Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO February 2011 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Wednesday, February 23, 2011

book hotel berharga RM0.14 untuk satu malam? Thank you TuneHotel!

salam ukhuwah,

itulah orang kata, rezeki tu dimana-mana saja. kita tak minta, dia datang bergolek-golek. kalau diminta, tunggulah lama mana, memang perlukan kesabaran yang tinggi untuk mendapatkannya. tadi, waktu saya agak busan, kepala dah start mendagu atas meja sambil baca slide kuliah, saya godak-godaklah AirAsia. membazir masa. sebab orang masih berpusu-pusu beli tiket. saya dah tak heran dah. lalu saya bukalah tunehotel. saya godak-godaklah harga bilik di Tunehotel JB untuk bulan jun manalah tahu rezeki saya dapat pergi Universal Studio, Singapore. terkejut gila sambil tak tahu nak cakap apa, ini bukan sekadar rezeki, ini memang betul-betul rezeki saya. saya hairan. RM0.14 sen satu malam di Tunehotel, JB. ini penipuan ke apa? mungkin website Tunehotel ni sedikit bengong kan, mana taknya ramai gila orang berpusu-pusu nak beli tiket penginapan dan penerbangan yang murah gila tu. 

click gambar untuk gambaran lebih besar dan jelas

saya refresh lagi sekali, tetap 0.14sen untuk satu malam. saya cuba untuk book dua malam. ye, harganya adalah 0.28sen. saya refresh lagi manatahu website ni cuba bermanja-manja, dan bermain-main dengan saya. ye, tetap 0.28sen. saya terus click booking. dan tertanya, memang 0.28 sen untuk dua malam. HAHAHAHA. memang rezeki kan? Alhamdulillah :) 

tak percaya? tengok booking confirmation ni. LALALALALALA


click gambar untuk gambaran lebih besar dan jelas
tu dia dalam bulatan merah tu. itu saja yang perlu dibayar 0.28 sen untuk tiga hari dua malam.
macam ni, bolehlah saya pergi ke Universal Studio, Singapore
HIHIHIHIHIHIHIHIHI

dah malam, waktu untuk seorang pelajar cemerlang untuk tidur
selamat malam!

Friday, February 18, 2011

backpacking - AirAsia 0 Fair!

salam ukhuwah,

kawan-kawan, ada satu benda yang mesti kauorang pasang REMINDER dekat hippocampus otak kauorang masing-masing!


bagi yang kaki-kaki jalan, yang ada tahi lalat dekat tapak kaki macam saya
(sila tengok tapak kaki masing-masing ada tahi lalat tak, kalau ada memang sah kau kaki jalan)
bolehlah duduk termenung depan monitor laptop atau komputer anda
SEBELUM tepat 12.00 malam 22 Februari 2011
ingat, sebelum pukul 12. pukul 11.00 malam, 21 Februari 2011 mesti dah terpacak depan laptop okey!
dan nantikan tiket-tiket freeeeee dari AirAsia
haa, ni saya dah beritahu siap-siap
jangan ada pula kata saya tak beritahu. saya dah ajarkan macam mana nak dapat tiket free. so apa tunggu lagi? grab-lah!


DONT MISS THE CHANCE!
mengapa perlu bayar lebih untuk travel, kalau kita memang tak mampu bayar tiket mahal untuk travel?

Thursday, February 17, 2011

am i a doctor one day?

salam ukhuwah,

Ministry of Health, Datuk Seri Liow Tiong Lai

"The Medical Qualifying Board will assess the housemen and if they do not show adequate clinical abilities and skills during the two years, their service will be terminated as provided under the Medical Act 1977,"
 he said

muka macam ni layak ke nak jadi doktor di masa hadapan untuk negara MALAYSIA?

hai, nama saya Shazwani Aiza saya pelajar tahun ketiga fakultas kedokteran, 
Universitas Sumatera Utara (USU)

saya layak menjadi doktor tak agak-agak awak semua?

nak melayakkan diri untuk masuk ke bidang perubatan dahlah susah, nak jadi medical student pun susah, nak kerja dekat hospital nanti pun susah. apa yang senang sangat jadi doktor ni sampai ramai gila nak jadi doktor? kenapa ramai masyarakat kita selalu cakap, jadi doktor ni senang dapat kerja? semua tu mitos belaka.betul, tak tipu. jadi medical student memang tak ada life kalau kauorang betul-betul concentrate dekat study. please jangan jadi macam saya, i mixed everything. AHAHAHA. so, sebelum kauorang yang medical student tu stress dengan life jadi medical officer nanti, apakata kauorang enjoy-lah sebagai medical student kaw-kaw. kauorang takkan dapat precious time macam sekarang. 

or else, kauorang memang memenuhi kriteria di bawah ini.

Criterias for becoming a Malaysian Govt Doctor. Theres no need for an aptitude test. Students should consider these requirements:
  1. No life outside medicine; this includes dating, sports, clubbing, chores for your parents and visiting the toilet

  2. Not to live with your parents. Move out ASAP as they will never understand the ludicrous working hours that u go through. Furthermore, chores are not suitable for u as to rule No. 1.

  3. Not to be married until completion of all 4 years of Govt Compulsory service as u will be transferred left and right to some of the most remote Govt clinics in Malaysia. Having wife and kids to follow you to your new working area may increase high level of stress on all parties. Furthermore, if your spouse is a Govt Doctor, he/she will also be transferred away from u and no matter what appeal is made, KKM will put up a deaf ear (unless u have big cables)

  4. If married, no to have children until u finish all 4 years of Govt Compulsory service, as to which u and your spouse will not have much time for your child/children or they end up not recognizing u and refer the Indonesian maid as their mother (change in language patterns commonly follow).

  5. To obtain life insurance once your govt service begins as there is not many claims for accidents during work. Don’t be fooled, Doctoring in Malaysia is hazardous.

  6. Able to withstand 36 hours of non stop work and stress without mistakenly labeling Left for Right or uvula for vulva (or Volvo S40)

  7. To buy a car with complete safety features which includes multiple airbags, ABS, EBD, side-front-rear-top-parallel and diagonal impact bars and seat belts to ensure survivability if u are involved in an accident because your driving resembled a drunkard maniac after working in the hospital for 40 hrs non stop.

  8. Constant supply of coffee

  9. Nicotine Patch as u will have the urge to start smoking due to overwhelming stress

  10. Interest in watching medical sitcoms such as House MD, Scrubs, ER, Grays Anatomy and Chicago Hope to inspire u to continue your life as a doctor as the exciting things u see on TV does not resemble the real life of a Malaysian govt doctor.

  11. Not to have any pets or plants (not even cactuses) as u will have no time to feed or care for them and eventually all will end up in your mortuary.

  12. Able to endure the stench of your own sweat as to when 36 hours “on call” does not permit u time to bathe or freshen up.

  13. Able to carry on working without food or water over 15 hours. If during fasting month, able to break your fast with “water for injection” as u had no time to buy food.

  14. Able to come to work with fever/cough/illness or physical disability (sprained ankle etc) as to which doctors do not deserve MCs. 

  15. Able to stand scolding, destructive criticism, kiss ass behaviors, racial bias, finger pointing, scape goating, and in competency from your superiors.

  16. Able to withstand the jealousy when your friends call u up for some fun and ur stuck in the hospital during on call.

The list goes on. These requirements should be sent out to all doctor wannabes and for them to determine if their life coincides with the Malaysian Medical Health service of doctors under KKM.


tapi macam mana pun, bukan Medicine je yang susah. mungkin ada banyak lagi bidang yang susah-susah kat dunia ni cuma tak diberi pendedahan je. susah-susah pun, kalau kita istiqamah, sabar, berusaha, insyaAllah kita boleh berjaya. InsyaAllah. tak perlulah nak bangga kalau kauorang hebat gila belajar, pointer cantik je setiap semester. bidang perubatan bukan memandang kepada pointer dan pencapaian akademik kauorang semata-mata, tetapi juga bidang kemahiran dan skills yang kauorang ada. so, tak perlu bermegah-megah. be inferior and teruskan berusaha yang penting berjaya dalam kedua-duanya. InsyaAllah :)

Dr.House pernah menjadi idola saya sewaktu tak matang dulu yang ketika itu berkobar-kobar gila nak jadi doktor sebab nak jadi macam House =='

bak kata pepatah seorang pelajar perubatan Medan, 

"untuk menjadi seorang doktor, tidaklah semudah dengan menonton ketujuh-tujuh series House M.D"
'Dr-to-be' Shazwani Aiza, M.D

so, untuk itu, wahai cik Aiza, dan rakan-rakan yang lain yang telah menawarkan diri,atau secara volunteer atau terpaksa untuk masuk dalam bidang perubatan atau dalam istilah Indonesia, kedokteran, belajar-belajar juga, enjoy-enjoy juga semoga kita semua bakal menjadi doktor pelatih seterusnya doktor umum di Malaysia dengan berjaya kelak! tamau malas-malas, tamau nakal-nakal.

bak kata pepatah seorang pelajar perubatan Makassar pula,

'we are the young doctors, we are the future doctors!'
'Dr-to-be' Ain, M.D

Wednesday, February 16, 2011

stepmania itu sihat dan cool!

salam ukhuwah,

kalau anda ingin sihat, tetapi malas jogging, terlalu banyak kerja nak buat, sampai mandi pun tak sempat (eh, ada eh manusia macam tu?), apakata kauorang try satu permainan ini, tak perlu keluar rumah, tak perlu nak pergi taman rekreasi jauh-jauh apatahlagi kalau tempat kauorang macam saya, tiada persekitaran yang sesuai untuk berjogging. terlalu sibuk dengan tugas, busy, malas, tak ada masa bukanlah alasan yang paling cool untuk menolak untuk tidak bersukan atau beriadah. dan istilah beriadah itu tak semestinya kauorang pergi taman rekreasi. dalam rumah pun boleh. tak percaya? jeng jeng jeng.

anda hanya memerlukan ini untuk bersenam dengan sihat dan cool!
(sumber : google image)

stepmania (SM) atau dance dance revolution (DDR) bukan saja merupakan permainan yang cool, menarik dan best tetapi boleh juga menyihatkan badan. betul, tak tipu. sekali kau start melompat-lompat je atas tikar menari itu, maka akan berpeluh-peluhlah kauorang. selagi peluh-peluh itu mencurah-curah keluar dari kulit kauorang, selagi untuk lebih banyaklah lemak-lemak akan membakar, dan makin banyaklah kalori yang terbuang. ni hipotesis ke apa? fine. walaupun hipotesis ini belum dapat di-confirm-kan, tetapi telah terbukti oleh saya. pasti berpeluh, pasti sihat!

mula-mula pilih GAME START. tekan pakai kaki kat dancepad pun boleh.

pilih lagu yang anda suka. saya mengesyorkan, bagi yang baru mula nak main, mainlah beginner dulu. yang kotak tepi kiri sebelah tulis IP tu warna biru. dalam gambar diatas ni warna pink

untuk lagu-lagu, kauorang boleh download di webpage stepmania = www.stepmania.com kalau nak lagu lebih banyak, best dan rancak-rancak belaka, saya prefer website www.bemaniastyle.com tapi, before kauorang start search & download, pastikan kauorang sign up as member for FREE dulu okey! ;)

dan mainlah ikut rentak, irama dan lagu terlompat-lompat, terlonjat-lonjat depan laptop sampai mencurah-curah peluh kauorang.pasti sihat!

tengok budak ni main, mesti rasa tercabar kan? HAHAHAHA


kauorang bolehlah dapatkan dancepad berserta installer dan lagu-lagu yang di-pack-kan sekali di website 
dengan harga
RM60 sahaja!
seriously, berbaloi sangat bermain benda ni
at least, angan-angan keinginan nak main dancepad ni dekat arcade zone tu tercapailah jugak kan?
nak main dekat arcade zone macam segan gila nak-nak kalau tak terror sangat main
marilah beli, menari, lompat-lompat dan hidup sihat!

permainan itu tak salah, kalau mendatangkan manfaat. tapi bila ter-overplay tu salah
memang cari nahas, buat kita lupa tugas kita yang lain.
so berpada-padalah. 
iklan apa ni?


Monday, February 07, 2011

backpacking - jalan-jalan Bandung ! nak pergi mana ek? Part- II

salam ukhuwah,

okey, kali ini saya sambung pada bahagian kedua jalan-jalan Bandung. sebelum ini saya bercerita tentang hotspot-hotspot di area-area bandar Bandung kan? kali ini saya akan berkongsi pula tentang hotspot-hotspot yang menarik and perlu kauorang pergi di Bandung, tapi di bahagian luar bandar Bandung pula. shopping-shopping juga kan, alang-alang dah sampai Bandung, baik kita khatamkan terus Bandung kan, so lepas ni kalau datang Bandung lagi, tak perlulah pergi hotspot-hotspot di luar kawasan Bandung, and fokus pada aktiviti shopping saja di bandar. heee.

KAMPUNG DAUN
Kampung Daun Gallery Culture Cafe
(sumber : google image)


 Wilujeng sumping! dalam bahasa Sunda, yang maksudnya selamat datang. sila abaikan makhluk tatahu malu berdiri tengah-tengah pintu masuk Kampung daun tu.

bila kauorang masuk je dalam Kampung Daun ni, kauorang akan rasakan semacam masuk hutan lipur. kiri kanan akan nampak pokok-pokok hijau merimbun, pastu dengan bunyi desiran air terjun nak-nak tambah pula dengan bunyi-bunyi angklung orang main lagu Jawa. phewwwit. menarik!

bila masuk Kampung Daun, tak sahlah kan kalau kauorang setakat jalan-jalan tawaf satu Kampung Daun sekejap pastu blah kan. apakata kauorang ambil kesempatan untuk berehat-rehat di pondok-pondok kecil yang cantik dan comel ni,, sambil menikmati kehijauan ciptaan Allah.kauorang pun boleh baring tau dekat pondok ni sebab disediakan bantal dan bantal guling you know!

selain dari pondok-pondok kecil untuk berehat-rehat dan makan terdapat juga pondok-pondok kecil macam galeri la atau macam mana nak cakap eh? dia macam tunjuk demostrasilah macam buat kopi jawa ke, masak apa-apa masakan Sunda ke, macam tulah.hee.

lagi pemandangan sekitar Kampung Daun. memang penuh daun saja sekitar kawasan ni.tenang sangat. romantik pun iya jugak.AHAHAHA.

ini juga salah satu contoh pondok yang disediakan di sana. pondok dia memang comel-comel.ada yang lantai kayu, ada yang macam rumah kayu, kena naik tangga sikit macam gambar ni.  kauorang abaikan budak berahaaaaaangan, berposingg sambil mulut terbuka nak bagi lalat masuk kot tu. kat tepi tu nampakkan macam bambu kan? bambu tu digunakan bila kauorang nak pesan makanan, kauorang tak boleh panggil pelayan dia "bro, nasi lemak teh tarik satu!" tak macholah abang kalau panggil waiter macam tu. di Kampung Daun, kalau kauorang nak panggil waiter, kauorang kena ketuk kuat-kuat bambu tu, nanti waiter datang. waiter dia segak kautahu. pakai macam ala-ala Sunda, baju pagoda dengan kain pelekat menyimpang kat badan.phewit.

ini adalah antara makanan yang kitorang pesan masa makan dekat Kampung Daun haritu. harga makanan? susah nak cakap, taklah mahal sangat tapi sekali sekala cuba apa salahnya kan? total bayaran untuk makanan di atas ini adalah 100,000 rp lebih lebih kurang RM40 lebih lah.taklah mahal kan?

makanan dia memang menyelerakan.okey, tengah update blog pun rasa kecur tengok gambar atas ni. oh ya, kalau makan disini, jangan lupa untuk mencuba air cendol dia. sangat sedap and rugi tak try!

lagi pemandangan di Kampung Jawa. cantik kan? cantik kan?

haaa.lebih kurang macam tu lah waiter dia berpakaian.tapi adalah lagi smart, yang macam saya cakap tu, siap kain pelekat menyempang kat badan, pakai pagoda.phewwwiitttt. 
(sumber : google image)

kat sini jugak ada air terjun yang cantik, bolehlah nak celup-celup tangan tapi tak bolehlah nak mandi. air terjun kecik je pun takkan jakun kan? AHAHHA. untuk berangan-angan buat short-drama puteri gunung ledang bolehlah nak berasmaradana bersama. i mean, photoshoot-lah. heee.

KAMPUNG GAJAH

welcome to Kampung Gajah. berhati-hati sepanjang berada di dalam kampung ini, sekali kauorang langgar peraturan atau berperlakuan tidak elok, lantas kauorang akan dipijak sampai lenyek oleh gajah-gajah disini. HAHAHAHA tak kelakar. tipu tipu. Kampung Gajah ni macam pusat rekreasi yang best juga. sebelum kauorang sampai Kampung Daun di puncak bukit, kauorang akan jumpa Kampung Gajah dulu 



papan tanda ni menunjukkan beberapa aktiviti-aktiviti yang di sediakan di Kampung Gajah. keren loh di sini! kapan-kapan kalian free, bisa aja ajak teman-temannya liburan disini! HEEE. anak muda sukalah. cuba ajak mak saya, mesti my mum said "shopping kat FO lagi bagus" KEHKEHKEH




pemandangan di sekitar kawasan Kampung Gajah. jangan risau, tak ada pun gajah-gajah besar-besar belaka disini. 

siapa nak cuba memandu kereta ni, bolehlah mencuba di kampung Gajah. boleh naik berdua atau berempat. best tau naik kereta ni. rasa cam gagah gila. apa yang gagahnya pun tatahulah =='

kalau dalam gambar tadi kan kereta apatahnamadiatah versi orang dewasa kan. anak-anak juga boleh mencuba untuk berlagak memandu kereta ni. tapi, janganlah bapak budak pun nak main kereta ni macam dalam gambar tu. adoi.

kayuh-kayuh angsa sampai sengal kaki pun ada disni. bolehlah kayuh-kayuh manja angsa comel-comel sambil sembang-sembang di waktu petang. letih kot kayuh angsa ni.permainan yang paling tak disukai oleh saya.

tong sampah di Kampung Daun ni sangat menarik sampai tak sampai hati nak melontarkan sampah dalam tong sampah di kawasan Kampung Daun ni. rasa macam nak bawak balik rumah je. dekat IKEA pun tak jual tau jangan main-main

selain berpeluang untuk berwisata atau bersuka ria di Kampung Gajah, kauorang juga berpeluang untuk bergambar dengan budak serba hitam bajet comel tu.eh tak tak. kauorang berpeluang untuk bergambar dengah gahnya dengan gajah besaaaaaaaaar di entrance Kampung Daun ni.

lagi-lagi tentang Kampung Daun dan Kampung Gajah?

  • Kampung Daun dengan Kampung Gajah ni sehala, saya tak ingat nama jalan dia. tapi jaraknya dari bandar lebih kurang 10 KM mungkin, di kawasan bukit-bukit banyak tanaman-tanaman seperti teh, sayur-sayuran, bunga-bunga segar pendek kata macam Cameron Highlands lah
  • dinasihatkan untuk membawa baju sejuk atau sweater sebab memandangkan ia terletak di atas bukit, dan cuaca sejuk seperti di Cameron Highland lebih-lebih kalau masa pergi tu hujan atau sebelum hujan. memang GRRRR.
  • di atas situ juga terdapat hotel dan resort dari yang berharga murah sehinggalah yang mahal-mahal belaka. selain dari bershopping di Bandung, kauorang juga bolehlah menikmati percutian ala-ala tanah tinggi. syok kan!
  • Kampung Daun dan Kampung Gajah dikenakan bayaran untuk masuk, cuma saya kurang pasti harganya berapa.tak ingatlah.salah saya tak take notes haritu.syok sangat bercuti mungkin.hee!
  • sepanjang di jalan menuju Kampung Daun, banyak jual orkid-orkid cantik-cantik.bagi peminat orkid boleh lah beli! mak abah mesti suka pergi tempat ni because they love orkid so much!


TANGKUBAN PERAHU
Tangkuban Perahu merupakan salah satu tempat perlancongan kalau kauorang datang Bandung dengan travel agent, mesti diorang akan bawak pergi sini. Tangkuban Perahu ni merupakan tempat gunung berapi. masih aktif kalau nak tahu.heee.
sewaktu saya ke Bandung hari tu, saya tak sempat ke kawasan ni memandangkan waktu pack tambah-tambah lagi sewaktu tu, pergi untuk menonton Bandung games sebenarnya and tempat ni pun agak jauh, lebih kurang 1 jam mungkin menurut kawan saya, sebab tulah saya tak ke sini. menurut abah dengan mak, diorang pernah pergi sini, kita perlu berjalan kaki agak jauhlah untuk sampai di kawasan kawah-kawan gunung berapi ni.sempat lenguh kakilah jugak.HEHEHE

inilah rupanya kawah-kawah tu.suhu boleh menjangkau 17 darjah selsius kalau waktu siang, and pada waktu malam suhu boleh mencecah 2 darjah selsius tau. nampak je lepak je kan kawah tu, tapi kalau dia meletus, fiuuuuhhh panasnya tuuuuuuu.

okey, sampai disini sajalah untuk jalan-jalan Bandung. insyaAllah saya akan meng-update lagi tentang backpacking. oh ya,mungkin ada satu lagi entri tentang Bandung ni. nantikan okey! saya harap, blog saya membantulah untuk meng-plan tentatif jalan-jalan kauorang :)


Sunday, February 06, 2011

backpacking - jalan-jalan Bandung ! nak pergi mana ek? Part- I

salam ukhuwah,

okey kelmarin saya dah promote-promote hotel mana nak duduk kalau pergi Bandung. kali ini saya akan promote or introduce lah dekat kauorang semua kalau pergi Bandung, tempat mana je yang mesti kena pergi. seperti yang kauorang suma maklumkan, pergi Bandung ni memang tak ada benda lain yang lagi penting selain SHOPPING. so, untuk menambahkan budget shopping, sebab tulah saya recommend hotel yang murah-murah tapi selesa. lainlah kalau kauorang pergi Bali, yes,yes, and yes, memang saya suruh kauorang tidur hotel mahal-mahal untuk keselesaan ! ;)

so, sebelum jari jemari giat men-typing tak tahu nak berhenti, baik saya beritahu secara cepat-cepat kat mana je hotspot-hotspot di Bandung.kali ni saya kongsi pengalaman dekat area-area bandar dulu okey ;)

CIHAMPELAS WALK

pintu utama Cihampelas Walk. orang cakap tempat ni agak gempak ala-ala Bintang Walk waktu malam. entah, yang tu tak sure sebab pergi waktu siang-siang.kalau pergi malam, camera tak cukup up nak ambil gambar cantik waktu malam.HAHAHA tak kelakar
(sila abaikan budak tak comel bajet tugu negara depan bangunan kuning tu)

kaki lima Cihampelas Walk. banyak kedai-kedai dekat sini. banyak kedai-kedai makan juga. 

pemandangan sekitar Cihampelas Walk. macam-macam ada kat sini. supermarket ada. fast food macam kfc, jco, texas chicken ada disini. even, bioskop or wayang and karaoke pun ada kat sini.sebabtu lovely live kot waktu malam dekat sini.hee.

bersih, cantik, kemas teratur, aman and selesa jalan-jalan.yang tak selesa duit, sebab kebanyakan kedai-kedai area ni mahal-mahal belaka. tengok-tengok boleh. tidak dikenakan charge

ni the original Jalan Cihampelas. kat sini banyak factory-factory outlet yang kalau kita dongak atas dekat atas kedai-kedai diorang ada banyak patung-patung kartun macam dragon ball, superman, batman, spiderman, BLABLABLABLABLABLABLABLAAHHH
mula-mula saya ingatkan, kalau kedai tu gambar superman, dalam kedai tu jual suma barang-barang superman.rupanya tidak.nama je kedai superman, tapi macam-macam ada dalam ni. murah-murah!

lagi-lagi tentang Jalan Cihampelas?
  • Jalan Cihampelas ni macam main road lah dekat Bandung, bukanlah jalan yang besar tapi di antara jalan yang terkenal dekat Bandung. so, nak naik taxi kan kalian bilang aja, "ke cihampelas,pak!" 
  • petang-petang and especially waktu weekend and cuti sekolah tak kisahlah cuti sekolah Indonesia or Malaysia mesti jalan jam dekat sini.so pandai-pandai adjust masa shopping anda disini.sini kalau jam memang lama, dahlah one way. lu fikirlah sendiri ya. hee
  • kat tepi-tepi jalan banyak jual tshirt-tshirt Bandung murah. dalam 10,000rp boleh dapat. tawar dan tawar dan tawar lagi sampai dapat 8,000rp! AHAHHAHA.and orang cakap,kalau nak beli jeans sini murah.so, apalagi, jenguk-jenguklah harga.
  • banyak hotel-hotel dekat Jalan Cihampelas ni. but, not recommended-lah sebab busy road. mcm tak sedaplah duduk kawasan macam ni. tapi, ada je hotel 3-5stars serata jalan ni contohnya macam Grand Aston, Citin dan lain-lain. yang murah-murah pun ada dong!
RUMAH MODE, JALAN SETIABUDHI


okey, nampak je signboard ni, maknanya kauorang semua di area factory outlet. rumah mode adalah di antara yang popular disana. masa pergi haritu, agak berpusing-pusing ye cari Rumah Mode ni, almaklum jalan-jalan sendiri. GPS tak bawak, nak tanya orang segan.hamek kau.

orang kalau pergi Rumah Mode, takkan sah kalau tak ambil gambar depan entrance dia ni. semua orang mesti ambil gambar kat sini termasuk budak gemuk kat dalam gambar atas ni. GULP

Rumah Mode ni selain daripada kawasan cam best untuk shopping, murah dan banyak barang, tempat dia pun memang cantik gila and banyak landscape-landscape yang menarik untuk ber-photoshoot. untuk kaum Adam, advantage korang kat sini adalah terdapat kerusi-kerusi di luar kedai untuk berehat-rehat sambil menunggu girlfriend ke, bini ke ber-shopping sakan kat dalam.hee

lagi-lagi kawasan sekitar Rumah Mode, Jalan Setiabudhi

lagi-lagi kawasan sekitar Rumah Mode. ada kolam ikan boleh main-main celup celup kaki. eh, tangan. boleh bergambar-gambar, berahangan-rahangan. hee!

lagi-lagi tentang Jalan Setiabudhi?

  • selain Rumah Mode, terdapat juga factory outlet dekat area-area ni. senang cerita, sini memang area factory outlet-lah. murah-murah belaka ecpecially yang branded-branded thinggy!
  • kat sini pun ada hotel-hotel juga. tapi mahal lah. sebab area hotspot yang mahal. hee.
JALAN DAGO

kalau kauorang nampak monumen (eh, monumen ke) tak kisahlah janji tanda macam dalam gambar atas ni, maka korang dah masuk ke area Jalan Dago. area sini pun berlambak sangat Factory Outlet yang best-best. cantik-cantik plak tu. cantik luar cantik dalam, barang-barang pun cantik-cantik.heee!

contoh factory outlet di Jalan Dago

Dago Plaza. tapi, kalau dah datang Bandung wat pe pergi shopping mall kan, kat KL pun berlambak kan. HEHEHEKELEH. senang cerita, Jalan Dago ni macam kat Jalan Ampang, KL. macam uptown gaklah di Bandung. hotel-hotel pun banyak dekat sini. yang penting, ada fulus tinggal check-in saja.HEE

PARIS VAN JAVA

another new hotspot dekat Bandung. sebuah mall yang boleh tahan besar and happening juga. tapi, almaklumlah mall kan. mestilah mahal.tapi kalau nak jenguk-jenguk apa salahnya.banyak butik-butik branded dekat sini. heee! best mall ni!

konsep Paris Van Java mall ni kalau tak silap macam curve lah. dia ada yang open, ada yang dalam bangunan macam tu lah. macam-macam ada dalam ni.heee! yang penting ada Solaria. tempat makan yang saya selalu pergi.sedap, murah, selesa dan buanyaaaaaaaaaaaaak.

dalam mall pun boleh jumpa sawah padi tau.jangan main-main tau

acah jelah. takkan lah ada sawah padi tengah-tengah mall kan.tu sebagai attraction je. replika sawah padi. heee. di centre mall ni.boleh lah kalau nak tangkap-tangkap gambar

yang best kat Paris Van Java ni adalah ada ice-skating which is, in Medan you cannot get this chance,okey. kalau kat KL kita boleh main dekat Sunway kan. kalau kat Indonesia, kita boleh main dekat Bandung and Jakarta! bila lah Medan nak ada ice-skating ni.syiok tau mainn. tapi, kalau tak silap harga dia mahal sikitlah dari kat sunway. tak ingat


another attraction to Paris Van Java, ada cafe Machester United wei! kebetulan masa pergi tu, ada match Manchester main, tak macam semua merah-merah belaka orang-orang dalam cafe tu. semua KAKI BOLA especially Manchester freak okey.harga tatahu. HEHEHE

bersambung lagi di part II nanti!

p/s : kenapa entry banyak pasal jalan-jalan? sebab saya suka jalan-jalan and sekadar berkongsi pengalaman dengan semua orang. :) pengalaman kan untuk dikongsi, mana yang baik diambil, mana yang tak baik buanglah.hee!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...