Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO November 2009 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Saturday, November 28, 2009

terima kasih.kerana.meng-MDD-kan.saya

salam ukhuwah,

saya tidak mampu lagi berfikir positif
minda ni cukup tepu dengan kata-kata "Aku Sampah"
rasa semacam nak end up medicine
rasa semacam nak end up life
rasa semacam nak laburkan semua duit untuk fakir miskin
rasa semacam nak gila lagi bagus

bertafakur sejenak
**astagfirullaha'azim**

akhir kata,
budak tengah depressi nak final paper memang macam ni
ditambah lagi depressi yang memang ada tak pernah ada titik noktah
cam nilah

saya menegakkan diagnosa disini
Shazwani Aiza Mohd Tahar
mengalami "Major Depressive Disorder"
bukan main-main.ini kisah benar
terima kasih kepada "mereka" yang menyebabkan saya begini
sampai patah hati dan organ yang lain.

kelebihan doktor : boleh diagnose penyakit sendiri.cool gila kan?

4-22 disember 2009
musim budak-budak medic USU mengawan dengan buku
salah. berkawan dengan buku




Monday, November 23, 2009

i.need.a.vampire

salam ukhuwah,
i need a vampire
i need a vampire to fell in love with
he will be forever next to me untill the last breath of mine
i'll die and leave him alone
but he don't. he will live for years don't know when will stop
(unless, he'll kill by warewolf atau adalah mamat yang jealous pastu bunuh dia dengan paku kayu. adalah seseorang tu beritahu saya dengan belagaknya ==|)
i sacrifies my blood for him.my heart.my soul
he sacrifies his life for me. the rest of his life for me.no pause.
can a vampire turning himself in front of me now?
i need a vampire
i'll forever with him untill the last breath of mine
because i'm afraid of loneliness. i know he's the best medicine to cure.
can somebody be my vampire?
can somebody come into my life, suck my blood and be my vampire forever?
can somebody be the cure of my sickness
my weakness, my boredom, my sorrow?
you give me "life". i'll give you blood.
a fantasy love with vampire
that's what i need now. i hate human love story.its fake.

nak vampire muka semacam ini tau.
tanak edward cullen
i don't scream hysteria-pathetically for edward cullen.
i do faint-ing for damon
Ian Somerhalder

kawan-kawan,
kesimpulannya di sini
penulis blogger ini GILA
mengapa dia gila?
sebab shakir telah buat penulis ini ketagih tengok "Vampire Diaries"
dan dia tidak lagi berperasaan bercinta dengan manusia
sebab manusia lagi kejam dari vampire.HAHAHA.sangat salah kan?
only with vampire
bukan raja bersiung.tapi vampire
pe barang zombi kampung pisang
(merujuk kepada siapa yang mencarikan zombi kampung pisang untuk saya)

okey, i have erm
finger counting sat
2 days more for Malaysia-hunting
11 days for dramatically-hated-weeks-of final examinations
so, i've 60 subtopics. and now, im in 6 out of 60 topics
OMG. please aiza please.shut down the vampire diaries thingy
get back to study.
duduk diam-diam dalam bilik.study.jangan tidur
wait, ada soalan
bila twilight saga, new moon nak keluar di Medan ya?
anyone has idea when it will?
dahhhhhhhhhhhhhhhh. no more vampire thingy!
keyboard-ing OFF!


Wednesday, November 18, 2009

donut.punya.ceritalah

salam ukhuwah,

Jco lah paling hebat kat Medan ni, selain dunkin donut.
donut memuatkan badan. salah. memuakan

entah kenapa kan,
tiba-tiba si bolat ini teringin makan donut
dahla memang bulat, tembam, bola, pelampung.
semua yang berbentuk bulat dan sefera merujuk kepada diri saya
pastuh teringin makan donut
padahal saya bukan seorang yang obsess terhadap donut
saya dah cukup DONUT pun nak makan donut lagi
memang saya suka ternak lemak berlebihan
sendiri gemuk sendiri tanggung.

bila makan donut ni
teringat hero saya dalam keluarga saya
siapakah? bukanlah teman lelaki saya.
teman lelaki? sangat undefined. diamkan saja.
eh, kamu ada teman lelaki ke, aiza?
kalau ada pun kenapa? salah? diam. tunggu kad jemputan sudah
jangan jaga tepi kain saya. nanti saya kawin sila datang merewang
(merewang - iki jowo means bergotong-royong)
hero saya tu anak sedara saya yang lelaki tu
siapakah dia? imaduddin
lihat gambar di bawah. sila jangan jatuh hati.
saya tahu dia comel macam saya. like makcik like nephew-lah

see, like makcik like nephew-lah. kenapa saya asik ulang ayat ni ha?
tak, saja nak beritahu. makcik dia comel sebab itu anak saudara dia pun comel
okey, sila jangan muntah. terimalah hakikat okey.

budak ni memang obsessed donut
kau bayangkan jelah. umur baru 3 tahun tapi makan donut macam 12 tahun
dia ni memang. tak makan makanan murah
kek sponge tidak mahu. secret recipe mahu
memang like makcik like nephew-lah
(kenapalah kau ada genetik makcik kau yang nih)

kembali ke cerita donut
sebab dudin lah saya teringin makan donut
saya pernah dibuli dudin beli donut sampai rm30
okey, tanak ungkit. nanti abg saya baca blog ni. dia ungkit
lagi panjang list dia nak claim. shut up, aiza

apa cerita pasal donut ni? busuklah entry ni. menggemukkan

minggu depan saya balik.yeay!
**kan dah beritahu entri sebelum ni? ==' **
so, sebelum saya pulang berfoya-foya di Malaysia bersama family
saya kenalah berfoya-foya dengan study semabuk mungkin
4 hb saya dah start exam. Exam block peads
then, lanjut terus dengan final semester yang banyak gila kena go through
sampailah tarikh 22 disember 2009
lepas tu cuti sampai 24 januari 2009
lepas tu, saya pun melangkah semester IV
yeahyeah. im expecting to be a doctor one day.yeay!
ada orang tu baru nak start semester 1. selamat bersejuk winter :P
maka, pergilah mabuk dengan buku, aiza
tutup blogger[dot]com SEKARANG!
klik publish post
selamat tinggal readers! im dying.
GULP

Tuesday, November 17, 2009

marathon.cinema.movie-ing

salam ukhuwah,

kawan-kawan
marilah menjayakan kempen bulan "cinema movie-ing"
hoi kau, aiza. kau fikir ini kempen membaca?
tiada faedahnya la kempen kau tuh.
sila keluar dari sini.jangan mempengaruh pemikiran pembaca
alah, movie-ing pun salah eh?
kalau pandai, bijak menonton, nanti samalah benefitnya dengan membaca
kan lebih baik melihat,mendengar dan membaca subtittle
dari membaca dan melihat buku?
kalaulah cikgu-cikgu saya tahu ni, memang kene smash.dush!

yer, saya suka menonton.tapi saya suka membaca juga
saya sukalah mengisi masa lapang
tak kisahlah apa-apa, janji tiada masa lapang
kebanyakkannya dengan ketiduran. sungguh tidak sihat
jangan ikut habit Dr.Shazwani Aiza ini ya?
kembali kita ke tajuk diatas
saya suka menonton. dan saya tatau kenapa saya menonton wayang
saya taklah suka menonton wayang.tapi saya suka menonton
bulan ni sahaja, saya akan menonton 3 movies
saya suka. sebab saya tidak suka beli dvd
apatah lagi download. sebab saya malas tunggu
tidak sabar. atau saya suruh saja junior saya downloadkan.habis cerita

saya tengok cerita-cerita ini.
wayang di Indonesia murah.lavvit

astro boy
cerita ini sangat comel. sangat dramatis sampai saya nak menangis. saya ketawa loud out sampai berair-air mata. saya suka cerita ini. unfortunately, kawan saya tidur masa cerita ini. memang panas. cerita ini tentang kasih sayang ayah dan anak.sebab tu saya nangis-nangis.saya sayang abah. apa sambungan cerita ini? tengok sendiri okey.

2012
saya tidak suka cerita ini. cerita yang tak masuk akal.tapi, perjalanan cerita sangat hebat and mengkagumkan sampai saya banyak-banyak kali telan air liur. walaupun saya tidak tengok cerita ni sepenuhnya sebab saya menyorok, tapi overall effect dalam cerita ini sangat "feel & real". tapayahlah tengok cerita ini. yang penting, Aqidah dan iman kena kuat. jangan terpesong.
Allah saja yang mengetahui tarikh akhirnya. Wallahualam. sangat tidak sihat cerita ini okey.

the twilight saga
new moon
haa. memandangkan saya sudah menonton twilight, saya akan meneruskan dengan movie seterusnya. saya amat suka edward cullen.dialah vampire paling perfect saya pernah jumpa. tapi tidak lagi sekarang. saya confess disini, SAYA TIDAK SUKA EDWARD CULLEN hanya dengan satu sebab sahaja. hanya orang-orang tertentu saja tahu.
HAHAHAHA
this weekend gegar pintu wayang lagi tengok cerita ini.yeay!

satu lagi berita yang menyenangkan hati
bestlah kalau hati senang je. macam kerang busuk je hari-hari tersenyum
tiba-tiba duit jatuh dari langitkan semalam
syukur, Alhamdulillah
terima kasih penaja tersayang.terima kasih rakyat Malaysia!
bolehlah study dengan tersenyum lebar.
jangan boros ye, aiza. saya lempang diri saya sendiri baru tahu sedap

oh ya,
tak perasanlah.
pejam celik pejam celik
next week balik Malaysialah!
hip hip hoorey! hip hip hoorey!
seronok yeah.seronok yeah.cikicikibumbum.cikicikibumbum
sampai sini saja laporan dari saya,
akhir kata
"tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan"
sudahlah.bajet karam singh walia lah pula.
saya mahu study untuk rakyat.
selamat jalan rakyat jelata.

Monday, November 16, 2009

grab.a.deal!

salam ukhuwah,


kawan-kawan nak tahu tak
sayalah di antara 500,000 umat manusia
yang berpusu-pusu menyerang iklan merah ni
sayalah diantara manusia yang taksub dengan iklan ini
dan akhirnya saya berjaya menembus masuk untuk mem-book tiket
im ready to off for a trip with friends! yeay!

saya, zahida, sofea dan radhiah
dengan bangganya akan berjalan-jalan bersama tahun hadapan
backpacking selama 12 hari
ke 7 buah destinasi yang berbeza
dengan perbelanjaan yang sangaaaatt-sangaaaaaaat murah
semua tiket adalah 0 sen. hanya membayar taxes saja.
tabik toing pada saya cepat!

kuala lumpur-singapore-kota kinabalu-brunei-miri-kuching-johor bahru-kuala lumpur
6 julai - 17 julai 2010
percaya atau tidak, perbelanjaan kami per orang adalah Rm300
penerbangan + hotel. yeay!
terima kasih kepada tunehotels.com kerana menaja penginapan kami
hoi.siapa mahu taja kaulah, aiza.
kami beli yer.

Kuala Lumpur - Singapore (6 Julai) - RM30
Singapore - Kota Kinabalu (7 Julai) - RM 81
Kota Kinabalu - Brunei (10 Julai) - RM 30
Miri - Kuching ( 13 Julai) - RM 19
Kuching - Johor Bahru (14 Julai) - RM 19
Johor Bahru - Kuala Lumpur (15 Julai) - RM 19

total untuk penerbangan : RM198
*harga termasuk tax memandangkan tiket berharga 0 sen.kan dah cakap tadi?

penginapan pula bagaimana ?

Kota Kinabalu (7-8 Julai) - RM11.20 x 2
Kota Kinabalu (9-10 Julai) - RM 36.97 x 2
Kuching (13-14 Julai) - RM 36.97 x 2

total untuk penginapan : RM 170.28
bayaran per orang : RM 42.57

maka, kesimpulannya, bayaran keseluruhan per orang adalah : RM 240.57
apakah ini sangat menggembirakan hati untuk berjalan-jalan?
ye, saya sangat hati.
can't wait for the trip.yeay!
lama lagi la budak! ikhs! tumbuk kang


Friday, November 13, 2009

i.LOVE.cacing =D

salam ukhuwah,

penulis tiada modal nak bergebang apa
maka, penulis pun menempel gambar-gambar cunnya di dalam blog ini
semalam, saya ada praktikum parasitology
tahukah anda apa itu parasitology?
ya, parasitology merupakan satu ilmu tentang kecacingan secara kasarnya
salahlah aiza. salah sangat
parasit kita belajar tentang parasit lah. takkan belajar pasal famili gajah
okey, lari topik.fullstop

marilah tengok gambar-gambar "excited" si penulis
alangkah indahnya merakamkan hari terindah dengan cacing
lihat kalian lihat. tanak bercerita

kami di depan pintu gerbang lab parasit. muka semua ceria tapi semacam muka bangunan tak siaplah yang kanan tu. muka tahan takut. muka buat-buat berani. padahal tengah tackycardia (jantung berdegup cepat)

the doctors. insyaAllah. Ya ampun, yang kiri tu kok gedek kali ya ( translation : Ya tuhan, kenapa yang kiri tu gemuk betul tu). masih terlihat muka gembira nak praktikum parasit

okey.muka budak ini lagi. lempang muka yang kiri tu. asyik-asyik muka dia. menyampah sangat

ini bukan taugeh rendam nak buat soto ayam. bukanlah mee meggie rendam atau mee gemuk. ini Ascaris Lumbricoides. sejenis cacing yang menetap dalam perut kita sebagai habitatnya. panjangnya diantara 15-30 cm bergantung jantina. yang betina lagi panjang sehingga 30cm. kau bayangkan jelah dia duk mengumpul dalam perut macam mana?

izzati buat muka berani suam-suam. nadia tersenyum gembira. kami berani bergambar dengan cacing. okey, itu pemadam siapa nak masuk frame juga tu?

budak ni belagak betul lah,kan? semacamlah kau sorang berani tunjuk jari kt cacing tu. budak ni sebenarnya buat-buat berani. lepas lab, terus mual-mual nak muntah. sumpah tak makan megi dah.AHAHAHAHAHA

I LOVE MEDICINE
(ini statement benar.it's not a fake one)
sebab dengan belajar medicine, saya boleh feel macam-macam
medicine ni rock-lah. cool-lah. semua-semualah
sayang MEDICINE banyak-banyak.yeay!

nota kaki : moral of the story. jagalah kebersihan tidak kisahlah kebersihan apa pun kalau tidak mahu berkongsi nutrien dengan cacing. cacing pembunuh bersiri ANDA!

Thursday, November 12, 2009

permintaan hati

salam ukhuwah,



"dengarkanlah permintaan hati yang teraniaya sunyi dan berikanlah arti pada hidupku yang terhempas..yang terlepas..pelukanmu..bersamamu..dan tanpamu..aku hilang selalu.."
Permintaan Hati - Letto

pendek kata,
baru saya tahu
perit juga ye "meninggalkan" dan "melupakan"
walaupun pada hakikatnya
hati penuh garis-garis luka, terluka, ternoda
tapi, masih lagi ada titik sayang kat situ kan? kan? kan?
agak-agaklah kan
kalau orang tu dah buat kita terluka, sakit dan sengsara
kita maafkan dia. terima kembali.
apakah itu satu keputusan yang terbaik?
atau mungkin inflamasi balik hati kita nanti?
hepatic necrosis boleh jadi kanser hati
tapi kalau hati terluka boleh mati hati tak?

"kita terlalu muda untuk memikirkan. kita terlalu muda untuk menyelesaikannya. hakikatnya, hati ini masih merah menyayangi, tapi luka sebab kesilapan kita sendiri"

apa yang jiwang sangat kau ni, aiza?
AIZA STOP IT STOP IT
(okey, fine.fine. salah salah. aiza tidak jiwang.aiza tidak.salah blog ni)

okey, sebagai ubat untuk "gangguan perasaan" budak ini
sila bagi balik orang yang toreh-toreh hati budak ini!
ops. silap. silap.tidak tidak.jangan bagi.tidak mahu

bagi saya ini, please?

Cadbury Milk White & Chocolate - Freddo

tidakkah ia amat menggembirakan hati apabila memakannya?
nanti bolehlah angkat hidung tinggi-tinggi dengan masyarakat sekeliling,
"saya makan katak"

kawan-kawan di new zealand & australia
bawalah pulang INI untuk kawan kalian sorang ni.

hoi sudah, Aiza!
pergi study kau sana.
exam lagi sikit mahu tiba
masih mahu foya-foya kah?
rileks dulu, exam bulan disember
sekarang november.
mari study.jangan banyak songeh. mari cepuk, aiza
wassalam.

Wednesday, November 11, 2009

apo.kono.ei.jang

salam ukhuwah,

ye, blog kembali memburuk. mengusangkan diri
penulis blog agak kemalasan tahap tinggi nak update
inilah hasilnya. sebuah blog tidak bertuan seketika
oh blog, janganlah dikau sedih. cintaku terhadapmu tidak pernah pudar
siapa kata tak pernah? PERNAH-lah!
yang dulu kau sibuk nak delete blog ni. kenapa? kenapa?
****zippp mulut. diam.diam.tanak cakap papa***

"Attention-Deficit-Hyperactive-Disorder"
study case untuk minggu ini
saya suka okey tajuk kali ini. sangat semangat nak tahu lebih lagi
so, saya buatlah tutorial laju-laju
tetapi, dalam sekelip mata. semangat tu faded away
ewah, cakap english pula kau ni. dalam melayunya, berlalu hilang.
dramatis sangat. semangat tu blahh cam tu saja.
kawan-kawan nak tahu kenapa?
semangat yang hilang itu dipicu oleh tiga faktor utama
mood & behaviour factor, environmental factor, health status factor

faktor pertama : mood & behaviour
eh, cemana saya nak terang ya faktor pertama ni
sebab dia bersangkutan faktor kedua.
okey.KIV. next!

faktor kedua : environmental factor
kalau dalam bahasa DotA tu, "triple kill"
kenapakah sinonim dengan triple kill?
electricity shut off, air pun tiada, persekitaran yang terganggu
haa. tiga-tiga sebab inilah yang memicu faktor pertama
okey, berbalik ke faktor pertama
mood & behaviour
tiada mood, down, loosing grip, MALAS
ditambah lagi ramuan gangguan perasaan
adalah satu perkara tu buat saya sakit jiwa
maka, gangguan perasaanlah saya
haa.itu semualah orang tua-tua kata pe'el yang membuak-buak sekarang ni
so, apalagi. tidur saja. pergi bunuh diri, aiza!

faktor ketiga : health status factor
saya tidak sihat beberapa hari ni
hyperemeresis. orang kita kata muntah-muntah
sakit perut bloating-bloating macam baju kene spin dalam mesin basuh
sakit kepala teramat semacam kene tekan dengan apit-G
backpain atau muscle cramps yang melampau
macam tulang semua dah pupus. osteophorosis
wait a minute, im 20 year-old girl. not 60
semua-semua simptom tu, semacamlah "morning sickness"
tidak perlu didefinisikan but saya tekankan disini
"im not pregnant!"
AHAHAHAHAHA

apabila ramuan ketiga-tiga faktor ini dicampurkan dalam blender
maka, inilah hasilnya
tercongok depan laptop. entah study apa entah
macam ni ke medical student?
don't try this habit at home.

please kawan-kawan, sila pamkan "semangat" masuk balik dalam diri saya.
saya kurang angin aura "semangat" lah

sudah aiza. entry kali ni sangat merepek
kembali kau ke study kamu
saya nak jadi Paediatrics
Sub-specialist, Child Psychiatry
HOOOOOOOOOOOOOO.
(orang cakap kan, aiza tidak layak jadi pakar sakit jiwa. sebab dia pun berjiwa "jiwa")


Saturday, November 07, 2009

dah.mula.dah.budakni

salam ukhuwah,

**tarik nafas.hembus.tarik.hembus**
fiuh, okey. testing-testing 1.2.3
hai, saya shazwani aiza. kembali bersama saya dengan cerianya
di blog hijau yang buruk ini.
maaf, kerana agak terganggu perasaan beberapa entri sebelumnya
kini saya kembali dengan nafas baru.kan saya dah tarik nafas baru tadi?
perlu diulang ke exhale-inhale tadi? sudah.cukup

saya ni ada satu bad habit. tidaklah seteruk mana
tapi bad-lah.when i say bad.its bad lah. omaigod.memang bad-lah
habit ini telah kembali menyerang saya.
memang jenis infeksi ini berbahaya kepada saya
kerana.kerana.kerana
saya akan mengadap muka bubbly-bubuih ni 24/7
masih ingat pada bubbly-bubuih?
itu adalah nama laptop saya. anak Haji Pa'e
saya sangatlah ketagihan menonton series
dimana ia lebih teruk dari menonton movie dan menonton di pawagam
kalau menonton movie, lepas satu setengah jam.tamat
kalau series? memanglah berjam-jam
infeksi ini kembali menyerang saya.
maaf, saya tidak boleh melarikan diri. jatuh dalam gaung menonton series

series apakah yang kau tengok sangat tu, makcik?
haa, yang dibawah inilah. iya, dibawah ini.
scroll-lah.perlu diajar ke bagaimana? okey.joke
janganlah kata penulis blog ni garang. saya bukan guru disiplin
dunia blog tidak perlu guru disiplin. andalah guru disiplinnya
siapa? kaulah.yang menulis blog kau tu sapa?
janganlah ada plagiasm. janganlah menempek entri orang dalam entri blog anda
janganlah nak kutuk maki blog orang. janganlah komen seakan kau pengkritik AF
kita manusia biasa.kita tak layak menilai
biorle dia nak tulis pasal politik ke, dia putus cinta ke (ehem?),
mak dia marah sebab tengok series ke (OMG)
cerita dia pergi jalan-jalan kat zoo ke
taksub sangat nak kurus ke (iye, saya terasa lagi)
cerita dia nak buang air kecil tak jumpa toilet ke
jalan-jalan tersepak batu ke. kan blog dia?
you are a writter of your own blog. write it. its an ART.
writting is an ART. nak skema-skema pergi masuk library.syuh!
lagi satu, blog ini hanyalah sekadar blog.tak bawa mati
tak perlu mengejar popularity
tak perlu tertalu obses, terlalu taksub, terlalu blah-blah-bla dengan blog
i've blogging 7 years. tak fanatik pun? im still a typical medical student
kau tengok, satu perenggan dah saya merepek.
nasib baik dia tak merepek dalam bahasa medicine.
lagi menyampah readers.
"budak ni poyolah.mentang-mentang budak medic. bajet baguslah"
hello, not all medical student really good in medicine. we are learning. we are not born to have medicine without learning it.
okey, penulis emo.lari! dah.fullstop!

calon-calon series yang mendapat sambutan si penulis adalah :
***jeng jeng jeng***

Ugly Betty Season 4
"im attractive, intelligent, smart bussinesswoman. medical student"
betty memang punca inspirasi saya. i wonder if i can so much confident as her. memang high-self-esteem (HSM)

Vampire Diaries Season 1
" Dear Diary, i couldn't be more wrong.i thought i could smile, nod my way through it.pretend it all would be okey.i had a plan, i wanted change who i was, create a life with someone new, someone without the past. without the pain. someone alive.but its not that easy.the bad things stay with you.they follow you.you can't escape it.as much as you want to.."

House M.D Season 6
"Everybody Lies"
My super-duper-intellegent-but-unethically sensei. be a brainstormer doctor-not a brainhead doctor okey.

Ghost Whisperer Season 5
" We're in a life bussinesses. death is a part of it"
saya sangat suka per-chenta-an mereka. Jim Clancy and Melinda Gordon Love's story really fascinating me.lavit lavit.

dah.dah.dah
saya mahu sambung menonton vampire diaries
lepastu sambung study sikit-sikit
oo.menonton berjam-jam, study berminit-minit
sangat tidak adil kan, aiza?
sudah diam
akhir kata sebelum fullstop

Paediatrics ROCK!
**bisakah saya menjadi seorang paediatric yang baik tidak ganas?**

Friday, November 06, 2009

permintaan hati

salam ukhuwah,

"dengarkanlah permintaan hati, yang teraniaya sunyi, dan berikanlah arti pada hidupku... yang terhempas, yang terlepas, perlukanmu, bersamamu, dan tanpamu, aku hilang selalu.."
permintaan hati - letto

i wish.i wish.i wish
kalau mahu diukur kadar permintaan dalam hati inicountless. too much
i've lot wishes inside myself that i wish i could fullfish all of it
unfortunately, im only an ordinary human being.
bukan superstar.bukan superhero.bukan superman.

"this time was different felt like I was just a victim and it cut me like a knife when you walked outta my life now i'm in this condition and I've got all the symptoms of a girl with a broken heart but no matter what you'll never see me cry "
cry - rihanna

mak abah,
kalaulah aiza ni bijak pandai
tak pernah kenal erti kegagalan
mesti bestkan?
mesti mak abah bangga dengan aiza
but, what have i've done to you both?
did you ever happy with myself?
mesti mak abah rindukan kejayaan aiza macam dulu kan?
i've changed. i've changed a lot
hari-hari macam nak give up medicine
tapi sikit pun aiza tak beritahu mak abah kan?
because i'll never wanted to hurt and dissapointing you for sure
mak abah banyak berkorban untuk aiza dan lain-lain
doakan aiza kuat dan tabah mak.
i'll never give you both chance to see my sadness and cries.trust me

dear "orang itu"
what past make it past
semuanya tinggal kenangan
betul seperti what you've told before
fokuskan kepada study.
tak elok untuk semua nibut, sebaliknya, what you've done?
i try to consider both in one place, but at the end.
this broken heart turn on
i've failed both. don't you happy with it?
not enough just a confession of sorry to me. you wrong
im so sorry.

kawan-kawan
doakanlah diri ini berjaya okey
kauorang adalah semangat aku
to nurul farah atikah said,
my path to be a future doctor,
is a special present for you my dear
i sacrifies everything for you even for your family
ex-utarid 2002-2004
you guys always in my heart.you are my spirit.always.

dah empat hari tak study
"gangguan perasaan"
tolonglah somebody, please recovering me.
im totally sick. seriously sick.
kecewa sangat bah

**bila la blog hijau ni nak kembali ceria ha?**

Wednesday, November 04, 2009

im.totally.nothing

salam ukhuwah,


if only i can be somebody who can make anyone satisfy to me
if only i can be so perfect so people do respect me
if only i can have everything that i insanely wanna have one
if only i can be whatever i wanna be
if only i can make people laugh and care of me
if only i am a person that important to anybody
i'll be much more happier than now
unfortunately, im oppositely in position

Ya Allah, do hear my cries.my sorrowfull-ness, my sadness
do help me to fullfill what i wanted so much
do guide me to be better person on this earth
Ya Allah, sesungguhnya aku hambaMu yang "nothing"
sedih sangat-sangat.
saya telah membazirkan tiga hari saya dengan tidur lebih 8 jam
gara-gara putus harapan, putus asa, hilang semangat
im sorry everyone, especially family.
saya mengecewakan anda semua


trust me, i really dissapointed to be me.
im nobody to anyone. im only nothing. no use.
im such a loser useless jerk
down sangat-sangat
my life end.fullstop

p/s kehidupan kat sini lagi buat saya down. "maju"lah sangat negara ni.

Tuesday, November 03, 2009

iguana.chameleon punya cerita

salam ukhuwah,

**credit to aiman mahdi for this picture. inilah perempuan simpanan dia di egypt.
dah beranak lapan. cemerlang gila ang, aiman!


kauorang semua tak rasa minatang ini sangat comel?
saya suka sangat binatang ini
menarik, tertarik, ber-style, bizzare, menggiurkan
menggiurkan?
KAH KAH KAH.
kau memang tiga suku, Aiza! kau memang!
suka iguana pun kata kita tiga suku. tak adil sungguh.
sudah.merepek.

kembali kepada tajuk entry
kauorang semua tak rasa ke minatang ini sangat comel?
roomate saya sangat menentang saya membela binatang ini di rumah
saya faham wahai roomate-ku,
kamu tidak mahu berkongsi kasih dengan iguana ini.sebab itu tak kasik beli
ah, tak kisahlah. iguana tetap comel
tapi lagi best kalau dapat chameleon. saya nak chameleon
tapi ada hamba Allah kata, tu kat belah barat je ada.mana ada kat indonesia ni
dan membuat muka semacam ini ---> =='
okey, tak mahu cari chameleon di amazon
nanti kena makan dengan anakonda
saya tak kahwin lagi ya. i repeat. im not married.

soalan scramble : apakah perbedaan (dalam bahasa malaysia : perbezaan) iguana dan chameleon?

papa cakap, (amar)
"kalau nak aku belikan kau iguana, pergi bela cicak dulu.kalau cicak tu boleh berkasih sayang dengan kau. aku belikan"
persoalannya, macammanakah cicak berkasih sayang?
okey.okey.jangan jawab.nanti out of the box.
sudahlah aiza! sambung study sambil berdangdut!
esok study case ke-tiga
fullstop. wassalam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...