minggu lepas saya ke Korea Plaza di Jalan P.Ramlee untuk redeem T-Money secara free di sana. Korea Plaza ni macam tourism centre-lah untuk Korea cawangan Malaysia. tempat yang menarik dan best, banyak info yang kita boleh dapatkan di sana, yang nantinya sangat-sangat manfaat masa kita di Korea nanti. saya apalagi, pantang jumpa benda free kan. saya tidak melepaskan peluang untuk grab sebanyak yang mungkin brochure-brochure, maps, travelling guide dan banyak lagi di sana. FREE ! GRATIS ! PERCUMA ! jangan risau, ambil sebanyak mana pun boleh. hari tu, saya ambil tiga buah buku Korea Independent Travelling Guide, oppa yang pakai spek bingkai hitam besar macam 80-an dekat kaunter tu tak marah pun? hihihihi.
berita baik bagi siapa-siapa yang akan ke Korea dalam bulan Julai, Ogos dan September, especially yang travel sendiri atau backpacking, jangan lepaskan peluang untuk redeem T-money secara free di Plaza Korea, Menara Hap Seng, Jalan P.Ramlee. T-money ni macam kad touch n' go dekat Malaysia. sangat bermanfaat dan mungkin penting bagi traveller yang backpacking. kad ni bukan saja dapat digunakan untuk train, subway, bus, malah boleh juga guna untuk beli-beli barang kat convenience store. kalau kita beli kad ni, harganya W3,000 (RM12), so apalagi jangan membazir duit, dan grab kad ni secepat mungkin di sana! senang je, kauorang pergi ke Plaza tu, tunjukkan itinerary, then nanti dia kasilah kad T-money ni dan senyum. satu itinerary boleh redeem satu kali saja. so, kalau dalam tinerary ada empat nama, so dapat 4 kad lah. kalau satu nama saja, dapat satu sahaja. tak boleh minta lebih-lebih. tapi, kalau kauorang nak cuba ngurat oppa handsome dekat kaunter tu, cubalah.
inilah rupanya T-Money card yang kauorang akan dapat bila redeem dekat Korea Plaza nanti. terpampang dengan bangganya bendera Malaysia okey. ingat, only for Malaysian! :)
so, bila kauorang ada T-Money ekslusif ini, kauorang akan dapat diskaun macam-macam. contohya, bila masuk Lotle World, bila nak tengok performance JUMP yang amazing gila and shopping-shopping dekat Duty Free di Korea. best kan? :)
okey, untuk redeem T-Money card kauorang sila pergi ke adress ini :
*taken from google image*
Korea Tourism Organization KL (KTO)
Korea Plaza,
Ground Floor, Menara Hap Seng,
Ground Floor, Menara Hap Seng,
Jalan P. Ramlee 50250 Kuala Luumpur,
Malaysia
* oh ya, bukan setakat boleh rembat-rembat brochure dengan travel guide book je tau kat sana, kita boleh test-test pakai hanbuk, belajar culture, belajar memasak makanan Korea gak kat sana. fun gila kat sana.cubalah!
satu lagi berita gembira untuk pengguna telefon canggih maju selangkah kehadapan seperti Iphone dan Android phone, Korea Tourism Organization (KTO) juga kini memperkenalkan aplikasi yang boleh di download di website rasmi mereka. so dengan adanya application ini di dalam handphone kauorang, bolehlah nanti digunakan sewaktu di Korea. lebih friendly user, dan lebih handy berbanding bawa buku-buku atau brochure kan? unfortunately, handphone saya tidaklah canggih, maka saya tidak bolehlah nak guna application ni. kalau ada handphone canggih, confirm-confirm saya guna application ni. semuanya dihujung jari anda termasuklah weather forecast, exchange rate, places of interest, maps, subway line dan sebagainya. kan mudah kan? so, memandangkan saya tiada handphone maju selangkah kehadapan, terpaksalah guna secara manual. belek-belek buku-buku dan brochure-brochure travel guide yang saya rembat di Korea Plaza. hehehe! oh lupa nak beritahu, untuk guna application ni, macam biasa kena guna internet tapi tak ada hal lah kalau di Korea nanti. dekat pelusuk manapun ada internet (yang saya baca di blog-blog orang. saya kagum!)
inilah rupanya bila dah masuk dalam handphone kauorang. see? segalanya di hujung jari anda. tak perlu nak tulis-tulis dalam note book kecik macam saya.huwaaaaaaaaaaa!!
untuk download : http://english.visitkorea.or.kr/enu/FU/FU_EN_15.jsp?gotoPage=1&cid=1261504&cCode=&nCategoryID=&searchType=&searchKeyword=
untuk maklumat lanjut sila lawati :
p/s : nantikan sambungan seterusnya pre-Korea Backpacking part III. *entah bila tah nak sambung, pemalasnya budak nak update blog* =='

















0 comments:
Post a Comment