Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO February 2012 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Monday, February 13, 2012

AirAsia & Tunehotels promotion is back !

macam biasa, jangan lepaskan peluang untuk bersesak-sesakkan di website AirAsia esok malam!
tepat pukul 12.01 tengah malam, 15 Februari 2012 !

malangnya, masa sale tu saya terkandas di Airport Guangzhou ye. minta-mintalah ada plug dan Wifi FREE. mak abah suruh belikan tiket diorang. tapi, kali ini kemungkinan besar saya tidak ikut mereka sekali. salahkan clinical year sebab cuti setahun sekali. 
HEHEHEHE

oh ya !

bila lagi kan nak merasa hotel RM1 ? HEHE
*tapi saya dah rasa dah tinggal hotel serendah 14 sen satu malam. jangan jeles :P*

Musafir Travel Cooker

salam ukhuwah,

kalau kita pergi travel ni, perkara utama yang paling dirisaukan adalah MAKAN. tak percaya? cubalah konon-konon planning-planning dengan mak-mak kita ke, ayah-ayah kita ke, kawan-kawan ke, perkara pertama yang ditanya mesti, "nanti nak makan macam mana? ada makanan halal ke kat sana?" HAHA. typical Malaysian. 

actually, sekarang ni kalau travel kemana-mana senang sebenarnya dapat makanan halal. for serious. Islam itu dimana-mana sahaja. pergilah kemana pun, mesti ada at least 10 orang Muslim dekat kawasan tersebut dan bila ada orang Muslim dekat situ, mesti ada kedai makanan halal. kalau setakat ke Korea, Europe, Australia, New Zealand dan sebagainya, sebenarnya senang sahaja nak cari makanan halal. bersepah kedai-kedai orang Turki, Pakistan atau bangsa-bangsa arab yang lain yang ada. even kedai makanan orang Malaysia dan Indonesia pun ada ta dekat negara-negara lain. cuma, masalahnya adalah harganya. sekali duduk, satu pinggan nasi dah hampir RM40. tu dah kira murahlah tu. kalau sehari tiga kali makan, mahu tak RM120 melayang untuk makan. mahal bukan? sedangkan kalau setakat nasi campur dekat warung dalam negara kita, RM7 pun orang dah bising mahal. haha. sebab itulah, orang cakap, time travel-lah masa yang terbaik untuk ber-diet. tapi masalahnya, saya diet diet juga, makan semua catu, even tak makan nasi pun kalau travel especially masa pergi Korea, tapi tak kurus-kurus pun? *salahkan fatty cell sebab degil taknak mengecil!*

so, oleh itu, saya nak introduce-lah suatu produk yang sangat recommended untuk semua pengukur-pengukur tanah dunia untuk membeli produk ini sebagai kemudahan untuk mengisi perut anda, sesuai dengan taste ke-Malaysia-an anda dan menjimatkan duit makan-makan sepanjang program jalan-jalan anda.

Muslim Traveller Cooker


pening juga nak cari benda alah ini sebab tak banyak kedai yang menjual produk ini. kalau tak silap saya, di Malaysia ni yang saya tahu ada dua tempat iaitu di Shah Alam dan di Bukit Antarabangsa. kalau kita duk cari-cari dekat emporium atau mall-mall berdekatan, memang tak jumpa. and kalau nak beli dekat dua tempat tu pun kena order awal-awal sebab stok macam senang nak habis mungkin sebab produk ini macam popular jugalah kan especially untuk traveller-traveller. 


Muslim Travel Cooker ni sebenarnya taklah besar dapur tu. cooker ini hanyalah sebesar segenggam tangan. tangan saya lah. kalau tangan anda besar, so kecil sikitlah dari tangan anda. apakah? so dalam kotak Muslim Travel Cooker ni, anda bukan sahaja dapat dapur gas semata-mata. anda juga akan mendapat periuk yang comel siap ada tangkai yang boleh ditutup buka (kalau kauorang nak masak, pastikan dah kangkangkan tangkai dia sebelum masak. nanti dah panas, macam mana nak buka kangkang dia, and angkat?HAHA), lepastu ada tupperware comel jugalah boleh buat bekal jalan-jalan. siap ada sudu yang double twist. atas garfu, bawah sudu so bila makan tu memang twist-twist lah tangan kau macam main pusing-pusing pen. apakah lagi.


dengan adanya benda alah ini, maka perjalanan travelling anda menjadi lebih meriah dan mudah. ecewah. so, kauorang bolehlah nak masak maggie ke, panaskan Brahim ke, masak nasi goreng simple-simple ke, masak nasi pun boleh tapi macam lambat sikitlah dalam 45 minit kot, rebus nasi impit ke, goreng telur ke, rebus telur ke, ala macam-macam lah asalkan yang simple-simple la. janganlah kau pergi menumis asam pedas pula dalam hotel. meriah bau satu hotel kautahu. HAHA! harga dia dalam range antara RM140-RM170. negotiate-lah kasi dapat murah. haritu, saya beli tawar-tawar dapat RM148 beli dekat Shah Alam. 

taaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapiiiiiiiiii !!!

janganlah message saya, or facebook saya or ym saya cakap,
 "dik/kak nak order sebiji boleh?" 
sebab saya bukanlah stokis atau pengedar Muslim Travel Cooker ni. saya cuma recommend-kan sahaja. bagi siapa-siapa berminat bolehlah ke alamat seperti tertera di bawah

Restoran Mukmin
No 20, Jalan Nelayan B, 19/B,
Seksyen 19 Shah Alam,
40000 Selangor, Malaysia
(no phone tak ada, sebab no phone yang diberikan tu enggage sahaja. kena pergi kedai terus tanya ada stok ke tak)

atau

No 1, Lorong Wangsa 5A, 
Bukit Antarabangsa, Ampang
68000 Kuala Lumpur, Malaysiaa
0126854101

atau

boleh lawati laman web
dan facebook

Bali Gate-away - Part II

salam ukhuwah,

bila mood mem-blog-ing datang, saya kembali

dalam pukul 3 4 pagi, adalah seorang hamba Allah ni dah dang dung dang dekat pintu tah bilik mana. dalam keadaan mamai-mamai, saya fikir kedegang kedegang orang ketuk pintu tu datang dari arah bilik saya,  saya pun dalam keadaan sub-conscious, mata sepet-sepet sebab tak pakai spec mata, lalu membuka pintu. oh, rupanya orang depan bilik saya. kau sangat menganggu mimpiku bersama Aaron Aziz sajalah wahai manusia. saya pun tutuplah pintu balik dan dengan harapan bolehlah sambung tidur balik memandangkan saya sempat tengok luar tadi, masih gelap so agak-agak saya dalam pukul 4 pagi kot? lalu, berlabur balik ke atas katil empuk bak hotel five star. hiperbolanya cerita kau, Aiza. tak sampai sejam, tapi sempatla juga saya masuk ke Rapid Eye Movement (REM) Stage, dah sempat sambung mimpi-mimpi lah dengan Aaron Aziz konon-konon pergi Bali sama-sama ececewah, tiba-tiba alarm Samsung Tab saya pula bunyi kuat gila sampai kawan sebelah saya pun dah resah resah macam nak mengamuk. sekali lagi saya bangun, dengan sadar tak sadar. memang bengang betul lah bila nak off-kan alarm tab ni, kena jawab matematik equation yang which is kalau dalam keadaan kita sadar sebenarnya senang gila. tapi dalam keadaan mata kecik, diri pun separuh sadar, what do you expect? 14 + 23 x 4 ? what will you answer? +______________________+

*tatau apa motif kau cerita panjang lebar kisah malam hari kau kat Bali kan. kisah malam hari? OIT, bukan yang biru biru okey. HAHA. sebenarnya nak cakap, malam tu tak cukup tidur, tak cukup rest and tidur macam dalam perang. asyik terbangun je, mata pun separuh panda. kalau panda jumpa pun diorang boleh cakap, "eh, kita samalah!" so, tak kelakar*

pagi keesokkannya, kami berjayalah juga bangun pukul 6 pagi disebabkan sayalah yang mengejutkan mereka yang lain. kalau bukan kerana pengorbanan dan jasa saya, saya yakin, pukul 10 pagi pun tak tentu mereka dah bangun. saya berani jamin. pagi itu, secara minimalis dan budget-nya, kami hanya bersarapan di hotel memakan makanan yang sedia di bawa dengan beratnya dari bumi bertuah, Malaysia. so pagi tu, kitorang breakfast roti disalut dengan kaya yang sedap, ditambah pula kalori lemak dari butter yang yummi. memang berlemak kau punya breakfast, Aiza. and sekalian dah makan-makan tu, kitorang pun buatlah preparation bekal-bekal kot-kot lapar ke tetiba dalam perjalanan nanti. tapi gamaknya, tak sampai setengah hari, bekalan yang kitorang bawak tu dah pun habis dipertengahan jalan. sangat menakutkan bukan?

maka, pagi tu kitorang pun ke pantai Tanjung Benoa di Nusa Dua konon-kononnya nak buat aktiviti air macam scuba-diving ke, sea-walking ke, jetski-lah apalah tapi walaubagaimanapun, cuaca tak mengizinkan memandangkan dari pagi dah hujan renyai renyai. takut juga nak buat aktiviti pantai, kotlah ombak rindu Bali pun tengah kuat. menakutkan je. tapi memandangkan tanak rasa macam membazir pergi ke Tanjung Benoa ni, kitorang pun ambil la juga satu dua aktiviti di situ iaitu melihat ikan-ikan di dasar laut dalam bot dan melawat pulau penyu! *sound so tak fun kan aktiviti yang Aiza pilih? HAHA!* redah saja.

kauorang tengok dekat pantai dia tu, Ya Allah ipadat gila orang dekat tengah pantai tu. semorang pun tengah main aktiviti pantai. terlalu sesak macam menakutkan gaklah. macam manalah boleh main jetski, main banana boat, siap ada yang mandi manda lak tu kt tengah-tengah orang main jetski, banana boat bagai dalam satu tempat? silap-silap boleh buat movie baru Final Destination tau!

biasanya harga yang diletak dalam rate USD. korang kenalah sembang-sembang cakap nak rate rupiah. tawar jugak tau!

so, basically dekat Tanjung Benoa ni, sepanjang-panjang pantai ni memang banyaklah bussiness aktiviti pantai. kena pandai cari and negotiate-lah harga yang ditawarkan. kalau tak pandai nak sembang-sembang, memanglah kena harga mahal. macam-macamlah alasan dia bagi, ombak laut tinggilah kena charge mahal lah, bot baru lah sekali saya tengok macam karam pun ada, bayar duit makan penyu-penyulah. macam-macam alasan dia bagi. so disebabkan diorang bagi banyak alasan-alasan, korang pun kenalah bagi alasan-alasan untuk mem-bargain. agak-agak diorang tanak bagi harga yang kita minta, blah terus, cari tempat lain. bersepah tempat yang menawarkan harga murah. jangan risau. aktiviti tetap sama, even lagi banyak aktiviti best pun ada. HAHA.


melihat ikan-ikan di dasar laut dari boat yang awesome!
*tajuk kononnya macam cerita Doraemon-lah pula kan?*

so actually, inilah aktiviti yang kitorang buat yang nampak macam awesome sangat tu. HAHA. kitorang just sekadar duduk dekat boat yang tengah-tengah dia ada lobang boleh tengok ikan di dasar laut rasa macam cetek saja nak tangkap ikan by hand je bajet hebat sangat. HAHA
awesome kan?
*padahal saya tak nampak pun ikan. ikan semua lari kot*


melawat penyu di pulau penyu!

sepanjang perjalanan yang actually tak berapa jauh dari persisiran pantai Tanjung Benoa ke Pulau Penyu tu agak-agak dalam 15 minit kot memang mencemaskan dan mendebarkan lagi-lagi saya ni memang agak fobia dan trauma dengan laut-laut ni. sebenarnya, saya tak gemar sangat pergi laut-laut ni tatahu kenapa. bukan sebab takut air macam kambing ke apa. just tak berapa nak gembar pergi pantai. macam takut dilambung ombak. HAHA.sepanjang dalam boat tu, sayalah yang paling tak senang duduk. seriau tengok ombak apalagi boat macam terhuyung-hayang dipukul ombak, dalam otak  ni asyik berfikir je, janganlah terbalik. janganlah terbalik. negative thinker sangat kan, saya?

sesi bergambar secara jakunnya bersama penyu. penyu tu steady je ambil gambar. dah biasa kena flash-flash camera. dah glamour sangat

 bila dah sampai pulau penyu, haruslah bermain dengan penyu. dekat pulau penyu tu kauorang bolehlah nak timang-timang dia, cium-cium dia, angkat-angkat dia, snap-snap gambar pastu upload dekat facebook dan macam-macam lagilah asal tak membahayakan penyu tersebut contohnya macam kau cuba nak tanggalkan kerang dia ke, kau paksa dia bertelur sebab teringin sangat nak makan telur penyu ke itu sangat kejam dan tak dibenarkan okey. :) dekat Pulau penyu ni, ada empat bahagian penyu-penyu, iaitu area telur-telur penyu, baby-baby penyu, penyu-penyu remaja *eh, ada ke penyu-penyu remaja* dengan penyu-penyu usia dan lanjut usia. ada satu penyu tu kan, masyaAllah punyalah besar dan berat gila, memang tak terlaratlah nak mengangkat. even penyu tu nak bergerak pun tak larat apatahlagi kita nak mengangkat. HAHA

ada baby-baby penyu, ada penyu-penyu remaja dan penyu-penyu tua dan lanjut usia

selain dari penyu, ada juga binatang-binatang lain semacam mini zoo la antaranya macam burung-buruang, kelawar, vampire eh, buaya, ular dan sebagainya. yang penting, ambil gambar dengan binatang- binatang ni semua tidak dikenakan apa-apa caj tambahan atau bayaran. just, "click! click!"


dah siap-siap selesai berfoto-foto dengan segala binatang yang ada dekat pulau penyu tu, kitorang pun kembalilah ke pantai Tanjung Benoa dengan agak basah kuyup sebab hujan mencurah-curah dengan renyai-renyai, laut pun bergeloraa, dan saya? adrenal rush kembali bertugas membuatkan saya tidak senang duduk sepanjang dalam bot tu. setelah sampai ke darat, sayalah manusia paling girang dan bersyukur dalam banyak-banyak orang disitu serupa macam "oh great, im alive back again!"

warung pun jadilah

disebabkan perut pun dah lapar, dalam keretapun boleh dengar bunyi perut berdangdut, bekalan makanan pun dah habis, kitorang pun dah lapar sangat-sangat, kitorang pun mintalah mas Erick untuk berhenti di mana-mana tempat makanan muslim. kitorang minta kalau boleh takyah mahal-mahal punya tempat sebab makan lunch je pun. warung pun boleh memandangkan perut kitorang dah kebal sebab dah duduk Medan tiga tahun, cacing pun segan nak menumpang dalam usus kitorang, so kitorang berani sahaja makan tepi jalan. Mas Erick pun berhentikan kami di sebuah warung kecil dalam perjalanan balik ke bandar Kuta, Bali
cuba teka kitorang makan berapa rupiah? *jeng.jeng.jeng*
10,000 rp / RM3.4 je dengan air teh oh ais atau coke, murah kan?
heeeee! 

Pantai Dreamland


lepas dah kenyang semorang, kitorang di bawa ke pantai Dreamland. actually tak ada apa yang menarik pun dekat pantai ni. kotor pun iye juga, dengan siap anjing bersepah, so memanglah tak suka sangat pantai ni. cuma yang agak impressed tempat ni adalah, ombak dia memang kuat gila, tinggi gila, memang lagi fobia saya tengok adalah! no wonder tempat ni adalah tempat surfing bagi mat-mat salleh yang datang melepak ke Bali. memang cool la ombak dia. banyaklah kau punya cool.

hati-hati ye kauorang, kalau pergi pantai ni, ada tempat duduk macam kerusi-kerusi pantai dekat tepi-tepi tu. jangan sembarangan duduk atau terus duduk tau sebab nanti tak pasal-pasal kena bayar sebab mostly kerusi-kerusi kat situ kena bayar walaupun kita tatahu, kena bayar juga! APAKAH! and diorang siap meng-offer khidmat urut-mengurut plak. mahal pulak tu. sangatlah tak mahu okey. and kat tepi-tepi jalan untuk ke Pantai Dreamland ni ada kedai-kedai jual-jual souvenir.sangat tak recommend beli kat situ sebab harga dia macam entah pape mahalnya. jauh lagi murah di Krisna. saya cuma recommend beli satu benda je di Pantai Dreamland ni iaitu jagung bakar. HAHAHAHAHA sedap tau!

p/s : jam dah menunjukkan pukul 1.26 pagi. mata pun dah mengantuk so saya nak tidurlah. tiba-tiba malam ni ada mood pula menaip panjang lebar mem-blog-ing. heee. cerita untuk hari kedua tak habis lagi tapi tak apa, kita sambung pada part III! :) 

Sunday, February 12, 2012

Bali Gate-away - Part I

salam ukhuwah,

agak lama menyepi nampaknya dari dunia ber-blogging. kalaulah blog ni adalah sebulah rumah, agaknya tinggi dah bersawang siap tak nampak dalam rumah dah. macam lupa pula ada blog. maaf kawan-kawan, readers semuanya, sebab lama tak update blog atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. padahal menghidap penyakit rajin-deficiency, tak sedar diri. ada banyak sebenarnya masa terluang, tambah-tambah lagi dah dua bulan melanguk dekat rumah cuti semester, tapi sekali pun tak menyempat nak update blog sebab ketandusan idea, dan penyakit malas yang kritikal. maaf, sekali lagi.

so, kali ini nak bercerita pasal honeymoon gate-away baru-baru ini di Bali. bukan honeymoon okey. not a honeymoon memandangkan saya pergi bersama-sama rakan-rakan saya yang awesome. gate-away. bermaksud keluar dari pagar. pagar rumah i guess? HAHA. sudah kau, Aiza. start dah merepek. Alhamdulillah, trip saya bersama 4 lagi kawan berjaya diharungi selama 3 hari 2 malam dengan selamat dan lancar. memang best. memang budget. terima kasih kepada Allah sebab mempermudahkan urusan kami berlima walaupun pada mulanya agak merumitkan sebab problem sana sini pada saat-saat yang terakhir sebelum pergi. oh, saya sangatlah tak suka benda last minute. so as usual, sebelum saya pergi travel kemana-mana, preparation is a must. macam mana pun, saya mesti kena belajar pasal tempat yang saya tuju. paling-paling koman pun, tahulah bentuk peta tempat tu macam mana. kalau tak, saya rasa macam kosong bila pergi suatu tempat yang saya tatahu langsung pasal tempat tu. rasa dia serupa macam masuk dewan peperiksaan, tak sedia baca buku satu haram. macam tulah rasanya, ecewah.

so, sebelum saya pergi dulu, saya buatlah beberapa preparation macam attractions kat sana apa saja, transportation macam mana, nak makan apa, shopping kat mana, beli-beli barang tu agak-agak berapa harga blablabla. lepas dah belajar semua-semua tu, saya arrange-lah rough itinerary so that, at least perjalanan tu terancang, tersusun taklah nanti dalam kereta baru terfikir nak pergi situlah, nak pergi sinilah, nanti jadinya menghabiskan masa sia-sia, tambah-tambah lagi, dekat Indonesia kan macet sana sini, so perancangan perjalanan anda tu sangatlah penting so that, semua tempat pun berjaya di jejak kaki. disini saya sediakan link beberapa preparation saya dah buat masa sebelum pergi ke Bali haritu untuk dikongsi bersama. download-lah. free saja. tak ada bayaran apa-apa. 

Bali Gate-away Rough Budget
Bali Gate-away Rough itinerary & planning
disebabkan kitorang pergi cuma tiga hari dua malam, so agak mantap dan mampat ya jadual perjalanan kami. memang capek buangetttt, kaki pun melecet, dengan tak cukup tidurnya, makan pun ala kadar, memanglah awesome perjalanan kali ni. awesome apakebendanya, awesome letihnya. HAHA! nak dimulakan cerita, kami berlima yang sepatutnya berenam berangkat meninggalkan bumi bertuah dan tercinta ni agak lewat sebenarnya, dalam pukul 4.25 petang baru bertolak. agak rugi masa sebenarnya kalau ambil tiket flight waktu-waktu begini sebabnya nanti dah sampai tempat kita pergi tu dah malam, dah rugi satu hari nak berjalan. tu belum campur kalau ada delay ke apa, lagi panas hati. tapi, nak wat macam mana, masa beli tiket ni setahun yang lalu *setahun yang lalu tu* cuma tinggal waktu tu sahaja yang ada promosi 10 sen sehala, nak tak nak grab juga demi tanak melempaskan peluang bersesak-sesak, berebut-rebut tiket murah dari AirAsia. layankan sahaja.

perjalanan dari LCCT, Kuala Lumpur ke Bandara Ngurah Rai, Denpasar Bali mengambil masa kira-kira tiga jam lebih. pejam celik pejam celik tak sampai-sampai. saya memang agak rimas sebenarnya naik flight kalau lebih dari 1 jam masa perjalanan. memang tak reti duduk diam apatah lagi ternganga, melopong tidur. saya bukan jenis orang macam tu. saya agak susah sebenarnya tidur dalam flight, mungkin sebab excited nak berjalan? atau mungkin rasa cemas bila nak sampai ni, bila nak sampai ini atau mungkin, saya memang susah tidur bila dalam flight. tapi yang penting, dalam flight saya memang tak boleh duduk diam apatahlagi naik flight AirAsia yang tak ada in-flight entertainment, lagilah tak boleh duduk diam. sebab itulah saya suka pre-book makanan kalau naik flight AirAsia walaupun segelintir dari kita mungkin rasa mahal sebenarnya beli-beli makanan atas flight tu, saya pun rasa macam tu. tapi nak buat macam mana, kalau tak makan apalagi nak buat atas flight kan? lagi lah bil airsteewarders dah start sorong troli makanan untuk dijual, dengan bau makanan yang memikat, memanglah kecur air liur. so, pendek cerita, beli sahaja makanan secara online di AirAsia. walaupun mahal, but worth it. :)

Alhamdulillah, setelah pejam celik pejam celik pusing sana pusing sini untuk beberapa jam di dalam flight, akhirnya kitorang sampai juga di Bandara atau Lapangan Terbang Antarabanga Ngurah Rai, Denpasar Bali. airport dia actually tidaklah besar, tidaklah kecil, tapi kalau nak dibandingkan dengan aiport Medan, memang empat kali ganda besarlah gamaknya. airport dia nampak kelam dan dull maybe sebab bangunan lama tidak secantik KLIA atau Narita, tapi service yang diberikan sewaktu custom clearance, dan exit dari airport sangat mudah, efficient dan lancar. tak ada masalah itu ini seperti yang selalu dilalui di Medan, urghh. sampai-sampai sahaja di airport, kitorang disambut oleh driver rasmi dari Tunehotels, Bali, mas Erick yang dah di-booking awal-awal oleh Abah sewaktu Abah ke Bali dua minggu sebelum saya ke bali. memandangkan mas Erick ni driver rasmi di Tunehotels, Bali maka, segalanya pun Tunehotels. nak cam mpv yang kami naik pun senang. warna merah dengan conteng-conteng iklan Tunehotels sebesar-besar alam pada dinding van tersebut. si mas Erick ni pun pakai baju rasmi Tunehotels, Bali. so, jangan risaulah sangat boleh dipercayai. kalau dia tipu kita ke, kelentong kita ke boleh direct jumpa Tony Fernandes. HAHA. even mas Erick ni pun jadi driver Tony Fernandes sewaktu Tony Fernandes datang Bali tau, jangan main-main.

mpv APV Tunehotels, Bali
360,000 rp/ hari + 100,000 rp/bbm (bahan bakar mobil, i mean, minyaklah.hehe)


inilah mas Erick, driver kitorang berlima sepanjang berada di Bali
siapa-siapa yang memerlukan khidmatnya boleh hubungi dia 
mobile phone : +6287882621209 atau +6285792559498

atau boleh lawati laman web rasmi 
Ceria Agency Transport
Jalan Cendrawasih No. 1,
Kompleks Burung
Tuban, Denpasar, Bali
phone : +6281337002780

pertama sekali mas Erick bawa kitorang berlima yang dah muka letih gila, ngantuk, mata kuyu ni pergi check-in dekat Tunehotels, Double Six, Legian yang terletak agak jauh sebenarnya dari airport.satu lagi kesilapan kitorang dah buat sebab book hotel dekat Double Six, Legian. sepatutnya kalau nak dekat dengan town just boleh walking distance pergi pantai Kuta dan sekitarnya adalah Tunehotels, Kuta, Bali. tapi memandangkan masa tu tak ada offer serendah-rendahnya untuk di Tunehotels, Kuta Bali, maka kitorang pun redah sahaja ambil hotel di Legian. tak ada masalah actually, memandangkan kitorang kesana kemari menaiki mpv, bukan berjalan kaki. that's why, kali ini jalan-jalan di Bali saya tak panggil backpacking. macam cuti berkelah sahaja. HAHA.

Tunehotels, Double Six Legian, Bali


macam biasa, Tunehotels bukanlah hotel 5 stars yang menyediakan segalanya yang anda inginkan seperti di hotel-hotel 5 stars. Tunehotels kan hotel budget tapi katil dia, memang superb five stars sebab sedap. ada je, hotel mewah yang pernah saya tinggal, mahal, tapi sekali baring atas katil keras gila tilam rasa macam baring atas simen memang tak berbaloi.  untuk mereka yang tidak kisah untuk tidur di bilik yang kecil, tiada kemudahan yang serba lengkap, tiada set breakfast dan sebagainya, boleh sahaja untuk menempah bilik di Tunehotels tapi bagi yang dah biasa tinggal hotel 5 stars, deserved and tak kisah untuk spend hotel mahal-mahal, saya rasa Tunehotels, bukanlah tempat yang sesuai untuk anda. macam biasa, memang ada kemudahan seperti internet, tuala, econ dan sebagainya, tapi perlu dikenakan charge dan pada saya still saya rasa berbaloi sebab hotel saya duduki cuma RM40 untuk dua malam! *why pay more, when you have only less time to stay inside?* tak berbaloi. tak berbaloi. so, siapa yang nak tinggal dekat Tunehotels, saya beritahu awal-awal jangan merungut tau kalau itu tak ada, ini tak ada, sebab Tunehotels memang budget hotel ala kadar sesuai untuk tidur sahaja! HAHA! *rimas sebenarnya orang merunguk itu ini, tapi nak duduk hotel murah. manusia.manusia.hmm*

Rumah Makan Ikan Goreng Cianjur, Kuta

lepas dah siap-siap checked-in hotel semua, perut pun dah lapar, kitorang minta mas Erick untuk bawa makan di tempat yang best dan sedap di Bali. maka, mas Erick pun bawalah kitorang ke Ikan Goreng Cianjur di pekan Kuta, Bali. saya pernah makan di IGC ni sewaktu di Medan dahulu and rasa dia memang sedaaaaap, murah dan tempat dia classs gitu, so worth it to go! actually, Ikan Goreng Cianjur ni banyak cawangan di seluruh Indonesia and that's why saya pernah cuba sewaktu di Medan dahulu. recommended! masa kitorang sampai dekat kedai tu actually dah lewat, dah nak tutup dah, tapi memandangkan agaknya pelayan-pelayan kat situ tengok muka kitorang kelaparan, dia bagilah juga makan dekat situ. terpaksalah kitorang makan cepat-cepat sebab kedai dah nak tutup dah. HAHA!

enak buangettt lohhhh! harus coba! HAHA 
*lama gila tak speaking indonesia, rasa macam kekok gila*


sekitar kawasan Rumah Makan Ikan Goreng Cianjur

lepas dah siap makan-makan, kenyang dah tak larat nak makan dah, kitorang pun tak nak membuang masa lagi, saya pun minta mas Erick bawa kitorang ke Krisna, pusat membeli belah ole-oleh Bali yang buka 24 hours. nah, shopping kau sampai ke pagi, sampai tak larat mata nak buka pun boleh! murah, memang murahhh, memang rasa macam nak angkut satu Krisna buat souvenir kat semorang!

toko ole-oleh Krisna. 24 hours macam Mustafa Centre dekat Singapore.
memandangkan area belah dalam macam tak boleh ambil gambar, tak berani pula nak snap-snap gambar. 
dari baik-baik saya tengah sedap ber-shopping, kang ada pula kena halau keluar dari Krisna.
malulah saya nanti. hehe

punyala ligat ber-shopping, hilang terus rasa penat ke mengantuk ke, sampai tak sedar jam dah menunjukkan hampir pukul 1 pagi waktu Bali (2 pagi waktu Malaysia). lepas dah shopping bagai, kitorang pun pulang ke Tunehotels, Legian untuk berehat sebab esoknya masing-masing kena bangun awal sebab perjalanan kitorang akan bersambung esok pagi, seawal yang boleh untuk tidak membuang masa. 

nanti InsyaAllah, kalau saya tak lupa, and penyakit RD saya tak teruk, saya akan update blog saya dengan entri tentang serba sikit kitaran harga souvenir-souvenir yang dijual di Bali dan tips untuk mem-bargain! InsyaAllah, saya tunaikan. habis sudah cerita part I, hari pertama perjalanan saya dan kawan-kawan di Bali. kita sambung di Part-II ! :)

p/s: agak lebih santai ek kali ini saya mem-blogging? tengok tu, kemalasan nampak secara terang-terangan. HEHE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...