Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO January 2011 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Thursday, January 27, 2011

backpacking - tips nak dapat tiket penerbangan murah ?

salam ukhuwah,

halamak, lagi sekali saya melakukan kesalahan yang berulang-ulang, yang sama saja dekat blog saya ni. kalaulah blog ni ada perasaan, dah tentu-tentu merajuk lama dah dengan saya. sekali lagi, saya mengabaikan blog ni atas sebab-sebab kesibukan macam-macam tak boleh elak. chewah, cakap macam blog gila gempak tak ingat padahal ptuihhh.  saya sudah kembali ke Medan. perasaan saya? saya hanya jawab, 

"tak apa, 5 bulan je lagi. so happy happy happy!"

cuti semester yang lepas, Alhamdulillah syukur pada Allah saya dapat menghabiskan masa-masa terluang saya dengan best sekali. semuanya samarata. dengan kawan-kawan, dengan keluarga tersayang, dengan terchenta. eh siapa terchenta? tak ada. +___+ Menjadi tradisi diri sayalah, kalau tak jalan-jalan tak cuti, tak Aizalah namanya. ramai kawan-kawan saya tanya, 

"eh kau ni asyik jalan sana, jalan sini, celah mana duit kau dapat? banyaknya duit mak oi boleh ke sana ke mari tiap kali cuti?" 

adalah rahsianya. nak berjalan kena bijak, yang mana boleh di cut cost, kan lagi bagus kan? boleh dilonggokkan cost-cost tadi tu ke cost shopping. bijak bukan?


anda pernah ternampak advertisement macam ni?
anda pernah tertanya-tanya, merungut, merengek, kenapa tak dapat tiket murah macam Aiza dapat?
meh kita berkongsi sikit-sikit. ;)

selalunya, saya akan pergi bercuti bila ada promosi-promosi syarikat penerbangan saja. setakat hari ini tiba-tiba terberangan nak pergi, minggu depan dah terbang tempat yang diberangankan, memanglah JANGAN HARAP. tambah-tambah lagi, saya bukanlah bergantung 100% pada ibu bapa saya sebaga penaja rasmi jalan-jalan suka-suka hati saya. oh tidaklah. jangan haraplah mak abah saya nak support.banyak cantik punya muka anak aku ni ingat mak cop duit ke dekat bank tu? okey, itu ayat mak saya selalu beritahu saya, actually tu unsur nasihat.nasihat ke? lalalala. tapi, orang cakap, demi minat bukan? nak lah tempoh juga onak badai nak berjalan-jalan. maka, sendiri punya target, planning dan stratergy-lah untuk merealisasikannya. jauhnya aku menyimpang dari tajuk utama.sebab itulah saya malas nak menulis blog. jauh ke laut dalam saya bergebang.

tiket penerbangan murah, macam mana?

haa.salah satu trick saya cut cost untuk berjalan-jalan adalah dengan meng-aim promosi-promosi besar-besaran yang diadakan contohnya promosi dari si merah AnginAsia, si api terbang dan kapal terbang Malaysia. selalunya, saya akan aim dari si merah AnginAsia. tiap-tiap tahun, pasti mereka akan mengeluarkan promosi tiket flight 0 fair. 0 fair tu, taklah bermakna kauorang isi borang, lepas tu tinggal tunggu hari nak terbang lepastu duduk dalam flight, trus tunggu sampai di destinasi masing-masing tanpa bayar satu sen tu. pastilah tidak. 0 fair itu bermakna, tiket penerbangan anda SAHAJA yang percuma, tetapi, masih lagi perlu membayar Airport Tax dan charge-charge yang lain seperti cabin luggage, makanan dah sebagainya. harap faham disini. hal ini kerana,ramai yang bising-bising, mengutuk-ngutuk si merah AnginAsia ni selalu tipu orang ramai kata sahaja 0 sen, tapi still kena bayar mahal. macam tiket biasa. tak-tak. tu salah tu. nak free sepenuhnya, kenalah beli jet pejuang sendiri kan? manalah ada yang percuma dekat dunia ni. please, faham. (okey, saya tak bias atau membodek si merah AnginAsia okey!) nak dibandingkan harga tiket biasa, dengan harga 0 fair, memang berbeza. seriously berbeza dan banyak cost yang dah boleh di cut. tak percaya? tengok harga ini, dengan harga tiket yang saya beli semasa Borneotour 2010 tahun lepas, dibeli sewaktu promo 0 fair.

harga tiket promo 0 Fair 


harga tiket biasa


dah percaya? apalagi, rebutlah peluang dalam promo-promo macam gambar bawah ni. mana tahu rezeki anda? oh ya, lagi satu trick nak beli tiket 0 fair, kalau advertisement dia tulis contohnya macam gambar di bawah ini
maksudnya, promosi bermula tepal pukul 12 malam pada 9 Nov 2010. saya nasihatkan anda semua kan, sebelum jam 12 malam kauorang mesti dah terpampang tunggu depan monitor menantikan promosi ni. promosi ni berpegang pada prinsip, 'siapa cepat dia dapatlah'. so, the more earlier you can get through the web, the more higher the chance you can get the ticket. orang selalu mengadu,
"eleh, nama je 0 fair, tapi tak 0 sen pon. takde pon tiket 0 sen macam si Aiza cakap tu?"
ha sebab tulah saya cakap tadi. contohnya, promosi tu start 9 Nov, tapi 10 Nov kauorang baru nak geledah website AnginAsia ni, memanglah tak dapat dah 0 sen sebab tiket 0 sen tu memang sangat LIMITED. lagi satu, almaklumlah benda free, semua berebut nak beli so sewaktu meng-surfing nak beli tiket pada awal-awal jam tu, mesti webpage slow-lah, not responding-lah.sabar okey,sabar kan bagus, mana tahu ada rezeki? bersabar k ;)

RedAlert tu apa eh? apa lampu merah ni?

oh ya, lagi satu tips untuk mendapatkan promosi-promosi macam ni, kauorang jadilah ahli AnginAsia tu dengan meng-click sign up, dan sign up untuk RedAlert. fungsi RedAlert ni adalah, kalau ada promosi-promosi apa-apakan, kita dah tahu dahulu dari orang-orang lain yang tahu menerusi surat khabar ke tv ke (eh ada ke iklan tv) or tertekan webpage AnginAsia tu ke.so, bolehlah korang budget-budget dulu, and stand by untuk grab tiket..selamat mencuba!

nantikan tips-tips backpacking yang lain. oh ya lagi satu, saya bukanlah travel agent atau syarikat apa-apa berkaitan dengan jalan-jalan, apatah lagi staf AirAsia-lah, Fireflyz lah, MAS lah nak promote-promote kan. oh tidak-tidak. saya hanya berkongsi pengalaman dan petua-petua berjalan je. hee!


Wednesday, January 05, 2011

backpacking - makassar pula kita terjah!

salam ukhuwah,


selain dari makan, makan dan makan, saya juga suka berjalan-jalan macam omputih cakap travelling. saya suka pergi tempat orang. tak kisahlah mana-mana pun janji bukan tempat saya. InsyaAllah, Jumaat ini, saya bersama dengan kawan-kawan akan ber-backpacking ke timur Indonesia yang agak jauh dari tanah semenanjung Malaysia. Makassar atau nama lainnya, Ujung Padang (no wonder nama dia ujung padang, memang berada di hujung dunia dekat-dekat Papua New Guinea) merupakan suatu bandar yang terletak di kepulauan Sulawesi Selatan, Sulawesi Indonesia. haa, kira-kira dia ni terletak antara kepulauan borneo dengan Australia-lah lebih kurang. jauh perjalanan mengambil masa tiga jam setengah, tak termasuk kalau-kalau pilot flight men-drive kapal terebang sepantas kilat. satu-satunya syarikat penerbangan yang sampai ke Makassar, dari Malaysia umumnya, Kuala Lumpur khususnya, adalah AirAsia - Now Everyone Can Fly. kalau agak-agak kauorang allergy naik kapal terebang merah ni, and ada plan nak naik MAS Airlines - Fly With Style yang superb tu, jangan beranganlah. memang tak ada, okey.


kenapa memilih Makassar sebagai next destination?

sebab saya nak pergi Makassarlah.HEHE. oh tak tak. memandangkan tahun ini, tahun terakhir saya berada di Indonesia, maka, eloklah kita habiskan berpusing-pusing sekitar Indonesia dengan cepat-cepat sebelum kembali ke Malaysia untuk meneruskan pengajian di Pulau Pinang untuk clinical year. dah masuk clinical year nanti, jangan haraplah kaki nak lenguh-lenguh mengukur dunia. ukur satu hospital 24/7 pun tak tentu lagi boleh gagah. oh, maka agak boring ya kehidupan saya di clinical nanti. spital, spital,spital. tapi tak apalah.demi cita-cita, passion, impian kecik-kecik selalu main doktor-doktor kugagahkan jua! okey, mengarutnya panjang lebar tak kuasa mak nak baca.proceed! selain daripada tu, saya juga berhajat untuk menjengah kawan-kawan saya yang terpisah setelah program persediaan luar negara, Pre-Medical Studies sewaktu di ACMS dulu. majoriti kami dihantar ke Medan, dan mereka terdiri dari 10 orang terlepas ke Makassar. satu hujung barat, satu hujung timur. kesian kan? rindu dengan diorang, sebab diorang best. sewaktu di ACMS dulu, agak rapat dengan mereka sebab mereka best. best yang sangat best. takleh nak cakap cemana best-nya diorang. okey, kipas-kipas diorang minta belanja nampak, Aiza?


oh ya, tiket penerbangan saya cuma RM35 dari AirAsia - Now Everyone Can Fly. tak percaya? kena percayalah! saya akan melakukan pengembaran bila ada tiket murah je. kalau tak ada, alamatnya memanglah duduk melanguk kat Medan baca buku jelah, kononnya. kalau tiket mahal, mana mampu. saya pun bukan anak orang kaya, kerja pun belum, duit pun tak ada lagi tinggi menggunung. macam mana rahsia nak dapatkan tiket murah? nanti saya beritahu dalam entry seterusnya dan tips-tips lain dalam backpacking dan travelling.nantikan ya! 

Tuesday, January 04, 2011

asam pedas oh!

salam ukhuwah,

sejak duduk rumah ni, hari-hari makan sedap. apalagi, mestilah makin membulat macam bola. hari-hari makan sedap tambah-tambah lagi, hari-hari dapat makan asam pedas. wow, heaven-nya rasa hidup ni kau tahu bila dapat makan asam pedas. kat Medan mana ada asam pedas? nak harap saya masak? boleh memang boleh. tetapi, pengalaman saya mencuba masak asam pedas beberapa kali disana, tak pernah mendapat asam pedas macam mak ab
ah masak. tambah-tambah lagi, jenis ikan yang agak LIMITED di sana, membuatkan rasa asam pedas tu lagi tak sedap. asam pedas yang paling sedap pada saya adalah asam pedas ikan duri, ikan semilang, ikan pari.siapa setuju angkat kaki cepat! asam pedas dan saya agak sinonim dikalangan keluarga, saudara-mara dan rakan ketat. saya tak tahu kenapa saya suka sangat-sangat asam pedas, tetapi, seriously yer, saya tak pernah jemu dengan asam pedas. kenapa suka asam pedas? TATAHU. describe suka?

kenapa asam pedas?


kenapa asam pedas bukan kari, bukan gulai Kedah (ehemm..), bukan ayam lemak cli api, bukan pecel lele blablabla? sebab asam pedas menjatuhcintakan saya pada asam pedas.apa ayat saya ni? maksud saya, aroma, bau, rasa asam pedas sudah cukup mencairkan hati saya. tak kisahlah asam pedas bentuk macam manapun. mungkin, sebab saya orang Johor? yelah, kalau orang selatan ni, suka asam pedaslah, kalau orang nogori, suka lemak cili api, kalau orang Kedah, suka gulai Kedahlah. typical kan sebab dibesarkan dengan lauk itu, maka lidah ni memang peka dekat lauk tu jelah.seperti saya, mungkin asam pedas tidak akan pernah lekang dari juadah wajib saya berbanding lauk-lauk lain berbeza pula dengan orang Kedah atau Negeri Sembilan, Gulai Kedah dan lomak cili api mesti always in heart, kan? kalau sayakahwin dengan orang bukan Johor pun, saya tak peduli. asam pedas tetap lauk utama hidang atas meja. kena makan juga! HAHAAHA


apa yang menarik tentang negeri Johor (ehem, nak kipas-kipas Johor ni kenapa?) adalah anak-anak daranya yang cantik-cantik belaka. like me? eh, tidak. memanglah anak-anak dara dia cantik-cantik belaka, tetapi yang lebih menarik dari itu, Johor ni seakan-akan syurga makan
bagi orang-orang yang suka makan macam saya. (no wonder kau tembam montel,Aiza =='). so, kalau nak rasa pelbagai makanan sedap-sedap sampai termimpi-mimpi, atau mungkin sampai tidur pun mengigau, boleh pula makan sambil tidur tu, marilah datang Johor. eh, saya tak cakap tau masakan negeri lain tak sedap. bukan-bukan, maksud saya, Johor diantara negeri yang buaaanyak makanan best-best. percayalah. ceruk mana pun datang kat negeri ni, mesti ada makanan. kitorang ada laksa Johor, otak-otak kempas yang syiok gila, mee bandung Muar, nasi beryiani gam Batu Pahat, telur pindang, and banyak lagilah (takkan nak senarai semua kan?). yang paling penting, asam pedas! apa beza asam pedas Johor dan Melaka? mak saya cakap, beza dia kepedasan, kemasaman, dan kepekatan lauk dia. entah, saya tatahu. tapi yang penting, memang berbeza. hee.

okey, kalau nak senang lagi, kahwinlah dengan orang Johor agar anda mendapat privillage untuk makan makanan sedap-sedap hari-hari tak perlu sampai mengigau makan kat dapur masa tidur. eh, saya tak bermaksud kenen-kenen dengan saya tahu! orang Johor tu buaanyakk.so pilihlahhhh. heeee!



p/s : sejak cuti ni asyik rasa nak makan je. tak lapar pun nak makan juga. lapar pun memanglah akan makankan. bahaya ni.habislah =='

Monday, January 03, 2011

kini saya kembali!

salam ukhuwah,

fiuh saya tahu saya dah lama meninggalkan dunia blogging ni. hampir berpencen dalam dunia blogging. tetapi hasil desakan rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu memujuk saya kembali berblogging, maka, okeylah saya kembali berblogging. oh ye, SELAMAT TAHUN BARU SEMUA. *sangat dah berlapok,okey!*



angan-angannya, nak siapkan blog ni sebelum 1 Januari yang lalu. tapi, akibat beberapa faktor seperti berpenyakit M, menangguh, sudah buta IT, banyak kerja (padahal duduk rumah, melingkor je kejenya), maka, tak jadilah nak melahirkan blog berwajah baru ni. alhamdulillah, berkat usaha tangga kejayaan dan bersengkang mata beberapa hari, maka lahirlah blog saya kali ni dengan wajah yang baru. memang ikutkan angan-angan saya, (banyak betul kau berangankan,Aiza?) saya nak menghasilkan blog yang boombastik-kebaboom-fantastik macam penulis-penulis blog handal yang saya kenali. tetapi, sejak meninggalkan hampir setengah tahun dunia penulisan blog, saya agak ketinggalan jauh, dan banyak ilmu tentang penghasilan blog perlu saya update. lagipun, saya memang malas nak buat blog canggih-canggih.nanti orang jeles. bluwek!

InsyaAllah, saya akan cubalah sentiasa update blog ini dari masa ke masa agar blog ni tak kembali usang bersawang macam dulu tu.pejam celik, pejam celik hampir tujuh,lapan tahun saya menceburi dunia blogging.kalau zaman dulu-dulu, zaman tok kadok baru-baru kenal internet, dunia blogging ni agak jarang ye dikenali orang ramai. hanya segelintir seperti kutu rumah yang tahu melingkar macam saya ni, ha, rajinlah berblogging. sifat penulisan blogging dulu, rata-rata saya lihat lebih kepada bentuk penulisan peribadi, ala-ala macam kau tulis diarilah dalam kertas testpad pastu kau binding jadi buku nak jimat duit dari beli diari sepuluh hengget.macam tulah. tapi kini, sifat penulisan blog tu macam-macam ye kawan-kawan. dari bentuk peribadi, kesihatan, dunia IT dan gaming dan sebagainya. pendek kata, sekarang ni tak mainlah buat webpage-webpage. guna blog pun dah kira up jugalah bila jadilah blog tu macam webpage yang hebat. yang saya lebih kagum, anak-anak muda belasan tahun lagi hebat memanipulasikan gaya blogging, berbanding saya yang agak jauh terselit bawah tempurung ni. aihs!

sudahlah, saya ni kalau dah start menulis entry, memang tak kenal erti noktah. baik saya cepat-cepat tamatkan entry ni sebelum readers semua buat muka mata garfield letih scroll kebawah ==' , budak ni tulis blog macam tulis karangan lima enam muka surat. so, any suggestion, kritikan,kutukan, pujian ke bolehlah kemukakan. mana-mana pujian tu, bolehlah kembangkan hidung saya. mana-mana kritikan kutukan tu, kalau membina, bolehlah saya ambil sebagai langkah untuk membaiki lagi, kalau yang kutukan menghentam tak puas hati tu, nak gaduh ke? jomlah kalau berani! yeargh!


oh ya, selamat kembali bersekolah dan memulakan hari persekolahan untuk adik-adik yang bersekolah, dan untuk kakak abang yang pulang ke IPTA tu! (saya masih ada lagi 20 hari bercuti.jangan jeles!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...