Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO Universal Studio, Singapore - Part 1 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Saturday, July 30, 2011

Home » , , , , , , , » Universal Studio, Singapore - Part 1

Universal Studio, Singapore - Part 1

salam ukhuwah,

*picture from : google image*

kalau kauorang jenis yang sukakan cabaran, suka menjerit-jerit, suka memekik-mekik, sukakan ketinggian, sukakan digoncang-goncang, Universal Studio, Singapore memanglah tempat yang paling sesuai untuk kauorang. untuk orang-orang istimewa seperti saya, bukanlah tak sukakan cabaran, cuma kuranglah sikit sukakan ketinggian, sukakan goncang-goncangan, maka, Universal Studio, Singapore memanglah tempat yang sesuai untuk anda mengabadikan diri anda di dalam gambar yang cantik-cantik belaka ala-ala di oversea gitu. macam saya. dan golongan-golongan macam saya yang tak berapa nak main roller coaster bagai ni, mestilah jadi penunggu dekat bawah roller coaster jaga beg-beg ahli keluarga atau rakan-rakan anda yang sedang terpekik-pekik hillarious di atas roller coaster. sudah kau Aiza, merepek.


tips untuk ke Universal Studio, Singapore

seperti sedia maklumlahkan, Singapore merupakan satu bandar metropilitan yang memang sedaplah untuk menabur duit. mana taknya, segalanya di sana adalah dua kali ganda mahal dari negara kita. sebagai contoh, air mineral. memang di tanda harga air mineral yang dijual di Singapore bertanda $1.00, samalah macam di negara kita, RM1.00 tapi nilainya berbeza. di mana $1.00 Singapore = RM2.40. kan mahal tu, betul tak? so, kalau kauorang ada planning nak ke Universal Studio, Singapore saya tak berapa mengesyorkan kauorang tinggal di Singapore memandangkan kebanyakkan hotel-hotel di sana mahal-mahal belaka. harga backpackers hostel saja hampir mencecah RM100 semalam, apatah hotel-hotel sederhana, dan apatah lagilah kalau hotel-hotel mewah. membazir. so, sebagai jalan penyelesaian, saya mencadangkan kauorang yang nak ke Universal Studio, Singapore, bolehlah menginap di Tunehotels Johor Bahru, Danga Bay dengan kadar bayaran yang rendah serendah RM0.12 satu malam ! tak percaya? bacalah entri saya sebelumnya di sini http://aiza89.blogspot.com/2011/02/book-hotel-berharga-rm014-untuk-satu.html 

pandangan depan Tune Hotels Danga Bay, Johor Bahru

macam mana? okey kan? kenapa perlu bayar lebih untuk hotel tapi kita bukannya nak duduk hotel tu 24 hours bukan? asalkan tempat tu selesa untuk tidur, berehat lepas dah terkinja-kinja bermain di sana, sudah cukup. ditambah lagi, dengar harga yang murah, selesa, bergaya dan dekat memang memenuhi citarasa saya. jimat duit aku. HAHAHA. **saya suka promote Tunehotels dan AirAsia, bukan? HAHA**

condition dalam bilik di Tunehotels, Danga Bay, Johor Bahru
AWESOME kan?

okey, bab penginapan selesai, sekarang bab transportation pula. drive to Singapore is unnessaaaseseseryy. agak complicated actually untuk masuk ke Singapore dengan transport sendiri. untuk membawa kereta ke Singapore, kita kena apply macam satu kad, macam touch n go macam tu di kastam Singapore. not sure berapa kena bayar, and nanti kita akan dapat satu sticker kena tampal kat kereta. so, sticker tu hanya sah untuk kereta yang didaftar sahaja. untuk proses mendapatkan semua-semua tu saya tak berapa pasti, tapi yang penting agak rumit.mungkin. ditambah lagi, kadar kos macam parking kereta dan sebagainya di sana agak mahal berbanding di negara kita. so, sebagai langkah alternative, kita bolehlah menuju ke Universal Studio, Singapore dengan menaiki bas yang disediakan betul-betul di pintu Tunehotels, Danga Bay Johor Bahru. mudah bukan? bangun-bangun tidur, tiiiiiinnggg! terus ada bas, langsung pergi ke Universal Studio, Singapore. yipiiiiii! mudah bukan?

*picture from : google image*
macam nilah rupa bas yang kita boleh naik di hadapan Tune Hotels.

so, untuk mendapatkan tiket bus pergi balik, bagi yang ingin menempah Tunehotels.com, di bahagian add-on, yang ada senarai harga kalau nak tambah tv lah, toiletries-lah, econ-lah, nanti dekat bawah tu ada tulis return ticket Odyssey Coach to Sentosa Island Resort. so klik situ. boleh beli tiket bas semaksimum 10 orang. so, bagi mereka-mereka yang datang secara rombongan, should be no problem. contohnya, macam dalam gambar di bawah. sila rujuk.


so, jika kauorang membeli tiket ini secara online, harga untuk return tiket adalam RM23.00 seorang. jangan risau, bagi yang tidak menginap di Tunehotels Danga Bay, Johor Bahru atau yang haritu dah book bilik dekat Tunehotels, tapi tak book tiket bas sekali, boleh membeli dengan menghubungi travel agent yang berada di aras bawah sekali di Tunehotels dengan harga RM25.00 seorang. tapi INGAT ! policy mereka adalah, "first come first serve" dan priority diberikan kepada mereka yang telah menempah secara online so, kauorang kalau nak pergi Universal Studio, Singapore and belum booking tiket lagi, cepat-cepat booking dan bayar terus tiket bas dengan menghubungi :

New Asia Holidays Sdn. Bhd
607-2232232 / 2222332
after office hour : 016-7943322 (Mr. Raaj)
email : newasiaholidays@gmail.com

okey, penginapan dah. transportation dah. tapi, kalau dua-dua dah settle, tiket masuk ke Universal Studio tak ada, tak guna jugakan? HAHAHA.lupa nak beritahu. untuk tiket masuk, saya mengesyorkan kauorang beli secara online awal-awal untuk mengelakkan tiket habis especially waktu cuti sekolah dan weekend. kita kena ingat, cuti sekolah kita tak boleh kira cuti sekolah Malaysia sahaja tau. kita kena ambil kira cuti sekolah Singapore dan Indonesia juga khususnya, memandangkan dua negara nilah yang paling ramai membanjiri Universal Studio, Singapore tu. lagi satu, jangan sekali-sekali mencuba-try-test untuk serang sahaja ke Universal Studio, Singapore tanpa membeli tiket. what a waste. sebab nanti kena beratur panjang gila nak beli tiket, kalau nasib tak baik, pergi saja-saja ja as tiket yang dijual dah habis. kan membazir banyak baziran tu, bukan?

*picture from : google image*
so, untuk yang beli tiket Universal Studio secara online, make sure kauorang print tiket yang macam gambar atas ni, as e-ticket kauorang. dia akan send ke email kauorang nanti. dont worry
(in case kalau tak terbawak *macam apa yang berlaku pada saya* make sure kauorang ingat 4 no yang terakhir kad kredit yang kauorang guna untuk beli tiket online haritu, and number phone yang kauorang letak. dont forget your passport as well!)

*picture from : google image*
so, this is the real ticket that you going to get at the entrance of Universal Studio, Singapore
and, rasanya kalau kauorang ada yang beli dengan travel agent pun, ada yang dah dapat terus tiket macam ni. not sure betul ke tak as saya beli online haritu.

so, untuk membeli tiket secara online, kauorang bolehlah melawat laman web rasmi
Universal Studio, Singapore di
harga tiket bagi orang dewasa adalah $66 (weekdays) dan $72 (weekend)
kanak-kanan $48 (weekdays) dan  $52 (weekend)

*exchange rate yang terakhir adalah $1 = RM2.40 tertakluk kepada perubahan.

so, kawan-kawan, penginapan dah, transportation dah, tiket masuk pun dah, maka bila ketiga-tiganya kauorang dah siapkan awal-awal, bolehlah kauorang gerak ke Universal Studio, Singapore. :) okey, untuk perkiraan budget, saya meng-estimate-kan seorang dalam kurang dari RM350 yang meliputi duit tiket masuk (RM163), tiket bas return (RM25), penginapan (seorang RM30 share-lah dua orang satu bilik) dan RM100 untuk makan-makan dan beli sikit-sikit di Universal Studio, Singapore nanti. :) yang penting kita dapat berjalan sepuasnya, sambil berjimat ! :)

diharap entri ni dapat membantu kawan-kawan semua. nanti saya update lagi tentang Universal Studio, Part 2 ! :)

10 comments:

  1. hye..sis..kalau kat uss ni..makanan dia mcm mana eh?? sebab dengar dia masak xhalal..so takut la nak beli makanan kat sana..

    ReplyDelete
  2. hey dear, awk jgn risau nanti awk pergi sana, dptkan brochure which is actually the whole universal studio map, and referance ada tunjuk kt situ cafe n resto mana yg halal mana yg tak. just spot the halal singapore logo. then, InsyaAllah, it safe :) or awak baca kt entri yg ni ----> http://aiza89.blogspot.com/2011/08/universal-studio-singapore-part-4-makan.html hopefully, membantu :) heee.

    ReplyDelete
  3. oke..yg pasal tune hotel tu kan sis.. kalau kita xtido hotel tuh..just bayar untuk transport je boleh x?? bas pegi pukul 8 and balik pukul brape eyh?? agak2 sempat x round semua tuh..

    ReplyDelete
  4. fath-tiya, dear, boleh je kalau tak tido situ, tp kene beli tiket awal2 dkt bawah tune htel tu sbab dia bagi kt priority tiket bas dkt org yg duduk tune hotel. ;) so beli awal2 k. balik bas paling lambat pukul 10.30 malam ;) and sngaat sempat nak men semua menda ;)

    ReplyDelete
  5. hai aiza....camne harge cendramate kt sane ye?

    ReplyDelete
  6. Salam aiza, Saya ada plan awal bulan 6 2013 ni nak pergi sana . About tunetalk hotel tu, Kalau kita terus serang tanya ada bilik kosong tanpa beli secara online boleh ke ? Sekali dengan ticket USS dan Bus .

    ReplyDelete
  7. Salam. Aiza. Mmg ambil pkhidmatan dgn mr raaj ke? Ok ke ambil pakej ngan dia ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.
      salam. thanks sebab baca blog aiza :)

      haah, aiza amek dgn mr raaj. sbb ofis dia di bawah tunehotel. bas pn memang tunggu di tunehotel. keluar2 hotel bas dah ada. alhamdulilah okey. :) xamek pakej pn. just beli tiket bas saja :)

      Delete
  8. nama syarikat tu odyyssey ke? tahun bila aiza pergi..sebenarnya kami ada ambil pakej dgn mr raaj ni. dah bg suma duit.. tp bila time pergi dia tak angkat2 phone atau bg details utk trip. maybe lebih baik jgn promote lgla mamat nie..sy pun nak wat official report kat matta fair n polis

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul. aiza pergi lama dah. eh sampai macam tu ke? sebab aiza dulu xbg duit dulu. masa kat sana baru bayar. jahatnya sampai macam tu. skrg ni dkt bawah tunehotel JB tu ada lagi ke syarikat odysey tu? sbb aiza beli through Tunehotel tu tak sure tu. thank you sebab share. perbuatan dia sgt tak bertanggungjawab. terima kasih lagi skali. speechless nya :(

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...