Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO April 2010 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Wednesday, April 21, 2010

tomyam.halfway

hai. bertemu kita kembali
setelah agak beberapa hari macam tak ingat ada blog sendiri
baca blog orang rajin.blog sendiri terbengkalai
hari ini saya cuba usaha untuk rajin meng-update
walaupun tiada apa yang menarik untuk hari ini dan semalam-semalamnya
terima kasih

currently condition : SAYA LAPAR
bila reseptor lapar saya dirangsang
maka mulalah ada respon parasimpatetik ke atas diri saya
belajar jadi lemah gemalai.senang cerita, malas.
badan tak terbangun dari katil samalah juga ertinya tido saja
eh, tipu tipu.siapa cakap kau tak bangun dari katil. ni kau taip ni atas meja study ni?
kemudian, kemudian, mulalah saya terbayang-bayang makanan sedap-sedap
terbau-bau. terngiang-ngiang. macam ibu mengandung yang mengidam
maaf, saya tidak pregnant.
im not married yet. nanti saja, okey?

saya mengidam tom yam
okey, saya ulang. saya tak pregnant. pregnancy test negatif!
saya teringin je. makin jadi-jadi reseptor nafsu makan saya mengada-ngada
kalau boleh, saya nak tom yam mak atau abah saya masak
kalau boleh, nak mak poskan pakai DHL sekarang juga
sebab saya nak tomyam yang sedap
tetapi, sejak pandai masak ni. EHEM. pandai ke?
yelah, sejak berani mengangkat diri ke dapur dan beraksi
sekali mengidam, tiada masalah lagi.
chewah.chewah.chewah

sebenarnya, nak beritahu
saya masak tomyam campur
lebih precise, hari ini dinner spagetti tomyam
kau jangan gelak. ingat tak pernah wujud ke spagetti tomyam?
be creative. kalau chef wan boleh mengeluarkan idea-idea pelik buat resepi
why not yourself kan? be creative.ye ye.creative di dapur

pandangan depan : tak begitu menarik. don't judge a book by its baju okey. belum cuba belum tahu.sekali cuba, nak lagi baru tahu. okey, salah.

pandangan helicopter : masih tak nampak menarik. tapi sedap.percayalah.

sedang hebat beraksi di dapur
sekali gas dapur habislah
okey, muka yang girang riang ria memasak terus tukar jadi ketat gila
BENGANGNYA RASA
tapi tak mengapa. mujur tomyam sempat termasak.termasak?
tetapi, spagetti tak sempat nak direbus
maka, makan saja tomyam campur macam tu saja

cepatlah balik.lapar. jomlah makan. sob-sob-sob-sob


Tuesday, April 13, 2010

kreatif.bukan?

salam ukhuwah,

siapa cakap budak medic ni
dalam bahasa lebih rapinya, pelajar perubatan ni
tak kreatif-kreatif belaka?

kami mahasiswa kedokteran
(loghat indonesia pulak dah budak ni)
bukan saja bijak, pandai, rajin dan berwibawa tinggi
malangnya, kenapa saya tak termasuk dalam mahasiswa kedokteran yang keren tu ya?
AHAHAHAHAHA

kauorang fikir budak-budak medic ni
rigid.straight.ulat berbulu.ops.ulat buku. skema eh?
tidaklah. tidak sama sekali. kita semua sama.

inilah buktinya

contoh pertama

contoh kedua

bukan setakat kreatif di helaian kertas
kulit badan pun dijadikan kertas untuk meluahkan bakat terpendam
kreatif kan?

ini sebenarnya adalah hukuman kepada mereka-mereka yang tidur sewaktu kuliah dijalankan
terima kasih

okey sebenarnya saya dalam kondisi
"syuh syuh problem go go away"
muka saya dah ketat Grade II
saya bukan ada keinginan memuncak nak marah atau memekak
tapi sedih. serabut. buntu.
makan banyak-banyak sedap ini
kata nak kurus, Aiza?
okey.salah-salah

kawan-kawan, doakanlah masalah saya dapat diselesaikan dengan mudah dan segera
Ammin



Monday, April 12, 2010

alkisahnya.LAPA?

salam ukhuwah,
anda LAPAR?
betul anda lapar?
marilah, saya belanja makan.
lihatlah gambar-gambar di bawah ni
jemputlah 'makan'
EHEHEHE


saya nak buat kari kepala ikan
sekali terjadilah gulai kepala ikan
saya tak pernah tahu pun gulai tu bagaimanakah rupa dan rasanya
maka, inilah yang terjadi
"gulai mix kari kapala ikan dei"

mengiurkan.menyelerakan dan melelehkan air liur?
dam di dam di dam dam dam

saya tak ada bakat memasak.
kan sebelum ni saya pernah cakap. saya handicap memasak
tetapi now saya boleh kira hebat beraksi campak-campak di dapur.hoiyeh
boleh kahwin
ops.salah

sebenarnya saya rasa tekanan sekarang ni
tatahu kenapa.idiopathic
nak menjerit kuat-kuat tapi macam mencari publisiti murahan pula
dahlah.diamkan diri sajalah
bersurai dulu kawan-kawan

Wednesday, April 07, 2010

peristiwa.subuh

salam ukhuwah,

breath in.breath out.
im still alive. Alhamdulillah.syukur
Allah memberikan saya peluang untuk hidup lagi
bersyukur sangat. speechless dengan apa yang berlaku pagi tadi

tepat 5.15 pagi WIB
exactly 1-2 minutes after azan berkumandang
exactly after ayat terakhir azan "Lailahaillallah" berakhir
bumi bergoyang. lebih specific lagi, bergoncang
seakan-akan seorang mak, menggoncangkan anak-anaknya yang ramai serentak
sangat kuat. gegaran yang unexplained.
seriously. tak tahu nak explain macam mana. but it's really scary

dalam kucar-kacir di subuh hari
dalam kelam kabut menuruni tangga macam tangga tu atas ombak laut yang kuat
dalam hati ini asyik tertanya-tanya saja
"Ya Allah, sempatkah aku bertaubat? sempatkah aku solat subuh?"
air mata memang berjuraian perlahan. adrenaline shot. denyutan jantung kencang
seriously speechless. tidak ada satu barang pun sempat nak grab dan bawa turun
hanya berbekalkan iman yang tak sebanyak mata. ketakutan yang memuncak. kesedihan yang unexplained

kami berkumpul di bawah.di luar rumah
ketika itu semua kelihatan macam blur-blur
walhal, saya ketika itu seperti dikejar hantu. takut teramat
trauma. menakutkan. rasa bergegar-gegar dan terhuyung-hayang
saya mendiamkan diri.speechless.kelu tak berkata
apakah ini balasan atau petanda atau amaran dari Allah untuk kita semua
atau pun apa saya pun tatahu
saya syukur sangat.selepas setengah jam. kembali normal
tapi saya?
saya masih lagi tak normal. trauma.
situasi saya alami ketika itu sangat mirip dengan mimpi saya sebelum ni
saya makin speechless.
Ya Allah, apa semua ni?

apa-apapun
pengajaran disini
jangan lambat-lambatkan solat.
saya sendiri mengaku, saya pun selalu melengah-lengahkan
tetapi, hope lepas ni. saya cuba meminimalkan tabiat saya melengah-lengahkan sembahyang
anda bayangkan
hanya saya lambat 1-2 minit selepas azan
dikejutkan dengan gempa bumi
syukur tiada kemalangan jiwa berlaku
saya masih lagi sempat solat Subuh setelah itu
kalau Allah tak bagi kita peluang?
Nauzubillah

walaubagaimanapun
disaat saya terus kelu dan speechless.terdiam.takut.ngeri
hati terus beristigfar.tak henti-henti hati berselawat
ada segelintir masyarakat anggap remeh tentang gempa bumi macam ni
iya, saya tahu. gegaran tu hanya 'tempias' dari gempa bumi di Acheh
tapi, tidakkah anda rasa ini suatu amaran dari Allah yang tak boleh dianggap main-main?
besar sangatkah kuasa anda sampai setakat gegar macam tu anda tak rasa takut sedikit pun
dan masih mampu bergelakan?
manusia akhir zaman
tak takut akan semua ni kot
Ya Allah, lindungi aku Ya Allah
seriously.peristiwa subuh tadi betul-betul mencemaskan
membuka mata dan minda saya
dan menjadikan saya lebih alert
ampunilah aku, Ya Allah

p/s currently pysically and mentally distress.trauma.i wanna go home.please :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...