entri kali ini bukan entri berunsur tidak puas hati
atau nak menunjukkan emo atau marah
tetapi, ini kisah hati dan realiti
yes, it's me. totally it's me
that fat girl, yang dulu kurus sekarang gemuk tu?
ya, saya gemuk. saya mengaku. saya gemuk. saya tidaklah secantik dahulu (ops, dulu cantik ke? perasan.menyampah.okbai). bukan nak angkat bakul, heret bakul sendiri, tapi saya akui penampilan saya dulu, jauh lebih menarik dari sekarang. jauhlah. jauh. macam dalam iklan turunkan berat badan kat tv-tv tu. sebelum dan selepas.tahu? bezanya, kalau iklan dalam tv tu, sebelum gemuk selepas kurus. terbalik dengan saya, sebelum kurus, selepas gemuk. terima kasih.
kauorang pernah hadapi situasi ini ?
si makcik A : ek eh, cik blabla. lama tak jumpa!
si makcik B : haah lah lama tak jumpa! kau apa khabar sekarang?
si makcik A : biasa-biasa jelah. eh, ini siapa. anak kau ke cik blabla?
si makcik B : haah.anak aku yang nomo tiga.
si makcik A : dah kahwin ke belum ni? belajar ke kerja?
si makcik B : eh, belum lagi. baru habis belajar ni ha. kejap lagi sambung belajar lagi katanya
si makcik A : eh, belum kahwin lagi badan dah melebar ni ha. londeh sana sini. jagalah badan sikit !
si makcik A dan si anak hanya tersenyum tawarlah juga. =___________________='
tapi perasaan si anak? hanya Allah sahaja yang tahu. tahu tak?
situasi kedua
minah A : alah, aku dah gemuklah.tengok ni pipi aku ni (padahal kurus kering macam lidi.tatahulah gemuk apa tahnya)
minah B : kau gemuk apanya. tak gemuk pun (dalam hati si minah B, sedihnya aku.nak perli aku ke apa. aku gemuk ni)
minah A : cuba kau tengok pipi aku ni. tengok. tembam. tak suka. buruknya kalau pipi tembam! oh gosh, huduhnya aku
dan kemudian, minah B membelek-belek pipi sendiri. aku tembam. aku huduhlah? sedihnya.
apa agaknya perasaan minah B itu ?
saya ada sebab kenapa saya begini.
SAYA SAKIT
tiga tahun kebelakangan ini
SAYA SAKIT
disebabkan sakit, saya makan ubat. semorang tahu kan kalau sakit makan ubat? ha, bagus kalau tahu.kalau tatahu nanti saya bagi ubat.kaw-kaw punya nanti effect sama dapat macam saya sekarang dapat. tahniah. takut kan nak berubat dengan saya? hey please. trust me, im a future doctor,hokey! (boleh lempang sekarang budak ni sebab terlalu naik sheikh poyo dia.mengarutlah). so, sebab saya sakit, saya makan ubat. unfortunately-nya, saya diberi ubat yang orang kata tak secocoklah dengan saya. tak ngam dengan badan. kebiasaanya, saya makan ubat sekian sekian. tetapi memandangkan selama tiga tahun tu saya tak berubat di Malaysia, dan berubat di sana. alah, sana. tempat saya belajar tu. maka, terdapatlah perubahan dari segi pengambilan ubat. nak-nak, sekali saya sakit, dia bagi ubat paling kaw kaw punya. i guess, medical student tahu ubat apa, memandangkan ubat ni popular sebagai "King of Medicine".
dan disebabkan "King of Medicine" itulah, saya mengalami beberapa perubahan yang ketara. salah satunya paling paling ketara adalah inilah. lemak sana sini seperti mana yang kauorang tengok saya. ya, dulu saya tiaada pipi yang montel. sekarang ada. dulu saya ada pinggang okey-okey size. sekarang saya ada pinggang lebar. dulu saya ada thights yang power sebab saya ahli taekwondo kerjanya suka tendang-tendang, sekarang saya ada drumstick macam peha ayam saiz jumbo punya.
agak-agak kauorang, saya suka tak benda-benda ni jadi macam ni?
"so try put yourself in others shoes. cuba rasa apa yang saya rasa.agak-agak, mahu?"
pernah dengar Cushing's Syndrome ?
okey cuba google apa tu Cushing's Syndrome.
then, after that, kauorang dapatlah jawapan ubat apa saya makan, dan kenapa saya jadi begini.
taraaaa. belajar Medicine senangkan?
HA HA HA HA
kalaulah dalam exam boleh ber-google, jangankan Medicine, semua course pun senang
macam tu, google jelah sorang-sorang pandai dalam dunia ni!
HA HA HA HA
HA HA HA HA
gile tak kelakar. pffff.
so, yes. i've that syndrome. it's Cushing's Syndrome
so, disebabkan saya dijangkakan ada sindrom ini oleh doktor saya consult dulu
saya mempunya tanda-tanda ini
walaupun belumlah teruk, sebab berjaya tempis awal-awal
tapi, at least, hampir 90% saya ada tanda-tanda ni
dan salah satunya, adalah GEMUK
so, bagi beberapa masyarakat yang tiada sopan-santun tu.
terima kasihlah sebab selalu buat saya menitis air mata bila dengar kata-kata kurang sedap didengar tu
tapi, saya tak kisah pun.cuma yelah, hati perempuan
tergurislah juga.
BUT
as long as orang-orang yang memahami dan tersayang saya kata, "it's okey"
Mr.doctor pun kata it's okey.so okeylah.
yerp. i'll be okey.
so, SAYA TAK GEMUK
saya cuma TAK SIHAT
oh satu lagi
"i hate when somebody thinner than me said that he/she is fat"
please, put yourself in others shoes. tolonglah jaga perasaan orang-orang disekeliling anda.
tak semua ada hati yang kebal. ada juga hati ada taman.
oleh itu, marilah kita berbudi bahasa, menjaga perasaan antara satu sama lain
tak salah GEMUK kan?
:)
Allah bukan tengok kita gemuk ke kurus, cantik ke tidak. Allah tengok amal dan iman kita.
itu yang penting sekali
noktah












2 comments:
Pedulikan kata manusia2 yg tak reti jg ati org tu, aiza. bila k.su bc coretan aiza ni, k.su pun pernah alami..hi3 aiza byg, mula k.su posting cni..dlm 55kg..la ni duk 65,64,63kg..bila lik kg, org tegur..tp k.su jawab..biasalah, ai senang ati. aritu k.su de dgr kakak opis bgtau de org kata dia gemuk. dia ckp kat k.su, akak gemuk pun su takde akak mintak dorang tu bg makan akak. k.su t'pk..betul jgk pe kakak tu ckp.lain kali kalau de org kata k.su gemuk lg..k.su nak jwb mcm tu jugaklah.hi3 cuba aiza tgk gambar3 k.su..tembam,kan? tp k.su tak kisahlah..kiter comel apa..ha3 (perasan jgk)..aiza jgn sedey2 ek..
haha.tula kak. kalau la org fhm kan. rasa macam org yang kutuk2 tu kan, nak je sumbat steroid sorang satu. n cuba rasa ape aiza rasa. baru kau tahu mcm mana. HAHA. kak su, dont worry. kita makhluk2 yg comel :) we have to proud to be ourself ;)
Post a Comment