Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO November 2011 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Sunday, November 20, 2011

coming soon


COMING SOON
27th-29th December 2011

Thursday, November 17, 2011

Korea Backpacking Part II : Review Bangrang Hostel

salam ukhuwah,

*requested by Saffawati, actually. hee! :)

ingat lagi Bangrang Hostel yang pernah saya recommend-kan kepada kauorang semua pada entri yang lepas? kalau tak ingat, boleh rujuk kembali ke entri pre-Korea Backpacking I - Bangrang Hostel, Korea (recommended hostel in Korea!)  Hostel inilah yang kitorang berenam duduk sepanjang lima hari di Korea yang telah di-booking sebulan awal sebelum ke sana. so far, Alhamdulillah, kitorang berenam berpuas hatilah dengan hostel ni sebab dapat duduk hostel ni macam duduk rumah. sangat seronok dan selesa lepastu nak-nak kan, dalam hostel tu memang ramai orang Malaysia, seriously tak rasa macam dekat Korea pun. macam duduk rumah dekat Kuala Lumpur, tengok cerita Korea ramai-ramai depan tv besar dekat living room sampai lupa, eh ni dekat hostel la sebab masing-masing pun duduk situ melepak macam rumah sendiri and cakap Melayu. HAHA. bezanya, bila tengok tv dekat living room tu, kitorang makan Ddeokbokki, 떡볶이 sejenis rice cake yang dimakan dalam kuah sos macam sos cili cair yang manis pedas, tapi fuhhh, sedap! oh satu lagi, tengok cerita Korea tak ada subtitle. subtitle English pun tak ada. so, buat-buat paham saja. HAHA. tapi, seronok !

so, memandangkan ada beberapa reader yang meminta saya me-review pengalaman saya sendiri tinggal di Bangrang Hostel ni, maka saya pun ambil kesempatan sementara menunggu nak pergi kuliah petang ni and tulislah entri tentang bangrang Hostel sedikit sebanyak. ni kira post-mortem-lah sikit-sikit. yelah, dalam entri yang lepaskan adalah gambaran dari gambar-gambar kita tengok di website, kan? kadang-kadang hostel or hotel-hotel ni cantik bila dalam website je, sekali datang macam sting garden. indah khabar dari rupa. tapi untuk Bangrang Hostel, tidak sebegitu okey. moga bermanfaatlah untuk semua dan sekali lagi saya cakap, hostel ini memang recommended, sangat! saya tak reti pula nak me-review secara literally, so dengan itu saya sajikan dengan gambar-gambar sayalah,okey lebih mudah nak explain and lebih sedap menjamu selera kan dari bibit-bibit ayat merepek, meluru, naik sheikh saya bercerita. a picture can give a thousand words, kan? :) 

*credit to Nur Nadia*
okey, inilah Bangrang hostel. HAHA. eh tak tak. inilah dinding Bangrang Hostel dekat tingkat atas hostel tempat sidai kain baju dan sidai diri. sedap juga duduk-duduk dekat atas ni. ada disediakan macam kerusi-kerusi kayu untuk berehat-rehat mahupun berangan-angan. HAHA

*credit to Insyirah*
merokok adalah di larang di sekitar kawasan Bangrang Hostel. siapa degil, nanti pagi-pagi kena kejar anjing putih dekat sebelah hostel. HAHA. jangan risau, jangan takut. terserempat, terlalu, tiba-tiba di kejar anjing di sekitar bandar Seoul itu normal. kalau kena kejar, apa lagi naiklah atas meja, macam kitorang memalukan nama Malaysia sebab tourist Malaysia lain nampak kitorang naik atas meja kena kejar anjing, semua ketawa tutup muka malu. okey merepek.

*credit to Insyirah*
pandangan dari atas Bangrang Hostel. kawasan sekitar hostel adalah kawasan perumahan, so jangan risau sebab orang-orang disekitar hostel tu peramah dan mesra. selalu senyum. tapikan, kita akan annoying bila kita turun bukit sampai termengah-mengah lepastu ada pakcik tua tengah jogging naik bukit dekat hostel tu, senyum kat kita. senyum hai hai ke senyum sindir tu? HAHA

*credit to google image*
saya tak ada pula gambar sekitar hostel sebab tak teringat pula nak ambil. tapi ini saya google, dan inilah yang sana lihat hari-hari di sana. memang sama. inilah keadaannya. dan inilah subway yang berdekatan dengan Bangrang Hostel. cuma 2 minit turun dari Bangrang Hostel, dah sampai subway. subway ni namanya Chungjeong-no, 충정로역 . Ada dua line dekat subway ni, Line 2 (Hijau) dan Line 5 (Purple). kalau dari airport, atau nak ke airport senang dari subway ni, kalau dari airport, ambil Korail sampai ke Hongik Univ, 홍대입구역 lepastu ambil subway Lane 2 (warna hijau), selang 3 station, dah sampai Chungjeong-no Station. senang kan?
di tepi-tepi subway ni, ada banyak bar-bar, kalau malam-malam ada orang mabuk-mabuk tapi diorang tak kacau kita, jangan risau. tapi, memang dekat bandar Seoul, bersepah bar-bar. =____=
orang Korea kan suka minum soju? 

*credit to google image*
inilah jalan berbukit agak cerun sikit yang akan kauorang lalu hari-hari untuk ke hostel. tak jauh pun 2 minit je cuma dia cerun, sedikit basahlah ketiak kalau kaki dah penat sangat. so far, saya lihat kebanyakkan hostel-hostel di Seoul pun memang tempat di di lereng-lereng bukit macam ni. Korea memang berbukit-bukau. so, no wonder kan orang Korea kurus-kurus? 

*credit to google image*
inilah pintu masuk Bangrang Hostel. comel je. kalau nak masuk, ketuk je pintu kayu tu kuat-kuat sampai roboh nanti Mr.Seung, si tuan rumah yang comel tu akan bergegas buka pintu dan senyum dan angkat barang kita masuk dalam. addorable kan? heee.

*credit to google image*
ha inilah tangga comel nak masuk ke Bangrang Hostel. tempat ini memang bersih, cantik dan menarik. memang dekat Korea rumah diorang kecik-kecik. space suma kecik-kecik. tengok orang dia saja, orang dia pun comel-comel. just nice.

okey, kali ni gambar-gambar yang saya sempat tembak.

ni dekat main door dalam Bangrang hostel, lepas kita melepasi tangga-tangga comel tu.ecewah. kira macam receptionist dialah. actually tempat ni kita panggil common room. disinilah tempat letak kasut-kasut kalau nak melepak dekat bawah ni, and tempat berjual-beli ke apa. haha. eh tak, tempat nak bayarlah before duduk Bangrang Hostel. HAHA

adik Mr. Seung. lagi comel dari Mr.Seung. HAHA

ha, inilah common room. tempat melepak-lepak. adalah game card, chess, majalah-majalah kalau nak baca. ada map, ada kipas, ada tilam, ada bantal. nak tidur sini pun tak apa. tapi kena bayar juga lah kan cemana pun. HAHA

common room

common room.
nak jugak tu budak gemuk baju itam tu ambil gambar. 

toilet dekat common room

washer machine dekat common room. boleh pakai bila-bila masa, pagi petang siang malam. nak pakai 24 hours pun boleh. dah disediakan sabun basuh sekali.lepastu sidai dekat tingkat atas skali. 1 jam dah kering, kalau time summer tak hujan. HAHA

siapa pandai baca tulisan Hangul, bolehlah membaca dekat sini. atau buat-buat baca sambil usha adik Mr. Seung. HAHA

annoucement board yang comel dekat common room.

mini cyber-cafe. actually, tak berapa nak cyber cafe pun sebab ada dua computer je dekat situ. internet dia lajuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu sangaat. berderap kau. boleh guna 24 hours. so, tapayah berat beg bawak laptop. dont worri, wifi disediakan diseluruh kawasan Bangrang Hostel



actually tak berapa nak staff only pun bilik kecik tu. dekat situ ada simpan iron dengan ironboard. so, bila nak guna ambil je dalam tu. takpayahlah bawak iron berat-berat dari Malaysia. HAHA

pintu masuk ke living room atau entertainment room. agak jelek ya gambar ni sebab ada barang kitorang berenam menimbun kitorang tinggalkan kat sini before jalan-jalan masa hari terakhir di Korea. Mr. Seung yang suruh tinggal dekat sini, check out terus bilik, so nanti balik dari jalan-jalan taklah cam kelam-kabut. jangan risau, it safe. Mr. Seung sangat bertanggungjawab. 

keadaan dalam living room. ni bersepah sebab kitorang la ni. HAHA

*credit to Nur Nadia*
dapur. ada peti ais, ada dapur gas, ada microwave, ada toster, ada periuk belanga, ada cawan, piring, pinggan. semua ada. sila-sila. buat macam dapur sendiri. makanan-makanan orang duduk situ tinggalkan pun ada buat sedekah. boleh ambil saja. mostly makanan Malaysia sebab ramai orang Malaysia duduk sini. maggie jangan cakap. banyak. HAHA

peti ais yang sangat besar. no pork no wine is allowed dalam peti ais tu. so, selamat.

toaster, microwave juga ada. gunalah. tak kene bayar. FOC

pinggan mangkuk heater semua ada. jangan risau. nak masak asam pedas tetiba dekat Korea pun boleh. hehe

mesin basuh dari arah dapur. oh ada water cooler jugak. 


so, tadi tu common room. nak ke bilik-bilik kena keluar and ikut anak patah dekat board kuning and biru tu. bukan anak panah merah ada tulisan cina ceng ceng tu.

*credit to Nur Nadia*
security dekat Bangrang Hostel memang tiptop. nak masuk area bilik-bilik kena key-in password. nak masuk common room pun kena key-in password. cuma guest and admin Bangrang Hostel je tahu password ni. kalau key-in salah lepas tiga kali, terus melalak alarm. memang malu gila kan lepastu Mr. Seung datang dia senyum geleng kepala saja. HAHA

bahagian dalam area bilik-bilik hostel. memang kecil, comel. sempit. tapi selesa dan bersih. itu penting. 
ada storage room. kena buka kasut. macam masuk rumah Melayu.memang bersih nak buat solat. tu penting juga

toilet dengan bilik mandi berasingan. dekat dalam toilet tak ada air tau. so kalau nak erk erk, kena bawak gayung siap siap dari bilik air sebelah. HAHA. tapi jangan basahkan lantai, nanti Mr. Seung marah ayotatayo.

bilik air nak erk erk

shower room. bersih! memang satisfied! saya pantang kalau pergi bilik air kotor. HAHA
lagi sanggup tak mandi dari mandi bilik air kotor. HAHA


bilik kitorang. 6-bedroom. memang sempit gila bilik ni tapi yang penting bersih, kemas dan selesa sebab econ dia sejuk gila gigil-gigil. alah, tak perlu bilik mahal-mahal. berapa lama lah sangat duduk dalam bilik tu ha. macam kitorang, pukul 7 pagi dah keluar, pukul 1 pagi baru balik. HAHA

katil saya, belah atas. bila dah keletihan, kaki melecet, patella macam nak tercabut, nak naik tangga naik ke atas pun tak larat. menggigil lutut. HAHA

so, last but not least.

ha, inilah adik Mr Seung yang semacam comel sikit-sikit tu. tahu tak haritu dia cakap, "SAYA KACAK SANGAT" HAHAHAHAHAHA. Melayu Tanah Malaya manalah yang ajar dia nih.

*info tambahan
  • nak turun or naik bukit ke or dari Bangrang hostel tu, dekat tepi tu ada satu rumah ada anjing putih suka beno melalak tak tentu pasal bila kita lalu tepi dia. sebab kitorang cun, kot? jangan takut. dia tak leh wat pape pun sebab dah kene ikat. HAHA
  • dekat tepi-tepi sebelah subway Chungjeong-no tu ada banyak pub-pub bar. buka sampai pagi. jangan risau, diorang takdenya nak kacau kita. for your information, crime statistic dekat Korea sangat rendah dan hampir kosong. cuma diorang akan tengok kita pelik sebab kita pakai tudung, mungkin diorang tengah mabuk-mabuk tu nampak kita pakai tudung mesti diorang fikir, "alien mana pulak dah ni?" HAHA
  • kalau dari Bangrang Hostel, turun bukit lepastu belok kanan dan terus sahaja, kat tepi tu ada 7-eleven and family mart. buka 24 hours. kotlah haus malam-malam bolehlah nak beli-beli. instant rice pun ada dekat situ. dua benda yang saya nampak dalam kedai tu ada tanda halal Malaysia adalah Pringles and kit-kat. HAHA! so, apalagi, makanlah!
  • and kalau kita jalan straight lagi, di belah kiri ada Silioam Korean Sauna atau Jjimjilbang, 찜질방. cuma masalahnya, orang Korea selalu pergi situ naked. HAHA. tapi boleh je pergi, ada facilities yang tak perlu kita naked nak duduk situ and cuba. HAHAHA
  • and and and kalau kita jalan straight lagi, lepastu jumpa jalan besar ada flyover, pastu kita lintas and belok kanan. nanti ada Lotte Mart besar. Lotte Mart ni macam carrefour, giant lah kalau dekat Malaysia. buka sampai pukul 1 pagi. boleh lah nak shopping-shopping dekat sini. HAHA. :)
so, macam biasa, kalau ada apa-apa pertanyaan atau keraguan, jangan malu-malu tanya tau! Aiza berkongsi apa yang Aiza rasa bermanfaat untuk semua :)


Sunday, November 13, 2011

doctor-in-making

salam ukhuwah,

*please mind to ignore the awkward face  up there*

tanggungjawab utama
BELAJAR
tanggungjawab lebih utama
BELAJAR untuk MAK ABAH
tanggungjawab yang lebih utama
BELAJAR sebagai MEDICAL STUDENT untuk jadi DOKTOR untuk MAK ABAH

"pahit, getir hidup, dan pengorbanan. terpaksa dialami demi kejayaan" 
- Standing In The Eyes Of The World, Ella

maaf atas ketidak-update-an blog 
hampir bersarang ya blog usang ni.
will update soon
ada tugas dan tanggungjawab yang perlu diletak di tingkat teratas
bukan sahaja letak, but do it!

kalaulah exam itu, hanya sekadar 'google-it, read blogs, share forum'
easier ? worsen ? 
hahahaha. sempat merepek !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...