Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO February 2009 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Sunday, February 15, 2009

musim exam lagi?

salam ukhuwah,

malas nak bergebang. a picture can gives thousand mean. ini semua menggambarkan sekarang.aku gila. ahaha.
mejaku bersepah. tiba-tiba penuh buku.rajinkan aku? iyela rajin. nak exam minggu ni.


saje nak capab katil yang buat aku malas ni. sangat cantik dan mengamankan. eh, menyamankan. apakah?

kondisi kewangan berjaga-jaga. simpan duit nak kawin. ur head brain. simpan duit. mahu jadi beruang yang BERWANG.lalala.

gambaran serabut dengan kewangan+kerja+ rindu keluarga. semua ni papan itam ini. hoho.


SAYA RINDU MEREKA!!!

p/s : tafaham post kali ni sebenarnya nak cerita apa.aih..

Saturday, February 14, 2009

tiba-tiba terpikir.rindu mak abah

salam ukhuwah,

tadi lepas makan, menonton sekejap cerita hindustan. aku bukan follower industan ni. tidak suka cerita meleret-leret. dan tv bukanla teman rapat aku!aku bisa idup tanpa tv tapi tanpa laptop? oh tidak! mati aku tanpa laptop. laptop itu kekasih aku. namanya Haji Pai'e. Sedapkan nama pakwe saya? sudah! merepek sudah! menonton sejenak industan di bawah bersama papaku, amar yang sedang menunggu pak agam untuk ke futsal. papa suruh menghayati cerita hindustan.katanya boleh berangan.bila menonton hidustan rasa macam seronok sangat.macam dunia ni tiada masalah. terloncat sana sini menari ceria. apakah diorang ni tak de problem kah? kalau ada pun, yang dipertontonkan cerita cinta dua tiga orang la, cinta bapak tak restu la, kes gaduh adik bradik la. ah, apakah. persetankan semua. sebenarnya takda point pun nak cerita pasal industan tu. just nak beritau, aku menonton hidustan. agak pelik ya disini? 

tadi melawat blog ijat, teman di ACMS ni. baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan blog. seangkatan dengan dja, jiran sebelah biliknya. iza, tak berminat kah dalam gosip-gosip blog ni? tertanya sambil tersenyum aku. ijat bercerita tentang ayahnya. menurutnya, ayahnya tidak kisah berapa ratus ringgit pun buku yang perlu dibeli, langsung saja dibeli oleh ayahnya. ijat terkedu dan terkesima. di dalam otaknya terpikir mahal la itu la. dia pernah menyatakan hasratnya untuk membeli buku dan aku pun telah membeleknya. berpuas hati sama buku itu. seakan-akan mempunyai 'seorang mayat' di samping kita kerana unsur-unsur anatomy dalam buku tersebut adalah dipunyai oleh jasad manusia yang betul. best la. berbanding buku netter, kononnya semuanya lukisan dirinya sendiri. hebat. satu keistimewaan jika dapat melukis anatomi badan manusia. aku? lukis otak pun bengkang bengkok sana sini. kembali kisah ibu bapa dan tanggungjawabnya. berdasarkan yang disampaikan oleh ijat dalam blog nya, memang betul la. mak ayah kita tak pernah kisah berapa ratus ribu ringgit pun di habiskan untuk kita. sama ada dari segi pelajaran, kehidupan dan sebagainya. pokoknya mengenai kita. kerana apa? ibu bapa kita inginkan terbaik untuk anak-anaknya. tapi apakah respon dari kita? **tepuk dada tanyalah selera**

melihat gambar ayah ijat dalam blognya. teringat mak dan abah di Johor. hari ini hari Sabtu. pastinya mereka di Batu Pahat. sedang apakah mereka? Mereka kini tinggal bertiga. tahun depan mereka tinggal berdua. adik aku yang tak seperti adik itu sudah 17 tahun umurnya dan pastinya tahun depan berimigrasi di matrikulasi atau kursus persediaan di mana-mana. mak selalu mengadu. mahu pembantu rumah. anak ini tahu. mak tak mahu kesunyian.  tambah-tambah lagi mak masih bekerja. pergi pukul 8, balik pukul 8. tak ada yang mengelola rumah kecuali abah. sejak bibik pulang tak kembali ke Malaysia ni, abahla yang menguruskan rumah. pagi-pagi menghantar adik dan mak ke kerja, kemudian memasak, tengah hari amek mak dan adik, mengemas dapur, lepak depan tv, membasuh, menyidai semua abah. abah lakukan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh perempuan! abah dah tua. tak sepatutnya abah buat semua itu. sebab itu, sejak berjauhan ini, bila pulang ke rumah, aku akan menolong di dapur. kalau tidak. sampai pukul 12 masih tergolek atas katil.ZzzZ..apa fungsi adik? tidakbolehdiharaplah! sudah banyak kali membebel tapi sepertinya masuk kanan keluar kiri. saya tidak paham adik yang sorang itu. degil.keras kepala.kuang ajo. melampau-lampau dari kakaknya yang SANGATLAH MALAS ini. (takde la malas mana pun! ahaha..)

seringkali aku mengingatkan adik, "wei, mak abah tu dah tua. ko belajar la betul-betul. kalau dapat scholar kan senang. takde nak menyusahkan mak abah. mak tiga tahun lagi kerja. nanti sapa nak tanggung ko belajar? nak harap kakak abang kau? semua ada famili sendiri. aku? aku sendiri RAKYAT yang tanggung takkan nak tanggung kau. lagipun, adik cam ko ni, nak plak aku tanggung? cubalah ubah sikit. kau nak amek accauntancy.aku tak larang. teruskan. kau sangat hebat math, addmaths dan akaun. dah de peluang cerah ke peringkat lebih tinggi. apakata score subjek-subjek lain.nanti SPM gempak, mak abah pun senang hati, famili pun senang, naikla sikit respek aku kat kau. Kau takde teringin ke belajar oversea? Accountancy la senang nak p oversea. bukan ramai yang mintak course ni. kalau hantar pun bukan tempat-tempat cikai cam aku ni. uk? canada? us? tak teringin ke? cubalah berubah sikit" itula beberapa sedutan ayat bebelan aku setiap kali bertentang muka dengan dia. dia hanya muka slenge saja. hati menjadi panas. diri ini sangat concern tapi di balasnya dengan muka buat tak reti. lantak kau lah. 

apa agaknya perasaan mak abah kan tengok anak dia sorang tu macam tu? mesti sedih kan? aku tahu. tapi mak abah tak pernah tunjuk. sebab mak abah tahu. anak-anak dia ada cara masing-masing. ingat lagi detik cemas mengambil result spm dulu. mak abah cukup yakin dengan aku. tapi aku? dup dap dup dap tak tidur malam. saya tahu setakat mana usaha saya masa itu. saya tahu sejauh mana saya buat hari tu. tapi mak abah cukup tenang. "takpa la. tak dapat medic, cubalah dapatkan scholar untuk bidang lain. mungkin Allah nak tunjukkan Aiza, Aiza dalam laluan yang lain". saya hanya mengiyakan saja. tapi abah tahu yang terbaik untuk saya. dia tetap menyuruh saya ambil perubatan. dia tahu masa depan saya. dia tidak mahu saya jadi penganggur. walaupun ketika itu, kerjaya sebagai engineer dah terbayang-bayang dalam ingatan. otak ni dah merayap, berangan-angan memakai baju sejuk, bershawl di leher, menikmati salji dan bunga sakura di Korea. chewah! 

saya bersetuju dengan ijat, mak ayah kita tak pernah kisah tentang perbelanjaan untuk anak-anaknya. AIZA SAYANG MAK ABAH. banyak gila-gila mak abah abiskan duit untuk aiza ngan adik-bradik yang lain. kini mak abah dah senang. Along, berjaya menjadi seorang doktor dan sepatutnya pakar sakit jiwa.tapi failed la pula.(maaf ya long, tersebut lak kat sini..). berkahwin pula dengan seorang senior engineer yang gempak gila. graduate uk. hebat! ala-ala ustaz sempoi lagi. Angah pula kini sukses menjadi seorang akauntan yang masyhur dengan gelakan yang sangatla kuat. tapi saya tak suka satu tentang abang saya. dia kedekut. tapi. saya tak boleh nafikan. dia sayang adik dia yang sekor ni. dia selalu kutuk maki kacau saya. saya wat tak endah. abang saya memang best. kini berkhidmat sebagai senior akauntan di MAS Airlines. saya? paling banyak menyusahkan keluarga. dari kecik sampaila besar. lahir-lahir, sayalah bayi pramatang. duduk dalam kotak ajaib tu ntah brapa lama. imunisasi saya rendah.saya asma.macam-macam yang tidak ada pada saya.tapi saya bakal doktor.ahaha. masuk sekolah, saya menambahkan kesusahan mak ayah saya. anta tuisyen sana sini sampai form 3 dan berjaya dan terus berjaya. masuk form 4 saya duduk hostel. mak saya sedih. ingat lagi masa mak abah anta saya ke SESERI di kuala lumpur. saya tak nangis masa mak abah nak pergi.tapi mak nangis. mak cakap, first time aiza duduk jauh. tiada lagi budak degil di rumah.sedihnya =( kemudian berpindah di mrsm. di mrsm saya sangat-sangatla homesick sampai form 5! tiap-tiap minggu mak abah ambil saya di mrsm untuk pulang ke rumah. mak abah tak pernah merungut bayar duit minyak atau apa. tak pernah. saya tak score, mak abah tak marah. tapi abah marah! (apa ayat ni..) saya tahu napa abah marah. abah taknak saya susah masa depan! lepas spm. saya kecewa. tak dapat amek medic. saya cuba engineering. abah tak kasik. mak menyokong.saya dilema. tapi mak anta juga saya ke sekolah medik pak din di penang. dan kini saya di usu. ayah tak kasik anak-anaknya belajar di luar negara. tapi saya terlepas juga. walaupun 45 minit saya dari tanah air. 

before balik mesia, banyak gila buku dibeli di sarikat icek kamal tu. macam borong baju. mak kasik selepuk duit tak berkata apa. mak pesan, jangan merayau.duit guna beli buku. saya akur. ada lebih, saya pulang. tapi mak cakap, simpan, kalau nak guna, gunalah. jangan mintak lagi.saya senyum. hari itu mak datang sini. saya merungut nak comforter. mak suruh saya bawa ke mall-mall untuk beli comforter. tapi tak jumpa yang berkenan.abah marah kata saya cerewet. tapi mak lepak je. mak ngan anak sama-sama cerewet. so mak diamkan aja. before belepas pulang ke malaysia, mak kasik saya 1.5 juta rupiah. saya terdiam.banyaknya! masa itu hati ini sungguh emosi. sedih mak dah nak balik.tapi takkan mak nak menetap medan pulak kan? mak hulur duit. air mata tiba-tiba terhenti. saya terdiam.pantang nampak duit, macam kera dapat bunga. mak cakap, simpan. wat beli comforter. mak! aiza dah beli dah comforter! terima kasih datin!

kesimpulannya, sayangi mak ayah anda. mereka tak minta apa-apa dari kita. mereka mintak yang terbaik dari kita. mereka bukan nak bayaran balik duit yang diorang dah laburkan kat kita. mereka nak kita berjaya. failed macam mana pun kita, mereka tak kisah. janji kita ambil manfaat apa yang telah terjadi kat kita. dan berubah untuk berjaya. sebab diorang tak nak apa-apa terjadi kat kita. mereka nak kita senang sebab mereka pernah susah. mak abah, aiza dah berubah. aiza dah rajin dulu malas gila. ahaha.ye ke mak? aiza buat yang terbaik tanpa kisah apa terjadi. aiza buat untuk mak abah. untuk ALLAH. bukan untuk diri aiza walaupun 5% mungkin untuk diri sendiri. Maafkan aiza, mak abah. sebab mengecewakan dalam semester yang lepas. mungkin salah usu yang tutt.. tu. tapi aiza tetap salahkan diri sendiri. tak peka. tapi wat pekak ja. InsyaAllah, untuk mak abah. i do my best. Always for u. Doakan aiza mak.

p/s : untuk pengetahuan semua, aku menangis semasa menulis blog ini. sebab syahdu sangat. dan saya rindu sangat keluarga saya. mereka terbaik untuk saya. 

Ya Allah, lindungi keluarga dan kerabatku dari segala keburukan. Berikan aku kekuatan dalam menuntut ilmuMu Ya Allah...Ammin Ya Rabbal Alamin..



Thursday, February 12, 2009

cerita.hari.ini [hapdet]

salam ukhuwah,

memang niat nak hapdet hari-hari. tapi memandangkan tangan MALAS untuk mengetuk-ngetuk huruf di papan menekan-nekan ni,jadi aku tak terhapdet blog ni. bukannya tiada internet, tapi MALAS melawan semuanya! oleh itu, janganlah MALAS seperti saya. kerana MALAS itu sifat mazmumah, sendiri mendapat efek negatifnya. ahaha.(tapi aku tetap malas..seluruh badan malas.cemana?)

next week exam blok 1 sem II. apakah yang terngiang-ngiang,diimpikan di otak ini? untuk mendapat bless dari Dia, strike, tidak di-DOWN-kan oleh usu, result lepak, puas hati dengan apa yang dibuat. InsyaAllah,kalau diizinkan. Tapi kalau tak dapat? biasalah. mula-mula mengamuk maki hamun, kutuk-kutuk sampai tak larat, lepas tu lepak! ahaha. apalah aku ni. bila la nak buang habit mengutuk tu. (tambah-tambah lagi ngutuk ACMS terchenta danUSU tersanjung..ter?)

dah start merepek. actually,tatau nak gebang apa post ni. macam banyak je nak bercerita? bila dah start bercerita mula la meraban sana sini, meleret pastu tatau nak letak noktah kat mana.seronok bercerita. tengah ada mood macam tu la. cuba tatkala mood swing atau keMALASan itu di tahap maksima. taknya tulis sepanjang ini. serabut otak duduk kat cc ni. bunyi muzik macam nak pecah gegendang.tambah-tambah dengan orang ramai main dota kat sini. oh ya, SAYA ANTI DOTA!ahaha.apakah ayat ini? bising sungguh. tidak paham mengapa orang suka sangat game lari-lari bunuh-bunuh kemudian menang bunuh-bunuh, lari-lari bla..bla..bla..apa sebenarnya inti post kali ni? speechless

sebenarnya banyak kerja harus diselesaikan malam ni. tapi,saja merayap. malas nak buat. see, MALAS lagi! lagi-lagi kondisi selepas makan macam ni, mulala gejala mengantuk, malaise, dan sebagainya melanda. jangan salahkan diri kerana mengantuk! itu hakikat. jangan push kalau mengantuk nanti badan penat, merajuk dan kemudian malfunction.sepatutnya kena siapkan tutorial malam ni before di-distribute kepada ahli tutorial lain esok. tajuk tutorial kali ni, stress affecting endocrine system. adeh. banyaknye hormone sana sini. macam gula-gula! so, elakkan stress! kalau tidak hormone-hormone di dalam badan anda mengamuk dan membuat reformasi dalam badan. menggeledak nanti! apa aku merepek ni?

dahla,malas nak bercerita. MALAS lagi. nanti-nati aja bergebang lagi. oh ya, yati mengajar aku untuk memakai tudung belit-belit. macam best. tapi, saya ni leceh, so tidak mahu melecehkan lagi keadaan! nanti-nati saja bermekap, bertempek cantik-canntik. untuk dia terchenta selepas kawen. kalaulah kawen..

p/s: next week exam. doakan diri ini!! Ammin. Ya Allah, permudahkan aku.. demiMu.. IlmuMu..agamaMu..

Monday, February 09, 2009

kuatkan hatiku..

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (QS. 2:155)


p/s dan aku hambaMu terus mencari ilmuMu sedalam mana yang bisa aku temui. sesungguhnya, masih lagi tegar di bumi merah putih ini demi ilmuMu yang maha luas. Berkati dan mudahkanlah perjalanan hambaMu ini. dan kekalkan hatiku ke arahMu, Ya Allah.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...