Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO August 2011 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Sunday, August 21, 2011

yes,im fat.i've reason why.

salam ukhuwah,

entri kali ini bukan entri berunsur tidak puas hati
atau nak menunjukkan emo atau marah
tetapi, ini kisah hati dan realiti
yes, it's me. totally it's me
that fat girl, yang dulu kurus sekarang gemuk tu?

ya, saya gemuk. saya mengaku. saya gemuk. saya tidaklah secantik dahulu (ops, dulu cantik ke? perasan.menyampah.okbai). bukan nak angkat bakul, heret bakul sendiri, tapi saya akui penampilan saya dulu, jauh lebih menarik dari sekarang. jauhlah. jauh. macam dalam iklan turunkan berat badan kat tv-tv tu. sebelum dan selepas.tahu? bezanya, kalau iklan dalam tv tu, sebelum gemuk selepas kurus. terbalik dengan saya, sebelum kurus, selepas gemuk. terima kasih.

kauorang pernah hadapi situasi ini ?

si makcik A : ek eh, cik blabla. lama tak jumpa!
si makcik B : haah lah lama tak jumpa! kau apa khabar sekarang?
si makcik A : biasa-biasa jelah. eh, ini siapa. anak kau ke cik blabla?
si makcik B : haah.anak aku yang nomo tiga. 
si makcik A : dah kahwin ke belum ni? belajar ke kerja?
si makcik B : eh, belum lagi. baru habis belajar ni ha. kejap lagi sambung belajar lagi katanya
si makcik A : eh, belum kahwin lagi badan dah melebar ni ha. londeh sana sini. jagalah badan sikit !

si makcik A dan si anak hanya tersenyum tawarlah juga. =___________________='

tapi perasaan si anak? hanya Allah sahaja yang tahu. tahu tak?

situasi kedua

minah A : alah, aku dah gemuklah.tengok ni pipi aku ni (padahal kurus kering macam lidi.tatahulah gemuk apa tahnya)
minah B   : kau gemuk apanya. tak gemuk pun (dalam hati si minah B, sedihnya aku.nak perli aku ke apa. aku gemuk ni)
minah A  : cuba kau tengok pipi aku ni. tengok. tembam. tak suka. buruknya kalau pipi tembam! oh gosh, huduhnya aku

dan kemudian, minah B membelek-belek pipi sendiri. aku tembam. aku huduhlah? sedihnya. 

apa agaknya perasaan minah B itu ?

saya ada sebab kenapa saya begini. 
SAYA SAKIT
tiga tahun kebelakangan ini 
SAYA SAKIT

disebabkan sakit, saya makan ubat. semorang tahu kan kalau sakit makan ubat? ha, bagus kalau tahu.kalau tatahu nanti saya bagi ubat.kaw-kaw punya nanti effect sama dapat macam saya sekarang dapat. tahniah. takut kan nak berubat dengan saya? hey please. trust me, im a future doctor,hokey! (boleh lempang sekarang budak ni sebab terlalu naik sheikh poyo dia.mengarutlah). so, sebab saya sakit, saya makan ubat. unfortunately-nya, saya diberi ubat yang orang kata tak secocoklah dengan saya. tak ngam dengan badan. kebiasaanya, saya makan ubat sekian sekian. tetapi memandangkan selama tiga tahun tu saya tak berubat di Malaysia, dan berubat di sana. alah, sana. tempat saya belajar tu. maka, terdapatlah perubahan dari segi pengambilan ubat. nak-nak, sekali saya sakit, dia bagi ubat paling kaw kaw punya. i guess, medical student tahu ubat apa, memandangkan ubat ni popular sebagai "King of Medicine". 

dan disebabkan "King of Medicine" itulah, saya mengalami beberapa perubahan yang ketara. salah satunya paling paling ketara adalah inilah. lemak sana sini seperti mana yang kauorang tengok saya. ya, dulu saya tiaada pipi yang montel. sekarang ada. dulu saya ada pinggang okey-okey size. sekarang saya ada pinggang lebar. dulu saya ada thights yang power sebab saya ahli taekwondo kerjanya suka tendang-tendang, sekarang saya ada drumstick macam peha ayam saiz jumbo punya.

agak-agak kauorang, saya suka tak benda-benda ni jadi macam ni?
"so try put yourself in others shoes. cuba rasa apa yang saya rasa.agak-agak, mahu?"

pernah dengar Cushing's Syndrome ?
okey cuba google apa tu Cushing's Syndrome. 
then, after that, kauorang dapatlah jawapan ubat apa saya makan, dan kenapa saya jadi begini.
taraaaa. belajar Medicine senangkan? 
HA HA HA HA
kalaulah dalam exam boleh ber-google, jangankan Medicine, semua course pun senang
macam tu, google jelah sorang-sorang pandai dalam dunia ni!
HA HA HA HA
gile tak kelakar. pffff.

so, yes. i've that syndrome. it's Cushing's Syndrome
so, disebabkan saya dijangkakan ada sindrom ini oleh doktor saya consult dulu
saya mempunya tanda-tanda ini
walaupun belumlah teruk, sebab berjaya tempis awal-awal
tapi, at least, hampir 90% saya ada tanda-tanda ni



dan salah satunya, adalah GEMUK
so, bagi beberapa masyarakat yang tiada sopan-santun tu.
terima kasihlah sebab selalu buat saya menitis air mata bila dengar kata-kata kurang sedap didengar tu
tapi, saya tak kisah pun.cuma yelah, hati perempuan
tergurislah juga.
BUT


as long as orang-orang yang memahami dan tersayang saya kata, "it's okey"
Mr.doctor pun kata it's okey.so okeylah.
yerp. i'll be okey. 



so, SAYA TAK GEMUK
saya cuma TAK SIHAT

oh satu lagi
"i hate when somebody thinner than me said that he/she is fat"

please, put yourself in others shoes. tolonglah jaga perasaan orang-orang disekeliling anda.
tak semua ada hati yang kebal. ada juga hati ada taman.
oleh itu, marilah kita berbudi bahasa, menjaga perasaan antara satu sama lain

tak salah GEMUK kan?
:)

Allah bukan tengok kita gemuk ke kurus, cantik ke tidak. Allah tengok amal dan iman kita. 
itu yang penting sekali
noktah




Monday, August 15, 2011

AirAsia X Promotion is back!

salam ukhuwah,
guess who's back ?
HAHAHAHAHAHA
inilah yang dinanti-nantikan. sangat-sangat dinantikan
India in April ? Is it possible ?
Yati Ain, i guess inilah masanya nak meneroka tanah kau pula!


as low as RM199 ! jangan  terlepas peluang! tapi, saya cakap awal-awal okey, this price is not including taxes, luggage, food blablabla. but, still for me, the price is affordable and murah okey. cuba belek-belek Airlines lain. i dont think so, you can get as low as this price. bawah 1k? harapanlah. HAHA

tapi, saya tak sure flight ke Jepun and Korea pun ada promotion gak. kalau ada promotion, mestilah akan ke Korea lagi seperti yang di-plan-kan. syiok wo!

unfortunately-nya,
tahun depan saya sudah start clinical year which is mean, i dont have any fix break.
so, agak payahlah ye nak decide nak pergi bercuti bila
HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
macam mana nak tempah tiket macam ni? 
*sabar sajalah ye*

so, korang, jangan lepaskan peluang untuk menjenguk tiket murah tepat jam 12.00 tengahari (GMT 8+) 
HARI INI !



Sunday, August 14, 2011

m o n o l o g . d a l a m a n

salam ukhuwah,

selalu kita berkongsi tentang travelling, backpacking kan?
kali ini tentang kisah saya.
yap. kisah saya. cerita saya.
tapi monolog dalaman saja.

saya terbaca di facebook dari seorang kawan. ala-ala stalk-ing lah juga. tapi ini, ter-stalk. tidak sengaja. dan disini saya ingin berkongsi bersama.

Question :
" Ustaz, kenapa ye hati perempuan ni kadang-kadang tiba-tiba je rasa sedih tanpa sebab. ada orang kata syaitan yang ganggu ! ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? kadang-kadang bila bangun pagi rasa sedih, kadang-kadang rasa macam rindu tapi tak tahu rindu pada siapa.

Answer from Ustaz Azhar Idrus :
perkara biasa. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS. HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR :)

perempuan pada saya makhluk yang istimewa
dikurniakan hati yang lembut, 
dan dikurniakan emosi untuk disenikan hati yang lembut tu
saya bukan nak bias dekat golongan perempuan saja
tak.tak.tak
tapi jujur, perempuan itu makhluk istimewa
dan lelaki yang mulia saja yang akan menghargai makhluk istimewa ini

dan saya harap, InsyaAllah
saya, makhluk istimewa ini akan mendapat lelaki mulia pilihan Allah
"lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
saya cuba untuk menjadi yang terbaik, lebih baik dari sekarang.

"Ya Allah,jika dia benar untukku kau dekatkanlah hatiku dengan hatinya.Dan jika dia bukan untukku damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu"
*i guess, in the age of 22, saya anggap love matter ni penting kan? tak macam zaman sekolah hingusan dulu*
saya dah dewasa rupanya.

and now, im waiting. dear Allah, guide me for the best.
im looking. waiting for him
present from Allah. :)

*positif Aiza. positif*

Tuesday, August 09, 2011

Citinn Hotel & Apartment, Sun Yat Sen, Medan- Part II

salam ukhuwah,

haritu sewaktu men-searching tentang Citinn Hotel ni, saya ada terjumpa beberapa video tentang Citinn Hotel. mungkin, video ni dapat memberikan pendedahan dengan lebih dekat dan lively berbanding gambar-gambar, kepada kauorang semua. semoga terhibur :)

Citi International Hotel Sun Yat Sen - Family Suite Part I
Citi International Hotel Sun Yat Sen - Family Suite Part I


Citi International Hotel Sun Yat Sen - Superior Room

Citi International Hotel Sun Yat Sen Medan Indonesia

 Welcome to Citi International Hotel Sun Yat Sen 

Welcome to Citi International Hotel Sun Yat Sen Part I


Welcome to Citi International Hotel Sun Yat Sen Part II

Welcome to Citi International Hotel Sun Yat Sen Part III

Welcome to Citi International Hotel Sun Yat Sen Part IV

Citinn Hotel & Apartment, Sun Yat Sen, Medan- Part I

salam ukhuwah,

kalau kita berjalan-jalan dalam suatu keluarga yang besar, menginap di hotel-hotel yang menyediakan penginapan bilik-bilik yang biasanya satu bilik tu untuk dua orang memang tak best. ditambah lagi kalau ada budak-budak kecil yang nakal-nakal, yang memang dalam usia puncak aktif, memanglah tak diam asyik berdentam-dentumlah pintu bilik hotel, sekejap pergi bilik sana sekejap pergi bilik sini. siap boleh main hide and seek. kadang-kadang, sampai naik malukan dengan jiran-jiran bilik sebelah dengan perangai budak-budak ni. nak marah salah. nama pun budak, memang tak makan saman. oleh itu, kalau ikut cara family saya, kami lebih selesa untuk menginap di serviced apartment, yang menyediakan dua tiga bilik beserta dapur dan ruang tamu. ha, kalau dalam apartment, lari lah kau keliling bilik tu, tak kacau bilik orang-orang sebelah. bagi kaum-kaum ibu pun mesti suka sebab bolehlah nak masak ringan-ringan di hotel.

maka, dengan itu, disini saya nak berkongsilah pengalaman saya bersama family tiga tahun lepas menginap di sebulan hotel yang menyediakan penginapan apartment yang sesuai untuk famili besar menginap. masa awal-awal saya mula belajar di Medan, disinilah famili saya menginap. so far so good. tapi macam biasalah, balance lah. ada pros and cons-nya juga. 

Citinn International - Jalan Sun Yat Sen, Medan

hotel berwarna biru ni terletak di kawasan yang sangat dekat dengan rumah saya duduk dulu.tak sampai 5 minit dah sampai. kalau saya masih di Medan, memang boleh saya jenguk-jenguk kauorang kalau ada yang datang Medan. tapi, unfortunately, saya dah pulang ke Malaysia. hotel yang terdiri dari 16 tingkat ni terletak di Jalan Sun Yat Sen, Medan di mana di sekitar Jalan Sun Yat Sen ni memang area chinese-chinese Medan. agak terpencil dan quite place. tapi jangan risau, lokasinya sangat dekat dengan tempat-tempat utama di sekitar bandar Medan. trust me. 

*picture by-google image*
dari bahagian luar hotel. 
depan hotel la senang cerita. HAHA. hotel ini nampak kecil je. tapi dalam besaaaaarr. banyak gila bilik besar-besar lak tu.

lobi hotel di bahagian bawah
hotel ini ada dua lobi. satu dibahagian bawah yang pertama-tama sekali kita nampak waktu sampai di hotel ini, and satu lagi lobi dekat tingkat atas

masa family saya datang ke Medan dulu, kami menempah apartment 3 bilik (Family suite). biasanya, kalau bilik-bilik besar yang ada 3 bilik atau 2 bilik, diletakkan di tingkat atas. macam kami dulu, kami menginap di tingkat 14 so bolehlah kalau nak tengok pemandangan sekitar bandar Medan secara luasnya. so, bila kauorang tengok bandar Medan dari atas, nantikan kauorang akan tengok susunan rumah dia macam dalam cerita Doraemon. padat-padat. macam dekat Jepun. HAHA! okey, sebelum saya menaip dengan pantas dan lebih panjang, mari lihat gambar-gambar hotel ini. :)

*picture by-google image*
area lobi atas dan cafe hotel. 
setiap penginapan disini disertakan dengan breakfast makanan Indonesia khasnya.

Sky Cafe
terletak di tingkat 16. kemudian dari sini kita akan naik ke bahagian loteng, di bahagia teratas hotel dengan menggunakan tangga kaca. haa, dari sinilah kita boleh lihat pemandangan sekitar bandar Medan dengan lebih jelas.

gambar-gambar bilik Family Suite (3 bilik tidur)

2 single beds yang comfort gila. 

bahagian ruang tamu yang minimal. disediakan meja makan dengan meja study. meja study? dia suruh kita belajar la kot. HAHA. 

dekat hotel ni, bilik semua dia letak tv dekat atas. kene dongaklah. kalau nak best, bentang toto atau comforter, terlentang tengok tv. HAHAHA

bilik tidur utama. katil queen yang comfort juga. bilik-bilik dia semuanya minimal, tapi sangat selesa. econ dia sejuk tatahan.=='


dari sudut lain bilik dengan katil queen

toilet bilik. hanya bilik pertama dan kedua saja toilet di dalam. yang satu lagi, toilet di luar.
masalah hotel ini adalah, bilik air dia transparent. pakai kaca, atau pun terbuka macam tu. free-show. tapi, disediakan curtain untuk tutup.masalahnya, mesti rasa insecure juga kan nak buat bissness? HAHAHA
saya tak merecommended-kan, kau orang tinggal di hotel ini jika menginap di bilik superior. kalau apartment okey, sorang nak guna toilet, yang lain keluar bilik duduk dekat ruang tamu. tu tak apa.

tengok tu, toilet dia tutup dengan curtain saja. tak ada pintu.

toilet di bilik utama. ada bathtub, disediakan toiletries. dont worry.bersih. cuma tu lah, pakai curtain. HAHA

toilet di bilik ketiga. bilik 2  single rooms

pandangan lain bilik ketiga. 2 single beds

bilik kedua. lebih kecil sedikit dari bilik utama tapi juga ditempatkan katil queen.

toilet di bilik kedua je mulia sikit sebab ada pintu. toilet bilik kedua, di luar bilik. masa saya tinggal di apartment ni, last-last semua orang pun guna toilet ni buat mandi sebab segan nak guna toilet free-show tu.HAHA.untuk budak-budak okeylah. senang nak monitor


living room Family Suite
dari sudut lain, kekiri ditempatkan toilet, kekanan ditempatkan bilik kedua, queen bed

pintu masuk apartment. don't worry, ada tempat letak kasut.taklah bersepah macam tu. HAHA

lagi gambar bilik ketiga. two single beds.

kemudahan yang disediakan di dalam bilik adalah :
  • air-conditioned room
  • Accessible Shower and/or Bathtub
  • bottled water
  • hot and cold water shower
  • touch door key card
  • television with remote control
  • room service

 kemudahan hotel yang disediakan adalah :

  • bottled water
  • car rental service
  • dining and shops
  • high technology system
  • in house movie channel
  • skycraper cafe
  • laundry
  • luggage storage
  • mini market
  • multi-lingual staff
  • computerized system door
  • fire detector
  • elevator
  • safety environment with CCTV monitored and 24 hours security operational
berapa harga satu malam hotel ni?

so, here's are there prices for each room. murah dan berpatutan. worth untuk yang datang dengan keluarga besar. 

Family Suite (1 bedroom apartment)
Bussiness Suite (2 bedroom apartment)
Family Suite (3 bedroom apartment)

dekat mana lokasi hotel ni?


  • 5 minit ke Thamrin Plaza (ada foodcourt disini di Tingkat 7, tempat saya selalu makan and study.sedap and halal. ada certificate halal. tu yang penting)
  • 5 minit ke Istana Maimon
  • 8-10 minit ke Amwalk (Merdeka Walk) dan Sun Plaza
  • 5-8 minit ke Pajak Ikan (tempat shopping utama, nak beli telekung, kain batik, sarung, dan sebagainya. INGAT, bukan pasar jual ikan tau! HAHA)
  • 5 minit ke Pajak Central, Medan Mall ( tempat shopping juga)
  • 30 minit ke Universitas Sumatera Utara
  • 10 minit ke Bandara Polonia, Medan (Polonia International Airport, Medan)
  • 10 minit ke Konsulat Malaysia
  • 5-10 minit ke rumah makan-rumah makan minang halal seperti rumah makan Garuda, rumah makan Simpang Tiga, rumah makan Ibunda, dan sebagainya.

Citi International Sun Yat Sen Medan,
 Jl. Sun Yat Sen No. 77
     North Sumatera, Indonesia
+62 61 7363479 ( Receiptionist ) / +62 61 7356855 ( Call to Room )
+62 61 7324857
citiinn@gmail.com

dear Anonymous

salam ukhuwah,

dear Anonymous,

blog ini adalah blog peribada aku
bukan blog kau, blog orang lain, atau blog siapa-siapa
it's mine. it's real mine. and it's always be mine
if you have any problem with me
just simply send me an email, and tell me what's the problem
oh ya, pada aku dengan menggunakan Anonymous
as your name appeared in every comments of my entries
then, tulis buruk-buruk macam-macam pasal aku
seolah-olah kau ni tahu bebenarlah life aku
OMG, kau memanglah PENAKUT

so, why not you introduce yourself. what's your name please?
what's your possition and relationship to me?
kita kenal ke. oh, kau tears-to-tears-partner ke?
so, just let introduce youself. Anonymous. omaigod.

i won't do anything. tak rasa apa-apa pun
tak tergugat apa-apa pun. 
the thing is, you make me annoyed with your Anonymous comments.
Allah knows everything. Allah knows who are you, and who am i
so, let Allah do the judgement, the punishment, or anything
*senyum, tak perlu kata apa-apa*

and again, i remind you
this is my personal blog. im free to write anything here
and yes, you free to jott down any comment here
but please, do not interrupt my life or get mess with my life with your 
bad-talks about ni in your comments. hey, tahu adab sopan tak?
kalau tak suka, just go. don't read. ramai lagi yg nak baca blog aku
jangan jaga tepi kain orang, nanti kain kau sendiri koyak orang tengok je.

sekian, terima kasih

salam sayang dari,
i am. 

Monday, August 01, 2011

again, 2 nights single room for RM0.28 only ! Thank you Tunehotels.com !

salam ukhuwah,

kenapa? tak percaya? PERCAYALAH! Alhamdulillah, mungkin ini dikatakan rezeki pada hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan. Thank you Allah. dengan tak sengaja, hari ini saya terbukalah website rasmi Tunehotels.com setelah membaca wall junior saya, Alex di Facebook. okey, ada Merdeka promotion, dimana bilik-bilik ada diskaun sehingga 50%. okeylah, saya tak merancang pun nak menempah mana-mana hotel di Tunehotels memandangkan belum ada plan mana-mana buat masa ini. so, macam biasa saya mencuba-try-test. tiba-tiba, eh? 14 sen satu malam di Tune Hotels, Penang? saya pun booked saja. 28 sen untuk dua malam, apalah sangatkan kalau tak pergi. HAHAHAHA.

masih tak percaya lagi?

inilah bukti pembelian saya di Tunehotels.com
tengok betul-betul harga disitu. memang MYR 0.28!
see, masuk toilet satu kali je sekarang dah 30 sen
apakan book bilik macam 5 star dengan harga MYR 0.28
memanglah TIDAK PERCAYAAAAAAAAAAAAAAAA!

tapi.tapi.tapi
PERCAYALAH!
ia memang benar!
apa tunggu lagi? rebutlah peluang
mungkin ini rezeki saya. esok-esok rezeki kauorang pula
InsyaAllah! :)

oh lupa, ini kali kedua saya mendapat harga yang berpatutan ni. sebelumnya, saya berjaya booking hotel di Tunehotels, Danga Bay, Johor Bahru dengan kadar yang sama. HAHAHA. sila lihat sini, http://aiza89.blogspot.com/2011/02/book-hotel-berharga-rm014-untuk-satu.html

Universal Studio, Singapore - Part 4 (makan & minum macam mana?halal?mahal atau murah?)

salam ukhuwah,

orang cakap, kalau masuk Singapore ni macam masuk negara barat. ada yang berpendapat agak susah juga sebenarnya nak makan-makan di Singapore. lainlah kalau kita pergi memang kedai mamak ke, kedai orang Melayu Singapore, memanglah halalkan. in term of secara internationally-nya, di Singapore macam susah sikit nak tahu halal atau tak, unless memang terpampang besar logo halal, Alhamdulillah, boleh melantak. 

*picture by-google image*
logo halal Singapore. so, kalau nampak restoran atau cafe ada logo ni, it shouldnt be a problem. tapi bukan logo halal yang ha lam lam takde tulis papa tu ye. =='

selain dari isu halal/haram di Singapore yang agak susah mungkin, tapi tidaklah sesusah kita berada di negara barat, satu lagi perkara yang payah bab makan minum di Universal Studio, Singapore adalah harganya. ya, saya tak menafikan harganya agak berharga ya, memandangkan mata wang di Singapore double dari duit kita. so, agak pricy sikitlah. tapi, tak apa. kalau lapar punya pasal, memang belasah sajalah kan dari perut kosong. haha. kalau cara saya, dah malas sangat nak fikir-fikir, sebab kalau kita convert duit kita memang sakit hati and tak beranilah nak belikan, maka saya just anggap jelah tu macam duit Malaysia. katakan $.2.50 saya buat-buat pretend jelah $2.50 sama dengan RM2.50. HHAHAHA padahal sebenarnya dah hampir RM8 kot ! HAHAHA

*picture by-google image*
jangan lupa dapatkan map ini di entrance Universal Studio, Singapore sebelum menjelajah seluruh tempat!

okey, entri kali ni, saya nak kongsilah pengalaman pasal makan-makan dekat Universal Studio,Singapore.  okey, kalau kauorang datang ke Universal Studio, Singapore tu, first-first thing kauorang kena ambil adalah map dia. WAJIB. so, kalau kauorang tengok dalam map tu, kauorang akan lihat semua benda pun dia ada letakkan dalam map tu.unfortunately, ada satu je dia tak tunjuk dalam map tu. bilik solat. ==' jangan risau untuk mendapatkan kedai makan yang halal untuk dimakan. dalam map tu ada dia catatkan disana beberapa restoran atau cafe yang tersedia makanan halal beserta dengan logo Halal Singapore. antara restoran-restoran atau cafe yang dikenal pasti terdapat logo Halal Singapore di Universal Studio, Singapore adalah *sila refer gambar-gambar di bawah*

*picture by-google image*
Goldilocks Restaurant di Far Far Away Castle.
 kedai ni semacam jual ayam-ayam goreng jelah. macam KFC, Mcdonalds macam tu.boleh lah kalau nak makan-makan ringan. harga beratlah.HAHA.

*picture by-google image*
Friar's Restaurant di Far Far Away Castle
okey, kedai ni pula lebih kepada sandwishes and potato chips. yerp, again. makanan ringan. hee!

*picture by-google image*
Marty's Casa De Wild Restaurant di Madagascar
haa, kat sini ada jual nasi bersama dengan roasted chicken. berbaloi berbaloi!

*picture by-google image*
Celebrity Cafe & Bakery di Hollywood City
yang ni kedai roti. ada kawan saya cakap roti dekat kedai ni sedap! cubalah. tapi, saya rasa Paris Baquette lagi sedap kot! HAHAHA

*picture by-google image*
Mel's Drive In Restaurant at Hollywood City
yang ni pun macam gaya-gaya makanan ringan. macam burgey, fries macam tu
macam kat Hollywood tuuuuu? HAHA

*picture by-google image*
Oasis Spice Cafe, Ancient City
ha, sewaktu saya ke Universal Studio, Singapore haritu, saya makan disinilah. taste good, awesome, banyak and berbaloi! bagi peminat makanan Arab macam saya ni, memang menjilat jari lah. HAHAHA

ini cerita dari pengalaman saya 

waktu saya dan kawan-kawan saya ke Universal Studio, Singapore haritu, saya makan di Oasis Spice Cafe, di Ancienty city, betul-betul opposite dengan piramid yang ada dua guard tinggi hitam tu. langsung terjah saja kedai makan ni selepas melihat-lihat map, sebab masing-masing perut bunyi dah krak krokk, krak krokk, lapar gila. nak-nak masing-masing baru lepas kena blender, naik Human Vs Cylon Roller Coaster, memang terbaik. so far, makanannya sedap. nama pun Oasis Spice, mestilah makanan sajian timur tengah. my favourite. harga dalam lingkungan 12$ - 30$ per set. 

ni lah set yang kitorang ada haritu. dia ada 5 sets kesemuanya. ada vegetarian set, ada kambing's set. HAHA. daging kambing la. ada ayam set. macam-macam lah. yang saya order ni nama dia King Tut's set. daging kambing sedappp! tapi yang dalam mangkuk tu tak termasuk dalam set King Tut okey. yang tu soto ayam Indonesia. macam Medan. =='
harga King Tut's set kalau tak silap saya $12

yang ni soto ayam. saya tak ingat harga dia. HAHA! tak recommended. makan dekat kantin USU pun lagi sedap dari kat kedai ni. HAHAHA

yang nil kawan saya punya set. pakai ayam. nasi beriyani beras panjang-panjang memang mengingatkan saya makan nasi beriyani masa dekat dalam flight Gulf Air dulu and dekat Bahrain.yummi! Nasi Beriyani ni akan disajikan dengan macam roti canai, papadom, ada dalca, ayam bakar, and dessert arab, yang macam puding gandum + susu tu.sedaaaaaaaaaaaaaaaaaap!!

ni tak ada kerja, mulut mengunyah, tangan men-snap gambar-gambar tah ape ape. 

interior kedai makan ni cantik sangat. suka suka. macam makan dekat Arab. oh i miss all the days masa pergi Timur Tengah dulu.

tips-tips lain, tambahan okey.

bawa bekal boleh tak?

selain itu juga, saya rasa tak menjadi masalah pun kalau kauorang nak bawa bekal siap-siap sebab masa saya pergi dulu, saya bawa bagpack, tak pula dia cek dalam tu ada sarang tikus ke apa ke, bom ke. saya tak perasan pula ada sensor ke apa, tapi yang penting, memang beg saya tak di-check. saya pernah membaca beberapa blog yang mengatakan, diorang bawa bekal ke Universal Studio, tiada masalah! HAHA!

saya tanak makan, tapi saya haus selalu.takkan asyik-asyik nak beli air?

oh, jangan risau. dekat sekitar Universal Studio, Singapore berlambak water cooler yang macam paip kita tadak mulut je tu. air sejuuuuuuuk. jangan risau. sistem air di Singapore bukan macam dekat negara kita. diorang bersih. so, boleh saja nak berhenti minum air dekat singki tu, atau bawa botol air siap-siap, nanti tinggal top-up air masak je. saya menyarankan kauorang banyakkan minum air masak, dari air manis-manis sebab panas terik kat dalam Universal Studio, Singapore tu memang menghauskan!

*picture by-google image*
ha, benda alah ni bersepah dekat sekitar Universal Studio. kita boleh dongak, dan minum terus, atau top up air dalam botol air kita. sejuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuukk!! so no problem

dekat tepi-tepi jalan sepanjang di Universal Studio, Singapore juga disediakan gerai-gerai yang menjual air dan aiskrim serta makanan-makanan ringan, kalau tanak masuk restoran-restoran mana-mana. bicarbonated drinks, atau air gas macam coca-cola, pepsi, 100 plus dan sebagainya, di jual dalam bekas air yang gila besar, memang jumbo punyalah dengan harga $3 kalau tak silap saya. ke $4. tapi, kemudiannya, jangan dibuang bekas air tu sebab nanti kita boleh gunakan lagi untuk me-refill air semula dengan harga $2. murahkan? *sebenarnya mahal pun* HAHAHAHA

*picture by-google image*
botol air dia memang besar gabak. memang kembung minum air sahaja. terima kasih

tips-tips lain?
  • no heels, no wedges, no flip-flop. use sport shoes, sneakers atau selipar jepun sahaja sebab kaki memang melenguhkan sehari suntuk pusing satu Universal Studio. percayalah. saya dan kawan-kawan lain, balik dari Universal Studio semua kayak kakek-kakek (nenek-nenek) sebab sakit kaki. itulah, main tak hingat. bayangkan dari pukul 10.00 pagi - 10.00 malam non-stop? 
  • bawa payung, bawa spek hitam, bawa topi atau apa-apa yang melindungi anda dari sinaran matahari. pakai sunblock! kepanasan di Singapore memang bahang sikit dari tempat kita walaupun duduk sebelah-sebelah sebab diorang tak banyak pokok-pokok, so memang panas and bahang gila. memang berpeluh. =='
  • tempat solat memang tak disediakan, tapi menurut kawan saya, kita boleh solat di bahagian depan dekat entrance Universal Studio, Singapore tu. ada satu ruang tu dalam dia ada bilik, biasanya orang sembahyang dekat situ. Wallahualam. kalau tak pun, boleh je sembahyang dekat tepi-tepi tu yang terlindung sikit dari orang ramai. Solat tak kenal tempat kan?

so, itu saja untuk trip Universal Studio, Singapore saya. semoga entri-entri yang panjang lebar semuanya ni membantu kauorang semua okey! ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...