Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO July 2008 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Monday, July 28, 2008

HAPPY BIRTHDAY to ME!

salam ukhuwah,

happy birthday to ME
happy birthday to ME
happy birthday to aiza si chomel chantek belaka
Happy birthday to ME!!!
im 19 right now! tuanya sekarang!!
happy birthday juge kepada syara (ex-mrsm muar) yang juge celebrate birthday hari ni
terima kasih kepada kamu semua yang wish ku selamat hari tua (siut je..ahaha)
jehe, nurul, farhana, eja, hani, mamalin, lisa, safwan, saiful, anum, zeri, amad sharif, sean, piqachu, piqa, akmal, hafiy, akim, wani jandaku,azri, sofiyah, fay,sapik rusia, tengku zam, kak neshi, jenal, ku mimie, uda osmetku, syaq, ika, amir adik nurul,dean, aiman, banyak lagi la! (sorry tak tertulis..tak teringat..since dari kul 12 malam tepat 27 julai sampai tepat 11.59mlm 27 julai ada org wish..ehehe..) oh yeah, yg tepat 11.59 malam tu, mo, tahniah!!
and for sure, thanks to my bebeh, buaya ku(Dr.izzad).. you're the first honey! love you!

Wednesday, July 23, 2008

macam-macam hal la pule

salam ukhuwah,

mukadimahnya dulu

rasanya aku tak anta entry untuk semalam.ye tak? haa..disebabkan bercelarunya otak, tiada 'mood' nak edit blog and terlalu beremosi semalam.hari ni 23 julai 2008. tahniah kepada khai (ex-mrsm muar), firdaus (member group 8 mase btn), nabila uda (skandal zeiree) dan geng-geng UKM-UNPAD yang dijadualkan berlepas ke Bandung, Indonesia hari ini untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang penuntut ilmu disana. entah dah fly ke belum tatau la. aku sempat msg khai tgh hari td.tapi namun tiada sebarang jawapan diberikan. samada sayang kedit nak reply (RM2 bai nak reply maxis ke maxis..eventhoe kat sana.roaming ja mahal) atau pun sedang sibuk dengan persiapan dan apa-apa saja.ke tgh dalam flight ke mana la tau kan? ehehe. now, my turn je tak sampai lagi untuk fly. kalau secara accuarate (betulke eja?) nya, tinggal 15 hari lagi ke medan.lebih kurang dua minggu.TETAPI. sebarang persiapan pun tak da. pendek kata, cuma 10% sahaja.itupun, baru selesai membuat passport semalam. sehingga hari ini tidak mendapat lagi surat dari pihak mara. huwaaa..kenapa la aku diabandonkan ni? sedihnya. cuak gak aku. semua tak sedia. tapi fly lagi 15hari. OMG.


kisah passport semalam


Image Hosted by ImageShack.us

passport baru..wink! wink!




Image Hosted by ImageShack.us
**sebelum**

kesan cop-cop berselerakan di dalam passport lama

Image Hosted by ImageShack.us

**selepas**

bakal dipenuhkan oleh aku dalam masa 5 tahun ni! ahaha.. (ntah-ntah penuh cop balek mesia ja.ahaha..)

selepas meminta jasa baik pihak MARA untuk meng-fax-kan surat tawaran USU, akhirnya dapatla gak aku membuat passport.selagi tak dapat surat tawaran USU semuanya takleh buat. so, semalam bergeraklah aku ke imegresen dan terbuatla aku passport baru.sedih la plak. sebab passport baru tu penuh ngan cop-cop. almaklum, jauh merantau.(poyonya...) ahaha..ni, selak-selak mukasurat belakang suci lagi.tiada kesan cop-cop berselerak sana sini. oh, tidak mengapa. kerana aku ini kaki berjalan. maka akan ku teruskan juga hobi ku tu. kakiku ni memang tak leh senyap.kuat berjalan.insyaAllah, akanku terokai sedalam-dalamnya bumi indonesia tu. tapi, yang penting, akan ku jejak bandung, jogja and jakarta. jakarta tak kisah sangat.dah ada pengalaman. bandung tu. orang kata, heaven of shopping. nak tau gak sejauh mana ke-heaven-annya.ehhe.jogja itu pula orang kata best untuk melancong.entahlah.aih. yang penting tujuan dasar aku ke sana adalah untuk meneruskan pengajian ku dalam bidang kedokteran.itu sampingan saja ya yang berjalan-jalan itu. liburan bisa aja, tapi belajar itu ga gampang. kene fokus! =) (nak ajak dia turun medan nanti before dia fly.. pre-hanimun kat danau toba..leh kan cyg?=P)


apa aku buat hari ni?


Image Hosted by ImageShack.us

maggie sedap bersama air orange juice k4.ehek.. CAUTION! ibuk-ibuk bapak-bapak, boca cilik, kakek-kakek sekalian, ga boleh makan meggie selalu ya!! bisa mudarat jatuh sakit nanti!

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
dua produk utama meggie di indon ye..

makan meggie goreng sedap!
(kena biasakan ni. mee goreng sedap! and indomie bakal menjadi maggie rasmi aku kat indon kang..ahaha)


men dota?pandai ke?

Image Hosted by ImageShack.us


(haa.selama cuti ni aku mendalami ilmu dota.buat saja-saja.alang-alang tahu main, baik main sampai tere kan? sifu ku adalah si azraf a.k.a tuah, ex-classmate aku mase kat maktab lu. tabik ko la sensei! nanti bolehlah aku berdota ngan budak-budak kolej aku yang kejenya tak abis-abis berdota saja. yahuu! tapi, aku tak bersedia nak lawan ko la harriz(senior 2nd year). mcm tere gila je? ahaha.. )

rindu asam pedas!!


(nanti dah kat indon, takdelah harapan nak makan asam pedas tiap-tiap ari. nak makan sebulan sekali pun macam payah je.aku ni dahla antu asam pedas.payahla idup aku. di indon, perlulah aku menyesuaikan diri dengan makanan-makanan yang ala-ala ntahla. pernah la gak rasa certain lauk indonesia ni masa pi rumah bibik aku kat surabaya dulu.apa tah nama kampung dia.lupa dah aku.semua cam pelik-pelik. bakso, mee jawa, pecel. ohho.ni jela kot selera aku boleh terima.ha, lagi satu, abc dia yang sangatlah sedap bersama air buah kelapa nya! fiuh...seger gitu deh!)


sangat rindu la!


SAYA RINDU okeh?
***fullstop***

Thursday, July 17, 2008

heppy birthday!

salam ukhuwah,

HAPPY BIRTHDAY AKMAL!
(aku nak upload gambar asik failed je..panas tul..)


best friend ever had! =)


PERASAAN hari ni?
SAYA SANGAT SEDIH dan SEDIH SANGAT-SANGAT SAYA
20 hari lagi menuju jauh dari yg terchenta
saya TAK SANGGUP
saya tak kuat
biarlah orang cakap saya ni gembeng, anak mak bla..bla..
kalau awak fly mak tak hantar kat airport? orang tersayang tak ada kat airport?
larat ke awak nak fly?
SANGGUP KE?
***itu yang difikirkan oleh saya..***
SANGAT SEDIH


nota kaki : saya sangat sayang Dr.Muhammad Izzad Izhar. tapi saya tidak pernah menyatakannya terang-terangan. saya tidak pernah berterus-terang. saya tidak pernah anggap dia ada disisi saya. saya simpan dia dari orang ramai. sbab saya tamau orang lain terhegeh-hegeh kat dia.ahaha..sayang sangat!

Wednesday, July 16, 2008

banyaknya nak bercerita!

salam ukhuwah,

hampir seminggu tak ber-blog kan? menyibukkan diri dengan macam-macam agenda.chewah, bajet macam PM malaysia. Fiuh, akhirnya..pulang juga aku kluang selepas 5 hari ber-btn. i expected the worst about BTN but actually it was really great. BEST GILA! tatau nak kata apa! memandangkan macam-macam aku nak bercerita kat sini, so, aku kelaskanlah kepada beberapa topik.mudah sikit nak membacanya.ye tak?

BTN tak ngeri.tapi best !

10 July- Khamis

10-14 hb berkampung dengan Kem Bina Negara Meru bersama keluarga dan adik beradik baru. seramai 150 orang peserta merangkumi batch aku (ACMS da best), KTT-Mesir, UKM-Unpad dan UKM-Mesir. Budak-budak Mesir ni junior-junior belaka. just batch ku dengan UKM-Unpad saja yang seniors. sama baya. kitorang berkumpul dengan masjid negara pukul 2 petang. kami tiba di mesjid tepat-tepat pukul 2ptg gara-gara angah bawak keta lepak saja. bak kata angah, janji melayu mesti lambat setengah jam.betullah tekaan angah.kitorang kul 3 baru bergerak ke kem KBN Meru,Klang dengan menaiki bas sekolah. hanya kami dan batch ukm-unpad je yang ada.tak ramai mana pun. tak sampai seratus. sampai kat kem lebih kurang kul 4.30petang. sampai-sampai je disuruh berkumpul kat dewan wawasan. kami diberikan taklimat pengenalan oleh Pak Rani. nampak garang orangnya tapi actually lawak gila-gila. bebelan dia yang buat diri dia sophisticated.ahahaha.. kelakar.ayat dia "jangan main-main ko" wat aku rindu kt Pak Rani. He's a good father in kem! sangat best.mcm-mcm la lawak dia memang terburai perut duk gelak. then, setengah jam kemudian, datanglah segroup budak-budak dari KTT berpakaian serba kuning. wuu.. macam hari sukan. then, kemudian datang lagi sekumpulan dari ukm-mesir. so, total peserta 150. aku and geng seramai 8 orang disebilikkan di Magma 1. sepatutnya Magma ni dorm lelaki. but then, dijadikan dorm pompuan. dorm lelaki kat belah atas. tu yang membuatkan budak-budak laki slalu lambat berkumpul kat dewan wawasan ngan padang kawad.ahaha..Pak Rani slalu bebel budak-budak lelaki lembab and lembik.sian diorang.ahaha. duk kat btn ni kena punctual. setiap kali nak buat activity diorang kasik masa untuk bersiap 10 -15 minit ja. apa lagi kelam kelibut aku and member-member len. ACMS kan lepak je bebudaknya.sekali kelam kabut cam ni..tak macam lintang pukang.ahaha.. petang tu kitorang makan ikut group. kitorang tak ditubuhkan group lagi. so, makan dalam satu kumpulan 14 org semua budak ACMS pompuan kecuali dua orang dari UKM-Unpad.malam tu dh start kuliah. pembentangan kertas kerja pertama tajuk tanah air. fiuh..ngantuknya. tapi seronok ( you know what, i love history and political so much act..=) malam tu serba itam putih. bila tengok balik macam kat skolah.seronok! then kul 1 baru tido.penatnya kulia sampai 11.45malam.adeh..

11 July-Jumaat

kul 5 pagi kitorang bangun. rasa cam awal.tapi bagi budak-budak lain lambat kot? aku tgk budak-budak lain ada kul 4 dah bangun.gila. aku, mamalin, lisa gmah tak mcm 5.30 baru nak bangun.ahaha. pagi tu kitorang di ajar basic kawad. dah lama gila tak kawad. terkial-kial gak. teringat masa zaman kt maktab dulu. join PBSM. tak ingat dh sapa yg ajar kawad masa kt makta dulu. tapi dia sgt tegas tapi caring. kalau tanya Khai mesti dia ingat sapa.oh ye, Khai, my ex-skulmet and ex-pbsmers maktab pn ada masa kt btn. dia budak UKM-Unpad. pastu kitorang berkawad p dewan makan.lawak-lawak. kami ada masa 15 minit je nak makan, nak bersiap-siap pi kuliah kt dewan wawasan. kelam kelibut. nasib baik dh mandi. baju pn dh bergosok. kul 8 dh start kuliah.pembentangan kertas kerja kedua tajuk dia rakyat ke kerajaan. tak ingat. tajuk kerajaan agak best tapi rakyat agak busan sebab banyak statistik. kali ini, kami duduk di belakang skali. di belakang budak-budak laki. ngantuk gila tatau nak cakap pa.sekali-sekali tu tertido gak. tak pun kitorang main bingo ramai-ramai kat belakang.ahaha. aku, lisa and ain ghazali duk tekan-tekan calculator wat soalan seleksi unhas. ahaha.. pi btn setadi sei. petang tu ada tragedi. dimana petang tu kitorang ada acara or aktiviti kecergasan. akibat kecuaian aku, ain jatuh atas tar and lebam pala. agak bengong-bengong si ain masa tu.aku dah cuak gila! Kak Umi, Pak Meon and Pak Rani dah psycho2 je aku and ain failed BTN.kena datang balik btn 17hb ni.huwaaa..tak mahu weh pi dua kali!!ini semua angkara aku. aih..cuai-cuai.cemana nak jadik doktor yang selamat ni? huwaaa...tak macam semua orang pandang slek kat aku.malu! malam tu kitorang dah tak ada pembentangan kertas kerja lagi. finish!! malam tu kitorang dibahagi-bahagikan kumpulan LDK.before that kitorang ada aktiviti keanak-anakkan. terasa macam budak-budak sekolah.seronok. yang tak boleh blah kitorang kena tutup mata dan bayangkan kita sebagai conductor orkestra.mcm2 gaya ada. lawak la gak. fressi-fressi amek video.memang malu.tapi memandangkan semua sempoi, aku sempoi saja.layankan saja. then kami diberikan kepada beberapa kumpulan. i was in Group 8. fresi kitorang Encik Aziz (Tok Ji) ngan Encik Nazri. Kebetulan, satu kumpulan dengan akmal (cheh..muka dia lagi) and Gmah and Ustaz pun satu group ngan aku. budak dua ni memang takleh dipisahkan.ahaha..makan semua dalam kumpulan 8. bergerak ke mana-mana pun dalam kumpulan 8. and dengan desperately and terkepaksaan, akmal dilantik menjadi ketua kumpulan.ahaha.. ahli-ahli lain group aku, shafiyyah (junior maktab ku..), sapa tah namanya budak cam ego sket ni..lupa dah, farhan, sorang lagi budak PC tak ingat namanya, hanief, firdaus (menjadi rebutan aku ngan gmah..ahahaa), hanis, aizad batch aku and sapa lagi? oh ya..aina budak batch gak. so total, 6 orang budak ACMS, 1 budak UKM-Unpad, yang lain semua KTT-Mesir.kitorang 13orang kesemuanya.

p/s oh ya, happy belated birthday my eldest sista, Dr. Sheerine =) dh tua! 30 taun!


12 July- Sabtu

pagi-pagi bangun sedih.hari ni kenduri potong jambul Irsyad & Ikmal. mesti ramai orang kat rumah. dengan sedara mara nya yang berduyun-duyun mesti meriah. aku ja takda. mak kata, kenduri ni pun diadakan sebagai kenduri kesyukuran aku nak berangkat ke indon, and kesyukuran akhirnya hajat and cita-citaku hampir la nak berjaya. aih.sedih.tak penah expect pula kena berkampung kt btn ni padahal pasal kenduri tu aku yang paling beria. pagi ni, macam biasa sesi riadah. giliran aku pula luka kat badan. kalau ain luka kat kepala, aku luka kat lutut. itupun sebab terjatuh atas tar yang tajam gila sewaktu bergelut dengan ijad berlawan tolak-tolak. teruk gak la luka. mula-mula tak rasa sakit. sekali buka seluar, darah meleleh-leleh kt lutut.aih. jalan terhenjut-henjut. giliran ain pula yang membedah dan operasi menyelamat aku. kalau semalam aku yang bertugas OT, kini ain pula.ahaha.. terasa macam doktor pulak. padahal first aid je! :P seharian hari sabtu ni duk dalam LDK discussion je. ngantuk gila tak boleh nak kata pa! macam-macam yang dibincangkan. especially pasal kontrak sosial and ketuanan melayu. melalui perbincangan ni, membuka minda aku untuk melihat sejauh mana kebenaran sistem pentadbiran negara and apa dh jadi kt negara kite sejak akhir-akhir ni. selama ni baca paper ruangan hiburan je, bahagian front page and politik tak amek kesah pun.tp sekarang, ku sedar. politik penting and aku bercita-cita plak nak join politik. (pulak dah..) ngantuk gila la. aku banyak kali terlelap masa perbincangan. ahaha. mata dah berair2. especially waktu petang. waktu petang plak ada sesi menguji keberanian. flying fox. Nod dengan berani nya naik. tahniah nod!! budak-budak batch aku especiallynya, macam-macam gaya dibuatnya. ntah pape. tapi seronok tgk. berbanding ngan budak-budak dari kolej lain. diorang cam pasif je. kitorang ni paling mecapub. memekak sana sini. even, organisasi ajk untuk btn kali ni pun dikonker dari atas sampai bawah 80% budak-budak acms.ahhaha.. memang gila kuasa. tp best! malangnya, group aku, group 8 sampai 12 tak berkesempatan nak wat flying fox. ni la saat2 aku tunggu..tapi tak sempat katanya sambung esok. tp esok diganti dengan kembara.pun tak sempat gak ..sedih =(

13July-Ahad

sambung dengan LDK. hari terakhir. yes! tapi apapun, ngantuk gila. mata ni tak sanggup nak tido masa LDK.tgk Tok ji ngan Encik Nazri beria-ia bercerita pasal sejarah, politik and blah-blah semata-mata nak membuka minda budak-budak muda ni menjadikan aku tak sampai ati nak tido (padahal..dah terlelap banyak kali dah..ahaha). akhirnya sesi petang pukul 2-4 adalah sesi LDK terakhir. dan sekali lagi Tok Ji and Encik Nazri menegaskan kepentingan Perkara 153. Ye, aku sebagai salah seorang yang bertanggungjawab akan menjaga hak-hak ketuanan melayu. takkan hilang melayu di dunia. bukalah mata budak-budak btn oittt..(aku juga begitu!) petang tu, kami diarahkan untuk berkembara. loh, cemana nak kembara ni? kasut aku dh nazak gila-gila! Bila-bila masa ja leh tercabut tapaknya.tapi kerana semangat team (chewah..) pi gak kembara. hujan lak tu.lebat! tanah licin.dah la memanjat bukit. fiuh penat gila. pacat jangan cerita la. memang melambak. semua orang kena gigit.aku tak? (well..special nya aku?ahaha..) ketika pertengahan jalan aku terjatuh. ntah brapa kali aku jatuh. tapi kali ni jatuh, kasut aku tak dpt diselamatkan lagi. tapak tanggal sudah. maka, kuatkan hati saja berjalan tanpa tapak kasut. geli sei. rasa lembik-lembik tanah lumpur..euui.. dan kerana takda geseran tapak kasut. aku kerap gila jatuh. and paling ngeri ialah jatuh sliding dengan terkangkang dan terhenti terlanggar kaki akmal. erk! aku terdiam.sakit syial! rosak sistem pembiakan aku. mujurlah aku mendarat kat batang kaki akmal. fiuh.nasib baik.kalau kena batang pokok blakang akmal tu? tak ke pecah dara aku dibuatnya? since dari tu.dah tak berdaya nak jalan.dengan tanpa tapak kasut.geli gelemaan and sakit gila kat tutt..OMG memanglah dasat. asik jatuh saja aku. lciin gila.malu malu. dengar citer trek kembara ada lalu tempat pembunuhan altantuya. tak nampak pun? ntahla mana. and then, kami keluar dari utan macam orang sakai baju kotor gila berlumpur. dah tak tahan dah jalan ngan kasut koyak rabak macam tu. lalu aku berkaki ayam saja pulang ke kem. sampai-sampai kat kem. kaki krem. penatnya. macam nak tercabut dah kaki. ahaha.. sepatutnya petang tu sambung dengan flying fox. tapi memandangkan ujan...tak dapek la.sedih-sedih.balek-balek budak-budak lain dok sibuk cabut pacat. berdarah meleleh-leleh sana sini. dan kasut aku yang koyak rabak dan stokin yang memang berlumpur tu terus dibuang saja dalam tong sampah tanpa berfikir panjang. terlupa lak nak amek gambar kenang-kenangan.ahaha. semua orang yang lalu trek kembara jumpa tapak kasut aku. femesnya tapak kasut aku. bak kata kusut a.k.a farish, hoi, tak baik buang sampah merata-rata dalam utan.ahahah..malam tu sesi terakhir LDK.persembahan lagu-lagu patriotik. eventhoe kalah, group aku mempersembahkan persembahan yang menarik dan mendapat pujian. then, sekali lagi kami diberi pendedahan dengan keperitan rakyat iraq mengharungi ari-ari perang di negara mereka dan keganasan yang berlaku di malaysia. dalam gelap-gelap ala-ala wayang tu, aku menangis. tak dapat bayangkan kalau malaysia macam iraq. sedang aku belajar kt luar negara, famili di mesia berdepan dengan kematian perang. sanggup ke kita semua macam tu? oh shit.. tidak mungkin! selisih je..sedih..memang memberi kesedaran btn ni pada aku. biarlah orang lain rasa btn ni sia-sia atau buang masa. pada aku, memberi aku 1000 kesedaran bagi aku terhadap tanggungjawab aku bukan saje untuk mak abah..tapi negara..aih..malam tu lepas aktiviti, semua orang stay up sebab esoknya exam. aku? bantai tido saja sampai pagi.ahaha..tak baca apa pun. hanya mengharapkan keupayaan otakku je berfungsi dengan baik esok untuk menjwb dengan baik.

14 July-Isnin

pagi ni test. soalan dia mudah-mudah tapi cam tricky gak la jawapan nya.tenang saja aku menjawab. biarlah. aku hanya jawab ikut logik. insyaallah lulus. then, upacara penangguhan majlis btn bagi group aku. dalam kul 4 lebih barulah bas dari MARA sampai nak amek kitorang budak-budak ACMS ngan UKM-Unpad. budak-budak ktt and UKM-Mesir dah balik awal dah. kitorang yang terakhir.sampai-sampai kat pejabat MARA ujan lebat. macam rusa masuk kampung lak kitorang. turun dari bas. dengan ujan lebat-lebat tu terus lintas jalan dengan beg-beg beso menuju ke pejabat mara. sian budak-budak ni.macam budak kampung pi bando.ahahaha.. taklimat ringkas je pasal surat aggreement mara. ingatkan leh la trus dapat. kata puan wahida tak siap lagi. maka pulang saja. masa ni, kaki dah macam nak tercabut.dh takda skru dah. sempat lepak kat sogo jap.sambar dua helai baju.ahahah.. sogo tengah sale besar-besaran. rambang mata weh!! malam tu, sampai-sampai kat rumah terus tido..tak sedar diri. sedar-sedar dah kul 5.30 pagi. bersedia nak pi embassy Indonesia. Zila exam selection test UNHAS pula.


15 July- Selasa

Zila exam selection test UNHAS & Interview di EMBASSY INDONESIA

aku and hakim pi Mid Valley sementara nunggu diorang exam

tengok cerita Journey to The Centre of The Earth

kesimpulan? BEST GILA! kalau tengok 3D mesti best gila! 4/5 star!!

petang pulak tengok HELLBOY II

kesimpulan? BEST GILA!!! 4/5 star!!

SAYA SANGAT PENAT SEHARIAN 15 JULAI 2008!

tapi happy sangat-sangat

HEPI BELATED BIRTHDAY KAWAN VETERAN SYAZ! di UiTM Melaka!


Wednesday, July 09, 2008

new look of me ?

salam ukhuwah,





Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us


NEW LOOK of ME
(macam lagi buruk je? ada kata macam betty..ada kata macam beast.huwaa.!!)
AKU TAKUT PERGI BTN.NGERI !!! AKU TAMAU P BTN! Huwaaa!!!
***away to BTN for a week..!***

Monday, July 07, 2008

hari.ini.serabut

salam ukhuwah,

hari ini sangat serabut
kolej ter'chenta' wat aku serabut
BTN KHAMIS ni ye
OMG
tak suka BTN BTN ni..sangatlah haduhh..
BTN di KLANG bukan di GHEMBAU yang diheboh-hebohkan!
tapi hati ini sangat saket tahu!
(kolej terchenta slalu bagitau last minit...wat keje last minit..aku kelam kabut tau tak!)
haduhhhhhhhhh... !!
then..
program nye begini ya
esok buat SEPEK baru! (nak pakai spek gaya ape ye?)
esok beli tiket ke KOLUMPO..dua orang bersama atul
hari RABU pergi KOLUMPO
petang amek ZILA kat SENTRAL
8.30 PAGI berkumpul di MASJID NEGARA
(janganla diorang anta naik trak..selisih je..buruknya..huwaa..)
BTN 10-14 JULAI!
15HB teman AZILA selection test UNHAS dekat kedutaan indonesia
hari RABU balek KLUANG!
walaubagaimanapun,aku sebenarnya tanak fly! kalau la duit melambak. mau saja duk kat uni local je..huwaaaaaaa..
nota kakik : tak sanggup berpisah dengan dia =( kawen jela senang? ahahah..bengong aiza..dia pun fly gak nanti! lagi jauh..oh tidakkkkkkkkkkkkkk..bila dua-dua nak jadik dokter niii.. cepat-cepatlah abes belajarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...(desperatenya aku..ahaha)


first time in blog : sayang, wani tanak fly..please....nak belajar local.. tamooo.. takut..ngeri.. oh tidakkk..!! bila kita nak jadik doktor ni? =( nk itot pi oversea sana!! =(

Sunday, July 06, 2008

cerita hari ini.dan semalam

salam ukhuwah,

semalamnya cerita

aku baru saja sampai dari perjalanan yang panjang penang-batu pahat pagi semalam dalam lebih kurang 7.30 pagi. sangat memenatkan! paling aku tidak suka naik bas untuk perjalanan panjang. pastinya, backpain aku yang aku alami akan berdenyut-denyut sakit.aih.sepatutnya aku pulang khamis malam ke kluang. tapi mengalami satu masalah yang sama seperti yang aku dan zila alami sewaktu pulang ke kluang dulu. wadepak . bas KEJORA Penang-Kluang memang telah banned oleh aku dan dihumban masuk dalam blacklist hidup aku. and paling geram aku kat brother yang handle bas ni. i mean yang aturkan tiket. kononnya kata bas ni terus ke kluang. rupa-rupanya dia tinggalkan aku kat ayer itam, kemudian di hantar menggunakan taxi ke kluang. abes, kalau ade org bawak lari aku, rogol, bunuh? sapa yang susah nanti? kurang hajau. lagi satu, suka-suka kata aku tarak otak, tak sekolah, lembab, bodoh.. hoi org gila, aku menetap kat penang ni sebab belajo tinggi-tinggi tau tak. sapa yang bodoh tahnya. cermin diri la weh. geram. katanya bas akan berhenti/tunggu di tempat2 bas berhenti.tapi, bas berhenti kat kaunter ujung sana. jenuh aku jalan hangkut 4 beg dari ujung ke ujung. memang mencarut. aku siap ugut, kalau tak boleh refund, memanglah ku report saja pada polis. nah kau. main-main sama aku. kurang ajar. nak bisnes buatlah cam bisnes. geram!


sampai-sampai saja di batu pahat, hati sangat-sangatlah lega. back to where i from! then, kul 10 bergerak ke rumah nurul.kemudian ke summit bergembira bersama SAHABAT KETAT yang paling ku sayang- nurul, emilia, saiful, safwan. and oops.. mestilah ada buaya kan? =) memang gila seharian tu. asyik kena sakat oleh safwan and saiful. yang paling sadis, buaya skali menyakat aku. kurang hajau budak-budak ni. persoalan disini, rendah ke aku? huwaaaaa.. kenapa aku tak tinggi-tinggi ar? tak cukup tinggi ke kalau 153cm tu?? kami juga menonton semalam. WANTED. respons? BEST GILA! 4/5 bintang aku kasi. memang layan habis. seronok gila and puas hati. cerita macam ni la aku suka. action. ni tak. melarat-larat jiwangnya. suam-suam ni. tak minat haku. (sorry nashrex, tidak ada unsur-unsur nak kata sepi tak best! =P). unfortunately, aku tak berapa sihat ari tu. mungkin sebab kepenatan tak hilang lagi. asyik terasa nak tumbang je sepanjang jalan-jalan kat samit semalam. rasa nak muntah pun iye juga.(im not pregnant hokeh.!) mujurlah ada buaya disamping. aman dunia..***tersenyum lebar***. oh ya, aku sempat rembat sehelai baju yang sangat shantek. warna pink! comel sangat! murah je. mana mampu mahal-mahal ni.aduhai-aduhai


and kemudian, malam? aku demam! panas! pening pala yang amat sangat. kepala ni keras macam batu. terasa macam nak hentak-hentak saja di dinding. di tambah lagi backpain yang menusuk. oh tidak.smalam memang longlai..

cerita hari ini

HAPPY BIRTHDAY, MAMALIN!!!
Image Hosted by ImageShack.us

hari ni berday salah sorang ahli zuma6. mamalin yang best. selamat membesar mamalin.

okeh, hari ni bangun-bangun saja aku terhuyung-hayang.it means, low blood pressure. kompem bawah 80/120. well, im hypotension person. dahlah pening pala. nak bangun pun tak larat. laptop dari semalam terbuka dekat screen penuh dengan msg-msg ym. maaflah kawan-kawan tidak dapat mereply.saya sangat sick hari ni. pagi-pagi bersiap-siap mengemas rumah walaupun agak tidak sihat.menolong mak ku terchenta.semenjak dua menjak bibik ku tidak pulang-pulang dari indon (dah kawen agaknya..) mak la yang uruskan umah. nak arapkan adik aku yang sorang tu.takde maknenya.sian mak. bersusah-payah kat rumah.tak sampai ati nak tengok mak uruskan rumah. sejak bibik takda ni, mak selalu nampak letih, tak ceria. balik kerja muka penat. kalau dulu, bibik ada, balik kerja boleh urut-urut, relax-relax depan tv. ni dah tak ada tukang urut. aih. mak banyak susah-susah membesarkan kitorang empat orang sampai jadik besar cam ni ha.(along ngan angah diorang special- besar badan skali..ahahaha). seperti biasa, hari ni ahad. ahad hari pulang ke kluang. dalam bersiap-siap nak balik tadi aku dikejutkan dengan berita gempar result usu dah keluar.oh tidak. berjaya kah aku? ah lantaklah..

sekali lagi mendapat panggilan dari kolej. en.najib menyuruh meneka. ada lima tempat kosong. gagal ke? lulus ke? aku hanya menjawab. ye saya GAGAL.saya tahu.saya sangat suka kalau saya gagal USU. ah, malasnya nak bercerita begini. ni sedikit sedutan perbualan:

en.najib : hello, saya En.Najib dari ACMS penang. boleh saya bercakap dengan cik Shazwani Aiza Mohd Tahar?

si chantek : sayalah orangnya en.najib.kannapa?result usu dah keluarkan. saya bagaimana encik najib? failed kan?

en.najib: jawapannya, kita tunggu iklan selepas ini. (perbualan terdiam beberapa saat..lama gila..bengang aku..ahaha)

en.najib : cuba awak teka, awak lulus ke gagal. ada lima ruang kosong.

si chantek : saya gagal kan en.najib?

en.najib : oh salah. dimulakan dengan L

si chantek : LULUS? oh tidak!! tak mahu pi usu! arrghh..!!

en.najib : laa..awak taknak pi usu

si chantek : ye saya tak nak.saya nak pi trisakti en.najib. tak boleh ke kalau nak tukar-tukar

en.najib : mana boleh.suka-sukati ati awak aja. kan dh kena pi usu.usu la jawabnya lepas ni. awak budak mara kan. ni saya nak bitau, 10hb ni, berkumpul di masjid negara untuk awaknya btn.

si chantek : hah? 10hb? this week? btn? bukan 28 ke en.najib?

en.najib : dah diawalkan. pergi sajalah ye. oh ya, sebelum awak pergi btn tu. silalah hantar borang noc awak tu. lepas tu take note benda-benda ni. nak dihantar ke usu. 2 salinan kad pengenalan, surat beranak, slip spm, benti skolah, ... (apa tah lagi..aku pun tak ingat..ahaha)

si chantek : laa cek najib. passport pun saya tak buat lagi. macam mana ni?

en.najib : kenapa awak tak buat lagi. haa, pergilah buat esok. apa nak tunggu lagi.

si chantek : abah tak kasik kalau takde surat tawaran nanti kena bayar 150. boleh ke guna surat mara je en.najib?

en.najib : cuba je. saya tak boleh keluarkan surat lagi. jangan lupa ya hantar.nanti susah saya nak carik awak kat kem btn nanti. apa-apa pun, tahniah ke usu.

si chantek : tahniah? yelah2.. terima kasih ye en.najib

haa..itulah sedutan perbualan aku yang agak bising enviormentnya apabila angah dan abah pula rancak berbual.ketika itu kami di dalam kereta. sadisnya dpt usu. pada masa yang sama suka.ahaha. takpala.usu pun usu la. janji dapat jadi doktor lagi 5 tahun.itu penting.lagipun, duk indon 3 tahun je pastuh kembali ke penang. lepas tiga tahun ada surprise.yeay yeay!!

dahlah, malas nak menaip. esok nak kena pi wat passport besama anum. kemudian mahu liburan dan lepak2 bersama anum. nak lepak menda kat kluang ni? menonton la jawabnya esok.yeay!

Thursday, July 03, 2008

emosi menggelodak

Salam Ukhuwah,

Image Hosted by ImageShack.us



shaye sangat SEDIH hari ni

shaye sangat DOWN

shaye sangat DISAPPOINTED

shaye GIVE UP macam ni

tapi shaye bukan PENGALAH

dan tidak mungkin mengalah

saya sangat SEDIH

SEDIH + KICIWA + MARAH + GERAM

tapi apa boleh saya LAKUKAN?

TABAH..TEKAD..REDHA...

(aiza boleh, jangan ditangisi benda dah lepas. aiza kan seorang yang kuat. aiza boleh.. InsyaAllah, lebih bertambah baik...Be strong, girl..think of yourself..i know you can do it..)


"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan."
(Surah Al-Nahl-53)


"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan."
(Surah Al-Taghabun-11)


Nota kaki : hari ni balik ke Kluang, esok pagi sampai. Then, bermulalah hari-hari busan aku macam lepas SPM dulu. oh mine..

Wednesday, July 02, 2008

kembali mem-blog-in!

salam ukhuwah,


Image Hosted by ImageShack.us

setelah berabad-abad lamanya tak hapdet blog, kini aku kembali dengan nafas kesegaran baru. ceh, awal-awal mesti semangat nak menghapdet, kang lama-lama blog ni seakan-akan tidak bertuan lagi. ni pun gara-gara kebusanan yang terlampau sejak memulakan 'bulan pengangguran' selama sebulan setengah sebelum berangkat ke seberang laut. hari ni 2 Julai. ulangtahun yang pertama intake premed batch aku ke ACMS. kalau nak dicerita balik pengalaman hari pertama kat ACMS, memangla penuh satu entry post kali ni. malas nak bercerita perkara yang lama. let gone be by gone (eh betul ke??). Di akhir-akhir riwayatku kat ACMS macam-macam telah berlaku yang mengukir sejarah dan pengalaman dalam hidup aku. and pastinya tak mungkin dilupakan. 3 sem kat ACMS pada mulanya rasa macam bertahun-tahun lamanya. tetapi, setelah program hampir tamat, macam pendek pula jangka masanya.ikhs..ikhs..rindu semua! eh, apa sedih-sedih ni. tak style la bai! hari ini seperti hari-hari yang lepas, aku dok menanguk depan laptop je sepanjang hari. tak pun, tengok tv. duk kat rumah kakak aku di bukit mertajam ni, kalau pagi pastinya bukak saluran indon tu jela. apa namanya? ARUNA eh? yang channel 121 tu. (aku pun macam totinx, tak tau no astro yang baru.. dok tekan next next next je kalau nak tukar2 siaran..ahahaha..goblok bangat guwe..almaklum, mana da astro kat putra villa..nak tgk astro pi lot10 la dei). kang, lepas kul 12, si debab dan kudut pulang dari sekolah tadika, tv beralih ke channel ceria. tak mungkin aku dpt konker remote! arrghh.. nasib baik ada laptop. dari men-men friendster, ke blog, ke lelong.com.my ke godak-godak folder, games dan dota! tu jelah kerja aku. macam takda keje lain. (memang tak ada pun). busannya!

Reminiscence Night - A walk to embrace
(Annual Dinner Premedical Batch 0708)

alhamdulillah, lepas macam-macam pergelutan, permasalahan, pertelingkahan, perbicaraan dan per-an yang lain, akhirnya majlis gilang-gemilang yang paling up dalam aktiviti budak-budak premed berjaya dijalankan. siapa yang menjayakan? of courselah teman-teman MPP yang bagus-bagus belaka (cheh..kipas..kipas..) aku sebagai projek manager (nak up nama..) rasa berbangga la, akhirnya dinner yang pada mulanya memang tak nampak bayang-bayang..akhirnya berjaya jugak diadakan. Majlis yang memakan sejumlah duit yang banyak hasil kutipan dari student dan sponsorhip ini diadakan di Sunway Hotel, Seberang Jaya. Memang class hotel ni. Layanan first class, makanan pun sedap bangat.aku siap ratah macam tu je lauk kicap ape tah. bantai. ilang protokol.ahaha. just cuma tak brapa nak sedap didengar PA system dia. masa karoke diadakan, suara akmal and tajul agak pecah disitu ye. pada mulanya, ingatkan memang suara mereka tidak sedap, tapi rupanya, memang salah PA system..maafkan ku ye tajul and akmal.(memang tak sedap pon!ahaha..) ramai jugak guest yang datang malam tu. eventhoe agak kalut pada awalnya masa majlis tu dimulakan tapi alhamdulillah, keterean dan kepro-an anum dan aizad menghandle majlis, majlis kembali berjalan lancar.fiuhh..just masa aku bagi speech tonggang terbalik. nervouse+cuak+takut+rushing+penat+blur+malu. ahahahaha.. ntah pape la aku. oh ya, sensei ethics, Dato' TJ karaoke malam tu sedap gila! nila beberapa gambar yang larat di upload dalam blog..tak larat aku bai nak upload semua.internet pun cam senak-senak kat rumah kak aku ni.



Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us




Pangkor Trip MPP & BOD

Image Hosted by ImageShack.us



lepas dah penat-penat bergembira di malam annual dinner tu, pada hari keesokannya MPP bersama BOD (board of director-'tulang belakang' setiap exco..ehek..) bercuti-cuti dan bersantai-santai di pulau pangkor. seramai 18 org semuanya.. memang seronok.tapi, macam biasa.pagi-pagi dah ada problem. dua group datang lambat ke jeti. aku, akmal, dja and anum dah blur-blur.pakcik bas dah mengamuk.hanya memberikan masa 5minit sahaja lagi.kalau tak bas gerak! kitorang yang dh kt jeti ni, nak naik bas pun tak boleh. tiket pada mereka.kami hanya mampu pasrah saja.muka dah blur-blur.tawar hati nak pi trip.ahaha.dja pulak kelam kelibut, muka sesen pun tak laku, purse ngan camera hilang kt rumah.xbawak.ahaha.macam-macam hal. di pangkor, macam-macam aktiviti kitorang buat, berlari-lari anak di tepian pantai, buat istana pasir yang 'besar' gila dan 'teguh'! pastuh, beberapa orang lain pi berkayakk.. then esoknya snorkeling, mandi-mandi pantai.alah, semua-semua aktiviti pantai kami buat termasuklah shopping santai! penat gila dua ari tu. walaupun penat tapi mengenjoykan. balik putra villa dh malam. penat gila.semua tumbang sampai tengah hari tidur. apa-apapun kami tetap enjoy dua arii tu. spend time bersama!


Selection Test USU yang s**t!

aritu kitorang dah exam selection test awal-awal dah before final.tengah kalut-kalut preparation untuk final, kitorang disempitkan dengan selection test. sekali masa exam, payah gila.mostly soalan tak ada dalam silibus kitorang. dan akhirnya, kami diarahkan oleh pihak usu untuk repeat exam. wadepak. dahlah repeat selepas program tamat. memang lah marah gila. kami sendiri agak ragu-ragu dan tak percaya napa di'fail'kan. memang makan duit. then, masa reseleion test tu. kami tidak ready apa-apa.tiada persiapan lengkap. tawakal saja dan ingin menggunakan cara yang biasa dilakukan masa selection test yang lepas. 'kerjasama serantau'. tapi kali ni memang takleh nak serantau. soalan memang paya gila. tawakal dan tembak saja. ah, kami semua tak mau ke usu! nasib la macam mana result usu. fed up.arap-arap dapat ke unhas beramai-ramai tak pun trisakti. kan best kalau dapat duduk belajar sedap-sedap kat malaysia je. nama je program oversea. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa..tamau! tamau!
'the happening' on ME!
lepas paper last exam aritu, ramai gila yang dok merayap sana sini sekitar pulau pinang. enjoyla apa lagi kan? termasuklah aku. aku, anum,akmal, zeiree berlepak ke sunway pada malam tu. menaiki kereta kak aku yang diambil petang selepas exam tu. tujuan utama sebenarnya nak temankan anum beli barang untuk anual dinner. tapi, nampaknya kerana terlalu rambang mata nak memilih.akhirnya tak beli papa. kami pun berempat berlepak di dalam panggung. berlaku perselisihan disitu ya di mana mau tengok hulk atau the happening. akhirnya happening yang dipih. so far, cerita tu aku boleh kasik 3 bintang. boleh tahan best. tak seram-seram antu tapi ngeri-ngeri kejam. cerita yang mengesahkan pasal berlakunya macam 'mutasi' dalam satu negara menyebabkan sesiapa yang terkena akan bunuh diri dengan kejamnya. ada yang tembak diri sendiri, selambe dek bagi tangan ngan kaki kat singa untuk makan, cucuk dada pakai kayu apa tah lagi.yang penting bila satu kawasan tu dah terkena, semua orang dlm kawasan tu mati. tak seram tapi ngeri tengok orang bunuh diri macam tu.ahaha.. apa review2 synopsis ni. tengok la sendiri kat wayang. l=) lepas tengok wayang tu, kitorang pun bergerak mau pulang ke putra villa.sampai je kat car park, start enjin tak start. oh cuak gila! start lagi..tapi tak leh start.jgn kan tak start, memang tak fuction langsung.mati terus. the happening sungguh kereta ni.aku dah cuak. dh malam buta. parking kat car park atas. takkan nak tolak ramai-ramai turun sunway? buruknya!!! nasib baik dengan kedatangan sorang brother kebetulan nak balik gak datang memberi pertolongan.malangnya memang tak leh nak tolong. bateri kering terus! gara-gara si zeiree tak tutup lampu.maka tinggalkan saja kereta di sunway semalam. pengajaran di sini ialah : pandu berhemah, ingatlah orang tersayang. berhati-hati ketika hendak memandu, ketika memandu dan selepas memandu untuk melancarkan keadaan, ye!

sejarah yang telah diukir :

- wei, aku drive kat highway! aku dah berani drive selepas diberi motivasi oleh zeiree. aku boleh! bukan setakat kailan saja ku drive. tapi sampai sunway, bai!
-tapi sayang, slalu lupa turun break :P
-aku berubah kepada minah pink? sejak bila tah?
-Putra Villas dah ada wireless.tapi malangnya, aku dah nak keluar dari ACMS baru nak pasang. sedihnya!!! (i love ACMS so much!) ***bluwekk..***

apa nak buat hari ni?
aku sangat busan! sangat busan sangat busan! aduh..


nota kaki :gambar-gambar budak-budak PreMed akan diuploadkan ke fotopages. lawati http://acms078.fotopages.com/ untuk sesi mengsonglap gambar. Untuk budak-budak PreMed, boleh lah gak upload gambar kat dalam fotopages tu untuk menambah gambar dari koleksi korang pula. password dan id nanti ku beri. Buzz saja di YM! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...