Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO May 2011 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Monday, May 23, 2011

2 rooms at Tunehotels, Penang for RM4.66!

salam ukhuwah,

tak percaya? kena percayalah! murahkan? heee. kebetulan, harini ada promosi tiket AirAsia dengan Tunehotels. murah-murah belaka tiket AirAsia serendah 10sen! tapi, malangnya tiket tu untuk tahun depan, bermula feb sampai jun 2012. memandangkan saya insyaAllah bulan Januari masuk clinical year, terpaksa bersaralah sekejap dari berjalan-jalan ukur dunia ni. sob!

tapi, alhamdulillah, kekecewaan saya terubatlah juga apabila saya belek-belek website tunehotels saya try and error-lah any tarikh bulan mac, tapi weekend kalau ada yang murah saya beli. bila saya dah clinical year nanti, saya just ada cuti sabtu ahad je. so, saya try-lah cari bilik untuk sabtu dan ahad. jadilah kan. asal dapat je.HAHA. dan akhirnya dapatlah saya bilik dengan harga RM2.33 untuk satu bilik, satu malam. murah kan?

tak percaya? meh tengok sini meh! HAHA

klik gambar kalau nak tengok dengan lebih jelas dan lebaq. HAHA

so, apalagi kawan-kawan. 
cubalah-try-test
mana tahu rezeki kauorang semua?
selamat mencuba! :)

Sunday, May 08, 2011

Tunehotels - siapa cakap Tunehotels tak berbaloi dan tak best?

salam ukhuwah,

siapa cakap Tunehotels tak berbaloi dan tak best? so far, dalam banyak-banyak hotel yang saya berpuas hati, memanglah tunehotel. walaupun harga murah, tetapi sangat-sangat condusive yang memang sesuailah untuk orang-orang cerewet macam saya ni, nak murah, tapi nak sedap. setakat ni saya tak pernah lagi menginap di Tunehotel dengan harga lebih dari RM90. percaya tak? HAHA.percayalah. walaupun murah, tetapi jangan sangka murah-murah macam rumah tumpangan tau. salah tu. TuneHotels memang memberikan penginapan untuk kita, lagi-lagi lah untuk orang cerewet banyak cekadak macam saya ni, bagaikan five stars. chewah. tak percaya? tengoklah gambar-gambar ni :) sangat recommended!

Tunehotels Downtown, Kuala Lumpur

ini lobi dia yang cool gila. ada Subway Restaurant, ada tempat-cucuk-duit CIMB, ada 7-11. haritu, kitorang siap study group dekat lobi ni.cool gila.

kaunter dekat lobi dia. dua orang lelaki ni hanya model tambahan semata-mata.

7-11 buka 24 hours. kauorang takpayah risau kalau lapar tengah-tengah malam.turun je bawah, dah dapat makanan. HAHAHA

pejalan kaki. eh, ruang untuk berjalan kaki. alah, apa-apa jelah nama dia yang penting lorong perjalanan kaki dari bilik ke bilik.HAHA

bilik saya kelmarin. dari sudut dalam bilik. memang cool kan.itu dia kasut Bubble Gummers saya mencapub disitu ya

single room yang selesa sangat-sangat. cuma di Tunehotels Kuala Lumpur tiada TV. so no hal lah. sebelah ada mamak 24hours leh tengok bola ramai-ramai 

double room. lebih besar sikit dari single room dan sangat sangat selesa.

bilik air. ha,ini kriteria paling penting kalau saya nak book hotel atau hostel. pastikan ianya bersih dan selesa untuk segala-galanya.HAHA

shower room dia yang muat-muat untuk sorang. shower dia yang sangat best sebab besar dan titisan air tu lagi banyak.memang macam iklan shokubutsu.tiba-tiba. = =

TuneHotels Danga Bay, Johor Bahru

saya rasa Tunehotel Johor Bahru lah yang menyediakan bilik yang paling besar dari Tunehotels lain yang lebih bersifat muat-muat. yang Tunehotels JB, memang saiz bilik standard at least, macam Hotel Seri Malaysia. besarlah juga. sorry bilik bersepah.haiyaaaaaaa

ada TV LCD yang besar 32inci macam abah punya kat rumah. kalau nak bandingkan tv yang disediakan dekat Tunehotels lain, semua kecil besar monitor je = =

bilik air yang memang cooooool.sukaaa.sukaaaa!

shower room yang lebih besar dan best. transparent youuuuu

kau tengok betapa selesanya kauorang nak buat perniagaan dalam toilet Tunehotels Johor Bahru. HIHIHI

TuneHotels Kota Kinabalu, Sabah

pandangan dari luar. smart-smart. betul-betul sebelah or maybe i can say, memang attach dengan pusat membeli belah 1Borneo yang paling besar dekat borneo tu. memang best!

bilik yang lebih minimal tapi selesa.syok! berbaloii sehari tidur RM5 kau tahu.

macam biasa, Tunehotel memang menanglah kalau bab-bab toilet. memang terbaik!

TuneHotels Waterfront Kuching, Sarawak

dari pandangan luar. kawasan berbukit.hati-hati weh.memang semput bukit dia. pakai kereta manual memang semputlah nak naik.HAHA
taken from :  *google.image* 

lobi Tunehotels Waterfront yang sangat sangat cantik dan cozzy.suka!
taken from *google image*

bilik yang sangat cozzy.just nice dan menarik.saya suka! satu malam RM5 memang berbaloi !

macam biasa toilet Tunehotels yang best gila!

pintu toilet Tunehotels ada logo Tunehotel besaaaaaaaaaaaaaaaaar

TuneHotel LCCT Airport, Sepang

suasana lobi hotel yang sangat cool dan menarik kan? cuma saiz dia cam sempit sikitlah.HAHA
taken from *google image*

kawasan dataran di luar Tunehotels.tempat orang melepak.ada kedai makan.ada 7-11.terbaik!
taken from *google image*

bilik yang agak sempit tapi katil yang sangat selesa dan empuk saya terbangun lewat nasib baik tak miss flight! HAHAHA
taken from *google image*

buat masa ni, antara Tunehotels yang saya belum pernah meninggalkan tapak kaki adalah Tunehotels Penang, Damansara, Kota Bahru, Bintulu, Bali dan UK. insyaAllah bulan 12 ni, saya akan mencuba Tunehotel Double Six Legan, Bali pula. yeay ! 

tak percaya saya dapat harga murah? tengok ni :)

Tunehotels Bali
Tunehotels, Danga Bay
Tunehotels 1Borneo, Sabah
Tunehotel Waterfront, Kuching

macam mana nak dapat harga murah?

website AirAsia yang keren bangeeeeet !

kalau nak dapat harga murah, serendah 0.14 sen satu malam, macam yang saya dapat untuk Tunehotels JB bulan June ni, pastikan anda selalu membelek-belek website Tunehotels.com. saya ni memang kaki belek website tu dengan AirAsia.biasanya, kalau AirAsia ada buat promo macam 0 Fair, Tunehotels pun buat promo juga serendah RM1 untuk satu malam :) siapa tanak kan tidur hotel yang selesa tapi dengan hanya membayar hotel serendah RM1 malam? HAHAHA. selamat mencuba! :)

Friday, May 06, 2011

backpacking - Youth Hostel Membership in Malaysia

salam ukhuwah,

untuk mendapatkan penginapan sepanjang ber-backpacking atau travelling yang murah, tapi selesa, tanak comot-comot memang payah. kalau ada yang murahpun, mesti standard macam Jalan Chowkit, bukan? sebagai contoh, hostel-hostel di Hong Kong. harga mahal macam hotel 3 star, tapi sekali masuk dalam, macam rumah tumpangan Jalan Chowkit. kenapa perlu bayar lebih, bukan? bukannya kita pergi berbulan madu, duduklah dalam bilik tu 24 hours. saya gurantee, kebiasaannya kita-kita ni, lepas check in je, letak barang terus blah dari hotel dan explore bandar yang anda tuju, bukan? so, takperlu hotel mahal-mahal.sekadar empuk, nyenyak untuk melabuhkan kepala dan tidur enak, dah cukup berbaloi sangat. *kalau duit berkepul-kepul tatau nak guna untuk buat apa, dan bagi mereka yang memang mementingkan prestasi dan standard, pastilah tak kisah mahal melangit tempat penginapan kita kan?*


Malaysian Youth Hostels Association (MYHA) ni macam satu pertubuhan yang memerlukan membership, dimana bila kita jadi member kepada persatuan ni, kita layak untuk mendapat diskaun bukan saja hostel-hostel di Malaysia, malah di seluruh negara, termasuklah negara seperti Korea, Jepun, Afrika Selatan, UK dan sebagainya.

untuk maklumat lanjut, bolehlah melawat laman web rasmi MYHA, di

 untuk membership :

1 tahun : Junior (12-17 tahun) = RM30
              Dewasa (18 tahun ke atas = RM40
longlife membership = RM300

untuk menyertai sebagai ahli di MYHA, sila lawati laman web http://www.myha.org.my/v2.1/content/view/89/66/

untuk melakukan booking hostel, SERATA dunia sila lawati laman web 



macam nilah rupanya website rasmi nak booking hostel seluruh dunia.menarik kan? :)

okey, bila kauorang dah ada membership card ni kan, korang boleh guna kad tu untuk mendapatkan potongan atau diskaun menginap di mana-mana hostel yang ada lambang YH atau yang macam ni

Hostelling International

so, bila kita dah dapat jadi ahli untuk Youth Hostel ni, sekali gus, bolehlah reduce bajet kita untuk penginapan. negara-negara seperti Jepun, Hong Kong, Europe, rata-rata hostel diorang memang mahal, apatah lagi hotel kan. so, baguslah dapat me-reduce bajet sehabis boleh dan duit lebih-lebih boleh digunakan untuk shopping lagiiii banyak. HAHAHA

p/s : credit to http://budgettravel2korea.blogspot.com/ saya banyak belajar macam-macam pasal travelling, backpacking, budget ke Korea di sini. bukan tu je, untuk tips-tips travelling dan backpacking lain juga. so, untuk ber-backpacking dan travelling, kita kena ready bukan sahaja mental dan fizikal, malah ilmu. pergi setakat bawa duit berkepul-kepul tapi tatahu papa, like, pergi tabur duit je. yang pentingkan berapa banyak pengalaman kita dapat.that's why, ILMU ITU PELITA HIDUP :)

semoga bermanfaat unntuk kauorang semua! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...