beli satu benda je di Pantai Dreamland ni iaitu jagung bakar. HAHAHAHAHA sedap tau!

p/s : jam dah menunjukkan pukul 1.26 pagi. mata pun dah mengantuk so saya nak tidurlah. tiba-tiba malam ni ada mood pula menaip panjang lebar mem-blog-ing. heee. cerita untuk hari kedua tak habis lagi tapi tak apa, kita sambung pada part III! :) 

2 comments:

  1. aiza, mestinya kau pergi ke pantai padang-padang yang bersebelahan dengan pantai dreamland.. pantainya lebih kecil, lebih bersih, dan lebih sepi..

    ReplyDelete
  2. ohh pantai padang-padang ga pergi mas, soalnya lagi mau cepatan ke bedugul kemudian udah ga sabarrrr mau sopping di Kuta. ahahahaha! ;) enak ya di sana?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...