Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO May 2009 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Friday, May 29, 2009

melepakla.apa lagi?

salam ukhuwah,

okey fine.malam tadi aku tak tau apa fungsi pergi Sun Plaza sebenarnya. tapi yang penting tujuan utama sebenarnya pi nak beli dvd dengan tengok wayang.tapi tatau nak tengok cerita apa memandangkan 3 movie yang top rated kat bioskop 21 aku tak tengok lagi. the three movies are angles and demon, night at museum 2 sama itu terminator 2. cam biasa, before tengok movie, selidik lu sneak peak, kalau cantik, best, memang fiuh, maka terangkatlah jasad ini ke mall. kalau tidak, malas. fullstop. maka, kerana kebusanan duk rumah. hari hari youtube tengok drama melayu, movie, tengok sneakpeak, tengok dance. letih. sebab duk di rumah saja. maka, tergeraklah ke Sun Plaza. muka happy gila. akhirnya dapat gak tengok wayang sebab lama gila tak men-tengok di layar besar. biasa tengok di layar 14 inci ni dengan speaker kebabom. cukuplah. sampai-sampai saja di kaunter 21, dengan muka yang sangat happy to the max, pergi lah menanyekan tiket seat untuk terminator. sekali full daa. yang menyedihkan, ketiga-tiga cerita itu full. memang gila. kenapa semua orang tengok wayang ni? sekali tengok dalam wayang musti ramai student malaysia. suma pakat melepak lepas exam. hak hak hak. takla. saja ja kata.tak pun tak pun.fullstop

hari ini punya cerita pula

okeh, hari ini dengan semangat baru. tidak tahulah kenapa ada semangat baru. oh ya. pagi tadi terkejut sebab mimpi kena bom. serupa macam cerita it
u battlefield 1949. lantak la. tapi memang thriller dan action gila mimpi kali ini. tidak tahu mengapa mimpi-mimpi aku kesemuanya mempunyai unsur-unsur plot cerita macam movie. rakan-rakan aku pun agak pelik. adeh. lepas itu, macam biasa lagi. online saja. tapi.tappppppi. tiba-tiba black out. maka kami hanya bergosip 4 bersama najiyah, radiah ngan keyek.cerita pasal movie. oh kami suka cerita pasal movie.ahahahaha. dan hari ini aku bersama sahabat-sahabat menonton wayang. itu pun ketidaksengajaan. sebab pi paladium nak carik dvd game the sim sama cd casing je.ahaha.dan kemudian melalak di karoke. sekali lagi, aku, malin sama anum, menanggalkan anak tekak di ruang nyanyian karoke. feh.

Terminator Salvation.feh, MANTAP!



malas nak gebang pasal cerita ni, mahupun menulis plot macam dalam majalah hiburan. aku bukan pen-type sinopsis di dada-dada majalah hiburan okeh. saya pelajar perubatan yang freak pada hiburan dan kehidupan.ok fine. saya tak bergaji untuk menulis atau meluahkan sinopsis cerita ini. sudah sudah. so far, saya kasik 4 bintang setengah bagi cerita ini. cayalah. aku sangat layan. tapi, bagi yang kuat terkejut. kau orang jgn tgk wayang belah depan-depan tu. banyak asik terkejut. nanti kang ada emergency dalam wayang, naya je.okeh? memang best cerita ini eventhoe malin sama anum tidur di sebelah. aku sangat blur.bagaimanalah mereka buleh tidur. so far, memang best!!

karaoke sampai cabut tekak

yang ni best. macam biasa. lepas exam. karoke sampai cabut anak tekak.tak tercabut pun.ahaha. aku hanya menyanyikan beberapa lagu ja seperti, lovebug (memang ngantuk), love story (tiap kali p karoke musti nyanyi lagu ni.letih), this is me, hot and cold dan entahlah.banyak sangat. tapi yang penting, penutup nyanyi lagu loosing grip. memang sangat kuat menjerit.ahahaa. sangat fresh selepas ni otak bertakung dengan banyak sangat beban nak pikir. saya balik ke rumah dengan ngantuk gila. pastu masalahnya tak boleh tidur. hinggalah sekarang. krisis imsonia dah datang balik. Astagfirullah.

p/s : bila lah.bila lah bila lah. sabar lah :D




Wednesday, May 27, 2009

blog berwajah baru-suka!

salam ukhuwah,

oh yeah. akhirnya akhirnya akhirnya. dah lama mengidam-idamkan untuk menukar layout baru tapi tak berkesempatan. memandangkan mood tengah swing swing, kepala tengah keras macam batu, exam pun sudah tamat, maka tergeraklah hati untuk meng'hapdet' template blogger dari yang ke-lasik, jadikla super beta moden ni. walaupunlah tak seberapa, almaklum, template pun tempek dari website-website yang menawarkan perkhidmatan skins secara free, tapi saya cukup berpuas hati. lain kali kalau dah betul-betul kelebihan masa lapang, maka dibelajar lagi nak repair-repair tamplate. (betul ke eja ni?)

rekod diri sendir-tak tidur malam!

yang ni memang gila. kerana penangan coke sama sebijik pana
dol, aku imsonia. memanglah. semalam betul-betul mood swing. bilik dah macam ruang gig. sangat kuat ya speaker dipasang. jiran-jiran bilik, maafkan saya. paham-pahamlah. memanglah semalam taktahu nak explain macam mana. biarlah Allah saja tahu macam na. tapi, moga lah, yang tidak benar ditunjukkan kebenaran, yang benar diberi pelindungan. Ammin. maka, akibat imsomnia, makan tak lalu, hanya melapik perut dengan setin coke saja, maka, aku jadi resah gelisah. apa nak buat ni? setadi? exam habis sudah. maka, tu la yang tangan ni menggatal-gatal membelek-belek yang mana satu template blog yang menawan hati. maka, tadaaaaaaaaaaa..ni lah pilihan hati.

budak btn tak on hp

yang ni panas. semalam menunggu telefon dari seorang sahabat yang p btn. sebab kalau ada masalah apa-apa musti kasi tahu sama dia. punyalah berpage-page message dia, namun satu pun tak dilayan. (maaf, kaunter pelayanan ditutup). apakah btn mereka tidak boleh menyimpan handphone sendiri? kasihan.kasihan. dulu, aku pun ke btn kat Meru, Kelang tu gak, tapi Pak Rani kasik je guna handphone? janji bak kata Pak Rani, engko tak guna masa tengah kelas. bestlah Pak Rani. banyak kenangan masa btn. rindu rindu. btn kamu bagaimana pula ya? jangan main-main kau sama pak rani tu.ahaha. kembali pada topik, budak yang sedang ber-btn itu, silalah onkan handphone sekejap pun jadilah. at least kau tahu tongang langgangnya hidup kawan ko ni. nanti tak beritahu mulalah bebel. telinga perit dengar, rasa nak muntah darah je. aih.


kenangan masa btn kat meru, klang. ni baru lepas habis btn. semua muka happy. aku ja muka kontrol. penat tak boleh blah.

kerna terpaksa.terpaksalah

semalam dah ramai yang balik Malaysia. and i suppose to be home yesterday. tapi, apakan daya. menjadi mangsa. menjadi mangsa dan menjadi mangsa. takde rezeki balik awal. tapi kekecewaan dan kegusiran hati tu ada. sangat sakit sangat sakit dan sangat sakit. wahai pihak yang bertanggungjawab, silalah bagi saya pulang negara saya secara halal, saya pun ada kampung, mak bapak, famili saya jugak. datang sini setadi je bukan nak menetap
 sini. tolonglah.tolonglah.tolonglah. merayu ni. tolonglah kau cari balik menda yang dah hilang tu. malas nak jadi singa betina lagi. nanti kau kata kurang ajar. maka diam jelah. kang aku goda kang, terdiam kau. mahu? (nanti ada ja yang marah.please-lah!). mak, nak baliklah!!

semester II examination kononnya review

komentar pasal exam yang lalu? ish.ish.ish. mendengus tak habis habis. pendek kata, susahlah nak cakap. (pendekkah ayat itu?). haih. senang cakap, susahlah paper-paper exam kali ni. tapi, nak wat cemana kan. asalkan sudah berusaha sebukit-bukit tingginya. sekarang ni bertawakal sajalah. moga-moga ada berkat disitu ya. tapi agak kecewa dengan paper crp ya. meman
dangkan diri ni minat sama calculation, tapi, banyak soalan tak sempat jawab. kau bayangkan jelah, soalan addmath statistik tu, 40 soalan kau jawab dalam masa 40menit. maka, sempatkah dikau menjawab semuanya? kalau sempat, kalian memang hebat! tepuk tangan untuk kalian. aku? hanya mampu sabar jela. tak masuk akal lah 40menit soalan kayaknya gitu. dia silap kot tu. takpa-takpa. tawakal-tawakal. agama pula soalannya kayak ga ada jawapan. and banyak soalan yang out of syllabus. sabar jelah. aih. final exam lak suam-suam kuku. ada yang boleh jawab ada yang tak. sekali lagi, tawakal jelah. apa boleh buat? dah nasib badan.



Friday, May 22, 2009

saya di-tag

salam ukhuwah,



kerana memenuhi tag cik ikoko cumel :D

ini gambar saya bersama mak terchenta super duper datin yang saya sanjung selamanya. mak yg belah kanan. belah kiri tu bibik wati yang dah macam mak sendiri jugak sebab best. yang terloncat sana sini tu, yang pandai gaya macam-macam gaya tu anak-anak sdara saya yang suma bajet american next top model lensa kamera. benci tul budak-budak ni. ahahaha. benci bila diorang konker gambar. gambar ni sewaktu famili saya datang ke medan bercuti bulan Januari yang lalu.ha, kalo korang nak tau tu air-air tu adalah tasik Danau Toba :)

seriously, saya rindu mak saya. again and again. Happy Mother's Day eventhoe cam dah lapuk lak.ah, tak penah lapuk wish tu. hari-hari adalah mother's day.mak, nak balikkkkkkkkkkkk!!

p/s : tak mau tag sapa-sapa.ahahaha. :D

Wednesday, May 20, 2009

OSPEK?

salam ukhuwah,

untuk tontonan umum especially junior-junior ACMS yang bakal ke Universitas Sumatera Utara (USU). Selamat Datang. Seronok tau OSPEK (OSPEK tu orientasi la cek kak)

kene tengking ngan kak ongki (panitia utama OSPEK).ganas wo dia ni walaupun kecik. (yang pakai baju singlet biru tu)


sesi mandi air busuk.sirap campur kopi, apa tah lagi.tapi busuk dan merah-merah.ada kicap pa semua


pagi-pag ada senaman. bukan senaman, goyang pinggang macam inul dengan berlagukan mulan jameela.letih.


sembah hormat dewa-dewi. wajib buat tiap-tiap hari berkali-kali. macam ular senduk pastu kene jatuhkan badan atas lantai cakap "mampus aku" (kami cakap mampus hampa..ahaha)


tarik telinga sendirik sampai lebam. kau tengok pakaian kami.cam orang apa tah. dengan beg guni. atas kepala cam topi orang asli


jongkok dek, jongkok (jalan itik dari pagar USU pi ruang dataran Pendopo)


p/s : junior-junior, janganlah takut.have fun.seronok sebenarnya. buatkan mentality kita lebih kuat. sebab tu orang-orang indonesia ni berani buat apa saja asalkan diorang dapat.kita? student-student kita? kalau kene camni suma nangis.nak suruh Menteri Pendidikan wat cam nilah.nak usul! ahahaha.padanmuka!

Sunday, May 17, 2009

its ur birthday! ;)

salam ukhuwah,




HAPPY BIRTHDAY DJA! HAPPY 20th!
Semoga cepat kahwin.semoga cepat berumahtangga.ahaha. 

esok exam yeay!

yeay, esok exam! esok exam!!
tak sabar nak paper
Hematologic & Immunologic System!

"mak, abah, aiza buat yang terbaik..!!"


私はそれを行うことができます!

Friday, May 15, 2009

aim.high.MODE

salam ukhuwah,

budak ini kan sangat gila. tidur non-stop 16 jam. Malaysian Book's of Record? mati-mati ingat kamu sakit atau apa. hohoi. sedapnya tidur lama-lama. nak tidur macam tu gak. tapi, saya ni kaki bangun tiap jam. kaki yang bangun?


Dr.House in Action. semua notes aku dicover dengan muka House yang kene selotep mulut dia. sebab saya sangat suka suka sangat itu House.my idol always.

a i m . h i g h . m o d e
musim examination starting this monday, 18 may
haematologic & immunologic system
i smell to score in that paper.my favourite.macam house. suka suka.yeay

doakan kejayaan saya okeh!!
malas pikir pasal indonesia ini. saya pikir mau setadi then mau balik malaysia dan lepak!



Monday, May 11, 2009

happy birthday budak cumel!


hari ini birthday si budak comel ini

Muhammad Nur Imaduddin bin Mohd Sheeril Azri
(kene highlight nama bapak dia skali kang kata aku ni zzzzzzzzzzzzzzzz...)

HAPPY BIRTHDAY BABY DEEN!! 
SWEET 3th! 

nanti cik Jott balik Malaysia cik Jott belanja JCo n beli hadiah eh!
cayang baby Deen!

Sunday, May 10, 2009

Happy Mother's Day

salam ukhuwah,




HAPPY MOTHER'S DAY

Puan Jamilah Abdul Hamid
seorang, mak, datin kepada Sheerine Azlin, Mohd Sheeril Azril, Shazwani Aiza, dan Shaza Azmira yang paling best!
seorang nenek moden yang sangat vouge kepada Nur Athirah, Nur Aleya, Ahmad Irsyad, Muhammad Nur Imaddudin dan Muhammad Nur Ikmaluddin
seorang mak mentua kepada Khairul Rizal, Dayang Seri Kyna
seorang isteri kepada Mohd Tahar bin Shahdan

Mak yang paling best.yeah! 
Mak nak laptop di bawah ini agak-agak green light tak? hihihihi..








Saturday, May 09, 2009

study mode "ON"

salam ukhuwah,


9 hari ke arah exam blok haematologic & Immunologic System!
13 hari lagi menjelang final!

maka, 
MODE UNTUK KERAHAN SETADI "ON"!

SAYA KAN FUTURE DOCTOR


SILA JANGAN X MENGIKUT DI BAWAH INI



yang paling penting sekali kan...

17 hari lagi nak balik MALAYSIA!!!

Friday, May 01, 2009

yakinlah, Aiza!

petikan dari iluvislam.com

Serahkanlah segala peristiwa yang kita alami kepada ALLAH s.w.t.. Apa pun yang kita terima, kita perlu bertawakal kepada-NYA dan berpegang teguh kepada janji-NYA. Jangan sesekali berburuk sangka kepada ALLAH s.w.t. dan sentiasalah redha pada setiap yang telah ditentukan-NYA. Insya-ALLAH, kita tergolong dalam orang-orang yang mencapai kemenangan. 

Kalau kita merasakan ketenangan dan kebaikan sesuatu dan sentiasa berpegang teguh kepada ALLAH s.w.t. pada setiap ujian dan keadaan yang kita alami, Insya-ALLAH kita akan dapat pertolongan, petunjuk, bantuan dan perlindungan daripada ALLAH. Apabila pertolongan ALLAH sudah kita rasai, maka bersyukurlah selalu dan yakinlah; hati yang resah akan menjadi aman.

Ketika Nabi ALLAH Ibrahim dicampakkan ke dalam api yang marak menyala, baginda tetap yakin dan bertasbih; "hasbunaLlah waniqmal wakil." Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik Pelindung. Lalu ALLAH jadikan api yang menyala itu sejuk. 

Ketika RasuluLlah s.a.w. dan para sahabat diancam bunuh oleh orang kafir dan tentera berhala, mereka tetap membaca surah Ali-'Imran ayat 173-174 yang maksudnya; Cukuplah ALLAH menjadi Penolong kami dan ALLAH adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar daripada ALLAH, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan ALLAH. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar. 



Bila kita bertambah yakin kepada ALLAH dan serahkan diri kepada ALLAH, Insya-ALLAH segala dukacita masa lalu akan berakhir. Janganlah berduka bila kenangkan dan perhatikan perbuatan orang lain yang mengguriskan perasaan. Sesungguhnya, manusia tidak mempunyai kekuatan untuk mematikan atau menghidupkan walau sekecil mana pun nyawa atau sekelumit mana pun keadaan. Manusia juga tidak dapat berikan ganjaran terhadap segala perbuatan orang lain. Kerana manusia itu bersifat lemah dan tidak punya kuasa. Segala kuasa yang ada di muka bumi ini adalah hak ALLAH.

Menjadi manusia kita kena yakinkan diri terhadap kekuasaan ALLAH. Semua yang berlaku kepada kita adalah dengan izin ALLAH. Dekatilah diri kepada ALLAH, berserah diri kepada-NYA, redha terhadap segala yang telah ditetapkan-NYA, dan penuhi hati dengan zikirullah dan menyintainya dengan sepenuh hati. Insya-ALLAH kita akan dapat memakmurkan hidup yang hakiki. Kemakmuran yang paling indah yang tidak ada bandingnya di dunia ini. Hanya kita yang merasainya, hanya kita yang menikmatinya.  

Jangan pernah berhenti berdoa. Doa itu bukan sahaja ibadat, tetapi talian hayat yang mengakrabkan kita dengan Yang Maha Pencipta dan akrabkan kita dengan insan-insan yang kita doakan. Doa mendekatkan yang jauh, doa mengakrabkan yang dekat, doa mengukuhkan ikatanyang ada, doa meleraikan kekusutan, doa mengamankan yang bergelora dan doa menyelesaikan persoalan yang mendera. 

Berdoalah! 
Y A K I N LAH!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...