Sumber daripada: http://arnamee.blogspot.com/2012/07/popularkan-blog-tips-seo-cara-letak.html#ixzz3EUVLe4gO 2008 | ada.apa.dengan.aiza89.se.org

Wednesday, December 24, 2008

heaven of shopping, Malaysia!

Tuesday, December 23, 2008

saya.pulang.MALAYSIA

salam ukhuwah,

kawan-kawan, saya sudah pulang ke NEGARA TERCHENTA dan berjaya keluar dari kepompong MERAH PUTIH. yahuu! setelah mengharungi 5 bulan yang pakingsit menyeksakan, aku kembali dengan nafas lega.fiuh..jam 4 lewat sepuluh aku berangkat dari hentian pesawat Medan menaiki si burung merah ke Penang. perjalanan yang digembar-gemburkan memakan masa setengah jam hanya dirasa selama 15 menit saja.oops.minit ya kawan-kawan bukan MENIT. haa, sekali lagi saya memohon maaf kepada rakan-rakan yang sentiasa SHOUTOUT suruh aku menghapdet secepat mungkin. akibat dari sekatan internet yang agak slow, ketiadaan masa yang panjang, mood yang up and down, penyakit MALAS yang melampau, memberikan efek ketidakhapdetan blog ijau yang makin suram tak bertuan ni. apa yang nak diceritakan kali ini? oh banyak! semoga terhibur, terubat hati dan mata, dan sukalah membaca, melihat dan menghayati isi-isi post kali ini. tak seberapa tapi tahu, mesti bermakna dan menghiburkan. ohho..berlagaknya aku.

twilight yang sangat best.edward cullen pacar aku!

Image Hosted by ImageShack.us

gadis-gadis remaja di luar sana pasti tahu apa itu cerita twilight kan? rata-rata memberi respons, cerita itu sangatlah best dan romantik! owh, itu tidak dapat dinafikan. aku yang hati keras ini, setelah menonton twilight di Bioskop 21, Palladium di Medan bersama dua babes rakan yang sangat best ayu dan amy, extremely make over turn to HATI BUNGA-BUNGA. ohho. cerita ini tersangatlah romantik! kami bertiga asyik sekali menonton sehingga nak kencing pun tak sanggup keluar pi tandas! tahan sampai habis cerita.habis-habis cerita je berlari2 cari toilet.oh kerja paling bodoh kami lakukan.ahaha. bagi golongan pria, abang-abang di luar sana pastinya tak tertawan menonton filem ini. mungkin membosankan kata mereka. tak menghayati. Edward Cullen atau nama sebenarnya aku pun tidak tahu sangatlah menawan hatiku. walaupun rupanya tidaklah setampan mana, tetapi gayanya yang cukup romantik sudah cukup memikat hati kecil ku ini. (kan best lakiku romantik sebegitu rupa..oopss..). Kepada Joyah, kita perlu menjadi madu ke memiliki lelaki yang sama? ahahahaha.. so far 4.5/ 5 bintang untuk Twilight! lagi 0.5 terpaksa ditolak kerana ketidakhenseman Edward Cullen. ahaha. Nobody's Perfect. oh ya, kami menonton cerita ini setelah selesai ujian semester 1. paper CHOP. dan kemudian, kami menonton dengan hati gelabah kerana result diisytiharkan ketika itu. Alhamdulillah, Kebudayaan dan Kewarganegaran tidak perlu direpeat. 

Ujian Semester yang sangat SUCK!

Suck.fullstop.the most SUCK examination i ever had. tatau nak explain cemana. pada ku, exam itu agak mudah bagi sebahagian paper. tetapi result tetap tidak memuaskan. hampir keseluruhan pelajar mendapat C C+ D dan E. aku sangat simpati pada mereka yang perlu remedial. kerana bilangan pelajar yang perlu remedial sangatlah ramai. aku? mengalami sedikit kekecewaan setelah berhari-hari menantinya pulang ke Malaysia. tiba-tiba stuck pada hari Jumaat kerana terpaksa mengulang ujian CHOP dan CRP pada hari semalam. kurang hajar. aku juga tidak mengerti apakah silap ku dalam ujian tersebut. terima kasih Juliandi Harahap, Yuki Yunanda dan semua tenaga pengajar CHOP dan CRP kerana meng-FAILED-kan saya dengan tanpa belas kasihannya. hairan bagaimana cara penandaan kalian ya rata-rata semua failed. jumlah pelajar yang mengulang melebih 240 orang bagi CHOP dan 230 orang bagi CRP. separuh dari batch 2008! bayangkanlah. dan aku mendapat E ya kawan-kawan untuk CHOP. kamu mengerti apa itu CHOP? CHOP adalah singkatan bagi Communication Health Orientad Programme yang meliputi bidang Komunikasi Doktor-Pesakit keseluruhannya. adakah ini bermakna aku tidak ada keupayaan berkomunikasi dengan baik bersama pesakit ku nanti? Bangangnya. KEsimpulannya, tidak perlu belajar teruk-teruk.suam-suam saja. membazir! tidak mungkin ada yang A secara berlonggokan. kalau ada yang dapat A pun sorang dua selected students. TIDAK PAHAM aku! (versi lepas geram..)

Girls Day Out last Raya Haji.

No Boys Allowed. Loser not allowed. tanak describe banyak pasal malam itu. hanya gambar menggambarkan segalanya.



Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

dah-dah, dah tak larat nak tulis blog lagi.nanti disambung terus lagi ya. 

Wednesday, October 08, 2008

the muffin - salahkah aku?

salam ukhuwah,

lagu nisangat best.eventhoe dh lama dh popular.mati-mati ingat indonesian.ahaha.




Tak SeindahHari-hari yang kuidamkanUntuk bersamamuTiada lagi ruangDihatimuUntuk kucurahkan segalaApa yang ku rasaTapi kau tak percayaSiapa ku dihatimuHanya mengganggu hidupmuMaafkankuAku tak berdayaMembahagiakan kamuTiba saatnyaKu kan pergi juaMengakhiri segalanyaKorus:Salahkah kuHanya mahu menyintaimuSalahkah akumendekati hatimu ituSalahkah akuSekadar menemani dirimuSalahkahkuKu tak bisa meninggalkanmu

Thursday, October 02, 2008

hari raya di medan

salam ukhuwah,

okeh, first of all, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ku yang kehijauan ini tak kiralah sengala membaca atau kot-kot terbaca tu. atau gatal-gatal nak baca. Ampun maaf dari ujung rambut sampai ujung kaki kalau ada tersilap menaip atau merepek dalam blog ni. almaklumlah, blog sendiri, memang tak de had limit menaip kat sini. segalanya dibuang, dilontarkan dalam blog ni. ni ada beberapa gambar yang sempat di upload sedang-sedang busan hari KEDUA raya yang tidak ada apa-apa aktiviti pun ni. so, tontonilah. a picture can describe 1000 words. =) gambar-gambar lain, sila lah jemput-jemput rujuk ke http://acms078.fotopages.com . video-video pun ada. nanti diuploadkan dalam youtube under profile aiza89 atau ACMS-USU 08 raya. tapi tak dapek nak upload sekarang. youtube bengong. cheit.

di pagi raya, di konsulat jeneral, Medan

Image Hosted by ImageShack.us

anak-anak dare di pagi raya di konsulat jeneral, medan selepas semayang aidilfitri

Image Hosted by ImageShack.us
K.A.M.I

Image Hosted by ImageShack.us
ehem..ehem..beautilicious on board =P

Image Hosted by ImageShack.us
budak-budak ini gila
Image Hosted by ImageShack.us
ape kene faris tuh?

malam raya pertama- hostel acms

Image Hosted by ImageShack.us
oopss..gambar yang lain-lain tak larat nak upload.nanti!


Sunday, September 28, 2008

ni tag mende pulak si freena ni ..cheh..

salam ukhuwah,

dah lama tak ber-blog.tiba-tiba di tag oleh si budak biru ini.. farina.cheit. takpa2..bisa dijawab.gampang!ahaha..

My Top 10 Most Favorite Foods
  1. asam pedas
  2. asam pedas gak
  3. asampedas la jugak
  4. Soto mak..(homsick!)
  5. ayam masak merah mak..oh tidak!
  6. McD
  7. spagetti..fiuhh..
  8. *fikir*
  9. masih lagi berfikir..
  10. tak terfikir dah ape..
10 Things I Love Doing
  1. Online
  2. wat dunno..
  3. Sleep..hibernate mode
  4. blur2
  5. men gem
  6. Kacau orang
  7. google ntah pape
  8. thinking
  9. tido jugak aku suke..pulakk
5 Types of Guys I Adore

A combination of :
1.tidak tahu sapa i adore gile2 tu..

5 Things I Love Doing When I'm EMO
  1. Keep quiet
  2. bengang
  3. telan ubat?
  4. tidur beb..
  5. lupa diri... XD
5 Things I Love Doing When I'm HAPPY
  1. Jalan-jalan
  2. bising2
  3. Online jugek
  4. men gem
  5. Kacau orang~~
10 Ways To Win My Heart
  1. bitches, do not play fool with me.. bad guys, u jerk
  2. Treat me the way I deserve to be treated
  3. ko wat hal..aku wat lagi teruk
5 Things I Wish To Happen
  1. Dapat kad kredit tanpa limit. =D
  2. nak balikmesia..seriousli shit!
  3. wat medic kat tempat lagik best
  4. kembali hang out lepak2 bersama mereka2 yang sangat WANTED!
  5. taknak berenggang ngan buaya..oops!
10 Ridiculous Things I Wish I Can Do Before I Die
  1. bunuh orang yang aku benci
  2. bunuh orang yang wat aku GILA
  3. Hurm...entahla.. kan aku jahat? wat ja ape aku rasa paling jahat aku wat
My Top 10 Most Addicted Song
1. jason mraz- im yours (yes i do..)
2. born to make u happy (im not..sorry dear =( )
3. breath easy ( if i could breath easy.. )
4. matahariku ? (sedihnye...)
5. leaving on a jet plane..
6. something stupid (best2...lagu2 klasik)
7. faraway (yeay true..)
8. genie in the bottle (that's me for sure..)
9. the loneliness (only me know why..)
10. soba ne irune.. (best gile..)

10 Persons I Wish To Tag
SEMUA ORANG YANG TER-BACA BLOG AKU NI!...YE!

akhir kata,

Image Hosted by ImageShack.us
sorry la kad raya tak cantek mane pun.wat sembrono ja. ala kadar. yang penting, SELAMAT HARI RAYA semua. rindu kalian. =(

Friday, September 12, 2008

lamanya tak hapdet!!

salam ukhuwah,

hampir seminggu ke dua minggu gak aku tak hapdet blog ijo nie. malas yang teramat amat malas membuatkan aku sangat malas untuk menghapdet blog ni.(apa mende ayat aku ni?). so far, ape perkembangan terbaru aku selama hampir tiga empat minggu kat medan yang kononnya terchenta ni (OMG not!). simple word for describing single enviroment here is SUCK. aku rasa kat mana-mana pun aku pergi or orang tanye aku pun, i wud prefer to answer first word as SUCK rather than bercerita banyak-banyak pasal medan. apa yang aku belajar kat sini? BANYAK. tak terkira ape aku belajar. tapi brapa peratus yang dok masuk dalam kepale hotak ni? **none**. sedihkan? arrgh shit. nak balik! tapi, entahla the chance is too tipis. susah nak kata pa. pelbagai keluhan dan rintihan kami, macam tak dok sapa yang mendengar.sedihnya! ah, lantaklah!

mehla tengok bilikku.silap! penjaraku!

allright, macam previous blog, aku ada tunjukkan bilik aku masa kat Putra Villas, during premed year kan. so, now, aku tunjukan pula bilikku yang umpama penjara di bumi medan ni. sadly said, no tingkap. tatau pagi petang siang malam hujan ke ribut ke taufan tsunami ke. and, susah bagi aku nak set time bangun pagi! ahaha. bilek yang sangat tatau cemane nak describe and tatau cemane nak cantek2 kan! arrghhh... lihatlah sendirik.



bilekku dari sudut pintubilek.sepahnya lahai

dari sudut tepi pulek..

di atas meja pula..

ni katil ku nan indah.xsecantik mcm kt premed=( .ada boboyotdisitu!

aiza corner okeh.;)

Monday, September 01, 2008

liputan dari medan.chewahh..

salam ukhuwah,

aku menghapdet lagi. tak abis-abis aku ni. kalau kuliah CRP je aku menyilau surfing internet tanpa berpikir panjang dan rase bersalah. lagi mulia aku menyilau dalam tenet kan dari tidur tak dengar mende jadah dorsen bagi lecture kan? ehehe. well, actually, CRP tu stand for Communication Research Program/ more kepada lecture pada pendedahan kepada masalah kesihatan masyarakat.nak-nak masalah masyarakat indonesia. sokong yok Indonesia Sihat 2010! ahaha. Malaysia sihat ga? pastinya sihat dong! ahaha.nak salin lecture dorsen ni kasi macam tak payah kot. yang penting pemahaman dari penulisan.betul tak? len la sabjek biochem ke, chem ke, haa, yang tu kena bagi penumpuan penuh. dahla dalam dialek diorang yang laju gila kalah melayu bicara, dah tu suaranya perlahan, so terpaksa la tarik telinga kedepan.ahaha.yang tak boleh blah sabjek ni, ada satu lecture tu, dia kutuk malaysia kaw-kaw. katanya, malaysia tak maju dan ditanyakan kenapa malaysia tak maju? sesukahatimakbapaklakibini kau saja kata begitu. mengikut statistik kemajuan negara di dunia, malaysia di tangga kedua terbawah dan Indonesia tangga di lebih atas di malaysia.OMG.ahaha. katanya indonesia lebih maju. fine fine. malaysia tak ada van angkut cam indonesia. malaysia ada lrt je, tu yang tak maju tu. (ahahaha.. makan dalam kan?hahaa) ah, peduli hape aku. aku kemari untuk belajar, maka belajar aja. biarla depa nak habaq pa. sendiri turun malaysia la weh nak tau tinggi ke rendah langit malaysia.ahaha.


realiti pelajar malaysia dalam kelas..ahahaa..


suasana dalam kelas cam sekolah-sekolah.tgk kerusi kami, kayu kan? =)

HAPPY BIRTHDAY MY LOVELY LAND OF MALAYSIA!!!
semoga kita hidup dalam aman damai, bersatu padu, up dan terus up, barang-barang murah, shooping fair bertambah-tambah, banyak event best-best, ISLAM terus disanjung tinggi dan famili ku dalam keadaan aman tiada pancaroba ya!

kisah sambutan countdown budak-budak mesia di USU

ni yang nak bercerita ni. sejak p btn, semangat kenegaraan aku kian memuncak maksima. tak boleh blah. apatah lagi sejak duk bumi indonesia ni. lagi memuncak tinggi. rindu yang menggila-gila menggeledak kat bumi terchenta. aduhai...sabtu yang lepas, seperti kebiasaan, student mesia di USU akan wat countdown merdeka eve. tapi, menurut senior last year, taun ni macam tak meriah. yang sgt sedih, tak ramai pun batch first year yg dtg. senior-senior pun tak ramai. aktiviti pun tak berapa nak meriah. just satu ja slide enjet-enjet semut sapa tah senior buat, memang tabik spring lawak gila! nanti ku cuba dapatkan slide tu and upload kat sini untuk tontonan ramai. kalau udah dpt permisinya ya! so far, layankan aja. then esokkan sepatutnya upacara naik bendera kat konsulat. nobody yang pergi. aih. Malaysia oh tanah air ku.. bukan bermaksud untuk aku tidak menghiraukanmu.tapi assignment ngan report nya menggunung, terpaksa ku lupakan seketika aktiviti luar. menjadi tanggungjawab ku kan siapkan semua demi negara terchenta? (chewahh..ahaha)


telur oh telur..turunlah dikau..action dari ospek aritu sape-sape yang telur dia pecah masa ospek..ahaha..


ni jeler yang datang budak 1st year dari ACMS..aiseh..

post tambahan! (abaikan jika tidak berkenaan..)

request dari seorang senior second year ku yang cam best, sempoi dan tangkap lentok. requestnya mahu mencapubkan diri di blog aku. namanya HARIZ ya. sangat hensem, baik, peramah, body TAF, kelakar, ah, semua-semua yang best semua ada pada hariz. hihihi.. sapa-sapa yang mahu berkenalan sama dewa hensem ni (panggilan masa ospek..ehek..) maka, msg sama aku ya... (oit-oit, tak payah bazir-bazir kedit..ni cuma iklan saja..)..


inilah si hariz dewan hensem hitu!! =P (bersama dayang-dayangnya..)

SAYA SANGAT RINDU ORANG di BAWAH ini




**fullstop**



Thursday, August 28, 2008

kisah dari MEDAN..lama tak hapdet weh!

salam ukhuwah,

yesh! akhirnya, setelah genap dua minggu duk kat bumi indonesia ni, baru ler la dapat update blog. aiseh. nak update hari-hari, tak dapek lah. malas nak bawak laptop pi kelas. berat-berat.kat hostel pulak takda internet.ampeh! omong kosong ACMS! aduh.. makanya, idupku ini sekarang dh macam lintang pukang sangatlah membusankan! first day sampai-sampai je kat medan, tengok keadaan hostel. aku dah menangis gila-gila. dah down nak mati. dalam otak ni dah terpikir-pikir sangatlah salah keputusan aku untuk ke indonesia! WTF. tapi selepas muhasabah diri, tepon mak, along,angah, aku pun terpaksa la akur, hidup dalam kegelapan kat medan ni. seminggu ber-OSPEK apa komennya? SUCK! gila ganas, kejam. seminggu ospek FK USU, mulut aku bukan tak henti-henti selawat, tapi tak henti-henti mencarut. cium bumi indonesia? makan nasi dalam masa 4minit? pegang katak dengan tak ada perasaannya? baju ditabur kicap ngan kopi tanpa belas kasihan, makan petai blanded dengan bawang mentah2? peh..dasyat! tak dapat nak terima dek akal aku wat semua tu. tabik spring la. haa, kaki kiJustify Fulltorang ni macam nak tercabut. hari-hari jongkong! tau jongkong? tu, jalan macam itik tu.jauh gila! dari pintu utama sampai pentas pendopor. bayangkanlah cemana. aih. pada saat itu, hati ku selalu memberontak. saya sangat benci USU. tapi, bila muhasabah diri balek, dah rezeki ku disini. Allah tahu yang terbaik untukku. InsyaAllah. Hari terakhir OSPEK, macam pesta mabuk-mabukan. berjalan mengilingi api yang marak, seakan-akan penyembahan api menandakan tamatnya ospek. lepas tu, semuanya seakan-akan lupa diri, berjoget tak ingat dunia atas pentas dan sekeliling pendopor sampai tengah malam. macam konsert! aku hanya menggelengkan kepala. ada anak malaysia yang turut serta. mungkin tidak sedar. Alhamdulillah, kami kembali ke pangkal jalan. dan tersedar. kemudian pulang ke hostel. TIDO sampai kul 3ptg! dasyat kan?

23 Agustus (cheh..skarang ikut bahasa indon sudeh..), kitorang di-OSPEK lagi sekali dengan pelajar-pelajar di MALAYSIA. namanya Majlis Suai Kenal MALAYSIA. tapi, kegilaannya sama seperti OSPEK indonesia. Kami trauma! kami tak mahu lagi cium tanah berdebu indonesia, kami tak mahu jongkong! kami ga bisa jongkong lagi! kami ga mahu makan laju-laju sampai tercekik, mata mengalir air mata rindukan bumi malaysia, kami ga mahu jerit-jerit, kami ga mahu jalan menunduk menyembah dewa dewi.aarrrghhh..!! tapi, ternyata, Alhamudlillah, tabik spring ospek mesia. tak seganas, senyampah ospek fk usu. yang nak mampus kesialannya. cayalah!

minggu kuliah dah start. apa komennya? sangatlah busan. secara keseluruhannya, aku tak faham menda apa yang diajar.betul la cakap kak yan (totinx), belajar dalam bahasa indon ni payah. tak faham. huwaaaaaaa..sangatlah sedih.maka, kami ni perlulah belajr dalam dua medium.english dan indon. belajar dalam english pun merangkak-rangkak, pa lagi belaajr dalam bahasa indon.peh, terasa bodoh gila belajar kt sini. sangatlah homesick! mahu pulang aja ke Malaysia weh! (tenang aiza tenang...harung je.......)

dahla, malas nak type lagi. sekarang ni tengah kuliah community research forum (CRF). aku pun tatau lecture pa ni. amir kat sebelah ni tengah tidur nyenyak sambil guna steteskop aku (mp3). amar and adi pun sama. yang lain2 macam skema ja menulis nota.aku? tulis blog! alaaa..nanti dapat gak notes nya. diambil aja dari budak2 indon yang best ni.tralalala.. nak masukkan gambar terlupa plak bawak digicam. aduh.tak pa la. esok bisa dibawa lagi laptop sama kameranya. mohon permisi dulu. doakan aku tabah di bumi medan ni. hari sabtu ni hari kemerdekaan malaysia. aku nak celebrate dengan semangat gila! baru terasa! aku sangat sangat rindu negara terchenta.oh tidak!!

Tuesday, August 05, 2008

lamanya tak hapdet.macam-macam nak bercerita

salam ukhuwah,

bila last dihapdet blog ku yang si hijau ini? oh, sehari selepas birthday aku. sekali lagi aku ngucapkan tima kasih kepada suma yang wish aku. tak sangka ingat lagi aku ni ye.terharunya! yang mana tak hengat tu, tak fer. ati tak saket pon =P seminggu selepas birthday aku, kerja aku hanyalah goyang kaki saja di rumah. tidak melakukan apa-apa. oh ya. tidak jugak menggoyang kaki. macam-macam gak ku buat.mari ikuti aktiviti seminggu aku buat selama x menghapdet blog ni.

isnin (28 Julai)

hanya menggoyangkan kaki tanpa memikirkan apa-apa nak buek. mak pun naik nyampah tengok aku bersenang lenang saja di rumah. nak disuruh wat kerja rumah. semuanya sudah selesai. nak suruh masak, itu tugas abah. ahaha. so, apa lagi? makan, tidur, main game, online. oh ya. seminggu tu aku asik duk gayut ja. almaklumlah celcom bagi free call seminggu. bergayut saja lah aku. especially dengan yang terchenta. siang malam pagi petang bergayut saja. even dia dalam kelas pon ku kacau juga! =) oh ya, semalam pergi beli baju raya. banyak! mak belikan sudah baju raya. hanya simple dan biasa-biasa saja taun ni memandangkan tak beraya di malaysia. beraya di seberang sana. =( kami tidak boleh balik. senior-senior balik la. huwaaaaa.. nak kemana lah kami ni. setakat di medan tu, sapalah sedara-sedara kami? tema ku tahun ni ialah biru kekelabuan. bukan tema ku. tema kami. aku dan buaya. hikhik.sepatutnya coklat kayu. tapi,memandangkan mata ni kalau dah suka satu dah malas nak suka lain. maka, amek dan bayar saja. mak gak belanja ku beli baju-baju untuk jalan-jalan. tiga pasang semuanya. pusing-pusing pacific bp mall, membeli-belah. habis rm200++ bai sehari tu.Astagfirullah..






baju raya ku tahun ni. =)

selasa(29 Julai)

sama seperti diatas. banyak menghabiskan masa bergayut saja. ya rabbi. kalaulah dikira dengan bil. mesti beratus2. henpon ni tak lekang dik telinga. matilah sel-sel telinga aku.ahaha.

rabu(30Julai)

pergi ke JB untuk amik visa di konsulat jeneral indonesia di ayer molek. sampai-sampai je duk tengok konsulat tu lengang semacam. ampeh, buang minyak, tenaga, kerja dan masa saja p jb. tutup!! rupanya, di indonesia israk dan mikraj adalah cuti umum. maka, aduhai. membazir saja pergi.tapi, nasib baik taklah membazir sangat p jb. selepas kebengangan di pintu pagar konsulat, aku dan abah pergilah ke area stulang sana, amek mak abis kursus. fiuh. nasib baik. dan kemudian balik ke kluang. aih. memenatkan saja.

khamis(31Julai)

program hari ini adalah moh poie maktab terchenta! (terchenta la sangat.suck nak mati sehingga hari ni.oops!) pagi tu, aku bertemu sama teman lama masa kat maktab dulu kat depan bank mak. then kami berdua poie la maktab bersama abah. sampai-sampai maktab, jantung ni dup dap dup dap. aku kembali ke maktab? tidak disangka. ahahaha.masuk ke dalam maktab. aku dan fai tercengang. awatlah semua budak cantik-cantik semat-semat ni. oh, rupanya diorang tengah minggu aktiviti. and bagi form 5, diorang ada mock interview. patutlah cantik semacam. meriah gila maktab masa tu. nampaklah gak pelbagai perubahan pada maktab. yang paling ketara, student-studentnya kecik-kecik renek-renek belaka! ahaha. almaklum, maktab ku kini sudah dipenghuni oleh budak-budak lower form. so total students adalah merangkumi students form1-form5.aiseyman. comel je budak-budak ni. bila aku dan fai lalu je, budak-budak ni bagi salam.ala comelnya. tapi ku tahu, korang-korang sure budak-budak degil. macam kitorang dulu gak!haaha.berjalan ke arah ko-op untuk photostet, terserempak dengan mama homeroom ku, miss fairuz yang sekarang ni sangatlah cantek!! rindu gila miss fairuz. dia pun terkejut aku dah berubah. katanya ku nampak lagi matang and tak sangka amek medic. tauler, dulu aku ni budak nakal (eh, ye ke?ahaha) kemudian, berjumpa lak dengan cikgu math mode dulu. alamak, lupa daa. tapi, aku tetap takkan lupa dia! puan apa eh? astagfirullah. seriusli tak ingat. tapi dia kenal aku lagi! dia cakap ku dulu rajin wat math.ahahah. yelah tu.rajin tidur dalam kelas adalah. kemudian aku pi la ambil sijil. masa nak amik tu, sempat juga memberi sedikit ceramah motivasi kat budak-budak form5 yang sedang menunggu giliran untuk diinterbiu. aku pn dengan sempoinya memberi la sedikit nasihat dan bla.bla kat diorang.ahaha. kononnya dah berjaya la ni? ahaha..geli je.lum lagik! perjalanan masih jauh!. dan kemudian ku melepak di bilik guru. berborak bergurau senda dengan cikgu-cikgu yang ada. terharunya, masih ramai yang mengenali diri ini yang tak la mencapub mana kat maktab. dan mereka amat berbangga dengan pencapaianku. bangganya ku. takpa, ku akan berusaha lagi dengan lebih gigih pasni.chewah! masa mau keluar dari maktab, berhentilah kejap dengan guard house.sangatlah terharu, uncle raja masih mengenaliku! "oh you yang selalu outing every weekend tu kan. where are now? stadi apa?" then, aku pun memberitahula serba serbi. dan dia juga sangat berbangga denganku. uncle raja banyak membantu aku, MEMBOLOSKAN DIRI keluar dari maktab setiap minggu tanpa tandatangan warden.ahahaha. tabik spring la uncle raja! dari muar, kami pun terus ke jb untuk mengambil visa. huh, di konsulat tu semuanya rakyat indon. aku je melayu. sangatlah terserlah keadaan disana menggambarkan nanti aku di medan.ahaha.alhamdulillah visa dah siap. kemudian pulang ke kluang semula!

jumaat (1Ogos)

happy birthday el! semoga panjang umur dan murah rezeki.jangan lupa aiza yang chomel ini tau. el, stay cute okeh.kamu sangat cute dan cumel. jangan diputus persahabatan ketat kita ya! seperti biasa, hari ni tidak berbuat apa. fai lepak saja dirumah ku. malam tu barulah kami bertolak ke batu pahat seperti biasa. every weekend memang sentiasa balik bp. aih, bila lah mak nak bertukar ke bp. busanlah kluang. macam pekan koboi yang mati je. member-member pun takda. aih. =(

sabtu(20g0s)

haa.sabtu memang banyak cerita nak digebangkan kat sini. aku dan fai bertolak dari batupahat ke kolumpo kul .830 pagi naik kkkl.first time duduk tingkat atas bai. sangatlah memeningkan!sumpah pas ni aku tamau dah duduk belah atas kalau naik bas. nak termuntah rasanya.sampai di kolumpo dalam lebih kurang 11.30 pagi.cepat sejam dari dijangkakan. ingatkan, buaya dah tunggu di pudu. rupa-rupanya dia tak sampai lagi. kemudian ku dan fai terus saja ke sogo mencari yati.first time sei jumpe si yat ni. agak berdebar-debar.cheh, mcm jumpa sapa jela.ahaha. bila sampai di sogo, lagi sekali kapla ku pusing-pusing.sesaknya ya rabbi. orang berpusu-pusu ke dalam sogo tu macam semut.mampat gila! ingatkan, sementara tunggu buaya sampai di sogo nak la gak beli belah.tapi setelah tengok orang beratur sangatlah panjang.maka tidaklah tersanggup ku berbelanja.forgetit la.ahaha. kemudian buaya pun sampai. kemudian aku dan buaya memulakan ekspidisi mencari otel untuk buaya tinggal semalaman.pergi la ke area jalan tar.semuanya full. kemudian, kami pun berpatah balik ke sogo mencari fai dan yati. kami pun bergerak ke lrt untuk ke times square. fai pula pulang ke rumah. di times square kami bertiga hanya makan dan solat saja.kemudian kami bertiga pun berusaha dengan gigihnya mencari hotel untuk buaya. semua full. sangat mendukacitakan kami. even times squarenya hotel pun full. aku dah risau. kemana la buaya nak tinggal ni. kesian dia dari jauh semata-mata nak jumpa aku. kemudian kami bertiga bergerak ke bukit bintang. dan akhirnya jumpa gak satu bilik kosong. tapi hotel tu macam reban ayam kata buaya. macam sarang pelacur. dia cakap. bantai je. janji ada bilik untuk menetap.fiuh.first time dalam hidup aku and yati, jejak bukit bintang sendirian! sangat menakutkan! tengok budak-budak liar kat situ. peh. korang ni takada wawasan hidup ke. dengan mata bercelak tebal.yang pompuan jangan cakap lah. dah tak serupa melayu dah. kalau ditanya surah alfatihah, ntah-ntah dah tak ingat dah. nauzubillah. teruknya orang melayu sekarang. ketika tu, aku ngan yat rasa bersyukur gila sebab kami masih anak dara yang berjaya.ahahaha. kemudian, buaya pun menghantar aku dan yat ke cempaka. dan kemudian azirah, kazenku ambikku dan pulang ke rumah makngah. malam tu kami tidak berbuat apa. hana berborak, main puzzle woble ngan yat dan tgk shinchan?ahaha. best gak si yati ni. senang nak masuk. aku pn memang mesra sempoi saja. yat pun jadi senang nak borak ngan aku.ditambah lagi dengan kazen aku yang sempoi tu. cayalah yat! seharian bersama yat. memang best.dan ini pengakuan jujur (tetapi rasa tak sampai ati lak.nanti ko kembang), yelah-yelah, aku ngaku ko cumel.ahahaha..!!! **fullstop**




nilah kawan saya itu. cik YAt (http://www.yatcie.blogspot.com/)

keadaan di bukit bintang ketika kami sampai.fiuh.pack gila.


ahad(3ogos)

pagi ini aku dengan yat split. yat meneruskan misi soppingnya di jalan tar bersama kakaknya. dan aku pergilah ke klcc untuk misi ber'date' dan bersopping techno di pc fair. ahaha. total duit yang aku habis seharian itu ialah? RM500++. kurang dari target aku iaitu aku membajetkan aku habis RM700 hari tu.bijakkan aku berbelanja? aku dan buaya pila pc fair dekat convention center tu. sangatlah padat macam belacan, sardin, apa lagi? semua-semualah. mentang-mentang hari tu hari terakhir. penuh dan mantap gila sesaknya. aku membeli camera NIKON L11 berharga 398 dan mp3 Philips 130.wihuu.. murah-murah. dan kemudian tak tahan dah nak duk lama-lama dalam pc fair tu dan terus keluar dari pc fair dan menuju ke klcc untuk pusing-pusing saja. tak beli pape pun. mahal sangat. takpelah. janji dapat menghabiskan masa sama-sama dengan buaya buat kali terakhir.sedihnya=( dan kemudian kami pun ke sentral mengambil anum yang baru tiba dari perak. kemudian aku dan anum pulang ke rumah, dan buaya pulang ke banting.sedihnya. masa tu, dah tatahan mahu nangis. ku tidak mahu meninggalin dirimu mas! huwaaaaaaaaaaa..malam tu, aku menangis. anum tidur dengan nyenyaknya. menangis kerana sedih. lepas ni tak jumpa lagi.huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..!!


isnin(4ogos)

pre-departure bersama mara. hari ni dapatlah suda agreement yang perlu disetelkan dengan mara.dan kemudian isnin depan perlu ke mara lagi untuk memberikan semula agreement and dapatlah duit poket sebelum berangkat ke medan.aih.banyaknya nak kena setelkan. =( dan pada hari ni. sekali lagi aku sangat sedih.jangan ditanya kenapa. tak mungkin aku menjawab. aku tidak mahu fly.**fullstop**

nota kakik : panjangnya posting kali ni. huhuh..saya sangat sedih sekarang. kerana saya rindukan dia. dan akan rindu sangat-sangatlah rindu nanti. =(

Monday, July 28, 2008

HAPPY BIRTHDAY to ME!

salam ukhuwah,

happy birthday to ME
happy birthday to ME
happy birthday to aiza si chomel chantek belaka
Happy birthday to ME!!!
im 19 right now! tuanya sekarang!!
happy birthday juge kepada syara (ex-mrsm muar) yang juge celebrate birthday hari ni
terima kasih kepada kamu semua yang wish ku selamat hari tua (siut je..ahaha)
jehe, nurul, farhana, eja, hani, mamalin, lisa, safwan, saiful, anum, zeri, amad sharif, sean, piqachu, piqa, akmal, hafiy, akim, wani jandaku,azri, sofiyah, fay,sapik rusia, tengku zam, kak neshi, jenal, ku mimie, uda osmetku, syaq, ika, amir adik nurul,dean, aiman, banyak lagi la! (sorry tak tertulis..tak teringat..since dari kul 12 malam tepat 27 julai sampai tepat 11.59mlm 27 julai ada org wish..ehehe..) oh yeah, yg tepat 11.59 malam tu, mo, tahniah!!
and for sure, thanks to my bebeh, buaya ku(Dr.izzad).. you're the first honey! love you!

Wednesday, July 23, 2008

macam-macam hal la pule

salam ukhuwah,

mukadimahnya dulu

rasanya aku tak anta entry untuk semalam.ye tak? haa..disebabkan bercelarunya otak, tiada 'mood' nak edit blog and terlalu beremosi semalam.hari ni 23 julai 2008. tahniah kepada khai (ex-mrsm muar), firdaus (member group 8 mase btn), nabila uda (skandal zeiree) dan geng-geng UKM-UNPAD yang dijadualkan berlepas ke Bandung, Indonesia hari ini untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang penuntut ilmu disana. entah dah fly ke belum tatau la. aku sempat msg khai tgh hari td.tapi namun tiada sebarang jawapan diberikan. samada sayang kedit nak reply (RM2 bai nak reply maxis ke maxis..eventhoe kat sana.roaming ja mahal) atau pun sedang sibuk dengan persiapan dan apa-apa saja.ke tgh dalam flight ke mana la tau kan? ehehe. now, my turn je tak sampai lagi untuk fly. kalau secara accuarate (betulke eja?) nya, tinggal 15 hari lagi ke medan.lebih kurang dua minggu.TETAPI. sebarang persiapan pun tak da. pendek kata, cuma 10% sahaja.itupun, baru selesai membuat passport semalam. sehingga hari ini tidak mendapat lagi surat dari pihak mara. huwaaa..kenapa la aku diabandonkan ni? sedihnya. cuak gak aku. semua tak sedia. tapi fly lagi 15hari. OMG.


kisah passport semalam


Image Hosted by ImageShack.us

passport baru..wink! wink!




Image Hosted by ImageShack.us
**sebelum**

kesan cop-cop berselerakan di dalam passport lama

Image Hosted by ImageShack.us

**selepas**

bakal dipenuhkan oleh aku dalam masa 5 tahun ni! ahaha.. (ntah-ntah penuh cop balek mesia ja.ahaha..)

selepas meminta jasa baik pihak MARA untuk meng-fax-kan surat tawaran USU, akhirnya dapatla gak aku membuat passport.selagi tak dapat surat tawaran USU semuanya takleh buat. so, semalam bergeraklah aku ke imegresen dan terbuatla aku passport baru.sedih la plak. sebab passport baru tu penuh ngan cop-cop. almaklum, jauh merantau.(poyonya...) ahaha..ni, selak-selak mukasurat belakang suci lagi.tiada kesan cop-cop berselerak sana sini. oh, tidak mengapa. kerana aku ini kaki berjalan. maka akan ku teruskan juga hobi ku tu. kakiku ni memang tak leh senyap.kuat berjalan.insyaAllah, akanku terokai sedalam-dalamnya bumi indonesia tu. tapi, yang penting, akan ku jejak bandung, jogja and jakarta. jakarta tak kisah sangat.dah ada pengalaman. bandung tu. orang kata, heaven of shopping. nak tau gak sejauh mana ke-heaven-annya.ehhe.jogja itu pula orang kata best untuk melancong.entahlah.aih. yang penting tujuan dasar aku ke sana adalah untuk meneruskan pengajian ku dalam bidang kedokteran.itu sampingan saja ya yang berjalan-jalan itu. liburan bisa aja, tapi belajar itu ga gampang. kene fokus! =) (nak ajak dia turun medan nanti before dia fly.. pre-hanimun kat danau toba..leh kan cyg?=P)


apa aku buat hari ni?


Image Hosted by ImageShack.us

maggie sedap bersama air orange juice k4.ehek.. CAUTION! ibuk-ibuk bapak-bapak, boca cilik, kakek-kakek sekalian, ga boleh makan meggie selalu ya!! bisa mudarat jatuh sakit nanti!

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
dua produk utama meggie di indon ye..

makan meggie goreng sedap!
(kena biasakan ni. mee goreng sedap! and indomie bakal menjadi maggie rasmi aku kat indon kang..ahaha)


men dota?pandai ke?

Image Hosted by ImageShack.us


(haa.selama cuti ni aku mendalami ilmu dota.buat saja-saja.alang-alang tahu main, baik main sampai tere kan? sifu ku adalah si azraf a.k.a tuah, ex-classmate aku mase kat maktab lu. tabik ko la sensei! nanti bolehlah aku berdota ngan budak-budak kolej aku yang kejenya tak abis-abis berdota saja. yahuu! tapi, aku tak bersedia nak lawan ko la harriz(senior 2nd year). mcm tere gila je? ahaha.. )

rindu asam pedas!!


(nanti dah kat indon, takdelah harapan nak makan asam pedas tiap-tiap ari. nak makan sebulan sekali pun macam payah je.aku ni dahla antu asam pedas.payahla idup aku. di indon, perlulah aku menyesuaikan diri dengan makanan-makanan yang ala-ala ntahla. pernah la gak rasa certain lauk indonesia ni masa pi rumah bibik aku kat surabaya dulu.apa tah nama kampung dia.lupa dah aku.semua cam pelik-pelik. bakso, mee jawa, pecel. ohho.ni jela kot selera aku boleh terima.ha, lagi satu, abc dia yang sangatlah sedap bersama air buah kelapa nya! fiuh...seger gitu deh!)


sangat rindu la!


SAYA RINDU okeh?
***fullstop***

Thursday, July 17, 2008

heppy birthday!

salam ukhuwah,

HAPPY BIRTHDAY AKMAL!
(aku nak upload gambar asik failed je..panas tul..)


best friend ever had! =)


PERASAAN hari ni?
SAYA SANGAT SEDIH dan SEDIH SANGAT-SANGAT SAYA
20 hari lagi menuju jauh dari yg terchenta
saya TAK SANGGUP
saya tak kuat
biarlah orang cakap saya ni gembeng, anak mak bla..bla..
kalau awak fly mak tak hantar kat airport? orang tersayang tak ada kat airport?
larat ke awak nak fly?
SANGGUP KE?
***itu yang difikirkan oleh saya..***
SANGAT SEDIH


nota kaki : saya sangat sayang Dr.Muhammad Izzad Izhar. tapi saya tidak pernah menyatakannya terang-terangan. saya tidak pernah berterus-terang. saya tidak pernah anggap dia ada disisi saya. saya simpan dia dari orang ramai. sbab saya tamau orang lain terhegeh-hegeh kat dia.ahaha..sayang sangat!

Wednesday, July 16, 2008

banyaknya nak bercerita!

salam ukhuwah,

hampir seminggu tak ber-blog kan? menyibukkan diri dengan macam-macam agenda.chewah, bajet macam PM malaysia. Fiuh, akhirnya..pulang juga aku kluang selepas 5 hari ber-btn. i expected the worst about BTN but actually it was really great. BEST GILA! tatau nak kata apa! memandangkan macam-macam aku nak bercerita kat sini, so, aku kelaskanlah kepada beberapa topik.mudah sikit nak membacanya.ye tak?

BTN tak ngeri.tapi best !

10 July- Khamis

10-14 hb berkampung dengan Kem Bina Negara Meru bersama keluarga dan adik beradik baru. seramai 150 orang peserta merangkumi batch aku (ACMS da best), KTT-Mesir, UKM-Unpad dan UKM-Mesir. Budak-budak Mesir ni junior-junior belaka. just batch ku dengan UKM-Unpad saja yang seniors. sama baya. kitorang berkumpul dengan masjid negara pukul 2 petang. kami tiba di mesjid tepat-tepat pukul 2ptg gara-gara angah bawak keta lepak saja. bak kata angah, janji melayu mesti lambat setengah jam.betullah tekaan angah.kitorang kul 3 baru bergerak ke kem KBN Meru,Klang dengan menaiki bas sekolah. hanya kami dan batch ukm-unpad je yang ada.tak ramai mana pun. tak sampai seratus. sampai kat kem lebih kurang kul 4.30petang. sampai-sampai je disuruh berkumpul kat dewan wawasan. kami diberikan taklimat pengenalan oleh Pak Rani. nampak garang orangnya tapi actually lawak gila-gila. bebelan dia yang buat diri dia sophisticated.ahahaha.. kelakar.ayat dia "jangan main-main ko" wat aku rindu kt Pak Rani. He's a good father in kem! sangat best.mcm-mcm la lawak dia memang terburai perut duk gelak. then, setengah jam kemudian, datanglah segroup budak-budak dari KTT berpakaian serba kuning. wuu.. macam hari sukan. then, kemudian datang lagi sekumpulan dari ukm-mesir. so, total peserta 150. aku and geng seramai 8 orang disebilikkan di Magma 1. sepatutnya Magma ni dorm lelaki. but then, dijadikan dorm pompuan. dorm lelaki kat belah atas. tu yang membuatkan budak-budak laki slalu lambat berkumpul kat dewan wawasan ngan padang kawad.ahaha..Pak Rani slalu bebel budak-budak lelaki lembab and lembik.sian diorang.ahaha. duk kat btn ni kena punctual. setiap kali nak buat activity diorang kasik masa untuk bersiap 10 -15 minit ja. apa lagi kelam kelibut aku and member-member len. ACMS kan lepak je bebudaknya.sekali kelam kabut cam ni..tak macam lintang pukang.ahaha.. petang tu kitorang makan ikut group. kitorang tak ditubuhkan group lagi. so, makan dalam satu kumpulan 14 org semua budak ACMS pompuan kecuali dua orang dari UKM-Unpad.malam tu dh start kuliah. pembentangan kertas kerja pertama tajuk tanah air. fiuh..ngantuknya. tapi seronok ( you know what, i love history and political so much act..=) malam tu serba itam putih. bila tengok balik macam kat skolah.seronok! then kul 1 baru tido.penatnya kulia sampai 11.45malam.adeh..

11 July-Jumaat

kul 5 pagi kitorang bangun. rasa cam awal.tapi bagi budak-budak lain lambat kot? aku tgk budak-budak lain ada kul 4 dah bangun.gila. aku, mamalin, lisa gmah tak mcm 5.30 baru nak bangun.ahaha. pagi tu kitorang di ajar basic kawad. dah lama gila tak kawad. terkial-kial gak. teringat masa zaman kt maktab dulu. join PBSM. tak ingat dh sapa yg ajar kawad masa kt makta dulu. tapi dia sgt tegas tapi caring. kalau tanya Khai mesti dia ingat sapa.oh ye, Khai, my ex-skulmet and ex-pbsmers maktab pn ada masa kt btn. dia budak UKM-Unpad. pastu kitorang berkawad p dewan makan.lawak-lawak. kami ada masa 15 minit je nak makan, nak bersiap-siap pi kuliah kt dewan wawasan. kelam kelibut. nasib baik dh mandi. baju pn dh bergosok. kul 8 dh start kuliah.pembentangan kertas kerja kedua tajuk dia rakyat ke kerajaan. tak ingat. tajuk kerajaan agak best tapi rakyat agak busan sebab banyak statistik. kali ini, kami duduk di belakang skali. di belakang budak-budak laki. ngantuk gila tatau nak cakap pa.sekali-sekali tu tertido gak. tak pun kitorang main bingo ramai-ramai kat belakang.ahaha. aku, lisa and ain ghazali duk tekan-tekan calculator wat soalan seleksi unhas. ahaha.. pi btn setadi sei. petang tu ada tragedi. dimana petang tu kitorang ada acara or aktiviti kecergasan. akibat kecuaian aku, ain jatuh atas tar and lebam pala. agak bengong-bengong si ain masa tu.aku dah cuak gila! Kak Umi, Pak Meon and Pak Rani dah psycho2 je aku and ain failed BTN.kena datang balik btn 17hb ni.huwaaa..tak mahu weh pi dua kali!!ini semua angkara aku. aih..cuai-cuai.cemana nak jadik doktor yang selamat ni? huwaaa...tak macam semua orang pandang slek kat aku.malu! malam tu kitorang dah tak ada pembentangan kertas kerja lagi. finish!! malam tu kitorang dibahagi-bahagikan kumpulan LDK.before that kitorang ada aktiviti keanak-anakkan. terasa macam budak-budak sekolah.seronok. yang tak boleh blah kitorang kena tutup mata dan bayangkan kita sebagai conductor orkestra.mcm2 gaya ada. lawak la gak. fressi-fressi amek video.memang malu.tapi memandangkan semua sempoi, aku sempoi saja.layankan saja. then kami diberikan kepada beberapa kumpulan. i was in Group 8. fresi kitorang Encik Aziz (Tok Ji) ngan Encik Nazri. Kebetulan, satu kumpulan dengan akmal (cheh..muka dia lagi) and Gmah and Ustaz pun satu group ngan aku. budak dua ni memang takleh dipisahkan.ahaha..makan semua dalam kumpulan 8. bergerak ke mana-mana pun dalam kumpulan 8. and dengan desperately and terkepaksaan, akmal dilantik menjadi ketua kumpulan.ahaha.. ahli-ahli lain group aku, shafiyyah (junior maktab ku..), sapa tah namanya budak cam ego sket ni..lupa dah, farhan, sorang lagi budak PC tak ingat namanya, hanief, firdaus (menjadi rebutan aku ngan gmah..ahahaa), hanis, aizad batch aku and sapa lagi? oh ya..aina budak batch gak. so total, 6 orang budak ACMS, 1 budak UKM-Unpad, yang lain semua KTT-Mesir.kitorang 13orang kesemuanya.

p/s oh ya, happy belated birthday my eldest sista, Dr. Sheerine =) dh tua! 30 taun!


12 July- Sabtu

pagi-pagi bangun sedih.hari ni kenduri potong jambul Irsyad & Ikmal. mesti ramai orang kat rumah. dengan sedara mara nya yang berduyun-duyun mesti meriah. aku ja takda. mak kata, kenduri ni pun diadakan sebagai kenduri kesyukuran aku nak berangkat ke indon, and kesyukuran akhirnya hajat and cita-citaku hampir la nak berjaya. aih.sedih.tak penah expect pula kena berkampung kt btn ni padahal pasal kenduri tu aku yang paling beria. pagi ni, macam biasa sesi riadah. giliran aku pula luka kat badan. kalau ain luka kat kepala, aku luka kat lutut. itupun sebab terjatuh atas tar yang tajam gila sewaktu bergelut dengan ijad berlawan tolak-tolak. teruk gak la luka. mula-mula tak rasa sakit. sekali buka seluar, darah meleleh-leleh kt lutut.aih. jalan terhenjut-henjut. giliran ain pula yang membedah dan operasi menyelamat aku. kalau semalam aku yang bertugas OT, kini ain pula.ahaha.. terasa macam doktor pulak. padahal first aid je! :P seharian hari sabtu ni duk dalam LDK discussion je. ngantuk gila tak boleh nak kata pa! macam-macam yang dibincangkan. especially pasal kontrak sosial and ketuanan melayu. melalui perbincangan ni, membuka minda aku untuk melihat sejauh mana kebenaran sistem pentadbiran negara and apa dh jadi kt negara kite sejak akhir-akhir ni. selama ni baca paper ruangan hiburan je, bahagian front page and politik tak amek kesah pun.tp sekarang, ku sedar. politik penting and aku bercita-cita plak nak join politik. (pulak dah..) ngantuk gila la. aku banyak kali terlelap masa perbincangan. ahaha. mata dah berair2. especially waktu petang. waktu petang plak ada sesi menguji keberanian. flying fox. Nod dengan berani nya naik. tahniah nod!! budak-budak batch aku especiallynya, macam-macam gaya dibuatnya. ntah pape. tapi seronok tgk. berbanding ngan budak-budak dari kolej lain. diorang cam pasif je. kitorang ni paling mecapub. memekak sana sini. even, organisasi ajk untuk btn kali ni pun dikonker dari atas sampai bawah 80% budak-budak acms.ahhaha.. memang gila kuasa. tp best! malangnya, group aku, group 8 sampai 12 tak berkesempatan nak wat flying fox. ni la saat2 aku tunggu..tapi tak sempat katanya sambung esok. tp esok diganti dengan kembara.pun tak sempat gak ..sedih =(

13July-Ahad

sambung dengan LDK. hari terakhir. yes! tapi apapun, ngantuk gila. mata ni tak sanggup nak tido masa LDK.tgk Tok ji ngan Encik Nazri beria-ia bercerita pasal sejarah, politik and blah-blah semata-mata nak membuka minda budak-budak muda ni menjadikan aku tak sampai ati nak tido (padahal..dah terlelap banyak kali dah..ahaha). akhirnya sesi petang pukul 2-4 adalah sesi LDK terakhir. dan sekali lagi Tok Ji and Encik Nazri menegaskan kepentingan Perkara 153. Ye, aku sebagai salah seorang yang bertanggungjawab akan menjaga hak-hak ketuanan melayu. takkan hilang melayu di dunia. bukalah mata budak-budak btn oittt..(aku juga begitu!) petang tu, kami diarahkan untuk berkembara. loh, cemana nak kembara ni? kasut aku dh nazak gila-gila! Bila-bila masa ja leh tercabut tapaknya.tapi kerana semangat team (chewah..) pi gak kembara. hujan lak tu.lebat! tanah licin.dah la memanjat bukit. fiuh penat gila. pacat jangan cerita la. memang melambak. semua orang kena gigit.aku tak? (well..special nya aku?ahaha..) ketika pertengahan jalan aku terjatuh. ntah brapa kali aku jatuh. tapi kali ni jatuh, kasut aku tak dpt diselamatkan lagi. tapak tanggal sudah. maka, kuatkan hati saja berjalan tanpa tapak kasut. geli sei. rasa lembik-lembik tanah lumpur..euui.. dan kerana takda geseran tapak kasut. aku kerap gila jatuh. and paling ngeri ialah jatuh sliding dengan terkangkang dan terhenti terlanggar kaki akmal. erk! aku terdiam.sakit syial! rosak sistem pembiakan aku. mujurlah aku mendarat kat batang kaki akmal. fiuh.nasib baik.kalau kena batang pokok blakang akmal tu? tak ke pecah dara aku dibuatnya? since dari tu.dah tak berdaya nak jalan.dengan tanpa tapak kasut.geli gelemaan and sakit gila kat tutt..OMG memanglah dasat. asik jatuh saja aku. lciin gila.malu malu. dengar citer trek kembara ada lalu tempat pembunuhan altantuya. tak nampak pun? ntahla mana. and then, kami keluar dari utan macam orang sakai baju kotor gila berlumpur. dah tak tahan dah jalan ngan kasut koyak rabak macam tu. lalu aku berkaki ayam saja pulang ke kem. sampai-sampai kat kem. kaki krem. penatnya. macam nak tercabut dah kaki. ahaha.. sepatutnya petang tu sambung dengan flying fox. tapi memandangkan ujan...tak dapek la.sedih-sedih.balek-balek budak-budak lain dok sibuk cabut pacat. berdarah meleleh-leleh sana sini. dan kasut aku yang koyak rabak dan stokin yang memang berlumpur tu terus dibuang saja dalam tong sampah tanpa berfikir panjang. terlupa lak nak amek gambar kenang-kenangan.ahaha. semua orang yang lalu trek kembara jumpa tapak kasut aku. femesnya tapak kasut aku. bak kata kusut a.k.a farish, hoi, tak baik buang sampah merata-rata dalam utan.ahahah..malam tu sesi terakhir LDK.persembahan lagu-lagu patriotik. eventhoe kalah, group aku mempersembahkan persembahan yang menarik dan mendapat pujian. then, sekali lagi kami diberi pendedahan dengan keperitan rakyat iraq mengharungi ari-ari perang di negara mereka dan keganasan yang berlaku di malaysia. dalam gelap-gelap ala-ala wayang tu, aku menangis. tak dapat bayangkan kalau malaysia macam iraq. sedang aku belajar kt luar negara, famili di mesia berdepan dengan kematian perang. sanggup ke kita semua macam tu? oh shit.. tidak mungkin! selisih je..sedih..memang memberi kesedaran btn ni pada aku. biarlah orang lain rasa btn ni sia-sia atau buang masa. pada aku, memberi aku 1000 kesedaran bagi aku terhadap tanggungjawab aku bukan saje untuk mak abah..tapi negara..aih..malam tu lepas aktiviti, semua orang stay up sebab esoknya exam. aku? bantai tido saja sampai pagi.ahaha..tak baca apa pun. hanya mengharapkan keupayaan otakku je berfungsi dengan baik esok untuk menjwb dengan baik.

14 July-Isnin

pagi ni test. soalan dia mudah-mudah tapi cam tricky gak la jawapan nya.tenang saja aku menjawab. biarlah. aku hanya jawab ikut logik. insyaallah lulus. then, upacara penangguhan majlis btn bagi group aku. dalam kul 4 lebih barulah bas dari MARA sampai nak amek kitorang budak-budak ACMS ngan UKM-Unpad. budak-budak ktt and UKM-Mesir dah balik awal dah. kitorang yang terakhir.sampai-sampai kat pejabat MARA ujan lebat. macam rusa masuk kampung lak kitorang. turun dari bas. dengan ujan lebat-lebat tu terus lintas jalan dengan beg-beg beso menuju ke pejabat mara. sian budak-budak ni.macam budak kampung pi bando.ahahaha.. taklimat ringkas je pasal surat aggreement mara. ingatkan leh la trus dapat. kata puan wahida tak siap lagi. maka pulang saja. masa ni, kaki dah macam nak tercabut.dh takda skru dah. sempat lepak kat sogo jap.sambar dua helai baju.ahahah.. sogo tengah sale besar-besaran. rambang mata weh!! malam tu, sampai-sampai kat rumah terus tido..tak sedar diri. sedar-sedar dah kul 5.30 pagi. bersedia nak pi embassy Indonesia. Zila exam selection test UNHAS pula.


15 July- Selasa

Zila exam selection test UNHAS & Interview di EMBASSY INDONESIA

aku and hakim pi Mid Valley sementara nunggu diorang exam

tengok cerita Journey to The Centre of The Earth

kesimpulan? BEST GILA! kalau tengok 3D mesti best gila! 4/5 star!!

petang pulak tengok HELLBOY II

kesimpulan? BEST GILA!!! 4/5 star!!

SAYA SANGAT PENAT SEHARIAN 15 JULAI 2008!

tapi happy sangat-sangat

HEPI BELATED BIRTHDAY KAWAN VETERAN SYAZ! di UiTM Melaka!


Wednesday, July 09, 2008

new look of me ?

salam ukhuwah,





Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us


NEW LOOK of ME
(macam lagi buruk je? ada kata macam betty..ada kata macam beast.huwaa.!!)
AKU TAKUT PERGI BTN.NGERI !!! AKU TAMAU P BTN! Huwaaa!!!
***away to BTN for a week..!***

Monday, July 07, 2008

hari.ini.serabut

salam ukhuwah,

hari ini sangat serabut
kolej ter'chenta' wat aku serabut
BTN KHAMIS ni ye
OMG
tak suka BTN BTN ni..sangatlah haduhh..
BTN di KLANG bukan di GHEMBAU yang diheboh-hebohkan!
tapi hati ini sangat saket tahu!
(kolej terchenta slalu bagitau last minit...wat keje last minit..aku kelam kabut tau tak!)
haduhhhhhhhhh... !!
then..
program nye begini ya
esok buat SEPEK baru! (nak pakai spek gaya ape ye?)
esok beli tiket ke KOLUMPO..dua orang bersama atul
hari RABU pergi KOLUMPO
petang amek ZILA kat SENTRAL
8.30 PAGI berkumpul di MASJID NEGARA
(janganla diorang anta naik trak..selisih je..buruknya..huwaa..)
BTN 10-14 JULAI!
15HB teman AZILA selection test UNHAS dekat kedutaan indonesia
hari RABU balek KLUANG!
walaubagaimanapun,aku sebenarnya tanak fly! kalau la duit melambak. mau saja duk kat uni local je..huwaaaaaaa..
nota kakik : tak sanggup berpisah dengan dia =( kawen jela senang? ahahah..bengong aiza..dia pun fly gak nanti! lagi jauh..oh tidakkkkkkkkkkkkkk..bila dua-dua nak jadik dokter niii.. cepat-cepatlah abes belajarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...(desperatenya aku..ahaha)


first time in blog : sayang, wani tanak fly..please....nak belajar local.. tamooo.. takut..ngeri.. oh tidakkk..!! bila kita nak jadik doktor ni? =( nk itot pi oversea sana!! =(

Sunday, July 06, 2008

cerita hari ini.dan semalam

salam ukhuwah,

semalamnya cerita

aku baru saja sampai dari perjalanan yang panjang penang-batu pahat pagi semalam dalam lebih kurang 7.30 pagi. sangat memenatkan! paling aku tidak suka naik bas untuk perjalanan panjang. pastinya, backpain aku yang aku alami akan berdenyut-denyut sakit.aih.sepatutnya aku pulang khamis malam ke kluang. tapi mengalami satu masalah yang sama seperti yang aku dan zila alami sewaktu pulang ke kluang dulu. wadepak . bas KEJORA Penang-Kluang memang telah banned oleh aku dan dihumban masuk dalam blacklist hidup aku. and paling geram aku kat brother yang handle bas ni. i mean yang aturkan tiket. kononnya kata bas ni terus ke kluang. rupa-rupanya dia tinggalkan aku kat ayer itam, kemudian di hantar menggunakan taxi ke kluang. abes, kalau ade org bawak lari aku, rogol, bunuh? sapa yang susah nanti? kurang hajau. lagi satu, suka-suka kata aku tarak otak, tak sekolah, lembab, bodoh.. hoi org gila, aku menetap kat penang ni sebab belajo tinggi-tinggi tau tak. sapa yang bodoh tahnya. cermin diri la weh. geram. katanya bas akan berhenti/tunggu di tempat2 bas berhenti.tapi, bas berhenti kat kaunter ujung sana. jenuh aku jalan hangkut 4 beg dari ujung ke ujung. memang mencarut. aku siap ugut, kalau tak boleh refund, memanglah ku report saja pada polis. nah kau. main-main sama aku. kurang ajar. nak bisnes buatlah cam bisnes. geram!


sampai-sampai saja di batu pahat, hati sangat-sangatlah lega. back to where i from! then, kul 10 bergerak ke rumah nurul.kemudian ke summit bergembira bersama SAHABAT KETAT yang paling ku sayang- nurul, emilia, saiful, safwan. and oops.. mestilah ada buaya kan? =) memang gila seharian tu. asyik kena sakat oleh safwan and saiful. yang paling sadis, buaya skali menyakat aku. kurang hajau budak-budak ni. persoalan disini, rendah ke aku? huwaaaaa.. kenapa aku tak tinggi-tinggi ar? tak cukup tinggi ke kalau 153cm tu?? kami juga menonton semalam. WANTED. respons? BEST GILA! 4/5 bintang aku kasi. memang layan habis. seronok gila and puas hati. cerita macam ni la aku suka. action. ni tak. melarat-larat jiwangnya. suam-suam ni. tak minat haku. (sorry nashrex, tidak ada unsur-unsur nak kata sepi tak best! =P). unfortunately, aku tak berapa sihat ari tu. mungkin sebab kepenatan tak hilang lagi. asyik terasa nak tumbang je sepanjang jalan-jalan kat samit semalam. rasa nak muntah pun iye juga.(im not pregnant hokeh.!) mujurlah ada buaya disamping. aman dunia..***tersenyum lebar***. oh ya, aku sempat rembat sehelai baju yang sangat shantek. warna pink! comel sangat! murah je. mana mampu mahal-mahal ni.aduhai-aduhai


and kemudian, malam? aku demam! panas! pening pala yang amat sangat. kepala ni keras macam batu. terasa macam nak hentak-hentak saja di dinding. di tambah lagi backpain yang menusuk. oh tidak.smalam memang longlai..

cerita hari ini

HAPPY BIRTHDAY, MAMALIN!!!
Image Hosted by ImageShack.us

hari ni berday salah sorang ahli zuma6. mamalin yang best. selamat membesar mamalin.

okeh, hari ni bangun-bangun saja aku terhuyung-hayang.it means, low blood pressure. kompem bawah 80/120. well, im hypotension person. dahlah pening pala. nak bangun pun tak larat. laptop dari semalam terbuka dekat screen penuh dengan msg-msg ym. maaflah kawan-kawan tidak dapat mereply.saya sangat sick hari ni. pagi-pagi bersiap-siap mengemas rumah walaupun agak tidak sihat.menolong mak ku terchenta.semenjak dua menjak bibik ku tidak pulang-pulang dari indon (dah kawen agaknya..) mak la yang uruskan umah. nak arapkan adik aku yang sorang tu.takde maknenya.sian mak. bersusah-payah kat rumah.tak sampai ati nak tengok mak uruskan rumah. sejak bibik takda ni, mak selalu nampak letih, tak ceria. balik kerja muka penat. kalau dulu, bibik ada, balik kerja boleh urut-urut, relax-relax depan tv. ni dah tak ada tukang urut. aih. mak banyak susah-susah membesarkan kitorang empat orang sampai jadik besar cam ni ha.(along ngan angah diorang special- besar badan skali..ahahaha). seperti biasa, hari ni ahad. ahad hari pulang ke kluang. dalam bersiap-siap nak balik tadi aku dikejutkan dengan berita gempar result usu dah keluar.oh tidak. berjaya kah aku? ah lantaklah..

sekali lagi mendapat panggilan dari kolej. en.najib menyuruh meneka. ada lima tempat kosong. gagal ke? lulus ke? aku hanya menjawab. ye saya GAGAL.saya tahu.saya sangat suka kalau saya gagal USU. ah, malasnya nak bercerita begini. ni sedikit sedutan perbualan:

en.najib : hello, saya En.Najib dari ACMS penang. boleh saya bercakap dengan cik Shazwani Aiza Mohd Tahar?

si chantek : sayalah orangnya en.najib.kannapa?result usu dah keluarkan. saya bagaimana encik najib? failed kan?

en.najib: jawapannya, kita tunggu iklan selepas ini. (perbualan terdiam beberapa saat..lama gila..bengang aku..ahaha)

en.najib : cuba awak teka, awak lulus ke gagal. ada lima ruang kosong.

si chantek : saya gagal kan en.najib?

en.najib : oh salah. dimulakan dengan L

si chantek : LULUS? oh tidak!! tak mahu pi usu! arrghh..!!

en.najib : laa..awak taknak pi usu

si chantek : ye saya tak nak.saya nak pi trisakti en.najib. tak boleh ke kalau nak tukar-tukar

en.najib : mana boleh.suka-sukati ati awak aja. kan dh kena pi usu.usu la jawabnya lepas ni. awak budak mara kan. ni saya nak bitau, 10hb ni, berkumpul di masjid negara untuk awaknya btn.

si chantek : hah? 10hb? this week? btn? bukan 28 ke en.najib?

en.najib : dah diawalkan. pergi sajalah ye. oh ya, sebelum awak pergi btn tu. silalah hantar borang noc awak tu. lepas tu take note benda-benda ni. nak dihantar ke usu. 2 salinan kad pengenalan, surat beranak, slip spm, benti skolah, ... (apa tah lagi..aku pun tak ingat..ahaha)

si chantek : laa cek najib. passport pun saya tak buat lagi. macam mana ni?

en.najib : kenapa awak tak buat lagi. haa, pergilah buat esok. apa nak tunggu lagi.

si chantek : abah tak kasik kalau takde surat tawaran nanti kena bayar 150. boleh ke guna surat mara je en.najib?

en.najib : cuba je. saya tak boleh keluarkan surat lagi. jangan lupa ya hantar.nanti susah saya nak carik awak kat kem btn nanti. apa-apa pun, tahniah ke usu.

si chantek : tahniah? yelah2.. terima kasih ye en.najib

haa..itulah sedutan perbualan aku yang agak bising enviormentnya apabila angah dan abah pula rancak berbual.ketika itu kami di dalam kereta. sadisnya dpt usu. pada masa yang sama suka.ahaha. takpala.usu pun usu la. janji dapat jadi doktor lagi 5 tahun.itu penting.lagipun, duk indon 3 tahun je pastuh kembali ke penang. lepas tiga tahun ada surprise.yeay yeay!!

dahlah, malas nak menaip. esok nak kena pi wat passport besama anum. kemudian mahu liburan dan lepak2 bersama anum. nak lepak menda kat kluang ni? menonton la jawabnya esok.yeay!

Thursday, July 03, 2008

emosi menggelodak

Salam Ukhuwah,

Image Hosted by ImageShack.us



shaye sangat SEDIH hari ni

shaye sangat DOWN

shaye sangat DISAPPOINTED

shaye GIVE UP macam ni

tapi shaye bukan PENGALAH

dan tidak mungkin mengalah

saya sangat SEDIH

SEDIH + KICIWA + MARAH + GERAM

tapi apa boleh saya LAKUKAN?

TABAH..TEKAD..REDHA...

(aiza boleh, jangan ditangisi benda dah lepas. aiza kan seorang yang kuat. aiza boleh.. InsyaAllah, lebih bertambah baik...Be strong, girl..think of yourself..i know you can do it..)


"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan."
(Surah Al-Nahl-53)


"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan."
(Surah Al-Taghabun-11)


Nota kaki : hari ni balik ke Kluang, esok pagi sampai. Then, bermulalah hari-hari busan aku macam lepas SPM dulu. oh mine..

Wednesday, July 02, 2008

kembali mem-blog-in!

salam ukhuwah,


Image Hosted by ImageShack.us

setelah berabad-abad lamanya tak hapdet blog, kini aku kembali dengan nafas kesegaran baru. ceh, awal-awal mesti semangat nak menghapdet, kang lama-lama blog ni seakan-akan tidak bertuan lagi. ni pun gara-gara kebusanan yang terlampau sejak memulakan 'bulan pengangguran' selama sebulan setengah sebelum berangkat ke seberang laut. hari ni 2 Julai. ulangtahun yang pertama intake premed batch aku ke ACMS. kalau nak dicerita balik pengalaman hari pertama kat ACMS, memangla penuh satu entry post kali ni. malas nak bercerita perkara yang lama. let gone be by gone (eh betul ke??). Di akhir-akhir riwayatku kat ACMS macam-macam telah berlaku yang mengukir sejarah dan pengalaman dalam hidup aku. and pastinya tak mungkin dilupakan. 3 sem kat ACMS pada mulanya rasa macam bertahun-tahun lamanya. tetapi, setelah program hampir tamat, macam pendek pula jangka masanya.ikhs..ikhs..rindu semua! eh, apa sedih-sedih ni. tak style la bai! hari ini seperti hari-hari yang lepas, aku dok menanguk depan laptop je sepanjang hari. tak pun, tengok tv. duk kat rumah kakak aku di bukit mertajam ni, kalau pagi pastinya bukak saluran indon tu jela. apa namanya? ARUNA eh? yang channel 121 tu. (aku pun macam totinx, tak tau no astro yang baru.. dok tekan next next next je kalau nak tukar2 siaran..ahahaha..goblok bangat guwe..almaklum, mana da astro kat putra villa..nak tgk astro pi lot10 la dei). kang, lepas kul 12, si debab dan kudut pulang dari sekolah tadika, tv beralih ke channel ceria. tak mungkin aku dpt konker remote! arrghh.. nasib baik ada laptop. dari men-men friendster, ke blog, ke lelong.com.my ke godak-godak folder, games dan dota! tu jelah kerja aku. macam takda keje lain. (memang tak ada pun). busannya!

Reminiscence Night - A walk to embrace
(Annual Dinner Premedical Batch 0708)

alhamdulillah, lepas macam-macam pergelutan, permasalahan, pertelingkahan, perbicaraan dan per-an yang lain, akhirnya majlis gilang-gemilang yang paling up dalam aktiviti budak-budak premed berjaya dijalankan. siapa yang menjayakan? of courselah teman-teman MPP yang bagus-bagus belaka (cheh..kipas..kipas..) aku sebagai projek manager (nak up nama..) rasa berbangga la, akhirnya dinner yang pada mulanya memang tak nampak bayang-bayang..akhirnya berjaya jugak diadakan. Majlis yang memakan sejumlah duit yang banyak hasil kutipan dari student dan sponsorhip ini diadakan di Sunway Hotel, Seberang Jaya. Memang class hotel ni. Layanan first class, makanan pun sedap bangat.aku siap ratah macam tu je lauk kicap ape tah. bantai. ilang protokol.ahaha. just cuma tak brapa nak sedap didengar PA system dia. masa karoke diadakan, suara akmal and tajul agak pecah disitu ye. pada mulanya, ingatkan memang suara mereka tidak sedap, tapi rupanya, memang salah PA system..maafkan ku ye tajul and akmal.(memang tak sedap pon!ahaha..) ramai jugak guest yang datang malam tu. eventhoe agak kalut pada awalnya masa majlis tu dimulakan tapi alhamdulillah, keterean dan kepro-an anum dan aizad menghandle majlis, majlis kembali berjalan lancar.fiuhh..just masa aku bagi speech tonggang terbalik. nervouse+cuak+takut+rushing+penat+blur+malu. ahahahaha.. ntah pape la aku. oh ya, sensei ethics, Dato' TJ karaoke malam tu sedap gila! nila beberapa gambar yang larat di upload dalam blog..tak larat aku bai nak upload semua.internet pun cam senak-senak kat rumah kak aku ni.



Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us




Pangkor Trip MPP & BOD

Image Hosted by ImageShack.us



lepas dah penat-penat bergembira di malam annual dinner tu, pada hari keesokannya MPP bersama BOD (board of director-'tulang belakang' setiap exco..ehek..) bercuti-cuti dan bersantai-santai di pulau pangkor. seramai 18 org semuanya.. memang seronok.tapi, macam biasa.pagi-pagi dah ada problem. dua group datang lambat ke jeti. aku, akmal, dja and anum dah blur-blur.pakcik bas dah mengamuk.hanya memberikan masa 5minit sahaja lagi.kalau tak bas gerak! kitorang yang dh kt jeti ni, nak naik bas pun tak boleh. tiket pada mereka.kami hanya mampu pasrah saja.muka dah blur-blur.tawar hati nak pi trip.ahaha.dja pulak kelam kelibut, muka sesen pun tak laku, purse ngan camera hilang kt rumah.xbawak.ahaha.macam-macam hal. di pangkor, macam-macam aktiviti kitorang buat, berlari-lari anak di tepian pantai, buat istana pasir yang 'besar' gila dan 'teguh'! pastuh, beberapa orang lain pi berkayakk.. then esoknya snorkeling, mandi-mandi pantai.alah, semua-semua aktiviti pantai kami buat termasuklah shopping santai! penat gila dua ari tu. walaupun penat tapi mengenjoykan. balik putra villa dh malam. penat gila.semua tumbang sampai tengah hari tidur. apa-apapun kami tetap enjoy dua arii tu. spend time bersama!


Selection Test USU yang s**t!

aritu kitorang dah exam selection test awal-awal dah before final.tengah kalut-kalut preparation untuk final, kitorang disempitkan dengan selection test. sekali masa exam, payah gila.mostly soalan tak ada dalam silibus kitorang. dan akhirnya, kami diarahkan oleh pihak usu untuk repeat exam. wadepak. dahlah repeat selepas program tamat. memang lah marah gila. kami sendiri agak ragu-ragu dan tak percaya napa di'fail'kan. memang makan duit. then, masa reseleion test tu. kami tidak ready apa-apa.tiada persiapan lengkap. tawakal saja dan ingin menggunakan cara yang biasa dilakukan masa selection test yang lepas. 'kerjasama serantau'. tapi kali ni memang takleh nak serantau. soalan memang paya gila. tawakal dan tembak saja. ah, kami semua tak mau ke usu! nasib la macam mana result usu. fed up.arap-arap dapat ke unhas beramai-ramai tak pun trisakti. kan best kalau dapat duduk belajar sedap-sedap kat malaysia je. nama je program oversea. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa..tamau! tamau!
'the happening' on ME!
lepas paper last exam aritu, ramai gila yang dok merayap sana sini sekitar pulau pinang. enjoyla apa lagi kan? termasuklah aku. aku, anum,akmal, zeiree berlepak ke sunway pada malam tu. menaiki kereta kak aku yang diambil petang selepas exam tu. tujuan utama sebenarnya nak temankan anum beli barang untuk anual dinner. tapi, nampaknya kerana terlalu rambang mata nak memilih.akhirnya tak beli papa. kami pun berempat berlepak di dalam panggung. berlaku perselisihan disitu ya di mana mau tengok hulk atau the happening. akhirnya happening yang dipih. so far, cerita tu aku boleh kasik 3 bintang. boleh tahan best. tak seram-seram antu tapi ngeri-ngeri kejam. cerita yang mengesahkan pasal berlakunya macam 'mutasi' dalam satu negara menyebabkan sesiapa yang terkena akan bunuh diri dengan kejamnya. ada yang tembak diri sendiri, selambe dek bagi tangan ngan kaki kat singa untuk makan, cucuk dada pakai kayu apa tah lagi.yang penting bila satu kawasan tu dah terkena, semua orang dlm kawasan tu mati. tak seram tapi ngeri tengok orang bunuh diri macam tu.ahaha.. apa review2 synopsis ni. tengok la sendiri kat wayang. l=) lepas tengok wayang tu, kitorang pun bergerak mau pulang ke putra villa.sampai je kat car park, start enjin tak start. oh cuak gila! start lagi..tapi tak leh start.jgn kan tak start, memang tak fuction langsung.mati terus. the happening sungguh kereta ni.aku dah cuak. dh malam buta. parking kat car park atas. takkan nak tolak ramai-ramai turun sunway? buruknya!!! nasib baik dengan kedatangan sorang brother kebetulan nak balik gak datang memberi pertolongan.malangnya memang tak leh nak tolong. bateri kering terus! gara-gara si zeiree tak tutup lampu.maka tinggalkan saja kereta di sunway semalam. pengajaran di sini ialah : pandu berhemah, ingatlah orang tersayang. berhati-hati ketika hendak memandu, ketika memandu dan selepas memandu untuk melancarkan keadaan, ye!

sejarah yang telah diukir :

- wei, aku drive kat highway! aku dah berani drive selepas diberi motivasi oleh zeiree. aku boleh! bukan setakat kailan saja ku drive. tapi sampai sunway, bai!
-tapi sayang, slalu lupa turun break :P
-aku berubah kepada minah pink? sejak bila tah?
-Putra Villas dah ada wireless.tapi malangnya, aku dah nak keluar dari ACMS baru nak pasang. sedihnya!!! (i love ACMS so much!) ***bluwekk..***

apa nak buat hari ni?
aku sangat busan! sangat busan sangat busan! aduh..


nota kaki :gambar-gambar budak-budak PreMed akan diuploadkan ke fotopages. lawati http://acms078.fotopages.com/ untuk sesi mengsonglap gambar. Untuk budak-budak PreMed, boleh lah gak upload gambar kat dalam fotopages tu untuk menambah gambar dari koleksi korang pula. password dan id nanti ku beri. Buzz saja di YM! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...