Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO July 2011 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Sunday, July 31, 2011

Universal Studio, Singapore - Part 3

salam ukhuwah,

okey, ni adalah sambungan untuk Part 2 pada entri yang sebelumnya untuk tontonan dan berkongsi bersama dengan readers semua. selamat mencuci mata hokeeeeei ! :)

attraction 5 - The Lost World (Jurrasic Park)

dua dinosour ni sangat comel. rasa macam nak bawa balik rumah je buat pintu gerbang

saya tak ingat apa nama show ni. aquatic show i guess? tah, tak ingat. tapi sangat seronok dan rugi kalau tak tengok. actually ni adalah stunt-jump-tembak-menembak-bom-sana-sini show. seriously rasa macam dalam movie in reality. dont miss it ! :)


jangan duduk dekat kerusi yang bertulis ni.memang basah kuyuplah anda bila keluar dari show. tapi syiok juga sebenarnya. kalau nak rasa kena simbah air juga, make sure bawa baju hujan siap-siap. dekat Universal Studio, Singapore memang ada jual tapi $2 (RM4.80) sehelai.mahal-mahal =='


siapa nak rasa jadi anak dinosour baru menetas, boleh la duduk-duduk dalam telur dinosour ni

yang ni must-try activity! don't miss this. memang cool and best. basah kuyup juga. kalau tanak basah kuyup, pakai baju hujan. kalau datang awal kan, kalau boleh kauorang serang game ni dulu, sbab game ni memang ramai orang main so beratur agak panjang gila. haritu saya dan kawan-kawan beratur hampir 2 jam semata-mata nak main ni. HAHAHA. gagahkan juga

yang ni adalah permainan budak-budak kecil. tapi mak atau bapak budak pun boleh naik. kira sebelah budak kecil, sebelah orang tualah. tapi kalau mak dan bapak budak nak naik sebelah-sebelah tak boleh. nanti burung dinosour tak gerak. =='

okey, kami adalah modal-modal gratis Jurassic Park. okey, Jurassic Park saja. gundik dinosour-dinosour. =='

attraction 6 - Far Far Away Kingdom (Shrek!)

depan castle Shrek and Fiona. dalam nilah nanti kita boleh tengok cerita Shrek 4D. best gilak!

boleh bergambar dengan Shrek and Fiona olok-olok. tapi kena beratur panjang gila. kebetulan kitorang haritu orang first. nampak je Shrek and Fiona keluar je, terus kejar. HAHAHA semangat.



lagi cantik sebenarnya gambar castle ni bila waktu malam. macam realiti dalam cerita Shrek

attraction 7 : Madagascar City

abaikan model dua tiba-tiba kat depan pintu masuk tu. HAHA. ni adalah permainan untuk budak-budak. macam marie-go-round yang kuda pusing-pusing naik turun naik turun tu. ni tak pening tak. orang tua tatahu malu pon boleh naik secara ramai-ramai. dont worry. HAHA!

*picture by - google image*

*picture by-google image*
haritu waktu di kawasan Madagascar macam tak banyak sangat ambil gambar sebab so far, tempat ni macam banyak games untuk budak-budak. kitorang ada try satu game ni, naik bot pusing-pusing. ingatkan macam rumah hantu. rupanya sangat busan. untuk budak-budak rupanya. =='

tips untuk bermain di Universal Studio, Singapore

memandangkan yang nak main game-game yang disediakan di sekitar Universal Studio, Singapore tu ramai, maka, kenalah beratur panjang-panjang. saya sarankan yang attraction yang best-best, pergi lah serang awal-awal sebab lagi tambah petang, lagi ramai orang nanti lagi berjam-jam kena beratur. memang lenguh gila. tapi, bagi golongan yang berkemampuan, kauorang bolehlah menambah lagi $30 sewaktu membeli tiket Universal Studio, untuk mendapat express ticket dimana kauorang nanti, tak perlulah beratur panjang lama-lama nak main suatu game yang ada di Universal studio, Singapore. ni serupa macam anak raja jalan dulu lah. haa. tapi, pada pendapat saya, dah tak bestlah kalau macam tu. ke-excited-an dia dah lain. AHHAHAHA

okey, saya akan sambung lagi nanti dalam Part 4. nantikan okey! :)

Saturday, July 30, 2011

Universal Studio, Singapore - Part 2

salam ukhuwah,

okey, dalam entri sebelumnya saya dah berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya macam mana nak pergi Universal Studio, Singapore dengan cara yang mudah dan murah. okey, kali ni saya tak nak tulis banyak-banyak just some pictures yang saya sempat snap semasa di sana untuk dikongsi bersama bagi meningkatkan lagi rasa tidak sabar dan excited-nya especially bagi mereka yang akan ke sana dalam masa terdekat ni. HAHAHA!

selamat mencuci mata !

attraction 1 : Hollywood woot woot woot!!

**18 SX please !**





attraction 2 : New York City

**sila abaikan budak serba hitam tepi taxi tu.aihs. buat semak gambar saja =____= **

**apa kejadah duduk-duduk dekat tanda stop ni? HAHA**

*sebiji macam bangunan di New York, tapi tatahulah apa nama dia. HAHA**

okey, nantikan ada satu bahagian dekat New York City, lepas kita kereta polis yang boleh kita melaram, and depan kedai ada tanda STOP atas jalan raya, ada satu kedai depan dia ada banyak topi-topi comel-comel macam empat budak tah pape ni pakai. for FREE ! beli baru bayar. HAHA

attraction 3 : Sci Fi City (sinilah ada roller coaster paling dasyat tu)

*picture by - google image*
accelerator. ni macam kauorang main duduk dalam cawan pusing-pusing dekat Genting Highland cuma bezanya, yang ni lagi LAJU dari cawan pusing-pusing tu

main gate untuk beratur nak main accelerator.siapa cepat dia dapat

tudiaaaaaa. Human VS Cylon roller coaster. memang ganas. kalau biru Cyclon and kalau Merah tu Human. diorang cakap lagi menakutkan kalau naik yang biru i mean Cyclon as dia turn kita 180 degree masa kat puncak roller coaster. MENAKUTKAN. siapa yang kaki cabaran macam ni, silalah cuba! AHAHA

alamak tak dapat nak snap dekat-dekatlah. lense tak berapa nak panjang nak snap.aihs.

attraction 4 : Egypt City (Revenge of the Mummy)

entrance masuk ke indoor roller coaster Ancient of Egypt. tapi kitorang tak main pun roller coaster ni sebab semua orang dah mabuk, pitam-pitam muntah lepas naik roller coaster dasyat dekat Sci Fi City tu. 
=_____________________________=



kita sambung lagi attraction-attraction lain di Part 3 memandangkan terlalu banyak pula gambar nak dikongsi bersama. :) 

Universal Studio, Singapore - Part 1

salam ukhuwah,

*picture from : google image*

kalau kauorang jenis yang sukakan cabaran, suka menjerit-jerit, suka memekik-mekik, sukakan ketinggian, sukakan digoncang-goncang, Universal Studio, Singapore memanglah tempat yang paling sesuai untuk kauorang. untuk orang-orang istimewa seperti saya, bukanlah tak sukakan cabaran, cuma kuranglah sikit sukakan ketinggian, sukakan goncang-goncangan, maka, Universal Studio, Singapore memanglah tempat yang sesuai untuk anda mengabadikan diri anda di dalam gambar yang cantik-cantik belaka ala-ala di oversea gitu. macam saya. dan golongan-golongan macam saya yang tak berapa nak main roller coaster bagai ni, mestilah jadi penunggu dekat bawah roller coaster jaga beg-beg ahli keluarga atau rakan-rakan anda yang sedang terpekik-pekik hillarious di atas roller coaster. sudah kau Aiza, merepek.


tips untuk ke Universal Studio, Singapore

seperti sedia maklumlahkan, Singapore merupakan satu bandar metropilitan yang memang sedaplah untuk menabur duit. mana taknya, segalanya di sana adalah dua kali ganda mahal dari negara kita. sebagai contoh, air mineral. memang di tanda harga air mineral yang dijual di Singapore bertanda $1.00, samalah macam di negara kita, RM1.00 tapi nilainya berbeza. di mana $1.00 Singapore = RM2.40. kan mahal tu, betul tak? so, kalau kauorang ada planning nak ke Universal Studio, Singapore saya tak berapa mengesyorkan kauorang tinggal di Singapore memandangkan kebanyakkan hotel-hotel di sana mahal-mahal belaka. harga backpackers hostel saja hampir mencecah RM100 semalam, apatah hotel-hotel sederhana, dan apatah lagilah kalau hotel-hotel mewah. membazir. so, sebagai jalan penyelesaian, saya mencadangkan kauorang yang nak ke Universal Studio, Singapore, bolehlah menginap di Tunehotels Johor Bahru, Danga Bay dengan kadar bayaran yang rendah serendah RM0.12 satu malam ! tak percaya? bacalah entri saya sebelumnya di sini http://aiza89.blogspot.com/2011/02/book-hotel-berharga-rm014-untuk-satu.html 

pandangan depan Tune Hotels Danga Bay, Johor Bahru

macam mana? okey kan? kenapa perlu bayar lebih untuk hotel tapi kita bukannya nak duduk hotel tu 24 hours bukan? asalkan tempat tu selesa untuk tidur, berehat lepas dah terkinja-kinja bermain di sana, sudah cukup. ditambah lagi, dengar harga yang murah, selesa, bergaya dan dekat memang memenuhi citarasa saya. jimat duit aku. HAHAHA. **saya suka promote Tunehotels dan AirAsia, bukan? HAHA**

condition dalam bilik di Tunehotels, Danga Bay, Johor Bahru
AWESOME kan?

okey, bab penginapan selesai, sekarang bab transportation pula. drive to Singapore is unnessaaaseseseryy. agak complicated actually untuk masuk ke Singapore dengan transport sendiri. untuk membawa kereta ke Singapore, kita kena apply macam satu kad, macam touch n go macam tu di kastam Singapore. not sure berapa kena bayar, and nanti kita akan dapat satu sticker kena tampal kat kereta. so, sticker tu hanya sah untuk kereta yang didaftar sahaja. untuk proses mendapatkan semua-semua tu saya tak berapa pasti, tapi yang penting agak rumit.mungkin. ditambah lagi, kadar kos macam parking kereta dan sebagainya di sana agak mahal berbanding di negara kita. so, sebagai langkah alternative, kita bolehlah menuju ke Universal Studio, Singapore dengan menaiki bas yang disediakan betul-betul di pintu Tunehotels, Danga Bay Johor Bahru. mudah bukan? bangun-bangun tidur, tiiiiiinnggg! terus ada bas, langsung pergi ke Universal Studio, Singapore. yipiiiiii! mudah bukan?

*picture from : google image*
macam nilah rupa bas yang kita boleh naik di hadapan Tune Hotels.

so, untuk mendapatkan tiket bus pergi balik, bagi yang ingin menempah Tunehotels.com, di bahagian add-on, yang ada senarai harga kalau nak tambah tv lah, toiletries-lah, econ-lah, nanti dekat bawah tu ada tulis return ticket Odyssey Coach to Sentosa Island Resort. so klik situ. boleh beli tiket bas semaksimum 10 orang. so, bagi mereka-mereka yang datang secara rombongan, should be no problem. contohnya, macam dalam gambar di bawah. sila rujuk.


so, jika kauorang membeli tiket ini secara online, harga untuk return tiket adalam RM23.00 seorang. jangan risau, bagi yang tidak menginap di Tunehotels Danga Bay, Johor Bahru atau yang haritu dah book bilik dekat Tunehotels, tapi tak book tiket bas sekali, boleh membeli dengan menghubungi travel agent yang berada di aras bawah sekali di Tunehotels dengan harga RM25.00 seorang. tapi INGAT ! policy mereka adalah, "first come first serve" dan priority diberikan kepada mereka yang telah menempah secara online so, kauorang kalau nak pergi Universal Studio, Singapore and belum booking tiket lagi, cepat-cepat booking dan bayar terus tiket bas dengan menghubungi :

New Asia Holidays Sdn. Bhd
607-2232232 / 2222332
after office hour : 016-7943322 (Mr. Raaj)
email : newasiaholidays@gmail.com

okey, penginapan dah. transportation dah. tapi, kalau dua-dua dah settle, tiket masuk ke Universal Studio tak ada, tak guna jugakan? HAHAHA.lupa nak beritahu. untuk tiket masuk, saya mengesyorkan kauorang beli secara online awal-awal untuk mengelakkan tiket habis especially waktu cuti sekolah dan weekend. kita kena ingat, cuti sekolah kita tak boleh kira cuti sekolah Malaysia sahaja tau. kita kena ambil kira cuti sekolah Singapore dan Indonesia juga khususnya, memandangkan dua negara nilah yang paling ramai membanjiri Universal Studio, Singapore tu. lagi satu, jangan sekali-sekali mencuba-try-test untuk serang sahaja ke Universal Studio, Singapore tanpa membeli tiket. what a waste. sebab nanti kena beratur panjang gila nak beli tiket, kalau nasib tak baik, pergi saja-saja ja as tiket yang dijual dah habis. kan membazir banyak baziran tu, bukan?

*picture from : google image*
so, untuk yang beli tiket Universal Studio secara online, make sure kauorang print tiket yang macam gambar atas ni, as e-ticket kauorang. dia akan send ke email kauorang nanti. dont worry
(in case kalau tak terbawak *macam apa yang berlaku pada saya* make sure kauorang ingat 4 no yang terakhir kad kredit yang kauorang guna untuk beli tiket online haritu, and number phone yang kauorang letak. dont forget your passport as well!)

*picture from : google image*
so, this is the real ticket that you going to get at the entrance of Universal Studio, Singapore
and, rasanya kalau kauorang ada yang beli dengan travel agent pun, ada yang dah dapat terus tiket macam ni. not sure betul ke tak as saya beli online haritu.

so, untuk membeli tiket secara online, kauorang bolehlah melawat laman web rasmi
Universal Studio, Singapore di
harga tiket bagi orang dewasa adalah $66 (weekdays) dan $72 (weekend)
kanak-kanan $48 (weekdays) dan  $52 (weekend)

*exchange rate yang terakhir adalah $1 = RM2.40 tertakluk kepada perubahan.

so, kawan-kawan, penginapan dah, transportation dah, tiket masuk pun dah, maka bila ketiga-tiganya kauorang dah siapkan awal-awal, bolehlah kauorang gerak ke Universal Studio, Singapore. :) okey, untuk perkiraan budget, saya meng-estimate-kan seorang dalam kurang dari RM350 yang meliputi duit tiket masuk (RM163), tiket bas return (RM25), penginapan (seorang RM30 share-lah dua orang satu bilik) dan RM100 untuk makan-makan dan beli sikit-sikit di Universal Studio, Singapore nanti. :) yang penting kita dapat berjalan sepuasnya, sambil berjimat ! :)

diharap entri ni dapat membantu kawan-kawan semua. nanti saya update lagi tentang Universal Studio, Part 2 ! :)

Friday, July 29, 2011

Korea Backpacking - all-in-one punya cerita

salam ukhuwah,


will update soon !
i'll update one by one so that easier for readers to read, learn and guide.
maaf sebab lambat update. 
menjadi seorang penganggur berjaya di rumah sampai tak ada masa sangat nak update blog
HAHAHAHAHAAHHAHA
nantikan ! :)

Tuesday, July 12, 2011

pre-Korea Backpacking II - Korea Tourism Organization (KTO) yang best !

salam ukhuwah,


minggu lepas saya ke Korea Plaza di Jalan P.Ramlee untuk redeem T-Money secara free di sana. Korea Plaza ni macam tourism centre-lah untuk Korea cawangan Malaysia. tempat yang menarik dan best, banyak info yang kita boleh dapatkan di sana, yang nantinya sangat-sangat manfaat masa kita di Korea nanti. saya apalagi, pantang jumpa benda free kan. saya tidak melepaskan peluang untuk grab sebanyak yang mungkin brochure-brochure, maps, travelling guide dan banyak lagi di sana. FREE ! GRATIS ! PERCUMA ! jangan risau, ambil sebanyak mana pun boleh. hari tu, saya ambil tiga buah buku Korea Independent Travelling Guide, oppa yang pakai spek bingkai hitam besar macam 80-an dekat kaunter tu tak marah pun? hihihihi. 


berita baik bagi siapa-siapa yang akan ke Korea dalam bulan Julai, Ogos dan September, especially yang travel sendiri atau backpacking, jangan lepaskan peluang untuk redeem T-money secara free di Plaza Korea, Menara Hap Seng, Jalan P.Ramlee. T-money ni macam kad touch n' go dekat Malaysia. sangat bermanfaat dan mungkin penting bagi traveller yang backpacking. kad ni bukan saja dapat digunakan untuk train, subway, bus, malah boleh juga guna untuk beli-beli barang kat convenience store. kalau kita beli kad ni, harganya W3,000 (RM12), so apalagi jangan membazir duit, dan grab kad ni secepat mungkin di sana! senang je, kauorang pergi ke Plaza tu, tunjukkan itinerary, then nanti dia kasilah kad T-money ni dan senyum. satu itinerary boleh redeem satu kali saja. so, kalau dalam tinerary ada empat nama, so dapat 4 kad lah. kalau satu nama saja, dapat satu sahaja. tak boleh minta lebih-lebih. tapi, kalau kauorang nak cuba ngurat oppa handsome dekat kaunter tu, cubalah. 

inilah rupanya T-Money card yang kauorang akan dapat bila redeem dekat Korea Plaza nanti. terpampang dengan bangganya bendera Malaysia okey. ingat, only for Malaysian! :)

so, bila kauorang ada T-Money ekslusif ini, kauorang akan dapat diskaun macam-macam. contohya, bila masuk Lotle World, bila nak tengok performance JUMP yang amazing gila and shopping-shopping dekat Duty Free di Korea. best kan? :)

okey, untuk redeem T-Money card kauorang sila pergi ke adress ini :
*taken from google image*

Korea Tourism Organization KL (KTO)
Korea Plaza,
Ground Floor, Menara Hap Seng, 
Jalan P. Ramlee 50250 Kuala Luumpur, 
Malaysia

* oh ya, bukan setakat boleh rembat-rembat brochure dengan travel guide book je tau kat sana, kita boleh test-test pakai hanbuk, belajar culture, belajar memasak makanan Korea gak kat sana. fun gila kat sana.cubalah!


satu lagi berita gembira untuk pengguna telefon canggih maju selangkah kehadapan seperti Iphone dan Android phone, Korea Tourism Organization (KTO) juga kini memperkenalkan aplikasi yang boleh di download di website rasmi mereka. so dengan adanya application ini di dalam handphone kauorang, bolehlah nanti digunakan sewaktu di Korea. lebih friendly user, dan lebih handy berbanding bawa buku-buku atau brochure kan? unfortunately, handphone saya tidaklah canggih, maka saya tidak bolehlah nak guna application ni. kalau ada handphone canggih, confirm-confirm saya guna application ni. semuanya dihujung jari anda termasuklah weather forecast, exchange rate, places of interest, maps, subway line dan sebagainya. kan mudah kan? so, memandangkan saya tiada handphone maju selangkah kehadapan, terpaksalah guna secara manual. belek-belek buku-buku dan brochure-brochure travel guide yang saya rembat di Korea Plaza. hehehe! oh lupa nak beritahu, untuk guna application ni, macam biasa kena guna internet tapi tak ada hal lah kalau di Korea nanti. dekat pelusuk manapun ada internet (yang saya baca di blog-blog orang. saya kagum!)

inilah rupanya bila dah masuk dalam handphone kauorang. see? segalanya di hujung jari anda. tak perlu nak tulis-tulis dalam note book kecik macam saya.huwaaaaaaaaaaa!!


untuk maklumat lanjut sila lawati :

p/s : nantikan sambungan seterusnya pre-Korea Backpacking part III. *entah bila tah nak sambung, pemalasnya budak nak update blog* =='
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...