Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO October 2011 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Thursday, October 06, 2011

Korea Backpacking Part I : Pre-Departure & The Arrival

salam ukhuwah,

*cerita berlapuk gila.

Pre-Departure punya cerita


berbekalkan tiket yang murah meriah kurang dari RM600 pergi balik, akhirnya kitorang berjaya juga menjejak kaki di bumi Korea setelah hampir satu tahunlah juga menunggu untuk sampai ke sana. mana tak nya, tiket yang kitorang beli ini merupakan tiket promosi pertama kali AirAsia sale masa bulan Ogos tahun lepas. hampir setahun bukan? memang sangat sabar menunggu. kitorang berenam. anak dara kesemuanya. perempuan tiada lelaki. jalan sendiri tak ada tour guide. hanya berpandukan GPS teknologi tinggi dan GPS tepi jalan dengan GPS manual berpandukan map kertas. tawakal sajalah asalkan enjoy. hanya berlindung dan berharap dari Allah semoga selamat pergi selamat sampai, and dapat manfaat baik dari trip ni. belajar untuk berdikari dan independent untuk hidup. matlamat backpacking kali ni kot? *nah kau, sampai Korea, sebab dah blur sangat tatahu nak cakap apa dengan orang Korea tak reti cakap English, kitorang bantai cakap bahasa Melayu saja dengan diorang. KAHKAHKAH* surviving tips? oh bukan, jangan tiru gaya orang gila ni.

perjalanan yang memenatkan. pagi-pagi bertolak dari Senai International Airport ke LCCT memandangkan rumah saya jauh di lubuk kampung di sekitar Johor. tak sempat Rapid Eye Movement (REM), celik-celik dah pun sampai di LCCT dari Johor Bahru.  dua orang kawan saya dari Medan pun turut sampai serentak cuma tak berlanggar flight sebab diaorang International flight, saya domestik.okey tak kelakar. tunggulah kami berenam di airport dengan perasaan penuh excited di Mcdonald LCCT tuh. memang jelas dan nyata muka tak sabar dan excited masing-masing ya, sampai makan pun tak mahu konon tak lalu. kononnya, taste bud dah tukar jadi taste bud orang Korea. HAHA. Alhamdulillah, dengan izin Allah, Allah mempermudahkan perjalanan kami ke sana. tiada announcement DELAY. agak gerun dan takut dan tak best juga kalau delay flight sebab sehari sebelumnya, seorang kawan dari Brunei pun ke Korea, katanya delay sampai dua jam. akibatnya, nanti sampai di Airport tak macam serabut dan kelaut memandangkan segala public transport dan subway tutup pada pukul 11.00 malam waktu Korea kecuali Taxi Limousine. ye, bakal berlaku pembaziran ye disitu kalau naik taxi secara emergency ke Seoul. jangan tak tahu, perjalanan ke Seoul dari Incheon International Airport memakan masa 1 jam menaikkan subway, dan 1 jam lebih menaikki kenderaan darat. maka, kalau sampai di airport selepas pukul 11.00 malam, sila bentang comforter di lantai airport. jangan risau, tiada polis atau pak guard pegang chotti nak marah di Incheon Airport. no wonder, Incheon Airport is one of the best airport in the world kan? 

The Arrival punya cerita


setelah puas pejam celik pejam celik berkali-kali tapi tak sampai-sampai, kacau-kacau orang tidur, main game, makan minum makan minum, kehulur kehilir snap gambar sana sini, dan bergossip akhirnya, kitorang sampai juga di Incheon International Airport. marvellous! Airport yang sungguh memberangsangkan. sampai-sampai airport, dah kena jalan punyalah jauh memandangkan airport dia besar berlipat-lipat kali ganda dari KLIA. macam trend Korea-lah, banyak tangga dan escalator. cukup hanya sekadar marathon dalam sesakan manusia, dah boleh buat kita berpeluk macam pusing satu kampung. memang memenatkan tapi best. nak ke immigration clearance, kena naik train macam dekat KLIA. tiba-tiba rasa bersyukur dan bangga dengan train KLIA, Malaysia. sangat efisien, laju dan frekuensi kekerapan pun cepat kalau nak compare dengan di Incheon Airport. train datang lambat, kecil, memanglah kene sumbat macam roti sardin. ujian Allah yang pertama. berkat sabar di celah-celah lautan ketiak manusia yang tinggi-tinggi, kitorang berjaya juga sampai di immigration clearance. 

dekat area ni, memang tak boleh snap gambar. kalau snap gambar, dia rampas camera atau video atau handphone canggih manggih anda, kena marah dengan dasyatnya, dan device-device berteknologi anda memanglah pergi tak kembali. so, jangan buat hal memalukan nama baik negara Malaysia dan ikut peraturan. memang besar-besar tertampang dekat pintu clearance tu ada gambar camera with pangkah merah. ikut saja. clearance di Incheon Airport, pada saya, adalah yang termudah, terlancar dan tercepat pernah saya hadapi. tiada masalah. apatah lagi nak compare dengan di Medan, kan? HAHA. jangan lupa lepas dia pulangkan passport cakap "kamsahamida"  kalau kauorang bernasib baik nanti dia jawab balik, "sama-sama" okey, masa tu muka bangga campur rasa annoying gila. HAHA. lepastu kena turun escalator lagi, dan terus meluru ambil bag dekat tempat yang pusing-pusing tu. my hate-st part bila travelling. saya mempunyai kekerapan tinggi untuk tersalah ambil bag. mujur, sebelum pergi haritu, abah dah letak reben kuning siap-siap. okey, itu beg saya. HAHA!

bermulalah pengembaraan sesuka hati secara berjemaah sendiri kami.

perjalanan di mulakan dari Incheon International Airport ke hostel kami yang terletak di Chungjeongno, kira-kira 1 jam dari Airport dengan menaiki AREX Korail. mudah, selamat, condusive dan best. jauh gila kalau nak di-compare dengan keretapi-keretapi elektrik di Malaysia. accuracy timing mereka pun jauh lagi accurate kalau nak dibandingkan dengan LRT di Malaysia, apatah lagi KTM kan? tiada istilah delay. kalau dia kata train sampai pukul 10.54 p.m. 10.54 pm lah dia sampai. terbaik. tak macam orang gila kami berlari bergegas ke station Korail yang terletak agak jauh di Underground Floor di Incheon Airport. ikut saja signboard ke arah subway, pasti sampai sebab kitorang berpandukan signboard tu saja, memandangkan tak cukup tangan nak buka notebook atau apa. nak snap gambar pun tak sempat. alahai.

*picture by google image*
dari arrival hall, keluar-keluar saja dari arrival hall, kalau nak ke AREX railroad station, korang ikut je signboard Airport Railroad. Airport Railroad ni dekat Underground Level. kalau tak silap saya lah,
dari Arrival Hall, belok ke kanan lepastu, straight sikit pergi ke escalator untuk turun bawah dekat belah kiri kauorang. lepastu terus je ikut signboard ni.nanti sampai. station memang agak tersorok.

*picture by google image*
so, bila  kauorang dah ikut signboard-signboard tu dengan betul, akhirnya kauorang akan jumpalah station seperti di atas ni. di sebelah kiri anda dekat tempat nak slide T-Money tu ada information counter, boleh minta ahjussi kat situ peta subway kertas kecik comel sangat handy. sangat berguna okey. kitorang haritu sampai koyak rabak kertas tu. HAHA

*click gambar untuk besarkan biar nampak jelas*
ni lah map paling latest untuk Metro Korea Subway. fyi, ada 14 line yang berbeza ye di subway. don't worry, each line present different colour. so, jangan tersalah colour :)

kauorang boleh check dekat website https://www.seoulmetro.co.kr/station/eng/linemap.action untuk interactive map di atas. sangat interactive dan menarik sangat. dari map ni, kita bolehlah buat macam budget-budget, planning-planning jalan sebab map ni boleh tunjukkan dari satu station ke satu station tu berapa harga tiket T-money. memang best. dan membantu.

so, lepas kitorang dah berjaya naik train, kitorang rasa lega gila. peluh-peluh sampai basah ketiak baju segalanya kering sebab dalam train tu memang full econ yang kuat gila sampai tiba-tiba rasa nak berangan pakai winter coat pula. memandangkan ketika itu jam dah menunjukkan hampir pukul 10 malam, dalam train tu agak lengang. ada beberapa orang Korea saja. semua pegang smartphone masing-masing. diulangi, semua smartphone. semuanya touch-touchscreen ya, tiada bunyi ketak-ketak butang handphone untuk message-me-message. perjalanan kami ke Bangrang Hostel yang terletak di Chungjeong-no Station Line 2 (Green Line) memakan masa 55 minit. actually sejam lebih juga lah, campur tukar train dekat Hongik Univ Station, lepas tu, lari-lari anak segala bagai. HAHA. dalam train, memang full wireless tapi sayangnya, lupa nak apply for 5000 won untuk seminggu dekat Airport.  kalau sehari 1000 won kot kalau tak silap. tapi, internet dia memang laju berdesap. memang berdesap. dan akhirnya, setelah kitorang bertukar train bagai, dan perjalanan lancar Alhamdulillah tak ada tersesat atau terlepas station dan sebagainya, kitorang pun sampailah di Bangrang Hostel. muka semua dah exhausted gila. actually, muka exhausted dan lapar dan mengantuk tapi excited gila sampai sayang nak tidur. HAHA. sampai-sampai sahaja dekat Chungjeong-no Station tu, ke arah hostel semua tercengang, jalan berbukit-bukau ya. memang memenatkan. jangan hairan, sebab dekat Korea memang jalan-jalan dia bukit-bukau yang memang cerun-cerun. sebulan dekat Korea, confirm kurus. HAHA!

dan perjalanan kitorang untuk hari pertama di Korea berhenti di situ. semua dah tak larat. sempat jugalah malam tu pusing-pusing jalan-jalan kaki di sekitar hostel kitorang. tapi agak seram gaklah actually sebab tepi-tepi tu banyak bar. banyak orang mabuk-mabuk. tapi, menurut owner hostel kitorang, Mr. Seung, orang-orang mabuk dekat Korea, kalau mabuk tak kacau orang lain yang tak berkaitan. tapi kitorang cuak jugalah, kot-kotlah kena serang. nak-nak kitorang ni bertudung, kang diorang macam pelik kang, kacau kitorang. buat malu negara tercinta saja. =___________________________________________=

alang-alang ni, saya nak share sekali lah budget & travel planning yang telah saya buat sebelum pergi kelmarin. Alhamdulillah, dengan adanya planning macam ni, perjalanan kami mudah. tak perlu terpinga-pinga nak pergi tu pergi ni nak lalu mana apa semua. cool kan? :)

okey, dear readers boleh download di bawah ni. sekadar berkongsi. mana tahu, bermanfaat untuk kauorang semua. kalau ada apa-apa soalan atau kemusykilan, atau nak tanya macam-macam, no problem just gimmi a BUZZ then introduce yourself, dekat YM saya, aiza_89 atau facebook pun boleh :)

Korea Backpacking Rough Itinerary & Planning

Korea Backpacking Rough Budget

tak larat menulis lagi. asyik terbantut saja. kita bersambung ke Part II nanti. InsyaAllah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...