Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO September 2009 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Wednesday, September 30, 2009

undefined.entry

salam ukhuwah,

kawan-kawan,
saya dah pun berada di Medan semula,
saya balik dengan pasrah tak rela tau.
tapi, disebabkan cita-cita yang masih tergantung tak tercapai lagi
saya baliklah Medan untuk menggapai-gapai cita-cita tu
saya pun dengan muka pasrahnya, pulang ke Medan
pulang? no. saya pun kembali ke Medan
i mean, leaving for Medan, not BACK HOME
kau tahu, ada ke patut fireflyz pasang lagu sudirman-balik kampung
sepanjang perjalanan dari Subang-Medan
i said, "this is not balik kampung" dengan muka yang sangat kuyu matanya
takpa. saya hormat mereka yang pulang kampung di Medan
welcome back to Medan semua ya.

okey, selepas pulang dari lebaran di Malaysia,
saya agak sibuk dengan study.tidur.berlepakan.berborak kosong.makan.
hoi, bukanlah itu dimaksudkan
sebenarnya, saya agak sibuk memandangkan minggu depan Final Block,
so, saya cuba memalaskan diri untuk meng-online-kan diri,
tapi entah kenapa tangan ni tetap gatal nak online
lagi-lagi dengan minatang nama muka buku tu. facebook la nyah.
saya pun tatau lah dadah jenis apa yang ada kat facebook tu sampai lekat betul tiap-tiap hari.
sudah.tanak bertaip panjang.
tangan kiri saya sangat sakit. sakit sangat-sangat
sekarang, saya sangat faham dengan mereka yang handicap ada satu tangan je.
memang seksalah i cakap u

ha, nak cerita lagi.
semalam i pergi jumpa itu doktor tulang-tulang
orthopedic-lah kawan-kawan kalau bunyi semacam perubatan sikit
saya tak dalah emo. saya taklah marah. tapi sedikit kesallah
dengan layanan adalah satu hospital saya pergi ni
satu jam tunggu. dahlah kepala ni semacam migrain macam bom nuklear nak meletup
ditambah dengan adalah seorang hamba Allah ni.kakitangan hospital tersebut
tidak memberi layanan yang super duper tip top. tapi layanan yg buat saya terancam
apa lagi. saya memang terbakar nak meletup.
nasib baiklah saya malas nak layan. saya pun diamkan aja.
takut nanti pengsan di hospital tu.terus rawat inap
(rawat inap tu semacam kau kena tinggal kat hospital itu untuk rawatan lanjut)
moral of the story disini,
semua orang patut ambil moral dari kes saya ni okey. i mean, hidup bermasyarakat ni
begini moralnya kawan-kawan,
kita kan apabila acting sesuatu tu, fikirlah hati dan perasaan orang lain
cuba kau jadi orang yang kau ancam tu. mesti kau panas hati kan?
hah, kenapa perlu mengancam kalau diri sendiri pun boleh terancam dengan acting kau yang semacam tu? (ayat ni best tak?)
sebagai contoh macam kes saya tu,
kan hamba Allah tu berinteraksi dengan masyarakat atau customernya yang dipanggil "patient" atau kalau dalam bahasa melayunya tu "pesakit"
so, perlulah memberikan layanan yang pantas, mesra dan jujur
janganlah kau semacam malas layan, marah-marah semacam kau tension dengan kerja kau, dan janganlah menipu dengan patient.
kalau lambat bertindak, tak ke mati patient kau. kau boleh pulangkan balik ke nyawa orang tu atas ke-malpraktek-kan kau tu?
okey, leh bayar dengan insuran, $$$$
tapi, nyawa tak dapat dibeli dengan duitan. kalaulah nyawa ada jual kat pasar lambak. okey fine.aku terimalah
ni? once hilang somebody, kau hilang selamanya tau
okey.malas aku nak merapu lebih-lebih
yang penting, kita kan hidup bermasyarakat. so, kenalah faham masing-masing
kau harap orang faham kerja kau je. tu pasien sakit gila macam saya malam tadi, kau fikir tak?
doctors-to-be-in-the-future, please take note of this
nyawa pesakit bergantung kepada pergerakan, keputusan, kata-kata kamu.
nahas kau

okey dah. tanak tulis lagi
tangan dah sakit sangat ni. siapa nak urut?
marilah kita tidur.
esok sekolah
fullstop

p/s perasaan saya sangat kompleks sekarang ni. saya tidak ada semangat study. semacam nak quit medicine saja.tolong nasihatkan saya jangan berhenti di pertengahan jalan.saya memang cepat down. :(

Sunday, September 27, 2009

back.to.basic.busan.tul.la

salam ukhuwah,

esok, 11.a.m, 27 September 2009
tarikh dan waktu yang tidak dinanti-nantikan
dengan pesawat fireflyz tajaan MAS
pulanglah saya ke Medan, Sumatera dengan pasrah-tak-relanya
back to basic orang putih cakap
hidup yang lama datang kembali. oh indahnya kehidupan di Medan.
saya cuba untuk menyedapkan hati.
demi belajar, okeylah. akurlah.fine-lah.finelah. saya balik lah Medan sana.

esok, setelah pulang ke Medan
saya akan terus ke Glenigle's Hospital, Medan
saya sekarang mempunya satu kondisi yang baru saya sedar
kata kakak saya, Dr.Sheerine Azlin (saja nak up-kan nama dia)
saya diserang "Carpal Tunnel Syndrome"
puncanya? kalau pada diri saya itu, idiopatic. atau dalam bahasa pasarnya, ntahlah apa sebabnya

saya tanak dibedah seperti ini.nak wat pembedahan sendiri boleh tak?

setelah melakukan tinjauan, dan penelitian secara telitinya
saya dapati punca saya kena penyakit ini adalah masalah keyboard-ing
mungkin sebab saya terlalu cepat, dan pantas menaip
sering menaip. dan sering berketak-ketuk atas keyboard
terjadilah penyakit seperti ini.
ketidakbetulan tidur pun boleh jadi juga sebab berlakunya
tak pun, terlalu rajin kan. angkat-angkat barang.so, tangan kiri nak bersara
apa-apa pun, kita tunggu apa kata doktor.
hopefully tak memerlukan surgical pape. paling best kalau disuruh lakukan physiotheraphy je.
dan saya tak mahu rawatan prednisolone. saya tanak digemukkan tanpa sebab oleh steroid.
saya sedih tau.kerana prednisolone.saya menggajah macam ni
doakan saya ya kawan-kawan

hari ini hari sate sedunia ke?
seharian pi rumah orang, semua hidang sate
korang suka tak makan sate? saya suka tapi tak makan kuantiti banyak dah
saya dah cukup gemuk.dan bertambah gemuk
im.real.fat.ugly.not.yet.a.woman,not a.girl
sudahlah.berhenti disini dulu ya.

sedihnya, tiada lagi Malaysia buatku sehingga bulan Disember.
oh tidak!

Friday, September 25, 2009

mereka.macam.orang tua

salam ukhuwah,

entry kali ini saja ja nak melenyapkan emosi yang ada dalam blog ni
almaklum, beberapa hari ni semacam sedih sedih saja
haa, ini bukan rekaan.tapi true story
original dari anak-anak buah saya yg comel
athirah.aleya.dudin.

the kids and me. dudin, aleya and athirah

scene 1
while dudin playing his father's iphone, suddenly his father grabbed the phone from him.
dudin said
"ayah, please respect dudin!"
moral of the story : sebelum mengajar anak-anak, ajar diri sendiri dulu ya :p

athirah, aleya, mira duduk bersama makan mee goreng. dudin pun datang.

scene 2
dudin : keras.keras.keras
athirah : apa yang keras ni?
dudin : keras.haa.keras.macam ni. dia pun menunjukkan jari dia.(semacam kau rapatkan jari telunjuk ko kat ibu jari ko)
athirah : apa tu?
dudin : ***dudin mencangkung lalu meneran macam nak b****k
athirah : eeee.tu tahi dudin la.janganlah cerita kat orang!

kemudian mereka pun beredar melarikan diri dari dudin. dudin naik atas sofa.tutup muka dengan teddybear nananya. merajuk.

scene 3
di sebuah jalan raya. kakak ipar saya memarahi dudin.
kak ipar : kalau dudin macam ni, ibu turunlah. ibu keluarlah
dudin : ibu ni janganlah. bahaya. jalan raya.
**prihatinkan anak saudara saya?**

scene 4
dudin berbual dengan pak atoknya
dudin : pak tok, ini rumah siapa?
pak tok : ni rumah atoklah.
dudin : cantiknya rumah atok
pak tok : kenapa? dudin nak ke?
dudin : dudin nak!! ***senyum lebar***

aleya dan athirah selalu bangun awal dari makciknya
athirah : cikjott, bangunlah! dah pukul berapa ni
cikjott : awal lagi la kakak. baru pukul 6.30 pagi
aleya : apalah cikjott ni.
athirah : bangunlah cikjott.semayanglah.
cikjott : cikjott tak semayanglah
aleya : kenapa cikjott tak semayang? semua orang semayang
cikjott : what should i say?

saya tidak tahu apa motif saya menulif entry kali ini
kanak-kanak memang menggembirakan kita kan?
celoteh diorang walaupun kadang-kadang panas hati dibuatnya
tapi, mereka tetap best. tetap comel
kan best kalau kita jadi kanak-kanak
tak perlu memikirkan masalah yang entah papa
yang penting enjoy, main, tidur, makan. blah blah blah

hakikatnya, kita kan manusia
diciptakan ada sebabnya.kita diciptakan bukan sekadar nak jadi manusia hidup pastu mati je
ada sebabnya. ada hikmahnya
pencarian hikmah, sebab itu berterusan ke akhir hayat
setiap langkah kita berjalan, setiap itu kita mencari dan belajar
apa erti hidup sebenar kalau tak cari sebabnya?
carilah. dan InsyaAllah, kita akan jumpa sebab dan hikmahnya.

saya hanyalah ordinary-typical-melayu girl
dosa dan pahala tu, countless. saya sendiri tak menyedarinya
saya taklah hebat ilmu agama. jujur katakan, taklah alim solehah
tapi, islam tetap the way of my life.
marilah kita mencari hikmah disebalik kehidupan
tak salahkan berubah dari keburukan jadi lebih baik?

sebenarnyakan, saya tak ada idea nak tulis apa.tapi tangan gatal nak menulis
so tulis sajalah apa yang terasa nak tertulis
kang kalo dah malas bebenor tu, bersarang blog ni dibuatnya
kalian masih dalam mood raya?

mahasiswa-mahasiswi tidak kira di mana jua anda berada, next week dah start kelas.
back to basic semua. menuntut ilmu itu salah satu "hikmah"
yang lain, anda dah jumpa?

mari kita letak noktah.dot.wassalam.



raya.punya.cerita.pendek

salam ukhuwah,

Raya 2008
sumpah tidak beraya sungguh. raya di 'seberang'. raya di perantauan kata orang

the only gambar raya last year yang ada pada saya.
me with zairee, di konsul jeneral Malaysia, Medan, Sumatera.
kebetulan raya tahun tu pakai baju kononnya colour sama. he asked me to snap gambar bersama padahal masa tu mata bengkak kononnya nangis. tak malu.

***gambar yang lain dah selamat terkubur dalam hard disk lama selepas laptop lama di format***

Raya 2009
barulah raya namanya. tiada lagi perantau-perantau lagi okey.
gila-gila hari raya with D300. sangat freak.semua gila kamera

destination : muar & batu pahat. Ke Johor Kita Pergi Semua!

the family belah abah. batu pahat origin.

misi samperit berjaya.hampir semua rumah ada samperit.i love it!

the collection. first day of raya. jangan comment apa-apa.ahahaha.

sudah.beberapa gambar ini cukup menggambarkan raya saya bagaimana
alhamdulillah, Allah bagi peluang saya beraya di Malaysia
saya faham perasaan mereka di perantauan.
saya juga merasainya.even raya di tempat saya lagi seksa dan membusankan
dari korang yang beraya di over-the-sea sana.
sadly, beberapa hari ni i become no interested at all pasal raya
tiba-tiba jadi tiada perasaan. emosi la pula. malas.guilty.
tiba-tiba teringat next week exam
tiba-tiba macam nak campak laptop dari bangunan tinggi.tamau ada laptop dah
tiba-tiba nak delete blog ni.menyampah.
tiba-tiba terasa cam nak terjun bangunan.
tiba-tiba nak jerit.hoi.hoi.hooooooii.

tiba-tiba saya rasa nak henti menaip disini.
wassalam.

Thursday, September 24, 2009

im.nothing

salam ukhuwah,

i've a strong reason why i didnt updating my blog.
selamat hari raya, friends.have a blast with family and friends with huge smiles.

saya tidak mempunyai "keinginan" untuk meng-update blog beberapa hari ini
"emosi" sedikit terganggu. sedikit mereng.ini bukan datang bulan.
maaf, pembaca-pembaca.
bila saya sudah "ready" untuk meng-update.saya updatelah
diri saya sekarang diramalkan "mendung" tatau bila nampak "matahari"
selamat hari raya aidilfitri,semua.
maaf zahir dan batin

Saturday, September 19, 2009

no.entry.but.actually.ada

salam ukhuwah,

anak sedara menjadi model tambahan blog ni.great work-lah baby ikmal!

AIZA
kenapa mesti perlu sedih sekarang ni?
kan esok nak raya
sila tunjukkan senyuman paling lebar dari muka anda.

well,
sometimes, bila kita teringat balik apa yang dah jadi,
anybody yang menjadikan something terjadi
or whatever terlibat dengan apa yang terjadi,
kita akan terkenang, tersenyum dan meratapinya.

but, on the other hand,
if apabila kita terkenang, kita menangis
kita menyesal, kita merintih,
kita teringin benda itu, orang itu atau situasi itu kembali
baik takpayah ingat. buang saja dalam parit
atau anda saja ja buat diri anda sedih. dont make youself sad-lah. tak berharga!

sedikit emolah entry kali ini
tidak ada niat apa-apa
just, a day before raya i feel to remember back what had happened before
hidup ini macam memasak
ada bermacam rempah ratus, garam gula
terlebih sikit binasa, kurang sikit tak sedaplah
so, sudahlah aiza. jangan sedih. keep on moving on this earth
selagi hayat dikandung badan
esok-esok manalah tahu, liang lahad memanggil
saya tidak bersedia lagi untuk meninggalkan dunia
Ya Allah, do help me.guide me. prevent me from annoying things on this earth.
okey.jujur.saya sedih.but i pretend allright, nothing happen
sudahlah aiza. nyampahlah entry kali ini.apa sedih-sedih
esok raya.pergilah senyum lebar
terima kasih.fullstop.bersurai.

pesanan buat diri sendiri,
trust yourself better than trust others. decide yourself to be a good decision maker.
janganlah menangis atas kekurangan sendiri, kelak, pastinya yang kurang akan mencapai kesempurnaan.
kamu cantik, aiza. belive it.
apesal tiba-tiba cerita pasal cantik ni? lalalala.
***sangat annoying kalau down sedih pasal cantik.tua-tua kedut gak muka.***

p/s : disebabkan saya sedih ni.sila pujuk saya dengan duit raya minimum rm5.please.huwaaa!

Wednesday, September 16, 2009

mengapa.memilih.kerjaya.doktor?

salam ukhuwah,



happy birthday to saudara Abduh Munawwar a.k.a ustaz,
selaku president student MARA 2008/2009
semoga panjang umur, and berjambang lebih tersusun
semoga cepat dapat makwe.eceh, bunyi seperti tiada 'teman hidup'
happy birthday to you.
okey, itu sekadar selingan
permintaan si birthday boy untuk menumpang populariti di blog saya
hanya sekadar satu perenggan okey tentang kamu, ustaz

"Dr. Shazwani Aiza Mohd Tahar"
Doctor Of Medicine, M.D

gah sangat ke nama anda macam di atas tu?
anda terasa hebat dengan gaya penulisan nama anda seperti itu?


atau anda rasa anda macho, ensem, jelita cantik dan tampan
pabila berjalan di ruangan gajah menyusur
buruk pula nama ruang tu,
i mean, di jalanan di hospital
masyarakat memerhatikan anda
dengan gaya cukup yakin dan bertenaga
menggayakan coat putih panjang dan steteskop tergantung di leher
anda rasa anda begitu hebat bergelar seorang doktor?


adakah itu sebab anda memilih kerjaya doktor?
atau mungkin kerana kerjaya ini bisa menjaminkan $$$ yang banyak
kehidupan yang mewah, kereta mewah, isteri mewah
silap.mana ada isteri mewah
itukah sebab anda memilih kerjaya seorang doktor?
tepuk dada tanyalah selera
saya tepuk dada sendiri. saya nak jadi doktor kenapa ya?


kalau situasi di atas ini penyebab anda menceburi bidang perubatan
saya nasihatkan awal-awal, sila ubah niat anda!
kerjaya doktor tidak menjaminkan kekayaan $$$ yang melimpah ruah,
gaji starting RM1999.20.banyak ke kawan-kawan?
kerjaya doktor tidak memerlukan ensem,cantik dan jelita
yang diperlukan adalah kekemasan dan keprofessionalan
kerjaya doktor bukan sekadar hanya pada pangkat dan nama saja
kerjaya doktor memerlukan diri kamu sendiri
10 jari anda menentukan nasib pesakit yang kamu ubati
akal fikiran anda menentukan keputusan terbaik anda buat untuk pesakit anda
mulut anda akan menentukan apa yang anda ungkapkan kepada pesakit anda itu benar ataupun tidak.
anda rasa ini suatu amaran dari saya?
ini adalah amaran dari saya untuk saya dan untuk semua
bakal pegawai perubatan negara Malaysia

kenapa saya memilih kerjaya doktor?
sedangkan banyak lagi kerjaya yang lebih menarik dari doktor
jujur saya cakapkan, anda memilih untuk menceburi bidang perubatan
seolah seperti anda 'mengorbankan diri anda untuk orang lain'
tahniah, anda terkorban dalam bidang perubatan.
HAHAHAHAHAHA
anda bayangkan,
sedangkan orang lain mengikuti kursus ijazah pertama selama 3 hingga 4 tahun,
bagi pelajar perubatan, terpaksa mengikuti kursus 5 hingga 6 tahun
kalau segalanya berjalan lancar.kalau stuck?
dalam jangkaan 5 6 tahun tu, dugaan yang dihadapi?
hanya tuhan saja yang tahu macam mana.
lepas tu, bila anda dah mula bekerja,
anda seolah-olah mayat hidup kerja 24/7
anda memang terkorban.anda memang mengorbankan diri
so, kenapa memilih kerjaya seorang doktor?

baiklah, saya berkongsi dengan anda tentang alasan saya
sejak dari bangku sekolah rendah, perubatan memang pilihan saya
saya tidak belok ke kiri memandang ke arah kejuruteraan,
saya tidak belok ke kanan memandang ke arah bioteknologi
saya tidak memandang ke atas menuju ke bidang architecture
saya hanya memandang ke hadapan, perubatan yang saya nampak
prinsip saya, bila saya inginkan sesuatu, saya nak gak.saya tak peduli.saya degil
alasannya?
sebab saya merasakan bidang perubatan suatu bidang yang mengkaji diri sendiri
mengkaji kejadian Allah
mengkaji sifat sempurna dan sifat kekurangan dan sifat kelebihan
i learn lots setahun lebih menjadi pelajar perubatan
dan saya seronok menjadi pelajar perubatan
eventhoe, hidup saya memang berempah ratus pelbagai sebagai seorang doktor

so, mengapa memilih kerjaya doktor?
jangan pandang pada pangkat,nama, gaya dan kekayaan.
tepuk dada tanyalah selera
gunakan akal anda untuk berfikir sejenak

perubatan memang impian saya
memang itu yang saya impian
"ich habe einen traum, das ist mein traum"

dan alhamdulilah, itulah yang saya alami sekarang
Allah telah memudahkan perjalanan saya untuk mendapatkan apa saya nak
Allah dah bagi saya peluang. saya perlu grab peluang itu sebaiknya

itu tiket saya.yeay.everything is complete

everything is done.jom balik!

everything is ready.and im ready too as well
mari kembali ke Malaysia
a week for Raya-raya di Malaysia
11.30 a.m back to Subang with a wide smile
Malaysia, here i come!


Monday, September 14, 2009

saya.pegang.janji.kerajaan.untuk.bakal.doktor!

salam ukhuwah,

*petikan daripada akhbar utusan, 14 september 2009

Gaji doktor naik 2010

PUTRAJAYA 5 Mac – Bermula tahun 2010, semua pegawai perubatan yang menamatkan latihan siswazah selama dua tahun akan menikmati gaji baru membabitkan kenaikan kira-kira RM1,000.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, dengan kenaikan itu gaji pegawai perubatan lepasan siswazah akan meningkat kepada RM3,028.90 berbanding RM1,999.19 yang dinikmati hari ini.

‘‘Dianggarkan seramai 2,000 pegawai latihan siswazah lantikan 2008 yang kini mengikuti latihan akan menerima gaji baru itu pada 2010,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, di bawah skim perkhidmatan baru untuk pegawai perubatan itu akan menyaksikan gred gaji pegawai perubatan lepasan siswazah dinaikkan ke UD-44 berbanding UD-41 sebelum ini.

Menurutnya, langkah itu akan memendekkan jangka masa kenaikan pangkat dari gred UD41 ke gred UD-44 yang sebelum ini mengambil masa antara enam hingga lapan tahun kepada dua tahun sahaja.

‘‘Urusan kenaikan pangkat ini dijangka melibatkan tambahan perbelanjaan sebanyak RM1.7 juta setahun,’’ katanya.

Beliau menambah, pada masa sama bagi pegawai perubatan gred UD-41 lantikan sebelum 2008 juga berpeluang mendapat manfaat kenaikan pangkat ke gred UD-44 dan UD-48 dengan lebih cepat melalui pelarasan yang akan dilakukan sewajarnya.

‘‘Proses ini pula akan membabitkan lebih 7,000 pegawai perubatan dan perbelanjaan sebanyak RM9.8 juta,” katanya.

okey, ini adalah berita gembira bagi saya
selaku bakal doktor negara Malaysia
bakal pegawai perubatan Malaysia, InsyaAllah.Ammin
ni yang berkobar-kobar lagi nak belajar
kerajaan nak naik gaji tu wei, aiza
apalagi.serve for the country!

rakan-rakan,
doakanlah saya berjaya mencapai apa yang saya harapkan ni
penat tau belajar 5 tahun
menghafal, menginvestigasi, menelan buku, merebus buku, mentelaah, menconteng,
mengoyak slides, berkaroke sambil study, mempraktik praktikal skills lab,
berlakon jadi doktor betul, identifikasi nama ubat yang bermacam
ni semua adalah rempah ratus sebagai medical students

saya akui,
saya nampak agak 'relaks' berbanding
rakan-rakan saya yang lain yang turut mengambil bidang perubatan
saya akui,
kami,pelajar perubatan USU agak releks
even ada yang mengatakan pelajar USU-ACMS,
3 tahun di sumatera, macam "honeymoon"
tapi, kalaulah rakan-rakan faham
situasi kami sebenarnya
tidak ada bezanya dengan pelajar perubatan yang lain
kami tetap typical medical student
macam tulah gaya nak jadi doktor.
yelah kot macam tu.relek-relek sudah.
nak stress-stress semua benda buat apa kan.
biarlah kita stress study je.jangan campur benda lain dalam hidup.
so, have fun guys, medical students semua!

so, kawan-kawan
doakan dia di bawah ini.
sila lihat gambar DIA di bawah ini.


berjaya mencapai apa yang dia nak
serta rakan-rakannya yang lain,
pelajar-pelajar perubatan Allianze College Medical Sciences (ACMS)- Universitas Sumatera Utara( USU)
dan rakan-rakan sebidang yang sama, di Malaysia, Ireland, UK, New Zealand, India, Egypt, Australia, Poland dan Republic Czech

semoga, InsyaAllah
Dr. Shazwani Aiza Mohd Tahar, M.D (ACMS-USU)
finally dihasilkan 5 tahun dari sekarang.
Ammin Ya rabbal Alamin







cerita.dalam.satu

salam ukhuwah,


kenapa ya?
tiap kali nak meng-update blog
memanglah kena ke situs blogger[dot]com
tetapi, bila dah terbuka situs itu. jari jemari ini lenguh nak menaip
pendek kata, tak pandang langsung situs itu
kemudian menyelinap ke facebook-lah, salam perantauanlah, blog-window-shoppinglah, nurkasihlah
lepas tu, bila terasa nak ber-blogging
time-time tulah internet down, siput ba alif ba ya pun lagi laju, nak upload gambar sempat ke toilet
lepas tu, mulalah hormonal imbalance
cortisol meningkat, emotional outburst, marah-marah internet dan laptop tak berdosa macam marah husband
(i mean, marah marah manja.hee! cam tu ke? apakah?)
lepas tu, dah bengang. telangkup muka kat bantal. slumberland zzz.

okey, perenggan pertama adalah perenggan merapu
merepek meraban. barulah unussual mukadimah menulis blog kan?
i am a freestyle writer with no definition of writing.chewah
sudah! aiza merapu lagi.stoplah.stop
hari ini tanggal 14 september 2009.yeay.3 hari lagi.
tak sabar nak balik.tak sabar nak balik.
korang tak tau bagaimana rasa excitementnya bila dapat balik selepas setahun tak beraya bersama
baru setahun dah bising macam tak balik 3 4 tahun.
tu mereka kat jauh nun 13 14 jam nak balik malaysia tu
tak bising pun? (aiza memang ngada-ngada and childish.mana da!)
tahun ini, Misi Mencari Samperit Rumah Ke Rumah dijalankan
tahun lepas misi tak dilancarkan sebab memang tiada kuih nama samperit kat sini
saya suka sangat samperit
leper, simple, sedap, rangup, tak manis tak tawar, menggodakan
chop. kauorang tahu ke samperit tu bagaimanakah?
seperti ini ya kawan-kawan
pergi beraya rumah orang, nampak samperit, ingat ada.apa.dengan.aiza89.se.org okey?
(kau bajet popular lah aiza. please la. menjengkelkan sangat)

kalian masih ingat post-post yang sebelumnya
tentang influ-aiza yang digempar-gempurkan sebenarnya adalah kes denggi tu?
untuk pengetahuan semua, wabak denggi kat sini belum reda
dua lagi pelajar Malaysia ACMS-USU di-admit ke rumah sakit (hospital)
mereka adalah saudara brother harriz, dan saudara fikri
saya hanya berkesempatan untuk melawat brother harriz semalam
keadaan stabil. boleh bergelak dan bermain dota
cuma platelet masih lagi berkadar rendah, maka tak boleh keluar lagi
semoga cepat naik platelet sebelum 17hb.kalau tidak, tak balik malaysia
saudara fikri pula, semoga sihat cepat juga ya.

pasien yang mengalami denggi itu namanya nik harriz izwan bukan nik harris izwar ya.

inilah brother harriz yang sakit itu. sebelum ni dialah 'menjaga' mereka yang kena denggi. ni turn dia pula yang kena. kasihan.

sebelum menutup tirai post kali ini
saya ingin bertanya satu soalan simple saja
sesetengah orang memanggil saya anak gajah a.k.a gajah
kononnyalah, saya ni gemuk dan banyak makan
padahal saya ni kan menawan bak miss universe pun kalah
sudah. soalannya begini
anak gajah tu besar sebab dia makan banyak ke atau dia memang lahir-lahir memang besar?
salah gajah atau bukan salah gajah dia besar?
korang faham tak? tak faham?
cuba cari jawapan dekat national geography atau discovery channel ya
animal planet lagi bagus.
apakah jawapannya?
ke kuliah kita segera!
mari ke kampus.belajar jadi pakar sakit puan.
terima kasih.
keluar baris!

Saturday, September 12, 2009

kalaulah.saya.hiro.nakamura

salam ukhuwah,

"kalaulah saya Hiro Nakamura.."
saya menghantar mesej ini kesemua kawan-kawan saya di ym
dan kemudian menyuruh mereka menyambung ayat itu
ternyata, ramai gak yang me-reply-nya
yang best tu, barangsiapa yang offline pun me-reply
ooo, buat-buat invisible rupanya ada sesetengah dari mereka ni
macam-macamlah reply saya dapat
mengarut-ngarut.spesis macam saya juga. merapu

dr_zam84 : saya akan pergi ke masa saya bayi.
si cantik : comel sangat ke?
dr_zam84 : comel!
si cantik : anda sangat HSE (high self esteem)

adibahcomey : saya akan berlakon citer antu
si cantik : :D oh yer ker

kamalkaer : kalau saya hiro nakamura, siapalah saya?
si cantik : awaklah hiro nakamura!
kamalkaer : hiro nakamura tu dalam cerita apa ?
si cantik : .................

adeek_89 : hiro nakamura citer ape eh?
si cantik : heroes ler..

syazwan misran : ..............
si cantik : .........................

akmal azman : saya nak travel ke zaman kat mrsm taiping dulu.akak plak?
si cantik : nak travel back zaman sekolah gak.nak tebus balik masuk kys.pastu kyuem pastu heading to manchester
akmal azman : tu banyat sangat tu
si cantik : =D

dinee azwan : aku nak jadi playboy
si cantik : ho..bagus!

imran : sy akan ke zaman nabi muhammad dan berjihad sampai syahid, hehe
si cantik : comel!

nadia malaya : hiro nakamura tu siapa?
si cantik : time traveller yang comel dalam citer heroes tu :P

AYAM Nakyuuto : sy nak takhluk dunia nii
AYAM Nakyuuto: oooo people of earth
AYAM Nakyuuto: b ready to face my wrath
AYAM Nakyuuto: wahahahaha(ktawa jahat)
AYAM Nakyuuto: but worry not
AYAM Nakyuuto: im not gonna hurt u
si cantik : ahahaha
AYAM Nakyuuto: hahha
AYAM Nakyuuto: demons
AYAM Nakyuuto: kill em all
AYAM Nakyuuto: hahahaha
AYAM Nakyuuto: kjam x aku??
AYAM Nakyuuto: leh jd penyangak x aiza??
si cantik : bukan stakat penyangak.setan terus boleh doh. :p

yati7989 : saya akan teleport balik mesia. =D
si cantik : ahahaha.sila balik mesia cepat!

boyler : saya boleh makan sushi mentang-mentang
si cantik : zzzzzzzzzzzzzzz..

sebenarnya saya tengah busan teramat tatau nak cakap cemana
semua orang tiada di rumah kecuali saya
roomate pergi berdating ntah kemana
dua geng telah menginap di rumah kawan kami di simatebing
sorang lagi geng berdating juga
seorang lagi teman menemani kekasihnya yang terlantar di hospital akibat denggi
saya? terlantar atas katil tengah taip post nila
tak boleh tidur.sebab tatau kenapa takleh tidur
terasa nak telan codein je sekarang
tapi dah promise tamau ambil codein lagi.
tapi macam akan ambil juga je. oh tidak.

kalian, baliklah rumah. tak kasihan kat aku ke korang.
seorang di perantauan.busannya!
tau tak kalian, saya sekarang ni rasa down sangat.
saya rasa macam nak return back masa sebelum-sebelum
saya nak mengubah apa yang tak sepatutnya jadi sekarang
sbab entahlah.kekesalan membelenggu dalam diri saya
nak blaming, tak boleh nak blame.dah tertulis dah
nak redha, tak cukup satisfied
that's why tajuk hari ini
"kalaulah saya hiro nakamura.."
ala, pelakon cerita hero yang jadi time traveller leh kemasa depan and masa lepas tu.
" Ya Allah,perkuatkan semangat dan imanku menghadapi hari-hariku yang telah tertulis ini Ya Allah. sesungguhnya aku tak mampu lagi menerima hakikat itu ya Allah ". =(

Im hoping for being "somebody" not "me" because i never love myself.





Thursday, September 10, 2009

nak.tengok.movie.la!

salam ukhuwah,

pejam celik pejam celik
dah tinggal beberapa hari lagi untuk pulang ke Malaysia
sila jerit dengan freaknya, yeay!
saya membuat comfirmation di sini ya tentang status kepulangan saya
rakan-rakan
ya, saya benar akan pulang ke Malaysia
tanggal 17 September 2009
jam 11.05 WIB / 12.05 tengah hari waktu Malaysia
Medan (MES) - Kuala Lumpur (SUB)
dengan penerbangan fireflyz sponsored by abang tercinta
(aku nak mas.tanak fireflyz.tanak air asia.pleaselah angah oi)
okey.noktah.itu saja informasinya

semestinya saya pulang ke Malaysia untuk berhari raya
Alhamdulillah, segala macam halangan rintangan nak balik Malaysia sudah di-setel-kan
MRP Visa done, ticket done, surat fakultas done.
yang tak done done lagi adalah mengangkat diri dan berangkat saja
disebabkan raya dah pun nak tiba,
mulalah jasad di Medan, roh dah di atas katil kat Batu Pahat
kalau dalam kuliah tu, mata memang menghadap slides
tapi fikiran dah jauh melayang ke Malaysia takyah naik flight dah
lagi macam tak sihat attitude tu,
apabila dengan jasad-jasad sekali tak ada kelas
i mean, tidur di rumah.skip kelas
ish.ish.jangan tiru perangai medical student seperti ini ya, kawan-kawan

dah.saya mengarut.sangat-sangat
cuba tengoklah tajuk di atas
ada saya tulis tajuk dia tentang balik raya? takde.takde
abis, yang kau cerita sampai dua perenggan pasal balik je tu kenapa, aiza?
sebenarnya, saya mahu bercerita tentang ini
saya gemar menonton movie
okey, tu pun nak cerita ke? biarlah.nak cerita juga
okey, saya tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini saya sangat gila untuk mendapatkan beberapa movie
tapi disebabkan kepincahan hidup yang agak tak teratur kondisinya sekarang
saya taklah terbeli cd-cd movie yang saya inginkan

kalau anda tidak sekuat aiza, jangan tengok cerita ini
(kekuatan aiza untuk menonton cerita seram atau cerita disguisting cam ni adalah pada tahap paling minimal)


cerita wat saya pening tatau apemende sebenarnya cerita ni

dalam minggu ini saja, saya sudah menonton dua movie
final destination 4 dan whisper
saya suka final destination 4 sebab buat saya tak larat nak tengok cerita tu
cerita tu memang wat saya terfikir
"agak-agaknya, cemana eh kalau dapat patients yang dah terburai camtu?"
tepuk dada tanya selera.cemana selera kalian yang bakal doktor nak berdepan dengan situasi begitu.lalalalala
whisper? saya tidak menyarankan untuk menonton cerita ini
wayang atau di rumah
sangat tidak best.dan tahpape.
baik kau tengok nurkasih kat tv3 lagi bermanfaat
di bawah ini adalah beberapa movie yang saya betul-betul nak
nak download, saya ni semacam malas mendolod
nak beli cd, tiada duit
ah, apa kata kauorang jelah download o beli cd
nanti saya hamek. boleh?
please, cerita-cerita ini sangat best!

mak.anak.dan nenek.semuanya bercinta serentak.memang sound interesting
nak tengok sangat!

allrite, cerita ini pun sangat best.especially, hero dia adalah hero dalam cerita p.s i love you.ala, yang romantik tu

my baby is in this movie.ryan reynolds. dia sangat comel.sangat sangat comel.mesti best
dia sangat manja-looking face.yeay!

nak tengok cerita ni semacam kena ada tisu primier di tepi.cerita touching tau. best

layan action futuristic sket.cerita ni pun best. G.I.Joe. but i prefer to pronouce it semacam bunyi begini "gei-yo". sebutan in latin.ahahaha. gei-yo.ahaha

cerita ni pun best.kegigihan seorang lelaki nak dapatkan awek paling dia minat gila. heroin dia adalah heroin favourite saya, claire dalam cerita heroes.comel!

ai, aiza. dah nak balik malaysia, sungguh santai ye kau
tahukah anda seminggu selepas saya pulang berhari raya
saya akan menduduki ujian blok obsgyn
amboi, lepaknya kau ye aiza. hebat dah?
***psycho diri sendiri***








Wednesday, September 09, 2009

09-09-09

salam ukhuwah,

what is so special about today?
i mean, 09-09-09?
tetiba pula berbahasa inggeris.tidak.saya lebih santai bermelayukan diri
tarikh hari ini sangat cantik bukan?
i know lah, u all yang chinese mesti ramai kahwin hari ini kan
guess what, ya, saya juga berkahwin pada tarikh ini
omaigod.omaigod.sila jerit secara freaknya.
aiza is married today!

bertenang.bertenang.bertenang kalian
i am only 20 years old
i am an innocent second year medical student
i am a single lady with no effort or hope in berkahwin
i dont have nafsu so melonjat nak berlaki atau beranak
(u know what rakan-rakan, beranak is too painful to describe how is that happen)
so, kesimpulannya
today, 09-09-09
saya tidaklah menamatkan zaman bujang saya.
im still an anak dara, not yet puan besar for a man
perhaps, no one proposing to me "will you marry me?"
no one saying "hoi, kau mesti kawen ngan aku hari ini gak!" (sound kasar betul la laki)
or even no one saying "aiza, sudikah kau menjadi permaisuri hatiku la ni gak.tak duli!"
i am still a single medical student hoping for better journey in medicine
apakah ayat aku ni.setop! merepek

so, what is actually so special about 09-09-09?
to tell a story, yes, i am a storyteller in this belog buruk
hari ini, saya tempuhi dengan biasa-biasa aja
are you sure, aiza?
allrite-lah.allrite-lah.allrite-lah.
i tell you a whole day story of today.
confius ayat ini.

i was slept earlier last night while the roomate with some chicks of my kroni watching movie
i didnt have interest to entertain my night with movie.i tend to sleep
yes i did. sleep is the best medicine for medical student.aggree?
i left a friend waiting for me for skype-ing untill 'the friend' called me so much time.but still, saya tak sedar juga
even 'the friend' call berulang kali through phone
saya tidak sedar juga. but 'the friend' said, saya angkat phone and said, ya ya.
i woke up at 4.05 a.m for sahur.malin, the roomate kejutkan
and my other friends kejutkan juga
but still, i continued tidur without rasa bersalah langsung
seorang kawan mengejutkan saya pada jam 5 untuk bersiap ke kelas jam 6.30
i said yes.i said okey, saya bangun
but still, i continued to sleep again
i woke up at 6.30 a.m. selepas mendengar bunyi van
allrite, i late to class today. bunyi hon van tu dah semacam bunyi alarm clock saya dan roomate je.pity to both of us
akhirnya, we went to class at 9.30 a.m.tanak cerita dah why and so and so

i had a very nice skills lab today with Dr."Engku Emran" (bukan nama sebenar)
excited.blushing.semangat.rasa cool sangat
dia merupakan Specialist O&G yang saya minat sangat
dia sangat smart, fatherhood-like looking, professional, santai
plus, one more thing, dia sangat romantiklah dan kelakar
semasa dalam lab, dia mendapat panggilan entah dari siapa
ternampaklah saya gambar perempuan yang men-dial
barangkali, wife nya mungkin.so sweet
lalalalalaa.
i did bimanual examination, rectovagina examination, pelvic examination with speculum
semua itu adalah gynaecology examination
esok? anamnesis gynaecology examination - breast problem & checking
okey tak?lalalalala.

today atau hari ini
09-09-09
saya berbuka mee hoon tomyam ala santai dan kek batik yang comel
ala, menu orang bujang je. setakat simple-simple je
(menu orang bujang sangat kan tu?)

09-09-09
saya menghabiskan masa saya hari yang special ini dengan di kampus dan dirumah
belajar.tidur.belajar.tidur.santai.plus.skype
the rest ? nothing. it is nothing
oh ya. tadi, saya menelefon seorang kawan baik saya
i tod she gonna left Malaysia for Ireland today
ketidakwarasandankeampehan saya, saya telah malu sendiri
saya nangis banyak-banyak kali hari ni
tod im gonna left another bestie today
saya pun kol lah dia. dah ready nak nangis lagi dah
sekali dia kata esoklah dia fly
im blushing. OMG.salah rupanya
sorry amal!
well babe, have a nice nice guy.oops.have a nice nice day in Ire!
bestnya dapat pi negara-negara boleh bervouge-vouge ni
takpa.REDHA.
okey.fullstop. blackoutlah pula
inilah nama nya. MEDAN
bye bye bye

***no photos okey!***

Wednesday, September 02, 2009

berbuka.puasa.bersama

salam ukhuwah,

memandangkan kami yang tinggal di Intan
taklah seramai mana dah
hanyalah tinggal ketulan-ketulan ini saja
maka, hubungan silaturrahim kami semakin rapat dan kompak
aktivitas paling dicintai oleh budak-budak ACMS batch 2008
MAKAN.MAKAN.MAKAN
kami berbuka puasa bersama
tanak tulis banyak-banyak.melihat gambar saja ya teman-teman

"budak perempuan berkamera itu cinta sangat kamera. yang berbaju biru itu jeles sambil jerit "blog hapdet woi!

nak makan pe ni? rambang mata. azri dan daim terpinga-pinga

tak faham napa daim buat lagak muka macam gitu.budak yang memakai tudung peach itu perasan comel.menyampahkan.lalala

yeay, dah berbuka puasa. azri, azan cepat! daim hanya tersenyum

budak ini comel sangat.cannot stand with her cuttylicious. oh yeah. jangan menyampah kawan-kawan

shakir kebuluran. akmal hanya memandang dan tersenyum melihat shakir kebuluran

lori sampah untuk hari tersebut. raja segala perut guni. kauorang lihat berapa pinggan dia sapu. yang tak habis semua dia habiskan. bayar sedikit, makan banyak. rezeki kaulah shakir.

mereka hanya mampu terlantar. apepasal semua pegang handphone ni?

kerakusan memakan banana spit yang sangat sedap. tiga tangan sekali ceduk. dalam masa 5 menit, licin

Jemputan Majlis Berbuka Puasa
di Grand Angkasa International Hotel, Medan
jam 6 petang WIB
Sabtu, 5 September 2009
seat adalah limited.sila cepat ya kawan-kawan
bayaran : 55,000 rp
pelajar-pelajar ACMS, dijemput hadir dan bayar ya. tralalala.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...