Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO backpacking - jalan-jalan Bandung ! nak pergi mana ek? Part- II | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Monday, February 07, 2011

Home » , , , » backpacking - jalan-jalan Bandung ! nak pergi mana ek? Part- II

backpacking - jalan-jalan Bandung ! nak pergi mana ek? Part- II

salam ukhuwah,

okey, kali ini saya sambung pada bahagian kedua jalan-jalan Bandung. sebelum ini saya bercerita tentang hotspot-hotspot di area-area bandar Bandung kan? kali ini saya akan berkongsi pula tentang hotspot-hotspot yang menarik and perlu kauorang pergi di Bandung, tapi di bahagian luar bandar Bandung pula. shopping-shopping juga kan, alang-alang dah sampai Bandung, baik kita khatamkan terus Bandung kan, so lepas ni kalau datang Bandung lagi, tak perlulah pergi hotspot-hotspot di luar kawasan Bandung, and fokus pada aktiviti shopping saja di bandar. heee.

KAMPUNG DAUN
Kampung Daun Gallery Culture Cafe
(sumber : google image)


 Wilujeng sumping! dalam bahasa Sunda, yang maksudnya selamat datang. sila abaikan makhluk tatahu malu berdiri tengah-tengah pintu masuk Kampung daun tu.

bila kauorang masuk je dalam Kampung Daun ni, kauorang akan rasakan semacam masuk hutan lipur. kiri kanan akan nampak pokok-pokok hijau merimbun, pastu dengan bunyi desiran air terjun nak-nak tambah pula dengan bunyi-bunyi angklung orang main lagu Jawa. phewwwit. menarik!

bila masuk Kampung Daun, tak sahlah kan kalau kauorang setakat jalan-jalan tawaf satu Kampung Daun sekejap pastu blah kan. apakata kauorang ambil kesempatan untuk berehat-rehat di pondok-pondok kecil yang cantik dan comel ni,, sambil menikmati kehijauan ciptaan Allah.kauorang pun boleh baring tau dekat pondok ni sebab disediakan bantal dan bantal guling you know!

selain dari pondok-pondok kecil untuk berehat-rehat dan makan terdapat juga pondok-pondok kecil macam galeri la atau macam mana nak cakap eh? dia macam tunjuk demostrasilah macam buat kopi jawa ke, masak apa-apa masakan Sunda ke, macam tulah.hee.

lagi pemandangan sekitar Kampung Daun. memang penuh daun saja sekitar kawasan ni.tenang sangat. romantik pun iya jugak.AHAHAHA.

ini juga salah satu contoh pondok yang disediakan di sana. pondok dia memang comel-comel.ada yang lantai kayu, ada yang macam rumah kayu, kena naik tangga sikit macam gambar ni.  kauorang abaikan budak berahaaaaaangan, berposingg sambil mulut terbuka nak bagi lalat masuk kot tu. kat tepi tu nampakkan macam bambu kan? bambu tu digunakan bila kauorang nak pesan makanan, kauorang tak boleh panggil pelayan dia "bro, nasi lemak teh tarik satu!" tak macholah abang kalau panggil waiter macam tu. di Kampung Daun, kalau kauorang nak panggil waiter, kauorang kena ketuk kuat-kuat bambu tu, nanti waiter datang. waiter dia segak kautahu. pakai macam ala-ala Sunda, baju pagoda dengan kain pelekat menyimpang kat badan.phewit.

ini adalah antara makanan yang kitorang pesan masa makan dekat Kampung Daun haritu. harga makanan? susah nak cakap, taklah mahal sangat tapi sekali sekala cuba apa salahnya kan? total bayaran untuk makanan di atas ini adalah 100,000 rp lebih lebih kurang RM40 lebih lah.taklah mahal kan?

makanan dia memang menyelerakan.okey, tengah update blog pun rasa kecur tengok gambar atas ni. oh ya, kalau makan disini, jangan lupa untuk mencuba air cendol dia. sangat sedap and rugi tak try!

lagi pemandangan di Kampung Jawa. cantik kan? cantik kan?

haaa.lebih kurang macam tu lah waiter dia berpakaian.tapi adalah lagi smart, yang macam saya cakap tu, siap kain pelekat menyempang kat badan, pakai pagoda.phewwwiitttt. 
(sumber : google image)

kat sini jugak ada air terjun yang cantik, bolehlah nak celup-celup tangan tapi tak bolehlah nak mandi. air terjun kecik je pun takkan jakun kan? AHAHHA. untuk berangan-angan buat short-drama puteri gunung ledang bolehlah nak berasmaradana bersama. i mean, photoshoot-lah. heee.

KAMPUNG GAJAH

welcome to Kampung Gajah. berhati-hati sepanjang berada di dalam kampung ini, sekali kauorang langgar peraturan atau berperlakuan tidak elok, lantas kauorang akan dipijak sampai lenyek oleh gajah-gajah disini. HAHAHAHA tak kelakar. tipu tipu. Kampung Gajah ni macam pusat rekreasi yang best juga. sebelum kauorang sampai Kampung Daun di puncak bukit, kauorang akan jumpa Kampung Gajah dulu 



papan tanda ni menunjukkan beberapa aktiviti-aktiviti yang di sediakan di Kampung Gajah. keren loh di sini! kapan-kapan kalian free, bisa aja ajak teman-temannya liburan disini! HEEE. anak muda sukalah. cuba ajak mak saya, mesti my mum said "shopping kat FO lagi bagus" KEHKEHKEH




pemandangan di sekitar kawasan Kampung Gajah. jangan risau, tak ada pun gajah-gajah besar-besar belaka disini. 

siapa nak cuba memandu kereta ni, bolehlah mencuba di kampung Gajah. boleh naik berdua atau berempat. best tau naik kereta ni. rasa cam gagah gila. apa yang gagahnya pun tatahulah =='

kalau dalam gambar tadi kan kereta apatahnamadiatah versi orang dewasa kan. anak-anak juga boleh mencuba untuk berlagak memandu kereta ni. tapi, janganlah bapak budak pun nak main kereta ni macam dalam gambar tu. adoi.

kayuh-kayuh angsa sampai sengal kaki pun ada disni. bolehlah kayuh-kayuh manja angsa comel-comel sambil sembang-sembang di waktu petang. letih kot kayuh angsa ni.permainan yang paling tak disukai oleh saya.

tong sampah di Kampung Daun ni sangat menarik sampai tak sampai hati nak melontarkan sampah dalam tong sampah di kawasan Kampung Daun ni. rasa macam nak bawak balik rumah je. dekat IKEA pun tak jual tau jangan main-main

selain berpeluang untuk berwisata atau bersuka ria di Kampung Gajah, kauorang juga berpeluang untuk bergambar dengan budak serba hitam bajet comel tu.eh tak tak. kauorang berpeluang untuk bergambar dengah gahnya dengan gajah besaaaaaaaaar di entrance Kampung Daun ni.

lagi-lagi tentang Kampung Daun dan Kampung Gajah?

  • Kampung Daun dengan Kampung Gajah ni sehala, saya tak ingat nama jalan dia. tapi jaraknya dari bandar lebih kurang 10 KM mungkin, di kawasan bukit-bukit banyak tanaman-tanaman seperti teh, sayur-sayuran, bunga-bunga segar pendek kata macam Cameron Highlands lah
  • dinasihatkan untuk membawa baju sejuk atau sweater sebab memandangkan ia terletak di atas bukit, dan cuaca sejuk seperti di Cameron Highland lebih-lebih kalau masa pergi tu hujan atau sebelum hujan. memang GRRRR.
  • di atas situ juga terdapat hotel dan resort dari yang berharga murah sehinggalah yang mahal-mahal belaka. selain dari bershopping di Bandung, kauorang juga bolehlah menikmati percutian ala-ala tanah tinggi. syok kan!
  • Kampung Daun dan Kampung Gajah dikenakan bayaran untuk masuk, cuma saya kurang pasti harganya berapa.tak ingatlah.salah saya tak take notes haritu.syok sangat bercuti mungkin.hee!
  • sepanjang di jalan menuju Kampung Daun, banyak jual orkid-orkid cantik-cantik.bagi peminat orkid boleh lah beli! mak abah mesti suka pergi tempat ni because they love orkid so much!


TANGKUBAN PERAHU
Tangkuban Perahu merupakan salah satu tempat perlancongan kalau kauorang datang Bandung dengan travel agent, mesti diorang akan bawak pergi sini. Tangkuban Perahu ni merupakan tempat gunung berapi. masih aktif kalau nak tahu.heee.
sewaktu saya ke Bandung hari tu, saya tak sempat ke kawasan ni memandangkan waktu pack tambah-tambah lagi sewaktu tu, pergi untuk menonton Bandung games sebenarnya and tempat ni pun agak jauh, lebih kurang 1 jam mungkin menurut kawan saya, sebab tulah saya tak ke sini. menurut abah dengan mak, diorang pernah pergi sini, kita perlu berjalan kaki agak jauhlah untuk sampai di kawasan kawah-kawan gunung berapi ni.sempat lenguh kakilah jugak.HEHEHE

inilah rupanya kawah-kawah tu.suhu boleh menjangkau 17 darjah selsius kalau waktu siang, and pada waktu malam suhu boleh mencecah 2 darjah selsius tau. nampak je lepak je kan kawah tu, tapi kalau dia meletus, fiuuuuhhh panasnya tuuuuuuu.

okey, sampai disini sajalah untuk jalan-jalan Bandung. insyaAllah saya akan meng-update lagi tentang backpacking. oh ya,mungkin ada satu lagi entri tentang Bandung ni. nantikan okey! saya harap, blog saya membantulah untuk meng-plan tentatif jalan-jalan kauorang :)


4 comments:

  1. yea.. kampung daun mmg superb best..
    dah g.. takde la mahal sgt..

    tangkuban perahu cam rugi jer g.. sakit vontot jer dalam keta.. jalan ntah paper..

    ReplyDelete
  2. ahahaha. betul2. aku tak pergi tangkuban perahu tu sebab dah diberitahu awal2 ngn mak aku toksah la pergi.tp syokla kampung daun. aman gitu.ahhahaa

    ReplyDelete
  3. salam kenal aiza :)

    suka lar dengan blog ni..banyak info leh dapat..ni la gunanyer berblogging kan..boleh berkongsi ilmu hehe..

    sis folo kamu ya..ur 122 follower..u in my bloglist tooo..pasni leh share more entry jalan jalan..ada taik lalat di kaki kan hahaha kita sama!

    ReplyDelete
  4. hai sis :)
    thank u sebab baca blog aiza. tapi mintak maaf sgt, sebab blog ni macam dah bersarang la gak lama x update. ahahha. takpe, will update more soon okey1 :) thank u kak :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...