disebabkan kitorang pergi cuma tiga hari dua malam, so agak mantap dan mampat ya jadual perjalanan kami. memang capek buangetttt, kaki pun melecet, dengan tak cukup tidurnya, makan pun ala kadar, memanglah awesome perjalanan kali ni. awesome apakebendanya, awesome letihnya. HAHA! nak dimulakan cerita, kami berlima yang sepatutnya berenam berangkat meninggalkan bumi bertuah dan tercinta ni agak lewat sebenarnya, dalam pukul 4.25 petang baru bertolak. agak rugi masa sebenarnya kalau ambil tiket flight waktu-waktu begini sebabnya nanti dah sampai tempat kita pergi tu dah malam, dah rugi satu hari nak berjalan. tu belum campur kalau ada delay ke apa, lagi panas hati. tapi, nak wat macam mana, masa beli tiket ni setahun yang lalu *setahun yang lalu tu* cuma tinggal waktu tu sahaja yang ada promosi 10 sen sehala, nak tak nak grab juga demi tanak melempaskan peluang bersesak-sesak, berebut-rebut tiket murah dari AirAsia. layankan sahaja.
perjalanan dari LCCT, Kuala Lumpur ke Bandara Ngurah Rai, Denpasar Bali mengambil masa kira-kira tiga jam lebih. pejam celik pejam celik tak sampai-sampai. saya memang agak rimas sebenarnya naik flight kalau lebih dari 1 jam masa perjalanan. memang tak reti duduk diam apatah lagi ternganga, melopong tidur. saya bukan jenis orang macam tu. saya agak susah sebenarnya tidur dalam flight, mungkin sebab excited nak berjalan? atau mungkin rasa cemas bila nak sampai ni, bila nak sampai ini atau mungkin, saya memang susah tidur bila dalam flight. tapi yang penting, dalam flight saya memang tak boleh duduk diam apatahlagi naik flight AirAsia yang tak ada in-flight entertainment, lagilah tak boleh duduk diam. sebab itulah saya suka pre-book makanan kalau naik flight AirAsia walaupun segelintir dari kita mungkin rasa mahal sebenarnya beli-beli makanan atas flight tu, saya pun rasa macam tu. tapi nak buat macam mana, kalau tak makan apalagi nak buat atas flight kan? lagi lah bil airsteewarders dah start sorong troli makanan untuk dijual, dengan bau makanan yang memikat, memanglah kecur air liur. so, pendek cerita, beli sahaja makanan secara online di AirAsia. walaupun mahal, but worth it. :)
Alhamdulillah, setelah pejam celik pejam celik pusing sana pusing sini untuk beberapa jam di dalam flight, akhirnya kitorang sampai juga di Bandara atau Lapangan Terbang Antarabanga Ngurah Rai, Denpasar Bali. airport dia actually tidaklah besar, tidaklah kecil, tapi kalau nak dibandingkan dengan aiport Medan, memang empat kali ganda besarlah gamaknya. airport dia nampak kelam dan dull maybe sebab bangunan lama tidak secantik KLIA atau Narita, tapi service yang diberikan sewaktu custom clearance, dan exit dari airport sangat mudah, efficient dan lancar. tak ada masalah itu ini seperti yang selalu dilalui di Medan, urghh. sampai-sampai sahaja di airport, kitorang disambut oleh driver rasmi dari Tunehotels, Bali, mas Erick yang dah di-booking awal-awal oleh Abah sewaktu Abah ke Bali dua minggu sebelum saya ke bali. memandangkan mas Erick ni driver rasmi di Tunehotels, Bali maka, segalanya pun Tunehotels. nak cam mpv yang kami naik pun senang. warna merah dengan conteng-conteng iklan Tunehotels sebesar-besar alam pada dinding van tersebut. si mas Erick ni pun pakai baju rasmi Tunehotels, Bali. so, jangan risaulah sangat boleh dipercayai. kalau dia tipu kita ke, kelentong kita ke boleh direct jumpa Tony Fernandes. HAHA. even mas Erick ni pun jadi driver Tony Fernandes sewaktu Tony Fernandes datang Bali tau, jangan main-main.

mpv APV Tunehotels, Bali
360,000 rp/ hari + 100,000 rp/bbm (bahan bakar mobil, i mean, minyaklah.hehe)
inilah mas Erick, driver kitorang berlima sepanjang berada di Bali
siapa-siapa yang memerlukan khidmatnya boleh hubungi dia
mobile phone : +6287882621209 atau +6285792559498
atau boleh lawati laman web rasmi
Ceria Agency Transport
Jalan Cendrawasih No. 1,
Kompleks Burung
Tuban, Denpasar, Bali
phone : +6281337002780
pertama sekali mas Erick bawa kitorang berlima yang dah muka letih gila, ngantuk, mata kuyu ni pergi check-in dekat Tunehotels, Double Six, Legian yang terletak agak jauh sebenarnya dari airport.satu lagi kesilapan kitorang dah buat sebab book hotel dekat Double Six, Legian. sepatutnya kalau nak dekat dengan town just boleh walking distance pergi pantai Kuta dan sekitarnya adalah Tunehotels, Kuta, Bali. tapi memandangkan masa tu tak ada offer serendah-rendahnya untuk di Tunehotels, Kuta Bali, maka kitorang pun redah sahaja ambil hotel di Legian. tak ada masalah actually, memandangkan kitorang kesana kemari menaiki mpv, bukan berjalan kaki. that's why, kali ini jalan-jalan di Bali saya tak panggil backpacking. macam cuti berkelah sahaja. HAHA.
Tunehotels, Double Six Legian, Bali


macam biasa, Tunehotels bukanlah hotel 5 stars yang menyediakan segalanya yang anda inginkan seperti di hotel-hotel 5 stars. Tunehotels kan hotel budget tapi katil dia, memang superb five stars sebab sedap. ada je, hotel mewah yang pernah saya tinggal, mahal, tapi sekali baring atas katil keras gila tilam rasa macam baring atas simen memang tak berbaloi. untuk mereka yang tidak kisah untuk tidur di bilik yang kecil, tiada kemudahan yang serba lengkap, tiada set breakfast dan sebagainya, boleh sahaja untuk menempah bilik di Tunehotels tapi bagi yang dah biasa tinggal hotel 5 stars, deserved and tak kisah untuk spend hotel mahal-mahal, saya rasa Tunehotels, bukanlah tempat yang sesuai untuk anda. macam biasa, memang ada kemudahan seperti internet, tuala, econ dan sebagainya, tapi perlu dikenakan charge dan pada saya still saya rasa berbaloi sebab hotel saya duduki cuma RM40 untuk dua malam! *why pay more, when you have only less time to stay inside?* tak berbaloi. tak berbaloi. so, siapa yang nak tinggal dekat Tunehotels, saya beritahu awal-awal jangan merungut tau kalau itu tak ada, ini tak ada, sebab Tunehotels memang budget hotel ala kadar sesuai untuk tidur sahaja! HAHA! *rimas sebenarnya orang merunguk itu ini, tapi nak duduk hotel murah. manusia.manusia.hmm*

Rumah Makan Ikan Goreng Cianjur, Kuta
lepas dah siap-siap checked-in hotel semua, perut pun dah lapar, kitorang minta mas Erick untuk bawa makan di tempat yang best dan sedap di Bali. maka, mas Erick pun bawalah kitorang ke Ikan Goreng Cianjur di pekan Kuta, Bali. saya pernah makan di IGC ni sewaktu di Medan dahulu and rasa dia memang sedaaaaap, murah dan tempat dia classs gitu, so worth it to go! actually, Ikan Goreng Cianjur ni banyak cawangan di seluruh Indonesia and that's why saya pernah cuba sewaktu di Medan dahulu. recommended! masa kitorang sampai dekat kedai tu actually dah lewat, dah nak tutup dah, tapi memandangkan agaknya pelayan-pelayan kat situ tengok muka kitorang kelaparan, dia bagilah juga makan dekat situ. terpaksalah kitorang makan cepat-cepat sebab kedai dah nak tutup dah. HAHA!
enak buangettt lohhhh! harus coba! HAHA
*lama gila tak speaking indonesia, rasa macam kekok gila*
sekitar kawasan Rumah Makan Ikan Goreng Cianjur
lepas dah siap makan-makan, kenyang dah tak larat nak makan dah, kitorang pun tak nak membuang masa lagi, saya pun minta mas Erick bawa kitorang ke Krisna, pusat membeli belah ole-oleh Bali yang buka 24 hours. nah, shopping kau sampai ke pagi, sampai tak larat mata nak buka pun boleh! murah, memang murahhh, memang rasa macam nak angkut satu Krisna buat souvenir kat semorang!
toko ole-oleh Krisna. 24 hours macam Mustafa Centre dekat Singapore.
memandangkan area belah dalam macam tak boleh ambil gambar, tak berani pula nak snap-snap gambar.
dari baik-baik saya tengah sedap ber-shopping, kang ada pula kena halau keluar dari Krisna.
malulah saya nanti. hehe
punyala ligat ber-shopping, hilang terus rasa penat ke mengantuk ke, sampai tak sedar jam dah menunjukkan hampir pukul 1 pagi waktu Bali (2 pagi waktu Malaysia). lepas dah shopping bagai, kitorang pun pulang ke Tunehotels, Legian untuk berehat sebab esoknya masing-masing kena bangun awal sebab perjalanan kitorang akan bersambung esok pagi, seawal yang boleh untuk tidak membuang masa.
nanti InsyaAllah, kalau saya tak lupa, and penyakit RD saya tak teruk, saya akan update blog saya dengan entri tentang serba sikit kitaran harga souvenir-souvenir yang dijual di Bali dan tips untuk mem-bargain! InsyaAllah, saya tunaikan. habis sudah cerita part I, hari pertama perjalanan saya dan kawan-kawan di Bali. kita sambung di Part-II ! :)
p/s: agak lebih santai ek kali ini saya mem-blogging? tengok tu, kemalasan nampak secara terang-terangan. HEHE