Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO Universal Studio, Singapore - Part 4 (makan & minum macam mana?halal?mahal atau murah?) | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Monday, August 01, 2011

Home » , , , , , » Universal Studio, Singapore - Part 4 (makan & minum macam mana?halal?mahal atau murah?)

Universal Studio, Singapore - Part 4 (makan & minum macam mana?halal?mahal atau murah?)

salam ukhuwah,

orang cakap, kalau masuk Singapore ni macam masuk negara barat. ada yang berpendapat agak susah juga sebenarnya nak makan-makan di Singapore. lainlah kalau kita pergi memang kedai mamak ke, kedai orang Melayu Singapore, memanglah halalkan. in term of secara internationally-nya, di Singapore macam susah sikit nak tahu halal atau tak, unless memang terpampang besar logo halal, Alhamdulillah, boleh melantak. 

*picture by-google image*
logo halal Singapore. so, kalau nampak restoran atau cafe ada logo ni, it shouldnt be a problem. tapi bukan logo halal yang ha lam lam takde tulis papa tu ye. =='

selain dari isu halal/haram di Singapore yang agak susah mungkin, tapi tidaklah sesusah kita berada di negara barat, satu lagi perkara yang payah bab makan minum di Universal Studio, Singapore adalah harganya. ya, saya tak menafikan harganya agak berharga ya, memandangkan mata wang di Singapore double dari duit kita. so, agak pricy sikitlah. tapi, tak apa. kalau lapar punya pasal, memang belasah sajalah kan dari perut kosong. haha. kalau cara saya, dah malas sangat nak fikir-fikir, sebab kalau kita convert duit kita memang sakit hati and tak beranilah nak belikan, maka saya just anggap jelah tu macam duit Malaysia. katakan $.2.50 saya buat-buat pretend jelah $2.50 sama dengan RM2.50. HHAHAHA padahal sebenarnya dah hampir RM8 kot ! HAHAHA

*picture by-google image*
jangan lupa dapatkan map ini di entrance Universal Studio, Singapore sebelum menjelajah seluruh tempat!

okey, entri kali ni, saya nak kongsilah pengalaman pasal makan-makan dekat Universal Studio,Singapore.  okey, kalau kauorang datang ke Universal Studio, Singapore tu, first-first thing kauorang kena ambil adalah map dia. WAJIB. so, kalau kauorang tengok dalam map tu, kauorang akan lihat semua benda pun dia ada letakkan dalam map tu.unfortunately, ada satu je dia tak tunjuk dalam map tu. bilik solat. ==' jangan risau untuk mendapatkan kedai makan yang halal untuk dimakan. dalam map tu ada dia catatkan disana beberapa restoran atau cafe yang tersedia makanan halal beserta dengan logo Halal Singapore. antara restoran-restoran atau cafe yang dikenal pasti terdapat logo Halal Singapore di Universal Studio, Singapore adalah *sila refer gambar-gambar di bawah*

*picture by-google image*
Goldilocks Restaurant di Far Far Away Castle.
 kedai ni semacam jual ayam-ayam goreng jelah. macam KFC, Mcdonalds macam tu.boleh lah kalau nak makan-makan ringan. harga beratlah.HAHA.

*picture by-google image*
Friar's Restaurant di Far Far Away Castle
okey, kedai ni pula lebih kepada sandwishes and potato chips. yerp, again. makanan ringan. hee!

*picture by-google image*
Marty's Casa De Wild Restaurant di Madagascar
haa, kat sini ada jual nasi bersama dengan roasted chicken. berbaloi berbaloi!

*picture by-google image*
Celebrity Cafe & Bakery di Hollywood City
yang ni kedai roti. ada kawan saya cakap roti dekat kedai ni sedap! cubalah. tapi, saya rasa Paris Baquette lagi sedap kot! HAHAHA

*picture by-google image*
Mel's Drive In Restaurant at Hollywood City
yang ni pun macam gaya-gaya makanan ringan. macam burgey, fries macam tu
macam kat Hollywood tuuuuu? HAHA

*picture by-google image*
Oasis Spice Cafe, Ancient City
ha, sewaktu saya ke Universal Studio, Singapore haritu, saya makan disinilah. taste good, awesome, banyak and berbaloi! bagi peminat makanan Arab macam saya ni, memang menjilat jari lah. HAHAHA

ini cerita dari pengalaman saya 

waktu saya dan kawan-kawan saya ke Universal Studio, Singapore haritu, saya makan di Oasis Spice Cafe, di Ancienty city, betul-betul opposite dengan piramid yang ada dua guard tinggi hitam tu. langsung terjah saja kedai makan ni selepas melihat-lihat map, sebab masing-masing perut bunyi dah krak krokk, krak krokk, lapar gila. nak-nak masing-masing baru lepas kena blender, naik Human Vs Cylon Roller Coaster, memang terbaik. so far, makanannya sedap. nama pun Oasis Spice, mestilah makanan sajian timur tengah. my favourite. harga dalam lingkungan 12$ - 30$ per set. 

ni lah set yang kitorang ada haritu. dia ada 5 sets kesemuanya. ada vegetarian set, ada kambing's set. HAHA. daging kambing la. ada ayam set. macam-macam lah. yang saya order ni nama dia King Tut's set. daging kambing sedappp! tapi yang dalam mangkuk tu tak termasuk dalam set King Tut okey. yang tu soto ayam Indonesia. macam Medan. =='
harga King Tut's set kalau tak silap saya $12

yang ni soto ayam. saya tak ingat harga dia. HAHA! tak recommended. makan dekat kantin USU pun lagi sedap dari kat kedai ni. HAHAHA

yang nil kawan saya punya set. pakai ayam. nasi beriyani beras panjang-panjang memang mengingatkan saya makan nasi beriyani masa dekat dalam flight Gulf Air dulu and dekat Bahrain.yummi! Nasi Beriyani ni akan disajikan dengan macam roti canai, papadom, ada dalca, ayam bakar, and dessert arab, yang macam puding gandum + susu tu.sedaaaaaaaaaaaaaaaaaap!!

ni tak ada kerja, mulut mengunyah, tangan men-snap gambar-gambar tah ape ape. 

interior kedai makan ni cantik sangat. suka suka. macam makan dekat Arab. oh i miss all the days masa pergi Timur Tengah dulu.

tips-tips lain, tambahan okey.

bawa bekal boleh tak?

selain itu juga, saya rasa tak menjadi masalah pun kalau kauorang nak bawa bekal siap-siap sebab masa saya pergi dulu, saya bawa bagpack, tak pula dia cek dalam tu ada sarang tikus ke apa ke, bom ke. saya tak perasan pula ada sensor ke apa, tapi yang penting, memang beg saya tak di-check. saya pernah membaca beberapa blog yang mengatakan, diorang bawa bekal ke Universal Studio, tiada masalah! HAHA!

saya tanak makan, tapi saya haus selalu.takkan asyik-asyik nak beli air?

oh, jangan risau. dekat sekitar Universal Studio, Singapore berlambak water cooler yang macam paip kita tadak mulut je tu. air sejuuuuuuuk. jangan risau. sistem air di Singapore bukan macam dekat negara kita. diorang bersih. so, boleh saja nak berhenti minum air dekat singki tu, atau bawa botol air siap-siap, nanti tinggal top-up air masak je. saya menyarankan kauorang banyakkan minum air masak, dari air manis-manis sebab panas terik kat dalam Universal Studio, Singapore tu memang menghauskan!

*picture by-google image*
ha, benda alah ni bersepah dekat sekitar Universal Studio. kita boleh dongak, dan minum terus, atau top up air dalam botol air kita. sejuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuukk!! so no problem

dekat tepi-tepi jalan sepanjang di Universal Studio, Singapore juga disediakan gerai-gerai yang menjual air dan aiskrim serta makanan-makanan ringan, kalau tanak masuk restoran-restoran mana-mana. bicarbonated drinks, atau air gas macam coca-cola, pepsi, 100 plus dan sebagainya, di jual dalam bekas air yang gila besar, memang jumbo punyalah dengan harga $3 kalau tak silap saya. ke $4. tapi, kemudiannya, jangan dibuang bekas air tu sebab nanti kita boleh gunakan lagi untuk me-refill air semula dengan harga $2. murahkan? *sebenarnya mahal pun* HAHAHAHA

*picture by-google image*
botol air dia memang besar gabak. memang kembung minum air sahaja. terima kasih

tips-tips lain?
  • no heels, no wedges, no flip-flop. use sport shoes, sneakers atau selipar jepun sahaja sebab kaki memang melenguhkan sehari suntuk pusing satu Universal Studio. percayalah. saya dan kawan-kawan lain, balik dari Universal Studio semua kayak kakek-kakek (nenek-nenek) sebab sakit kaki. itulah, main tak hingat. bayangkan dari pukul 10.00 pagi - 10.00 malam non-stop? 
  • bawa payung, bawa spek hitam, bawa topi atau apa-apa yang melindungi anda dari sinaran matahari. pakai sunblock! kepanasan di Singapore memang bahang sikit dari tempat kita walaupun duduk sebelah-sebelah sebab diorang tak banyak pokok-pokok, so memang panas and bahang gila. memang berpeluh. =='
  • tempat solat memang tak disediakan, tapi menurut kawan saya, kita boleh solat di bahagian depan dekat entrance Universal Studio, Singapore tu. ada satu ruang tu dalam dia ada bilik, biasanya orang sembahyang dekat situ. Wallahualam. kalau tak pun, boleh je sembahyang dekat tepi-tepi tu yang terlindung sikit dari orang ramai. Solat tak kenal tempat kan?

so, itu saja untuk trip Universal Studio, Singapore saya. semoga entri-entri yang panjang lebar semuanya ni membantu kauorang semua okey! ;)

10 comments:

  1. Info yang berguna:-) cadangnya nak gi sana bulan 3 taun depan. aritu AA wat promosi tiket ke johor. kalau jadi p s'pore, k.su tanya kat aiza, ek.

    ReplyDelete
  2. haah kak su. better turun jb je tak perlu tido Singapore. mahal sgt tidur singapore. hostel saje, dah seratus lebih satu malam.tu yg hostel kongsi ramai2 tau.mahal2. makan pn mahal. so better duduk aman2 dekat Tunehotels. pagi2 bangun trus g USS sampai malam. best :) oh ye kak su, skrg tgh promotion tiket rm500-rm600 pergi Korea! :)

    ReplyDelete
  3. aiza nak gi lagi korea?? wahhhh..k.su last jenjalan bln 3 taun depan (g johor @ kl jd g spore gak)..sebab..selepas cuti sek bulan 3 tu..k.su de projek besarrrrrr punyalah dik:-) perlu korbankan $+masa+komitmen. aduyaaaa...:-)

    ReplyDelete
  4. insyaAllah lah kak su. mcm nak pergi lagi sbab tak puas la pergi aritu. best sgt kt sana. tp tula, next year dh start clinical year. tak sure plak bila ada kesempatan nk p. haha ;)

    ReplyDelete
  5. saya akan k USS juga bulan depan. seronok saya bace, banyak info yg sgt berguna. sy pun dh purchase ticket tune hotel danga dekat groupon. 1 malam 41 ringgit alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Berapa lama Aiza spend masa kat USS? Main semua benda?

    ReplyDelete
  7. Princess M : amacam Universal Studio? best tak? heee. maaf, lambat reply :)

    Muhd Hafiz : masa aiza pergi aritu kan, mmg baru nak mula bukak. sampai sana dalam kul 10. alhamdulillah, kalo dah purchase tiket online, dah tak jadi masalah dh. tak yah beratur panjang2 membazir masa. trus leh main sampai kul 10 malam. kira dari 10 pagi sampai 10 malam tu Alhamdulilah, semua tempat dapat try except yg roller coaster besar tu sbab aiza tak de upaya nak naik. aiza tak boleh nek, ada hypotension. hee.tp member2 sume naik. so, basically, untuk the whole activities, mmg sempat cuma kene pandai manage time lah, sbab ada tempat tu ada waktu show tertentu kan, just dont miss up! ;)

    ReplyDelete
  8. bagus betul info yg ko letak dlm ni..tima kasih bnyk..lain kali kalau bercuti kat mana2 lagi letak info mcm entry ni yer..bagussss

    ReplyDelete
  9. HazlisaNoor : thanks sebab sudi membaca. should write more on my trip in further. cuma masa tak mengizinkan. insyaAllah akan update slow slow. hahaha. stay tune! ;)

    ReplyDelete
  10. wah nice info
    halal murah, klop tenan
    thanks sob infonya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...