Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO April 2011 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Monday, April 25, 2011

pre-Korea Backpacking I - Bangrang Hostel, Korea (recommended hostel in Korea!)

salam ukhuwah,

insyaAllah, jika diizinkan Allah, saya akan ke Korea pada bulan Julai ini bersama-sama dengan dua orang kawan dari Malaysia, dan dua lagi kawan dari Indonesia. so, sebelum nak pergi travelling atau backpacking, macam biasa mestilah ada preparation kan? salah satu preparation yang setakat ni dah pun dilakukan adalah  mendapatkan tempat tinggal yang selesa,murah, cantik,kemas, banyak facilities. saya akui, kalau bab-bab hotel ke, tempat tinggal ke saya memang agak cerewet. saya memang akan cari yang murah, tapi memenuhi citarasa saya.bukanlah dengan harga yang murah, tapi condition macam rumah pelakon.apa rumah pelakon? ==' kalau rumah pelakon Ashraf Muslim, memanglah tak segan-segan. tak malu. no, i mean, rumah pelacuran.it's a big NO. lagi-lagi di tempat orang, yang kita tatahu sangat tentang tempat diorang, so, safety sangat-sangat dipentingkan. dahlah kami berenam semua perempuan belaka. so, sangat-sangat cerewet memilih tempat tinggal especially toilet. kalau toilet pun jelek, ohmaigod, macam manalah condition bilik dia. big NO NO NO!

kenapa bukan rumah kawan-kawan di Korea? saya memang ramai kawan-kawan yang kini menuntut di Korea. tetapi, malangnya sewaktu itu, mereka tidak bercuti, dan menurut kawan saya yang belajar di sana, rumah mereka memang small size.comel-comel. macam dalam drama Korea tu, so, sangat tak manislah menyerang rumah orang, ramai pula tu. tak boleh bernafas nanti kang mereka. acah je! HAHA.

so, disini saya nak me-recommend-kan sebuah hostel, yang bakal kami berenam duduk selama lima hari di sana. saya tak berapa pasti apakah hostel ini betul-betul bagus ataupun tak, tapi as far as first impression saya bila pertama kali terjumpa hostel ni di laman web,saya terus "okey, jom stay kat hostel ni!". tambah-tambah lagi, setelah me-review comment-comment yang dihantar oleh orang ramai dari seluruh negara tentang hostel ni di Facebook, so saya pun, "why not we give a try?" takpa, nanti kalau saya dah pergi hostel ni, nanti saya buat review lagi pasal hostel ni with pictures, for sure :)

so, secara ringkas, let pictures explain everything. so, kauorang mestilah boleh tahu kenapa saya memilih tempat ini sebagai tempat tinggal kitorang di sana. tengoklah-tengoklah :)

**picture taken from Bangranghostel.com and Facebook : Bangrang hostel**

logo rasmi hostel. Bangrang Hostel. maksud logo tu "Wandering Around The World"
serupa macam maksudnya suka jalan-jalan satu dunia tak ada tujuan.HAHAHA. 

pandangan dari luar hostel. nampak menarik.hehe.

single private room
jangan risau ada econ, just basic room ada tilam, ada bantal and ada comforter yang tebal. so tak perlu bawak blanket atau selimut jauh-jauh dari Malaysia.HAHA!
28,000 WON ( RM 77.50) /person /night
shared bathroom 

dorm for four persons a room
ada tiga jenis dorm untuk 4 orang. satu tu, yang shared bathroom maksudnya toilet diluar, satu lagi ensuited bathroom, toilet dekat dalam bilik, satu lagi female dorm, ensuited bathroom
dorm for four, shared bathroom = 20,000 WON ( RM55.40)/person/night
dorm for four, ensuited bathroom = 23,000 WON ( RM63.72)/person/night
dorm for four (female) ensuited bathroom = 23,000 WON (RM63.72)/person/night

dorm for six persons a room
shared bathroom 
(tu jelah problem dia, kena share toilet dengan org ramai satu level tak ada toilet dalam bilik.HAHA)
bilik inilah yang kitorang tempah memandangkan kitorang berenam. 
18,000 WON ( RM49.87) /person/night

private double room for two
sesuailah yang datang tu berdua yang dah kahwin (bukan couple-couple okey!) yang sama-sama ber-backpacking. saya memang suka tengok husband and wife yang suka backpacking. sangat sporting and cool 
48,000 WON (RM132.90)/person/night
private bathroom (toilet dalam bilik)

shared toilet
inilah toilet yang akan di-share bagi bilik-bilik yang tiada bilik air dalam bilik
ini adalah kriteria paling penting bila saya pilih suatu hostel atau hotel ! HAHA

shared shower room
ini pun kita kena share gak kalau tak disediakan dalam bilik. tandas dan shower room memang separate. 
bersih kan?

living room 
untuk bersembang-sembang, duduk duduk sembang dengan tuan empunya hostel ke
ngurat-ngurat mat salleh yang stay dekat hostel ni jugak ke? oops!
inilah contoh living room gaya orang Korea yang dipanggil daechung maru. hee

common kitchen area
okey, hotel ini menyediakan dapur untuk semua orang guna secara GRATIS. boleh lah bawa maggie nanti, or any canfood ke and masak dekat sini. penjimatan disini. i like! :)

laundry in common area
ada disediakan mesin basuh. kalau tak silap saya, basuh secara sendiri and percuma. feels like at home, isn't it? so takperlulah pack baju banyak-banyak and boleh tinggalkan banyak free space untuk shopping kat sana!

audio room
ha, boleh santai-santai lepas sakit kaki berjalan ukur bumi Korea. LCD TV. sure best
bolehlah kauorang tengok cerita Korea dekat bumi Korea. tapi yang pasti, no English subtitle. HAHA!

rooftop hostel
ni bahagian bumbung hostel. boleh melepak-lepak.tempat yang cantik pada waktu malam kata salah seorang visitor hostel ni.

free internet access
and, kalau tak silap saya, hostel ini juga menyediakan WiFi di setiap bilik, kira satu bangunan tulah ada internet access. bolehlah merasa the fastest speed internet connection in the world. 
Korea is the fastest internet connection in the world. tengok youtube, without buffering okey!

kenapa memilih hostel ini?
  • hostel ni terletak di tengah-tengah bandar, ada train station 10 minit berjalan kaki dari hostel. train station yg menghubungkan kauorang ke airport or tempat-tempat lain yang nak ditujui yang ada tempat-tempat menarik. ada bus stop juga, yg boleh direct access to airport. tapi, yang bus stop  ni kena belajar lebih lagi. sebab, rapidKL pun tak master, nak master bus dekat Korea pula = = 
  • untuk pergi ke hostel ni, kalau dari Incheon airport, kalau naik bas, ambil bus number 6015 lepas tu, berhenti dekat Chungjeongno. kalau naik train pun berhentii dekat nama station yang sama. okey, nak direction lengkap pergi sini. sangat attractive. http://bangranghostel.com/xe/blog/965
  • owner hostel ni, Mr. Seung sangat friendly, helpful and yang paling penting boleh cakap English. nak harap boleh cakap Melayu memang harapanlah kan? HAHA. so, sangat penting kalau owner hostel kita tu leh cakap English, so anything, kita boleh tanya dia sebab kita pun dalam proses belajar juga kan?
  • dari review yang saya baca, ramai juga Malaysian and Singaporean yang dah pernah stay dekat sini. so, ini membuatkan saya lagi confident-lah untuk tinggal disini. tambah-tambah lagi, each review yang saya baca dari Facebook hostel ini, website and blog owner hostel ni, semua orang berpuas hati dan bagi five stars rate dekat hostel ini.so, yep, more confident to try!
  • memenuhi facility yang diinginkan. ada dapur untuk memasak at least, boleh cut budget sebab makanan dekat sana of course, susah cari halal, and maybe kena jadi vegetarian, tapi, insyaAllah kawan di sana akan guide sikit-sikit.maybe satu dua hari, lepas tu bolehlah pergi jalan-jalan sendiri. haha. learning process kan? ada free internet access, either pakai computer yang disediakan disitu atau guna laptop sendiri dekat bilik.free WiFi for the whole building.yeay!
  • toilet adalah keutamaan. bersih. cantik.kemas. sedap mata memandang. oh ya, memandangkan toilet dekat sana jenis lepas buang air, pakai tisu kesat-kesat je, untuk orang kita mesti tak selesa kan dengan budaya tu, so saya syorkan, bawa water spray macam kita guna untuk gosok baju tu. hee!
  • MURAH. oh man, ini memanglah paling utama. dalam banyak-banyak hostel yang saya check, setelah review macam-macam hostel, saya rasa hostel nilah paling murah, condusive dan memenuhi cita rasa. oh ya, ada satu lagi, Korean Youth Hostel. murah 3,000 WON dari hostel ni.tapi, saya kurang berkenan. HAHA.boleh check disini. http://www.seoulyh.go.kr
  • antara facilities lain yang disediakan adalah porch, storage room, personal locker, air-conditioning in all rooms, Korean hot floor heating system, hair dryer, transformer, iron, breakfast supplied (bread, coffee,tea, milk), Seoul traffic card rental (deposit 2,500 WON) dengan map. hee! perfect!

so, untuk maklumat tambahan atau bertanya lanjut dengan owner hostel ini sendiri, Mr. Seung, kauorang bolehlah melawat ke laman web rasmi Bangrang Hostel or Facebook Bangrang Hostel

Bangrang Hostel

397-14 Chungnim-Dong
Jung-Gu
Seoul
South Korea

so, apa pendapat korang semua?
semoga entri kali ni bermanfaat untuk kauorang semua especially yang akan travel ke Korea
sharing is caring. caring is loving :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...