Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO book hotel berharga RM0.14 untuk satu malam? Thank you TuneHotel! | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Wednesday, February 23, 2011

Home » , , , » book hotel berharga RM0.14 untuk satu malam? Thank you TuneHotel!

book hotel berharga RM0.14 untuk satu malam? Thank you TuneHotel!

salam ukhuwah,

itulah orang kata, rezeki tu dimana-mana saja. kita tak minta, dia datang bergolek-golek. kalau diminta, tunggulah lama mana, memang perlukan kesabaran yang tinggi untuk mendapatkannya. tadi, waktu saya agak busan, kepala dah start mendagu atas meja sambil baca slide kuliah, saya godak-godaklah AirAsia. membazir masa. sebab orang masih berpusu-pusu beli tiket. saya dah tak heran dah. lalu saya bukalah tunehotel. saya godak-godaklah harga bilik di Tunehotel JB untuk bulan jun manalah tahu rezeki saya dapat pergi Universal Studio, Singapore. terkejut gila sambil tak tahu nak cakap apa, ini bukan sekadar rezeki, ini memang betul-betul rezeki saya. saya hairan. RM0.14 sen satu malam di Tunehotel, JB. ini penipuan ke apa? mungkin website Tunehotel ni sedikit bengong kan, mana taknya ramai gila orang berpusu-pusu nak beli tiket penginapan dan penerbangan yang murah gila tu. 

click gambar untuk gambaran lebih besar dan jelas

saya refresh lagi sekali, tetap 0.14sen untuk satu malam. saya cuba untuk book dua malam. ye, harganya adalah 0.28sen. saya refresh lagi manatahu website ni cuba bermanja-manja, dan bermain-main dengan saya. ye, tetap 0.28sen. saya terus click booking. dan tertanya, memang 0.28 sen untuk dua malam. HAHAHAHA. memang rezeki kan? Alhamdulillah :) 

tak percaya? tengok booking confirmation ni. LALALALALALA


click gambar untuk gambaran lebih besar dan jelas
tu dia dalam bulatan merah tu. itu saja yang perlu dibayar 0.28 sen untuk tiga hari dua malam.
macam ni, bolehlah saya pergi ke Universal Studio, Singapore
HIHIHIHIHIHIHIHIHI

dah malam, waktu untuk seorang pelajar cemerlang untuk tidur
selamat malam!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...