Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO April 2009 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Sunday, April 19, 2009

kisah.hari.ini [part II]

salam ukhuwah,

kembali bergebang.semalam sungguh meletihkan.malas mahu menghapdet.maka hari ini sedikit kurang letih walaupun letih dan mahu tidur sudah, maka hapdetla sikit untuk memenuhkan blog ni.kang ada pulak complaint tak hapdet. (eceh, ibarat banyak followers la pule blog aku yg ijo ini.selekeh! ahaha) bukannya apa, sekadar mahu berkongsi emosi, situasi, diskriptif perjalanan idup hari demi hari sebagai diri ini okeh. ahaha. apakah. tapi, takdelah semuanya ditempek dalam belog ni. kang aku beremosi sangat katanya aku ini Cushing's Syndrome. Cortisol tinggi pula. kang aku terlebih melawak, katanya aku ni sakit Wilson's Disease, dok gelak and senyum je kejenya. wait, senyum pun satu symptom penyakit ke? ni lah dunia. tak buleh terlalu gembira, tak buleh terlalu sedih. semuanya penyakit. kiri kanan depan belakang aku semua penyakit. letih gak belajar medicine ni. terasa cam semua sakit kat satu badan ni ha. oops.sudah! mula dah nenek ini merepek. 

takde, sebenarnya, ehem.ehem..mahu meriakkan diri sebentar di belog ini. kau tahu tak, aku dah pandai and ntah mengapa sudah ada tabiat rajin memasak. rajin pula aku ni? (mak, aiza paling pemalas kan dalam famili? angah mesti kata. yes! kau la rubbish.ahahah) whatever. sebenarnya, famili aku jeles, aku ni suke bersenang-lenang. biarlah. aku memang malas. tapi aku rajin la sebenarnya. tapi aku ni beremosi. aku melakukan aktivitas itu berdasarkan emosi.kalau rajin, maka, hyperrajin. kalau malas tu, mulalah kejang-kejang otot, tremor, dan paling penting malaise (aku tak la mengatakan aku ni banyak penyakit, pokoknya semua itu tanda-tanda sinonim kepada malas.anda bagaimana? ahaha)

wei, merepek lagi. ginila teman-teman. semalam kan, aku berjaya menjayakan satu kejayaan dengan jayanya menghasilkan puding custard dengan berjayanya.(kata akar bagi ayat ini adalah : jaya ya adik-adik).
 
aku nak cerita pasal menda ni sebenarnya.ahaha.

macam nak mengalir air mata, apabila, berjaya memasak puding dengan jayanya. almaklumlah, muka nimasuk dapur? terbeliak mata mak aku kau kalau aku duk dapur memasak. kalau setakat jam 8 pagi tu? masih terbongkang kat katil nak wat cane. wei-wei. negatif thought tul la. itu dulu.sekarang lain. saya bukan belasan-belasan lagi. saya doplohan. kawen pun cukup sarat cuma tak larat je nak berkawen. belum sampai masanya. apa cerita kawen ni? saya tidak akan berkawen selagi saya tidak menghabiskan masa-masa saya bersama kawan-kawan saya. okey, hari ini saya mahu mengajar bagaimana membuat puding. resepi disediakan oleh bahan dari internet ditambah pula kakak saya yang mengajar dan mengsupport. gila lah, dok godak-godak kacau-kacau puding tu, siap menelpon kakak di malaysia. akibat gara-gara agak khuatir ye kenapa kuah puding tu lemau je sepatutnya likat.ah malas cerita benda-benda yang memburukkan keadaan puding tu. ahaha.

cara-cara gini ya ibu-ibu, kakek-kakek, tante-tante, mbak..


inilah bahan-bahannya. yg tgh tu nk highlight je botol baru tu.eheh

bahan-bahan :
untuk pudingnya aja, kita guna tepung kasted. untuk mereka di medan, kalian cariklah tepung kasted yang kotaknya agak pelik gitu warna merah kuning (mcm bendera selangor) kamudian ada cap tulis tepung kasted namata.bagi yang di malaysia, kamu beli lah tepung kasted yang plastik dia warna biru tu. kemudian, kamu belilah gula. kalau dirumah masih ada gula pasir, takyah la bazir beli. jgn melambak sgt. kadar gula darah harus diminimalis ya. kamudian pastikan sumber air yang mencukupi. jangan dah tuang tepung kasted dalam periuk, air pula takde.dan pastikan air masak! kalau nak lagi terjamin, didihkan la air tu, bagi membunuh kuman-kuman kecil. 

kalau untuk cairannya, iaitu kuah nya yang super duper yami tu, kau orang belilah susu cair yang nestle bertulis SUSU EVOPORATED. jangan kau beli susu dancow ke, susu frishen flag ke ape.yang penting bukan susu tepung. dia susu cair dan bukan susu yang korang buat bancur milo tu.okeh? kamudian, sumber air juga mencukupi dan sedikit gula. no added sugar too much! kau diabetic, jangan carik aku.

untuk hiasan dan penambah perisa, kau beli cocktail.tau kan? ala, kau carik tin yang cap ayam tu (ayam brandlah) yang ada gambar buah-buah tapi bentuk dadu-dadu.bukan la ekor ayam.kamudian kan, kau beli laici dalam tin. kalau rajin tanam pokok sendiri petik dan digunakan. (dan aku merepek lagi).

okey, cara-caranya:
- untuk wat puding, kau amek cawan minum kopi tu, dalam lebih kurangla. satu cawan setengah pastu dicampur air dalam 2 cawan yang sama. kalau rasa cam pekat lagi, tambah la sket air.tapi jgn byk sangat. pastu kau letak atas dapur gas.panaskan dan diletak gula dalam sukatan 7sudu. ikut kemanisan. aritu aku buat banyak,7 tu kira sikit. tapi memadai sebab aku tak suke manis. amek no 7 sebab no luck.ahaha.jadikan puding? hahaha. pastu kalian kacau dan terus kacau dan terus kacau. amaran! jangan kau kacau dua tiga tangan dalam periuk cam aku dan keyek buat. habis puding tu bercampur tangan.ahahaha. kacaulah sampai korang letih. sampai dia likat macam dodol sampai dah tak larat nak kacau dh sebab likat sangat. sampai dia warna kuning gold. kamudian trus angkat masuk tupperware.then masukkan dalam fridge. oh ye lupa nak sebut, pastikan kat rumah ada fridge okey?

- untuk kuah dia pula. kau amek satu tin susu cair tu, kemudian dicampur dua cawan air, kalau cam pekat gi, campur la sket lagi air. pandai2 korang la eh. tak pandai mengagak.cawan kan luas per isipadu dia berbedakan? ya kan dik? okey, kamudian masukkan gula. pastu, syiap!

haa, itu je cara dia. nak makan, letaklah laici sama cocktail dan dihidangkan bersama air masak sejuk. kenapa air masak? kau orang kan makan mende manis, minum la air masak byk-banyak. kalau nak elak dari diabetic la. kalau tak sukati kau orang ok. 

haa, dah. itu je caranya.mudahkan teman-teman? selamat mencuba!!


sedapkan bila tengok?buatla sendirik! haha


yami-yami.yami

Saturday, April 18, 2009

cerita.hari.ini [part 1]

salam ukhuwah,

tidak ada apa-apa yang nak diceritakan. nak melepaskan satu degusan lega. "fiuuuuhhh...". akhirnya tutorial selamat diselesaikan. dari hari kamis yang lalu, hidup aku sangatlah kelam-kabut, serabut, kusut, berbelit-belit, berlingkar-lingkar dan sebagainya. ini karena tutorial macam biasa. tutorial memang selalu buat aku kusut, kerana terpaksa menghempas kepala di dinding untuk mengexplore segenap lapisan muka buku yang ada. (cover depan je pun, dalam dia tak baca pun. poyo je aiza ni.ahaha) dan hari ini, tutorial selamat dijalankan dengan bahagianya. mari kita ucapkan rasa bersyukur. Alhamdulillah! sebelum ni punyalah segala persiapan dilakukan sebab takut kena tembak bukan-bukan dengan fasilitator tutorial kali ini, Dr Yunita Sari Pane yang memang suka banyak tanya itu ini lagi-lagi bab pharmacology. dia memanglah orang farmako. celik pandai dari bahagian ubat-ubatan. dan tutorial kali ini, aku diserang double kill! (orang main dota mesti tau first blood, double kill, triple kill kan? oh ya, benci dota. cheh) karena, learning issue yang perlu aku presentasikan adalah tentang PHARMACOLOGY. oh tidak. memang double kill. tapi akhirnya, bukan Yunita Sari Pane fasilitatorku, tapi Dr Tri. maka, memangla best. sangat sempoi.terima kasih Allah memudahkan kerja hambaMu hari ini! sayang Allah =)

oh yeay, saya mahu berkongsi tajuk study case kali ni. kami panggil pemicu tutorial kali ini. memandangkan kami ini dalam blok Hematology, maka yang berkaitan dengan kes-kes kami sumer bloody-bloody belaka. kalau tidak paham pemicu ini, pandai-pandai la paham sendiri. kalau bukan anak kedokteran (yang bukan budak medic), buat tak nampak je. aku tau ini a bit irritating nak dibace. lagi-lagi yang amek engineering, accountancy.mesti blur.apakah? =P

"Mario Pulungan, laki-laki berusia 2tahun, dirujuk Puskesmas Penyambungan Jae ke Poliklinik Anak RSHAM dengan keluhan pucat, demam berulang, lemah, perut membesar. Nafsu makan berkurang sejak 1 tahun yang lalu. Mario telah dibawa berubat ke Puskesmas berulang kali, tetapi Mario makin pucat dan lemah. Apakah terjadi pada Mario?"

More infonya :

" Mario lahir cukup bulan dengan berat badan 3100gram, panjang badan 49cm. pada saat di poliklinik anak berat badan 9200 gram, panjang badan 75cm. pada pemeriksaan fisik ditemukan anak sadar, cengeng, pucat dengan temperatur 39'c, pembesaran hati dan limpa tanpa pembesaran kelenjar getah bening. hasil pemeriksaan lengkap ditemukan kadar Hb 6.5g/dl, leukosit 12300 /uL jumlah trombosit 550000/uL, MCV 77fl, RDW 21fl, retikulosit 3.5% dengan morfologi sel darah merah anisositosis, poikilositosis, hipokromik dan ditemukan Plasmodium bentuk trofozoit dan gametosit bentuk crescent. warna urin seperti teh. Bagaimana interprestasi hasil pemeriksaan fisik dan laboratium Mario? "

maka, yang anak-anak kedokteran (x semestinya budak medic je.yang berkaitan ilmu sains =)), pi amek white board, berkumpul buat cam team dalam citer Dr.House tu, berbincang. kalau tak mau, just guess je penyakit pa tu. kalau malas pun tak pe. sekadar mahu berkongsi ilmuan kan. berilmiah la sikit blog ijo aku ni kan? hik hik hik. yang chemical engineering, cuba kira-kira. wat mathematical engineering.amende ko dapat dr tu? ahaha.ada ke?

dah. bukan tu aku nak cerita. ini yang sebenarnya aku nak tunjukkan..

jeng..jeng..jeng..


apakah ini semua.eh tiba-tiba ada kaki disitu..ahaha

tak cukup dengan meja.lantai pun jadiklah..

    
berselerak gila-gila. banyak belajar nampak, kakak? =P

macam reban ayam bertelur..

inilah posisi orang lepas bekerja keras. bilik pun bekerja sekali.ahahaha.

p/s : bersambung di part II.pasal apa? adalah.. =)

Friday, April 10, 2009

mimpi rupanya

salam ukhuwah,

kau orang tahu, aku bangun sangatlah pagi hari ni seperti hari ini ada kelas je pagi-pagi. bangun-bangun ja dah peluh-peluh. oh, malam tadi blackout, so, econ mati. suspen je kan? oo yang penting diri ini mengalami satu ekspedisi mimpi yang sangat dasyat. tak sangka diri ini Lindsay Lohan ye? tapi? Lindsay Lohan macam saya atau saya macam dia? stupid. tamau cakap. dia yang perasan macam saya. kah kah kah. ayat apakah ini?



begini ceritanya, semalam ada libur bagi negara Indonesia. dan libur ini berpanjangan sehingga hari ahad. dan hari ini libur karena Death Of Jesus. no komen cuti ni k? itu fahaman masing-masing. yang fenting Malaysia tak cuti kan? Icek Najib? tanak tambah cuti ke? lalala. Malaysia memang kaya dengan cutinya. yeay! stop. sudah merepek ntah pape. dan semalam saya bersama teman-teman selevel ini, malin, zda sama itu anum berlepak-lepakan di teratak saya yang best ni untuk menonton muvie. almaklum, mood cuti, buku suma wat tak paham ja. kami menonton cerita itu i know who killed me. aku tidak tahu ya samada cerita ini baru lagi atau dah lama or aku je yang tak tau kewujudan cerita ni.keh keh keh. cerita ni superb. sumpah aku cakap cerita ni superb. tapi, macam biasalah, tak suke la cerita ada part-part hanya yang sudah berkahwin je memahami. aduyai.



dan kau tahu, malam tadi saya bermimpi menjadi lindsay lohan, pelakon utama cerita itu. mimpinya saya tak berapa hingat bagaimana. cuma yang ingat, diri ini stuck di dalam keranda biru itu, dalam kubur. saya ketuk2 keranda tu mahu keluar terjerit-jerit. tapi tidak sapa dengar. takutnya. tapi yang pelik, itu adalah di kubur Islam. Alhamdulillah. at least taklah melencong sangatkan mimpi saya kan? kamudianlah kan, entah gimana, saya jerit dalam keranda tu nak kencing. bodohnya mimpi. seram-seram tatau kenapa ada benda merepek. kemudian, saya dengar ada orang korek-korek tanah atas keranda saya. then saya pun cakap, "oh, macam tau-tau ja aku nak kencing. cepatlah doh.lemas aku dalam ni.nak kencinglah.!!" pastu orang tu pun pecahkan keranda saya kamudian saya tgk orang yang korek-korek saya tu, muka sebijik macam saya cuma dia pakai pakaian putih, saya biru. takutnya. PUTIH? huwaaa.. kemudian saya pun segera bangun.tapi tak boleh, tengok-tengok kaki saya kodong. huwaaaa. pastu saya pun bengang dan jerit "oit, sapa yang potong kaki aku ni, dah takde kaki lembu ke nak wat supp.bengang tul" kemudian, sebab dah tak tahan kencing saya pun terus berlari tatau macam mana saya lari sampai lah hujung tanah perkuburan tanpa menghiraukan orang yang gali kubur saya yang muka macam saya tu. pastu saya jumpa satu pondok yang tulis kat atas tu WC. saya lega, oh at least, ada toilet berdekatan kat sini. tapi rupa-rupanya, di sebalik kegelapan depan pintu toilet tu, ada sorang mamat ni, takde kepala pegang gergaji elektrik menunggu saya. pastu tepi-tepi dia ada macam lembaga-lembaga hitam. saya pun melangkah ke belakang satu tapak demi satu tapak lepas tu lari, kemudian laki itu menghidupkan gergaji elektrik dia, dan mereka kejar saya. and lastly sebelum saya terjaga, saya cuma ingat, saya jerit,"maaaaaaaaaaaaaaaaaakkk...!!" pastu saya sedar-sedar dari tidur, alarm kat henpon saya bunyik bising gila. jam menunjukkan pukul 6.30 pagi waktu Malaysia, 5.30 pagi WIB. 

apalah mimpi saya ni, macam nightmare stori anak-anak je. tapi entahlah. mimpi. ni yang tak suke tengok cerita thriller-thriller seram-seram basah ni. kang di'invite' jadi pelakon tambahan.haduyai. 

okey, disebabkan bangun pagi ni.saya ada mood mahu study.maka, diri ni mengundurkan diri dulu ya. mahu persiap diri untuk dikerjakan USU akhir bulan 5 ni.apakah? =P

Tuesday, April 07, 2009

special.untuk.gmah =)

salam ukhuwah,


entry kali ni special untuk gmah
(gmah yang cantik belah kiri tu. yang kanan tu kurang cantik.oops?)

i know, u r not in a good mood. i know u having a complicated situation when stuck with homesick. aku pun homesick jugak gmah. tambah lagi masalah yang entah papa pasal balik ni, im becoming so sarcastics. semua orang aku bengang. untill i dont have the trust to the elder here. because they can cakap banyak-banyak but, nothing is done. kan? so, disebabkan diorang itu kita takleh balik. we gonna stuck for 4 5 days. we miss the chance to go home. whatever it is, be strong gmah. we still have each other. we are in a family. especially those in merjan. im too far from you. but u r welcome to be in my tiny room in Intan as well. have fun with them. at least, bleh la reduce the homesick disorder u having right now. i always there for you. dont worry. maybe we are not so close like we used to, but we still in a family. so, no doubt. no probs to be grab on. jangan sedih-sedih okey gmah? diri ini dah puas menangis. dah puas homesick. dah puas kecewa. but the things is, because the family we are here right?. so, keep on moving gmah. we are in the same boat. we are in the same situation. love you friend. ;)

still remember those days? the fun we had? =) special for you =)



Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba

Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian

Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa

Menggapai cita-cita

printerku.ni.sangatlah.menghiburkan

salam ukhuwah,


hematologic and immunologic system. nila buku yang aku kene fokus blok kali ni. yang HOUSE tu abaikan. tu peransang je. ahaha.

kau tahu, hari ini? mesti tak tahu kan. hari ini diri ini men-start-kan diri dengan blok baru. Hematologic And Immunologic System. macam best. tapi macam tough. and macam serabut.and macam complicated. tapi, tak pe, diri ini akan cuba untuk menempuh sebulan dengan blok cara-cara dan mekanisme bagaimana mahu mengatur pertahanan ini dengan effort yang melimpah ruah bagai mencurah di ladang gandum lalu menjadi koko crunch! tadaaaaaa..!!! dah.fullstop.aku dah setat merepek.mulalah yang ntah pape ntah aku merepek nanti kang. so, back to the story. oh yea, hari ni macam dikatakan tadi, bermulalah blok yang baru. seperti blok-blok yang lalu, bila start blok baru je, aku pun mulalah menanam balik semangat untuk berjaya lagi dalam blok yang baru ni. sebab saya tahu, prestasi yang lepas-lepas tak begitu memberangsangkan. tak apa. let past be past.let gone be by gone.oh yer ker cam ni? entah. aku dengar dari budak-budak ni la slalu cakap phrase ni.saya taktahu bahasa omputih ni. (SPM A2 je..sedih je bunyik). so, sebagai mukadimah bagi blok baru, kami di'saji'kan dengan histology. tahu kan histology? okeh kalau tatau macam ginilah. kau orang tahu kan history? itu adalah cerita dia. yang ini histology. histo tu cerita lah. logy ni logik-logik, yang hidup, yang entahlah. maka, marilah kita belajar cerita benda-benda hidup. kisah hidup sel-sel badan. tapi kali ini lebih diperincikan kepada hematology atau darah.atau blood. tapi  bukan period okeh. jangan salah paham.

ni berlonggok lagi buku ni. bila nak abis ni?

first kelas memang best. saya peka. dan Alhamdulillah, masuk telinga kiri tak meresap keluar telinga kanan. segalanya bermula dengan niat dan pemikiran. somebody saying this to me. Thanks to him. masuk je kelas kedua, saya masih mampu menahan. lama-lama kelas menjadi sangat slow dan akhirnya mengambil masa yang agak lama untuk dihabiskan. tapi, guess what? saya berjaya menghabiskan kelas tersebut tak mamai pikir mak abah dikampung, berangan tidur dalam rumah besar ntah rumah sapa-sapa, mimpi orang bagi iphone or paling-paling pun, pi lari ke kantin fk pekena nasi soto sama mandi satu. A good start Aiza. Be strong. Be tough :)

kisah perinter


see, printer sudah di-infuse-kan. yipi =) dengan harga 90ribu rupiah je (dalam tak sampai RM30)

ini sebenarnya nak cerita ini. setelah lama memikirkan dua tiga kali nak memasang infuse setelah di 'informed consent' kononnya oleh rakan-rakan, pasal infuse-infuse printer ni so that jimatlah sikit duit. tak adalah membazir-bazir duit sangat nak beli cartridge. dah la mahal. pastu leh tahan berapa bulan je. cepat sangat habis. memang kaw-kaw mahal. aku tak suke mahal-mahal ni. lainlah kalau catrifge tu ada jualan murah diskaun 70%, maunya aku membeli belah macam pi sogo tu. see? mengarut lagi. maka, aku, dja sama itu fairuz pun bergeraklah kaki ini untuk meng'infuse' printer yang disayangi ini.memula, dalam plan mahu saja naik beca. namun, setelah berjaya mengurat itu abang faisal, driver van ACMS, lalu dia pun membawa kami ke kedai, lalu operate lah printer saya selama beberapa minit. unfortunately-nya, printer fairuz tidak bisa di'infuse'. HP brand ni memang restrict kot. tu sebab tidak boleh. tak apalah fairuz, janji leh pakai. yazza.


ni je pun masalahnya, dia tersangkut.tu je.patutlah sekali hentak sudah buleh sihat. a touch of a doctor? (aku masih ada gaya menjadi engineer sebenarnya.adeh)

kemudian, dengan gumbiranya dan jakunnya kami pun pulanglah ke Intan. dengan mengangkut printer-printer masing-masing. kelihatan abg eskrem padelpop terpacak depan pagar Intan. kami teringin kembali ke zaman budak-budak.lalu makanlah aiskrim kami bertiga. kami sangat jakun. kami jarang makan aiskrim. jakun sangat. lalu, lepak sebentar berpok pek pok pek di bilik dja, lalu melangkah ke bilik. lalu kan, dengan excited dan ghairahnya (pedia lah ghairahnya ngan printer tu.ops!) lalu men-test-lah printer cik canon aku tu. stuck.takleh print. hati panas. mendidih. takat didih +100 darjah selsius. saya jadik kaget. ketakutan.blur. kepala hotak dah mereng-mereng macam-macam negatif saya pikir.lalu kan, saya menanyakan si kamil sama hadi, semuanya tatau nak wat apa. saya buntu. kemudian. entah cemane. saya hentak dengan kuat.kononnya marah. lalu, cik canon saya berfungsi semula. apakah segalanya disini memerlukan kekasaran baru nak bekerja? ops.tatau tatau.

saya sebenarnya homesick hari ini. rindu famili. nak balik tapi ini negara banyak cikadaklah.tapi saya tabah. saya menelefoni dia di KMB. dia sedang giat aktif mempersiapkan diri untuk final exam dia sebelum fly entah kemana. kemungkinan ke Czech. fly lah dikau, sebagai 'sahabat' saya mendoakan dari jauh. semoga Allah memberkati setiap usahamu. cayalah kau. fly jauh sei. tamau bawak sekali ke. (oops, bawakkan? =P) ops. dah. tanak interframe cerita pasal KMB. oh ya, kalau kau di KMB itu membaca post ini, ketahuilah diri ini sentiasa mendoakan semoga lepas fly and teruskan cita-cita kita jadik silent killer doctor. oh tidak. kau mahu jadi neurologi berjaya. sayalah silent killer doctor. apakah? yang penting kita sama-sama doktor ye. ingat itu! 


"u asked me to be independent. i promise i will too. but i will never try to be so far from you because we start with close, we have to end up with close. im trying to be one. yeah yeah. im childish. but somehow, im big enough to be adult. well, distance separate us too much. the thing is, the distance never screw up and separate us too much. our heart always stick together. i mean a 'friendship' that would never end. pernah ke kita decide it as a relationship? tidak kan? because everything is in His hand. just hold on, let Him judge our friendship. either it can be so close. i'll be happy. dont get so crap with the exams too much. just be calm and settle it with your briliant brain. i know u smarter enough than me. that's what im so seriusly hates about u. u always win against me.
 i hate your intelegence. i hate your successfulness u have created. i hate your easy, lepak setadi. i hate you.ahaha.. =P but, whatever it is, im senior and u junior of the medical school now. pigida.. ahaha =P "

dalam sedih ada bahagia. thanks Allah =)

Sunday, April 05, 2009

jatuh chenta!

salam ukhuwah,

yeah, this is the most hardest condition when u falling in love. seriously, damn. its really really makan-hati-dan perasaan tul.shadap. okey fine. aku sangat jatuh cinta sekarang. sangat-sangat jatuh cinta.belek-belek buku Internal Medicine, bahagian cardiology disease, tiada disebut pula pasal Syndrom Down-Heart ye. omagod. i really in LOVE. twing.twing.

WAIT. don't get too much of it. okey fine. not to anak teruna belakang rumah kat batu pahat tu. not from someone here in ACMS. not someone here in KMB? (ni susah nak nafi okeh.ahaha), or not to someone from the Ugly Betty, Heroes, House MD series or whatsoever. and for sure not HE, James Marsden (yiauuw..).

IM FALLING IN LOVE TO APPLE iPHONE !!!!

 
uuu..slimnya kamu wahai cik iphone. menawan hati ini.mantap

sebesar tapak tangan saja. but not so sure my tapak tangan.aku kan gemuk.zzz

pujaan hatiku.tapi tak mungkin dapat membelinya. dengan harga RM2+++ tidak mungkin. lainlah 2+++ rupiah. bisa aja. 2+++ rupiah itu, mau beli manis dingin (teh0ais) pun tak cukup.aihs.

sangat jatuh cinta sama hape ini sampai terbawa-bawa dalam mimpi.pernah satu malam itu. ada seorang manusia ini telah menghadiahkan iPhone ini kepada diri ini di tepi kolam. im not sure tepi kolam mana.tapi meamng cantik tempat tu.Putra Villa kot? ahaha. kemudian.kerana terlalu happy, dan terloncat-loncat kegembiraan, aku telah pun dengan tidak ke-sengaja-an telah terbuang hape tersebut ke dalam swimming pool itu. aku menangis meronta-ronta, manusia yang memberikan hape itu bergelak-gelakan guling-guling. kemudian, oh, saya mimpi.

see? it looks like impossible for me to have this tiny admirer. but, nothing's impossible kan? tapi mana mau korek duit? belajar pun gune duit rakyat.huwaaaaaa

p/s : semalam main basketball.seronok!

Friday, April 03, 2009

exam datang lagi. [ mode tonggang-langgang ]

salam ukhuwah

malas nak berceloteh.gambar menggambarkan keserabutan minggu ini. 

posisi : tonggang terbalik, duduk tegak atas kerusi, buku di meja, laptop tepat di hadapan mata. kondisi : serabut nak exam. tatau nak baca mana. 
emosi : bercampur aduk. 


saya setadi, desperately duduk sini untuk mak abah. setadi untuk mak abah. 
semangat kan? tengok, comel-comel kan anak-anak buah saya? famili first second? (isi tempat kosong)


smart note. tapi tulisan cakar ayam.anyone can read it except me? (hello, sendiri pun takleh bace)


haa.ni dia buku-buku kene baca. beratus-ratus ringgit habis beli buku.lastly, baca slide kat laptop saje. tapi saya lebih suka baca buku dr slide. slide busan


saya setadi sambil menonton.kalau tak saya tidor. saya addict to my sifu+idol Medicine saya, Dr. Gregory House M.D (biarlah dia takde ethics. tapi hebat.apepasal?)


dah last-last minute ni, mesti hit two birds with one stone. tak ke saya bijak?

p /s : wahai University Sumatera Utara, Fakultas Kedokteran yang ter-chenta, bagila saya peluang dapat A. teringin gak dapat tropi masa Annual Dinner PM-USU. walaupun impossible, apa salahnya kalau yang naik ke stage tu anak Mohd Tahar bin Shahdan dan Puan Jamilah ? kan..kan? Ammin..

Wednesday, April 01, 2009

salam ukhuwah,

La Tahzan, Aiza 

" dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman),jika tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu, kalau tuhan tidah mengkehendakinya) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? "
(Surah Yunus : 99)

" jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing "
(Surah Al-Imran : 125)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...