Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO August 2009 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Monday, August 31, 2009

tambahan.saja

salam ukhuwah,

perhatian ahli pkpmi-cm
(kotlah ada yang budak USU baca blog ni.eceh)
err, pelajar-pelajar Malaysia di Medan
sila lihat nota di bawah ini

Perhimpunan Pelajar-Pelajar Malaysia sempena Hari Kemerdekaan Malaysia
di Konsulat Jeneral Malaysia, Medan
jam 6.00 p.m WIB
batch 2008 dan batch 2009 diWAJIBkan
***berbuka di konsulat la kot*** saya tidak tahulah.

saya menyampaikan apa saya ternampak pada nota tertempek kat notice board FK saja
harap maklum.

study.merdeka.blackout pula

salam ukhuwah,


kawan-kawan, sekarang jam 2.16 a.m waktu Malaysia
jarang sekali saya guna waktu Malaysia di blog
sekarang jam 1.16 a.m WIB
Happy Birthday Malaysia TERCINTA
i HEART MALAYSIA sangat-sangat
Malaysia sudah berumur 52 tahun
bermakna, sudah 52 tahun kita bebas dari cengkaman orang lain
diharap, kita berterusan free dari cengkaman yang jahat-jahat itu
Malaysia milik kita, kawan-kawan.pertahankan
so, tamaulah kita join bom-bom, perkauman atau buat tak amik peduli pasal negara sendiri
sekiranya anda duduk di luar negara, even Indonesia,
kamu pastinya akan bersyukur teramat
kerana kamu adalah rakyat Malaysia
ask them who live out of Malaysia. they would say, i proud to be Malaysia okey!
tanya saya, pastinya saya kata ya juga

kauorang nampak tak note di bawah itu? i HEART MALAYSIA okey

tepat jam 12.00 tengah malam waktu Malaysia,
means, 11 p.m WIB
saya buka mp3 lagu Negaraku
saya perdengarkan di corong telinga saya sorang-sorang
saya nak buka kuat-kuat, tapi nanti mereka kata saya semangat
LALALALALALA
bila dengar lagu negaraku, sendiri rasa meremang
tiba-tiba terpikir tanggungjawab sebagai rakyat
tanggungjawab yang sangat besar
sampailah tercampak ke Indonesia ni, mesti ada tanggungjawab kene selesaikan kan?
so, tepuk dada tanya selera
sudahkah anda tunaikan tanggungjawab itu?
sudah, saya merepek tapi merepek berfaedah.

saya semangat sangat study malam ni
saya berazam nak study sampai lewat malam hari ini
sebab hari ini Hari Merdeka Malaysia
tapi, bukanlah itu sebabnya
sebenarnya, saya perlulah melangsaikan hutang
saya bangun jam 1.00 pm WIB
means, 2 pm waktu Malaysia HARI INI
setengah hari saya habiskan masa untuk tidur
so, setengah hari lagi saya habiskan untuk study
baru FAIR namanya


20 hari lagi nak raya
saya dengar lagu raya sorang-sorang di kala kesunyian malam ni
roomate dah tidur, tinggal saya sorang
saya sorang melalak lagu raya
saya sorang melalak lagu bagai melukut di tepi gantang
tiba-tiba suka lagu ni
lagu ini sangat sedaplah.korang dengarlah juga ya
saya jiwang ke? takkan?


tiba-tiba blackout
okey, saya panas. tengah asyik study PPH,
blackoutlah pula. saya macam fed up dan ingin ke katil tidur saja
tapi fikirkan tanggungjawab saya sampai di hantar ke sini,
saya tak jadi tidur.tunggu sampai ada elektrik balik
PAPPP, yeay, dah tak blackout!
mari study sambil nyanyi-nyanyi kawan!
bersurai.

p/s : saya suka conteng notes saya. saya vanderlism harta diri sendir. saya kreatif.harap maklum

Friday, August 28, 2009

today.is.really.BAD DAY

salam ukhuwah,

hari ini memanglah bad day terlampau
woke up at 6 a.m, went to class at 6.30 a.m, class started at 7 a.m
tak ke siap laju-laju cam tu nak ke kelas?
hebatkan saya. tapi memang misserable seharian
pagi-pagi, disajikan dengan presentation study
ala, yang saya kata pre-eclampsia-eclampsia tu
kau tahu, saya bangun pukul 6.am,
tengok-tengok presentation tak siap,
dengan kuasa bulan, selepas solat dan mandi, saya buat flip chart laju-laju
kemudian turun dan kejar van yang terakhir untuk ke kampus
kuasa rembulan salaimoon pun kalah kan?

okey, itu je ke yang membuatkan bad day sangat hari ini?
eh tidak, bukan begitu, begini ceritanya
sewaktu di tutorial presentation study case,
saya present dengan bersungguh-sungguh,
unfortunately-nya, lecturer saya tidur di belakang
dalam hati berkata, " aku ngantuk bagai nak rak ni, boleh pula doktor ni tidur ya.panas betul"
ya, memanglah panas

kemudian, selepas tutorial saya berkelas selama dua jam
tajuk ObsGyn hari ini memang best.
ditambah perisa dengan lecturer yang sedap mata memandang
"he has the fatherhood-looking" mulut berkata
amar reply "macam gitu pun kau kata smart?"
saya berkata "i said, he has the fatherhood-looking, not smart one-lah"
and i was like so annoying because di-annoy-kan oleh si amar sepanjang dua jam itu
sumpah tanak duk sebelah amar lagi.
between, fyi, amar is my father here in Medan. My mum is mamalin.
we have a huge,happy family in ACMS

persalinan normal ya makcik-makcik

dah tu, petang disajikan dengan skills lab
skills lab kali ini memang best, "persalinan normal"
which is, orang kita kata "normal childbirth"
orang kita kata ke? ahahaaha
alah senang cerita, saya belajar macam mana nak layan orang tengah beranak
proudly said, saya sudah qualify untuk menyambut kelahiran
siapa-siapa mahu beranak, sila cari saya.
layanan first class okey?
haaa, cerita ni tak bad day lagi.
lepas tu kan, saya pergilah lab jam 2 petang WIB,
seharusnya jam 2.15 sudah start skills lab dan saya menjangkakan jam 4 sudah siap
skills lab sepatutnya tamat jam setengah 5 petang WIB (4.30 pm)
tapi, lecturer yang conduct group saya tidak kunjung tiba
sehinggalah detik jam 3 petang, saya menjadi panas
akhirnya 3.15 lecturer ganti datang.kami mula beranak.
salah.kami mula menyambut orang beranak.
dan skills lab kami tamat jam 5.15 petang.
approximately lagi 1 hour and a half nak buka pose.
dah tu, on the way back ke rumah, jam sana sini
ye, inilah Medan, tak pernah lekang dengan jam.
sampai di rumah jam 6.20 petang
baring-baring.dan jam 6.40 petang buka puasa
memang letih ah!

saya bukan nak tunjuk dua budak tu.saya nak tunjuk itu adalah model yang kami tolong beranakkan semasa skills lab.

entry post kali ini sekadar nak mengadu dalam blog sendiri.
its real bad day today.
penatnya.penatnya.penatnya.okey!

happy birthday kepada my lovely niece
yang comel macam makcik dia gak
tapi, tidak pernah menandingi kecomelan makcik dia.FACT
ATHIRAH

athirah sama makcik dia yang comel.sama-sama comel.and kat belakang tu irsyad.comel juga

and kepada yang menyambut HUT (hari ulang tahun)
pada hari ini seperti
tante rumah kami di Medan, tante Adik
dan Adibah (ex-3U TiGS 2002-2004)
God Bless You Always ;)


Tuesday, August 25, 2009

ada dua cerita hari ini

salam ukhuwah,

ada dua cerita hari ini.

cerita pertama - ceria dan gembira


selamat hari tua kepada anum,
dia sudah tua hari ini.genap 20 tahun
memasuki usia alam dewasan peringkat ijazah pertama okey
sudah.stop cerita pasal anum.nanti terngumpat.tak layan nyah

hari ini ada study case
kami dapat tajuk "pre-eclampsia & eclampsia"
okey, saya suka tajuk ini.saya akan buat dengan bersungguh-sungguh
walaupun hampir jatuh air mata di dalam tutorial tadi
adalah ceritanya.nanti cerita kang, ada je bawa mulut.memburuk-burukkan saya
saya tidak sukalah begitu kan.so, diamkan aja

hari ini juga, saya ada lab histology
mari belajar sel-sel tisu "Male Reproductive system"
hoi, saya bukan pervert okey
menjadi tanggungjawab seorang pelajar perubatan untuk belajar segalanya
so, saya belajar pasal lelaki.salah ke?
ho ho ho ho ho ho
kelebihan seorang medical student bukan? belajar segalanya.
LALALALALALALALA

mari belajar gambar histologi.
anggap kalian semua adalah pelajar perubatan
mari lihat okey ya.










saya tidak mahu mendescribe perinci satu persatu gambar. sila teka.mari main teka-teki itu tisu apa.LALALALALA


see, lihatlah hasil kerja Dr.Shazwani aiza. sangat hodoh.tidak berseni.hilang seni sebenarnya

cerita kedua - sedih sangat


selamat jalan kawanku yang TERBAIK
hari ini dia telah fly ke India, 10.10 pm
tak dapat menghantar di KLIA.
stuck dengan tutorial dan lab histo,
kalau tak, sempat je nak balik turun KLIA.
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
kau memang best. kau memang seronok
yati, tempuhilah hidup di perantauan dengan kesabaran tinggi
belajar baik-baik, jangan bawa balik pakwe India
saya pening nanti okeh
marilah kita menjadi Medical Students yang best.TERBAIK
dan bakal jadi satu team medical tenuk.
ho ho ho ho ho
i miss you, yati.aku hilang tempat melepak
cepatlah balik MALAYSIA!!
(baru pergi sudah suruh balik.apakah)


saya allergik pisang goreng

salam ukhuwah,

bukan tanak update hari semalam,
i mean, semalam, 24 Agustus
tetapi, saya mengalami satu kondisi saya tidak suka
saya down
saya emotional outburst lagi.
ini semua gara-gara pisang goreng.

saya down, saya emotional outburst kerana
pisang goreng.
ye, kerana pisang goreng
i repeat ye kawan-kawan, pisang goreng
cukup, jangan ulangi lagi perkataan pisang goreng
sudah aiza.jangan ulang lagi.

sumpah tanak menggoreng pisang lagi
hancur kengidaman saya untuk makan pisang goreng
kengidaman? cikgu BM, adakah ini perkataan BM yg diktiraf?
ye, kosa kata saya semakin teruk

dah,tiada gambar untuk hari ini
mari ber-emotional outburst
jangan cakap dengan saya tentang pisang goreng
allergik
sekian.

Sunday, August 23, 2009

hari ini punya ceritalah

salam ukhuwah,

I've Spend Almost A Day With Sleep,
So, Today, I'll Spend Almost The Hours To Study.
Ayat Poyo Gila.:D

hari ini tidaklah ada apa cerita sangat yang ingin dikongsi
cuma satu tragedi telah berlaku
"Misteri Kehilangan Roti Milk Loaf"
memang menimbulkan tanda tanya kami bersama
kami berfikir, kami mengingat, kami mencari
mana kami letak roti kami beli semalam ha?
di dapur tiada, di bilik tiada, mungkinkah ter-buang dalam tong sampah?
selisih saja.rupanya di dalam rak makanan malin.
okey, roti dah jumpa.esok boleh buat roti sardin untuk sahur.

kami berbuka apa hari ini?
kami berbuka seperti di bawah ini.
masakan orang bujang je.lalalalalala.

nasi ayam yang melazatkan bersama air orange nutrisari. memang mengiurkan bukan?

nasi ayam dari sudut lain. memang ekslusif. masakan orang bujang di perantauan ja. ala kadar je semuanya.lalalalala. rasa macam nak tikam aiza dari belakang kan?

barulah memasak ala remaja riang ria namanya
remaja yang berjaya bukan?
lalalalalalalalalalalala





Saturday, August 22, 2009

emotional outburst.homesick.berbuka ala kadar saja

salam ukhuwah,

hari ini presentasi study case 1 untuk semester ini
"Post Partum Hemorrhagic (PPH)"
disebabkan bukan group saya yang bentang
maka inilah yang terjadi
kami sangat pantang semacam satu benda yang namanya KAMERA

okey, mereka tidak start lagi presentation. kami sangat busan dan menyampah.kami keluarkan henfon.kami bergambar.hoiyeh hoiyeh

mereka berdua ini roomate. mereka sangat gila kamera. mereka pantang berkamera. mereka memang cantik dan jelita.sila kata ya okey.

whylah aiza u make that silly muka lah. malin kontrol.at the right part is not. kami gila kamera.ya kami budak acms memang suka kamera.

kami lagi.balik-balik muka kitorang. jangan menyampah.

hari ini emosi saya kan agak terumbang-ambing
saya homesick. i repeat.saya homesick
mungkin sebab first day puasa. so, saya homesick
kenapa first day puasa mesti homesick?
sebab saya tidak dapat berbuka kat rumah dengan macam-macam juadah best-best
kalau kat sini, saya buka puasa ala-ala remaja bujang okey

hari ini hari puasa yang pertama
saya tempuhi dengan biasa-biasa saja.
sini tak cuti.ada kelas.so, down sikit rasa.sebab mak abah cuti kat rumah
kami berbuka ala kadar je.
orang cakap, ala-ala bujang je. tidaklah semeriah berumahtangga
kami buka puasa dengan mee bandung batu pahat mari
sedikit puding custard yang flavi flavi
air ribena kejadian si zahida yang sedap
serta pencuci mulut epal yang tiba-tiba manis.biasa tak sedap
okey, bujanglah sangatkan juadah buka puasa kitorang?
haa.tula. ala kadar je. berbuka ala remaja bujang riang ria.

mee bandung batupahat mari. saja nak highlight batu pahat.sebab homesick nak balik rumah saya di batu pahat. i proud okey.im proud. i proud because its name is mee bandung batupahat mari not muar. and di masak dengan rasminya oleh saya. hoho. saya reti masak lah jugak kan? tak lah spesis hina tak reti masak kan.

air ribena kejadian zahida. tatau ape motif highlight air yang ala kadar ini. oh, maybe sebab sangat fun fact okey kalau dapat minum ribena di indonesia. sebab sini tiada ribena. fine.

puding yang sangat yami-yami. ini kejadian saya.

sebelum saya menitikkan noktah terakhir
saya mahu ungkapkan sepotong ayat
"saya mahu tepung pelita"
kerana tepung pelita, saya emotional outburst sampai homesick.
sila kasihan
terima kasih.

Friday, August 21, 2009

memasak bagaikan juara bintang remaja riang ria

salam ukhuwah,

"lapar mengatasi segalanya"
kau orang suka tak frasa yang sangat motivation tu?
haa, jika anda berazam mahu "kurus dan cantik seperti Nicole Pussycat Dolls"
sila jangan ada frasa seperti di atas
kerana azam,matlamat anda pastinya berkecai.
macam ada seorang budak itu.
benchmark nak kurus dia adalah Nicole Pussycat dolls
tetapi, kalau lapar, huru hara satu Medan dibuatnya
macam mana nak kurus macam tu. question mark BESAR!

tak masuk ke tajuk betul lah pereggan pertama tu
hari ini seharusnya ada dua kelas
maka kelas jam 7 sehingga jam 9
tetapi, kurangnya komitmen lecturer di masa yang kedua,
kelas jadi satu ja. mana tah pergi nya lecturer masa kedua tu.
hujan mungkin, lagi ga ingat hari ini harus mengajar.
ho ho ho ho ho ho.
tidak mengapa lecturer, terima kasih bagi saya pulang awal.yeay!

see, tak masuk tajuk lagi.asik menyimpang kejenya.
kembali ke trek larian blogging.
disebabkan saya serta roomate hanya ada satu kelas hari ini,
disebabkan hari ini hari terakhir nak makan tengah hari,
disebabkan kami ni tiba-tiba rajin memegang senduk,kuali dan dapur gas,
disebabkan "lapa mengatasi segalanya"
kami pun membuka langkah memasak hari ini.
apa? aiza memasak? adakah ini kebenaran?
yalaaaaaaaaaaaaaaahh! aiza memasak la! ingat tak reti ke?
okey,okey.kauorang tidak percaya? sila scroll ke bawah untuk keterangan lanjut.
ah sudah, aiza memasak. jadikah?

haa.siapa cakap tak jadi? kau lihat tu. mengiurkan atau tidak? walaupun ala kadar saja, namun sekali rasa pasti nak lagi.cewah. semua masakan ini tiada nama spesifik. haa, saya mahu meletak nama-nama indah pada resepi saya ni. yahuuuu.

nasi goreng kampung aizalicious. sedap sehingga menjilat jari. sumpah tidak tahu mengapa sedap sangat.adui, angkat bakul sendiri.

telur sambal lepak saja. ini hasil kejadian dari roomate saya, mamalin. biar nampak tidak bergaya, tapi sekali makan pasti nak lagi. sedap gila.

asam pedas ayam ala kadar De Medan. saya mewajibkan kepada warganegara Malaysia yang mempunya kad pengenalan ditengah itu 01 untuk pandai memasak asam pedas. saya mewajibkan rakyat johor untuk pandai memasak asam pedas. saya mewajibkan ciri-ciri bakal suami saya mesti pandai masak asam pedas jika mahu kawen sama saya. siapa sini ada ciri di atas, sila que untuk mengisi borang calon suami saya. LALALALALALA.

sayur kobis goreng masak tibai saja.hasil nukilan mamalin. dipertambah-tambah, di-oter-kan oleh saya. jadikla sayur kobis goreng tatau nak describe macam mana rasa dia. tapi, rasanya sangat bravo.ya ya.sedap kau. tak caya sudah. resepi dirahsiakan.

pengumuman dan amaran,
saya tahu, silent reader blog ini pasti merasa sangat menjengkelkan
apabila membaca entri kali ini.
mesti dalam hati anda terdetik untuk berkata secontoh ini
"hek eleh budak ni, memasak pun nak masuk dalam blog.jakun gila"
atau sewaktu dengannya.
jika anda ada terdetik untuk berkata semacam sebegitu.terima kasih.
sila datang lagi ke blog saya untuk entry seterusnya. jangan baca entry ini jika menjengkelkan.
inikan blog si budak remaja riang ria.
aku masak ke, aku berkelah ke, aku stress tak reti masak ke, aku stress nak shopping ke,
sasuke hati aku lah. eh, apa ni aiza.emo tiba-tiba
bukan-bukan.saya tidak emo.
kan dah tulis atas tu.pengumuman dan amaran.
saya rasa bangga bila saya tulis saya pandai memasak.
sangat overacting sampai tulis dalam blog.
AHAHAHAHAHAAHAHAHAHA

"selamat menyambut Ramadhan Aid-Mubarak. semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya"
selamat berpuasa kepada mereka yang sudah memulakan ibadah puasa di bulan Ramadhan kali ini. Penguin di bumi Deutsch, selamat berpuasa. mereka di US juga berpuasa hari ini bukan?
kami di Bumi Indonesia, berpuasa esok hari.
yeay, lagi 26 hari lagi balik Malaysia!
lagi sebulan nak raya. AHAHA
semacam budak kecil.
saya gembira lebaran tahun ini bukan hari-hari hari Ahad,
lebaran tahun ini di bumi Malaysia!
so, tiada salam perantauan bagi tahun ini.
fullstop.nanti lagi merepek tidak berstatus.
saya mintak diri dulu.

Thursday, August 20, 2009

halamak.kantoi kelas pula

salam ukhuwah,

hari ini memang ralat sangatlah
sebelum ni kan saya beritahu
hari ini saya ada tiga kelas kan?
tahukah anda, even satu kelas pun saya tak pergi hari ini
saya bangun-bangun, van telah berbunyi bising tanda nak blah dah
saya gelabah. tengok jam di henfon, OMG, 6.30 pagi
saya tanya roomate saya yang juga terkejut terus toing bangun
"si jelita (bukan nama sebenar), cemana ni, dah lewat gila-gila" soal saya tidak bersalah
jawabnya sambil menarik comforter menutup seluruh tubuhnya
"pukul 10 la gamaknya" dan terus hilang dibalik comforter
saya dan roomate dengan tidak bersalahnya, menyambung tidur

si cantik manis & jelita. roomate paling bahagia. bilik untuk orang cantik sahaja

hairan, macamlah semalamnya kerja buruh binaan
(macam ada orang tu kan. buruh binaan berjaya. kalau di indonesia, kita panggil TKI atau tenaga kerja indonesia)
padahal, saya sudah tersedar jam 4 pagi WIB
tapi, saya tidur balik.padahal rasa bersalah time tu.adalah sebabnya
tapi saya tetap bangun lambat
apa nak jadi lah kau ni, aiza? Ha?ha?ha?
okey,okey, saya bersalah.ye saya bersalah tak pergi kelas hari ini.
saya tertinggal kelas Abortion & Ectopic Pregnancy, CRP-Ukuran Kesakitan & Kematian dan juga kelas Endocrine Abnormalities
bagus betul kau ni, Aiza
hoi sudah kau.pergi study laju-laju sana
(nasib baik tajuk kelas pertama tu saya dah belajar masa attachment.fiuh)

haa, di atas permintaan ramai dari kawan-kawan saya
saya snaplah gambar berudu ni ha.
untuk tontonan ramai. tujuan belajar ya bukan tujuan bukan-bukan
ini bukan blog laman lucah.tidak sama sekali
kawan-kawan, ini bukan berudu semacam kau jumpa di dalam longkang
ini adalah sperma hidup okey.
hasil dari lelaki yang dirahsiakan identitasnya.
memang macam berudu.
kalau kau tengok bawah mikroskop.memang jelek gila.
berenang-renang dalam lautan. itulah sperma.macam berudu
sangat pening gila dalam lab tadi.
mana taknya.kau bayangkanlah, mata saya semacam nak terkeluar dah
kena kira bilangan sperma bawah mikroskop
kau tahu jelah berapa juta sperma ada?
fullstop.membebel je kejenya aiza ni

ini namanya sperma.bukan berudu ya kawan-kawan

marilah kita menuju kejayaan.marilah kita study O&G
esok kelas dua jam je.pukul 7-9 pagi
hari ini boleh stay up stadi lebih! yeay!
tamat ya untuk kali ini. selamat jalan.

makan-makan lagi

salam ukhuwah,

fiuh, dah bila larut malam begini baru sempat update
padahal, hari ini adalah libur
tapi tangan tak terringan untuk mengupdate
maka, ada cerita baru.update-lah kan

saya baru pulang dari rumah tiga orang teman saya
Triple A (Ana, Amy dan Ayu)
yang baru saja berpindah ke TASBI
atau Taman Setia Budi
rumah mereka memang best. semacam rumah sendiri
keluasan yang memuaskan, tidak panas dan berecon, dapur yang sangat besar dan best,
kawasan perumahan yang memang mcm tanah air,
bilik yang sangat besar, ruang tamu mcm rumah kat Malaysia
JELESnya kautahu! JELES! JELES!
sudah, malas nak cakap. lihat saja foto-fotonya dik.

zahida, ana, adilah, anum, hani, malin, ayu dan si sangat cantik dan comel tu duduk di bawah sambil peace.comel sangatlah tu.ya! ya! kata ya jugak! kami bergambar dengan tua rumah

mereka bernama lelaki yang memang suka part ni bila datang rumah orang. MAKAN. si shakir menuding jari ke arah si pengambil gambar lalu berkata "Haaa, nak hapdet blog lah tu. UPDATED.UPDATED.UPDATED" mereka disitu pun memandang saya. saya dengan jelitanya berkata dalam hati sambil mensnap gambar " sila lawati, http://www.aiza89.blogspot.com"

saya mahu teddybear sebesar ini.anyone? please?

kami memang pantang dengan alat teknologi masa kini yang bernama kamera. kami sangat pantang.

menjadi adat orang-orang Medan, cara diorang membuat ucapan tahniah ke takziah ke, advertisement ke, mereka akan buat di atas papan besar ni. actually ia adalah decoration bunga menjadi huruf-huruf


maaf ya kawan-kawan,
sekiranya entry kali ini agak mengangkat bakul sendiri
kalau bukan dari mulut sendiri pujian yang membina tu
siapalah lagi kan?
ada sesiapa yang mengakui keindahan, ke-cute-an, kecantikan saya?

hoi aiza, tidurlah.esok ada kelas.
esok ada tiga kelas. 2 Obsgyn + 1 CRP
ditambah perisa lagi dengan laboratory clinical pathology
esok memanglah bermain-main dengar sperma bawah microscope
inilah first time tengok sperma okey.
adakah saya akan jakun? cuak? geli? disguis?
nantikan esok sajalah.
TIDO.TIDO.TIDO
(tamau tidur. ada hal.eceh, ada hal apa tu ye aiza?)
tamat

Tuesday, August 18, 2009

libur lagi yeay!

salam ukhuwah,

habis tutorial jam 12.30 tengah hari
setengah jam awal dari yang sepatutnya
perut berkeroncongan lagu new divide, linkinpark
"saya sangat lapar.saya sangat lapar"
hati terus berdetak berkata.lapar.lapar.lapar
siapa suruh tidak makan malam tadi?
eh, makanlah. makan puding custard handmade you.
nak diet ke makcik tak makan nasi ? (eh, tak tak.mana da.takda takda)
ah sudahlah. jangan dipersoalkan.
lalu, setelah pulang ke rumah, saya terus mengangkat laptop ke dapur
kemudian saya memasak
diulangi, saya memasak! saya memasak! saya memasak!
macam nak runtuh bangunan kan bila dapat tahu saya memasak kan?
(apa kau pikir aku tiada ciri-ciri wanita idaman lelaki Asia ke? ikhs)
saya makan makaroni mushroom soup je dengan air putih
sambil menonton Nur Kasih
yahooooooooooooooooooo, akhirnya berjaya menonton sampai episod 12

perhatian,
(okey, betulkan peti suara)
saya jatuh cinta sama remy ishak
kau kenal tak siapa dia tu?
dia di bawah inilah
yer, kalau kau tonton Nur kasih mesti kenal lah.
so smart-lah. walau tidak hensem. tidak mengapa


walaubagaimanapun,
cinta terhadap zizan nin tidak akan pudar
kau ini aiza, macam cinta orang-orang bangsawan ya nak cinta-cinta artis
iyelah. cinta-cinta bayangan saja.
kalaulah mereka berdua ni tahu aku mencintai mereka
sumpah lari jauh-jauh pabila lihat gajah yang cinta mereka
downnya rasa.huwaaaaaaaaaaaaaaa.

mari cintai diri sendiri. don't ask someone to love you before u do so.

pengumuman satu lagi,
ESOK LIBUR atau CUTI!
sempena ulangtahun Universitas Sumatera Utara
so, bolehlah tidur lambat! bolehlah rehat-rehat.yeay!
bolehlah berpenguin-penguin.apakah
***studylah, aiza***
okey-okey, study study.

Monday, August 17, 2009

OSPEK Malaysia lah pulak kan

salam ukhuwah,

kawan-kawan, kesihatan saya beransur pulih
lepas ni, boleh la lanyak air batu lagi
sehari tak minum ais, ibarat sehari tak mandi
oi, begitu hiperbola kau punya ayatlah aiza
tidaklah, kawan-kawan, macam orang tualah minum air panas ni
secara medically-nya, tak baik minum ais selalu
tapi, menurut Dr.Aiza, minum ais segar sekali deh!
(kau sakit, semput, demam, terbongkang barulah nak sedih-sedih)
sudah, jangan minum ais untuk beberapa waktu ni
amaran keras dari Dr.Aiza, hindarilah ais dan makanan tidak sihat!
hargai kesihatan anda, kerana H1N1 begitu menular dengan buasnya, okeh!
(dan juga influ-aiza ya kawan-kawan)

petang tadi saya berkesempatan dan menyempatkan diri
untuk pergi ke OSPEK Malaysia
yang diadakan di asrama Haji Ibnu Sina, Medan
tak banyak gambar yang diambil
sebab terlalu ramai manusia
tambah-tambah lagi saya ni pemalu
so, malu la nak mencapubkan diri. nak ketik-ketik gambarkan
sebab ramai sangatlah senior-senior kat situ
kalau setakat senior FK sahaja tidak mengapa
senior-senior dari FKG,IAIN dan Unimed juga ada
seganlah you. nanti semua orang tergoda dengan lentikan i meng-snap gambar
(nak snap gambar pun perlu gaya ke?)

sudah. malas bergebang.lihat sajalah gambar.
yang penting, OSPEK Malaysia taklah sebuas, sebusuk, seharum Ospek USU
OSPEK Malaysia memang sangat terencat. sangat-sangatlah
tengok sembah senior dia je dah cukup terencat.
idea siapalah sembah senior tahun ni.sangat comel lah walaupun cam kelakar
HEE! :D

kata si baju belang kepada si baju putih " kau cakap abang depan kau tu, abang tu busuk.cakap! cakap!" junior berbaju putih pun bilang "abang busuk yeay, abg busuk!" senior yang dikatakan busuk itu pun marah " hoi, siutnya junior, kau sapa nak kata aku busuk! cakap abang belang-belang tu bengong.cakap! cakap!" dan akhirnya si junior tu bingung dikerjakan senior-senior itu. inilah gambaran PEMBULIAN ketika sesi "bebas senior"

kami senior-senior FK USU batch 08. lebih terperinci, batch ACMS-USU 2008. kami tak membuli. kami panggil dan terus sain. siap dapat amek gambar sama-sama lagi.untung kau mintak sain kat senior suka bergambar cam si kak Aiza tu. okey, angkat bakul sendiri

see, bergambar lagi. kan dah cakap. memang suka bergambar. kami memang pantang jumpa kamera.sangat pantang. kami comel masalahnya

yang pakai baju putih dan berseluar itam tu adalah junior-junior.pakaian rasmi sepanjang OSPEK Malaysia. mereka sedang kesana kemari mencari tandatangan senior-senior.

ruang OSPEK yang sangat kecil.memang panas. sepanjang OSPEK tu asik berkipas ja. kipas kat dalam dewan tu pun romantik sangat. haduhai.dah la ramai manusia dalam tu. sabar jelah

haa, inilah senior yang sangat baik hati tu. tidak perlu diperjelaskan nama dia. cukuplah memadai kaliann semua tahu dia senior yang baik dan agak cun. ops. dia tidaklah cun pun. sori ya kawan-kawan
(apepasal muka saya nampak sangat bahagia dan manis sekali bila muram? ah, angkat bakul sendiri!)

yang ni, gambar tambahan okey

sedap tak bila kita melihat gambar ini? haa.. ni saya buat. walaupun saya tidak pandai memasak. saya sangat bangga pandai buat pencuci mulut tau tak. jangan pandang rendah pada saya yang tidak reti memasak. memasak can belajar lah. lagi seronok belajar ngan future husband.muahahaha! shut up aiza.

okey.ini saja untuk hari ini
kembali me-ready-kan diri untuk tutorial esok
Post-Partum hemorrhagic
sekian. dah. tinggalkan blog ni sekarang.

Saturday, August 15, 2009

akhirnya.update.HOHO.OSPEK?

salam ukhuwah,

minggu ini memang minggu macam-macam aktivitas
para junior, mereka memang berada dalam minggu
"busuk, huduh, comot, itu KAMI"
mereka sedang menempuh kesabaran yang sangat maksimal dalam OSPEK
semoga banyak bersabar adik-adik.have fun-lah
jangan ambil hati perangai diorang tu
cara berseronok kat sini memang macam tu.LALALALALA

bagi para senior-senior. especially batch 2008
diharap anda semua bersabar juga
masing-masing terinfeksi dengan influ-aiza
semakin hari semakin bertambah bilangan pasien
penularan yang sangat ketara
maafkan daku ya rakan-rakan
bukan salah saya. salah penyakit nilah. kenapa menular secara liar sangat
fullstop

oh ye, ramai yang bertanya
"cik jelita Aiza, apakah itu OSPEK?" (sumpah ini ayat bongkak)
menurut saya, OSPEK itu penghambaan diri terhadap senior dan lecturer
senior-senior akan dinaikkan darjat jadi dewa dewi
lecturer-lecturer menjadi mahadewa mahadewi
ah, sudahlah. sebenarnya OSPEK itu orientasi
tapi kayaknya, sangat ganas ya teman-teman.macam orang sakai seminggu

inilah gambaran tentang OSPEK. jangan SPEECHLESS

gambaran pertama sudah cukup menunjukkan betapa sakainya OSPEK. dulu, saya pun kena buat macam tu. mereka sedang mencium bau harum kasut mereka. sangat HARUM. nasib baik sewaktu saya OSPEK, kasut masih baru. wangi sangat. nak cium lama-lama pun tak apa. yang kasut buruk-buruk tu? no komen.

yang ni seorang senior telah mengambil kesempatan untuk bergambar dengan junior. yang sebelah comot yang sebelah lagi comel.ahahaha. sian adik tu.muka dah macam apa.jangan nangis ya dik

okey. ini tatau nak kata pa. junior-junior sedang ber-OSPEK, boleh ppula mereka ni bergambar. yang paling kiri tu comel kan?

mari tukar-tukar kasut dan bau. bau bau bau kaki. bau bau. sangat jijik la aktiviti ni.menyampah

mereka memegang cacing. kemudian cacing itu disuruh dimasukkan dalam mulut masing-masing. "makan kalian cacing itu!" jerit dewa dewi yang suara sangatlah jelek.aahhaa. ampun dewa dewi.gurau je! jangan diospek guwe lagi!

semalam memanglah saya penat sangat
saya MC semalam. pitam, demam gastrik
akibat allergic ubat. terima kasih kepada anti-histamine!
saya dah dapat internet telkomsel saya.yeay!
lepas ni boleh la ym, skype tak putus-putus.yer yer je tak putus
semalam memang penat.saya ulang lagi.
balik dari menonton OSPEK, saya dah terbaring
malam saya tidur sambil berskype.hebat tak?
hebat gila kan. tu la. kasi bunuh dua burung guna satu batu dei.
okey.merepek.stop!

oh ye. ahad dan isnin. OSPEK Malaysia
atau lebih sopan sikit, Minggu Suai Kenal Malaysia
tapi cam sedap lagi. OSPEK Malaysia
selamat maju jaya, junior-junior.
OSPEK Malaysia taklah seteruk OSPEK Indonesia. tetapi, sama je kot.
apa aku cakap ni?
sudahlah! ahahahaa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...