Thursday, March 03, 2011

Home » Angry Bird - siapa cakap game ni tak berfaedah? HA HA HA

Angry Bird - siapa cakap game ni tak berfaedah? HA HA HA

salam ukhuwah,


kauorang mesti tahu game ceria ini kan?
kauorang main tak? main tak? main tak?
eleh tanak mengaku, tapi saya tahu mesti ramai yang main game ni
siapa tak main game ni, dia TAK COOL and TAK COMEL okey
tengok macam saya, saya comel sebab tu main game comel ni
**perasan**

sejak diperkenalkan oleh sedari imiarron ahmad (bukan nama sebenar), saya yang sebelum ni tidak begitu gemar melekat depan skrin layar komputer untuk bermain game, nampaknya kini kembali melekat berjam-jam separuh sedar sebab terlalu khusyuk atau terlalu fokus mengejar kemenangan misi menentang si vavik-vavik hijau yang membengangkan itu (vavik-vavik = khinzir/babi dalam kata lain yang lebih sopan dan comel). eleh, kalau belajar tak boleh pula nak fokus sampai berjam-jam. jangankan berjam-jam, baru buka buku pun dah start menguap yang pertama.macam mana nak fokus belajar macam tu? typical student. jangan cakap kauorang tak macam tu.hipokrit gila. siapa tak macam tu masa belajar, dia memang tak normal. paranoid betul. apa saya merepek dah ni?

macam Hang Tuah lima bersaudara, burung-burung yang terror ni pun berlima juga nampaknya. jangan main-main. mereka ni pahlawan kautahu.

misi permainan ini mudah saja. untuk mendapatkan kemenangan menentang vavik-vavik hijau dengan cara melastik burung-burung pelbagai warna dengan pelbagai aksi masing-masing ada yang boleh terbang macam peluru, ada yang boleh buat u-turn, ada yang macam bom atom jatuh kebaboooooom, ada yang boleh pecah jadi kecik-kecik, yang penting macam-macamlah. tak berapa nak macam-macam sebenarnya, sebab ada lima ekor burung yang handal je dalam game ni. suka-suka kau jelah Aiza tokok-tokok tambah cerita yang burung-burung ni macam-macam sangat.KAH KAH KAH tak kelakar.

siapa cakap game Angry Bird ni tidak berfaedah?

kalau main pada tepat waktunya, berfaedah sebenarnya game ni.kalau nak 24/7 pun nak main game ni dah tak jadi berfaedahlah. hati-hati ya kepada yang baru nak menceburi game ni sebab anda  mudah untuk terkena penyakit Angry Bird Addictive Syndrome (ABAS). jangan kauorang tanya pula nama penyakit ni dekat Encik. Google mestilah dia tak tahu sebab penyakit ni saya sendiri yang cipta. sayalah penciptanya. penyakit ABAS ini boleh bersifat serius atau kritikal apabila seseorang individu tu terlalu fanatik main game ni sampai tak ingat dunia. itu bahaya sebab dah tak ada faedahnyalah kalau kau asyik main game ni tapi benda lain kau tak hiraukan. taksub gila. banyak benda lain yang lebih berfaedah untuk kauorang taksubkan dari bunuh vavik-vavik hijau dengan penuh optimis. bukannya kalau kau bunuh semua vavik tu dapat kereta Lamboghini sebiji. sekadar main untuk mengisi masa lapang itu bagus. sebab game ni bagus sebenarnya tau. tak percaya? tengok ni.


**contoh-contoh semata-mata**

kau tengok tu.kau tengok. ingat senang ke nak membunuh vavik-vavik hijau tu dalam keadaan dia terkepung macam tu. kalau kauorang tak ada imaginasi, kreativiti yang tinggi, mesti kauorang tak dapat menumpaskan vavik-vavik hijau tu dengan begitu style-nya kemudian vavik-vavik tu pun akan ketawa mengekek-ngekek. malu kan? game ni bagus sebab meningkatkan kreativiti pemikiran seseorang untuk membunuh vavik-vavik hijau ini tambahan juga, boleh menggunakan aplikasi fizik yang kita pernah belajar dulu. kauorang tahu projectile motion? HAAAAAAAAAAAAAAAA. kalau projectile motion kauorang tak cukup, masa kauorang lastik burung tu bagi kena kat mereka-mereka ni, maka tak kena dengan tepatlah. lagi sekali, vavik-vavik hijau ini ketawa merengek-rengek. HAHAHAHAHAHAHA lagi sekali tak kelakar.

dah, itu saja saya nak cakap apa faedahnya. sebenarnya banyak. tapi malaslah tulis banyak-banyak nanti kauorang tak asah pemikiran kauorang sendiri untuk mencari faedah-faedah game ni. AHAHAHAHA. so, pendek kata pergilah main game ni untuk kepuasan anda sendiri. kalau anda rasa game ni menarik, teruskan. kalau rasa tak menarik macam main game DOTA, buat tak layan sudah. tapi saya rasa, game ni sesuai untuk perempuanlah.kenapa ya? 

tak ada software nak main game ni?

okey, disini saya sertakan sekali  link-link untuk men-download game Angry Bird ni. anda bolehlah pilih-pilih nak main dekat komputer anda ke, iphone anda ke, ipod touch-touch raba-raba anda tu ke,Android anda yang banyak hormon androgen tu ke atau dalam PSP anda. saya tak  jumpalah untuk Blackberry.mungkin tak efficient kot kalau nak main guna blackberry. keypad kecik. memang tak puaaahhhh.

selamat mendownload! ;)

Angry Bird for PC

Angry Bird for Iphone / Ipod Touch / Ipad

Angry Bird for Android

Angry Bird for Playstation Portable (PSP)
password : pspvn.info


p/s : jangan salahkan saya okey kalau kauorang terkena ABAS. siapa suruh kauorang terpengaruh dengan saya main game ni. HAHAHAHAHAHAHA

2 comments:

  1. wahhh mcm best...tp kalau saye men ni, alamat tak siapla project paper saye nihhh..:)

    meh ke rumah..
    ~a week already~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete
  2. Dda Ly, ahahha. main-main jugak.kerja kerja jugak tau. tapi game ni best sgt. okeylah, kalau stress kerja.ekeke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...