Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO March 2009 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Monday, March 30, 2009

A Journey Of Appreciation - 4th PM-USU Grand Annual Dinner

salam ukhuwah,

highlights sepanjang dinner itu

- sangat penat satu hari itu. kelas 7-4.30 petang.sangat penat.penat.penat.letih.lemas
-tak makan seharian.takut gemuk.baju tak muat. nanti nangis guling-guling.tak sempat beli baju baru kat Sun.
berniat tak mahu pergi. banyak sebab musabab. penat.malu.segan.cantik sangat. takut jatuh first time pakai heel macam apa.malu
-tidur petang pastu buat-buat tidur tamau pergi dinner.tapi kene sound.kene pergi juge.aduyai.
-tema: merah. tatau napa pakai merah putih pink. (sokong indonesia nampak? ahaha)
-saya jalan kengkang. macam tak kukuh je heel ni.malu sebab hampir jatuh kat tangga paling atas. radiah punye pasal. terpijak tapak depan kasut.malu malu. 
-makan malam aritu jenis serve.satu persatu kluar.aku ni dah la tengah kebulur.mulut tak reti diam. asik sebut "LAPA, LAPA, LAPA". datang dinner untuk dinner.tiada tujuan lain.MAKAN
-dapat spek besar.kononnya menghidupkan lagi suasana retro.tapi rasa macam lebah.macam kamen rider bila pakai spek besar tu. buruknya. 
-saya makan banyak malam tu. asik makan saja. kelaparan.saya licinkan pinggan-pinggan hidang lauk. memalukan.
-saya agak terkilan. ramai yang berseksi-seksi malam tu. hak masing-masing.tak mahu cakap banyak.terkilan.
-majlis meriah sangat. memang mantap. catwalk aizad dan amy dalam fashion show memang mantap.
-makanan dia sikitlaaaaa.nak nasik kau tahu.tapi asik kuar lauk je.aku tau la style hotel cam tu. sampailah nak akhir-akhir majlis. aku tertidur.maaf
-memang suasana retro sangat hidup
-camera buat hal. amek gambar tak clear. celaka punya camera.mahu beli SLR.simpan duit! 
-tak banyak amek gambar. camera baterry exhausted.battery pun buat peel.geram tul
- tak dapat lucky draw hadiah gitar tu.saya aim dari awal gila-gila.bukan SHAZWANI AIZA yang dapat.tapi IZZATUL SYAZWANI. kembar saya.aduyai
-malam tu saya moody.somebody buat saya marah.pastu saya hentam dia. dia diam. kah kah kah
-malam tu tidur sampai pukul 11.30 pagi WIB (12.30 tengah hari waktu Malaysia)
-tahniah abang Amshar dan Kak Aby, kerana menjayakan majlis gilang-gelang-guling-guling tu. tahniah PM-USU
-taun depan wat la best-best lagi.lalalala.tamau pergi.malu


background stage yang memang cantik gila. Retro-A Journey Of Appreciation
Grand Annual Dinner 2008/2009



teruja gila dapat makan lobster besar.sekali PLASTIC rupanya. hiasa semata-mata.PANAS TUL. makan tepi-tepi dia je. macam mixed salad. pizza hut pun bleh pi makan.huwaa 


30.no ni tadak ong la. saya mahu gitar untuk lucky draw.tapi tarak dapat. tadak ong betui la.btw, cantik tak saya? ahaha.apakah ni


djaSAYA-la, radiah bersama gitar yang dimenangi.oops. gitar orang okeh.bergaya lebih


atok saya menang King of the Night. tengah itu nenek baru saya. di kanan tu sayalah macam kamen rider.zzz

Wednesday, March 25, 2009

ceritera.hari.ini

salam ukhuwah,

baru pulang dari makan-makan dan liburan di Thamrin Plaza.soping mall paling dekat dengan bangunan Intan tempat aku berhibernasi selama kat Medan ni. tadi, sebelum pulang ke Intan, seperti biasa, mensoping kan mata dan tingkap. dalam omputih kata, window soping. seperti biasa lagi, aku wajib ke sport station, dimana di kedai ini, bermacam jenis barang sport-sport dijual dengan harga yang berpatutan. ala, kalo di Malaysia tu, macam Al-Ikhsan la gitu. tapi KAYAKNYA, harga kat ss ni lagi murah dari Al-Ikhsan. sumpah memang jarang pergi Al-Ikhsan kalo kat Malaysia.ahaha. tiba-tiba semasa mencuci-cuci mata, ternampakla semacam jenis kasut ini yang benar-benar menarik perhatian. memang sudah agak lama mahu beli kasut kayak gini, tapi tiada yang tertambat di hati ni. almaklumlah, cerewet. saya sangat cerewet shopping. 

5 kriteria yang perlu ada dalam istilah SHOPPING bagi diri ni :
- menawan hati kali pertama. tengok lain dah tak berminat
- murah. yang ni penting.mahal sket tolak tepi.takde duit
-sedap dipakai. fleksibel.tahan lama. bleh kena semua jenis baju pun. aku santai
-ada brand. yang ni mau kata aku materialistik.katakanlah. tapi aku sangat memandang brand. tapi, bukan ada brand tapi MAHAL bapakla macam anak raje.tamau
-SIMPLE.thats me (buaya cakap. =)). lain dari yang lain. buaya slalu cakap, taste aku pelik!

so, bila telah tertawan dengan kasut tersebut, aku pun apa lagi dengan muka excitednya menujulah ke pria yang bekerja sebagai pramuniaga dekat kedai tu.apalah semacam pramugari bunyinya. kemudian saya mencuba. sangat cumel.sangat-sangat. sebelum ni, kalau nak beli kasut sebegitu rupa, hati ini selalu kerisauan, apakah sama dengan kasut si najib? taqirah? yang sekutu dengannya yang memakai kasut sebegitu.tapi kali ni hati kuat,kasut ini menepati kriteria! aku segera menyarungkan. lalu, omagod, longgar. saiz 5 pun longgar? hati punah. dan kembali ke pria tadi, "abang, saiz 4 ada?". dengan nada kekecewaan. "inilah yang paling kecil.ga ada lagi kecil, mbak"
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa..saya nak beli jugak kasut tu! bagak pun bagak la! huwaaaaaaaa..!!


nak kasut ni! tapi nak saiz 4 la!! pelis!!
kisah beberapa hari ini


ada ke orang ym kat aku kata mata aku mcam dracula. dah tu hijau lak tu.hulk ke apa

ada dua kisah mahu sampaikan.pertama.aku sakit mata.first time.tatau kenapa mata ini gatal sangat sampai merah macam dracula kebuluran darah anak dare.(apakah?) tatau mengapakah. mereka-mereka ni dah menakutkan aku dengan sindrom sakit mata yang katanya leh berjangkit sana sini tu. bagusla.bleh MC! ahaha. tapi, mata saya dah sihat! dah cantik kembali! jangan jeles semua! 

kisah kedua. yang ini memang hatiku sakit.hepatic emotionally dysfuction (tiada dalam buku Harrison's Internal Med okeh?).sebelum ni saya ada membuat satu statement mahu pulang 4-12 April kan? nampaknya, kemungkinan besar, TAK DAPAT BALIK MINGGU ITU!!! yang ni panas. punyalah bertungkus-lumus, berkejaran sana sini untuk menyiapakan apa-apa yang perlu disiapkan. tapi akhirnya, tak dapat pulang juga. KEMUNGKINAN BESARLAH. ha, yang ini panas. adalah seseorang makhluk ini. yang menguruskan visa kami, yang dipanggil KITTAS (kartu tinggal sementara). diakan sangat jahat.kejam. dia kata, kittas kami boleh siap dalam masa dua minggu. maka kami yang mahu pulang ni sangatlah excited. kebanyakkannya dah beli tiket pun! Najiyah siap sudah siapkan beg ja. tinggal angkat dan balik ja! kemudian kan, hari ini diri ini pun meneleponlah makhluk itu. tiba-tiba dia marah-marah. dia cakap, kamu ni kalau benda tak exact lagi keputusannya, janganlah beli dulu tiket ke apa. laaa, aritu dia juga cakap dia percepatkan dapat kittas tu untuk kitorang. ni nak marah-marah. panas ni panas ni. lalu diri ni pn terus letak telepon.mampus kau.terus mencarut-carut. identifikasi masalahnya disini ialah, KITTAS tu patutnya siap bulan 12 haritu.tak siap-siap sampai la ni! manalah tak panas. kenapa susah sangat nak bagi balik ni! tak laratlah nak hirup udara sini. tak sukela! nak hirup udara Mid Valley, The Curve, KLCC! Low Yat! (apakah..?? !(!#(!*(!#*&). maka, kesimpulan disini. saya tak percaya sudah sama sesiapa disini, kerana semua suka dia salah dia salah dia salah dia. last-last semua salah. jangan setadi di sini. fullstop.

okey, previous post saya ada cerita pasal kredit saya kene culik tu kan. culik? jengkel.tak sesuai. curik. Axis curik topap saya. sampai la ni diorang tak respon. sedih gak ni. takpela. kira halal lah 50ooo tu buat makan-makan staff Axis. terima kasih kerana banyak membantu saya call malaysia dengan murah.tapi sekarang kamu mahal. aktifkan XL-mu!! kini marilah kita menyokong XL.tambah-tambah lagi, XL adalah sebahagian dari TM.eh TM sebahagian dari XL juga.ntah.tapi, bahagian-bahagianla.



dah.sampai disini post kali ni. capek kali ni.mahu menstadikan diri dengan diabetes melitus sambil bertenet dengan buaya.oops? okeh.da! oh ya, sabtu ini Grand Annual Dinner PM-USU. nampaknya semua dah start mensoping diri baju-baju retro. selamat berglemer rakan-rakan.diri ini? simple je. simple but nice (kan buaya eh?)


Tuesday, March 17, 2009

paparan minggu ini

salam ukhuwah,

fiuh, lagi sekali  melupakan sebentar blog ijau ini. agak busy lately dengan pelbagai kejadah di bumi merah putih ini. kejadah? i mean "work" orang melayu tere english cakap. dalam bahasa ibunda itu, kerja atau tugas.dalam bahasa indonesia? ops. lagi ga tahu. fullstop. merepek sudah. minggu ni minggu baju itam putih di kampus. di mana, baju itam putih adalah baju rasmi untuk menduduki sebarang exam di universitas seluruh indonesia. if im not mistakes? kak yan, aishah, shawn,hafiy, apakah benar semua universitas di indonesia berpakaian begini untuk ujian? **zip mulut.tatau** lihat sajalah model-model dibawah ni. inilah contoh berpakaian ketika mahu exam. ops. tapi, gambar ni adalah gambar kami sebelum ke OSPEK sewaktu awal-awal jejak kaki kat medan ni dulu. apa itu OSPEK? wah, budak-budak ACMS yang bakal ke Medan, mesti mahu tahu kan OSPEK tu apa? buzz aiza_89, i'll tell you the scariest part of this. ahaha.

(oopss.. takleh nak upload gambar. internet BURUKband aku buat hal..argh!)

minggu lepas, secara unsuccessfully-nya, aku gagal mempersembahkan yang terbaik dalam tutorial yang lepas yang memfokuskan tajuk obesitas atau di negara kita, kita panggil obesiti, pendek kata gemok melampau. tatau mengapa aku tidak mempunya aura atau mud untuk menjayakan tutorial tersebut dengan baik sekali. mungkin terpengaruh dengan tajuk itu? adakah aku terperasan diri ini obesitas? atau? takut? ***geleng-geleng kepala*** okey-okey, be positif, mungkin aku agak tidak sihat kan. the best thing is, aku dah sihat sekarang! yipi! (yer jer dah sihat..kang sakit balik sibuk cari tong gas kat gleni tu lagi. ntah pape, aiza)

okey, sebenarnya, banyak benda ingin diceritakan disini. oh ya, first-first sekali, tahniah kepada adik-adik yang telah berjaya dengan berjayanya dalam kejayaan SPM yang lalu. syabas. kepada yang tidak berjaya, tak apa, one step a head. tengok aku ni, berjaya je? dulu tak berjaya pun? balik dapat result meronta-ronta atas katil. menangis sampai kering air mata. ahaha. (tatau menangis sedih ke happy.apa sebenarnya result aku dulu? lupa.ahaha) teruskan usaha adik-adik sekalian. jangan dok bercinta saja. mari kita menuju kejayaan. haiya alal-falah. bagi mereka yang ingin menceburi bidang perubatan dan ingin memohon tajaan MARA (I HEART MARA) atau JPA (formerly HEART JPA..ahaha), berita baik untuk anda semua, bidang perubatan tidak lagi di hantar ke indonesia. seronokla kalian semua ya. akak tengok list PILN tu, semua negara bersaji. hamboi-hamboi-hamboi. bagi mereka yang STUCK di bumi merah putih ini, janganlah bersedih.ilmu tetap medicine. teruskan perjuangan. yang di ACMS terchenta ni, especially batch 08, kita tinggal 2tahun setengah lagi.yeay! (lamanya..). so, bagi adik-adik, pilihlah dengan bijak.susun sijil-sijil cantik-cantik. praktis-praktis la depan cermin nak interview ye.(okey aku ngaku, aku buat macam ni gak dulu.fine)

okey, dua tiga hari yang lepas, seluruh bangunan INTAN ini dikejutkan dengan kes kecurian di Intan 4 pada jam 2 WIB di mana, pada kejadian tersebut, tidak sesiapa tahu atau menyedari kasus kecurian itu berlaku. menurut izzah (bukan nama sebenar), kejadian tersebut tidak disedari dan hanya disedari setelah mangsa kembali ke biliknya dan terkejut melihat ketiadaan BENDA yang dicuri itu. mangsa yang tidak ingin dinyatakan namanya dan benda yang hilang itu di ruangan bloggi ini, mengatakan dia tidak menyedari kejadian tersebut berlaku apabila dia ke bilik jirannya untuk bersama-sama menikmati juadah makanan tengahari. menurut beliau lagi, kejadian tersebut hanya mengambil beberapa minit saje. pelbagai pandangan dan pendapat telah diterima dan kebanyakan penghuni Intan mengatakan kemungkinan malin tersebut (bukan Amalina, tetapi pencuri dalam bahasa indonesia) adalah mat-mat indon yang bekerja di Intan 1 membaiki rumah tante, pemilik Intan ini. Namun begitu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan mangsa kembali ceria seperti biasa. (apa jenis karangan berita aku tulis kat blog ni?)

ha! satu lagi kes rompakan diterima. dilaporkan oleh seorang ahli ACMS juga. jangan tanya sama ada dia tersebut adalah pelajar, staf, kakitangan atau pak guard di ACMS. menurut beliau, satu rompakan telah berlaku sewaktu cuti seminggu yang lalu. (budak-budak premed je yang cuti aku rase..ahaha). juga, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.semua sihat-sihat belaka. cuma, seluruh komputer-komputer yang ada di dalam ofis staff-staff dilaporkan hilang dan dicuri. poor-poor-poor. sebagai kesan dari kejadian tersebut, semua data tentang pelajar-pelajar hilang. sebagai kesan yang 50% positif dan 50 % negatif kepada pelajar-pelajar ialah, mereka tidak dapat meneruskan pembelajaran mereka selama seminggu. (happy atau tak suka part ni?ahaha..). kesimpulannya, Allah nak tunjukkan something la tu kepada ACMS. so, semua ahli ACMS, tak kiralah student ke staff ke apa ke, amiklah pedoman. dan buanglah apa-apa yang mazmumah tu. (oops, nak sampaikan pada sape sebenarnye message ni? Radiah? :P)

okey, aku dah banyak mencarut merepek. mesti kamu semua tidak sukakan. amende tah aku merepek ni. dah, sudah menghampiri magrib. bergebang lagi nanti. 

p/s : nak balik bulan April!!! Rakyat Malaysia sekalian! doakan aku dapat balik weekend bulan April. (wait a minute, weekend?)


Friday, March 06, 2009

cerita.beberapa.hari.ini

salam ukhuwah,

aku di dalam mood sangat busan.hati sangat kuat untuk setadi.tetapi sedang mengalami tremor (gigil-gigil bak kata orang kedah, ketaq-ketaq), dizziness yang sangat-sangat, asam lambung meningkat (yang ni tak paham, kate ubat ni antihistamine.tapi mengapakah aku gastrik..?),oh ya lambung tu perut okeh dalam bahasa merah putih. ini semua adalah efek-efek atau dampak-dampak sampingan bila makan ubat nafas pendek ni.aku diserang asthma ok. semalam dikejarkan ke hospital glenigles setelah badan tak larat sudah menghadapi gegelan yang melampau.eceh, ayat nak dramatik. 

di hantar oleh pak faisal ke hospital dalam keadaan subconsciousness. saya dengar apa orang sekeliling saya cakap. tapi tak nampak.pandangan mata sudah kabur (ini pun efek ventoline), tambah-tambah lagi spek mata dah jatuh bawah katil tatau di mana. dah dua harian melupakan spek dan terlantar di katil.saya keseorang awak semua nak tahu? semua tidak tahu saya sakit. semua hanya tahu, ala aiza ponteng kelas lagi la tu. manusia memang biadap kan? tuela, tak check tak apa, tiba-tiba mahu kata begitu. sendirik conteng arang sendiri la sapa jahat. (saya tak tuju siapa-siapa, hanya contoh saja. yang terasa, amekla pedoman sket kakak oi). seperti biasa, saya di anamnesis.tahukah anda apakah? anamnesis ni seperti taking history. pelbagai soalan dihempas pada saya disaat separuh sedar itu. antara soalan-soalan yang saya dengar tapi tak nampak sapa yang tanya. nurse atau malaikat? ahaha..

si.baju.ijau :mbak, namanya siapa?
yg.sakit : S.... A.. 
si baju ijau : lagi ga paham.siapa mbak? 
yg sakit : Aizaaaa laaaaaaa... (sakit ne..)
si baju ijau : okey, mbak. sakit apa aja. mbak bisa dengar?
yg.sakit : tak pekak lagi. sakit peparu ja.telinga tak. (aku takde la jawab cam ni..hati ja menjawab kurang aja..ahaha..) ga bisa nafas ni, udah cungap-cungap (tataula dia paham cungap-cungap tu mende..) .pala nya lagi pusing, sakit sangat. badan sejuk, menggeletar tapi badannya panas (aku pun tatau aku cakap pa..panas sejuk semua ada..)

lepas sudah ditanya semua tu, i mean taking history itu, barulah dia memulakan check-check yang penting-penting.di panggil 'vital sign'. physical examination. diorang bukak mata aku tgk masih idup ke tak..(eleh, nak tengok mataku yang shantek ni..), check blood pressure (tiba-tiba naik kan, normal 110/80), check temperature (39.7. yang ini panas..), dia cek dalam mulut saya, dia bukak mulut besar-besar pastu cakk, nampak tonsil.ahaha. lepas tu barula dia suruh saya rehat dulu sementara tunggu mesin ajaib saya sampai. kemudian, saya pun ber'scuba-diving' bersama mesin ajaib tu (budak KMB itu yang ckp, macam scuba diving..zzzz)

lama jugakla dok tekap muka ngan topeng tu. dok pakai macam duduk luar bumi. berasap-asap seperti winter season. saya hanya terbaring kt katil posisi dua, UGD (unit gawat darurat) atau dipanggil di tempat kita Emergency Room. sejam lebih jugak la. sampailah ubat saya itu habis baru dilepaskan topeng itu. saya berhenti berscuba diving. si baju hijau itu suruh saya berehat ja di atas katil. tiba-tiba disebelah saya sudah ada teman. patient lain.seorang lelaki tua. tataula setua mana. didapati sakit DM.(saya dengar-dengar doktor tu cakap DM..DM..so maybe DM kot..), tau kan DM? diabetis melitus itu. alah, pakcik-pakcik makcik-makcik mesti tahu. penyakit biasa dalam family medicine. kawan saya pergi mengambil ubat-ubat saya di apotek. nah kau. satu beg plastik besar. 500k Rupiah terbang. (seratus lebih jugak la dalam RM). saya seakan-akan terkejut. baik saya beli mesin ajaib ni letak kat rumah je. tak sanggup la bayar banyak-banyak. mak ada kat sini takpela.ahaha. tapi, nasib baik. mara sertakan saya dengan insurans takaful.boleh claim.maka FOC ye rakan-rakan.lepas ni, leh p glenigles slalu. tamau pergi rumah sakit biasa-biasa.service tak baik.doktor takde ethics, patient banyak.kene beratur tunggu lama. pastu dapat ubat bebas. kat farmasi pun boleh beli. jom ke glenigles. (promote ke apa)

ini adalah ubat yang diberi.mari belajar farmako.( HEART pharmacology.Heart Aznan Lelo!)
TOCEF (Cefixime) 100mg CAP 
- ini ubat antibiotik yang dipanggil cephalosporin. bersifat bacteriasid yang bekerja di bahagian tenggorokan.maksud saya, antibiotik ini bekerja untuk pembersihan kt liang pernafasan. mungkin ada micro-micro jahanam seperti bakteria merempat kat trakea saya ni. 

SANMOL 500g (Paracetamol)
-ini ubat saya rasa semua tahu apakan. tidak perlu diperjelaskan. 

LAMESON 4mg (Prednisolone)
-ini ubat avoid asthma berterusan. menurut kakak, ubat ini diberi jika asthma teruk. terkedu sekejap. pulak dah? tak pernah rasa asthma itu sebagai major disease dalam diri ini. saya sihat dan lepak weh. 

SYMBICORT 60 dose (budesonide & formoterol)
- ini pun ubat up untuk asthma. kiranya untuk asthma first second class. (tingginya rank). ubat ini bekerja sebagai corticosteroid dan  juga beta blocker (beta 2 rasanya. bertindak pada peparu. kalau beta 1 pada jantung). long lasting beta blocker. yang menyebabkan efek bronchodilation.peparu saya mengembang. dan mesti ada yang mengempisnya balik. apa ya? saya rasa ubat seterusnya ni.

COHISTAN SYRUP (Expectorant) 100 ml
-ini ubat batuk dalam bahasa mudah.menstimulate penghasilan lendir pada kerongkong ni. so, batuk taklah teruk sangat sampai kering anak tekak. biar batuk tu basah. lagi bagus. nanti micro-micro yang dok merempat kt liang pernafasan aku ni terbawak skali dengan lendir-lendir tu kuar dari mulut.ahaha.ubat ini mengandungi semacam jenis drug yang mengantukkan.apa namanya aku pn lupa.apakah dai DPH? ntah.tak ingat.ia juga antihistamine. di mana, asam lambung saya akan direducekan bila bekerja pada reseptor H2, dan mengelakkan berlakunya alergik kalo bekerja pada reseptor H1.

itu saja ubat saya. semuanya. 500k Rupiah. efek ubat dah meningkat.saya perlu rehat. maka, selamat jalan semua.jalanlah~

p/s : oh ya, saya dicutikan 3 hari. perlu menghabiskan semua ubat itu. dia di KMB sebagai doktor peribadi saya setiap 8jam sekali suruh makan. macam alarm clock. tak paham betul. saya ni malas makan ubat. tidak suka. bakal-balak patient saya, jangan tiru perangai hodoh seorang doktor ni. 

Sunday, March 01, 2009

kondisi.serabut.serabai

salam ukhuwah,

wait.wait.dah berapa lamakah tidak menghapdet blog ini? agak lama. 15 days? mungkin. kerana saya kembali MALAS. oh shit. that SIMPLE 5 alphabets sering saja aku sebut. MALAS. baru saja menutup slide lipid metabolism. 119 slides. aku sangat terpsycho dengan 119 mukasurat. kemudian tutup pada saat slide ke 50 kerana rasakan terlalu banyak. damn. kemudian MALAS lagi. apakah? its 12.06 pm WIB atau 1.06 pm waktu Malaysia. aku masih lagi tidak mandi! ahaha. normal la kan? weekend? jangan gelakkan aku. aku tahu anda yang sedang membaca post ini pun kadang-kadang kul 2 3 petang baru nak mandi kan? ha. jangan nak menutup-nutup, berselelindung. itu kebiasaan. ahaha.apakah aku merepek ni? semalam saya dilanda pre-symptom sakit hati. tapi ini bukan liver dysfunction. kenapa kalau kita marah kita kaitkan dengan hati? bukan otak? bukankah yang bekerja dengan emosi itu lembek sistem? oh bukan, limbic system? bukannya hati! kerana hati itu bekerja keras untuk metabolisme badan ni supaya kite menjadi sihat, dan bisa bergerak ke sana ke mari tidak sakit dan tidak mereng. apakah? tapi yang gemuk-gemuk itu? apakah metabolisme nya tinggi? (saya tuju kepada abang saya sebenarnya ini..ahahaha..) oh bukan. itu salah mereka. lepas makan, tidur. tralalala.dan kemudian aku merepek lagi. semalam aku dalam keadaan posisi down-regulation limbic system. di mana cortisol saya diproduce pada kadar yang sangat tinggi! ini menyebabkan metabolisme saya terganggu. kemudian saya unconsciousness dan gila. (oh ye, hati berkaitan disini ya..0h okey). saya grounded di dalam bilik seharian. saya skipped kelas (mak, sorry.ter-skipped), saya tidak makan, saya tidak mandi weh!, dan saya hanya menonton dan terus menonton kemudian online di ym. oh ye sedikit setadi. saya letak status di ym saya "people, im dying. maafkan aku. bye". semua orang serang saya.apakah kau bunuh diri aiza? what's happening aiza? dan apakah reaksi aku? aku ketawa. even my kakak ipar pun msg," awat status ang macam tu?". maaf ya rakan-rakan. saya sedang mereng masa tu. sebenarnye saya bermatian-matian setadi. dying with the books. bukan apa pun. bengang la semua nak sumbat dalam kepala hotak ni. macam mana la nak pandai. semua cara dah pakai. tapi bongok jugek. (sebenarnya malas...ahahaha..)
dah! saya merepek lagi!

semalam saya bengang dengan seseorang. tapi saya tamo highlight la. tak baik. aib. dia buat saya marah. tak mo la cerita sebab apa. tapi, setelah bermusyawarah (chewah kononnya), kami berbaik semula. saya tahu niat dia baik. tapi cara dia drastikla. macam superman. berderap terus darah saya. terus stress.apakah stress? kenapalah adanya mekanisme stress ni! aduhai. tapi tak pela. at least, im not loosing a friend. terima kasihla kita berbaik semula. kalau ko tak jelas panjang lebor, mesti sampai hari ini aku berkurung dalam bilik ni ha. naik gila aku tau tak. dah saya tidak mahu menjelaskan panjang lebar. ala lagipun, saya sedang PMS. pre-menstrual syndrom. kamu tahukah apa itu? yang perempuan takyah la explain? engkorang yang lelaki ni tau ke? budak medik tatau? bukak buku la dowh. ahaha

lagi satu saya mahu cerita. sudah pun habis menonton Ghost Whisper season 4! mula-mula saya berazam. satu hari satu cd.chewah. (sanggup setadi laju-laju semata-mata nak tengok cd) kemudian, azam itu bagai mencurah air di tong sampah. sebab teruja dengan next episodnya, saya habiskan sekali gus. senang cerita. tak yah dup dap dup dap nak tau apa episod seterusnya. yang paling tatahan, aku nangis tengok cerita ni. sekali lagi, limbic system aku bekerja. entah macam mana la leh nangis ni. semua blur bila aku excited bercerita kenapa aku nangis. apa kehal la aiza tu? tengok series pun nangis. tula korang, aku suruh tengok tamau. TAKUT dengan perkataan GHOST dalam tajuk ghost whisper tu. aduyai. hantu doesnt hurt human being.ahaha. ceritanya begini, si melinda perempuan yang boleh tengok antu itu, punya seorang suami. (apakah ayat aku ni?). suami dia mati tertembak tidak sengaja oleh ntah. tapi kalau ikut season 3, memang melinda dah diwarning oleh satu group hantu ini, kalo ko tak stop wat kerja-kerja tolong spirit "cross-over" ni, salah seorang yang ko sayang akan mati. tapi if sapa-sapa yang follow cerita GW ni mesti hengat yang mati itu Delia, kawan baik dia tu. tapi, unfortunately, Jim suami dia yang sangat chumel dan romantik itu yang mati.aduyai.dan itulah membuatkan aku sangat sedih. uhuk.uhuk.dah malas nak cerita.saya sudah habis nonton ghost whisper. sekarang mahu continue Heroes Season III. ini kene inform kaklong. dia kipas susah mati series heroes. tapi dengan satu syarat. kene habiskan setadi biochem yang melambak nak mampus tu. baru boleh tengok.get it? 

saya tidak dapat webcam dengan sesiapa.itu . siapa suruh online atas katil. webcam saya jatuh ke bawah katil. bila pasang jadi sangat gelap. jangankan mata saya, muka saya pun tak nampak.bengang. hari ni mahu pergi Medan Plaza. diberitahu oleh seorang kawan saya itu, hari ini kononnya ada pc fair. best ke pc fair sini? whatever it is. pc fair Kuala Lumpur kt KLCC the best! bila nak balik Malaysia ni. ah, sudah! Homesick lagi! saya mahu pergi. mahu carik webcam. boleh online sama si debab dan kudut, anak-anak kakak saya. Athirah dan Aliya. soriler budak-budak, aritu cikjot dengar suara korang n nampak korang dlm skype. tapi asyik dropped call je. almaklumlah, wireless acms ni sangat laju kan.BURUKband saya ni masih lagi tidak dibayar oleh kak ija. bengang. itu juga salah satu faktor saya stress semalam. tapi sudah boleh pakai.yeay! si radiah yang bagi nama ini. and lagi satu, saya boleh online sama dudin dan bapaknya yaitu abang saya. abang saya makin membesar. tak guna ada dua orang dokter dalam famili. tapi ada abang yang sangat besar. oh lupe, metabolisme tinggi. diakan tong sampah famili saya. yang ada didapor semua dia sapu.lalaalalalala.. dia sangat berlagak dengan laptop merahnya. saya bagi nama laptop angah.cik Dollah MERAH.boleh?? ahaha..(balik mesia nanti after three years beli laptop lagi canggeih..tak eran! ada elaun..=P) 

dah.saya nak mandi.nanti kawan saya marah saya lambat. semua orang kata saya leceh dan lambat. even famili saya pun. tapi tahukah dikau. yang siap dipagi hari nak ke fakultas itulah SAYA. tahu? saya rajinla. cuma bab-bab kerja rumah ni.MALAS! weii..at least aku dah pandai masak asam pedas tau tak sekarang! Angah, please kagumi aku.ahaha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...